Tuesday, December 8, 2015

IRAQ Beri Amaran kepada Tentera TURKI



BAGHDAD: Iraq hari ini memberi tempoh 48 jam kepada askar Turki untuk keluar selepas memasuki negara itu secara haram atau berdepan dengan semua tindakan yang sepatutnya. Baghdad yang sedang berusaha memelihara kedaulatan negara itu termasuk menerima bantuan asing bagi memerangi Kumpulan Negara Islam (IS) mendakwa askar Turki dengan kereta kebal dan artileri memasuki Iraq tanpa kebenaran.

"Kita memberi tempoh 48 jam kepada askar ini keluar atau Iraq mempunyai hak untuk menggunakan apa saja tindakan yang diperlukan termasuk bantuan dari Majlis Keselamatan," kata Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi. Tentera Turki dilaporkan memasuki Iraq tanpa kelulusan atau pengetahuan kerajaan negara itu.

Turki kini mempunyai pangkalan tenteranya di Wilayah Nineveh untuk melatih tentera sukarelawan Iraq bagi menawan semula Bandar Mosul daripada IS yang mengambil alih sejak Jun 2014. Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu pula sebaliknya berkata, tenteranya yang berada di Iraq bukannya satu penempatan kem baharu. "Ia lebih kepada mewujudkan kemudahan latihan untuk membantu tentera sukarelawan untuk melawan pengganas," katanya. - AFP  sumber

1 comment:

abu bakar said...

jiran yang jahat menceroboh sesuka hati--kurdistan bersekongkol dengan us mungkin israel