Thursday, December 17, 2015

Rekod Dunia Acara Lompat Tali Terlaju

Aksi Cen Xiaolin melakukan lompat tali dalam Kejohanan Lompat

DUBAI 16 Dis. – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dari China dipilih sebagai pelompat tali paling laju di dunia, sekali gus mencatat rekod dunia selepas membuat lompatan sebanyak 108 dalam masa 30 saat, baru-baru ini. Menurut laman web Odditycentral.com, kanak-kanak berkenaan, Cen Xiaolin, dari Giangzhou di selatan China mencatat rekod tersebut ketika menyertai Kejohanan Lompat Tali Antara Sekolah Dunia yang berlangsung di Dubai, baru-baru ini.

Dalam kejohanan tersebut, kumpulan juri tidak dapat mengira bilangan lompatan yang dilakukan oleh Xiaolin menyebabkan mereka terpaksa menonton semula rakaman lompat tali berkenaan dalam gerakan perlahan. Mereka juga terpaksa menonton gerakan perlahan selama lapan kali bagi mengesahkan bilangan sebenar lompatan yang dilakukan kanak-kanak tersebut.

Dalam pusingan kedua, Xiaolin berjaya mencatat rekod terbaharu sebanyak 548 lompatan dalam masa tiga minit. Xiaolin berkata, dia mula mempelajari aktiviti lompatan tali di sekolahnya di Seven Star, yang terletak di pinggir bandar Guangzhou. Pihak sekolah memberi keizinan kepada guru-guru dan murid-murid untuk mengamalkan aktiviti lompat tali dan terlibat secara serius dalam pertandingan tersebut. Kesemua murid-murid di sekolah berkenaan dikehendaki melakukan aktiviti lompat tali selama sejam setengah setiap hari.

Seorang guru gimnasium, Lai Xuanzhi berkata, sebanyak 200 video lompatan tali dianalisis sebelum diperkemaskan dengan gaya ‘lompat separa mencangkung’. Dia juga bertanggungjawab ‘memadankan’ tarian, seni mempertahankan diri tradisional China dan gimnasium ke dalam aktiviti lompat tali bagi membantu murid-muridnya mendapatkan cara melompat yang lebih cepat.  sumber

No comments: