Tuesday, March 31, 2015

Houtsi Ancam Serangan Bunuh Diri di SAUDI

Syiah Houtsi Yaman ancam Saudi dengan serangan bom bunuh diri

Pemberontak Syiah Houtsi Yaman mengancam akan melakukan serangan bom bunuh diri di Arab Saudi jika negara tersebut tidak menghentikan serangannya bersama Negara Teluk.

Abdel Mun’im Al Qurashi, pegawai tinggi dari komite eksekutif Syiah Houtsi, pada Sabtu (28/3/2015) mendakwa bahwa Syiah Houtsi akan menghancurkan Arab Saudi, sebagaimana dipetik agensi berita Iran Fars News.

“Jika Arab Saudi tidak menghentikan serangannya kepada Syiah Houtsi, maka dalam waktu terdekat kami akan melakukan serangan bunuh diri ke dalam wilayah Saudi,” ujarnya, dikutip Islampos.

Ancaman ini datang seiring dengan makin gencarnya serangan Gabungan Negara Teluk di Yaman untuk mengakhiri kudeta yang dilakukan oleh Syiah Houtsi.

Sementara itu Jenderal Saudi, Ahmed Asiri menyatakan bahawa Syiah Houtsi sedang menggerakkan pasukan ke arah perbatasan Arab Saudi.

“Mereka mengumpulkan pasukan di daerah perbatasan di Jizan dan Najran, namun kami tidak akan membiarkan mereka masuk wilayah Saudi,” ancamnya. sumber

Parlimen KANADA Lulus Serangan ke atas IS



TORONTO: Ahli Parlimen Kanada mengundi menyokong rancangan kerajaan untuk menyerang kedudukan kumpulan IS di Syria, langkah yang disifatkan pembangkang sebagai bakal mengheret Kanada ke kancah peperangan yang berlanjutan.

Dewan Rakyat meluluskan pelan dengan undi 142-129.

Keputusan itu sudah dijangkakan kerana parti Konservatif yang memerintah itu memiliki majorit dalam Dewan.

Undian itu juga meluluskan perlanjutan misi enam bulan Kanada untuk selama setahun lagi sehingga Mac tahun depan.

Kanada mempunyai kira-kira 70 anggota pasukan khas di utara Iraq dan enam pesawat perang yang mengambil bahagian dalam serangan yang diketuai Amerika Syarikat ke atas kumpulan IS di Iraq.
Perdana Menteri, Stephen Harper, minggu lalu berkata Kanada perlu menyerang kawasan selamat IS di Syria.

Kaji selidik menunjukkan Harper akan menghadapi kesukaran untuk mengekalkan kuasa pada pilihan raya Oktober depan.

Parti Demokrat Baharu dan Liberal - dua parti pembangkang utama - menyatakan serangan Kanada di Syria hanya akan memperkukuhkan kedudukan Presiden Bashar al-Assad. - Reuters sumber

XINJIANG - Berjanggut dan Bertudung Boleh Dipenjara

Seorang Muslim Uighur Xianjiang telah dijatuhkan hukuman 6 tahun penjara oleh mahkamah China atas tuduhan mencetuskan huru-hara, setelah enggan mencukur janggutnya.

Selain memenjarakan lekaki Muslim berusia 38 tahun yang telah memelihara janggutt sejak tahun 2010 lalu, mahkamah Cina juga menjatuhkan hukuman 2 tahun penjara kepada isteri terdakwa setelah enggan membuka tudungnya di dalam ruang persidangan.

Sejak setahun kebelakangan, pemerintah setempat semakin menggalakkan kempen anti-Islam dengan melarang lelaki berjanggutt dan wanita memakai tudung.

Perlu diketahi bahawa pihak berkuasa China menganggap bahawa janggut identik berhubungan dengan idea-idea radikal, satu tuduhan yang dibantah oleh minoriti Muslim Uighur di Cina. (Skynewsarabia/Ram) sumber

KASHMIR - Tanah Runtuh di Himalaya , 10 Maut

Seorang wanita sakit diangkat menggunakan papan dari rumahnya

SRINAGAR 30 Mac – Satu kejadian tanah runtuh berlaku di kawasan Himalaya Kashmir yang dikuasai India, menimbus sekurang-kurang­nya 10 orang semasa mereka sedang tidur, ketika hujan luar biasa me­landa India di luar musim.

Ratusan penduduk bertindak meninggalkan rumah masing-masing selepas sungai utama Kashmir mula melimpahi tebing dengan jabatan kaji cuaca meramalkan hujan lebat berterusan di wilayah itu. Satu kejadian tanah runtuh berlaku, menimbus sebuah rumah di Kampung Ledhan kira-kira 40 kilometer dari ibu negeri Srinagar, pagi ini, menghempap tiga keluarga yang nyenyak tidur. Tentera dan polis dilapor menggunakan jengkaut dan penyodok bagi mengeluarkan mangsa.

“Peluang untuk menemukan mangsa yang masih hidup nampak mustahil,’’ kata jiran mangsa, Mushtaq Ahmad. Jurucakap polis tempatan, Fayaz Ahmad Lone berkata, sebanyak 10 orang tertimbus di dalam rumah berkenaan dengan penduduk mengandaikan jumlah korban mungkin lebih tinggi. India sedang dilanda musim hujan luar biasa ekoran perubahan iklim global, satu kajian tentang data 50 tahun oleh Institut Meteo­rologi Tropikal India. – REUTERS sumber

Am - Lukisan Muncul Apabila Basah Sahaja

Peregrine Church menunjukkan keunikan lukisan Seni Hujan di Seattle

NEW YORK 30 Mac - Seorang penggiat seni dari Amerika Syarikat (AS) mempamerkan kemahirannya dalam dunia magis apabila menghasilkan lukisan yang hanya akan muncul apabila dibasahi air dan tidak boleh dilihat jika kering.

Penggiat seni, Peregrine Church dari Seattle, menggelar seni jalanan itu sebagai ‘Seni Hujan’ di tempat asalnya yang sering dilanda hujan. Bagi menghasilkan karya mengagumkan itu, Church menggunakan kertas stensil dan teknik lapisan kalis air untuk menyampaikan mesej positif kepada masyarakat, termasuk melarang orang awam membuang air kecil merata-rata.

Church telah menghasilkan kira-kira 30 lukisan Seni Hujan di seluruh Seattle, antaranya mempunyai mesej seperti ‘Pastikan Anda Kering’ (Stay Dry Out There), ‘Kesilapan 404: Matahari Tidak Dijumpai’ (Error 404: Sun Not Found) dan ‘Bangga kerana Hujan’ (Proud to be Rainy). Menurut Church, dia menggunakan produk kalis air dari syarikat Nanex, Always Dry Wood & Stone yang tidak mengandungi bahan toksik dan selamat, selain mampu bertahan selama empat bulan sebelum hilang serta tidak memberi kesan berkekalan kepada harta benda awam.

“Saya berasa sangat bersemangat untuk menghasilkan karya yang boleh menjadikan dunia ini lebih menarik. “Lukisan Seni Hujan merupakan seni jalanan yang hanya muncul apabila dalam keadaan basah. “Mesej yang disampaikan bertujuan menjadikan orang ramai lebih gembira meskipun dalam keadaan hujan,” katanya seperti yang dilaporkan portal Oddity Central. sumber

BANGLADESH - Penulis Blog Ateis Ditetak Mati

Mayat Washiqur Rahman diletakkan di sebuah rumah mayat di Kolej

DHAKA 30 Mac – Seorang lagi penulis blog, ditetak hingga mati hari ini dengan polis menahan dua suspek dalam serangan terbaharu yang menjadikan penulis bebas sebagai sasaran. Tiga lelaki dilapor menyerang Washiqur Rahman, 27, berhampiran rumahnya pagi ini, beberapa minggu selepas seorang penulis blog ateis kelahiran Amerika Syarikat (AS) dibunuh dengan parang di Dhaka, bulan lalu, jenayah yang mencetuskan kemarahan antarabangsa.

“Mangsa diserang kira-kira 460 meter dari rumahnya di kawasan Begunbari di Dhaka,’’ kata Timbalan Pesuruhjaya Polis, Wahidul Islam. Beliau berkata, penyerang bertindak menetak kepala dan leher mangsa menggunakan pisau dan sejurus mangsa rebah, mereka bertindak menetak badannya pula. Seorang rakan penulis berkata, Washiqur merupakan penulis blog ateis yang menulis tentang fundamental agama di Facebook.

Wahidul dalam pada itu berkata, dua suspek ditahan ketika mereka cuba melarikan diri dari lokasi kejadian, manakala suspek ketiga berjaya melarikan diri dengan polis menemukan tiga bilah pisau di lokasi tersebut. – AFP

sumber

YAMAN - 45 Pelarian Maut

SANAA 30 Mac – Sekurang-kurangnya 45 orang pelarian terkorban selepas sebuah kem di barat laut negara ini, terkena bedilan bom, hari ini. Jurucakap Pertubuhan Migrasi Antarabangsa Migrasi (IOM), Joel Millman berkata, bedilan di Kem Pelarian Al-Mazraq di wilayah Hajjah itu, turut mengakibatkan 65 mangsa cedera. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan pihak manakah yang bertanggungjawab atas serangan berkenaan.

Agensi perubatan Doctors Without Borders (MSF) berkata, sebanyak 500 buah keluarga baharu berlindung di kem tersebut sejak dua hari lalu selepas tentera bersekutu diketuai Arab Saudi melancarkan serangan menggempur kumpulan pemberontak Houthi sejak Khamis lalu. Sejak 2009, kem itu menempatkan penduduk Yemen yang menjadi pelarian susulan konflik antara kumpulan pemberontak Houthi dengan Kerajaan Pusat.

Sementara itu, sekurang-kurangnya 38 orang lagi terbunuh dalam pertempuran antara pemberontak Syiah Houthi dan puak bersenjata yang menyokong Presiden, Abdrabbuh Mansour Hadi di selatan negara ini, semalam. Menurut sumber keselamatan, pertempuran itu tercetus selepas kumpulan bersenjata menyerang kedudukan pemberontak Houthi dekat kawasan Usaylan di wilayah Shabwa yang kaya dengan sumber minyak.

 “Pemberontak Houthi dan sekutunya yang menyokong bekas Presiden Ali Abdullah Salleh, kehilangan 30 anggota, manakala kumpulan bersenjata kehilangan lapan anggota,” jelas sumber tersebut. Pertempuran itu berlaku ketika pesawat perang tentera bersekutu diketuai Arab Saudi menggempur ibu negara, Sanaa sejak malam semalam dan awal hari ini, memasuki serangan hari kelima berturut-turut bagi melemahkan kedudukan pemberontak Houthi. – AFP/AGENSI sumber

SYRIA - Kanak2 IS Penggal Kepala Tawanan?

Kanak-kanak bersenjatakan raifal dipercayai anggota militan IS

BEIRUT 30 Mac - Kanak-kanak yang me­nyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria dilapor menjadi tumpuan utama dalam satu video propaganda terbaharu kumpulan itu di media sosial yang dipercayai telah memenggal lapan tawanan lelaki.

Video terbaharu itu, yang dimuat naik di media sosial, semalam dipercayai menunjukkan anggota IS memenggal kepala lapan lelaki yang didakwa pengikut Syiah dalam satu kejadian di wilayah Hama, tengah Syria. Menerusi klip itu, lapan lelaki memakai sut jingga dipercayai pengikut Syiah dengan mata ditu­tup, tangan terikat di belakang, di­iring sekumpulan kanak-kanak lelaki yang bersenjatakan raifal. Kumpulan kanak-kanak itu kemudiannya menyerahkan lapan tahanan tersebut kepada anggota kumpulan berkenaan yang memakai topeng dengan setiap anggota bertopeng diberikan sebilah pisau oleh kanak-kanak tersebut yang dilihat sedang tersenyum. Lapan tawanan itu kemudiannya dipaksa tunduk sebelum anggota IS bertopeng melaksanakan hukuman tersebut, lapor Mail Online.

 Seorang anggota militan kemudiannya menyampaikan ucapan dengan menyifatkan kempen ketenteraan terhadap mereka hanya menjadikan kumpulan itu lebih kuat. Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria mengesahkan video itu adalah tulen, meskipun belum mendapat kesahihan bebas pihak lain.sumber

SATU UMAT : Entah ye entah tidak.....

Monday, March 30, 2015

IRAQ - 400 vs 30,000 Orang di Tikrit

mujahidin Irak

Seorang pegawai politik Kurdishtan Iraq menyebut pasukan pemerintah dan milisi Syiah gagal dalam merebut kota Tikrit, setelah hampir sebulan lamanya melancarkan operasi militer di wilayah tersebut.

Dalam wawancaranya dengan stesen televisyen Mesopotamia Iraq, Bahjat Kurdi, mengatakan, “Bagaimana mungkin puluhan ribu tentera pemerintah dan milisi Syiah tidak dapat merebut kota dari ratusan mujahidin Iraq.”

“Meskipun saya tidak suka dengan mereka, akan tetapi saya menaruh rasa hormat kepada sekitar 400 lebih mujahidin Iraq yang berdiri tegak melawan 30 ribu tentera pemerintah Iraq dan milisi Syiah,” tambah Bahjat Kurdi.

1 Mac 2015 Menteri Pertahanan Irak, Khaled al-Obeidi, mengumumkan operasi militer pembebasan kota Tikrit dari mujahidin Iraq, yang dipimpin langsung komandan elit pasukan Garda Revolusi Iran, Jeneral Qasem Soleimani. (Rassd/Ram) sumber

BRITAIN - Hairan SAUDI Tak Lindungi Rakyat PALESTIN


operasi sabuk badai Arab Saudi

Mantan anggota parlimen Britain, George Galloway, menyebut Arab Saudi bersikap double standard dalam penyelesaian konflik umat Islam di Yaman dengan warga Palestin di Jalur Gaza.

“Mengapa Arab Saudi berani mendeklarasikan operasi “sabuk badai” untuk melindungi orang-orang Yaman dan mencegah pengaruh Syiah Iran, akan tetapi mengabaikan rakyat Gaza dari agresi Zionis Israel meskipun berasal dari Sunni?” ujar George Galloway.

George Galloway melanjutkan, “Sementara pesawat jet Zionis Israel mengebom Jalur Gaza, Saudi tidak bertindak apapun untuk melindungi dan membantu rakyat Palestin di kota tersebut. Tidak ada bantuan senjata ataupun peluru yang dikirimkan dari negeri kaya minyak tersebut.”

“Saya tidak tahu apa yang ada dalam rencana politik Arab Saudi di Timur Tengah,” tambah George Galloway.

Arab Saudi bersama 9 negara anggota koalisi regional Arab mulai melancarkan serangan udara terhadap pemberontak Syiah Houthi di Yaman pada Khamis (26/03) pukul 00.00 waktu Riyadh.

Gudang senjata dan amunisi, pusat komando dan komunikasi, serta pertahanan udara pemberontak Syiah Houthi menjadi sasaran utama dalam serangan koalisi regional Arab dalam kurun waktu 4 hari terakhir. (Rassd/Ram) sumber

YAMAN - 15 Maut, Lapangan Terbang Diserang

asap tebal menyelubungi ruang udara di bandar Aden selepas berlaku

SANAA 29 Mac – Tentera bersekutu diketuai Arab Saudi melancarkan serangan udara ke atas lapangan terbang utama Yemen, di sini mengakibatkan 15 askar Yemen yang menyokong kumpulan pemberontak Houthi terbunuh dalam dua kejadian berasingan di Sanaa.

Serangan udara pada hari keempat ke atas kumpulan pemberontak yang menyokong bekas Presiden, Ali Abdullah Saleh di lapangan terbang di ibu negara ini berjaya dipatahkan. ‘’Serangan tersebut merupakan yang pertama dilancarkan ke atas lapangan terbang itu sejak tindakan ketenteraan diambil ke atas pemberontak Houthi. ‘’Lapangan terbang itu kini tidak boleh digunakan lagi,’’ kata sumber penerbangan.

Saksi melaporkan mendengar bunyi tiga letupan kuat dan melihat satu kebakaran besar apabila lapangan terbang itu diserang pada kira-kira pukul 12 tengah malam (5 pagi waktu Malaysia), semalam. Dalam serangan udara pada waktu malam yang menjadikan ibu pejabat pemberontak di pangkalan tentera al-Subaha di Sanaa sebagai sasaran, menyaksikan 15 askar terbunuh, kata sumber tentera.

Seorang anggota perubatan di sebuah hospital tentera di sini berkata, pihaknya menerima 15 mayat dan 18 askar yang cedera selepas serangan udara tersebut. Serangan udara juga menjadikan pangkalan udara yang dikuasai pemberontak Houthi, Briged Meriam Pertama di Hudaida, barat Yemen sebagai sasaran, kata saksi. – AFP sumber

Assad Dakwa IS Makin Berkembang



WASHINGTON: Presiden Syria, Bashar al-Assad, berkata dalam satu temubual televisyen Amerika Syarikat, bahawa keanggotaan IS yang menawan sebahagian besar kawasan di Syria dan Iraq, bertambah sejak pakatan yang diketuai AS melancarkan serangan udara terhadap kumpulan itu.

Ditanya manfaat yang diperolehnya daripada serangan udara di Syria yang bermula September tahun lalu, Assad memberitahu rancangan 60 Minutes CBS: "Ada kalanya anda meraih manfaat kecil tetapi jika mahu dibincangkan dari segi IS, ia sebenarnya berkembang sejak serangan udara itu."

Assad yang memerangi kumpulan penentang sejak 2011 berkata dalam temubual yang disiarkan awal pagi tadi bahawa IS menarik penyertaan 1,000 rekrut sebulan di Syria.

"Di Iraq, mereka berkembang, juga di Libya dan banyak lagi negara lain. Pertubuhan gabungan al-Qaeda menyatakan taat setia kepada IS. Itulah situasi sekarang," kata Assad.

Washington berusaha mendapatkan penyelesaian perang saudara di Syria dengan mengenepikan Assad tetapi menegaskan keutamaannya di Syria ialah memerangi militan IS.

Menjawab soalan bagaimana beliau menentukan sokongan rakyat Syria, Assad berkata: "Saya tidak menentukannya. Saya merasainya. Saya berhubung dengan mereka." - Reuters sumber
Ditanya apakah situasi yang membolehkan beliau melepaskan kuasa, Assad berkata: "Apabila saya tidak mendapat sokongan rakyat. Apabila saya tidak mewakili kepentingan dan nilai Syria."

SAUDI - 2 Polis Cedera Ditembak dI Riyadh



RIYADH: Dua anggota polis Arab Saudi cedera ditembak di Riyadh semalam, sehari selepas negara itu meningkatkan langkah keselamatan selepas mengetuai serangan udara terhadap Yaman.

"Satu pasukan peronda keselamatan sedang melaksanakan tugas di Riyadh apabila ia diserang penembak berkenderaan dalam serangan yang mencederakan dua anggota polis," kata seorang jurucakap dalam kenyataan yang disiarkan agensi berita rasmi SPA.

Menurut kenyataan itu, kedua-dua anggota polis itu dimasukkan ke hospital dan keadaan mereka adalah stabil.

Pihak berkuasa sedang menyiasat kejadian itu.

Serangan itu berlaku sehari selepas Menteri Dalam Negeri Arab Saudi, Putera Mohammed Nayef mengarahkan langkah keselamatan dipertingkatkan di sepanjang sempadan dan di seluruh negara selepas Riyadh mengetuai serangan udara ke atas pemberontak Syiah yang disokong Iran di Yaman.

Pada 22 Mac, Amerika Syarikat menyambung semula perkhidmatan konsular di Arab Saudi selepas penutupan selama seminggu berikutan "kebimbangan mengenai keselamatan" yang tidak dinyatakan.

Warga Barat di Arab Saudi diserang sebanyak empat kali sejak Oktober tahun lalu, termasuk serangan oleh penembak berkenderaan seperti kejadian semalam yang mencederakan seorang warga Denmark di Riyadh pada 22 November.

 Pihak berkuasa kemudian menahan tiga individu yang disyaki penyokong IS. - AFP
 sumber

Sunday, March 29, 2015

SYRIA - Penentang Musnahkan Patung Hafiz Assad yang Ketujuh

Setelah berhasil menguasai ibukota wilayah Idlib pada hari Jumaat (27/03), pejuang revolusi Syria kembali menghancurkan patung Hafez al-Assad yang terletak di halaman depan istana negara, seperti yang disiarkan media tempatan.

Ini adalah patung ke 7 Hafez al-Assad yang dihancurkan pejuang revolusi di seluruh Syria sejak meletusnya revolusi pada 2011 lalu.

Lahir dari keluarga Syiah Alawite pada 6 Oktober 1930, Hafez menjadi anggota Angkatan Udara Syria dan merupakan anggota pendiri Partai Ba’ath yang membuatnya mengambil posisi yang menguntungkan menyusul kudeta di Syria pada 1966. Kemudian ia memegang jawatan Menteri Pertahanan.

Berbagai macam intrik politik baik di Timur Tengah maupun di dalam negerinya membuat Assad naik ke atas panggung kekuasaan penuh sebagai Perdana Menteri Syria. Menduduki posisi yang sangat kuat, di tahun berikutnya Hafez Al Assad diangkat sebagai Presiden Syria ketiga. (Rassd/Ram) sumber

YAMAN - Presiden Lari ke SAUDI

Presiden Yemen, Abdrabbuh Mansour Hadi (kiri) diiringi Menteri

JEDDAH 27 Mac – Presiden Yemen, Abdrabbuh Mansour Hadi selamat tiba di Arab Saudi selepas me­larikan diri dari kubu kuatnya di Aden, ketika Jeddah mengetuai 10 negara Arab terus menggempur kedudukan pemberontak Syiah Houthi masuk hari kedua berturut-turut, hari ini.

Rangkaian berita tempatan menyiarkan rakaman Abdrabbuh berjabat tangan dengan Menteri Pertahanan Arab Saudi, Mohammed bin Salman Al Saud yang me­nyambut beliau di lapangan terbang Riyadh dan pemimpin Yemen itu menyatakan hasrat untuk menghadiri satu persidangan negara-negara Arab di Mesir esok. Pengarah Pejabat Abdrabbuh, Mohammed Marem mengesahkan kehadiran Abdrabbuh pada persidangan itu, sekali gus membatalkan pelan asal untuk berucap melalui rangkaian video.

Menteri Luar Yemen, Riyadh Yaseen berkata, Abdrabbuh dilapor mahu meraih sokongan pemimpin Arab berhubung “Pelan Marshal” bagi membantu negaranya yang dilanda perang, pelan yang sama digunakan untuk membantu ekonomi Eropah selepas Perang Dunia Kedua. Bagaimanapun tidak dapat di­pastikan sama ada Abdrabbuh berhasrat untuk pulang ke Aden dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, tentera pakatan yang diketuai Arab Saudi melancarkan serangan udara masuk hari kedua berturut-turut, hari ini ke atas pangkalan tentera udara dan darat yang masih setia kepada bekas Presiden Ali Abdullah Salleh kerana membantu kemaraan pemberontak Houthi. Angka korban akibat serangan di Sanaa meningkat kepada 39 orang, selepas 12 orang maut dalam serangan udara di pangkalan tentera di utara Sanaa, semalam.

Saksi kejadian berkata, pesawat tentera pakatan menggempur pangkalan Al-Samaa yang dipercayai digunakan oleh tentera untuk menerima arahan daripada bekas komander, Ahmed Ali Salleh. Ahmed merupakan anak lelaki kepada bekas Presiden Ali, yang dituduh bersekutu dengan pemberontak Houthi untuk menentang Abdrabbuh. Menurut saksi, tiga serangan dilancarkan ke atas kediaman Presiden di selatan Sanaa selepas lokasi itu ditawan oleh pemberontak Houthi pada bulan lalu. Kubu kuat briged tentera yang setia kepada Ali di wilayah timur Marib turut digempur, manakala sebuah depot senjata juga dibom oleh tentera pakatan. – REUTERS/AFP sumber

UZBEKISTAN - Rakyat Mengundi



TASHKENT: Rakyat Uzbekistan mengundi hari ini untuk memilih presiden yang akan memimpin negara lebih 30 juta penduduk ini menuju ke arah masa depan lebih makmur, memiliki masyarakat sivil lebih kukuh dan melaksanakan pembaharuan demokrasi secara lebih menyeluruh.

Ini adalah peristiwa penting kedua bagi rakyat negara itu dalam tempoh tiga bulan selepas menghadapi pilihan raya parlimen pada 21 Disember tahun lepas.

Pertandingan empat penjuru kali ini menyaksikan penyandang jawatan Presiden Islam Karimov daripada Liberal Democratic Party menawarkan diri untuk mengekalkan jawatannya.

Tiga calon lain ialah Khatamjan Ketmonov daripada People's Democratic Party; Narimon Umarov daripada Social Democratic Adolat (Justice) Party, dan AkmalSaidov daripada Democratic National Renaissance Party.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat (CEC), Mirza-Ulugbek Abdusalomov, 135 kawasan pilihan raya, 9,058 pusat mengundi, termasuk 44 di luar negara, dibuka untuk urusan pengundian, manakala jumlah pemilih berdaftar ialah 20,798,052.

Lebih 340 wakil media dari dalam dan luar negara membuat liputan tentang pilihan raya ini, katanya pada satu majlis taklimat.

Beliau berkata, pilihan raya ini juga menyaksikan kehadiran kira-kira 300 pemerhati yang diundang dari 43 negara, termasuk Malaysia, Pakistan, Amerika dan Jepun serta lima pertubuhan antarabangsa termasuk Commonwealth Independent States dan Pertubuhan Kerjasama Islam untuk membuat pemantauan.
Kata Abdusalomov, kehadiran mereka penting kerana dapat mendorong CEC mengurus pemilihan itu secara adil dan saksama.

Anggota pasukan pemerhati Malaysia yang tiba pada Jumaat termasuk Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Doris Sophia Brodi, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, yang turut diundang sebagai pemerhati bagi pilihan raya parlimen tahun lepas, dan Naib Presiden Kanan Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI), Max Say, yang juga menjadi pemerhati bagi kali kedua.

Abdulsalomov berkata, peluang secara adil dan sama rata diberi kepada empat calon yang bertanding untuk berkempen melalui media elektronik dan cetak.

Di KUALA LUMPUR, Duta Besar Uzbekistan di Malaysia Murad Askarov berkata, kira-kira 200 rakyat Uzbekistan akan mengundi pada Ahad.

Pengundian akan diadakan di kedutaan itu di Ampang Utama, katanya pada taklimat baru-baru ini, yang turut dihadiri Mohd Hashim dan Say.

Pada taklimat itu, Mohd Hashim berkata, beliau yakin urusan politik penting itu akan dilaksanakan mengikut norma undang-undang dan standard demokrasi yang diiktiraf antarabangsa, manakala Say pula menyatakan beliau percaya proses itu akan berlangsung dalam semangat keterbukaan, telus dan adil dengan penyertaan aktif rakyat Uzbekistan.

Yusuf Kasimov, 33, rakyat Uzbekistan yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Tashkent, berkata beliau berharap pengundi akan memilih seorang presiden yang mampu memimpin dengan baik dan menjamin keamanan negaranya.

"Saya mahu berasa selamat walaupun keluar pada waktu malam," katanya di sini.

Di Qarshi, ibu negeri Qashqasaryo, sebuah wilayah di selatan Uzbekistan, ketua pusat mengundi, Jurayev Ismail Shodiyech, berkata semua tempat pengundian sudah bersedia untuk melaksanakan proses pemilihan presiden. Qarshi terletak satu setengah jam penerbangan dari Tashkent.

Pada pilihan raya parlimen tahun lepas, jumlah pemilih berdaftar di wilayah itu ialah kira-kira 1.903 juta.
Beliau menjangka banyak yang akan keluar untuk mengundi walaupun pilihan raya sebelum ini baru diadakan tiga bulan lepas.

"Rakyat akan keluar untuk mengundi kerana mereka mahu pilihan raya ini diadakan dan ia diperuntukkan oleh undang-undang," katanya.

Mengenai kualiti yang perlu dimiliki seseorang presiden, Shodiyech dan timbalannya Sobirjon Qurbonov, berkata mereka berharap akan mempunyai presiden yang mampu terus membangunkan negara dan menjamin wujudnya keselamatan.
"Faktor paling penting di sini ialah keamanan negara," kata mereka.

Shodiyech berkata, kali ini sebanyak 4,000 pemilih baharu yang mencapai usia 18 tahun pada Mac, layak mengundi.

Semua pusat mengundi dibuka pada 6 pagi dan ditutup pada 8 malam. - BERNAMA  sumber

YAMAN - Serangan Bersekutu Digandakan

Sebahagian penduduk awam bergegas pulang selepas melarikan senjata

SANAA 28 Mac - Tentera bersekutu diketuai Arab Saudi menggandakan serangan terhadap kumpulan pemberontak Houthi di Yemen pada hari ketiga operasi, selain didakwa telah menguasai sepenuhnya ruang udara negara ini. Serangan udara awal hari ini dilancarkan di bandar Hudaydah di Pantai Laut Merah, kubu kuat Houthi di Saada, utara Yemen, serta kemudahan-kemudahan kumpulan tersebut di ibu negara, Sanaa. Turut disasarkan adalah pangkalan udara Presiden Yemen sebelum ini, Ali Abdullah Saleh yang memerintah negara ini selama lebih 30 tahun. Beliau dilapor berlindung di Sanhan, berhampiran ibu negara.

Menurut seorang jurugambar AFP, serangan hari ini adalah yang paling dahsyat sejak Operasi Ribut Genting dilancarkan lewat Rabu lalu yang menyaksikan bedilan berterusan sehingga waktu Subuh. Stesen televisyen tempatan melaporkan, Arab Saudi turut melancarkan Operasi Puting Beliung yang bertujuan membawa pulang diplomat asing dari Aden menggunakan kapal-kapal perangnya. Pegawai Kementerian Kesihatan Yemen menyatakan, sebanyak 61 penduduk awam terkorban sementara 203 cedera sejak operasi dilancarkan, namun kematian di pihak Houthi tidak pula didedahkan.

Dalam satu insiden semalam, sekurang-kurangnya 21 anggota kumpulan pemberontak Houthi terbunuh dalam satu kejadian berbalas tembakan dengan anggota puak bersenjata ketika dalam perjalanan meneruskan kemaraan dari wilayah Lahj ke Aden. Pegawai keselamatan berkata, insiden tersebut berlaku kira-kira 15 kilometer di utara Aden di lokasi dikuasai kumpulan militia anti-Houthi ketika kumpulan berkenaan terus berdepan serangan udara 10 negara bersekutu diketuai Arab Saudi. Kejadian berlaku apabila konvoi tiga kenderaan dinaiki anggota kumpulan pemberontak berkenaan diserang hendap militia.

Sementara itu di Yemen, pelaksanaan operasi berkenaan dikhuatiri mencetuskan krisis kemanusiaan apabila penduduk kini mula meninggalkan rumah masing-masing dan mencari tempat perlindungan. Wartawan Al-Jazeera di Aden, Bashrahil Hesham Bashrahil berkata, keadaan di bandar dan jalan-jalan yang sibuk kini lengang. “Banyak pasar dan perniagaan ditutup. Selain mengalami kekurangan bekalan makanan, penduduk juga tidak dapat mengeluarkan wang kerana bank-bank ditutup sejak kelmarin,” ujarnya. – AFP/AGENSI sumber

Friday, March 27, 2015

YAMAN - 10 Negara Bersatu Buat Serangan

F 16 saudi

10 negara telah bergabung dalam kempen ketenteraan untuk melindungi dan membela pemerintah yang sah dari Yaman Abd-Rabbu Presiden Mansour Hadi.

Dalam pernyataan bersama Negara-Negara Teluk ,  Arab Saudi, UAE, Bahrain, Qatar dan Kuwait mengatakan mereka “memutuskan untuk mengusir milisi Syiah Houthi, termasuk Mujahidin al-Qaeda dan Mujahidin Daulah Islam  dari Yaman .” (Arby/Dz) sumber

YAMAN - Mesir Akan Sertai Serangan

KAHERAH: Mesir hari ini mengesahkan akan menyertai tentera pakatan yang diketuai Arab Saudi untuk mempertahankan kerajaan Yaman pimpinan Presiden Abedrabbo Mansour Hadi bagi menentang pemberontak Huthi.

"Koordinasi sedang dilakukan dengan Arab Saudi dan negara Telik lain untuk disertai bersama oleh tentera udara, tentera laut dan tentera darat Mesir sekiranya keadaan memerlukan sebagai sebahagian tindakan tentera pakatan," kata Kementerian Luar Mesir dalam satu kenyataan. - AFP sumber


YAMAN - Tentera Kuasai Semula Lapangan Terbang Aden

ADEN: Tentera yang setia dengan Presiden Yaman, Abedrabbo Mansour Hadi dilaporkan merampas semula lapangan terbang antarabangsa Aden daripada kumpulan pemberontak, awal hari ini.
Tentera Briged Amor ke-39 berjaya menguasai semula lapangan terbang itu selepas sehari militan Huthi menawannya. - AFP


sumber

Thursday, March 26, 2015

INDONESIA - Dua Askar Terbunuh di Aceh

Mayat anggota Tentera Nasional Indonesia yang ditemukan mati dipercayai

JAKARTA 25 Mac - Dua orang anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang sedang menjalankan tugas risikan di sebuah kampung di Aceh, ditemukan mati selepas dipercayai diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata, kelmarin.

 Indra Irawan, 41, dan Hendrianto, 36, diculik Isnin lalu selepas selesai mengadakan pertemuan dengan Ketua Kampung di Desa Alue Mbang, di Aceh Utara berhubung maklumat adanya sekumpulan orang awam bersenjata yang dikatakan terlibat dalam beberapa kes penculikan di daerah itu.

Beberapa akhbar di sini hari ini melaporkan, mayat kedua-dua tentera yang bertugas sebagai penyiasat tentera komando daerah (Kodam) itu ditemukan beberapa kilometer dari tempat mereka diculik dengan tangan terikat.

Akhbar Tempo memetik Ketua Jabatan Penerangan Angkatan Darat TNI, Brigedier Jeneral Wuryanto sebagai berkata, daripada maklumat yang diperoleh, pihak penyiasat menemukan satu kelongsong peluru senapang AK- 47 dan M16.

Sementara itu, akhbar Media Indonesia melaporkan Komandan Achmad Daniel Chardin memberitahu, para penculik yang dipercayai seramai 15 orang dikenal pasti menggunakan pelbagai senjata api dan berpakaian celoreng serta hitam. “Kedua-dua tentera itu diculik tidak jauh dari rumah ketua kampung dan dibawa ke satu tempat dengan sebuah kenderaan,’’ katanya. Panglima Kodam Iskandar Mu­da, Major Jeneral Agus Kriswanto mengecam tindakan penculikan dan pembunuhan dua anggota tentera tersebut. “Kami mengarahkan anggota untuk menyiasat dan memburu mereka yang bertanggungjawab, tetapi saya menghargai undang-undang dan rakyat Aceh yang baik. Kes ini saya serahkan kepada undang-undang,’’ katanya.

Beliau berkata, setakat ini pihak berkuasa belum mengetahui motif sebenar kejadian penculikan serta pembunuhan Indra dan Hendrianto, bagaimanapun beliau yakin ahli-ahli politik di Aceh tidak menggunakan cara keji dalam mencapai tujuan mereka. Kedua-dua mayat mangsa telah dituntut oleh keluarga masing-masing dan selamat dikebumikan di kampung halaman mereka petang semalam. sumber

SYRIA - Pejuang Tawan Kota Bosra Al-Sham


mujahid-bosra
Pejuang Syria telah menguasai sebuah kota kuno di Syria selatan yang merupakan benteng utama rejim, mendorong pasukan rejim dan milisi Syi’ah sekutunya keluar dari wilayah tersebut setelah lima hari
pertempuran sengit, ujar laporan aktivis Syria.

Sumber mengatakan, pasukan rejim Nushairiyah terpaksa berundur pada Rabu (25/3/2015) dari Bosra Al-Sham yang terletak di dekat perbatasan Jordan dan diklasifikasikan sebagai laman warisan dunia oleh UNESCO untuk benteng bersejarah, reruntuhan dan teater Romawi yang terjaga dengan baik, siar Al Jazeera. Tidak ada komentar dari rejim Syria setakat ini.

sumber

Jom ke Penjara Paling Mewah di Dunia

Oslo: Sebut saja penjara terbayang di dalam fikiran kita bilik kurungan yang sempit dan gelap, berdindingkan konkrit dan berjeriji besi dengan hanya berlantaikan simen.

Membayangkannya saja sudah cukup menyeksakan apatah lagi untuk menjalani kehidupan selama bertahun-tahun dalam suasana yang cukup berbeza dengan kehidupan bebas dan selesa di luar.


Pemandangan dari luar Penjara Halden.
Namun Penjara Halden di Norway berbeza. Penjara yang dibina dengan kos 1.5 billion kroner (RM82 juta) itu disifatkan sebagai bukan sekadar penjara paling mewah malah paling berperikemanusiaan di dunia.

Hukuman maksimum di Norway termasuk bagi kesalahan membunuh adalah penjara 21 tahun. Semua tahanan akan kembali menjalani kehidupan normal bersama masyarakat selepas hukuman.

Penjara itu seboleh mungkin mahu menyamakan suasananya dengan kehidupan di luar, sebagai persediaan kepada banduan sebelum mereka bebas.


Suasana semulajadi dengan pokok dikekalkan di penjara ini untuk membolehkan penghuni menikmati semua musim.
Penjara itu dibuka pada 2010 dan memiliki kawalan keselamatan paling ketat untuk menempatkan mereka yang melakukan kesalahan berat termasuk membunuh, merogol sehingga kepada pesalah pedofilia.

Menariknya, setiap tingkap selnya langsung tidak mempunyai jeriji besi sebagaimana yang digambarkan dalam kebanyakan penjara di mana-mana negara sekali pun.

Ia seolah-olah seperti berada dalam sebuah unit pangsapuri, banduan ditempatkan di dalam bilik yang mempunyai aliran udara, lengkap dengan bilik mandi berlantaikan seramik.

Televisyen berskrin rata juga disediakan bersama kemudahan peti ais mini untuk kegunaan banduan.


Keadaan bilik yang serba moden tidak menampakkan seperti berada dalam sebuah penjara.
Setiap banduan dalam 10 hingga 12 sel akan berkongsi sebuah dapur dan ruang tamu di mana mereka boleh menyediakan sendiri makan malam mereka sambil berehat selepas seharian bekerja.

Banduan juga diberikan kemudahan pendidikan dan riadah untuk memastikan mereka sentiasa sibuk dan gembira.

Penjara Halden adalah penjara kedua terbesar di Norway, kini menempatkan 248 hingga 252 banduan, namun separuh daripada pengawalnya adalah wanita.

Ini kerana kerajaan percaya bahawa golongan terbabit mampu mengurangkan tekanan dan menggalakkan kelakuan baik di kalangan tahanan.


Di Halden hampir separuh daripada warden adalah wanita yang disifatkan sebagai mampu mengurangkan tekanan dan menggalakkan kelakuan baik di kalangan banduan.
Malah kakitangan di situ langsung tidak merasa terancam untuk bersama tahanan bermain ping-pong, kad permainan dan backgammon.

"Jika berasa terancam saya tahu ada 30 pengawal yang akan datang dalam masa seminit untuk membantu saya. Malah semua banduan di sini mengetahuinya," kata pengawal penjara, Tina Bratas.

Banduan di Halden turut dibenarkan menggunakan internet tetapi dalam tempoh terhad. Mereka hanya dibenarkan membuat panggilan keluar untuk sekurang-kurangnya 20 minit seminggu. Surat akan dibuka dan dibacakan sebelum diserahkan.


Setiap bilik selnya mempunyai aliran udara dan tiada jeriji besi.
Gaya hidup Halden distrukturkan supaya menyamai kehidupan normal. Setiap pagi banduan akan keluar ke sekolah atau bekerja sama ada sebagai tukang masak atau tukang cuci dengan pendapatan 60 NOK (RM27) sehari.

Norway mempunyai kadar pemenjaraan sebanyak 70 bagi setiap 100,000 penduduk menjadikan sejumlah 3,571 tahanan dicatatkan di seluruh negara terbabit.

Ini berbeza sekali dengan kadar di Amerika Syarikat di mana ia adalah 10 kali ganda atau 707 bagi setiap 100,000 penduduk bersamaan dengan 2.2 juta penduduk yang dipenjarakan di seluruh negara terbabit.
Malah di sebuah negara yang hukuman penjara seumur hidup tidak wujud, Norway memiliki kadar kesalahan berulang paling rendah di Eropah iaitu hanya 20 peratus. - AGENSI

Fakta Nombor
- 2010 Tahun penjara Halden dibuka
- RM82 juta kos pembinaan Penjara Halden
- 20 peratus kadar pengulangan kesalahan banduan Norway






sumber


MISTERI Kuala Selangor

KUALA SELANGOR: Bukit Malawati dan Kuala Selangor tidak terkecuali dengan pelbagai kisah unik yang diwarisi turun-temurun.

Pengunjung ke daerah ini boleh melihat kesan kisah keramat dan dongeng, antaranya tempat peninggalan harta sultan, meriam penggawa, keris tua, keramat Rubiah, batu harimau, telaga, keramat Syed, pokok besar tempat memancung kepala dan kera serta lotong.


Telaga Tujuh di kaki Bukit Malawati, Kuala Selangor. - Foto Rosdan Wahid
Berikut kisah unik di sebalik bahan bersejarah yang terdapat di Bukit Malawati dan Kuala Selangor, seperti diceritakan oleh penulis buku Sejarah Kuala Selangor, Datuk Yusoff Hassan kepada wartawan BH.

Harta Istana

Pelbagai harta istana seperti lembing dan keris tujuh, lima serta tiga lok tersimpan di dalam gua, berhampiran Busut Malawati. Pada tahun 1975, seorang lelaki cuba mendapatkan keris dari dalam gua ini dengan menggunakan khidmat seorang bomoh untuk memuja, tetapi gagal. Sebaik pulang ke rumah, lelaki itu dikatakan bermimpi didatangi satu lembaga hitam dan mencekiknya.

Pada zaman dahulu, tempat penyimpanan harta itu dikawal oleh Datuk Puteh, selaku bendahari. Kononnya, apabila Datuk Puteh meninggal dunia, dia dikebumikan pada satu sudut busut ini, yang mana tempat itu kini terdapat sepohon sena.


Meriam penggawa yang sentiasa dibalut kain kuning ini terletak di dalam kawasan Makam Tiga Sultan. - Foto Rosdan Wahid
Meriam penggawa

Meriam yang diperbuat daripada besi kuning ini meletup secara sendiri pada tahun 1961 dan 1978. Punca meriam itu meletup sendiri masih menjadi misteri. Malah, ada yang mengatakan ia akan meletup sendiri setiap kali pertabalan Sultan Selangor yang baharu. Meriam penggawa yang sentiasa dibalut kain kuning ini terletak di dalam kawasan Makam Tiga Sultan.

Keris tua

Pada 23 September 1976, terdapat kisah seorang individu bernama Husain Omar terjumpa keris tua terpacak di pangkal pokok jejawi. Pada malamnya, Husain bermimpi diarahkan menyerahkan keris itu kepada seseorang berketurunan raja yang boleh dipercayai.

Keesokannya, dia menyerahkan keris ini kepada Raja Nasron Raja Ishak yang ketika itu adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Selangor. Selepas menerima keris ini, Raja Nasron dikatakan menyarungkan kepada sarung serta hulu lama yang disimpannya dan ternyata ia sepadan dengan hulu dan sarungnya. Keris ini hingga kini berada dalam simpanan Raja Nasron.


Telaga ini dikatakan berusia tidak kurang 180 tahun dan terletak di Cangkat Bukit Tanjung, berhampiran Tasik Shina. - Foto Rosdan Wahid
Keramat Rubiah

Terletak di hujung jalan ke Tanjung Keramat, kira-kira satu kilometer dari bandar Kuala Selangor serta berada di atas bukit keramat setinggi 100 kaki dari aras laut di pinggir Tasik Shina. Mengikut kisahnya, ada seorang anak dara yang sangat cantik dan warak bernama Rubiah dipaksa berkahwin dengan seorang pemuda tanpa persetujuannya.

Rubiah tiba-tiba ghaib pada malam pernikahan dan jasadnya tidak ditemui sehingga kini. Ibu bapanya hanya menjumpai baju anaknya di sebatang pokok dan mendirikan sebuah makam sebagai tanda mengingati anaknya itu.

Ketika ini, bukit kecil di Tasik Shina hanya tinggal busut sahaja kerana batunya di kelilingnya sudah diletupkan bagi pembinaan jalan raya.

Batu Harimau

Terdapat dua ketul batu kecil dan seketul lagi besar, menyerupai tiga ekor harimau, terletak di tepi Sungai Selangor berhampiran jambatan feri lama. Kisahnya, batu ini berasal dari tiga ekor harimau, iaitu seekor harimau betina bersama dua ekor anak hendak menyeberang sungai untuk ke Permatang.
Walaupun ditegur seekor kelambai supaya jangan menyeberang, teguran itu tidak diendahkan menyebabkan kelambai yang mempunyai kuasa ajaib menyumpah ketiga-tiga ekor harimau ini menjadi batu.
Kisah ini ada persamaan dengan dongeng Batu Katak di Kampung Batu Papan, Temerloh, Batu Kucing Bertanduk di Kota Tinggi dan Batu Sapi di Sabah.


Telaga Tujuh di kaki Bukit Malawati, Kuala Selangor. -Foto Rosdan Wahid
Telaga Tujuh

Telaga ini dikatakan berusia tidak kurang 180 tahun dan terletak di Cangkat Bukit Tanjung, berhampiran Tasik Shina. Simen telaga ini ada persamaan dengan beberapa nesan lama di pinggir makam sultan. Ada pendapat mengatakan telaga ini milik Si Lamat dan Si Laba, iaitu dua orang hamba yang kurang waras, tetapi taat kepada sultan.

Keramat Syed

Pusara berbatu marmar putih ini terletak berhampiran tebing Sungai Selangor, tidak jauh dari Batu Harimau. Ada pendapat mengatakan ia adalah makan Syed Japhar yang menjadi ketua orang Selangor ketika perang menentang Belanda.

Pokok besar tempat pancung kepala

Pokok sebesar empat pemeluk ini terletak berhampiran kaki bukit Kuala Selangor. Di pangkal pokok ini menjadi tempat memancung kepala dan terdapat beratus-ratus kubur lama. Namun, pada tahun 1977, pokok ini tumbang dan mati akibat dipanah petir.


Meriam yang diperbuat daripada besi kuning ini meletup secara sendiri pada tahun 1961 dan 1978. - Foto Rosdan Wahid
Kera dan lotong

Mengikut satu cerita, pada 1960, seorang budak lelaki cuba melastik seekor kera yang berada di atas pagar makam, namun secara tiba-tiba budak itu menggelupur dan pengsan.



Punca meriam itu meletup sendiri masih menjadi misteri. - Foto Rosdan Wahid

Meriam penggawa yang sentiasa dibalut kain kuning ini terletak di dalam kawasan Makam Tiga Sultan. - Foto Rosdan Wahid

Wednesday, March 25, 2015

Demo di YAMAN, 8 Maut, 120 Cedera


Anti-Houthi protesters demonstrate in Yemen's southwestern city of TaizPemberontak Syiah Houthi menembak para penunjuk perasaan di kota Taez Yaman , mengorbankan lapan orang dan mencederakan 120 orang lainnya, lapor Al Arabiya News Channel.

Para pemberontak menyerang para pendemo saat mereka berkumpul untuk hari ketiga  memprotes kedatangan milisi Syiah di kota Taez, setelah Syiah Houthi mengirim ribuan milisi  dari ibukota Sanaa, yang telah mereka kuasai .

Juga pada hari Selasa, pasukan yang setia kepada Presiden Yaman Abd-Rabbu Mansour Hadi menghambat lajunya milisi Syiah Houthi dari dua kota tersisa, warga mengatakan, menurut pejabat berita Reuters.

Namun unit milisi Syiah Houthi lainnya semalam memasuki pelabuhan Laut Merah al-Mukha, pegawai keamanan dan warga mengatakan, menempatkan para milisi yang didukung Iran di selat Bab al-Mandeb, sebuah jalur laut yang terpenting untuk pengiriman minyak.

Pertempuran telah menyebar di seluruh Yaman sejak September lalu ketika Syiah Houthi merebut Sanaa dan maju ke daerah-daerah wilayah Muslim Sunni.

Hadi, seorang mantan jenderal dukungan  negara negara  Teluk Arab dan Barat, telah melarikan diri ke  Aden sejak ia melarikan diri kota Sanaa pada bulan Februari. sumber

PATTANI - Islam Bukan Pengancam Kedamaian

PATTANI: Islam bukan pengancam terhadap kedamaian dan keselamatan, kata Jeneral Surayud Chulanont, Ketua Majlis Privi kepada Raja Bhumibol Adulyadej.

Oleh yang demikian, semua pihak perlu mengamalkan konsep kesederhanaan (wasatiyyah) untuk membawa masyarakat ke arah kedamaian, kata beliau ketika merasmikan Persidangan Pengajian Islam Antarabangsa ke-3 semalam.

Persidangan bertajuk 'Nilai-Nilai Islam Dalam Dunia Yang Semakin Berubah' itu diadakan di Prince of Songkla University, Kampus Pattani (PSU Pattani) selama tiga hari, anjuran Kolej Pengajian Islam, PSU Pattani dan dihadiri 500 peserta dari 25 negara.

"Kita boleh bina kefahaman tentang konsep wasatiyyah pada era perubahan termasuk hak asasi manusia kumpulan minoriti dalam masyarakat," kata beliau.

Ini semua perlukan kerjasama antara institusi pendidikan, intelektual, ahli akademik serta badan bukan kerajaan bagi menyelesaikan masalah yang dialami dalam masyarakat kini, ujar Surayud.

Beliau berharap persidangan kali ini akan membentangkan perbahasan dan mengambil pengalaman tentang penerapan nilai Islam yang diamalkan masyarakat Islam dan bukan Islam yang berbeza di seluruh dunia untuk mewujudkan kedamaian dan perpaduan yang berkekalan dalam masyarakat berbilang kaum.

Persidangan kali ini adalah susulan daripada dua persidangan sebelum ini iaitu pada 2010 yang bertajuk 'Peranan Pengajian Islam dalam Pascaglobalisasi' dan kedua pada 2013, 'Pengajian Islam Dalam Dunia Yang Semakin Berubah: Cabaran dan Peluang'. - BERNAMA sumber

SYRIA - Kru Heli Tempur Assad Menangis Ketakutan


pilot-rezim-assad-cengengSikap pengecut dan ketakutan ditunjukkan oleh kru pesawat helikopter rjzim Syiah Bashar Al-Assad yang tertangkap oleh mujahidin dan warga setelah helikopternya “mendarat kecemasan” di wilayah kekuasaan pejuang pembangkang Idlib, di barat laut Syria pada hari Ahad (22/3).

Kru pesawat helikopter tersebut sangat ketakutan, menangis meraung-raung setelah tertangkap oleh mujahidin dan warga yang akan membawanya ke suatu tempat. Tentunya hal ini berbeza ketika mereka dengan rakusnya mengebom rakyat Syria dengan bom-bom dan gas klorin yang sangat berbahaya dan memiliki kesan ledakan yang sangat dasyat yang mereka jatuhkan dari helikopter-helikopter yang mereka pandu.

Salah seorang yang berada dalam helikopter Bravo-17, berjaya ditangkap oleh mujahidin. Menurut mujahidin, yang berhasil menyadap komunikasi helikopter tersebut, heli Bravo-17 rejim Assad sebelumnya terlibat dalam pengeboman desa Sarmeen di Idlib dengan gas klorin.

Helikopter itu jatuh di Jabal al-Zawiya di provinsi Idlib, wilayah yang kuasai oleh penentang, termasuk dari Jabhat Al-Nusrah, BBC melaporkan memetik laporan Observatorium Syria untuk Hak Asasi Manusia (SOHR).

Observatorium yang berpusat di London dan kelompok anti-rejim di Idlib mengatakan bahawa dari setengah dozen personil militer yang diyakini berada di helikopter, empat – termasuk pilot – ditangkap, satunya dieksekusi oleh penduduk setempat, dan yang ke enam tidak diketahui nasibnya. Outlet lain menyatakan bahawa manifest helikopter yang ditangkap terdaftar lapan penumpang, termasuk kru.

Gambar dan video diposting secara online muncul untuk menunjukkan sebuah helikopter biru besar, rosak dan tersadai di kawasan berbatu.

Ketua Observatorium, Rami Abdel-Rahman, mengatakan kepada Arab BBC bahawa kecelakaan helikopter di dekat kota Maaret al-Nu’man itu sebagai “dorongan moral” bagi penentang kerana pesawat helikopter itu membawa bom barel, senjata maut yang digunakan oleh rejim Presiden Bashar Al-Assad. Observatorium  mengatakan helikopter-helikopter itu telah menjatuhkan rata-rata 1.000 bom barel setiap bulannya selama lima bulan terakhir. sumber

Tuesday, March 24, 2015

Raja England Dikebumi Selepas 530 Tahun

Keranda Raja Richard III diarak di bandar Leicester di tengah

LONDON 23 Mac - Raja terakhir England, Raja Richard III, yang maut ketika berperang kira-kira 530 tahun lalu, akhirnya bakal disemadikan dalam acara pengebumian besar-besaran selama lima hari di Britain yang bermula semalam.

Rangka Richard III ditemukan tertanam di bawah sebuah kawasan tempat letak kereta di Leicester City pada 2012. Kira-kira 35,000 penduduk England semalam berbaris di jalan-jalan di Leicester bagi melihat keranda pemerintah England itu yang diarak sebelum majlis pengebumiannya Khamis ini.

Raja Zaman Pertengahan itu akan disemadikan di Gereja Leicester di tengah England, dalam satu acara yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen. Pelbagai acara diatur sepanjang lima hari pengebumian itu yang bermula semalam, menyaksikan warisnya dan ahli arkeologi yang mengeluarkan rangkanya meletakkan ros putih di atas keranda mendiang. Keranda itu kemudiannya di­bawa ke Bosworth, lokasi beliau gugur di medan perang dengan kebanyakan penduduk memakai pakaian pada Zaman Pertengahan dan pakaian tentera. Tembakan meriam sebanyak 21 das turut dilepaskan sebagai penghormatan kepada pemerintah itu.

 Kematian Richard III disifatkan sebagai ‘satu saat luar biasa’ dalam sejarah England. “Kematiannya merupakan satu perubahan dinasti, penamat kepada tempoh keganasan perang saudara, permulaan bagi tempoh yang menyaksikan Shakespeare menulis, dan cara berbeza untuk mentadbir negara,’’ kata Biskop Leicester, Tim Stevens.

Richard III merupakan dinasti terakhir Plantagenet yang mentadbir England dari 1483 sehingga beliau dibunuh berhampiran Leicester oleh tentera yang setia kepada Henry Tudor yang kemudiannya dikenali sebagai Raja Henry VII. Peristiwa itu merupakan konflik besar terakhir dalam ‘Wars of the Roses’ yang merupakan siri perang dinasti bagi merebut takhta England yang menyaksikan kekalahan Richard III, sehingga takhta bertukar tangan dari ‘House of York’ kepada ‘House of Tudor’. – AFP  sumber

Kesultanan Sulu Tak Sokong Autonomi di Mindanao

Abraham Idjirani

MANILA 23 Mac – Kesultanan Sulu tidak akan menyokong Rang Undang-Undang Asas Bangsamoro (BBL) yang bertujuan menubuhkan wilayah autonomi di Mindanao kerana percaya Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) akan menggugurkan tuntutan ke atas Sabah sebagai pertukaran kepada sokongan Malaysia.

Portal berita Manila Times melaporkan, jurucakap Kesultanan Sulu, Abraham Idjirani (gambar) berkata, pihaknya melihat rang undang-undang itu mempunyai objektif yang samar-samar. Beliau berkata, sebaik-baik kerajaan Bangsamoro ditubuhkan, MILF akan mula menggugurkan tuntutan ke atas Sabah. “MILF akan mencari pendekatan bagaimana untuk menggugurkan tuntutan ke atas Sabah. Sabah adalah harta rakyat Basilan, Sulu, Tawi-Tawi, Zamboanga dan Palawan. MILF akan menggugurkan tuntutan ke atas Sabah kerana tidak berminat dengan negeri itu dan mereka berhutang dengan Malaysia. “Bukan Kongres Filipina yang akan menggugurkan tuntutan itu, tetapi MILF sebagai pertukaran atas sokongan Malaysia,’’ katanya.

Malaysia bertindak sebagai orang tengah antara kerajaan Filipina dan MILF dalam penubuhan kerajaan Bangsamoro di Mindanao. Abraham berkata, Kesultanan Sulu dan pihak lain tidak dihubungi berhubung perkara itu, walaupun mempunyai keinginan untuk terlibat dalam mendapatkan keamanan penuh di Mindanao, selatan Filipina. “Jika kedua-dua pihak mahu mencapai keamanan di Mindanao selama-lamanya, mereka juga perlu melibatkan pihak lain berkaitan seperti penduduk Kristian dan orang asli,’’ katanya.

Tahun lepas, ketua pengganas Kiram, Ismail Kiram mengulangi gesaan supaya kerajaan Filipina terus menuntut Sabah yang kini sebahagian daripada Malaysia. Kesultanan Sulu mendesak pentadbiran Presiden, Benigno Aquino III untuk menyokong tuntutan tersebut. sumber

Media INDONESIA Lapor Hudud di Kelantan


negeri-kelantan
Parlemen Negara Bagian (*negeri) Kelantan, di sisi timur laut semenanjung Malaysia hari ini, Kamis (19/3) meloloskan (*meluluskan) amandemen undang-undang terkait pelaksanaan hudud. Ini adalah panduan menghukum kejahatan pidana (*perlakuan jenayah) sesuai (*mengikut) anjuran Islam, termasuk potong tangan hingga rajam. Pengusung beleid hudud itu adalah Partai Islam se-Malaysia (PAS). Pada 1993, sempat digodok aturan hukum yang sama, namun harus ada persetujuan dari pemerintah federal (*pusat) seperti dilansir (*yang disiarkan) Channel News Asia.
 
Manuver PAS mengancam koalisi oposisi (*pakatan pembangkang) Pakatan Rakyat, yang diisi Partai Aksi Rakyat Demokratik (DAP) dan Partai Keadilan Rakyat. Berbeda dari pemilih PAS yang rata-rata muslim Sunni taat, dua partai oposan lainnya itu didukung warga Tionghoa maupun keturunan India. “Keputusan PAS meloloskan aturan hudud jelas mengancam kelanjutan koalisi (*jangka hayat pakatan),” kata juru bicara DAP.

Perdana Menteri Najib Razak diperkirakan akan mendukung proposal penerapan Hudud dari PAS. Barisan Nasional (UMNO) sebagai penguasa legislatif juga mendukung penerapan syariah Islam itu.

Belum jelas, apakah dalam naskah yang disusun PAS aturan hudud hanya mencakup umat muslim ataupaun penganut agama lainnya di Kelantan. Merujuk keterangan Imam Malik dalam Kitab Muwathha, hudud mencakup kejahatan yang menyangkut penghinaan agama, nyawa, harta, keturunan dan akal. Jenis hukuman ini bertingkat, termasuk potong tangan bagi pencuri atau melempari terpidana dengan batu sampai mati (rajam). “Ini adalah hak warga Kelantan dan tidak melanggar undang-undang,” kata Wakil Presiden PAS, Salahuddin Ayub.(rz) sumber

AM - 10 Orang Tukar Nama Setiap Hari di SAUDI


bendera arab saudi

Purata 10 orang di Saudi mengubah nama mereka setiap hari.
 
Sebuah sumber informasi di lembaga Kementerian Dalam Negeri untuk urusan awam mengatakan sebahagian besar perubahan nama yang dilakukan oleh wanita. Sumber itu mengatakan sekitar 240 orang Saudi mengubah nama asalnya mereka setiap bulan. 
 
Perubahan nama dilakukan pada pada pejabat urusan awam di seluruh kerajaan, katanya.

“Sebahagian besar persetujuan perubahan nama adalah untuk wanita yang mencari nama yang lebih menarik, percaya bahwa mereka akan membuat mereka lebih indah,” katanya.

Dia mengatakan meskipun sejumlah nama yang berubah tidak melanggar  Islam atau adat istiadat masyarakat, pengubah nama itu sangat antusias untuk mendapatkan nama-nama yang lebih moden dan terhormat.

Sumber itu mengatakan beberapa lelaki dan wanita merasa malu dengan nama mereka kerana namanya memiliki erti yang buruk, sehingga mereka mengubah mereka. Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan dalam sukatan  sekolah menengah  tentang hak-hak anak, termasuk hak mereka untuk memiliki nama yang baik.

Kementerian meminta orang tua untuk memberikan nama yang tepat untuk anak-anak mereka. Ini mengingat bahawa Nabi Muhammad (saw) telah mengubah nama-nama sejumlah para sahabatnya  kerana konotasi erti yang tidak baik.  (Gazzete Saudi/Dz) sumber

HAMAS : Semua Parti Yahudi Aalah Sama


Hamas pejuang utama

Jurucakap Gerakan Pejuang Islam “Hamas” menyebut seluruh parti politik dan organisasi Zionis Israel adalah sama, dan menyerukan rakyat Palestin untuk tidak berharap sama sekali pada pilihanraya yang diadakan Israel pada hari Selasa (17/03) lalu.

Dalam pernyataannya pada Selasa malam, Dr. Sami Abu Zuhri mengatakan, “Mereka adalah sama, kami tidak membezakan antara pihak-pihak di Israel karena mereka setuju pada penolakan hak-hak rakyat Palestin dan melanjutkan agresi penjajahan.”

Dr. Sami Abu Zuhri menambahkan, “Dari pihak manapun yang menjadi pemimpin Zionis Israel, mereka akan kembali pada tujuan awal pendirian negara penjajah tersebut.”

Dalam hasil sementara yang diumumkan oleh Channel kedua Israel menyatakan bahawa parti Likud yang dipimpin oleh PM Benjamin Nentanyahu berhasil meraih 28 kerusi Parlemen. Sedangkan parti Militer Yahudi yang menjadi pembangkang Netanyahu memperoleh 27 kerusi pemerintah.

Pengumuman rasmi hasil pilihan raya Knesset Israel sendiri baru akan di umumkan KPU Israel pada 25 Mac akan datang.

Perlu diketahui bahwa pemimpin parti Militer Yahudi, Yitzhak Herzog, dalam kempennya berjanji akan mendukung solusi dua-negara dengan Palestin, jika dirinya memenangkan pilihan raya Knesset Israel. (Rassd/Ram) sumber

IRAN Didakwa Kirim 30,000 Askar ke IRAQ


images

Pihak berkuasa Kurdish di Irqk mendakwa Syiah Iran mengirimkan 30 ribu askar dan ahli militer ke Iraq. Pasukan Syiah Iran tersebut dipercayai dikirim untuk melawan kelompok Mujahidin Daulah di Iraq.
Ketua Komite Keamanan dan Pertahanan Parlimen Iraq Shakhawan Abdullah mengatakan pada Aljazirah, Ahad (22/3), tentera Syiah Iran beroperasi di sejumlah kota-kota di Iraq. Pasukan Syiah Iran menurut Abdulah berjuang di tanah Iraq.

Abdullah mengatakan, kehadiran pasukan Syiah Iran meliputi penasihat dan ahli militer. Pasukan Syiah Iran tersebut menurutnya berjuang di bawah bendera Pasukan Pergerakan Popular. Sebuah organisasi yang memayungi kelompok-kelompok bersenjata Syiah, yang terdiri dari sekitar 100 ribu pejuang.
Sementara itu, Syiah Iran telah berulang kali menafikan mengirimkan tenteranya ke Iraq.

Pada Ogos lalu, Iran didakwa mengirim ratusan askar untuk merebut kembali kota Jalawla dari Mujahidin Daulah. Sedangkan pada Disember, Iran dituduh menggunakan pesawat tempur F-4nya untuk menyerang sasaran-sasaran mereka di wilayah Diyala.(rz) sumber

Masjid Batu Jed Pertama di Dunia, di Aceh

JAKARTA: Fenomena "demam" batu-batu permata di Indonesia kini akan menjadi lebih hebat apabila pemerintah di sebuah wilayah di Aceh membina sebuah masjid batu jed yang pertama di dunia.
Sebuah portal berita tempatan, tribunnes.com memetik Pengerusi Badan Perancangan Pembangunan Nagan Raya di Aceh, Teuku Raja Keumangan sebagai berkata, kerja-kerja pembinaan tapak masjid yang berharga Rp150 bilion (RM45 juta) itu telah dimulakan sejak awal tahun.

Masjid seluas hampir 4,000 meter persegi itu akan dinamakan Masjid Agung Baitul A'la dan seluruh bangunan masjid hingga kubahnya dilapisi dengan batu jed yang diambil dari hutan di kawasan Beutong di Nagan Raya.

Baru-baru ini, pencari batu permata telah menemui bongkah batu jed seberat kira-kira 20 tan metrik di Gampong Krueng Isep di Beutong dan kerajaan wilayah Aceh tidak membenarkan sesiapapun mengambil bongkahan batu permata itu.

Teuku Raja Keumangan berkata, kerja-kerja memunggah bongkahan batu jed dari hutan Beutong itu dijangka bermula April ini dan batu-batu itu akan dipotong sebanyak 37,000 keping dengan ukuran 60x60 sentimeter.

Katanya, masjid itu dibina sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT yang menjadikan tanah di Acheh dipenuhi dengan batu permata dan jika semuanya berjalan lancar, masjid itu dijangka siap akhir tahun ini.
Demam batu permata Indonesia itu merebak ke seluruh republik dari Aceh hingga ke Kalimantan dan di Jakarta pula ribuan orang mengunjungi sebuah pasar Rawa Bening di sini pada setiap hujung minggu untuk membeli dan menjual pelbagai jenis batu-batu permata Indonesia. - BERNAMA sumber

INDONESIA Pertikai Tuntutan CHINA



JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo berkata tuntutan China terhadap majoriti kawasan di Laut China Selatan tiada asas dalam perundangan antarabangsa.

Bagaimanapun, beliau berkata, Jakarta tetap mahu kekal sebagai 'broker yang jujur' menyelesaikan isu pertikaian wilayah, antara yang paling rumit di rantau ini, katanya dalam satu temuramah dengan sebuah akhbar Jepun menjelang lawatannya ke China dan Jepun.

Kenyataan itu adalah yang pertama daripada Widodo mengenai isu di Laut China Selatan sejak menjadi Presiden pada Oktober.

China menuntut 90 peratus daripada kawasan di Laut China Selatan, yang dipercayai kaya dengan sumber galian terutama minyak dan gas. Brunei, Malaysia, Filipina, Vietnam dan Taiwan turut menuntut sebahagian daripada kawasan itu yang menjadi laluan perkapalan bernilai lebih AS$5 trilion setiap tahun. 

Tuntutan kawasan di laut itu dilihat antara isu utama di Asia, mendedahkan negara di rantau ini kepada konflik jika ada mana-mana negara yang lebih agresif dalam tuntutan mereka.

"Kita perlukan keamanan dan kestabilan di rantau Asia Pasifik. Adalah penting untuk mempunyai kestabilan keselamatan dan politik supaya kita dapat terus memacu pertumbuhan ekonomi," katanya dalam temuramah dengan akhbar Yomiuri.

"Sembilan garis putus-putus yang China dakwa sebagai tanda sempadan maritim tidak ada asas dalam perundangan antarabangsa," katanya.

China membuat tuntutannya sebagai wilayahnya menerusi tanda sembilan garis putus-putus yang merangkumi kira-kira 90 peratus daripada 3.5 juta kilometer Laut China Selatan di peta China.

Sementara itu penasihat dasar luar Widodo, Rizal Sukma berkata, Presiden tidak menafikan keseluruhan tuntutan China di Laut China Selatan tetapi hanya berhubung sembilan garis putus-putus yang menjangkau jauh ke kawasan maritim Asia Tenggara.
"Kami skokong 'Code of Conduct (Laut China Selatan) dan juga dialog antara China dan Jepun, China dan ASEAN.sumber

Thursday, March 19, 2015

Ijtima' Antarabangsa di Rusila, Terengganu

 



 

SYRIA Didakwa Guna Gas Klorin

DAMSYIK 18 Mac – Sebuah badan hak asasi manusia mendakwa, tentera Syria menggunakan gas klorin ketika melancarkan serangan ke sebuah bandar di tenggara negara ini yang dikuasai kumpulan penentang, sekali gus menjadi insiden terbaharu kerajaan Syria terlibat dalam jenayah perang.

Amnesty International yang berpangkalan di London semalam berkata, enam sekeluarga terbunuh dalam serangan di bandar Idlib itu. “Serangan itu membabitkan penduduk awam, termasuk kanak-kanak yang terbunuh akibat sesak nafas,” kata Pengarah Program Asia Barat dan Afrika Selatan Amnesty International, Philip Luther. Tiga kanak-kanak, ibu bapa serta nenek mereka terbunuh selepas me­ngalami sesak nafas berikutan se­rangan bom yang mengandungi gas klorin di Sarmin, sebuah bandar di tenggara Idlib, kata seorang anggota Pemerhati Hak Asasi Manusia bagi Syria.

 Jurucakap tentera Syria menafikan melancarkan serangan itu. Badan hak asasi manusia itu dalam satu laporan lain semalam berkata, kerajaan Syria melancarkan serangan terhadap sekum­pulan militan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL) pada tahun lalu, menyebabkan lebih 100 penduduk awam terkorban dan memberi ‘petunjuk berlaku jenayah perang’.

Amnesty International juga mentakrifkan serangan tentera Syria pada November tahu lalu di bandar Raqa sebagai ‘serangan kejam’. Menurut badan berkenaan, serangan udara antara 11 dan 29 November itu telah menyebabkan 115 orang awam terbunuh, terma­suk 14 kanak-kanak, dan mengenai sa­saran awam termasuk sebuah masjid, sebuah pusat pengangkutan awam, dan sebuah pasar yang sibuk. Raqa diisytiharkan sebagai ibu negeri ISIL, tetapi Amnesty International berkata, tidak terdapat petunjuk me­nunjukkan pesawat udara tentera Syria itu mensasarkan militan ISIL.

“Kerajaan Syria berbalah tentang punca serangan-serangan itu, dan enggan menerima kenyataan penduduk awam terbunuh akibat serangan tersebut,’’ katanya. Dalam perkembangan lain, agensi berita Syria, SANA me­laporkan tentera udara negara ini telah me­nembak jatuh sebuah pesawat pe­ngawasan AS di utara Latakia. Tentera AS mengesahkan sebuah drone Predator miliknya yang tidak dilengkapi senjata tidak dapat dikesan di barat laut Syria, semalam. sumber

TURKI - 5 Pendatang SYRIA Maut, Tragedi Bot

ISTANBUL: Lima pendatang dari Syria ditemui mati selepas bot mereka karam ketika dalam pelayaran dari Turki ke perairan Eropah, kata laporan.

Agensi berita rasmi Anatolia berkata, lapan pendatang berjaya diselamatkan dari bot berkenaan yang membawa 15 orang dari Syria dan Iraq.

Usaha mencari dan menyelamat diteruskan bagi mengesan mangsa yang masih hilang.

Pendatang terbabit berusaha untuk sampai ke Pulau Kos, Greece selepas memulakan pelayaran dari pusat peranginan Bodrum tetapi bot mereka mengalami kerosakan dan pengawal pantai dikerah susulan mendapat maklumat.

Pendatang yang mati adalah warga Syria.
Sementara itu, dalam kejadian bersaingan di wilayah Mugla, pantai Aegean, seramai 47 pendatang berjaya diselamatkan oleh pengawal pantai dari sebuah lagi bot yang turut menuju Pulau Kos.
Turki yang sudah memberi perlindungan kepada 1.7 juta pendatang akibat perang saudara di Syria, menjadi lokasi transit utama bagi pendatang yang ingin mencari kehidupan lebih baik di Eropah.

Kebanyakannya membayar penyeludup manusia beribu-ribu dolar untuk pergi ke negara Eropah dengan bot kecil tetapi pelayaran biasanya berdepan masalah.

Sementara itu, 37 pendatang dipercayai ramai dari Afghan, mati pada November lalu apabila bot yang sesak karam di Laut Mati dekat Istanbul.

Penyeludup juga menggunakan kapal kargo besar untuk membawa pendatang tanpa izin ke Eropah.

Pengawal pantai Turki melepaskan tembakan ke arah kapal kargo yang membawa 337 pendatang Syria di Selat Dardanelles, minggu lalu. - AFP sumber

TUNISIA - 17 Pelancong Asing Maut dalam Serangan di Muzium



TUNIS: Kumpulan lelaki bersenjata dan beruniform tentera menyerbu masuk ke muzium nasional Tunisia semalam, menyebabkan 17 pelancong asing dan dua rakyat Tunisia terbunuh.

Mereka yang terbunuh ialah lima warga Jepun, Itali (4), Colombia (2) dan masing-masing seorang rakyat Australia, Perancis, Poland dan Sepanyol.

Serangan berlaku pada tengah hari di Muzium Bardo yang terletak di dalam pekarangan Parlimen di tengah ibu negara Tunisia yang dikawal ketat.

Serangan yang dianggap terburuk sejak Kebangkitan Revolusi Arab itu disahkan oleh Perdana Menteri Tunisia, Habib Essid. Beliau membetulkan angka kematian awal 21 orang kepada 17 orang hari ini.

"Mereka terus menembak ke arah pelancong sebaik keluar dari pintu bas. Saya sendiri tidak dapat melihat apa-apa kecuali darah dan mereka yang terkorban," kata seorang pemandu bas persiaran memberitahu wartawan di tempat kejadian.

Kumpulan pelawat dan pelancong lain di muzium kemudian dijadikan tebusan di dalam muzium, demikian menurut seorang pegawai.



Pihak keselamatan menggempur masuk ke muzium dua jam kemudian dan membunuh dua militan dan membebaskan tebusan, demikian menurut jurucakap kerajaan.

Seorang pegawai polis dilaporkan maut dalam operasi berkenaan. - Reuters sumber

Thursday, March 12, 2015

MISTERI - Suara Siapakah yang Menyelamatkan Bayi Itu?

Anggota polis Spanish Fork, Tyler Beddoes (kiri) dan Jared Warner

NEW YORK 11 Mac – Anggota polis Amerika Syarikat (AS) yang menyelamatkan seorang bayi 18 bulan daripada maut di Utah, dilapor masih kebingungan tentang kehadiran ‘suara seorang wanita misteri’ meminta tolong, dari dalam sebuah kereta yang separuh tenggelam di sebatang sungai di bandar Spanish Fork, Sabtu lalu. Bagaimanapun, apabila kerja-kerja mengeluarkan kereta itu dari dalam air dilakukan, mereka mendapati hanya bayi itu, Lily Groesbeck menjadi satu-satunya penumpang yang masih hidup selepas 14 jam kemalangan berlaku. Ibu bayi itu, Lynn Jennifer, 25, dipercayai meninggal dunia sejurus kereta yang dipandunya hilang kawalan dan terhumban ke dalam sungai, sekali gus adalah mustahil bagi wanita tersebut meminta tolong orang ramai supaya menyelamatkan anaknya.

“Selama dua malam saya terjaga bagi mencari kepastian akan perkara sebenar yang berlaku. “Apa yang saya tahu, suara itu memang ada dan kami semua mendengarnya, sekali gus menjadi motivasi tambahan buat kami,’’ kata anggota polis dari Spanish Fork, Tyler Beddoes sebagaimana lapor Mail Online, kelmarin.

Beddoes berkata, dia dan tiga rakannya yang lain tetap me­negaskan bahawa mereka tanpa ragu-ragu mendengar suara yang sama, namun masih gagal menjelaskan perkara itu. Malah, masih tiada siapa yang tahu bagaimana bayi itu terselamat meskipun ditemukan dalam keadaan terbalik selama 14 jam tanpa makan dan minum di tempat duduknya di bahagian belakang kereta.

“Suara itu membuatkan saya betul-be­tul bingung,’’ katanya. Polis percaya, kemalangan itu berlaku selepas Lynn merempuh penghadang pada sebuah jambatan sebelum kereta jenis Dodge itu terhumban ke dalam sungai Jumaat lalu ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas mengunjungi rumah bapanya di Salem. Lily kini beransur pulih dan sudah mampu menyanyi bersama datuknya. sumber

SEMESTA - Angkasawan Naiki Soyuz Kembali ke Bumi



CAPE CANAVERAL: Seorang angkasawan NASA dan dua angkasawan Russia berpindah ke dalam kapsul Soyuz dan beredar meninggalkan Stesen Angkasa Antarabangsa selepas hampir enam bulan berada di orbit, lapor Televisyen NASA.

Komander Stesen NASA, Barry "Butch" Wilmore dan jurutera pesawat, Alexander Samokutyaev serta Elena Serova, dari agensi angkasa Russia, Roscosmos, memasuki kapsul Soyuz pada kira-kira jam 3.30 petang waktu tempatan, kapal angkasa yang sama membawa mereka ke orbit pada 25 September lalu.
Kira-kira tiga jam kemudian, Soyuz melepaskan kedudukan mereka dari stesen berkenaan untuk melakukan misi mendarat di Kazakhstan.

"Selamat mendarat. Kami akan merindui anda," kata komander stesen, Terry Virts.

Virts, yang kini mengambilalih pengendalian di stesen berkenaan daripada Wilmore, akan terus berada di angkasa bersama angkasawan, Anton Shkaplerov dan angkasawan Itali, Samantha Cristoforetti. Mereka dijangka pulang pada pertengahan Mei.

Wilmore bergandingan dengan Virts ketika berjalan di angkasa sebanyak tiga kali pada tempoh antara 21 Februari dan 1 Mac sebagai persiapan untuk membuat tempat parkir bagi dua teksi kapal angkasa komersial yang disewa NASA bagi membawa anak kapal pergi dan kembali dari stesen pada 2017.

Angkasawan NASA dijangka membuat empat lagi perjalanan di angkasa sebelum hujung tahun bagi memasang dok berlabuh baharu dan peralatan lain untuk kapal angkasa. - Reuters sumber

2 Banduan Dapat 8A dalam SPM

 Ahmad Zahid Hamidi hadir dalam perhimpunan bulanan Kementerian

PUTRAJAYA 11 Mac – Dua orang banduan yang menduduki pe­periksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di penjara tahun lalu berjaya mendapat 8A dalam keputusan yang diumumkan baru-baru ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, selain dua calon itu, masing-masing tiga orang banduan te­lah mendapat 7A dan 6A sementara lima orang mendapat 5A dalam SPM 2014. “Selain itu, sebanyak 11 orang telah mendapat 4A, sepuluh orang mendapat 3A, 12 orang mendapat 2A dan 23 orang pula mendapat 1A.

 “Secara keseluruhan, sebanyak 69 daripada 178 banduan telah mendapat sekurang-kurangnya 1A dalam SPM. Keadaan ini menunjukkan penjara bukan tempat menghukum semata-mata, tetapi tempat mendidik,” katanya ketika berucap dalam perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.

Ketika mengulas mengenai prestasi Jabatan Penjara, Ahmad Zahid sempat memesan Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar supaya menjaga seorang ‘banduan baharu’ dengan baik. “Saya serah kepada Ketua Pe­ngarah, jagalah dia dengan elok-elok,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid turut mengucapkan tahniah kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan kerana mengendalikan pertikaian dalaman MIC secara profesional. “Kita jangan campur tangan dalam pentadbiran mana-mana organisasi. Jabatan Pendaftaran Pertubuhan telah menjalankan tugas (berkaitan MIC) dengan bersandarkan peraturan MIC sendiri,” katanya. sumber

Beli Rumah, Dapat Isteri Percuma



SLEMAN, Indonesia: Satu iklan rumah untuk dijual di Indonesia menjadi viral selepas pemiliknya menawarkan hadiah tambahan luar biasa secara percuma iaitu berkahwin dengannya.

Iklan di internet itu adalah perkara biasa dengan tertulis rumah teres satu tingkat untuk dijual, mempunyai dua bilik tidur, dua bilik air, tempat parkir yang luas dan kolam ikan.

Bagaimanapun, iklan itu turut menawarkan kepada pembeli "tawaran yang jarang-jarang" - "apabila anda membeli rumah ini, anda boleh bertanya kepada pemilik untuk berkahwin dengan anda," dengan gambar Wina Lia, 40, seorang janda dan pemilik salon kecantikan, berdiri di tepi kereta di depan rumahnya.

Iklan itu menyebut bahawa terma dan syarat dikenakan dan nota tawaran itu adalah "untuk pembeli yang serius dan tidak boleh dirunding."

Rumah terletak di Sleman, pulau Jawa itu dijual pada harga 999 juta rupiah (AS$75,000).

Berita mengenai tawaran itu dengan pantas tersebar di kalangan pengguna internet di negara yang taksub dengan media sosial.

Boldies99, seorang pengguna forum popular Kaskus, berkata Lia sebenarnya "agak bijak walaupun rumah itu akan dijual, dia kekal sebagai pemilik."

Lia berkata, dirinya "terkejut dengan reaksi yang diberikan", apabila dimaklumkan bahawa beliau gembira dengan wartawan yang datang untuk menemuramahnya dan polis di negara yang majoriti umat Islam turut bertanya soalan.

"Polis datang untuk mengesahkan berita itu dan mereka anggap iklan itu tidak sesuai. Tapi saya terangkan bahawa ia bukan idea saya," katanya.

Ibu kepada dua anak itu berkata, beliau meminta seorang kawan yang juga ejen hartanah supaya membantu untuk mencarikan pembeli dan masa yang sama sedang mencari seorang suami tetapi menjangkakan ia hanya dihebahkan kepada sejumlah orang tertentu dan bukannya sebagai iklan online.

"Saya beritahu kawan itu yang juga bekerja sebagai ejen hartanah sekiranya ada orang bujang atau duda yang ingin membeli rumah dan waktu yang sama mencari isteri, mereka boleh beritahu saya kerana saya seorang janda," katanya.

Katanya, hanya terdapat seorang pembeli berpotensi yang datang melihat kediaman itu tetapi enggan memberikan butiran lanjut. - AFP sumber

Kecoh Muslim Solat ketika Liverpool bertemu Rovers


fan sholat

Seorang penyokong fanatik pasukan Liverpool FC mencetuskan kemarahan para netter setelah dia mengepos gambar dua orang Muslim yang sedang solat ketika berlangsungnya  separuh masa pertama sebagai “hal yang memalukan ,”  Huffington Post melaporkan hal ini pada hari Selasa.

Stephen Dodd mengepos gambar dua Muslim yang sedang solat  selama pertandingan separuh masa pertama Liverpool melawan Blackburn Rovers dengan tajuk: “Muslim solat  ketika berlangsungnya  babak pertama dari pertandingan semalam #MEMALUKAN.” #DISGRACE pic.twitter.com/6sl8bZHnAY – Stephen Dodd (stedoddnew) 9 Mac 2015

Tak lama setelah pos itu tersiar , Dodd dikecam sebagai “fanatik” dan “idiot” oleh media sosial.

“Disgrace? Mengapa? Apa yang begitu memalukan? Idiot, “tulis RyanMcTrippy.

Bereaksi terhadap posting itu , salah satu pengguna Twitter menulis: “Bagaimana boleh  memalukan sedikit pun?”

 Sementara itu, beberapa pengguna Twitter menunjukkan fakta bahawa Liverpool memiliki dua pemain Muslim dalam skuad, Emre Can dan Kolo Toure.

Gambar itu diambil  di Stadium Anfield saat The Reds bertemu Blackburn Rovers, minggu  lalu. (Arby/Dz) sumber