Friday, January 30, 2015

IRAQ - 9 Maut dalam Siri Serangan

BAGHDAD 30 Jan. - Pegawai keselamatan Iraq menyatakan beberapa serangan bom dan tembak menembak yang berlaku di negara itu telah mengorban sembilan orang, termasuk tiga orang tentera di sekitar Baghdad.

Beberapa pegawai polis berkata, serangan pertama itu berlaku semalam apabila seorang lelaki bersenjata yang menaiki sebuah kereta yang dipandu laju, menembak anggota tentera yang mengendalikan pusat pemeriksaan di pinggir bandar Baghdad, lalu membunuh tiga anggota tentera dan mencederakan lapan yang lain.

Tidak lama kemudian, satu letupan bom berlaku di luar sebuah pasar lalu mengorbankan empat mangsa dan mencederakan 12 yang lain di bandar Youssifiyah, yang terletak 20 kilometers ke selatan pusat bandar. Polis berkata, sebutir bom meletus di atas sebatang jalan raya komersial di bandar Mahmoudiyah, mengakibatkan dua orang mati manakala 10 yang lain cedera. - AGENSIsumber

MESIR - Polis Dikecam krna Bunuh Wanita

KAHERAH: Polis Mesir berdepan kritikan teruk apabila saksi berkata pegawai bukan saja menembak mati seorang ibu muda ketika bantahan aman hujung minggu lalu tetapi melambatkan usaha menyelamatkan nyawanya dengan tidak mengendahkan rayuan supaya membenarkan ambulans membawa beliau untuk mendapatkan rawatan.

Menurut saksi dan peguam hak asasi yang bercakap dengan The Associated Press kelmarin, polis melarang sesiapa pun daripada membantu Shaimaa el-Sabbagh, 32, selepas beliau ditembak.

El-Sabbagh, ibu kepada seorang anak lelaki, meninggal dunia selepas terkena tembakan di kepala ketika perhimpunan kecil 40 penunjuk perasaan parti politik berhaluan kiri di Kaherah, kata saksi.

Mereka sekadar mahu meletakkan kalungan bunga di Dataran Tahrir, yang menjadi pusat kebangkitan Mesir pada 2011 yang menumbangkan pemerintah kuku besi, Hosni Mubarak.

Ketika perhimpunan dibuat, Talaat Fahmy dari parti Popular Alliance yang berhaluan kiri mendekati pegawai untuk menjelaskan rancangan mereka, kata saksi dan peguam.

Dalam masa beberapa minit, tanpa amaran, tembakan dan gas pemedih mata dilepaskan.
"Komander membuat panggilan telefon, kemudian menangkap Talaat Fahmy dan memberi arahan melepaskan tembakan dan gas pemedih mata.

"Kami tidak menjerit ke arah polis atau rejim dan tidak berhasrat atau mampu melakukan keganasan," kata pegaai kanan parti yang turut serta dalam perhimpunan itu, Zohdy al-Shamy.

 Pendakwa Mesir mengarahkan siasatan dibuat berikutan kematian el-Sabbagh tetapi aktivis berkata kenyataan oleh pegawai menuduh penunjuk perasaan melawan dan menyerang anggota polis.

Menteri Dalam Negeri, Mohammed Ibrahim, berjanji secara peribadi memastikan pegawai polis yang mendalangi pembunuhan itu dibicarakan tetapi menegaskan pasukannya cuma menggunakan gas pemedih mata ketika berdepan dengan penunjuk perasaan yang tidak bersenjata. -AP sumber


Wednesday, January 28, 2015

ISIL Berundur dari Kobane dan Diyala

BAGHDAD 27 Jan. - Kumpulan bersenjata Kurdis dilapor mengusir kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL) dari sempadan bandar Kobane, Syria selepas lebih empat bulan bertempur.

Sementara itu, tentera Iraq pula mengumumkan kejayaan mereka merampas kembali kawasan di wilayah Diyala di timur Iraq daripada ISIL. Pengarah Pemerhati Hak Asasi Manusia bagi Syria, Rami Abdel Rahman berkata, Unit Perlindungan Penduduk (YPG) berjaya mengusir ISIL dari Kobane dan menguasai sepenuhnya bandar berkenaan. “Pejuang Kurdis mengusir militan ISIL dari pinggir bandar Kobane,... tiada pertempuran berlaku ketika ini,” ujarnya seperti dipetik portal berita hurriyetdailynews.

Kejatuhan Kobane yang juga dikenali sebagai Ayn al-Arab menjadi satu tamparan hebat kepada ISIL yang kehilangan lebih 1,000 anggotanya selepas cuba menawan bandar itu sejak 16 September 2014. Pada hari yang sama seorang pegawai tertinggi tentera Iraq mengumumkan bahawa tentera Iraq berjaya membebaskan kawasan Diyala daripada ISIL dan menguasai semula beberapa kawasan di wilayah timur itu daripada ISIL.

“Kami umumkan pembebasan Diyala daripada ISIL,” kata Lt. Jeneral Abdulamir al-Zaidi. Pertempuran terakhir berlaku dari 23 Jan sehingga semalam di kawasan Muqdadiyah, timur laut Diyala dan pusat bandar Baquba. Abdulamir dan Ketua Majlis Daerah, Adnan al-Tamimi berkata, tentera Iraq menguasai seluruh kawasan termasuk Muqdadiyah dan beberapa kawasan lain. – AFP - sumber

MESIR - Lebih 500 Penyokong Ikhwan Ditahan

KAHERAH 27 Jan. – Polis Mesir menahan lebih 500 penyokong pergerakan Ikhwanul Muslimin yang disenarai hitam di negara ini selepas pertempuran meletus antara kedua-dua pihak, di sini, kelmarin.

Pertempuran itu berlaku selepas pergerakan-pergerakan Islam Mesir meminta supaya diadakan demonstrasi menentang kerajaan Pre­siden, Abdel Fattah al-Sisi semasa ulang tahun keempat penggulingan bekas Presiden, Hosni Mubarak. Kumpulan-kumpulan hak asasi manusia seringkali mengutuk penggunaan ‘tindakan kekerasan’ oleh pihak berkuasa dalam meleraikan tunjuk perasaan dan mendakwa polis melakukan tangkapan secara rambang.

dvertisement “Pasukan keselamatan menahan sebanyak 516 penyokong Ikhwanul Muslimin yang terlibat melepaskan tembakan, menanam bahan letupan dan mengebom beberapa kemudahan awam,’’ kata Menteri Dalam Negeri Mesir, Mohamed Ibrahim dalam sidang media, semalam.

Penyokong kepada Mohammed Mursi, bekas Presiden yang menggantikan Mubarak kerap kali bertempur dengan pasukan kesela­matan sejak beliau digulingkan oleh Abdel Fattah pada Julai 2013. Ibrahim menjelaskan, sebanyak 20 orang termasuk dua anggota polis terbunuh dalam pertempuran kelmarin dengan kematian tertinggi berlaku di Matareya, di utara Kahe­rah yang menyaksikan pertempuran berlarutan sehingga lebih 12 jam. Jurucakap kementerian kesihatan dalam pada itu berkata, seorang penunjuk perasaan maut dalam pertempuran sama di Iskandariah, manakala tiga orang militan maut semasa cuba menanam bahan le­tupan di daerah Delta Nil, utara Kaherah.

Sementara itu, Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia, Human Rights Watch (HRW) mendakwa polis menggunakan kekerasan berlebihan terhadap penunjuk perasaan, kelmarin. “Empat tahun selepas revolusi Mesir, polis masih membunuh penunjuk perasaan,’’ kata Pengarah HRW bagi Asia Barat dan Afrika Utara, Sarah Leah Whitson. Kumpulan yang beribu pejabat di New York itu pada masa sama menggesa satu siasatan bebas dilaksanakan terhadap penggunaan kekerasan berlebihan oleh pihak berkuasa untuk meleraikan de­monstrasi yang dilihat berlangsung dengan aman. – AFP - sumber

Obama Lawat Sekutunya Raja Salman

 RIYADH 27 Jan. – Presiden Barack Obama tiba di Arab Saudi, hari ini bagi merapatkan hubungan de­ngan Raja Arab Saudi yang baharu, Raja Salman serta menyampaikan ­ucapan takziah atas kemangkatan Raja Abdullah.

Pesawat Air Force One yang membawa Presiden Amerika Syarikat (AS) itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid di ibu negara Riyadh, dari India. Obama sebelum itu yang dalam rangka lawatan ke India, memendekkan lawatannya untuk melawat Arab Saudi yang merupakan sekutu kuat AS.

Televisyen Arab Saudi me­rakamkan Salman menyambut ketibaan Obama dan isteri Michelle dengan permaidani merah sebelum pancaragam angkatan tentera Arab Saudi memainkan lagu kebangsaan AS dan Arab Saudi. Putera Mahkota Moqren dan bekas Menteri Dalam Negeri Arab Saudi, Mohammed bin Nayef adalah antara pembesar Arab Saudi yang menyambut ketibaan Obama dan rombongan AS. Menteri Minyak Arab Saudi, Ali al-Naimi turut hadir menyambut ketibaan Obama.

Presiden Obama kemudian menaiki limousin hitam menuju ke Istana di tengah kota Riyadh untuk mengadakan perbincangan lanjut dengan Salman. Salman, 79, menaiki takhta menggantikan Almarhum Raja Abdullah yang mangkat Jumaat lalu ketika berusia 90 tahun. –sumber

FILIPINA - Pakar Bom dari MALAYSIA Mungkin Terkorban

KUALA LUMPUR: Wisma Putra masih menunggu bukti dan laporan penuh daripada kerajaan Filipina berhubung dakwaan bahawa seorang rakyat Malaysia terbunuh sewaktu pertempuran membabitkan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dengan komando polis Filipina.

Jurucakap Wisma Putra berkata berdasarkan laporan awal yang diterima, pertempuran itu berlaku pada Ahad lepas.

"Lelaki itu dilapor terbunuh tetapi pengesahan belum diterima lagi walaupun kerajaan Filipina memaklumkan mereka mempunyai bukti berkenaan," katanya kepada Bernama hari ini.

Laporan media Filipina menyebut seorang lelaki Malaysia berstatus pengganas dan pakar pembuat bom, Zulkifli Hir atau Marwan terbunuh dalam pertempuran yang turut mengorbankan kira-kira 50 komando polis Filipina dan mencederakan 12 anggota yang lain.

Pertempuran berlaku ketika komando polis Filipina cuba menangkap Marwan dalam pertempuran kira-kira 11 jam yang berlaku di bandar Mamasapano yang dikuasai MILF pada pagi Ahad.

Dalam pada itu, jurucakap Wisma Putra berkata, kedutaan Malaysia di Manila masih menunggu perkembangan lanjut dari kerajaan Filipina sebelum mengeluarkan kenyataan termasuk kepada keluarga Marwan.

AFP pula melaporkan Setiausaha Dalam Negeri Filipina Manuel Roxas memberitahu sidang akhbar di Manila hari ini bahawa "terdapat kemungkinan besar, menurut 'peserta' bahawa Marwan terbunuh dalam operasi itu, tetapi ini perlu pengesahan.

"Ketika komando gagal mendapatkan mayat sasaran utama mereka, mereka sempat mengambil gambar, dan gambar-gambar ini akan menjalani proses untuk menentukan sama ada orang itu Marwan atau bukan," katanya.

Roxas berkata beliau sendiri telah melihat gambar-gambar itu, tetapi tidak dapat "menyatakan sama ada gambar-gambar ini adalah Marwan".

Dalam pada itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay berkata setakat ini tiada pengesahan rasmi diperoleh daripada rakan sejawatan sama ada individu itu adalah Marwan. - BERNAMA sumber

LIBYA - Warga AS Terkorban dlm Serangan di Hotel

WASHINGTON: Seorang warga Amerika adalah antara yang terbunuh dalam serangan terhadap sebuah hotel yang popular dalam kalangan diplomat dan pegawai kerajaan di ibu negara Libya, Tripoli semalam, menurut pegawai kanan Amerika Syarikat.

Pegawai Libya pula memberitahu AFP bahawa lima warga asing adalah antara sembilan yang terbunuh apabila sekumpulan lelaki bersenjata meletupkan bom kereta di luar Hotel Corinthia lalu menyerbu masuk ke dalam bangunan dan menembak tetamu sebelum meletupkan bom di pinggang mereka. - AFP sumber

Tuesday, January 27, 2015

Erdogan Disambut Sebagai Wira di SOMALIA

Tak diragukan lagi bahwa Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan disambut sebagai pahlawan di Somalia. Sebagaimana dilaporkan Al-Jazeera pada Isnin (26/1/2015) bahawa dia berkeras meneruskan kunjungannya ke Somalia, Khamis (22/1), padahal hotel yang dikhaskan untuknya di ibukota Mogadisu telah mengalami serangan bom, semalam menjelang kehadirannya.

Kemudian pegawai presiden Turki mengumumkan bahwa kunjungannya akan diundurkan beberapa hari kerana Erdogan dikabarkan akan menghadiri pemakaman Raja Arab Saudi, Abdullah bin Abdulaziz. Namun, Erdogan berkeras melakukan kunjungannya ke negara-negara Semenanjung Afrika, segera pasca serangan bom sebelumnya mempopularkan dirinya.

Dia mendarat di lapangan terbang Mogadishu pada Ahad (25/1) pagi dan disambut hangat oleh Presiden Somalia Hassan Sheikh Mohamud. Bagaimana Erdogan sebagai sosok yang begitu dikecam atas tuduhan korupsi, delusi kekuasaan, pemimpin diktator, dan polarisasi retorika oleh media Turki dan barat begitu dihormati di Somalia? Kenyataannya adalah, Erdogan telah melakukan apa yang tidak dilakukan pemimpin dunia lainnya kepada Somalia selama berpuluh-puluh tahun.

Pada Ogos 2011, saat Erdogan masih menjadi Perdana Menteri, dia mengabaikan wacana bahawa Mogadisu sebagai zon terlarang untuk dikunjungi, tetapi dia hadir bersama keluarganya, anggota kabinet tertinggi, dan perwakilan NGO-NGO serta sektor perdagangan. Kunjungannya merupakan kunjungan pertama dari pemimpin non-Afrika ke Somalia yang sedang terpuruk setelah dua dekad. Ketika itu kedatangannya pada bulan suci Ramadhan, sebagai pesan bahwa Ankara tidak akan meninggalkan “saudara dan saudari Muslimnya”.sumber

YAMAN - Rundingan Damai Gagal

SANAA 26 Jan. - Rundingan damai tajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) antara kumpulan pemberontak Huthi dan parti-parti politik Yaman, semalam menemukan kegagalan, kata pegawai yang terlibat dalam perbincangan tersebut.

 Menurut pegawai dari sebuah parti yang menghadiri rundingan itu dan tidak mahu namanya didedahkan, Parti Islah, Parti Sosialis, dan Parti Nasserite menarik diri daripada rundingan tersebut. PressTV melaporkan, ketiga-tiga parti itu sebaliknya meminta diadakan bantahan terhadap kumpulan pemberontak tersebut di tengah-tengah kebuntuan politik yang meruncing di negara ini.

Ketidaktentuan politik itu bermula selepas Presiden, Abdrabuh Mansur Hadi dan Kabinet Perdana Menteri, Khaled Bahah meletak jawatan ekoran tekanan daripada pemberontak Huthi, baru-baru ini. Dalam perkembangan berasing­an, pemberontak Huthi semalam melepaskan tembakan amaran bagi menyuraikan tunjuk perasaan di ibu negara ini yang membantah tindakan mereka menguasai Sanaa sejak September lalu.

Ketika penunjuk perasaan cuba menghampiri Universiti Sanaa bagi membantah peningkatan pengu­asaan kumpulan Huthi, kumpulan itu bertindak melepaskan beberapa tembakan amaran bagi menyuraikan serta menahan beberapa peserta.

Pemberontak Huthi turut menyerang wartawan dan merosakkan kamera sebelum mengukuhkan kedudukan di sekitar universiti itu bagi menghalang tunjuk perasaan baharu. Anggota pemberontak itu turut menahan tiga wartawan yang membuat liputan tentang demonstrasi tersebut dan membebaskan seorang daripada mereka yang merupakan wartawan Reuters. – AGENSI/AFP sumber

FILIPINA - 30 Polis Terbunuh Bertempur dengan MILF

MANILA 26 Jan. – Pegawai kanan kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) hari ini menyatakan, pertempuran melibatkan pasukan keselamatan dengan pergerakan tersebut di Mamasapano, Maguindanao yang menyaksikan kira-kira 30 anggota polis maut, tidak akan mengganggu proses kelulusan Rang Undang-undang Asas Bangsamoro.

Portal berita abscbnnews.com melaporkan, Naib Pengerusi MILF bagi hal ehwal politik, Ghadzali Jaafar berkata, penangguhan pro­ses kelulusan rang undang-undang itu tidak memberi faedah kepada semua parti terlibat. “Tanpa kelulusan satu rang undang-undang, Mindanao kekal berperang.

 “Secara teknikalnya, Mindanao masih berperang kerana apa yang ada sekarang adalah perjanjian gencatan senjata. Tiada penyelesaian kepada masalah sebenar, sehingga penyelesaian di Mindanao dilaksanakan. Keadaan akan kekal se­perti biasa,’’ katanya.

Ketua perunding kerajaan, Mi­riam Coronel-Ferrer pula berkata, kerajaan berazam meneruskan penubuhan wilayah Bangsamoro.

 “Kejadian ini dan beberapa keganasan lain yang dilakukan oleh kumpulan bersenjata menunjukkan pelbagai cabaran keselamatan yang boleh menggagalkan proses damai. “Bagaimanapun, keazaman ka­mi tetap kukuh untuk melaksanakan proses kelulusan Rang Undang-undang Bangsamoro. Melalui kerjasama lebih baik, kami akan mampu menghalang kejadian seumpama ini daripada berulang,’’ katanya dalam satu kenyataan.

Kira-kira 30 anggota Pasukan Tindakan Khas Polis terbunuh dalam pertempuran dengan anggota MILF di Mamasapano semalam, situasi yang menguji run­dingan damai antara kerajaan dan kumpulan pemisah itu. Ferrer berkata, polis khas itu sedang melaksanakan operasi untuk mencari pengganas Jemaah Islamiah (JI), Zulkifli Hir yang juga dikenali sebagai Marwan sebelum pertempuran berlaku. Beberapa pegawai berkata, ope­rasi tersebut tidak diselaraskan dengan baik bersama MILF.sumber

TURKI Bina Kem Pelarian Lebih Besar

ANKARA 27 Jan. - Turki semalam membina kem pelarian yang besar bagi memuatkan ribuan penduduk Syria dari etnik Kurdis yang melarikan diri dari serangan oleh militan Negara Islam (IS) di bandar Kobani.

Menurut agensi pengurusan kecemasan Turki, kem yang terletak dengan bandar Suruc itu mampu menampung kira-kira 3,500 orang dan disediakan dengan pelbagai kemudahan termasuk dua buah hospital, tujuh buah klinik serta kemudahan lain untuk kegunaan pelarian,

Selain itu, kem tersebut turut menyediakan bilik darjah yang mampu memuatkan 10,000 murid-murid dari prasekolah sehingga sekolah tinggi. - AFP sumber

Awal 2015, Israel Bangunkan Pemukiman Haram


pemukiman yahudi

Eramuslim.com – Zionis-Israel kembali merampas tanah milik bangsa Palestin di wilayah Tebing Barat, setelah Menteri Perumahan Uri Ariel memerintahkan untuk membangun infrastruktur di bukit berhampiran pemukiman Efrat, sebagai sebahagian dari perluasan permukiman Yahudi hingga ke pinggiran kota Betlehem.

Dalam pernyataan Menteri Perumahan Zionis, Uri Ariel, mengatakan, “Kami telah menganggarkan sekitar 890 ribu shekel untuk perancangan pembangunan di daerah yang dianggap strategik untuk para pemukim Yahudi.”

Uri Ariel menambahkan, “Pembangunan tersebut akan semakin mendekatkan pemukiman Efrat ke kota Betlehem,” seperti dipetik pejabat berita Wafa dari akhbar Haaretz.

Perlu diketahui bahawa pada tahun 2013 lalu Perdana Menteri Benjamin Netanyahu pernah membatalkan keputusan Menteri Perumahan, Uri Ariel, untuk membangun infrastruktur di wilayah ini.

Direktur umum Gerakan Peace Now Israel, Yarib Obnhamr, menyatakan bahawa sejumlah pihak sengaja mengambil keuntungan dengan memaksa pemerintah untuk membangun permukiman di wilayah ini menjelang diadalkan pilihan raya Zionis-Israel.

Sebelumnya  Tel Aviv telah mengumumkan rencana pembangunan wilayah yang disebut “Tanah Negara,” akan tetapi pada tahun 2011 lalu sejumlah pemilik tanah mengajukan gugatan Mahkamah Agung untuk membatalkan putusan ini.

Hingga kini tidak ada keputusan terkait yang dikeluarkan pengadilan Zionis terkait status kepemilikan tanah tersebut. (Almasryalyoum/Ram) sumber

MESIR - 15 Maut dalam Peringatan Revolusi



KAHERAH: Pertempuran antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan menyebabkan sekurang-kurangnya 15 terbunuh dalam sambutan ulang tahun Revolusi Mesir 2011 sempena penggulingan Hosni Mubarak.

Ini susulan tindakan pasukan keselamatan mengetatkan kawalan di Kaherah dan beberapa bandar lain selepas penganut Islam melancarkan tunjuk perasaan terhadap Presiden, Abdel Fattah al-Sisi, bekas ketua tentera yang menyingkirkan bekas Presiden, Mohamed Morsi pada 2013.

Penunjuk perasaan yang majoritinya beragama Islam yang menyokong Morsi, bertempur dengan anggota polis, menyebabkan 13 penunjuk perasaan maut di Kaherah dan Alexandria.

Seorang pegawai kerajaan berkata, seorang penunjuk perasaan ini di Alexandria ditembak mati oleh polis selepas mangsa melepaskan tembakan ke arah mereka.

Beratus penunjuk perasaan bertempur dengan polis di tengah Bandaraya Kaherah.

Kementerian Dalam Negeri berkata, penunjuk perasaan ditembak mati selepas bertempur di dua kawasa kejiranan di utara Kaherah, kawasan yang dikuasai penunjuk perasaan beragama Islam.

Di tengah Kaherah pula, anggota polis terpaksa melepaskan tembakan di udara dan menyembur gas pemedih mata terhadap ratusan penunjuk perasaan yang berkumpul di Dataran Tahrir yang menjadi kawasan utama ketika revolusi menggulingkan Mubarak pada 2011.

Kenderaan perisai tentera juga dikerah berjaga-jaga di sekitar Dataran Tahrir. - AP sumber


MESIR - 2 Anak Mubarak Dibebaskan

KAHERAH: Dua anak lelaki Presiden Mesir yang digulingkan, Hosni Mubarak, dibebaskan dari penjara hari ini, hampir empat tahun selepas mereka ditahan bersama bapa mereka, menurut pihak berkuasa.
Pegawai keselamatan berkata, Alaa, seorang ahli perniagaan, dan Gamal, anak didik bapanya, dibebaskan dari Penjara Torah Prison di selatan Kaherah sejurus selepas fajar dan menuju ke kediaman masing-masing di kawasan mewah di pinggir Kaherah.

Dua beradik itu serta bapa mereka masih berhadapan perbicaraan semula berhubung pertuduhan rasuah. Mereka juga dilepaskan daripada beberapa pertuduhan.

Mubarak, 86, meletakkan jawatan pada Februari 2011 selepas desakan rakyat. Beliau dan dua anak lelakinya itu ditahan pada April tahun itu. Mubarak kekal di hospital tentera di pinggiran Kaherah.

sumber

Friday, January 23, 2015

Kemangkatan Raja Saudi dan Kezahiran Al-Mahdi?

tentera-berkudaRaja Saudi (khalifah?)mangkat.

Mungkinkah apa yang sedang dan akan berlaku di Arab Saudi kini adalah “permulaan akhir zaman” yang mana bakal menyaksikan kemunculan Imam Mahdi sebagaimana hadis di bawah;

Ummu Salamah RA melaporkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Manusia akan alami banyak perselisihan setelah kewafatan seorang Khalifah. Seorang lelaki dari Madinah akan melarikan dirinya ke Mekah. Beberapa orang Mekah akan memaksa beliau agar menerima bai’ah (taat setia) mereka kepada beliau di antara Rukun dan al-Maqam. Satu pasukan tentera dari Sham (Syria?) akan dikirim menentang beliau dan mereka akan ditelan bumi di Baida’ (padang pasir di antara Mekah dan Madinah). Apabila diketahui manusia, mereka datang berbondong dari Sham dan Iraq untuk membai’ah beliau. Kemudian muncul pula seorang dari Kaum Quraish yang ibunya dari suku Kalb, menentang beliau dan akan dibunuh; peperangan tersebut dinamakan Perang Kalb. Mereka yang tidak menyaksikan ghanimah peperangan itu adalah kerugian . Al-Mahdi akan membahagi-bahagikannya dan memerintah mengikut Sunnah Baginda SAW. Kemudian beliau wafat dan Kaum Muslimin akan mensolatkan  beliau.”;- [ Riwayat Abu Daud, Kitab Al-Mahdi].

Hadis di bawah ini juga mungkin berkaitan dengan apa yang telah diperbincangkan di atas. Sabda Rasululullah SAW;

“Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami”, mereka berkata : “Ya Rasulullah, juga Najd kita..?”, (Beliau diam tapi kemudian kembali berdoa) : “Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami”, mereka berkata : “Ya Rasulullah, juga Najd kita..?”,(Rasulullah diam dan kembali berdoa) : “Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami”, mereka berkata : “Ya Rasulullah, juga Najd kami..??”, beliau SAW kemudian menjawab : “Dari sana (Najd) akan muncul goncangan dan fitnah!, dan dari sana (Najd) akan muncul tanduk setan!” (Sahih Al Bukhari) sumber

Raja SAUDI Mangkat

KUALA LUMPUR: Beberapa negara Arab hari ini mengumumkan berkabung berikutan kemangkatan Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud, pagi ini.

Jordan, seperti dilaporkan media Al-Arabiya mengumumkan berkabung selama 40 hari sementara Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menyatakan negara itu turut berkabung tiga hari bermula hari ini.

Sehubungan itu, sumber Kerajaan Jordan berkata, Raja Abdullah turut memendekkan lawatannya ke Davos, Switzerland dan dalam perjalanan ke Riyadh.

Sementara itu, Mesir dipetik menerusi Ara.tv turut mengumumkan akan mengadakan solat jenazah di semua masjidnya di seluruh negara selepas solat Jumaat. sumber

Wednesday, January 21, 2015

Tentera Syiah Berjaya Kuasai YAMAN


abdul malik al houthi

Selasa (20/01) milisi Syiah Houthi akhirnya berhasil mengkudeta pemerintahan rasmi Yaman, setelah satu hari sebelumnya mengepung istana presidenan Abed Rabbo Mansour Hadi dan terlibat dalam pertempuran sengit dengan pasukan pengawal presiden.

Dalam ucapan kemenangan pemimpin Syiah Houthi, Abdul Malik al Houthi, pada Selasa malam yang disiarkan langsung stesenn televisyen March mengatakan, “Presiden Abed Rabbo tidak serius untuk memberantas korupsi dan melaksanakan perjanjian damai yang telah disepakati sejak akhir tahun 2014 lalu. Dia adalah orang yang bertanggung jawab membawa negara menuju situasi ini.”

Abdul Malik al Houthi melanjutkan “Ada konspirasi yang dipimpin oleh para petinggi negara ini yang mensasarkan Yaman dan rakyatnya menuju kejatuhan politik, ekonomi, dan keamanan.”

Abdul Malik menambahkan “Sekarang yang diperlukan adalah mengerahkan langkah bersama menuju kesepakatan damai yang adil dan merata serta diakui oleh seluruh pihak dan kelompok, dan diakui oleh regional dan internasional.”

Orang no 1 di kelompok Syiah Houthi ini mendakwa Presiden Abed Rabbo melindungi korupsi yang menjadi salah satu tuntutan reformasi yang sebelumnya di ajukan kelompok Houthi Yaman.

Kudeta berakhir pasca milisi bersenjata berhasil menguasai istana presidenan dan berhasil menjarah gudang senjata yang berada di dalam kompleks istana, 2 orang pasukan pengawal presiden dilaporkn terbunuh dalam pertempuran tersebut.

Sebelumnya pada 21 September 2014 lalu milisi Syiah berhasil merebut ibu kota Sana’a, dalam protes bersenjata menutut berundurnya pemerintahan Abed Rabbo Mansour Hadi dan turunnya harga bbm, yang berakhir dengan kesepakatan damai antara pemerintah dengan kelompok Syiah Houthi yang diprakarsai oleh PBB. (Rassd/Ram) sumber

IRAQ Dakwa Bunuh Mufti IS


pasukan irak42 orang pejuang Negara Islam dilaporkan terbunuh, termasuk seorang mufti pengadilan organisasi dalam operasi militer yang dilakukan oleh pasukan pemerintah sepanjang hari Selasa (20/01) lalu di wilayah Anbar sebelah barat Iraq.

Sejak Selasa pagi pasukan pemerintah Iraq telah mengebom daerah Hit yang menyebabkan terbunuhnya mufti Negara Islam, Jaber As Saturi, beserta 4 orang pembantunya.

Sementara itu Kementerian Pertahanan Iraq mengumumkan kematian 37 pejuang Negara Islam, termasuk 13 militan pemegang pasport kebangsaan Arab dalam serangan roket yang mensasarkan militan di pinggiran daerah Karamah di kota Fallujah.

Sebelumnya pada awal Januari lalu, pemerintah Iraq yang dibantu oleh pasukan Peshmarga Kurdistan mengumumkan akan memulakan operasi militer mereka untuk kembali merebut wilayah Anbar yang berhasil dikuasai oleh milisi Negara Islam.\

Perlu diketahui bahawa perang sekterian di Iraq yang meletus pada akhir tahun 2013 lalu dicetuskan oleh sikap dikriminatif pemerintah Iraq yang dipimpin oleh seorang Perdana Menteri Syiah, Nouri al Maliki. (Akhbarak/Ram) sumber

Said Kouachi Dikebumi Secara Rahsia

Paris: Jenazah seorang daripada tiga lelaki bersenjata yang membunuh 17 orang dalam serangan di Paris baru-baru ini dikebumikan secara rahsia di sebuah kubur tidak bertanda, lapor pihak berkuasa.
Saïd Kouachi yang dibunuh pihak berkuasa selepas menyerang pejabat akhbar mingguan satira Charlie Hebdo bersama adik lelakinya, Chérif, dikebumikan pada waktu malam dengan kawalan ketat polis di timur bandar Reims.

Peguamnya, Antoine Flasaquier berkata, balu Said juga tidak menghadiri upacara terbabit takut beliau diekori wartawan yang akhirnya akan membongkar lokasi kubur itu. Ia hanya dihadiri beberapa keluarga terdekat.

Datuk Bandar, Arnaud Robinet berkata, beliau pada mulanya keberatan untuk menerima permintaan keluarga Kouachi's untuk mengkebumikan dia di Reims. Bandar tempat beliau tinggal bersama isterinya sebelum terbabit dalam serangan 9 Januari lalu.

"Kerajaan mengingatkan saya tanggungjawab saya (untuk membenarkan pengebumian) di bawah undang-undang," kata Robinet, merujuk kepada undang-undang Perancis yang memberikan hak untuk dikebumikan di tempat kediaman terakhir.

Seorang pegawai yang tidak mahu dikenali berkata: "Memandangkan risiko gangguan keamanan dan usaha untuk menutup episod tragis ini, pihak berkuasa memutuskan untuk mempercepatkan pengebumian.
Chérif Kouachi juga bakal dikebumikan di kubur yang tidak bertanda di pinggir bandar Paris Gennevilliers, tempat tinggalnya sebelum ini.

Menurut seorang pegawai, pihak berkuasa menolak permintaan balunya, Izzana untuk kedua-dua adik-beradik itu dikebumikan bersama-sama di Gennevilliers atas alasan Saïd Kouachi sering tinggal di flat mereka di sana. Pegawai terbabit enggan mendedahkan tarikh Chérif Kouachi dikebumikan. - AGENSI

sumber

Polis Tarik Sekatan ke atas Khaleda Zia

DHAKA: Polis Bangladesh hari ini menarik balik kawalan keselamatan di sekeliling pejabat pemimpin pembangkang, Khaleda Zia di sini selepas 16 hari bagi menyekat beliau daripada beredar dan mengetuai bantahan anti kerajaan.

"Kami sudah menarik balik kawalan keselamatan tambahan dari pejabat beliau selepas tengah malam tadi," kata Ketua Polis, Rafiqul Islam.

Pemimpin pembangkang itu kini bebas untuk meninggalkan kawasan pejabatnya. - AFP sumber


Tuesday, January 20, 2015

Mursi Dakwa Tentera Terlibat Bunuh Rakyat pada 2011

KAHERAH 19 Jan. – Bekas Presiden Mesir yang digulingkan, Mohammed Mursi dalam satu perbicaraan semalam mendakwa, pasukan tentera terlibat dalam pembunuhan penunjuk perasaan ketika berlakunya kebangkitan rakyat pada tahun 2011 bagi menjatuhkan Presiden, Hosni Mubarak.

Mursi, pemimpin pergerakan Ikhwanul Muslimin yang diangkat menjadi Presiden pada tahun 2012 dalam satu kenyataan berkata, se­orang lelaki yang bertanggungja­wab menggulingkannya tahun la­lu memain peranan penting da­lam pembunuhan kejam itu. Bagaimanapun, dalam ke­nya­taan yang disifatkannya sebagai laporan ‘mencari fakta’ itu, beliau tidak menamakan Presiden, Abdel Fattah al-Sisi sebagai pelaku utama kejadian tersebut.

 Kata Mursi, elemen berkenaan dilakukan oleh sebuah badan ke­rajaan diketuai oleh ‘pemimpin rampasan kuasa’ yang mengambil bahagian dalam pembunuhan penunjuk perasaan. “Misi mencari fakta yang telah saya gabungkan melibatkan testimoni daripada seorang pengurus hotel. Pengurus hotel itu berkata, beberapa orang memasuki bilik hotel dan melepaskan tembakan dari bilik berkenaan. Mereka datang dari sebuah badan kerajaan yang di­­pimpin oleh perampas kuasa.

 “Kenapa saya tidak mengambil tindakan terhadap mereka yang membunuh penunjuk perasaan? Kerana saya mahu mempertahankan institusi ketenteraan,” jelas Mursi. Bagaimanapun, tiada sebarang maklum balas dikeluarkan oleh tentera mahupun Abdel Fattah berhubung tuduhan tersebut. Polis Mesir dipercayai terlibat dalam pertempuran bersama beratus ribu kumpulan penunjuk pera­saan yang melakukan bantahan di Dataran Tahrir bagi menamatkan pemerintahan kuku besi Hosni pada Februari 2011. – REUTERS sumber

6 Anggota Hizbullah Maut Diserang Israel

BUKIT GOLAN 19 Jan. – Sebanyak enam anggota pergerakan Hezbollah termasuk anak kepada komander, Imad Mughniyeh terkorban dalam satu serangan udara yang dilancarkan oleh Israel di sini, semalam.

Sumber keselamatan Israel berkata, serangan tersebut dilancarkan bagi menentang kegiatan ‘pengganas’ yang berlaku berhampiran Quneitra. “Sekumpulan anggota pergerakan Hezbollah terkorban dalam serangan roket yang dilancarkan di Quneitra dan nama mangsa yang terkorban akan didedahkan dalam masa terdekat.

 “Mereka terkorban ketika melakukan misi tinjauan di Kampung Mazraat Amal yang terletak dalam wilayah Quneitra,” lapor rangkaian televisyen Al-Manar. Pergerakan Hezbollah dalam satu kenya­taan berkata, enam orang anggotanya terbunuh dalam serangan berkenaan antaranya seorang pemimpin tentera dan Jihad Mughniyeh, anak kepada bekas pemimpin Hezbollah yang terkorban dalam serangan bom kereta iaitu Imad Mughniyeh.

Sumber melaporkan, pe­mimpin tentera Hezbollah yang terkorban adalah komander, Mohammed Issa yang bertanggungjawab merancang operasi ketenteraan di Syria dan Iraq. Serangan berkenaan dilancarkan sehari selepas pemimpin Hezbollah, Sayyed Hassan Nasrallah mengancam untuk menyerang Israel selepas secara berterusan me­lancarkan serangan terhadap Sy­ria. –sumber

OIC Mahu Saman Charlie Hebdo

RIYADH 19 Jan. - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) hari ini merancang untuk menyaman akhbar mingguan Perancis, Charlie Hebdo selepas menerbitkan karikatur Nabi Muhammad SAW dalam edisi keluaran terbaharunya pada 14 Januari lalu.

Laman web Independent.co.uk melaporkan, tindakan tersebut diambil selepas berlakunya tunjuk perasaan membantah penerbitan karikatur tersebut di beberapa buah negara Islam seperti Niger, Pakistan, dan Algeria. Setiausaha Agung OIC, Iyad Ameen Ma­dani berkata, beliau mengutuk perbuatan ‘bodoh’ Charlie Hebdo menerbitkan karikatur itu dan tindakan undang-undang sewajarnya perlu diambil terhadap mereka.

 “OIC sedang mengkaji undang-undang Eropah dan Perancis serta beberapa prosedur lain yang boleh diguna pakai untuk mengemukakan saman. “Jika undang-undang Perancis membenarkan kami mengambil tindakan terhadap Charlie Hebdo, kami tidak teragak-agak untuk berbuat demikian,” jelasnya.

Sementara itu, Pre­siden Afghanistan, Ashraf Ghani dalam satu kenya­taan, me­ngu­tuk tindakan majalah ber­kenaan yang disifatkan sebagai satu perbuatan ‘menghina dan tidak bertanggungjawab’. “Kebebasan bersuara perlu digunakan dengan cara yang baik iaitu bagi meningkatkan persefahaman di antara agama,” ujar­nya.

 Tindakan sama turut diambil oleh Perdana Menteri Iraq, Haider Abadi dengan berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengakibatkan berlaku pertum­pahan darah. “Kejadian serangan pengganas di Paris langsung tiada kena me­ngena dengan agama Islam,” tegas Haider. - sumber

HAMAS Kutuk Tabloid Charlie Hebdo

HAMAS mengeluarkan kutukan terhadap kelakuan Tabloid Prancis “Charlie Hebdo” yang menyebarkan gambar-gambar dengan unsur menghina nabi Muhammad shallallahu alaihi wasallam.

Dalam sidang medianya, Hamas mengatakan bahawa tindakan Tabloid Charlie Hebdo yang kembali memuatkan gambar gambar karikatur Nabi Muhammad adalah bentuk provokasi terang terangan terhadap perasaan kaum muslimin di seluruh dunia.

Tindakan tersebut juga merupakan propaganda untuk semakin membenci Islam dan dengan sengaja memancing-mancing tindakan kekerasan terhadap mereka, dan hal ini merupakan tindakan terhina dan terkutuk.

Hamas menyeru agar segera dihentikan pelbagai kempen menyimpang yang mensasarkan Islam dan Muslimin di dunia Barat ini. di mana di sebalik propaganda ini terdapatnya tangan tangan zionis yahudi //RadioSP Jalur Gaza/kh sumber

Israel Tutup 3 Organisasi Sosial PALESTIN

aqsha 1

Eramuslim – Pemerintah Israel memutuskan menutup tiga lembaga Islam Palestin setelah didakwa memprovokasi tindakan penyerangan kepada warga Yahudi yang sedang mengunjungi Masjid al Aqsa.

Dalam pernyataan Badan Keamanan Dalam Negeri Israel (Shin Bet) hari Isnin (12/01) mengatakan bahawa ketiga-tiga lembaga Palestin yang ditutup adalah Organisasi Pahlawan al Aqsa, Lembaga Muslimat untuk al Aqsha, dan Organisasi al Fajr untuk Budaya dan Adab.

Shin Bet meyatakan bahawa 3 organisasi tersebut berasal dari kota Nazaret di sebelah utara Israel, yang menjadi tempat tinggal sebahagian besar penduduk minoriti Arab di Israel. Ketiga-tiga lembaga tersebut sebelumnya telah diajukan Menteri Pertahanan Moshe Ya’alon untuk ditutup kepada Kementerian Keamanan Dalam Negeri Israel sejak bulan Disember tahun 2014 lalu. Moshe Ya’alon menganggap ketiga-tiganya menjadi ancaman bagi pihak keamanan nasional Israel.

Sementara itu menanggapi penutupan tersebut, Lembaga Muslimat untuk al Aqsa menyatakan bahawa organisasinya adalah gerakan sosial yang mengatur pendidikankalangan wanita di Masjid al Aqsa. (Skynewsarabia/Ram) sumber

Logo Hotel Hina Allah Dibantah


1-257

Eramuslim.com – Umat Islam di kawasan Sukarasa, Kecamatan Sukasari, Kota Bandung, Jawa Barat, Isnin (19/1), melakukan tunjuk perasaan di Hotel Zodiak, Bandung. Mereka geram dan mendakwa logo yang digunakan hotel tersebut mirip dengan lafaz Allah yang diterbalikkan. Ratusan warga berdemo di lokasi. Apa yang dilakukan pihak hotel dinilai menyakiti hati kaum Muslimin.

“Ini sungguh menyakitkan, logo lafaz Allah diterbalikkan. Kami persoalkan kenapa pihak hotel memakai (logo) tersebut,” kata Farid Ridwan, koordinator aksi tunjuk perasaan itu. Dia pun meminta pihak hotel mencabut logo tersebut atau masyarakat yang akan mencabutnya. Selain itu, pihaknya juga mendesak Pemkot Bandung untuk menarik balik lesen hotel tersebut agar tak beroperasi lagi.

“Tarik balik saja lesen hotel, ini sangat menyakitkan bagi kami sebagai Muslim,” tegasnya.

Dalam tunjuk perasaan ini, orang ramai membawa sejumlah poster berisi kecaman terhadap pihak hotel, di antaranya bertuliskan ‘Tarik Lesen Hotel Zodiak’, ‘Logo Hotel Zodiak Zionis Menzalimi Kaum Majaoriti Muslim’, dan ‘Logo Hotel Zodiak Zionis Menyesatkan’.

Hotel Zodiak sendiri menurut informasi sudah dua tahun beroperasi. Belum diketahui sejak bilapenggunaan logo yang diduga lafaz Allah yang diterbalikkan itu dipakai. (rz) sumber

PALESTIN - Mahkamah Israel Arah Petempatan Yahudi di Robohkan

BAITULMAQDIS: Mahkamah agung Israel mengarahkan pihak berkuasa Israel meroboh salah satu penempatan haram Yahudi paling lama dan kontroversi di Tebing Barat.

Khamis lalu, mahkamah berkata penempatan puncak bukit di Amona mesti dikosongkan dalam tempoh dua tahun. Amona dibina pada 1995 di atas tanah persendirian Palestin, tanpa persetujuan kerajaan Israel. Pada 2006, polis Israel memusnahkan sembilan rumah di kawasan itu, mencetuskan pertempuran berdarah antara penduduk dan penyokong yang menentang polis serta askar.

Beberapa buah rumah masih tinggal. Kerajaan menghentikan kerja-kerja meroboh baki penempatan itu, walaupun selepas tarikh akhir mahkamah. Penduduk mendakwa mereka membeli tanah di lokasi penempatan haram itu, walaupun beberapa pemilik tanah Palestin berkata proses jual beli itu membabitkan penipuan. Palestin mahu menubuhkan negara di Tebing Barat yang diduduki Israel. - AP sumber

AS - Kempen Beri Al-Quran Secara Percuma

Dalam usaha untuk menyebarkan informasi yang benar tentang Islam, CAIR telah melancarkan sebuah kempen “Memberikan Al-Qur’an” untuk meningkatkan pemahaman tentang Islam melalui pemberian kitab suci umat Islam ini secara percuma kepada warga non-Muslim Amerika yang menginginkannya, sebagaimana disiarkan WB pada Sabtu (17/1/2015).

Nihad Awad, Direktur Eksekutif Nasional Dewan Hubungan Amerika-Islam atau Council on American-Islamic Relations (CAIR) mencuba untuk memperkenalkan Islam dari sudut pandang yang mungkin belum diketahui oleh non-Muslim Amerika kebanyakannya.

Dia mengatakan dalam sebuah pernyataan bahawa, “Ada ayat-ayat spesifik dan jelas dalam Al-Qur’an yang memerintahkan umat Islam untuk merespon penghinaan dan ejekan secara damai dan dengan do’a,” dan mengutip ayat-ayat Al-Qur’an yang menyerukan menghormati kebebasan beragama termasuk:

 “Tidak ada paksaan dalam (menganut) agama (Islam), sesungguhnya telah jelas (perbezaan) antara jalan yang benar dengan jalan yang sesat.” [Q.S. Al-Baqarah (2): 256].

“Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh.” [Q.S. Al-A’raf (7): 199]

“Dan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan seperti teman yang setia.” [Q.S. Fussilat (41):34]

Pembagian Al-Qur’an secara percuma ini juga termasuk pembahagian buku panduan yang menunjukkan ayat-ayat yang relevan pada pelbagai isu, seperti hak-hak wanita, keadilan sosial dan penghormatan terhadap agama lain. sumber

BANGLADESH - Polis Tarik Sekatan Terhadap Khaleda Zia

DHAKA: Polis Bangladesh hari ini menarik balik kawalan keselamatan di sekeliling pejabat pemimpin pembangkang, Khaleda Zia di sini selepas 16 hari bagi menyekat beliau daripada beredar dan mengetuai bantahan anti kerajaan.

"Kami sudah menarik balik kawalan keselamatan tambahan dari pejabat beliau selepas tengah malam tadi," kata Ketua Polis, Rafiqul Islam.

Pemimpin pembangkang itu kini bebas untuk meninggalkan kawasan pejabatnya. - AFP

sumber

SYRIA - Pesawat Dijatuhkan, 37 Askar Nushairiyah Maut

Mujahidin Jabhah Nushrah menyatakan yang mereka telah menembak jatuh sebuah pesawat kargo militer rejim Nushairiyah yang sarat dengan muatan amunisi dan makanan pada Sabtu (17/1/2015) malam di barat laut Syria.

Pesawat jenis Ilyushin yang sedang menuju lapangan terbang militer Abu Dhuhur di desa Idlib itu juga mengangkut 37 orang askar Nushairiyah, termasuk perwira dan anggota milisi Syiah Lebanon, semuanya dilaporkan terbunuh dalam operasi tersebut. sumber

Tuesday, January 13, 2015

PERANCIS - Majalah Tetap Siarkan Kartun Nabi Muhammad


charliess Edisi terbaru  Charlie Hebdo, akan diterbitkan hari  Rabu minggu ini sebanyak satu juta naskah , dengan tetap tampilkan  kartun Nabi Muhammad yang digambarkan bersama-sama ahli politik dan pemimpin agama di dunia.

Majalah tersebut tetap berfungsi setelah sembilan kontributornya , termasuk kartunis terkenal Cabu dan Wolinski dan pengarah penerbitan, Charb, ditembak mati pada Rabu lalu oleh pejuang Chérif dan Saïd Kouachi. (JL/KH) sumber

Monday, January 5, 2015

PALESTIN - 21 Kader Hamas Ditangkap di Tebing Barat


hamas logo 1 
Hamas menyatakan, pasukan keselamatan di Tebing Barat makin represif terhadap kader pejuang Palestin, 17 orang ditangkap dan 4 lainnya dipanggil untuk siasatan dengan alasan berafiliasi kepada Hamas.

Keterangan yang berhasil dihimpun, Rabu (3/12) sejumlah mahasiswa dan bekas tawanan dari penjara zionis termasuk yang ditangkap di distrik Hebron, Betlhem, Ramallah, Nablus dan Tulkarm.

Di daerah Hebron, pihak berkuasa menangkap Ahmad Abi Isyah, Thariq Junaidi, Hatim Junaidi, Abdul Rahmah Khatib, dan Abdul Qadir Syahin, mereka semua mahasiswa kampus Politeknik Palestin. sumber

INDONESIA - Pesawat QZ7633 Berpatah Balik

SURABAYA: Pesawat AirAsia Indonesia QZ7633 yang dijadual berlepas dari Surabaya ke Bandung pada jam 9 malam semalam (waktu tempatan) berpatah balik ke landasan asal akibat masalah teknikal.
Dalam kenyataan akhbar AirAsia Indonesia, pesawat Airbus A320-200 (PK-AZC) yang membawa 161 penumpang mengalami masalah Unit Penjana Tenaga (APU) ketika berundur.

Kapten pesawat kemudiannya mengemudi pesawat kembali ke pintu bagi membolehkan pemeriksaan lanjut dilakukan atas sebab keselamatan.

APU adalah alat yang terletak di bahagian ekor pesawat berfungsi mengalirkan tenaga elektrik dan sistem pneumatik apabila kapal terbang berada di atas landasan dan sebelum enjin utama dihidupkan.
APU mempunyai sistem perlindungan apabila ia mematikan secara automatik APU sebaik ia mengesan sebarang sistem yang bermasalah seperti terlebih kelajuan, tekanan minyak rendah, masalah penapis minyak atau suhu minyak menjadi terlampau panas bagi memastikan keselamatan operasi.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Indonesia, Sunu Widyatmoko berkata: "Kapten mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan kembali ke landasan asal bagi memastikan keselamatan operasi.
"Pemeriksaan lanjut selesai disempurnakan pasukan jurutera kami dengan mematuhi SOP. Selepas pemeriksaan terakhir selesai, pesawat dibenarkan untuk berlepas kira-kira sejam kemudian.
"Biarpun berdepan liputan yang begitu sensasi, tidak timbul isu keselamatan dan pesawat terbabit selamat mendarat di Bandung." sumber

Friday, January 2, 2015

MAJLIS Ustaz Muhd Fahmi Al-Azhari JANUARI 2015


Riyadh Akan Izinkan Yahudi Bekerja di SAUDI


saudi MC D

Channel ketujuh Israel, Shiva, mengungkapkan bahawa Arab Saudi akan mengizinkan warga Yahudi dan orang-orang dari semua agama untuk bekerja di wilayahnya pada masa akan datang.

Seperti dikutip Shiva dari akhbar Watan Saudi menyatakan, pihak berkuasa di Riyadh telah mengizinkan warga Yahudi dan orang-orang dari semua agama untuk bekerja di Arab Saudi, sebagai bukti keterbukaan kerajaan terhadap agama dan budaya.

Seperti disiarkan akhbar Watan dari seorang sumber di Kementerian Tenaga Kerja Arab Saudi mengatakan “Tidak ada larangan terhadap orang-orang dari agama apapun termasuk Judaisme untuk masuk ke dalam Kerajaan Arab Saudi, kerana permintaan visa di Kementerian Tenaga Kerja berfokus pada kewarganegaraan calon pekerja, bukan agama mereka.”

Sumber yang tidak mahu disebutkan namanya tersebut menambahkan “Kami hanya mencegah masuknya mereka yang memegang kewarganegaraan Israel, selebihnya kami terbuka untuk sebahagian besar bangsa dan agama.”

Perlu diketahui bahwa Arab Saudi satu-satunya negara Teluk yang melarang pendirian rumah ibadah selain agama Islam, meskipun pemerintahan Vatikan menentang tindakan Saudi tersebut. (Dostor/Ram) sumber

Sepanjang 2014 - 26,500 Yahudi Berhijrah ke Israel


FRANCE-PARIS-MARAISSeramai 26,500 warga Yahudi dari seluruh dunia dilaporkan berimigrasi ke Israel sepanjang tahun 2014, seperti disiarkan Jewish Agency dalam pemberitaannya pada hari Khamis (01/01).

Dalam laporan tahunan yang diperoleh Jewish Agency dari badan Imigrasi Israel menyatakan bahawa jumlah imigran Yahudi dari seluruh dunia tahun 2014 meningkat 32% dibandingkan tahun 2013 lalu.

Sebanyak 7 ribu warga Yahudi Perancis dilaporkan berimigrasi ke Israel, disusul kemudian oleh warga Yahudi asal Rusia sebanyak 4,830 imigran dan Amerika Syarikat sebanyak 3,870 orang.

Ini adalah pertama kalinya warga Yahudi Perancis menjadi imigran terbesar ke Israel setelah sebelumnya pada tahun 2013 hanya ada 3,293 orang yang bermigrasi ke Israel.

Tercatat ada sekitar setengah juta orang Yahudi yang kini tinggal di Perancis.

Perlu diketahui bahwa dalam konstitusi undang-undang menyatakan mereka yang datang hijrah ke Israel akan mendapatkan kewarganegaraan secara automatik. (Skynewsarabia/Ram) sumber

*SATU UMAT - Mereka sedang dikumpulkan setempat supaya senang disembelih oleh tentera akhir zaman :)

Labuan Dilanda Ombak Besar Luar Biasa

LABUAN: Ombak besar membadai pantai Labuan malam tadi dan menimbulkan suasana cemas dalam kalangan penduduk, nelayan serta pengusaha pengangkutan laut.

Beberapa nelayan tempatan dan tekong bot dilaporkan tidak dapat berkomunikasi antara satu sama lain berikutan keadaan laut yang bergelora teruk.

"Saya belum pernah melihat ombak sebesar ini," kata Rahim Yussof, 45, yang bertugas dengan sebuah syarikat minyak dan gas kepada Bernama hari ini.

Beliau merujuk kepada ombak setinggi dua dan empat meter yang membadai struktur jeti berhampiran Pelabuhan Labuan. sumber
"Ombak begitu tinggi, manakala angin pula sungguh kencang hingga menimbulkan suasana ngeri dan menakutkan," katanya.
Sementara itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menasihati pengendali bot, nelayan dan pemancing supaya berhati-hati dan menghubungi Jabatan Perkhidmatan Meteorologi bagi mendapatkan maklumat tentang cuaca dan keadaan laut.
Jabatan itu hari ini meramalkan angin kencang dan laut bergelora di perairan Pahang, timur Johor, Sarawak, Sabah (pedalaman, daerah Pantai Barat dan Kudat) dan Wilayah Persekutuan Labuan hingga Ahad.
Dalam kenyataannya, jabatan itu berkata angin Kategori Dua selaju 50 hingga 60km sejam dan ombak hingga setinggi 4.5 meter di kawasan berkenaan adalah berbahaya kepada semua kegiatan perkapalan, termasuk perkhidmatan feri dan menangkap ikan, serta aktiviti di pesisiran pantai. - BERNAMA

MAJLIS Abu Zulfiqar JAN 2015


QZ8501 - Hari ke-6, 17 Pesawat dan 29 Dikerahkan Mencari

JAKARTA: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang tertumpu kepada pencarian bangkai pesawat dan mengeluarkan mayat mangsa nahas QZ8501 AirAsia Indonesia masuk hari keenam hari ini membabitkan lebih banyak aset dan anggota pencarian.

Hari ini, sebanyak 17 pesawat dan 29 kapal dikerahkan ke lokasi serpihan dan mayat mangsa pesawat ditemui di sekitar Laut Jawa di Kalimantan Tengah.

Ketua Agensi SAR Nasional Indonesia (BASARNAS), Soelistyo pagi ini membentangkan operas pencarian dengan kerahan membabitkan armada dari dalam negeri dan bantuan asing.

"Pembahagian tugas pun sudah dibuat. Kapal peronda ditugaskan untuk mencari bangkai pesawat. Armada lain mencari jenazah dan serpihan," katanya. - Detik.com sumber

SYRIA - 1,850 Terkorban Sepanjang Disember 2014


ANAKTEWASSURIAH

Sekurang-kurangnya 1,850 orang telah terkorban dalam konflik di Syria sepanjang bulan Disember lalu, menurut Human Rights Network Syria dalam laporan bulanannya awal tahun 2015.

Dalam laporan terbitan hari Khamis (01/01) lalu Human Rights Network Suriah menyatakan “Seramai 1,851 orang terbunuh dalam konflik di Syria sepanjang bulan Disember lalu, 1,049 antaranya adalah orang awam yang terkorban oleh serangan pasukan pemerintah dan lebih dari 357 militan terbunuh dalam pelbagai pertempuran di Syria.”

Sementara itu seramai 7 orang dilaporkan terkorban dan puluhan lainnya cedera dalam serangan hari pertama tentera pemerintah di awal tahun baru 2015.
  (Skynewsarabia/Ram) sumber