Friday, December 11, 2015

SAUDI Beri Kata Dua kepada Assad

RIYADH: Menteri Luar Arab Saudi, Abdel Al-Jubeir, menggesa Presiden Syria, Bashar al-Assad, meletak jawatan menerusi rundingan atau digulingkan secara paksa, ketika kumpulan pembangkang Syria bertemu di ibu negara itu. Jubeir mengeluarkan kenyataan itu hari ini, ketika pemimpin pembangkang Syria berbincang untuk membentuk perikatan bersatu sebelum rundingan damai yang dicadangkan bersama kerajaan Assad di Vienna. Menteri luar Arab Saudi menambah, beliau berharap pembangkang Syria bersetuju dengan visi sama mengenai Syria dalam pertemuan itu.

Sementara itu, pemimpin kanan pembangkang Syria bersetuju menubuhkan satu badan membabitkan kumpulan politik dan bersenjata bagi mengetuai persediaan rundingan dengan kerajaan Syria. Mereka sudah memilih seorang setiausaha agung dan jurucakap baharu serta membentuk suruhanjaya agung rundingan yang membabitkan 23 ahli. Wakil Perikatan Kebangsaan Syria, Monzer Akbik, berkata beliau berhubung dengan delegasi di Arab Saudi yang menyatakan kumpulan itu mempunyai enam ahli daripada sekutu dalam buangan, enam dari kumpulan pemberontak, lima wakil pembangkang berpangkalan di Damsyik dan lapan individu bebas.

Beliau berkata, satu pasukan rundingan berasingan membabitkan 15 ahli turut dilantik. Penganalisis politik Syria, Marwan Kabalan, berkata sidang dua hari di Riyadh itu amat penting kerana kebanyakan Negara Kerjasama Teluk (GCC) terbabit secara terus atau sebaliknya dalam konflik Syria. Katanya, pembangkang Syria semakin hampir kepada visi politik bersatu untuk hala tuju keamanan di Syria. - AGENSI  sumber

1 comment:

abu bakar said...

wahabi kuciwa

https://pbs.twimg.com/media/CV3UKRSUwAA_esy.jpg