Wednesday, December 30, 2015

Rancangan Kampung di Bawah Air

RUSSELS 29 Dis. – Seorang arkitek Belgium mendedahkan rancangan luar biasa untuk membina bangunan boleh diduduki di dalam air, pertama di dunia yang dapat menampung sebanyak 20,000 penduduk pada satu-satu masa. Vincent Callebaut seperti lapor Mail Online berkata, rekaan bangunan itu membolehkan orang ramai tinggal di dalam struktur berkenaan, sekali gus mengurangkan penggunaan karbon dioksida di Bumi.

 Struktur mesra alam itu yang dinamakannya sebagai ‘perkampungan Aequorea’ tidak bergantung kepada minyak sebaliknya bangunan berkenaan akan menghasilkan sendiri tenaga dan haba untuk keperluan penduduk kawasan tersebut. Setiap bangunan di Aequorea mempunyai struktur seperti ­obor-obor dengan pintu masuk dan jeti boleh didapati pada permukaan dengan bangunan tersebut akan menurun ke bawah air pada kedalaman 1,000 meter.

 Struktur yang menempatkan 250 tingkat di dalam air pada kelebaran 500 meter itu akan dilengkapi rumah, pejabat, bengkel, makmal sains, dan kawasan pertanian. Air minuman pula dihasilkan dari sebuah loji kuasa yang menggunakan tekanan kuat untuk mengatasi tekanan osmosis dan memisahkan air daripada garam. Udara pula diperbaharui secara semula jadi oleh perolakan menerusi cerobong angin pada menara bangunan atau dilakukan oleh sebuah stesen oksigen.

Callebaut berkata, sumber makanan pula akan diperoleh daripada terumbu karang, kawasan pertanian, aktiviti penangkapan ikan. Tambahnya, setiap bangunan mesra alam itu dijangka memerlukan kos sebanyak 1,430 pound (RM9,143) bagi setiap meter persegi untuk dibangunkan dan boleh dibina di seluruh laut utama di dunia. -  sumber

No comments: