Thursday, February 26, 2015

Kuatnya Pengaruh Syiah IRAN di IRAQ


File photo of fighters from the Shi'ite Badr Brigade militia standing near their flag as they guard at a checkpoint outside the town of Sulaiman Pek

Beberapa papan iklan terpampang di pusat kota Baghdad, seorang jeneral berambut abu-abu tergambar besar di ibukota Iraq itu . Jeneral itu bukanlah berasal dari Iraq, tetapi seorang Jeneral Iran. Poster ini mencerminkan pengaruh Iran  di pemerintahan Baghdad.

Iraq adalah salah satu negara utama Arab. Warganya, terbahagi dua, Muslim dan Syiah , kini banyak orang  Syiah Iraq menjadikan  Iran, sebagai kiblat teologinya dan sebagai sekutu utama mereka.

Secara khusus, Syiah Iraq telah tumbuh dengan dukungan Iran yang kuat. Puluhan kelompok paramiliter Syiah telah bersatu di bawah cabang rahsia dari pemerintah Iraq disebut Milisi Mobilisasi Rakyat  , atau Hashid Shaabi.

Milisi itu dibuat oleh Perdana Menteri Haider al-Abadi , menjadi sebuah badan rasmi yang mengambil peranan utama dalam banyak operasi keamanan Iraq. Dari posisinya yang dapat mengakses langsung ke  Tehran, pemerintah Iraq, maka milisi Syiah ini semakin berpengaruh dalam menentukan masa depan negara Iraq.

Para tokoh penting Syiah Iraq yang berada dalam Hashid Shaabi bersama dengan pemerintahan  Baghdad dan Iran sangat berperan aktif  menempatkan milisinya di garis depan untuk bertempur dengan Mujahidin Daulah Islam.

Kelompok Hashid Shaabi inilah yang mengkoordinasikan beberapa lusin faksi Syiah . Milisi ini sangat akur dengan pendeta Syiah Iraq,  Ayatollah Ali al-Sistani. Tapi mereka juga mengutip bimbingan agama dari Ayatollah Ali Khamenei, pemimpin tertinggi Iran, sebagai faktor kunci untuk menentukan keputusan mereka untuk  membela Iraq.

Hadi al-Amiri, salah satu pemimpin kelompok tersebut  mengatakan kepada Reuters: “Sebahagian dari kita percaya bahwa … Khamenei memiliki semua kualifikasi sebagai pemimpin (Syiah). Dia adalah pemimpin tidak hanya untuk Iran, tetapi untuk (Syiah) dunia. Saya percaya begitu dan saya bangga di dalamnya. “
Dia menegaskan tidak ada konflik antara peranannya sebagai pemimpin politik dan militer Iraq dan kesetiaan kepada Khamenei.

“Khamenei akan menempatkan kepentingan rakyat Iraq di atas segalanya,” kata Amiri. (Arby/Dz) sumber

YAMAN - Huthi Ambil Alih Lapangan Terbang

SANAA 25 Feb. – Kumpulan lelaki bersenjata Huthi mengambil alih kawalan ke atas pangkalan tentera khas di ibu negara ini, Sanaa awal pagi ini selepas berlaku pertempuran yang menyaksikan 10 orang terbunuh.

Pertempuran yang berlangsung selama enam jam tersebut bermula lewat malam tadi apabila kumpulan Huthi menyerang kem berkenaan menggunakan senjata berat.

Sumber tentera berkata, askar itu dilatih oleh Amrika Syarikat (AS dan kelengkapan di pangkalan tersebut disediakan oleh AS sebagai pasukan elit antikeganasan ketika pentadbiran bekas Presiden, Ali Abdullah Saleh yang digulingkan ketika kebangkitan rakyat pada 2011.

Kumpulan pemberontak Huthi merampas pentadbiran Sanaa pada September lalu, menyebabkan Presiden Yemen, Abdrabuh Mansur Hadi berundur ke Aden pada minggu ini. Pegawai AS melahirkan kebimbangan pentadbiran Huthi yang anti-AS akan mengancam usaha antikganasan di negara ini yang berkongsi sempadan dengan Arab Saudi.

Negara-negara jiran Yemen turut mengkiritik rampasan kuasa oleh kumpulan Huthi dan ketua Majlis Kerjasama Teluk, Abdullatif al-Zayyani tiba di Aden untuk bertemu Hadi, hari ini bagi membincangkan situasi itu. Perebutan kuasa antara pemberontak Huthi di Sanaa dan Abdrabuh di Aden menimbulkan keraguan krisis Yemen boleh diselesaikan dengan aman melalui rundingan tajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Huthi semalam berkata, Abdrabuh tidak lagi merupakan ketua negara ini dan kini diburu sebagai penjenayah. – Reuters sumber

Salji di AFGHANISTAN, 100 Terkorban

KABUL 26 Feb. - Lebih 100 penduduk terkorban selepas tertimbus dalam salji tebal di kawasan pergunungan di utara Kabul semalam, ketika pasukan penyelamat bertungkus lumus menyelamatkan berpuluh-puluh penduduk lain yang terperangkap dalam salji tebal.

Gabenor Utara Kabul berkata, kebanyakan mangsa terdiri daripada penduduk di wilayah Panjshir kira-kira 150 kilometer di utara Kabul. “Ribut salji yang berterusan selama dua hari memusnahkan lebih 100 buah rumah di wilayah ini yang terputus laluan ke jalan utama, keadaan itu menyebabkan kesukaran kepada pasukan penyelamat untuk memasuki kawasan di pedalaman dan menyukarkan kerja-kerja bantuan, ” kata gabenor wilayah Panjshir, Abdul Rahman Kabiri.

- REUTERS sumber

Dome of the Rock Dilitupi Salju


article-0-16DAF9E3000005DC-911_964x641
Anomali musim melanda sejumlah kawasan di Dunia Arab. Dalam beberapa hari, badai hebat menerjang sejumlah wilayah di Dunia Arab (20/2) dan salji memaksa penutupan semua jalan menuju dan keluar dari Jerusalem.

Padang pasir di Palestin pun tertutup lapisan salji. Salji juga turun di beberapa wilayah Tebing Barat, Lebanon, Jordan dan Syria. Laman suci umat Muslim Dome of Rock juga tertutup salji.

“Ini ajaib,” ujar warga Jerusalem Miriam Leibowitz, Jumaat (20/2).

Jurucakap pemerintah daerah Jerusalem Brachie Sprung mengatakan salji setebal 25 sentimeter menutupi kota. Hari berikutnya diperkirakan ketebalan salju mencapai 10 sentimeter.

Damsyik dan gunung di sekitarnya juga dilitupi salji. Di Lebanon,  salji menutup jalan-jalan menuju gunung dan mengisolasi penduduk.

Jalan tol Beirut-Damsyik ditutup sejak Khamis malam. Penduduk diingatkan tetap berada di rumah.

Di Amman, Jordan, salji melumpuhkan sebagian besar jalan. Di Gaza terjadi hujan lebat sejak Khamis dan diperkirakan berlangsung selama seminggu.

Cuaca ekstrem yang dingin ini membuat penderitaan ratusan ribu pelarian Palestin yang masih tinggal di gubuk-gubuk dan tenda-tenda pengungsian yang terserak di sekitar Palestin semakin menderita. (rz) sumber

15,000 Warga MESIR Lari dari LIBYA



KAHERAH: Kira-kira 15,000 rakyat Mesir pulang ke tanah air berikutan pergolakan memuncak di Libya dengan menyeberang sempadan di Sallum selepas kumpulan jihad Negara Islam (IS) membunuh 21 penganut Coptic Christian.

Minggu lalu, jet pejuang Mesir dan Libya menyasarkan lokasi IS di Libya selepas kumpulan jihad itu menyiarkan video bertarikh 15 Februari menunjukkan penganut Kristian iaitu 20 daripadanya rakyat Mesir dipenggal kepala mereka.

Sejak itu, Kaherah menggesa ratusan ribuan rakyatnya yang bekerja di Libya supaya meninggalkan negara bergolak berkenaan dan menaiki pesawat sewa khas untuk pulang ke tanah air menggunakan laluan dari Tunisia.

Sekurang-kurangnya 14,585 orang sudah menyahut gesaan berkenaan dan kembali menerusi Sallum di barat laut Mesir.

Jumlah itu termasuk 3,018 orang warga Mesir semalam tetapi tidak menyatakan jumlah mereka yang beragama Kristian.

Sehubungan itu, jurucakap Kementerian Pengangkutan di Tunisia berkata, sekurang-kurangnya 1,000 rakyat Mesir meninggalkan Libya menggunakan pesawat yang disewa khas dari Kaherah sejak Jumaat lalu.
Selain itu, pegawai kastam Tunisia berkata, sejumlah rakyat Mesir turut menunggu di sempadan Libya, berharap untuk menyeberang masuk.

Sementara itu, lewat semalam sebuah pesawat membawa 231 rakyat Mesir berlepas dari Tunisia dan mendarat di Lapangan Terbang Kaherah. -AFP sumber

TURKI - 2 Jet Pejuang Terhempas, 4 Askar Maut

ANKARA: Empat askar Turki terkorban apabila dua jet pejuang terhempas di wilayah Malatya, tenggara negara itu, kata tentera hari ini.

Angkatan tentera negara itu berkata, pihaknya terputus hubungan dengan dua jet RF-4E ketika menjalankan latihan penerbangan pada sebelah malam.

"Operasi mencari dilaksanakan dengan segera. Bangkai dua jet itu sudah ditemui dan malangnya empat juruterbang terkorban," katanya.

Katanya, dua jet berkenaan terhempas akibat kemalangan tetapi tidak memberikan maklumat lanjut punca atau mengapa jet terbabit terhempas serentak.

Setiap jet itu dilaporkan membawa seorang juruterbang dan seorang pembantu juruterbang. Tiada sesiapa yang terselamat.

Stesen televisyen swasta, NTV melaporkan, anggota penyelamat dan helikopter serta anggota bomba dan ambulans digerakkan ke tempat kejadian selepas terdengar letupan.

Kabus tebal menyukarkan kenderaan untuk sampai ke tempat kejadian. - AFP sumber

PALESTIN - Al-Qassam Latih 17,000 Pemuda


hamas
Briged Ezzedine al Qassam telah merekrut sekurangnya 17,000 pemuda Palestin untuk menjadikan ereka barisan mujahidin yang mantap menghadapi Zionis-Israel. Al-Qassam membantu Hamas mengawasi kem latihan pemuda untuk menjadi pasukan militer.

Menurut AFP,  Rabu (25/2), Hamas menyelenggarakan kem latihan musim panas sejak Gaza hancur setelah perang 50 hari dengan Israel. Kem tersebut disertai oleh remaja berusia 14 hingga 21 tahun.

Pada Januari lalu peserta kem memecahkan rekod hingga 17 ribu pemuda. Mereka diberikan latihan perang melawan Israel dan juga pendidikan agama.

Kem pelatihan ini diawasi langsung oleh Qassam. Pelatihan yang diberikan di kem Qassam antaranya penggunaan persenjataan berat dan teknik penyergapan. Hamas mengatakan mengajar pemuda merupakan bentuk perjuangan yang sah terhadap pendudukan Zionis-Israel di wilayah Palestin meski aktivis HAM menuduh kegiatan ini merupakan sebahagian dari eksploitasi kanak-kanak.

Wartawan AFP diberi kesempatan untuk menyaksikan upacara kelulusan pelatihan meskipun tidak diizinkan melihat sesi pelatihan. Hamas dan Qassam telah memberikan peringatan untuk tidak mengizinkan siapapun tanpa pemeriksaan penuh.
(rz) sumber

NIGERIA - 27 Maut dalam Letupan Bom



KANO, Nigeria: Dua letupan bom menggegar stesen bas di utara Nigeria menyebabkan sekurang-kurangnya 27 orang maut ketika keganasan terus berleluasa kurang lima minggu menjelang pilihan raya umum.
Letupan pertama mengakibatkan 17 orang mati di stesen di pinggir Potiskum, timur laut wilayah Yobe yang dilaporkan menjadi sasaran kumpulan militan Boko Haram.
Selang beberapa jam kemudian, dua lelaki meletupkan diri mereka selepas keluar dari sebuah bas di terminal yang sibuk di Kano, bandar terbesar di utara dan satu lagi sasaran kumpulan berkenaan. Seramai 10 orang terkorban.

Presiden Goodluck Jonathan berkata, pihak tentera berjanji melumpuhkan pergerakan kumpulan militan itu.
"Presiden memberi jaminan kepada seluruh rakyat Nigeria dan penduduk di wilayah timur laut terutamanya, bahawa hari untuk berkabung bagi mangsa serangan pengganas di negara ini akan berakhir dan keadaan semakin sukar di pihak Boko Haram," kata kenyataan pejabat presiden.
Kumpulan militan Nigeria itu didakwa bertanggungjawab terhadap 13,000 kematian sejak 2009 dan dalam tempoh beberapa minggu ini sedang meningkatkan pengaruh mereka di negara jiran sekali gus menimbulkan kebimbangan berlaku krisis serantau. - AFP sumber

Wednesday, February 18, 2015

MESIR Serang LIBYA, 64 Terbunuh

KAHERAH 17 Feb. - Sebanyak 64 anggota militan Negara Islam (IS) termasuk tujuh orang awam terkorban, semalam selepas kerajaan Mesir melancarkan serangan udara besar-besaran terhadap kubu kuat kumpulan militan itu di Libya.

Agensi berita Al-Ahram memetik kenyataan jurucakap tentera Libya sebagai berkata, tiga pemimpin IS adalah antara yang terkorban dalam serangan yang menjadikan bandar Derna dan Sirte itu sebagai sasaran. Pesawat pejuang Mesir melancarkan serangan terhadap kem latihan tentera dan stor penyimpanan senjata IS ekoran tindakan kumpulan militan tersebut memuat naik video yang memaparkan 21 penganut Kristian Qibti warga Mesir dibunuh, kelmarin. Kesemua mangsa terbabit dilaporkan ditahan di bandar Sirte, Libya dalam dua serangan yang dilancarkan pada Januari dan Disember tahun lalu.

 Menurut saksi, sekurang-kurangnya tujuh serangan udara dilancarkan di Derna, yang menjadi kawasan utama aktiviti militan itu sejak pemerintah diktator Libya, Muammar Gaddafi dibunuh pada 2011. Dalam perkembangan lain, Kementerian Luar Mesir menguatkuasakan larangan perjalanan terhadap rakyatnya ke Libya selepas kejadian penyembelihan berkenaan. “Kami sudah menubuhkan sebuah jabatan tetap iaitu Jabatan Krisis di Kementerian Luar Mesir bagi menghadapi sebarang kemungkinan. “Terdapat beribu-ribu rakyat Mesir di Libya dan kami sedang menghubungi mereka secara terus atau melalui orang ketiga.

“Kerajaan turut mengadakan kerjasama dengan ketua-ketua kabilah bagi menjaga keselamatan mereka dan menyalurkan bantuan sewajarnya untuk membantu mereka pulang ke tanah air,” ujar Kementerian Luar Mesir dalam satu kenyataan, yang dipetik agensi berita Xinhua. - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/mesir-serang-kubu-is-1.60914#sthash.UQJYOlCn.dpuf
 
sumber

SYRIA - Gambar2 Persediaan Menyerang Damsyik



Brigade Syuhada 1
Eramuslim – Briged Syuhada milik Front revolusioner Syria, Syam Bersatu, kembali melancarkan serangan balas atas pembantaian Duma oleh tentara pemerintah Syria beserta milisi Syiah Hizbullah dan Iran pada pekan awal bulan Februari ini.

Serangan 5 hari pesawat tempur Syria yang dimulai pada 4 Februari lalu telah menjatuhkan lebih dari 500 bom dan rudal ke wilayah pinggiran timur provinsi Damaskus, khususnya kota Duma, dan mengakibatkan 117 orang awam Syria meninggal dunia, sementara mangsa kecedaraan meacapai 500 lebih.

Dalam kenyataan pada minggu lalu, Briged Syuhada menyatakan bahawa aksinya mengebom markas keamanan dan militer di ibukota Damsyik adalah pembalasan atas aksi pemboman tentera Syiah pemerintah ke wilayah penduduk sipil di kota Duma. (Aljazeera/Ram)

Berikut gambar-gambar hujan roket dan rudal ke ibukota Damsyik oleh Brigade Syuhada:
Brigade Syuhada
Brigade Syuhada 2
Brigade Syuhada 3
Brigade Syuhada 4
Brigade Syuhada 5
Brigade Syuhada 6
Brigade Syuhada 7
Brigade Syuhada 8
Brigade Syuhada 9 sumber

PAKISTAN - 3 Maut dalam Letupan Bom



LAHORE, Pakistan: Sekurang-kurangnya tiga orang terkorban apabila sebutir bom meletup dalam serangan rambang dekat ibu pejabat polis di bandar Lahore, Pakistan, hari ini.

Lahore, bandar kedua terbesar yang dilihat agak liberal, terselamat daripada menjadi sasaran utama keganasan membabitkan militan Islam yang melanda negara itu sejak sedekad lalu.

Kejadian hari ini hanya beberapa meter dari pintu masuk ibu pejabat polis di tengah bandar berkenaan menyebabkan kepulan asap tebal kelihatan melepasi bangunan terbabit.

"Laporan awal menyebut ia adalah sebutir bom kereta tapi kami masih menyiasat punca sebenar letupan berkenaan. Sekurang-kurangnya tiga orang maut dalam letupan berkenaan," kata pegawai kanan polis, Haider Ashraf.

Siaran televisyen menunjukkan beberapa kenderaan terbakar selepas letupan berkenaan dan menyebabkan serpihan kaca serta sisa runtuhan daripada bangunan berdekatan.

Kejadian berkenaan berlaku cuma beberapa hari selepas 22 maut dalam serangan berani mati di sebuah masjid Syiah di barat laut bandar Peshawar. - AFP

sumber

38 Maut dalam Serangan Nekad di NIGERIA



KANO: Dua pengebom nekad Boko Haram didakwa melancarkan serangan di timur laut Nigeria mengakibatkan sekurang-kurangnya 38 terkorban semalam, kurang enam minggu menjelang pilihan raya negara itu.

Kumpulan pemberontak Islam itu dikatakan menyebabkan kelewatan pilihan yang sepatutnya 14 Februari lalu dan kerajaan berharap angkatan tentera mampu mengawal pertumpahan darah sebelum tarikh baru pilihan raya pada 28 Mac depan.

Namun, siri serangan terbaharu oleh pemberontak dalam negara serta kumpulan dari negara jiran dari Cameroon, Chad dan Niger memberi tekanan kepada pihak keselamatan bagi mengadakan pilihan raya yang aman.
Serangan di Borno menyaksikan tiga penyerang bermotosikal meledak bom di pusat pemeriksaan di perkampungan Yamarkumi berdekatan pekan Biu, kira-kira jam 1 tengah hari waktu tempatan.
Serangan itu menyebabkan 36 orang maut manakala 20 lagi cedera, demikian menurut sumber di Hospital Besar Biu.

"Kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak peminta sedekah dan gelandangan di pekan yang sesak dengan orang ramai," kata sumber berkenaan.

Kira-kira empat jam kemudian di Potiskum, the pusat ekonomi di negeri Yobe, seorang pengebom nekad meletupkan dirinya di dalam sebuah rangkaian restoran Al-Amin yang popular di utara Nigeria.

Pengurus restoran dan seorang pelayan lelaki terbunuh manakala 13 kakitangan dan pelanggan dilaporkan parah, demikian menurut pegawai polis dan sumber Hospital Besar Potiskum. - AFP

sumber

Tuesday, February 17, 2015

QATAR - Demo Bantah Pembunuhan 3 Muslim di AS

Sebahagian peserta perarakan di Doha, Qatar kelmarin, menurunkan

DOHA 16 Feb. – Kira-kira 1,000 orang menyertai perarakan perpaduan berikutan pembunuhan tiga pelajar Islam warga Amerika Syarikat oleh lelaki tempatan berkulit putih, dalam satu kejadian disifatkan penduduk Qatar sebagai ‘tindakan pengganas’.

Mereka berarak sambil me­ngibarkan kain rentang yang me­ngatakan tertera ‘Hentikan jenayah berasaskan kebencian agama’, ‘perpaduan’ serta ‘Kami semua berhak untuk hidup tanpa kebencian’. Perarakan itu turut disertai Duta Amerika Syarikat ke Qatar, Dana Shell Smith, yang menzahirkan perasaan menentang sebarang jenis kebencian melalui laman sosial Twitternya.

Perhimpunan sedemikian jarang diadakan, terutamanya di Qatar yang tidak menggalakkan perarakan seumpamanya dilaksanakan. Deah Shaddy Barakat, 23, iste­ri­nya, Yusor Mohammad Abu-Salha, 21, dan adik perempuanya Razan, 19, dibunuh oleh Craig Hicks di Universiti North Carolina di Chapel Hill, Rabu lalu. Hicks 46, dipercayai membenci Islam, berdasarkan status di laman sosial Facebooknya yang menunjukkan berpuluh-puluh kenyataan mengenai kebenciannya terhadap agama itu, Kristian, dan Mormon.

Pihak polis berkata, jenayah itu disebabkan oleh pertikaian tempat letak kereta, tetapi keluarga mang­sa mendakwa kejadian tersebut berasaskan kebencian agama. Hicks disabit kesalahan atas pembunuhan tiga mangsa tersebut. – AFP sumber

JEPUN Tutup Kedutaan di YAMAN

TOKYO: Jepun hari ini menutup kedutaannya buat sementara di Yaman sekali gus menambah bilangan diplomat asing yang keluar ekoran kebimbangan terhadap keselamatan di negara itu susulan penguasaan kumpulan militan Syiah.

Operasi di kedutaan Jepun di Sanaa mula ditutup semalam selepas keadaan keselamatan yang semakin teruk di Yaman," menurut Kementerian Luarnya.

Kakitangannya kini sudah dipindahkan ke kedutaan Jepun di Qatar, dan mereka akan melakukan beberapa tugas.

Tokyo juga sudah menggesa rakyatnya untuk meninggalkan negara bergolak itu selepas tahap keselamatan dilaporkan semakin merosot.

Militan Huthi membubarkan kerajaan dan parlimen Yaman pada 6 Februari lalu selepas kumpulan itu bertindak merampas istana presiden dan beberapa bangunan utama kerajaan.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon memberi amaran bahawa Yaman kini berpecah belah dan mengarahkan pengembalian kedudukan jawatan bekas presiden negara itu yang mendapat sokongan barat, Abedrabbo Mansour Hadi.

Arab Saudi minggu lalu mengumumkan bahawa semua kakitangan kedutaannya di Yaman sudah dipindahkan.

Langkah sama diikuti Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, Itali, Britain, Belanda, Emiriyah Arab Bersatu dan Sepanyol. -AP SUMBER

MESIR Serang LIBYA

KAHERAH: Mesir melancarkan serangan udara ke atas sasaran IS di Libya hari ini selepas kumpulan itu mengeluarkan rakaman video pembunuhan 21 rakyat Mesir beragama Kristian.

Mesir menyatakan "campur tangan tegas" adalah perlu dan Perancis menggesa Majlis Keselamatan PBB "mengambil langkah baharu" terhadap kumpulan itu di Libya.

Menurut pihak tentera, serangan awal pagi tadi menyasarkan kem IS dan stor senjata. Ia dilancarkan beberapa jam selepas IS mengeluarkan rakaman video pembunuhan itu yang mencetuskan kemarahan di Mesir.

Saksi memberitahu AFP bahawa sekurang-kurangnya tujuh serangan udara dilancarkan di Derna di timur Libya.

Ini adalah kali pertama Mesir mengumumkan tindakan tentera ke atas sasaran militan di negara jiran itu.

  sumber

Thursday, February 12, 2015

Pembunuhan 3 Muslim di AS, Mengapa Media Senyap?

Gaya eksekusi pembunuhan brutal terhadap tiga warga Muslim Amerika di lingkungan yang tenang di North Carolina telah mencetuskan reaksi kemarahan di media sosial, di mana orang ramai membandingkan liputan media tentang insiden mengerikan itu dengan serangan Charlie Hebdo.

“Jika mereka (korban) adalah Kristen kulit putih, media akan gencar memberitakannya. RIP #ChapelHillShooting,” Ben Norton menulis di twitter pada Rabu (11/2/2015) pagi, sebagaimana disiarkan onislam.net.

 “Berharap para pemimpin dunia sedang dalam penerbangan ke North Carolina untuk bersuara demi kebebasan dan demokrasi menyikapi serangan teroris di sana,” tulis Louise Ann Davies di akaun Twitternya.

“Saya ingin melihat ada protes, saya ingin melihat ada liputan berita, saya ingin melihat ada pawai, saya ingin melihat ada kemarahan yang sama dengan yang diungkapkan di Perancis. #ChapelHillShooting, ” Tweet Adham Kassem.

Deah Shaddy Barakat, (23), isterinya Yusor Muhammad Abu-Salha, (21), dan adiknya Razan Muhammad Abu-Salha, (19), ditemukan terbunuh di sebuah kompleks kondominium di luar kampus. Lelaki bersenjata, yang dikenali oleh Independent bernama Craig Stephen Hicks, (46), dilaporkan menyerahkan diri kepada polis. Beberapa jam yang cukup lama setelah pembunuhan sadis tersebut, tidak ada laporan tentang kejadian itu yang dibuat untuk media utama.

“#ChapelHillShooting berlangsung selama lebih dari 9 jam yang lalu. Masih tidak ada liputan dariCNN, FoxNews, MSNBC dan media utama,” Tweet Khaled Bey.

“3 Mahasiswa Muslim ini ditembak mati di #ChapelHillShooting hari ini, tapi Media AS tidak memberitakan tentang mereka sama sekali sampai sekarang!,” tulis Farhan Khan Virk. Ketidakadilan ini nampak dari laporan media yang menyebut pelaku pembunuhan brutal tersebut sebagai “tersangka penyerangan” dan bukan “teroris” seperti yang mereka lakukan ketika penyerangnya adalah seorang Muslim. Pengguna Twitter mulai menggunakan hashtag “#MuslimLivesMatter,” mengomentari bagaimana media mainstream mengabaikan berita tentang pembunuhan sadis yang tidak menjadi berita utama nasional.

Karikatur terkenal Carlos Latuff juga menulis di Twitternya, “Sekarang bayangkan jika Craig Hicks adalah Muslim dan telah menembak mati tiga pemuda Kristian/Yahudi … #ChapelHillShooting”. “Black Lives Matter…Muslim Lives Matter…Fox News Live Don’t Matter!,” tambah Carlos Latuff. Lebih dari 300.000 tweet yang beredar untuk menyatakan protes atas lembabnya media-media arus utama dalam melaporkan pembunuhan terhadap Muslim.

“Tiga mahasiswa muda ditembak dan terbunuh akan segera menjadi liputan media nasional tapi jika ditambahkan “Muslim” maka diabaikan.” (@tessyomessy) Protes semakin menjadi setelah akaun Twitter CNN International @cnni menuliskan: “3 mahasiswa Muslim maut ditembak di Chapel Hill, NC. Apakah pembunuhan ini kerana keimanan mereka?” CNN sendiri membutuhkan waktu lebih dari 10 jam untuk kemudian merilis berita pembunuhan di Chapel Hill. Tweet CNN itu menuai kemarahan pengguna Twitter. sumber

AS Tutup Kedutaan di YAMAN

SANAA 11 Feb. – Amerika Syarikat (AS) menutup kedutaannya di Yemen ekoran situasi keselamatan yang tidak menentu di negara ini disebabkan kemelut politik dan pemberontakan puak syiah Huthi. Pegawai kerajaan AS di Washington mengesahkan perkara tersebut selepas tahap keselamatan di ibu negara Yemen, Sanaa dianggap tidak selamat sejak kumpulan pemberontak menawan keseluruhan bandar itu.

 Jurucakap Jabatan Negara AS, Jen Psaki enggan mengulas lanjut tentang hal itu, tetapi memaklumkan bahawa staf kedutaan dikurangkan secara berperingkat. “Keselamatan rakyat negara AS menjadi keutamaan dan kita mengambil langkah sesuai bagi memastikan mereka dilindungi,” katanya. - REUTERS -sumber

Pelik - Kembar Lahir Selang Dua Bulan

BUCHAREST 11 Feb. - Seorang wanita Romania menggemparkan dunia perubatan apabila dia melahirkan bayi kembar keduanya selang dua bulan selepas bayi pertamanya dilahirkan. Mail Online yang memetik portal berita Romania Insider melaporkan, wanita berusia 41 tahun yang tidak dinamakan itu, melahirkan anak perempuan pertamanya yang pramatang secara normal pada bulan November lalu sebelum kontraksinya kemudian terhenti. Lebih menarik, ibu itu melahirkan anak perempuan keduanya pada bulan lalu secara pembedahan, sekali gus menjadikan bayi kembarnya tidak seirasnya dilahirkan pada tahun berbeza.

Anak pertamanya dilahirkan ketika usia kandungan wanita itu mencecah tujuh bulan selepas dia mengalami tanda-tanda melahirkan, namun selepas kontraksinya terhenti, doktor menasihatkan dia membiarkan anak keduanya membesar di dalam kandungannya. Bayi kembar itu dilahirkan di Hospital Cantancuzino, di sini. “Kejadian ini amat jarang berlaku. Saya sendiri tidak tahu bagaimana kontraksi boleh terhenti selepas bayi pertama dilahirkan,’’ kata Dr Adrian Sorin Craciun.

Bayi kembar itu masing-masing dilahirkan dengan berat hanya 900 gram dan satu kilogram. Mereka berdua tinggal di hospital sehingga penghujung bulan lalu dan berat badan bayi pertama pada ketika itu mencapai 2.2 kilogram dan 2.9 kilogram bagi bayi kedua. -sumber

SWEDEN Bantu PALESTIN RM643 Juta

STOCKHOLM 11 Feb. – Sweden mengumumkan pakej bantuan kewangan bernilai 159 juta euro (RM643 juta) kepada Palestin, susulan lawatan Presiden, Mahmoud Abbas buat pertama kali ke ibu negara ini sejak tahun 2009, semalam.

Perdana Menteri Sweden, Stefan Loefven yang mengakui Palestin sebagai sebuah negara pada Oktober lalu berkata, setiap pengiktirafan yang diberikan perlu disertakan dengan sikap ‘bertanggungjawab’. “Bagi kami, Palestin merupakan sebuah negara yang merdeka. Harapan kami terhadap Palestin dan kepemimpinan Mahmoud adalah tinggi. “Tidak wujud sebarang percanggahan antara mejalinkan hubungan baik dengan Palestin dan mempunyai hubungan rapat dengan Israel,” jelas Loefven.

Tindakan Sweden yang menjadi negara pertama dari Eropah barat mengiktiraf Palestin, mendapat bantahan daripada Israel, yang bertindak memanggil pulang dutanya di sini. Sementara itu, Mahmoud yang tiba di Stockholm lewat malam semalam bagi mengucapkan terima kasih kepada Sweden berhubung penyaluran dana itu berharap, lebih banyak negara akan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara merdeka. – AFP sumber

AS - 3 Muslim Ditembak Mati oleh Ateis

Mangsa yang terbunuh dikenali sebagai (dari kiri) Deah Shaddy
CHAPEL HILL 11 Feb. – Tiga sekeluarga Islam, ditembak mati oleh seorang lelaki berfahaman aties di rumah mereka di Carolina Utara, Amerika Syarikat, semalam. Portal berita independent.co .uk melaporkan, mangsa yang merupakan penganut Islam Amerika dikenali Deah Shaddy Barakat, 23, isterinya, Yusor Mohammad Abu Salha, 21, dan adik perempuan Yusor, Razan, 19. Deah yang baru sebulan berkahwin, merupakan pelajar jurusan perubatan pergigian di Universiti Carolina Utara dan sukarelawan yang membantu memberi rawatan pergigian percuma kepada kanak-kanak di Palestin.

Polis menerima laporan mengenai kejadian tembakan pada pukul 5.11 petang di sebuah blok pangsapuri yang kebanyakannya diduduki oleh ahli akademik dan golongan profesional muda yang terletak di Summerwalk Circle di Chapel Hill. Kesemua mangsa dijumpai mati ditempat kejadian, manakala sebahagian penduduk di bangunan itu tidak menyedari insiden tersebut sehingga pihak polis tiba. Beberapa sumber memberitahu WRAL News, ketiga-tiga mangsa ditembak di kepala.

Suspek, lelaki tempatan dikenali sebagai Craig Hicks, 46, telah ditahan kerana disyaki membunuh ketiga-tiga mangsa dan akan dihadapkan ke mahkamah esok. Hicks menggambarkan dirinya sebagai golongan berfahaman aties di laman sosial Facebooknya sendiri dan kerap kali memuat naik beberapa gambar dan pesanan-pesanan yang mengkritik kesemua agama.

Kejadian itu mendapat kecam hebat pengguna Internet, yang turut memuat naik beberapa keping gambar baharu mangsa yang sedang belajar dan bermain bola keranjang. Sebahagian pengguna Internet membandingkan kejadian itu dengan insiden tembak-menembak di pejabat akhbar mingguan Perancis, Charlie Hebdo di Paris. - sumber

Wednesday, February 11, 2015

YAMAN - Rakyat Protes Kudeta Syiah


Mideast Yemen
Protes besar-besaran rakyat  Yaman pada hari Ahad menolak kudeta  pemberontak Syiah Houthi atas pemerintahan dan  menyerukan kembalinya Abedrabbo Mansour Hadi sebagai presiden di negara itu.

“Situasi ini sangat buruk, dengan Syiah Houthi mengambil kekuasaan dan menjadikan pemerintahan tidak berfungsi ,” kata SU Agung PBB Ban Ki-moon, mengacu pada milisi Syiah yang membubarkan pemerintah Sanaa dan parlimen pada hari Jumaat lalu.

“Harus ada pemulihan atas legitimasi Presiden Hadi,” kata Sekjen PBB kepada wartawan .

Negara-negara Teluk menyatakan keprihatinan tentang pengaruh Syiah Iran di Yaman dan menyerukan peranan internasional, kata seorang pegawai AS, beberapa jam setelah pemberontak Syiah Houthi merebut kekuasaan di Yaman, membubarkan parlimen dan mendirikan sebuah dewan kepresidenan.

Tapi tidak ada pembicaraan apapun dengan  Teheran tentang situasi Yaman pada saat pembicaraan antara Kerry dan para menteri dari negara-negara Teluk Arab, kata pejabat tinggi Kementgerian Luar Negeri pada hari Jumaat setelah pertemuan dengan Menteri Luar Negeri AS John Kerry.

Sementara itu, utusan PBB Jamal Benomar mengatakan pada hari Ahad bahwa semua faksi Yaman, termasuk Syiah Houthi dan parlemen, telah sepakat untuk melanjutkan pembicaraan.

Pimpinan Houthi  “Abdelmalek al-Houthi dan semua parti politik di Yaman telah sepakat untuk melanjutkan dialog, yang akan dimulai esok (Senin),” kata Benomar  kepada wartawan di Sanaa. (Arby/Dz) sumber

HAMAS Berjaya Tangkap Perisik Penting Israel


hamas4
Hamas telah menangkap salah seorang tokoh intellijen Zionis-Israel yang sedang melakukan misi di Gaza. Menurut HAMAS, tokoh intelijen ini telah menyusup di Gaza dan wilayah Palestina lainnya selama 15 tahun.

 Disiarkan di laman Maan News, orang tersebut merupakan salah satu tokoh yang cukup aktif memberikan laporan untuk pasukan intelijen Zionis-Israel dan mengorganisi agen-agen intelijen Zionis lainnya di Palestin.

Para pegawai mengatakan bahawa orang itu telah mendistribusikanwuang melalui perkhidmatan keamanan Israel untuk kolaborator lainnya di Jalur Gaza. Dia juga aktif mengambil bahagian dalam beberapa operasi rahsia untuk membunuh pegawai tinggi Hamas dalam serangan militer Israel di Jalur Gaza pada tahu 2012 dan 2014, dan juga memberikan informasi penting bagi Zionis-Israel untuk menemukan gudang senjata Hamas. (rz) sumber

HAMAS Tak Akan Berperang dengan MESIR


Hamas-Jika-Agresi-Israel-Terus-Berlanjut-Mujahidin-Siap-Memanaskannya

Ratusan warga Palestina berdemonstrasi di luar pEJABAT Perwakilan Mesir di Kota Gaza, Jumaat (6/2), mengecam keputusan mahkamah Mesir yang menuduh sayap organisasi bersenjata Hamas, Briged Izzudin al Qassam, sebagai kelompok teroris.

Mereka melambaikan bendera hijau Hamas dan meneriakkan dukungannya untuk Briged al-Qassam: “Qassam adalah kebanggaan bangsa, bukan teroris!”

Pengadilan Mesir telah memasukkan sayap bersenjata Hamas tersebut ke dalam kategori organisasi diharamkan pada Sabtu (31/1) lantaran kelompok itu dianggap membantu kelompok pemberontak di Semenanjung Sinai, yang berbatasan dengan Jalur Gaza.

Melansir Gulf Times, hubungan Mesir dan Palestin terutama Hamas memang terus merenggang. Tuduhan ini membuatkan Pemerintah Mesir menutup perbatasan Rafah yang menjadi akses satu-satunya bagi warga Gaza dalam mengambil bahan binaan serta ubat-ubatan dari luar Gaza di tengah sekatan Zionis-Israel yang sudah berjalan selama lapan tahun terakhir.

“Kami menyerukan kepada Pemerintah Mesir untuk membatalkan keputusan yang menindas ini,” ujar tokoh senior Hamas Salah al-Bardawil.

“Mereka yang berusaha untuk merosakkan keamanan Mesir di Sinai adalah musuh-musuhnya, dan bukan Hamas atau Qassam pelakunya,” sambungnya.

Al-Bardawil menegaskan, musuh Palestin hanyalah Zionis-Israel dan dia dengan tegas mengatakan tidak akan mengotori tangannya dengan darah sesama Muslim. Sanggahan yang diutarakan Al-Bardawil bukanlah yang pertama kali disampaikan para pemimpin Hamas. Sebelumnya sejumlah petinggi Hamas dengan tegas mengatakan, apa yang terjadi di Mesir tidak ada hubungannya dengan Hamas.

Tidak hanya menutup perbatasan Rafah, awal tahun lalu, Pemerintah Mesir melipatgandakan Zon Penyangganya di sepanjang perbatasannya dengan Gaza untuk mencegah militan menyusup dari wilayah itu.
Zon penyangga diciptakan menyusul serangan bom bunuh diri pada 24 Oktober tahun lalu yang mengorbankan 30 askar Mesir. Sementara itu, Militer Mesir membalasnya dengan membunuh 27 militan di Sinai melalui serangan udara.(rz) sumber

JORDAN Akan Sertai Serangan Darat ke atas IS


Menteri informasi jordania

Menteri Maklumayt Jordan, Mohammad Momani, menyatakan bahawa Jordan akan turut menyokong Iraq dalam serangan darat yang akan diadakan pasukan antarabangsa dan pasukan pemerintah dalam perang melawan mujahidin Negara Islam.

Dalam wawancara dengan saluran televisyen Aljazeera pada Isnin (09/02) malam, Mohammad Momani mengatakan, “Perang melawan Negara Islam adalah perang Jordan, dan juga sebahagian dari perang bangsa Arab serta umat Islam didunia.”

Sementara itu ketika ditanya mengenai ke ikut sertaan Jordan dalam serangan darat terhadap Negara Islam di kota Mosul, Iraq, Mohammad Momani mengatakan “komandan militer akan menilai keadaan di lapangan dan mengambil keputusan yang tepat untuk keberhasilan operasi ini.”

Sebelumnya pada Isnin sore Raja Abdullah II telah mengadakan pembicaraan dengan koordinator operasi pauksan bersekutu antarabangsa, Jenderal John Allen, bertujuan membicarakan perkembangan terbaru dalam perang melawan mujahidin Negara Islam di Iraq dan Syria.

Dalam pernyataannya pada hari Ahad (08/02) lalu, Jenderal John Allen mengatakan bahawa serangan darat terhadap mujahidin Negara Islam akan segera dimulakan dalam minggu-minggu akan datang. (Aljazeera/Ram) sumber

Demo Anti-Islam Pertama di AUSTRIA Gagal!

LINZ 9 Feb. – Demonstrasi anti-Islam pertama diadakan di bandar Linz, Austria anjuran Kumpulan Patriotik Eropah Menentang Pengislaman Barat (PEGIDA) gagal selepas hanya menarik kehadiran kira-kira 150 orang semalam, kata polis.

Perarakan PEGIDA di seluruh bandar itu turut dibatalkan selepas lebih 2,000 penunjuk perasaan anti-keganasan menghalang laluan yang ingin dilalui oleh kumpulan anti-Islam tersebut, lapor Agensi Berita Austria.

Apabila keadaan itu berlanjutan selama satu jam, yang turut menyaksikan sejumlah bebola salji dilemparkan antara mereka, PEGIDA kemudian mengambil keputusan untuk bersurai. Jurucakap polis menyatakan, tiada penunjuk perasaan ditahan dalam kejadian tersebut. “Tidak seperti perarakan di Vienna pada minggu lalu, pihak polis tidak melihat sebarang gerakan tanda hormat ala Hitler dilakukan dalam perhimpunan kali ini di Linz,’’ katanya.

Sementara itu, sekurang-kurangnya 1,000 orang Islam di Britain mengadakan demonstrasi di pusat bandar London semalam bagi membantah akhbar mingguan Perancis, Charlie Hebdo, yang menghina Nabi Muhammad. Penunjuk perasaan tersebut berhimpun berdekatan pejabat Perdana Menteri Britain, David Cameron di Whitehall, London sambil membawa sepanduk yang tertulis, ‘Berdiri Teguh Untuk Nabi Kita.’

 Demonstrasi itu diadakan beberapa minggu selepas 17 orang terbunuh dalam tempoh tiga hari keganasan di Perancis pada bulan lepas. Kejadian itu berlaku apabila dua lelaki bersenjata memecah masuk ke pejabat akhbar mingguan itu serta melepaskan beberapa das tembakan. – AFP sumber

MESIR - Lebih 20 Penonton Bola Maut akibat Polis?

KAHERAH 10 Feb. – Kematian lebih 20 peminat bola sepak di luar sebuah stadium akibat bersesak-sesak kelmarin, menimbulkan persoalan berhubung kewajaran tindakan polis Mesir terhadap kumpulan penyokong bola sepak tersebut.

Dalam kejadian itu, polis didakwa menyembur gas pemedih mata ke arah lorong sempit yang penuh dengan penyokong yang mahu masuk ke dalam stadium, sekali gus mencetuskan insiden tersebut.

Pengarah Eksekutif Kelab Peminat Al-Ahly, Mamdouh Eid berkata, insiden itu jelas menunjukkan hanya dua pihak terlibat iaitu belia yang mahu menonton perlawanan bola sepak dan polis.

 “Dalam kes ini, polis membunuh penonton. Tidak ada pihak ketiga yang terlibat, mahupun konspirasi oleh penyokong pergerakan Islam. Hanya polis,’’ kata Mamdouh yang merujuk kepada Presiden Mesir, Abdel Fattah al Sisi.

Menurut seorang saksi yang tidak mahu namanya didedahkan kerana bimbang menjadi mangsa pihak berkuasa berkata, insiden itu dimulakan oleh polis yang bertindak menyembur gas pemedih mata. “Penyokong yang jatuh tidak dapat bangun semula,’’ katanya dengan hujahnya disokong seorang lagi saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Mohammed.

Bagaimanapun, media prokerajaan dan Kementerian Dalam Negeri Mesir menafikan polis bertanggungjawab dalam kejadian tersebut. Seorang pengulas stesen te­levisyen, Ahmed Moussa melabelkan mangsa sebagai ‘samseng’ yang melanggar undang-undang, manakala program bual bicara ste­sen televisyen lain menuduh perge­rakan Ikhwanul Muslimin bertanggungjawab terhadap insiden itu. – AP/REUTERS

Sementara itu, kerajaan Mesir menawarkan pampasan sebanyak 25,000 pound Mesir (RM11,664) kepada waris penyokong kelab Zamalek dan Enppi yang maut dalam insiden itu. Menurut jurucakap Kementerian Kesihatan Mesir, jumlah kematian dalam insiden di stadium itu berjumlah 19 orang, namun pejabat pendakwa raya mengesahkan sebanyak 22 kematian direkodkan setakat ini, manakala kelab penyokong Zamalek, ‘Ultras White Knights’ mendakwa sebanyak 28 maut dalam kemalangan itu.sumber

YAMAN - 4 Militan Al-Qaeda Terbunuh

ADEN 11 Feb. - Sekurang-kurangnya empat anggota militan yang disyaki pengganas al-Qaeda terbunuh dalam serangan pesawat tanpa pemandu di kampung Qatan dan bandar Shibam di wilayah Hadramawt, tenggara Yemen, semalam.

Jurucakap tentera berkata, serangan itu hanya dilakukan oleh Amerika Syarikat (AS) di wilayah ini yang menjadikan anggota militan al-Qaeda sebagai sasaran utama.

Serangan pesawat tanpa pemandu itu merupakan serangan keempat sejak Presiden Barack Obama berikrar untuk memerangi kumpulan militan itu pada 25 Januari lalu. - AGENSI sumber

NIGER Setuju Perangi Boko Haram

NIAMEY: Parlimen Niger hari ini mengundi sebulat suara untuk menghantar tentera ke Nigeria bagi menyertai negara itu memerangi kumpulan Islam Boko Haram.

"Resolusi khas itu diputuskan dengan undian sebulat suara. Semua 102 ahli parlimen memberikan undi sokongan mereka," kata Ahli Parlimen Mohamed Ben Omar.

Seorang lagi Ahli Parlimen berkata, resolusi itu membenarkan negara itu menghantar kira-kira 750 anggota tentera ke Nigeria. - AFP sumber

PAKISTAN - 15 Pemisah Terbunuh

QUETTA, Pakistan: Pasukan separa tentera Pakistan menembak mati 15 anggota pemisah manakala seorang askar terkorban dalam pertempuran di kawasan terpencil di barat daya negara itu hari ini, kata pegawai.

Pertempuran berlaku di Basima, kira-kira 240 kilometer barat daya Quetta, ibu negeri wilayah Baluchistan yang sedang bergolak dengan perbalahan di antara puak, serangan Taliban dan keganasan politik.

"Sekurang-kurangnya 15 orang anggota pemisah terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan.
"Seorang anggota FC turut terkorban dan tiga lagi mengalami kecederaan dalam pertempuran berkenaan," kata jurucakap Frontier Corps (FC). sumber

Tuesday, February 10, 2015

YAMAN - Pertama Kali Azan Syiah di Televisyen


syiahhhh

Eramuslim.com – Untuk pertama kali, azan Syiah berkumandang di TV Nasional Yaman, Ahad (8/2). Tertulis jelas pada layar Yemen TV gambar di atas lafaz azan ciri khas Syiah, “Hayya ‘alaa khairil ‘amal” (Mari melaksanakan amal terbaik). Lafazh azan yang tidak diajarkan sama sekali oleh Rasul SAW.

Yaman memang sekarang dikuasai para pemberontak Syiah, setelah mengkudeta Presiden Abdu Rabbuh Mansour Hadi. Pemberontak Syi’ah Houtsi melakukan kudeta militer dengan melakukan serangan dan pengepungan langsung terhadap istana presiden dan juga kediaman peribadi Hadi.

Penasihat Presiden Yaman Sultan Atwani mengumumkan hari Khamis (22/1) malam bahawa Hadi telah mengundurkan diri sebagai presiden Yaman menyusul kebuntuan berlanjutan dengan pemberontak Syiah Houtsi.

Adzan Syiah bunyinya sebagai berikut:
  1. Allahu Akbar, Allahu Akbar (2 kali): Allah Maha Besar, Allah Maha Besar
  2. Asyhadu Alla Ilaha Illallah (2 kali): Aku bersaksi bahwa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah
  3. Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah (2 kali): Aku bersaksi bahwa Muhammad adalah utusan Allah
  4. Asyhadu Anna Aliyyan Amiral Mukminina Waliyullah : Aku bersaksi bahwa Ali, Amirul Mukminin adalah wali Allah
  5. Asyhadu Anna Aliyyan Hujjatullah : Aku bersaksi bahwa Ali adalah hujah Allah
  6. Hayya ‘Alash Shalah (2 kali): Mari kita menunaikan shalat
  7. Hayya ‘Alal Falah (2 kali): Mari kita meraih kemenangan
  8. Hayya ‘Ala Khairil ‘Amal (2 kali): Mari kita mengerjakan sebaik-baik amal
  9. Allahu Akbar, Allahu Akbar (1 kali): Allah Maha Besar, Allah Maha Besar
  10. Lailaha Ilallah (2 kali): Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah
Kalimat Lailaha Ilallah dibaca satu kali, namun kelompok Syi’ah membacanya dua kali.(rz) sumber

FILIPINA - 8 Militan Terbunuh

ZAMBOANGA, Filipina: Lapan ahli kumpulan militan Filipina yang dikaitkan dengan rangkaian Al-Qaeda terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di selatan negera itu, kata pihak tentera, hari ini.
Jurucakap kerajaan, Ensign Chester Ramos berkata, seramai 13 ahli pasukan bertindak banteras keganasan turut cedera dalam pertempuran dengan kumpulan Abu Sayyaf di pulau Jolo.

Katanya, lapan ahli kumpulan Abu Sayyaf yang mati ialah pengikut Radullan Sahiron, salah seorang militan yang sedang diburu kerajaan Amerika Syarikat dengan ganjaran AS$1 juta kerana dianggap sebagai kumpulan "pertubuhan keganasan asing".

Ramos berkata, kumpulan Sahiron yang dianggotai kira-kira 100 orang sering bertempur dengan pasukan keselamatan di sekitar bandar Patikul, Jolo selama berminggu-minggu sehingga menyebabkan enam askar cedera.

Kumpulan Abu Sayyaf, yang ditubuhkan dengan bantuan sumber kewangan Al-Qaeda pada awal 1990-an, didakwa atas banyak serangan militan di Filipina termasuk meletupkan sebuah feri pada 2004 di Teluk Manila yang mengorbankan lebih 100 nyawa.

Mereka yang kebanyakannya berpusat di selatan Filipina turut terbabit dalam penculikan berprofil tinggi membabitkan pelancong asing dan mubaligh Kristian. - AFP sumber

TUNISIA Tangkap Militan Pulang dari SYRIA

TUNIS: Tunisia menangkap 32 militan, sebahagian daripada mereka baru pulang daripada berperang di Syria, yang merancang beberapa serangan 'besar-besaran', menurut pihak berkuasa.

Berita penahanan itu dilaporkan sehari selepas Kabinet campuran yang diketuai Perdana Menteri, Habib Essid memerintah.

Kabinet baharu itu berdepan dengan pelbagai cabaran, termasuk kumpulan militan yang muncul selepas kebangkitan 2011.

Pasukan antipengganas menggagalkan plot untuk melakukan serangan besar-besaran terhadap prasarana penting, termasuk Kementerian Dalam Negeri dan bangunan awam di ibu negara Tunis," kata Mohammed Ali Aroui, jurucakap Kementerian Dalam Negeri.

"Sejak tiga hari lalu, kami menangkap 32 pengganas daripada kumpulan yang merancang untuk menyerang sasaran di Tunis dan bandaraya lain," katanya.

Beliau berkata, pasukan tentera membunuh militan Tunisia dan Algeria di Gunung Chaambi berhampiran sempadan Algeria.

Sejak kebangkitan pada 2011 di Tunisia yang menggulingkan rejim Zine El Abidine Ben Ali, negara itu menjadi penyumbang utama pejuang ke Syria. - Reuters sumber

JORDAN Pertingkat Serangan ke atas IS

AMMAN: Jordan mengumumkan lebih banyak serangan udara ke atas kumpulan Negara Islam (IS) yang didakwa membunuh salah seorang juruterbangnya, Maaz al-Kassasbeh, minggu lalu sebagai sebahagian tindakan bersepadu negara antarabangsa.

Panglima Tentera Udara, Mejar Jeneral Mansour al-Jobour, berkata negara itu melancarkan kira-kira 56 serangan udara ke atas IS sejak sejak Khamis lalu.

"Purata sehari kempen serangan, pasukan udara kami memusnahkan 19 sasaran termasuk kem latihan dan peralatan," katanya.

Jordan berikrar untuk memusnahkan IS selepas kumpulan berkenaan membakar hidup-hidup Kassasbeh, yang ditawan Disember lalu selepas pesawat tempurnya, F-16 ditembak jatuh di Syria.

Sebanyak 18 lagi sasaran termasuk depoh bahan letupan, minyak dan pusat logistik diserang, Jumaat lalu.
Sabtu lalu, 19 sasaran IS dimusnahkan termasuk berek anggota tentera dan pusat kediaman.

"Setakat ini, kempen serangan sudah memusnahkan 20 peratus keupayaan pertahanan Daesh (nama lain bagi IS).

Jordan adalah sebahagian daripada pakatan negara Arab dan Barat yang diketuai Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan udara terhadap IS sejak September tahun lalu.

Media tempatan melaporkan, skuadron Emeriyah Arab Bersatu (UAE) menggunakan pesawat tempur F-16 tiba di Jordan, Sabtu lalu dengan diiringi juruterbang dan pasukan teknikal.

"Manakala pesawat pengangkut C-17 dan pesawat pembekalan minyak, adalah sebahagian daripada skuadron yang hantar atas perintah Putera Mahkota UAE Mohammed Zayed al-Nahayan," demikian menurut laporan agensi berita Petra. - AFP sumber

Friday, February 6, 2015

Serangan Drone AS, Ulama YAMAN Terbunuh


aqap ulama

Mujahidin  Yaman telah mengumumkan bahawa salah satu ulama mereka syahid  dalam serangan Drone  AS pada 31 Januari  lalu di selatan negara itu.

Ulama yang terbunuh itu  diidentifikasi sebagai Sheikh Harith al-Nadhari, berusia 30-an tahun . Beliau sering terlihat dalam balutan  serban putih, dia berada di antara beberapa wajah yang sering ditampilkan dalam ceramah agama secara online.

Dia juga baru saja muncul dalam sebuah video yang memuji serangan atas pejabat tabloid Perancis Charlie Hebdo. Cabang Al-Qaeda di Semenanjung Arab itu mengaku bertanggung jawab atas serangan di Paris.
ulama yaman1
Al-Nadhari gugur  bersama tiga mujahidin  lainnya pada tanggal 31 Januari, ketika sebuah roket pesawat tak berawak AS meledakkan sebuah kenderaan di wilayah selatan Shabwa, menurut pernyataan AQAP, yang disiarkan di salah satu akaun rasmi Twitter .

Serangan udara tersebut sebagai  serangan  kedua Drone AS dalam lima hari serangan , dan dipandang sebagai isyarat tekad Washington untuk terus menghabisi mujahidin AQAP agar mempermudah  kekuatan pemberontak Syiah kuasai politik Yaman. (Alj/KH) sumber

SYRIA - Puluhan Serangan Udara, 76 Maut


korban damaskus

Rejim  Syria telah melancarkan puluhan serangan udara di beberapa daerah yang dikuasai Mujahidin  di sekitar Damsyik, mengorbankan sekurang-kurangnya 76 orang , aktivis mengatakan.

Observatorium SYRIA untuk Hak Asasi Manusia, sebuah kelompok pemantau yang berpusat di Britain, mengatakan pada Khamis bahawa setidak-tidaknya enam orang kanak-kanak termasuk di antara mereka yang terbakar  akibat  pengeboman di pinggiran Damsyik.

Setidatidaknya 140 orang cedera dalam hampir 60 serangan udara di Ghouta Timur, Kabupaten Douma – pusat kelompok bersenjata Jaish al-Islam – serta Kaferbatna, Irbin, Saqba dan Ain Tarma.

Di Douma, serangan udara rejim Assad menghur-harakan kota tersebut , fotografer AFP melaporkan ramainya warga awam menyerbu ke sebuah klinik kecemasan.

Pemimpin Mujahidin Jaish al-Islam Zahran Aloush  menyatakan saat ini Damsyik berada dalam zon militer dan mengumumkan perintah berkurung untuk kedua kalinya. (Alj/KH) sumber

UAE Tarik Diri daripada Serang IS

WASHINGTON: Emiriah Arab Bersatu (UAE) menarik diri daripada pakatan serangan udara terhadap kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria selepas juruterbang Jordan yang ditangkap dan kemudiannya dibunuh, kata pegawai Amerika Syarikat (AS).

UAE menarik diri daripada pakatan serangan udara itu selepas juruterbang berkenaan jatuh ke tangan IS pada Disember lalu.

Bagaimanapun, pegawai itu berkata, negara Teluk Arab itu masih menawarkan akses kepada pangkalan udara utama untuk pesawat AS dan negara lain untuk melaksanakan pakatan berkenaan.

"Saya boleh mengesahkan bahawa UAE menggantung serangan udara selepas pesawat yang dikendalikan juruterbang Jordan itu terhempas," kata pegawai berkenaan.

"Tetapi saya boleh jelaskan bahawa UAE akan terus menjadi rakan penting dan berharga yang menyumbang kepada pakatan itu," katanya yang tidak mahu identiti beliau disiarkan.

Pada Selasa lalu, puak pelampau IS menyiarkan rakaman video menunjukkan anggota Tentera Udara Jordan, Maaz al-Kassasbeh, dibakar hidup-hidup.

Pegawai itu berkata, disebabkan kebimbangan terhadap kru udaranya, UAE membangkitkan kemampuan unit mencari dan menyelamat AS di rantau terbabit.

Osprey digunakan untuk misi menyelamat berikutan keupayaan aset itu yang mampu berlepas seperti helikopter tetapi terbang dengan kelajuan seperti kapal terbang. - AFP sumber





MESIR - Serangan di KFC, 1 Terbunuh

KAHERAH: Seorang maut dalam serangan di restoran Kentucky Fried Chicken di bandar utara Kaherah awal hari ini, kata agensi berita MENA.

Kebakaran meletus di restoran berkenaan di wilayah Menoufia, 80 kilometer utara ibu negara selepas suspek yang menaiki motosikal membaling bahan mudah terbakar dan kemudiannya melepaskan tembakan.
Dalam kejadian itu, seorang mangsa mengalami kecederaan.

Serangan berskala kecil sering berlaku yang ditujukan kepada pasukan keselamatan ternyata menjejaskan usaha Mesir untuk memperbaiki imej kestabilan selepas empat tahun dilanda pergolakan sejak peristiwa Arab Spring pada 2011.

Mesir menjadi tuan rumah persidangan pelaburan bulan depan di pusat peranginan, Sharm el-Sheikh di selatan Semenanjung Sinai.

Sementara itu, di bandar utama Sinai, El-Arish, seorang suspek bersenjata melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang mengawal hotel dan mengakibatkan seorang mati manakala beberapa yang lain mengalami kecederaan.

Minggu lalu, rangkaian militan Negara Islam (IS) di Mesir mengaku bertanggungjawab terhadap serangan terhadap pasukan keselamatan di Semenanjung Sinai yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 30 orang maut. - Reuters sumber

Perintah Berkurung di Baghdad Ditarik Balik

BAGHDAD: Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi mengarahkan perintah berkurung waktu malam yang dikuatkuasakan di Baghdad selama bertahun-tahun ditamatkan, kata Brigadier Jeneral Saad Maan hari ini.
"Perdana Menteri mengarahkan perintah berkurung di bandar raya Baghdad ditarik balik sepenuhnya bermula Sabtu ini," kata Maan, jurucakap bagi Pusat Operasi Baghdad.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas Abadi melawat pusat operasi dan diberi taklimat mengenai keadaan keselamatan dan status operasi.

Penamatan perintah berkurung itu dilihat sebagai perubahan besar kepada dasar yang sudah lama dirancang bertujuan untuk membendung keganasan di ibu negara berkenaan dengan mengehadkan pergerakan atau aktiviti pada waktu malam.

Waktu perintah berkurung telah diubah dalam beberapa tahun, tetapi yang terbaharu ditetapkan dari tengah malam sehingga 5 pagi.

Keputusan supaya perintah berkurung itu ditamatkan dibuat apabila pasukan tentera Iraq berjuang untuk mendapatkan semula kawasan mereka daripada kumpulan militan Negara Islam (IS), dengan membabitkan kawasan yang luas dan kebanyakannya di utara dan tarat Baghdad. - AFP sumber

Pesawat JORDAN Serang IS

AMMAN: Jordan menyatakan pesawat perangnya melancarkan serangan baharu terhadap kumpulan IS selepas berikrar akan bertindak balas terhadap perbuatan membakar hidup-hidup juruterbangnya yang ditawan di Syria.

Pengumuman itu dibuat selepas Raja Abdullah II menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga juruterbang itu yang menggesa kerajaan Jordan "memusnahkan" militan berkenaan.

"Tentera Udara Jordan melancarkan serangan ke atas kedudukan kumpulan IS," kata seorang pegawai kerajaan.

Beliau tidak menyatakan di mana atau bila serangan itu dilakukan tetapi berkata pihak tentera akan mengeluarkan satu kenyataan kemudian.

Jordan sering melancarkan serangan terhadap kumpulan IS di Syria sebagai sebahagian daripada kempen yang diketuai AS.

Pembunuhan kejam juruterbang Maaz al-Kassasbeh yang ditawan oleh IS pada Disember lalu apabila pesawat F-16 yang dipandunya terhempas di Syria, menambah sokongan di Jordan supaya tindakan ketenteraan ditingkatkan. sumber

Thursday, February 5, 2015

Melaka Larang Penjualan Arak

Parti Islam Se-Malaysia (PAS)  telah menyokong keputusan negeri Melaka di selatan Malaysia itu yang melarang penjualan alkohol di daerah yang dominan Muslim, dan melarang pula setiap Muslim bekerja  dalam industri alkohol .

“Kami mengucapkan selamat kepada pemerintah Melaka untuk menegakkan larangan tersebut,” Parti Islam se-Malaysia (PAS) , anggota komite pusat Nasrudin Hasan, Datuk Khairuddin Aman Razali dan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengatakan dalam sebuah pernyataan bersama yang dipetik oleh The Rakyat Pos, Isnin , 2 Februari.

“Larangan ini  secara tidak langsung membantu individu yang terlibat untuk mencari alternatif kerja untuk mendapatkan penghidupan halal. Sebagai individu Muslim, penjualan alkohol dilarang oleh hukum, “tambah anggota parlimen PAS.

Larangan baru itu, dipersetujui oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, menetapkan bahawa pemilik perniagaan mesti segera menghentikan penjualan alkohol, dianggap sebagai haram, atau dilarang dalam Islam.

Keputusan, diterapkan dalam masyarakat di mana Muslim membentuk lebih dari 90 peratus dari populasi.
Islam mengambil sikap tanpa kompromi dalam melarang minuman keras.
Aturan Islam melarang Muslim dari minum atau bahkan menjual alkohol.

Menyambut keputusan Melaka, PAS  menyerukan menerapkan larangan serupa pada penjualan alkohol secara nasional.

“Kami mendesak seluruh pemerintah negeri-negeri yang berhubungan dengan aturan alkohol untuk  dibakukan di peringkat nasional,” kata anggota parlimen dalam sebuah pernyataan bersama yang dipetik oleh MalayMail online.

“Selain itu, setiap usaha untuk membebaskan umat Islam dari industri alkohol mesti disokong.”

Larangan itu akan membantu “mengeluarkan ” pekerja Muslim dari  terlibat dalam pekerjaan yang dilarang oleh agama mereka, mereka menambahkan.

Sedangkan parti-parti lain seperti Asosiasi Cina Malaysia (MCA) menentang seruan dari PAS .
Menurut MCA, larangan baru itu akan menghasilkan pemisahan  etnik serta menyekat integrasi antara pelbagai etnik di negara ini.

Gerakan Pemuda (Sekular)  mengatakan bahawa keputusan baru pemerintah itu bererti campur tangan politik dalam perdagangan, mendesak pemerintah negeri itu untuk mempertimbangkan kembali larangan tersebut.

Malaysia yang memiliki populasi hampir 26 juta, dengan orang Melayu, sebahagian besar umat Islam, membentuk hanya 60% sudah mampu menerapkan aturan Islam sedikit demi sedikit, bagaimana dengan Indonesia ? (OI/KH) sumber

TURKI Sedia Bangunkan Gaza Jika PBB Gagal


Mideast Israel Palestinians

Penangguhan bantuan PBB untuk pembangunan Gaza tidak hanya mengecewakan pemerintah mahupun warga Palestin=, tapi juga Turki. Wakil Perdana Menteri Turki Numan Kurtulmus mengecam tindakan PBB tersebut. Bahkan, dengan nada sedikit mengancam dia menyatakan jika PBB sudah tidak mampu lagi maka serahkan saja itu pada Turki.

“Jika PBB tidak mampu lagi membangun Gaza, serahkan saja pada Turki. Turki sanggup untuk membangun Gaza kembali,” tegas Wakil Perdana Menteri Turki Numan Kurtulmus. Dikatakan Kurtulmus, jika PBB tidak memberikan bantuan dana untuk Gaza, maka negaranya mampu mengambil alih tugas PBB untuk merekonstruksi Gaza yang hancur usai agresi militer Zionis-Israel pada tahun lalu.

Menurut Kurtulmus, Turki memiliki kemahuan politik dan kesempatan untuk memberikan bantuan kepada keluarga Palestin.

“Ini adalah double-standard. Jika PBB tidak akan melakukannya, kita akan membangun kembali Gaza,” ujarnya, seperti dipetik Sputnik,(29/1). Pernyataan itu datang menyusul keputusan oleh Badan Bantuan dan Pekerjaan PBB untuk Pengungsi Palestin (UNRWA) untuk menunda program bantuan kewangan untuk perbaikan rumah yang rosak dan hancur di Gaza kerana kurangnya dana.

Jalur Gaza telah dikendalikan oleh gerakan Hamas sejak 2007 dan telah terlibat dalam tiga perang melawan Zionis-Israel. Pada Julai 2014, Zionis-Israel melancarkan operasi militer terhadap Hamas. Konflik merenggut nyawa hampir 2,200 warga Palestin dan 71 warga Zionis-Israel, menurut perkiraan PBB.

Laporan terbaru oleh Pusat Zionis-Israel Informasi untuk Hak Asasi Manusia, juga dikenal sebagai B’Tselem, memperkirakan bahawa sekitar 18 ribu rumah rosak dan lebih dari 100 ribu warga Palestin telah kehilangan tempat tinggal sejak Julai 2014.(rz) sumber

NIGERIA - 209 Terbunuh dalam Pertempuran

GAMBORU 4 Feb. – Seramai 209 orang terbunuh dalam satu pertempuran antara kumpulan militan, Boko Haram dan tentera Chad di bandar sempadan, Gamboru, Nigeria yang dikuasai kumpulan pemberontak itu. Menurut satu kenyataan tentera Chad semalam, jumlah kematian tersebut dijangka meningkat memandangkan pasukan tentera masih menjalankan operasi bagi mengusir anggota militan daripada bandar berkenaan. Kira-kira 2,000 anggota tentera Chad beserta kenderaan bersenjata memenuhi Gambaru selepas Kesatuan Afrika memberi sokongan untuk menghapuskan kumpulan itu.

Menurut wakil agensi AFP, bunyi tembakan masih kedengaran hari ini di lokasi tersebut yang telah ditinggalkan oleh para penduduk selepas serangan udara dilancarkan oleh tentera Chad. Komander tentera Chad, Ahmat Dari berkata, pihaknya telah mengalahkan Boko Haram dalam pertempuran itu dan berikrar akan memburu mereka di merata tempat.

 Sementara itu, bandar Fotokol yang berada dalam kawasan sempadan Cameroon dilaporkan diserang oleh Boko Haram pagi tadi. Sumber keselamatan Cameroon melaporkan, pertempuran sengit berlaku antara Boko Haram dan tentera tempatan sebelum mereka menerima bantuan daripada tentera Chad yang melintasi sempadan dari Nigeria. – AFP sumber

HAMAS : Mesir bukan Lagi Mediator Palestin-Israel


Hamas-Jika-Agresi-Israel-Terus-Berlanjut-Mujahidin-Siap-Memanaskannya
Brigaed Al-Qassam mengisyaratkan bahawa kelompok itu tidak lagi menerima Kaherah sebagai mediator antara Hamas dan Zionis-Israel, setelah mahkamah Mesir melarang sayap bersenjata Hamas dan memasukkanya ke dalam daftar organisasi teroris.

“Setelah keputusan pengadilan itu Mesir tidak lagi menjadi mediator antara Palestin-Israel,” kata sumber yang tidak disebut namanya kepada Reuters.

Dengan penetapan Mahkamah Darurat Mesir yang berada di bawah kekuasaan junta militer Jenderal As-Sisi yang pro Barat, maka posisi Mesir sekarang tidak lagi neutral dan menjadi sekutu bagi Zionis-Israel. Selama ini Kaherah memang telah memainkan peran penting dalam menengahi gencatan senjata antara Zionis-Israel dan Hamas, namun segalanya berubah ketika Jeneral As-Sisi naikke tampuk pimpinan negara.

Para pegawai Mesir sendiri mendakwa bahawa senjata telah diseludupkan dari Jalur Gaza ke Mesir oleh Al-Qassam. Senjata-senjata itu didakwa jatuh ke tangan kelompok-kelompok pejuang yang bertempur menggulingkan pemerintahan Kaherah, yang didudkung Barat dan Amerika Syarikat.

Para pejuang yang berpangkalan di Sinai, Mesir, yang berbatasan dengan Gaza, dituduh membunuh ratusan anggota polis dan tentera rejim Mesir sejak tergulingnya Mursi. Gejolak pun kemudian meluas ke bahagian-bahagian lain di Mesir yang merupakan negara Arab paling padat penduduknya.(rz) sumber

FBI : Zulkifli Hir Mungkin Terbunuh

WASHINGTON: Ujian DNA menunjukkan antara "pengganas paling dikehendaki" Amerika Syarikat, Zulkifli bin Hir atau lebih dikenali sebagai Marwan, berkemungkinan besar terbunuh dalam serbuan polis di Filipina pada 25 Januari lalu, menurut Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

"Biarpun keputusan ujian DNA itu tidak memberikan identifikasi mutlak, keputusan itu menyokong sampel biologi yang diberikan pihak berkuasa Filipina adalah daripada Marwan," kata David Bowdich, Pembantu Pengarah Pejabat FBI Los Angeles.

Ujian itu dijalankan FBI. Ujian selanjutnya sedang dijalankan bagi memastikan identiti sampel.
FBI menawarkan AS$5 juta bagi penahanan Marwan, warga Malaysia yang menganggotai kumpulan Jemaah Islamiah.

Serbuan bagi menangkap Marwan dan anggota militan lain berakhir dengan 44 anggota polis terbunuh. sumber

Wednesday, February 4, 2015

SYRIA - 44 Maut Dalam Serangan Tentera

DAMSYIK 3 Feb. – Sekurang-kurangnya 44 orang terbunuh apabila tentera Syria melancarkan serangan udara di bandar-bandar yang dikuasai kumpulan penentang kerajaan di wilayah selatan negara ini, semalam.

 Badan Pemantau Hak Asasi Syria berkata, sebanyak 16 orang awam terbunuh, manakala 25 orang lagi cedera dalam empat serangan udara di Jassem, barat Daraa. “Seperti biasa, tentera Syria melancarkan serangan ke kawasan penduduk bagi memastikan sokongan awam kepada kumpulan penentang berkurangan.

 “Kumpulan penentang semakin menguasai wilayah Daraa. Kebanyakan kawasan di barat wilayah itu kini dikawal kumpulan itu,’’ kata Pengarah badan hak asasi itu, Rami Abdel Rahman. Penentang kerajaan yang cuba menggulingkan Presiden, Bashar al-Assad mengalami kekalahan di tangan tentera, namun kekuatan mereka di Daraa masih tidak tergugat.

 Penglibatan jaringan al-Qaeda dari Syria, Barisan al-Nusra juga membantu kumpulan penentang menguasai Daraa. Badan Pemantau Hak Asasi Syria menyatakan, serangan udara di Douma, timur Damsyik pula menyaksikan 10 orang awam terbunuh, manakala berpuluh-puluh lagi ce-dera.

“Di Khan Sheikhun, Idlib, sebanyak 15 orang termasuk bekas pegawai tentera yang berpaling tadah, maut. “Sebanyak tiga lagi maut dalam beberapa serangan udara di Aleppo, Damsyik dan Busra al-Sham, Daraa,’’ jelas badan hak asasi tersebut. – AFP sumber

MESIR Sahkan Hukum Mati 183 Lelaki

KAHERAH: Mahkamah Mesir mengesahkan hukuman mati dikenakan terhadap 183 lelaki yang didapati bersalah membunuh 13 anggota polis pada ketika pemantau hak asasi manusia, Amnesty International menyifatkan hukuman itu sebagai "melampau."

Hukuman berkenaan diumumkan serentak apabila sebuah lagi mahkamah memutuskan bahawa Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Morsi akan dibicarakan pada 15 Februari ini bagi kes pengintipan - perbicaraan keempat buat dirinya.

Kesemua anggota polis itu dibunuh dalam serangan ke atas balai polis di sebuah bandar di pinggir Kaherah, Kerdasa pada 14 Ogos 2013.

Serangan terbabit berlaku pada hari yang sama apabila pasukan keselamatan membunuh beratus-ratus penunjuk perasaan dalam pertempuran ketika mereka merobohkan dua khemah utama kumpulan penunjuk perasaan yang menyokong Morsi di Kaherah.

Pada Disember lalu mahkamah menjatuhkan hukuman awal terhadap 188 defendan ketika perbicaraan secara besar-besaran.

Dua daripada defendan berkenaan dibebaskan manakala seorang lagi dihukum penjara 10 tahun.
Sementara itu, tuduhan terhadap dua lagi digugurkan selepas mahkamah mendapati mereka sudah meninggal dunia. - AFP sumber

Bom Petrol, 7 Rentung di BANGLADESH

DHAKA: Sekurang-kurangnya tujuh terbunuh apabila penunjuk perasaan antikerajaan melemparkan bom petrol ke arah sebuah bas sarat dengan penumpang yang sedang tidur di Bangladesh, hari ini.

Polis berkata, serangan itu berlaku berhampiran bandar Chuddogram timur negara itu.
Kematian dalam kejadian itu menjadikan angka korban yang dikaitkan dengan tunjuk perasaan yang dicetuskan oleh pemimpin pembangkang, Khaleda Zia meningkat kepada 53, bulan lalu, dengan beratus-ratus orang awam cedera yang kebanyakannya membabitkan letupan bom bas, lori dan kereta.

"Tujuh penumpang rentung dalam bas itu selepas bom petrol dilemparkan pada jam 4 pagi (waktu tempatan)," kata Ketua Polis daerah itu, Tuttul Chakrabarty.

"Peluang lima daripada penumpang berkenaan untuk hidup tidak dapat ditentukan apabila badan mereka terbakar antara 40 hingga 80 peratus. Mangsa sudah dipindahkan ke hospital di ibu negara," katanya.

Sekurang-kurangnya 10 orang turut cedera selepas mereka melompat keluar dari tingkap bas itu untuk menyelamatkan diri daripada kebakaran, katanya. - AFP sumber

Gigihnya Israel Menagkap Warga PALESTIN

Asosiasi Tahanan Palestin menyatakan bahawa seramai 350 warga Palestin di wilayah Tebing Barat dan Jerusalem ditahan pasukan penjajah Israel sepanjang bulan Januari 2015, termasuk 2 orang gadis.

Dalam pernyataan bulanan Asosiasi Tahanan Palestin pada hari Ahad (01/02) lalu di Tebing Barat menyatakan, “Kota Hebron menjadi wilayah tertinggi penangkapan yang mencapai 120 warga Palestin, disusul kemudian Jerusalem sebanyak 60 orang, Ramallah dan al-Bireh 42 orang, warga Jenin 38 orang, Nablus 35 orang, Qalqilya 19 orang, Betlehem 19 orang, Tulkarm 8 orang, Tubas 6 orang, dan Salfit seramai 3 orang.”

Tercatat pada  sepanjang bulan Disember 2014 lalu, penjajah Israel telah menangkap 383 warga dari berbagai kota di Palestin, termasuk Malak Al Khatib seorang gadis berusia 14 tahun. sumber

Tindakan IS Bakar Tawanan Dikecam

TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe mengutuk kumpulan Negara Islam (IS) yang membunuh juruterbang Jordan dan menyifatkan perbuatan itu sebagai "tidak boleh dimaafkan" selepas dua rakyat negara itu yang menjadi tebusan dibunuh.

"Memang tidak dapat dimaafkan dan perbuatan yang keterlaluan. Saya mengutuk sekeras-kerasnya," kata Abe pada sidang Parlimen selepas kumpulan jihad itu menyiarkan video menunjukkan juruterbang berusia 26 tahun berkenaan yang dibakar hidup-hidup dalam sangkar.

Video berdurasi 22 minit disiarkan secara online menunjukkan imej lelaki dikatakan Leftenan Pertama Maaz al-Kassasbeh yang ditahan pada Disember lalu, dibakar.

"Apabila saya fikirkan perasaan keluarganya, saya tidak mampu untuk berkata apa-apa. Bagi pihak kerajaan Jepun dan rakyat negara ini, saya merakamkan ucapan takziah ikhlas daripada kami.

epun bersama Jordan pada masa sukar ini. Saya marah dengan tindakan tidak berperi kemanusiaan ini dan tindakan keganasan yang hina," katanya.

Televisyen Jordan berkata, Kassasbeh sudah dibunuh pada 3 Januari lalu sebelum IS menawarkan wartawan Jepun, Kenji Goto sebagai pertukaran untuk membebaskan pengebom berani mati yang dijatuhi hukuman mati, Sajida al-Rishawi.

Kenji Goto dipancung kepalanya disiarkan menerusi video yang disiarkan pada Sabtu lalu oleh militan IS dan berlaku seminggu selepas rakannya, Haruna Yukawa dibunuh. - AFP sumber


JORDAN Hukum Mati 2 Tahanan IRAQ

AMMAN: Jordan menjalankan hukuman mati terhadap dua tahanan warga Iraq hari ini selepas balasan terhadap tindakan kejam kumpulan militan Negara Islam (IS) yang membunuh juruterbang Jordan semalam, kata jurucakap kerajaan, Mohammad al-Momani.

Momani berkata, wanita pengebom berani mati, Sajida al-Rishawi dan ahli kumpulan Al-Qaeda, Ziad al-Karboli, dihukum mati pada jam 4 pagi waktu tempatan.

Sajida dijatuhi hukuman mati kerana peranannya dalam serangan bom berani mati pada 2005 yang mengorbankan sekurang-kurangnya 60 orang manakala Ziyad Karboli, pegawai operasi Al-Qaeda yang didapati bersalah pada 2008 kerana membunuh seorang rakyat Jordan juga dihukum gantung sampai mati. - AFP

sumber