Thursday, April 30, 2015

MESIR Sokong Assad Hapuskan Ikhwanul Muslimin

haaretzXIsrael

Akhbar berbahasa ibrani, Haaretz, menyatakan bahawa Presiden Mesir Abdel Fattah Sisi akan selalu mendukung Bashar Al Assad demi menghentikan pergerakan Ikhwanul Muslimin di Syria, meskipun bertentangan dengan keinginan negara-negara Arab di sekitarnya.

Dalam artikel berjudul “Intervensi Iran dalam operasi Arab Saudi di Yaman bukanlah ancaman”yang ditulis oleh Zvi Bar’el menyatakan, “Pada akhirnya Saudi dan Mesir setuju bahawa tidak ada alternatif yang dapat menggantikan Assad kelak di Syria. Sengketa kedua negara terletak pada sistem apa yang akan menggantikan Bashar Al Assad saat ini.”

“Mesir memiliki pandangan bahawa solusi dari perang saudara di Syria melalui cara diplomatik dan Assad mesti menjadi sebagian dari usaha tersebut, sedangkan Saudi dan negara-negara Arab lainnya tidak menginginkan hal tersebut,” ungkap Zvi Bar’el.

Analisi Israel ini menambahkan, “Perselisihan antara Mesir dan Arab Saudi mulai nampak di Yaman, di mana pemerintah Kaherah menentang pembentukan pemerintah reformis di Yaman yang diwakili oleh kelompok Ikhwanul Muslimin, akan tetapi Arab Saudi yakin bahawa kelompok asal Mesir tersebut adalah pihak yang mesti diandalkan untuk memperkuat posisi Presiden Yaman Abed Rabbo Hadi di Yaman.”

Menurutnya koalisi regional Arab memiliki tujuan strategis bersama iaitu menghentikan ancaman Iran di Yaman khususnya dan di kawasan secara umum. “Ini bererti akan menjadikan Syria sasaran berikutnya koalisi Arab untuk menghentikan perang saudara yang telah berlangsung selama bertahun-tahun,” ujarnya. (Rassd/Ram) sumber

NEPAL - Beribu2 Penduduk Merusuh

Polis antirusuhan Nepal menghalang mangsa gempa bumi membuat sekatan

KATHMANDU 29 April - Pasukan polis antirusuhan Nepal dikerah menangani rusuhan oleh beribu-ribu mangsa gempa bumi, yang ter­desak mahu meninggalkan kawasan ben­cana di ibu negara ini ekoran ke­kurangan bekalan makanan dan kebimbangan gempa susulan. Rusuhan itu dipercayai tercetus apabila mangsa yang terselamat menuduh kerajaan gagal memenuhi janji untuk menyediakan kira-kira 250 bas bagi membawa penduduk keluar dari Kathmandu, sekali gus memburukkan lagi ke­adaan di lokasi utama bencana.

Beribu-ribu penduduk yang berkumpul di stesen bas utama bandar berkenaan, dilapor bergelut dengan sepasukan polis antirusuhan yang dikerah bagi mengelak berlaku kejadian yang lebih buruk. Krisis kemanusiaan juga dilapor semakin meruncing di kebanyakan kawasan terpencil apabila penduduk cuba keluar dari lokasi bencana de­ngan menaiki helikopter yang ditugaskan menghantar bantuan. Seramai 5,057 orang disahkan terbunuh di Nepal apabila gempa bumi kuat berukuran 7.9 skala Richter menggegarkan ibu negara tersebut pada Sabtu lalu.

Sementara itu, kerajaan Nepal dilapor mengarahkan pasukan penyelamat antarabangsa agar tidak datang ke lokasi bencana dalam usaha mencari mangsa yang terselamat kerana pihak berkuasa tempatan dan tentera mampu menggalas tugas tersebut. Pengumuman itu disampaikan oleh Pengarah Program Pemba­ngunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Jamie McGoldrick yang menjelaskan, pasukan perubatan dan penyelamat yang sedang dalam perjalanan atau telah berada di Nepal, boleh meneruskan tugas mereka. Tetapi jelas beliau, pasukan bantuan yang masih belum bertolak atau merancang untuk datang ke Nepal perlu membatalkan hasrat mereka.

Dalam perkembangan sama, tentera Nepal berkata, cuaca yang semakin baik dijangka memudahkan lagi operasi menyelamat dan menyalurkan bantuan di kawasan-kawasan terpencil. Jurucakap tentera, Jagdish Po­kharel berkata, operasi bantuan ditingkatkan hari ini bagi mencari lebih ramai mangsa yang terselamat dan memastikan penduduk menerima bantuan yang secukup­nya. “Kami memperluaskan penggunaan sumber tentera bagi membantu banyak kawasan termasuk penggunaan helikopter untuk membawa mangsa yang cedera ke hospital,” katanya. – AFP/REUTERS sumber

Video Gempa di NEPAL

Bas Dua Tingkat Bersalut Emas

Bas dua tingkat bersalut emas dipamerkan di bandar Jinan, wilayah

BEIJING 29 April – Sebuah syarikat barangan kemas China menampilkan idea tersendiri untuk menarik pelanggan apabila menghasilkan sebuah bas dua tingkat yang disalut emas dan dihiasi permata emas di bahagian dalam kenderaan itu, kesemuanya bernilai lebih 4.6 juta yuan (RM2.7 juta).

Portal People’s Daily yang memetik kenyataan jurucakap sya­rikat SJONO, Wang Lin sebagai berkata, idea itu merupakan cara untuk memberi peluang kepada pelanggan bertuah menaiki bas mewah berkenaan yang dihiasi lebih seribu barangan kemas. Malah kata Lin, pembeli bertuah turut diiringi seorang model yang memakai barangan kemas termasuk rantai emas, gelang emas, subang emas dan mahkota yang bernilai lebih 1.9 juta yuan (RM1.1 juta). Jelasnya, pihaknya menganjurkan peraduan gores dan menang kepada pembeli untuk mencuba nasib memenangi subang emas dan beberapa keping emas, selain menaiki bas mewah terbabit yang kini dipamerkan di bandar Jinan, wilayah Shandong.

“Hampir 80 peratus badan bas berkenaan disalut emas tulen dan barangan kemas yang digunakan untuk hiasan dalaman melebihi berat 80 kilogram,” katanya. Kebanyakan emas yang dijual di China mempunyai kualiti 24 karat iaitu 99 peratus emas tulen. Masyarakat Cina mengaitkan emas sebagai tuah yang baik serta lambang kekayaan, dan budaya tersebut masih kekal sehingga ke hari ini. - sumber

PERANCHIS Terus Tindas Agama Islam

Sarah dilarang memasuki kelas kerana memakai skirt labuh dan tudung

REIMS, Perancis 29 April – Seorang remaja Islam dilarang memasuki kelas, gara-gara memakai skirt labuh berwarna hitam dan berpurdah yang dilarang di negara ini yang mengamalkan sistem sekular, mencetuskan bantahan di Perancis. Gadis itu, Sarah, 15, dilarang memasuki kelas sejak awal bulan ini oleh Guru Besarnya kerana brpendapat pakaian skirt panjang itu popular dalam kalangan wanita Islam untuk tujuan menutup aurat di tempat terbuka, yang merupakan satu kesalahan di Perancis.

 “Gadis itu tidak dibenar mema­suki kelas dan diminta datang semula ke sekolah dengan pakaian yang lebih neutral dan bapanya pula tidak mahu gadis tersebut kembali ke sekolah,” kata Pegawai Pendidikan Tempatan, Patrice Dutot. Pelajar itu kerap dilihat menanggalkan tudungnya sebelum memasuki premis sekolah di bandar timur laut Charleville-Mezieres, seperti yang ditetapkan undang-undang, katanya.

Berdasarkan undang-undang 2004 yang dikuatkuasakan di Pe­ran­cis, sebarang tudung, kippa Ya­hudi atau tanda salib besar diharam digunakan dalam institusi pendidikan, namun tanda-tanda ke­agamaan yang tersembunyi dibenarkan. Gadis itu memberitahu akhbar harian Perancis, L’Ardennais bahawa skirt yang dipakainya itu tidak terlalu istimewa dan ia sa­ngat sederhana serta tidak me­ragukan. Tiada tanda agamapun pada pakaian berkenaan. Kisah sedih Sarah menjadi trend di laman sosial Twitter di Perancis dengan hashtag #JePorteMaJupe­CommeJeVeux, yang membawa maksud “Saya memakai skirt kerana saya suka memakainya.” “Jika skirt itu dipakai oleh orang berkulit ‘putih’, ia dianggap gaya hippy, jika skirt itu dipakai orang Islam, ia menjadi salah,” kata seorang pengguna laman sosial di Twitternya. – AFP sumber

YAMAN - Lapangan Terbang Sana'a Rosak Teruk

kepulan asap tebal menyelubungi lapangan terbang Sanaa selepas

ADEN 29 April – Pesawat pejuang tentera pakatan yang diketuai Arab Saudi mengebom lapa­ngan terbang Sanaa di Yemen dan bandar Hodeidah, semalam bagi menghalang pesawat Iran menghantar bekalan senjata kepada pemberontak Houthi, menyebabkan 30 orang terkorban. Naib Presiden Yemen, Khaled Bahah sebelum ini menggesa pemberontak Houthi mematuhi resoulsi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya menghentikan pertempuran di Yemen, yang disifatkan Pertubuhan Palang Merah sebagai malapetaka kemanusiaan.

 Para pegawai di lapangan terbang Sanaa berkata, jet-jet pejuang diketuai Arab Saudi membedil sebuah pesawat awam milik syarikat penerbangan Yemeni Felix Airways dan sebuah lagi pesawat kargo sehingga menyebabkan pesawat itu terbakar. Seorang pegawai penguatkuasa penerbangan awam Yeman berkata, 20 serangan udara dilancarkan ke atas lapangan terbang Sanaa mengakibatkan kedua-dua landasan berlepas dan mendarat rosak menyebabkan usaha menghantar bantuan kemanusiaan ke Yemen menjadi sukar.

Seorang jurucakap tentera perikatan berkata, tentera bersekutu mengebom landasan itu bagi menghalang sebuah pesawat Iran mendarat selepas ia enggan bekerjasama dan juruterbangnya tidak mengendahkan arahan supaya berpatah balik.

Agensi berita Iran, IRNA mengesahkan juruterbang itu tidak mempedulikan amaran yang dikeluarkan jet pejuang Arab Saudi supaya berpatah balik sebelum landasan itu dibom. Menurut agensi berita itu, pesawat tersebut dipercayai membawa bantuan kemanusiaan ke Sanaa. Arab Saudi turut mengisytiharkan ruang udara dan pantai Ye­men sebagai kawasan larangan bagi menghalang penghantaran berkalan senjata kepada pembe­rontak Houthi. – REUTERS sumber

Omar Al-Bashir Menang Lagi, 32 Tahun Pimpin Sudan

Omar-Hassan-al-BashirXRX

Omar Hassan al-Bashir kembali terpilih menjadi presiden Sudan setelah menang besar dalam pilihan raya yang diumumkan hasilnya pada Isnin (27/4). Tahun ini dia sudah memimpin negara itu selama 32 tahun.

Diberitakan Reuters, lelaki berusia 71 tahun ini mendapatkan suara hampir sempurna, iaitu 94.05 peratus suara dalam pilihan raya yang diadakan awal bulan ini. Parti Kongres Nasional (NCP) yang dipimpinnya memenangkan 323 dari 426 kerusi parlimen.

Presiden Komisi Pemilihan Nasional Sudan Mukhtar al-Asim mengatakan dalam sidang media di Khartoum bahawa tingkat kehadiran pemilih hanya 46.4 peratus, di atas perkiraan pengawas dari Uni Afrika iaitu 30-35 peratus.

Pilihan raya Sudan kali ini menghadapi banyak perpecahan dan langkah pembangkang yang memboikot pilihan raya kerana menganggapnya permainan pemerintahan Bashir.

“Pemilih tidak mahu bersusah-payah memilih atau memerhatikannya kerana mereka tidak melihatnya sebagai pilihan raya sebenarnya. Bahkan para pendukung pemerintah tidak mahu buang waktu datang ke pemilihan kerana mereka sudah tahu siapa yang akan menang,” kata Abdelwahab El Effendi, ahli Sudan di Universiti Westminster.

Bashir telah memimpin Sudan sejak tahun 1989 saat dia memimpin kudeta militer tidak berdarah yang menggulingkan Perdana Menteri Sadiq al-Mahdi. Sebelum pilihan raya kali ini, dia telah memenangi tiga pemilihan presiden berturut-turut.

Pemerintahannya dikritik kerana mengekang media, organisasi awam dan politik. Kesatuan Eropah menuduh Sudan gagal mengadakan dialog untuk mengakhiri konflik atau sekadar menciptakan lingkungan yang kondusif untuk pilihan raya.

Namun dalam ucapannya, dia membalas tuduhan tersebut.

“Dengan pilihan raya ini, rakyat Sudan memberi dunia pelajaran etika dan integriti. Kami tidak menerima pengawasan atau dikte dari negara lain. Sudan adalah negara bebas dan kami tidak menerima perintah negara lain,” ujar Bashir, disambut riuh pendukungnya. Menjalani kembali pemerintahannya, Bashir masih menghadapi tentangan yang sama, iaitu pemberontakan.

Sudan menghadapi pemberontakan di wilayah Darfur sejak tahun 2003 dan pemisah terpisah di Blue Nile serta Selatan Kordofan sejak berpisah dengan Sudan Selatan pada 2011. Bashir sendiri didakwa atas jenayah perang oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa kerana genosid dan kekejaman lainnya dalam memberantas pemberontak di Darfur, sebuah tuduhan yang dinafikannya.(rz) sumber

Gambar2 Pameran - Tahanan di Penjara Israel

Sejumlah aktivis Palestin baru saja mengadakan pameran foto-foto dan lukisan yang menggambarkan penderitaan tahanan Palestin selama berada di dalam penjara Zionis Israel.

Pameran yang dibuat dengan tema “agar tidak lupa ketika bebas” di kota Nablus, Palestin, sejak awal minggu ini bertujuan untuk memberitahu dunia bagaimana penyeksaan dan penderitaan yang dialami warga Palestin selama berada di dalam penjara Zionis Israel.

Kelihatan sejumlah pegawai penting Palestin dan pemimpin Gerakan Islam Palestin, Sheikh Raed Salah, juga hadir dalam acara pembukaan tersebut.

Tidak hanya orang awam, bahkan sejumlah anggota parlimen Palestin juga dimasukkan oleh militer penjajah Israel ke dalam penjara mereka. (Aljazeera/Ramha) sumber

pameranXtahananXPalestinaX-Xpembukaan

pameranXtahananXPalestinaX-XmantanXpenghuniXpenjaraXisrael

pameranXtahananXPalestinaX-XbagaimanaXtahananXpalestinaXdiXsiksa

pameranXtahananXPalestinaX-XlukisanXanggotaXparlemenXPalestinaXyangXikutXditahan

pameranXtahananXPalestinaX-XAzizXDweik

pameranXtahananXPalestinaX-XMarwanXBarghushi

pameranXtahananXPalestinaX-XhasilXkerajinanXtanganXmantanXtahananXpalestina

pameranXtahananXPalestinaX-XhasilXkerajinanXtanganXmantanXtahananXpalestinaX1

Wednesday, April 29, 2015

Zionis Akui Gagal Bunuh Komandan Al-Qassam

Untuk pertama kalinya pemerintah Zionis Israel mengakui gagal untuk membunuh Muhammad Deif, komandan Briged Izzuddin al-Qassam, dalam agresi terakhir di Jalur Gaza pada bulan Julai 2014 lalu.

Dalam keterangan Departemen Maklumat Keamanan Israel pada hari Selasa (28/04)  menyatakan, “Pihak militer Zionis Israel tidak berhasil membunuh Mohammed Deif dalam agresi 51 hari ke Jalur Gaza pada tahun lalu.”

“Menurut maklumatyang kami peroleh, Deif kini telah memimpin Al-Qassam,” tanpa memberikan informasi lebih lanjut.

Tercatat dalam invasi militer ke Jalur Gaza pada bulan Julai hingga Ogos tahun 2014 lalu, pesawat Zionis Israel pernah mengebom sebuah bangunan yang disangka menjadi tempat tinggal Mohammed Deif.
Dua anak Mohammed Deif dan isterinya dilaporkan terkorban, dan beberapa orang lainnya cedera dalam serangan udara tersebut.

Mohammed Deif (49 tahun) adalah salah satu sasaran buruan penting penjajah Zionis Israel, dirinya telah melalui beberapa usaha pembunuhan Israel serius dalam beberapa tahun terakhir, salah satunya telah menderita cedera parah. (Anatolia/Ram) sumber

Cuti Umum 6 Mei Sempena Istiadat Pertabalan Sultan Perak

IPOH 29 April - Kerajaan Negeri Perak mengumumkan cuti umum pada 6 Mei bersempena istiadat pertabalan Sultan Nazrin Shah sebagai Sultan Perak XXXV (ke-35). Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir mengumumkan perkara itu selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

"Berhubung upacara pertabalan nanti, hanya akan diumumkan oleh Tan Sri Bendahara (Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jeneral (B) Tan Sri Mohd. Zahidi Zainuddin)," katanya kepada pemberita. Istiadat 'Tabal Adat' pada 6 Mei akan menyaksikan dua perkara utama iaitu pengisytiharan pertabalan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak disusuli dengan pemasyhuran gelaran Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak. Kedua-dua pemasyhuran itu akan dilakukan oleh Mohd Zahidi dengan melaungkan 'Daulat Tuanku' bagi Sultan Nazrin dan 'Daulat' untuk Tuanku Zara Salim sebanyak tiga kali.- BERNAMA -sumber

Dari Mana IS Dapat Senjata?

isis-anbar

Seorang peneliti ketenteraan khas di bidang sumber-sumber senjata di negara konflik mengungkapkan bahawa Afrika Timur adalah akses masuk Negara Islam memperoleh bekalan sejumlah senjata ringan mereka selama ini.

Dalam penelitian ahli senjata yang berasal dari Britain yang tidak mahu disebutkan namanya mengatakan, “Negara Islam memperoleh amunusi senjata ringan mereka berasal dari perudahaan buatan Sudan, Rusia, China dan Iran yang dibuat antara 2012 dan 2014 lalu.”

Selain itu peneliti tersebut mendapati bahawa Negara Islam juga menggunakan senjata yang digunakan sebelumnya dalam perang di Libya dan Afrika Timur dan Balkan, serta sejumlah senjata milik pemerintah Syria yang dijual-belikan melalui pasaran gelap.

Menurutnya hal yang mesti diwaspadai Barat saat ini adalah kemampuan Negara Islam yang terus berkembang dan mampu untuk membuat bahan peledak, roket, rudal dan jenis-jenis senjata lainnya melalui industri manufaktur buatan dalam negeri. (Rassd/Ram) sumber

INDONESIA Langsai Semua Hutang IMF US25 Billion pada 2006

1836

Pernyataan Presiden Joko Widodo (Jokowi)  soal Indonesia masih mempunyai hutang kepada International Monetary Fund (IMF) ditanggapi oleh Senior Residence Representative Indonesia IMF, Benedict Bingham.

 Dalam surat elektroniknya, Benedict mengatakan Indonesia memang sudah bebas dari hutang. Hutang terakhir Indonesia tercatat US$ 2.8 billion, dan sudah dibayar seluruhnya.

“Indonesia sudah tidak punya kewajiban pinjaman lagi ke IMF. Hal tersebut juga sesuai dengan rilis Bank Indonesia soal statistik lutang luar negara pemerintah,” ucap Benedict (29/4).

Hal senada juga diungkapkan Wakil Presiden Jusuf Kalla (JK). JK menegaskan Indonesia tidak memiliki hutang lagi ke IMF. Semua hutang ke lembaga kewangan tersebut sudah dilunaskan pada 2006 saat dirinya menjadi Wakil Presiden di era Presiden SBY.

“Ya memang kalau hutang kita di IMF itu terjadi saat krisis 1998 sebesar US$ 25 billion. Nah itu memang jelas sudah kita lunasi pada 2006, saya sendiri waktu itu sebagai Wakil Presidennya,” ucap JK kepada wartawan, Rabu (29/4).(rz) sumber

Hukuman Mati, Hubungan INDONESIA-AUSTRALIA Keruh


CILICAP (Indonesia): Pihak berkuasa Indonesia hari ini melaksanakan hukuman mati terhadap tujuh pesalah dadah, termasuk dua rakyat Australia oleh skuad penembak khas meskipun mencetuskan kemarahan dan tentangan antarabangsa. Tujuh yang dihukum mati itu termasuk seorang pesalah lelaki tempatan yang menjalani hukuman selepas tengah malam di sebuah penjara yang berciri keselamatan tinggi, demikian lapor MetroTV dan Jakarta Post.

Bagaimanapun, hukuman terhadap seorang lagi pesalah warga Filipina, Mary Jane Veloso, ditangguhkan selepas seseorang disyaki merekrutnya menjadi keldai dadah dengan membawa masuk dadah ke Indonesia. "Keajaiban akhirnya menjelma," kata emak Celia kepada stesen radio Filipina sambil memberitahu dua anak Mary menjerit dan berkata: "Ya, ya mama masih hidup."

 Berbeza keadaannya di Australia apabila terkejut dan marah dengan perintah hukuman mati yang dijatuhi ke atas Andrew Chan dan Myuran Sukumaran yang dikenali sebagai rangkaian geng pengedar heroin dadah "Bali Nine". Pertikaian hukuman ke atas kes dadah berkenaan mencetuskan mendapat kekeruhan hubungan diplomatik antara kerajaan Australia dan Indonesia. Seorang lagi warga asing yang dihukum mati hari ini di Penjara Pulau Nusakambangan, tengah Bali ialah seorang warga Brazil dan empat dari Afrika. - AFP sumber

Gempa NEPAL - Kedudukan Kathmandu Berubah Beberapa Meter

SYDNEY 28 April - Gempa bumi sekuat 7.9 pada skala Richter yang melanda Nepal pada hujung minggu lalu, mengubah kedudukan Kathmandu sebanyak beberapa meter ke arah selatan, namun ketinggian Gunung Everest tidak berubah, ketika jumlah kematian akibat bencana alam itu meningkat melebihi 5,057 orang.
Pakar pergerakan lapisan bumi Universiti Cambridge, James Jackson hari ini berkata, menurut data awal seismologi yang diperoleh menggunakan gelombang bunyi yang bergerak melalui Bumi selepas bencana itu, kedudukan tanah di bawah Kathmandu mungkin berge­rak kira-kira tiga meter ke arah selatan.
Analisis yang dilakukan Jackson sama dengan yang diperoleh ketua Jabatan Sains Fizikal Universiti Ade­laide.
Dalam pada itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ber­kata, sebanyak lapan juta orang mengalami kesan buruk akibat gempa bumi terbabit.
Badan dunia tersebut berkata, 1.4 juta orang memerlukan bantuan makanan walaupun bantuan antarabangsa kini mula tiba di tempat kejadian.
Perdana Menteri Nepal, Sushil Koirala memberi amaran, angka kematian boleh mencecah sehingga 10,000 orang.
Pegawai berkata, setakat ini ang­­ka mangsa yang cedera kepada hampir 8,000 orang.
Gegaran susulan masih melanda Nepal menyebabkan penduduk takut untuk kembali ke rumah mereka malam tadi, malam ketiga sejak gempa bumi berlaku pada hujung minggu lalu.
Bekalan makanan, air, dan elektrik semakin berkurangan dan timbul kebimbangan penularan pe­nyakit berjangkit. – AFP/Reuters
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kathmandu-berubah-tinggi-everest-kekal-1.85653#sthash.n5xj5YsF.dpuf
SYDNEY 28 April - Gempa bumi sekuat 7.9 pada skala Richter yang melanda Nepal pada hujung minggu lalu, mengubah kedudukan Kathmandu sebanyak beberapa meter ke arah selatan, namun ketinggian Gunung Everest tidak berubah, ketika jumlah kematian akibat bencana alam itu meningkat melebihi 5,057 orang. Pakar pergerakan lapisan bumi Universiti Cambridge, James Jackson hari ini berkata, menurut data awal seismologi yang diperoleh menggunakan gelombang bunyi yang bergerak melalui Bumi selepas bencana itu, kedudukan tanah di bawah Kathmandu mungkin berge­rak kira-kira tiga meter ke arah selatan.

Analisis yang dilakukan Jackson sama dengan yang diperoleh ketua Jabatan Sains Fizikal Universiti Ade­laide. SYDNEY 28 April - Gempa bumi sekuat 7.9 pada skala Richter yang melanda Nepal pada hujung minggu lalu, mengubah kedudukan Kathmandu sebanyak beberapa meter ke arah selatan, namun ketinggian Gunung Everest tidak berubah, ketika jumlah kematian akibat bencana alam itu meningkat melebihi 5,057 orang. Pakar pergerakan lapisan bumi Universiti Cambridge, James Jackson hari ini berkata, menurut data awal seismologi yang diperoleh menggunakan gelombang bunyi yang bergerak melalui Bumi selepas bencana itu, kedudukan tanah di bawah Kathmandu mungkin berge­rak kira-kira tiga meter ke arah selatan.

Analisis yang dilakukan Jackson sama dengan yang diperoleh ketua Jabatan Sains Fizikal Universiti Ade­laide. Dalam pada itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ber­kata, sebanyak lapan juta orang mengalami kesan buruk akibat gempa bumi terbabit. Badan dunia tersebut berkata, 1.4 juta orang memerlukan bantuan makanan walaupun bantuan antarabangsa kini mula tiba di tempat kejadian.

Perdana Menteri Nepal, Sushil Koirala memberi amaran, angka kematian boleh mencecah sehingga 10,000 orang. Pegawai berkata, setakat ini ang­­ka mangsa yang cedera kepada hampir 8,000 orang. Gegaran susulan masih melanda Nepal menyebabkan penduduk takut untuk kembali ke rumah mereka malam tadi, malam ketiga sejak gempa bumi berlaku pada hujung minggu lalu. Bekalan makanan, air, dan elektrik semakin berkurangan dan timbul kebimbangan penularan pe­nyakit berjangkit. – AFP/Reuters sumber

Israel Serang 7 Sekolah PBB dalam Perang Gaza lalu

Ban Ki-moon
NEW YORK 28 April – Israel dilapor menyerang sebanyak tujuh buah sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semasa perang Gaza tahun lalu yang membunuh sebanyak 44 penduduk Palestin yang mencari perlindungan di beberapa premis berkenaan. Ban Ki-moon Bagaimanapun, dalam ringkasan tentang laporan inkuiri serangan itu yang didedahkan badan dunia tersebut, kumpulan-kumpulan pejuang Pa­lestin turut didakwa menyembunyikan senjata di bangunan sekolah PBB dan melancarkan serangan daripada beberapa sekolah tersebut yang kosong.

 “Saya kesal tentang hakikat ba­hawa sekurang-kurangnya 44 penduduk Palestin terkorban akibat tindakan Israel dan sekurang-kurangnya 227 lagi cedera di premis PBB yang digunakan sebagai pusat perlindungan kecemasan. “Saya juga kecewa bahawa kumpulan pejuang Palestin mele­takkan sekolah-sekolah PBB dalam bahaya dengan menggunakan premis itu untuk menyembunyikan senjata mereka,’’ kata Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dalam sepucuk surat tentang ringkasan siasatan itu.

Lebih 2,000 penduduk Palestin dengan kebanyakannya orang awam terbunuh dalam konflik Gaza antara Julai dan Ogos lalu, manakala 67 tentera dan enam orang awam Israel di wilayah itu maut akibat bedilan roket serta serangan oleh pergerakan Hamas dan kumpulan pejuang lain. Jurucakap pergerakan Hamas, Sami Abu Zuhri berkata, kumpulan itu akan meneliti laporan PBB dan tidak mempunyai maklumat tentang senjata yang disembunyikan di sekolah-sekolah PBB. – REUTERS sumber

IRAQ - Al-Baghdadi Masih Hidup tapi Cedera Teruk

Baru baru ini tersebar khabar yang mengejutkan dari  media Iran bahawa Khalifah Daulah Islam Al Baghdadi telah gugur yang diakibatkan cedera tulang belakang akibat serangan udara AS.

Berbeza dengan media Iran ,  Kareem Shaheen dari  The Guardian melaporkan. “Sumber terpercaya memberitahu kami bahawa Al Baghdadi masih hidup, tapi masih belum dapat bergerak kerana cedera tulang belakang yang dideritanya dalam serangan udara Mac lalu,” ungkap Shaheen.

Abu Bakr al-Baghdadi, dilaporkan tercedera dalam serangan udara pimpinan AS pada bulan Mac.
Martin Chulov di The Guardian, yang minggu lalu menyampaikan khabar dari serangan udara itu, juga mengatakan sumber-sumbernya mengatakan kepadanya Al Baghdadi masih hidup dan dirawat oleh doktor dari Mosul.

Adapun informasi tentang Al Baghdadi cedera dalam serangan udara pun  tampaknya  masih samar-samar.
Chulov melaporkan bahawa para pegawai AS maupun Irak tidak tahu apakah Al Baghdadi berada dalam salah satu mobil yang ditargetkan dalam serangan udara tersebut. (JL/KH) sumber

Tuesday, April 28, 2015

NEPAL - 2 Rakyat Malaysia Masih Gagal Dikesan

Anifah Aman

KUALA LUMPUR 26 April – Dua rakyat Malaysia yang dipercayai kini terkandas di Nepal masih gagal dikesan selepas berlaku gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 di negara tersebut, semalam. Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, kedua-dua rakyat Malaysia itu me­rupakan adik-beradik wanita dan pi­hak­nya ma­­sih be­lum dapat mengenal pasti lokasi terkini mereka. “Kami tidak pasti apa yang berlaku kepada kedua-dua wanita itu dan tidak mahu membuat sebarang spekulasi berhubung kea­daan mereka. “Malaysia akan terus cuba menghubungi kedua-dua wanita tersebut dan memastikan mereka berada dalam keadaan selamat,” katanya dalam sidang akhbar sempena Sidang Kemuncak ASEAN kali ke-26, di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan identiti kedua-dua wanita itu dan bagaimana mereka berada di sana. Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini menggerakkan operasi untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di negara itu.

Berdasarkan laporan media antarabangsa, lebih 1,800 orang terkorban dalam bencana alam yang berlaku di beberapa kawasan di Nepal, antaranya Kathmandu dan Pokhara. Sementara itu, Anifah mewakili seluruh pemimpin ASEAN berkongsi rasa sedih dan menyam­paikan ucapan takziah kepada semua yang terlibat dalam nahas gempa bumi di Nepal.

“ASEAN berdiri teguh bersama-sama seluruh masyarakat dunia memberikan sokongan kepada keluarga mangsa gempa bumi. Kami juga akan menyalurkan bantuan kemanusiaan bagi meringankan beban yang dihadapi mereka,” ujarnya. -sumber

KAZAKHSTAN - Nursultan Terus Berkuasa

ASTANA: Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev, memenangi pilihan raya untuk penggal baharu pemerintahan negara Asia Tengah itu, menurut Suruhanjaya Pilihanraya Pusat (CEC).

Menurut ketua CEC, Kuandyk Turgankulov, Nazarbayev, 74, yang memerintah negara yang kaya dengan minyak itu sejak 1989, menang 97.7 peratus daripada undi. Bilangan keluar mengundi ialah 95.22 peratus.
Nazarbayev hampir tidak ditentang kerana tiada pemimpin pembangkang utama yang bertanding.
Dua lawan beliau hanyalah seorang pegawai Parti Komunis dan bekas gabenor wilayah.

Nazarbayev sudah melakukan reformasi pasaran dan menarik pelaburan asing berjumlah AS$200 bilion serta menukar negara padang rumput itu kepada ekonomi kedua terbesar di bekas Kesatuan Soviet itu selain pengeluar minyak kedua terbesar selepas Russia.

Nazarbayev, bekas ketua Parti Komunis, memenangi 96 peratus undi pada pilihan raya lalu pada April 2011 - Reuters sumber

PAKISTAN - 37 Maut Akibat Banjir, Ribut



PESHAWAR: Sekurang-kurangnya 37 orang terkorban dan lebih 200 orang cedera akibat banjir dan ribut di barat laut Peshawar, Pakistan.

Menteri Penerangan, Mushtaq Ghani berkata hujan lebat berserta ribut bukan saja mengakibatkan banjir tetapi menyebabkan banyak bangunan runtuh selain pokok tumbang.

Pegawai Pengurusan Bencana Pakistan, Lutfur Rehman berkata ribut yang berkelajuan 75 km/jam itu adalah kejadian yang luar biasa dan ramai penduduk terkejut serta tidak sempat mendapatkan perlindungan.

Semua operasi penerbangan di Lapangan Terbang Peshawar juga telah dihentikan hingga banjir pulih. - AP sumber

Tuesday, April 21, 2015

IRAQ - 90,000 Penduduk Baghdad Larikan Diri

BAGHDAD 20 April- Lebih 90,000 penduduk melarikan diri dalam pertempuran antara tentera pro-kerajaan dan militan Negara Islam (IS) di kawasan Ramadi di wilayah Anbar, lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam.

PBB dalam satu kenyataan berkata, bantuan kemanusiaan dikerah bagi menyediakan bantuan kepada lebih 90,000 penduduk yang melarikan diri di wilayah Anbar.

“Keutamaan kami adalah untuk memberikan bantuan menyelamatkan nyawa kepada penduduk yang melarikan diri dan juga menyampaikan makanan, sumber air, dan penginapan merupakan antara yang penting dalam bantuan tersebut,” ujar penyelaras kemanusiaan untuk PBB di Iraq, Lise Grande.

Kira-kira 2.7 juta penduduk kehilangan tempat tinggal di Iraq sejak awal tahun lalu termasuk hampir separuh juta dari wilayah barat di Anbar. - AFP  sumber

YAMAN - 27 Maut dalam Serangan di Sanaa, Bedilan Paling Dhsyat

SANAA 20 April – Sekurang-kurangnya 27 orang terkorban apabila ibu negara Yamn, Sanaa, digegarkan serangan udara oleh Arab Saudi dan tentera pakatan di sebuah lokasi dipercayai depot senjata kumpulan pemberontak Houthi, hari ini.

Saluran televisyen dikuasai Houthi, Al-Masirah melaporkan, bedilan itu merupakan yang paling dahsyat pernah dilancarkan sekali gus dipercayai memusnahkan ribuan rumah dan kenderaan berhampiran.

“Penduduk juga terpaksa berlindung dan meninggalkan rumah masing-masing,” kata Ketua Pengarang Al-Masirah, Hakim al-Masmari, kepada Al Jazeera.

Pegawai kesihatan memberitahu Al Jazeera, beratus-ratus penduduk turut cedera dalam serangan udara dilancarkan jet-jet tempur dipercayai menyasarkan depot senjata Houthi yang menempatkan peluru berpandu Scud di Faj Attan, barat Sanaa itu. Kesan letupan itu dilapor turut dirasai sehingga enam kilometer daripada sasaran, mengakibatkan tingkap kedai-kedai pecah dan bangunan pejabat berjelaga. Imej bebola api besar serta kepulan asap sejurus letupan juga sempat dirakam.

Seorang penduduk, Adel Mansour berkata, letupan itu merupakan yang paling kuat berlaku sejak kempen memerangi Houthi dilancarkan tiga minggu lalu sehingga mengakibatkan seorang daripada ahli keluarganya pengsan akibat impak yang kuat. “Buat pertama kali, tingkap rumah saya pecah. Anak-anak saya juga ketakutan,” katanya. – AGENSI  sumber

SAUDI Tekad Usir Al-Qaeda dari YAMAN

Saudi Ambassador to the U.S. Adel Al-Jubeir announces Saudi Arabia has carried out air strikes in Yemen against Houthi militias, during a news conference in Washington

“Rejim Arab Saudi bertekad untuk mengusir Al Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP) , mujahidin  dari Yaman dan Saudi mendukung usaha AS dalam perang melawan kelompok Islam radikal,” kata duta Saudi untuk Amerika Syarikat, Rabu.

Berbicara kepada wartawan di Washington , Dubes Saudi Adel Al Jubeir mengatakan bahAwa Operasi Badai Penghancur bertekad untuk menghindari korbanawam dan menambahkan bahwa serangan  militer tersebut sejauh ini memenuhi banyak tujuan.

Arab Saudi memimpin gabungan 10 negara terhadap Syiah Houthi setelah permintaan oleh Presiden Abd Rabbu Mansour Hadi untuk intervensi setelah militan Syiah melancarkan kudeta terhadap pemerintahannya.

“Kempen udara melawan Houthi telah memenuhi banyak tujuan katanya, yang telah menyebabkan lemahnya  milisi Syiah dan pasukan yang setia kepada pemimpin terguling Ali Abdullah Saleh ,” Katanya.

“Iran, telah mempersenjatai Syiah Houthi,” Jubeir mengatakan.

“Kami tidak akan pernah memusuhi Iran,” Jubeir mengatakan kepada wartawan, tetapi dia menyatakan bahawa negara tersebut (Iran) tidak memiliki andil dalam dialog politik di Yaman .

  sumber

SOMALIA - 6 Kakitangan PBB Maut



MOGADISHU: Sekurang-kurangnya enam kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terbunuh apabila bas yang mereka naiki meletup di perkarangan ibu pejabat PBB di Garowe, Somalia, hari ini.
Sumber polis menyatakan letupan itu menyebabkan gegaran kuat dan turut merosakkan beberapa kenderaan dan bangunan sekitarnya.

"Kami telah mengesahkan enam orang kakitangan PBB, termasuk dari negara asing terbunuh dalam letupan ini. Bom itu dipercayai telah dipasang pada bas mini tersebut sebelum diletupkan berhampiran pejabat PBB," katanya. - AFP sumber

LIBYA - Kedutaan SEPANYOL Bergegar

TRIPOLI: Satu letupan bom menggegarkan pekarangan Kedutaan Sepanyol di ibu negara Libya malam tadi namun tiada kecederaan dilaporkan.

Kumpulan Negara Islam (IS) kemudian mengaku bertanggungjawab dalam serangan berkenaan.
"Kumpulan IS merancang dan meledakkan letupan berdekatan dinding pagar Kedutaan Sepanyol di Tripoli yang turut merosakkan beberapa bangunan bersebelahan," lapor agensi berita rasmi tempatan, Issam Naas.
Beberapa laman web yang berkaitan cawangan IS di Libya mengaku bertanggungjawab atas serangan itu menerusi Twitter. - AFP sumber

MESIR - 2 Kanak2, 3 Askar Maut dalam Serangan di Sinai

KAHERAH: Dua kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dalam serangan mortar di Semenanjung Sinai, sempadan Mesir, beberapa jam selepas serangan bom yang mengorbankan tiga askar.
Serangan mortar dilaporkan berlaku di kawasan penempatan di Bandar Sheikh Zuweid di utara Sinai, lewat semalam.

Pasukan perubatan Mesir berkata, dua kanak-kanak lelaki berkenaan terbunuh di tempat kejadian.
Terdahulu, serangan bom di tepi jalan raya terhadap sebuah kenderaan tentera berlaku di Rafah, sempadan Gaza menyebabkan seorang pegawai dan dua anggota tentera maut. - AFP sumber

Friday, April 17, 2015

Zionis Dakwa Punya Teknologi Baru Mengesan Terowong PALESTIN

terowongan gaza

Sumber militer Zionis Israel mengungkapkan bahawa mereka memiliki sistem baru yang dapat mengesan terowong di antara perbatasan Jalur Gaza dan Israel, dan telah terbukti berhasil dalam percubaan mereka beberapa bulan yang lalu.

Seperti dipetik pejabat berita Anatolia dari salah satu akhbar Zionis Israel menyatakan bahawa seorang sumber militer Zionis Israel yang tidak mahu disebutkan namanya mengungkapkan adanya teknologi terbaru untuk mengesan keberadaan terowong di sepanjang perbatasan Jalur Gaza.

Akan tetapi sumber militer Zionis Israel tersebut mengungkapkan bahawa projek tersebut kini terhenti akibat belum adanya alokasi anggaran dari pemerintah Zionis Israel.

Perlu diketahui bahwa Perdana Menteri Benjamin Netanyahu beralasan bahawa invasi militer Zionis Israel pada 7 Juli 2014 lalu adalah bertujuan untuk menghabiskan terowong pejuang Palestin yang menghubungkan Jalur Gaza-Israel.

Sebanyak 2,000 warga Palestina terbunuh, dan lebih dari 11 ribu lainnya cedera dalam agresi yang dilakukan penjajah Israel selama 51 hari. (Rassd/Ram) sumber

MESIR Bakar Buku2 Agama Seperti Zaman Tartar

Mitra AS di mesir

Dr. ‘Aid al-Qarni mengkritik keras apa yang telah dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Mesir yang membakar buku-buku Islam (kitab turats Islami) yang ada di sekolah-sekolah daerah Giza.

Al-Qarni mengatakan, dalam tweet di akaun (Twitter): “Orang-orang liberal di Mesir adalah para pendukung kebebasan seperti yang mereka nyatakan, mereka telah membakar buku-buku Islam di halaman sekolah termasuk di dalamnya terdapat kitab mantan Sheikh Al-Azhar, dan itu persis seperti yang telah dilakukan bangsa Tatar di zaman dulu!”.

Dr Buthaina Abdullah, Pengarah Direktorat Pendidikan di Giza, telah memimpin kempen untuk membakar buku Islam yang merupakan turats Islami di Giza, hal ini mencetuskan reaksi kemarahan di kalangan masyarakat dan aktivis dari laman jejaring sosial, setelah penyebaran gambar pada laman web dan halaman di internet.

Dan dalam gambar yang tersebar di situs jejaring sosial, Pengarah Kementerian Pendidikan Giza bersama dengan pengarah sekolah “fadl hadisah” di Giza,mengumpulkan buku-buku Islam di halaman sekolah kemudian mereka membakar semuanya, dengan alasan bahwa buku-buku tersebut mendorong kekerasan dan terorisme.

Tentu tindakan tersebut menuai protes dan kemarahan masyarakat. Banyak komen muncul di jejaring sosial, salah satu komentar menyebutkan “Gambar ini mirip dengan apa yang telah di lakukan bangsa tatar saat melakukan inkuisisi di abad pertengahan di Eropah”….yang lainnya mengatakan “pembakaran buku hanyalan simbol kebodohan dan kegagalan, dan saya menolak untuk menyebutkan kandungan buku tersebut (mana yang mengajarkan terorisme dan kekerasan), lalu apa beza mereka dengan pendeta Amerika yang membakar salinan al-Qur’an dan membakar kitab khazanah Islami?”

Dan beberapa buku yang telah dibakar, seperti yang ditunjukkan dalam foto: peranan dan status Wanita dalam Peradaban Islam, Peradaban Islam, dan Konsep Pendidikan bagi Pemuda. (Hr/islammemo) sumber

INDONESIA Larang Jualan Arak

gambar merakamkan sebuah restoran di Jakarta mempamerkan iklan

JAKARTA 16 April - Kerajaan Indonesia menguatkuasakan larangan penjualan minuman alkohol di kedai dan pasar raya bermula hari ini, tindakan terbaharu republik itu bagi mengekang gejala meminum arak secara berleluasa, khususnya dalam kalangan umat Islam. Larangan berkenaan melibatkan pengharaman jualan bir dan minuman campuran alkohol, termasuk minuman ringan di semua pasar raya besar, 16,000 pasar raya mini dan 55,000 kedai runcit kecil. Bagaimanapun pihak hotel, restoran dan kelab malam masih dibenarkan menjual minuman tersebut.

Larangan itu menunjukkan usaha kerajaan mengekang pengambilan minuman beralkohol di negara yang majoritinya penduduk Islam, walaupun langkah tersebut mendapat tentangan daripada syarikat arak dan industri pelancongan. Kementerian Perdagangan dalam kenyataannya berkata, tindakan tegas itu perlu ekoran gejala minum arak dalam kalangan individu bawah umur yang semakin berleluasa, selain kandungan alkohol yang boleh menjejaskan tahap kesihatan dan moral.

Pengasas Pergerakan Anti-Alkohol Kebangsaan, Fahira Idris berkata, alkohol diibaratkan sebagai mesin yang boleh membunuh golongan belia. “Anggota sukarelawan kami sering melihat golongan bawah umur membeli alkohol dengan mudah di pasar raya mini,” katanya. – AFP

SATU UMAT : Tahniah kepada Indonesia atas langkah yang sangat bermanfaat ini.

INDONESIA Diminta Jadi Orang Tengah di YAMAN

Sebahagian pelarian Yemen mendarat di Pelabuhan Djibouti selepas

JAKARTA 16 April - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) meminta Indonesia memainkan peranan sebagai orang tengah untuk mengendalikan rundingan berhubung konflik di Yemen, sekali gus mencari jalan menamatkan pertempuran antara pemberontak Syiah Houthi dan tentera bersekutu diketuai Arab Saudi.

 Setiausaha Kabinet Indonesia, Andi Widjajanto berkata, pihaknya menerima pelawaan itu daripada wakil OIC dan mereka mengharapkan Jakarta mampu memberi sumbangan bagi menyelesaikan kemelut di Yemen. “OIC meminta Indonesia membincangkan hal itu pada sidang pemimpin Asia-Afrika pada minggu depan,” kata Andi tanpa mengulas perancangan Jakarta untuk memulakan rundingan tersebut. Indonesia akan menjadi tuan rumah sidang Asia-Afrika, selama lima hari yang akan diadakan di Jakarta dan Bandung bermula Isnin ini, dan berpuluh-puluh pemimpin daripada kedua-dua rantau dijangka menghadiri persidangan itu.

Dalam perkembangan berasingan, wakil keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Yemen, Jamal Benomar meletak jawatan, hari ini selepas kehilangan sokongan daripada negara Teluk terhadap keupayaan beliau menyelesaikan kemelut di negara itu. Satu sumber PBB berkata, Jamal melepaskan jawatan itu dengan rela hati dan seorang diplomat Republik Mauritania, Ismail Ould Cheikh Ahmed yang kini mengetuai misi PBB menangani ancaman penyakit Ebola di Accra dijangka akan menggantikan jawatan beliau.

Negara-negara Teluk mendakwa Jamal ditipu oleh pemberontak Houthi untuk mengadakan rundingan damai, sebaliknya kumpulan pemberontak terbabit melancarkan serangan bagi menguasai lebih banyak kawasan. Pertempuran di Yemen dilapor semakin merebak selepas tentera bersekutu diketuai Arab Saudi melancarkan serangan udara ke atas kedudukan pemberontak Houthi yang menguasai Sanaa sejak tahun lalu. – AFP/REUTERS -sumber

IRAN Cadang kerajaan Perpaduan di YAMAN

NEW YORK 15 April - Kerajaan Iran mencadangkan supaya diwujudkan kerajaan perpaduan di Yemen dan dilaksanakan gencatan senjata di bawah pelan damai yang kemukakan Teheran di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menyelesaikan konflik di negara itu.
Usul berkenaan disuarakan sebelum Majlis Keselamatan PBB meluluskan resolusi mengenakan sekatan senjata ke atas pemberontak Syiah Houthi dan menggesa pemberontak berundur dari kawasan-kawasan yang mereka tawan.
Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif berkata, kuasa dunia perlu menyokong usaha Teheran untuk memulihkan kestabilan politik dan keamanan di Yemen.
“Saya mencadangkan satu perjanjian gencatan senjata diadakan bagi membolehkan semua pihak yang terlibat berbincang, dengan dipantau oleh negara luar,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Amerika Syarikat (AS) menyenarai hitam pemimpin pemberontak Houthi, Abdulmalik al-Houthi dan sekutunya Ahmad Ali yang juga anak kepada bekas Presiden Yemen, Ali Abdullah Saleh.
Jabatan Perbendaharaan AS bertindak membekukan semua aset kedua-dua pemimpin berkenaan, selain melarang rakyat AS berurusan dengan mereka.
PBB turut mengambil langkah sama membekukan aset dan larangan perjalanan ke atas Abdulmalik dan Ahmad kerana keganasan yang dicetuskan oleh pemberontak Houthi dan tindakan mereka menggulingkan kerajaan yang sah.
Sebelum itu, Majlis Keselamatan PBB turut menggesa pemberontak Houthi berundur dari ibu negara, Sanaa dan menuntut Teheran agar mematuhi larangan berkenaan. 
– AFP
Jurucakap kerajaan Arab Saudi, Jeneral Ahmed al-Assiri berkata, resolusi PBB itu menunjukkan dunia menyokong tindakan Riyadh campur tangan di Yemen bagi menangani konflik di negara itu. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/iran-bentuk-kerajaan-perpaduan-di-yemen-8232-1.81323#sthash.OxCTd8FS.dpuf

NEW YORK 15 April - Kerajaan Iran mencadangkan supaya diwujudkan kerajaan perpaduan di Yemen dan dilaksanakan gencatan senjata di bawah pelan damai yang kemukakan Teheran di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menyelesaikan konflik di negara itu.
Usul berkenaan disuarakan sebelum Majlis Keselamatan PBB meluluskan resolusi mengenakan sekatan senjata ke atas pemberontak Syiah Houthi dan menggesa pemberontak berundur dari kawasan-kawasan yang mereka tawan.
Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif berkata, kuasa dunia perlu menyokong usaha Teheran untuk memulihkan kestabilan politik dan keamanan di Yemen.
“Saya mencadangkan satu perjanjian gencatan senjata diadakan bagi membolehkan semua pihak yang terlibat berbincang, dengan dipantau oleh negara luar,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Amerika Syarikat (AS) menyenarai hitam pemimpin pemberontak Houthi, Abdulmalik al-Houthi dan sekutunya Ahmad Ali yang juga anak kepada bekas Presiden Yemen, Ali Abdullah Saleh.
Jabatan Perbendaharaan AS bertindak membekukan semua aset kedua-dua pemimpin berkenaan, selain melarang rakyat AS berurusan dengan mereka.
PBB turut mengambil langkah sama membekukan aset dan larangan perjalanan ke atas Abdulmalik dan Ahmad kerana keganasan yang dicetuskan oleh pemberontak Houthi dan tindakan mereka menggulingkan kerajaan yang sah.
Sebelum itu, Majlis Keselamatan PBB turut menggesa pemberontak Houthi berundur dari ibu negara, Sanaa dan menuntut Teheran agar mematuhi larangan berkenaan. 
– AFP
Jurucakap kerajaan Arab Saudi, Jeneral Ahmed al-Assiri berkata, resolusi PBB itu menunjukkan dunia menyokong tindakan Riyadh campur tangan di Yemen bagi menangani konflik di negara itu. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/iran-bentuk-kerajaan-perpaduan-di-yemen-8232-1.81323#sthash.OxCTd8FS.dpuf
NEW YORK 15 April - Kerajaan Iran mencadangkan supaya diwujudkan kerajaan perpaduan di Yemen dan dilaksanakan gencatan senjata di bawah pelan damai yang kemukakan Teheran di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menyelesaikan konflik di negara itu.
Usul berkenaan disuarakan sebelum Majlis Keselamatan PBB meluluskan resolusi mengenakan sekatan senjata ke atas pemberontak Syiah Houthi dan menggesa pemberontak berundur dari kawasan-kawasan yang mereka tawan.
Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif berkata, kuasa dunia perlu menyokong usaha Teheran untuk memulihkan kestabilan politik dan keamanan di Yemen.
“Saya mencadangkan satu perjanjian gencatan senjata diadakan bagi membolehkan semua pihak yang terlibat berbincang, dengan dipantau oleh negara luar,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Amerika Syarikat (AS) menyenarai hitam pemimpin pemberontak Houthi, Abdulmalik al-Houthi dan sekutunya Ahmad Ali yang juga anak kepada bekas Presiden Yemen, Ali Abdullah Saleh.
Jabatan Perbendaharaan AS bertindak membekukan semua aset kedua-dua pemimpin berkenaan, selain melarang rakyat AS berurusan dengan mereka.
PBB turut mengambil langkah sama membekukan aset dan larangan perjalanan ke atas Abdulmalik dan Ahmad kerana keganasan yang dicetuskan oleh pemberontak Houthi dan tindakan mereka menggulingkan kerajaan yang sah.
Sebelum itu, Majlis Keselamatan PBB turut menggesa pemberontak Houthi berundur dari ibu negara, Sanaa dan menuntut Teheran agar mematuhi larangan berkenaan. 
– AFP
Jurucakap kerajaan Arab Saudi, Jeneral Ahmed al-Assiri berkata, resolusi PBB itu menunjukkan dunia menyokong tindakan Riyadh campur tangan di Yemen bagi menangani konflik di negara itu. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/iran-bentuk-kerajaan-perpaduan-di-yemen-8232-1.81323#sthash.OxCTd8FS.dpuf
 NEW YORK 15 April - Kerajaan Iran mencadangkan supaya diwujudkan kerajaan perpaduan di Yemen dan dilaksanakan gencatan senjata di bawah pelan damai yang kemukakan Teheran di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menyelesaikan konflik di negara itu. Usul berkenaan disuarakan sebelum Majlis Keselamatan PBB meluluskan resolusi mengenakan sekatan senjata ke atas pemberontak Syiah Houthi dan menggesa pemberontak berundur dari kawasan-kawasan yang mereka tawan.

Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif berkata, kuasa dunia perlu menyokong usaha Teheran untuk memulihkan kestabilan politik dan keamanan di Yemen. “Saya mencadangkan satu perjanjian gencatan senjata diadakan bagi membolehkan semua pihak yang terlibat berbincang, dengan dipantau oleh negara luar,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Amerika Syarikat (AS) menyenarai hitam pemimpin pemberontak Houthi, Abdulmalik al-Houthi dan sekutunya Ahmad Ali yang juga anak kepada bekas Presiden Yemen, Ali Abdullah Saleh. Jabatan Perbendaharaan AS bertindak membekukan semua aset kedua-dua pemimpin berkenaan, selain melarang rakyat AS berurusan dengan mereka. PBB turut mengambil langkah sama membekukan aset dan larangan perjalanan ke atas Abdulmalik dan Ahmad kerana keganasan yang dicetuskan oleh pemberontak Houthi dan tindakan mereka menggulingkan kerajaan yang sah.

Sebelum itu, Majlis Keselamatan PBB turut menggesa pemberontak Houthi berundur dari ibu negara, Sanaa dan menuntut Teheran agar mematuhi larangan berkenaan. 
 Jurucakap kerajaan Arab Saudi, Jeneral Ahmed al-Assiri berkata, resolusi PBB itu menunjukkan dunia menyokong tindakan Riyadh campur tangan di Yemen bagi menangani konflik di negara itu. – AFP sumber

Jumlah Kekuatan Tentera Bersekutu di YAMAN, Mengikut Negara

f-16 saudi

22 hari koalisi regional Arab telah melancarkan serangan udara terhadap pemberontak Syiah Houthi dan sekutunya di Yaman sejak 26 Mac lalu.

Selain berhasil menghancurkan pertahanan udara milik pemberontak Syiah Houthi, serangan udara koalisi regional dalam sidang medianya juga mendakwa berhasil memukul mundur milisi Houthi dari kota Aden di selatan Yaman.

Tapi tahukah kita negara mana yang ikut dalam serangan udara dan berapa armada pesawat dan tentera yang persiapkan dan digunakan, berikut datanya seperti disiarkan pejabat berita CNN;

1. Arab Saudi dengan 100 pesawat dan 150 ribu askar.
2. UAE dengan 30 pesawat tempur
3. Qatar dengan 10 pesawat tempur
4. Bahrain, Kuwait, Sudan, Morocco, dan Jordan dengan masing-masing negara sebanyak 15 pesawat.
5.Mesir sejumlah jet tempur dan 4 armada laut
6. Amerika Syarikat memberikan dukungan intelejen dan logistik. (Dostor/Ram) sumber

SATU UMAT : Bijaknya Amerika. Dia beri bekalan dan bantuan agar umat Islam berbunuhan sesama sendiri.

YAMAN - Utusan Khas PBB Letak Jawatan



NEW YORK: Wakil khas keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Yaman, Jamal Benomar meletakkan jawatan, demikian menurut pegawai PBB hari ini.

Peletakan jawatan itu dikaitkan dengan kegagalan Benomar mendapatkan sokongan dari negara Teluk bagi menjalankan misi di negara berkonflik itu.

Benomar, seorang diplomat Maghribi dilantik oleh Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moo sebagai utusan khas untuk Yaman sejak 2012. - AFP sumber

IRAQ - IS Tawan 3 Kampung di Ramadi



BAGHDAD: Kumpulan IS melancarkan serangan di wilayah Anbar di barat Iraq, sekali gus menawan tiga perkampungan berhampiran ibu negeri Ramadi. Serangan itu dilancarkan selepas IS mengalami kekalahan awal bulan ini apabila tentera Iraq menawan semula Tikrit, bandar kelahiran Saddam Hussein.

Pertempuran itu turut mengancam Ramadi yang terletak 115 kilometer ke barat Baghdad. Hampir sedekad lalu, Ramadi adalah antara kubu kuat kumpulan penentang susulan pencerobohan Iraq yang diketuai Amerika Syarikat. Ia kini dikuasai tentera kerajaan walaupun beberapa kumpulan militan menguasai beberapa bahagian lain.

Dalam serangan sebelum fajar itu, anggota IS menawan perkampungan Sjariyah, Albu-Ghanim dan Soufiya yang sebelum ini dikuasai kerajaan. Pertempuran juga berlaku di bahagian sempadan timur Ramadi, kira-kira dua kilometer dari bangunan kerajaan. - AP sumber

Wednesday, April 15, 2015

YAMAN - Puluhan Houthi Serah Diri di Masjid


Houthi fighters holding weapons ride on the back of a patrol truck in Sanaa

Puluhan pemberontak Syiah Houthi dan milisi Ali Abdullah Saleh dilaporkan menyerahkan diri kepada Gerakan Pembebasan Selatan pada hari Isnin (13/04), setelah adanya pengumuman jaminan keselamatan bagi mereka yang terjebak di kota Aden sebelah selatan Yaman.

Seorang sumber Gerakan Pembebasan Selatan mengungkapkan bahawa sebelumnya masjid-masjid di kota mengumumkan jaminan keselamatan bagi para pemberontak Syiah Houthi dan milisi Ali Abdullah Saleh yang bersedia menyerahkan diri kepada pihak berkuasa Yaman.

“Ke 23 pemberontak tersebut menyerahkan diri kepada Imam masjid Abu Dzar al-Ghafari, sebelum akhirnya diserahkan kepada pihak berkuasa Aden,” ujar seorang sumber Gerakan Pembebasan Selatan .

Gerakan Pembebasan Selatan menjelaskan bahawa banyak pemberontak Syiah Houthi dan milisi Ali Abdullah Saleh yang berlindung di dalam banguna-bangunan pemerintah ataupun milik kedutaan asing di kawasan Aden untuk menghindari serangan udara koalisi regional dan gerakan pembebasan Yaman.
Tercatat bahawa pejabat Konsulat Rusia menjadi pusat persembunyian pemberontak Syiah dan milisi Ali Abdullah Saleh yang takut akan serangan udara koalisi regional dan tentera pembebas.

Hingga hari ke 20 setelah dimulainya serangan udara koalisi regional pada 26 Mac lalu, tentera pemerintah dan Gerakan Pembebasan Selatan dilaporkan berhasil mengusir pemberontak Syiah Houthi dan milisi Ali Abdullah Salah dari kota. (Dostor/Ram) sumber

Boko Haram Sudah Culik Lebih 2,000 Wanita



DAKAR/LONDON: Kumpulan Boko Haram menculik lebih 2,000 gadis dan wanita sejak tahun lalu dan menjadikan mereka sebagai tukang masak, hamba seks dan askar selain membunuh mereka yang enggan berbuat demikian, menurut Amnesty International. Laporan 90 muka surat berdasarkan puluhan temubual dengan saksi dan mangsa yang dapat melarikan diri oleh kumpulan hak asasi manusia itu dikeluarkan setahun selepas kumpulan militan itu menculik lebih 220 pelajar perempuan di Chibok, penempatan pedalaman di timur laut Nigeria.

Penculikan itu mencetuskan kemarahan masyarakat antarabangsa tetapi sebahagian besar daripada gadis dan wanita berkenaan masih hilang biarpun negara Barat berikrar untuk mengesan mereka dan Chad berusaha merundingkan pembebasan mereka. Pemimpin Boko Haram, Abubakar Shekau, mendakwa gadis berkenaan sudah "dikahwinkan" dengan pejuangnya.

Laporan Amnesty itu menyatakan Boko Haram sering menculik gadis dan wanita selepas menawan sesebuah pekan dan menahan mereka di rumah atau lokap. Seorang gadis berusia 19 tahun memberitahu Amnesty bagaimana dia diculik pada satu majlis perkahwinan bersama pengantin perempuan dan kakak pengantin lalu ditahan di sebuah kem latihan di Madagali bersama ratusan pejuang wanita.

 "Saya adalah antara gadis yang dilatih untuk menembak. Saya juga dilatih menggunakan bom dan menyerang kampung," katanya yang beberapa kali dirogol secara bergilir-gilir oleh anggota kumpulan militan itu. Boko Haram dipercayai sudah membunuh ribuan mangsa dalam kempen keganasan sejak enam tahun lalu. Namun, tentera Nigeria bersama tentera negara jiran - Chad, Cameroon dan Niger - baru-baru ini berjaya menawan semula wilayah yang dirampas Boko Haram. - Reuters sumber

MESIR dan SAUDI Akan Buat Serangan Darat ke YAMAN?



ADEN: Majlis Keselamatan PBB mengenakan sekatan senjata menyasarkan pemberontak Houthi yang menguasai sebahagian besar Yaman ketika pertempuran di selatan negara itu kian sengit. Mesir menyatakan ia dan Arab Saudi sudah berbincang mengadakan "gerakan ketenteraan" dengan negara Teluk lain susulan perbincangan mengenai kemajuan kempen serangan udara ke atas puak Houthi sejak tiga minggu lalu.

 Kenyataan Pejabat Presiden Mesir itu menunjukkan bahawa anggota pakatan negara Arab itu mungkin melancarkan gerakan di darat susulan serangan udara atau sekurang-kurangnya menunjukkan kekuatan di sempadan.

Beberapa negara Arab mengebom kedudukan puak Houthi dalam usaha membantu pasukan militia yang menahan kemaraan kumpulan itu dan unit tentera yang setia dengan bekas presiden yang digulingkan, Ali Abdullah Saleh. Resolusi Majlis Keselamatan PBB itu juga menuntut puak Houthi berhenti bertempur dan berundur dari kawasan yang ditawan, termasuk ibu negara Sanaa. sumber

Monday, April 13, 2015

IRAQ - 120 Kanak2 Sekolah Diculik IS

Gambar fail merakamkan anggota militan IS  berkawal di sebuah

BAGHDAD 12 April – Kumpulan militan Negara Islam (IS) dilapor menculik hampir 120 kanak-kanak sekolah di daerah selatan dan barat bandar Mosul ketika mereka meneruskan kacau bilau di kawasan-kawasan yang dikuasai mereka di Iraq. Menurut satu sumber tempatan yang tidak mahu dikenali, militan IS menyerbu sekolah-sekolah di kawasan perumahan di al-Qayyarah, al-Shura, Badoush dan al-Baaj di bandar itu yang terletak kira-kira 400 kilometer di utara Baghdad, hari ini sebelum menculik kanak-kanak itu. Kata sumber itu, nasib dan lokasi kanak-kanak sekolah itu masih tidak diketahui, lapor rangkaian televisyen satelit Iraq, al-Sumaria yang dipetik portal Presstv.

Dalam pada itu, pegawai Parti Demokratik Kurdistan (KDP), Saeed Mamouzini berkata, militan IS telah membunuh 21 anggota parti itu yang cedera dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Iraq dengan kesemua mangsa dipercayai ditembak mati dikhalayak awam di Mosul. Menurut laporan semalam, militan IS membunuh lebih 30 orang termasuk wanita dan kanak-kanak di wilayah Anbar, barat Iraq selepas menuduh mereka bekerjasama dengan tentera dan kumpulan bersenjata yang menyokong kerajaan.

Satu sumber keselamatan yang tidak mahu dikenali berkata, sebanyak 33 orang ditawan oleh kumpulan militan itu, kelmarin ketika kumpulan militan itu menawan kawasan Albu Farraj di utara wilayah Ramadi. Menurut sumber itu, kumpulan militan itu dilapor membunuh 15 orang yang dipercayai bekerjasama dengan pasukan keselamatan Iraq dengan 18 orang lagi penduduk Albu Farraj dijatuhi hukuman mati atas faktor yang sama tidak lama kemudian. “Kesemua mangsa ditembak di kepala,’’ tambah sumber itu. sumber

TURKI - Dua Parti Minta Hapuskan Pelajaran Agama di Sekolah

Erdogan-2

Beberapa ahli politik dan pengusaha di Turki menolak tuntutan dan seruan Parti Rakyat Demokrat dan Parti Rakyat Republik yang ingin menghapuskan pelajaran agama di sekolah-sekolah, mereka menyebut dua parti ini berorientasi pada “kemalisme dan ateis.”

Parti Rakyat Republik dan Parti Rakyat Demokrat telah menyerukan pemerintah Turki untuk menghapuskan kelas agama di sekolah-sekolah di mana hal tersebut dianggap bertentangan dengan prinsip-prinsip negara sekular.

Laman web Turki Press menyebutkan bahawa pengusaha Mohamed Ali Alton Dag dari Diyarbakir mengkritik Parti Rakyat Demokrat, dan menyebutnya sebagai parti “Kamalisme dan ateis,” begitu pula Parti Rakyat Republik di mana pada era empat puluhan mereka menyerukan azan dalam bahasa Kurdish.

Dalam konteks terkait, anggota parlimen dari Parti Keadilan dan Pembangunan untuk negara Diyarbakir, Ghalib Ansari Ihsanoglu Partai menyatakan bahawa organisasi tersebut teroris kerana berdasar pada Marxis Leninis sementara Islam merupakan komponen utama dari identiti Kurdish. (Hr/islammemo) sumber

YAMAN - Lebih 500 Pemberontak Houthi Maut Sejak Mac



RIYADH: Lebih 500 pemberontak Yaman terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Arab Saudi di sempadan dua negara berkenaan sejak Riyadh melancarkan serangan udara lewat bulan lalu, Ia adalah laporan korban pertama dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan Arab Saudi sejak negara itu mengetuai serangan udara tentera pakatan bagi memerangi pemberontak Huthi di Yaman pada 26 Mac. - AFP

SAUDI Guna Apache di YAMAN



RIYADH: Pakatan negara Arab yang memerangi pemberontak Huthi di Yaman mengerahkan helikopter tempur selepas serangan merentasi sempadan yang membunuh askar Arab Saudi.

"Kami membalas dengan tembakan artileri, dengan (helikopter) Apache," kata jurucakap pakatan itu, Brigadier Jeneral, Ahmed al-Assiri. Helikopter tempur itu bertindak selepas militan Huthi dari Yaman menyasarkan pos kawalan di sempadan di wilayah Najran di barat laut Arab Saudi kelmarin. Tiga askar Arab Saudi terbunuh dalam serangan mortar puak pemberontak Huthi itu.

 Menurut Kementerian Pertahanan Arab Saudi, lebih 500 pemberontak terbunuh di sempadan kedua-dia negara sejak serangan udara bermula sejak 26 Mac lalu. - AFP sumber

LIBYA - Kedutaan MOROCCO Sasaran Bom IS

TRIPOLI: Sebutir bom meletup di pagar Kedutaan Maghribi di ibu negara Libya awal hari ini, menurut pihak keselamatan. Bagaimanapun, tiada yang dilaporkan cedera dalam serangan bom itu.

Menurut penduduk, pintu pagar dan bangunan kediaman di sebelah kedutaan itu mengalami kerosakan.

Militan yang mengaku setia kepada IS menyatakan melalui twitter bahawa mereka bertanggungjawab terhadap serangan itu. - Reuters sumber

AUSTRALIA - IS Dikatakan Godam Laman Lapangan Terbang

SYDNEY: Laman web satu lapangan terbang Australia ditutup sementara hari ini selepas diambil alih oleh penggodam pro-IS yang menyiarkan mesej menyokong kumpulan militan itu.

Polis menyatakan penggodam menyasarkan hos laman web yang digunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Hobart di Tasmania, bukannya kemudahan itu secara langsung.

"Satu mesej yang diletakkan di laman web itu mengandungi kenyataan menyokong ISIS," menurut polis Tasmania dalam satu kenyataan, menggunakan kependekan lain untuk kumpulan militan itu. Pihak berkuasa menyatakan mesej serupa diletakkan di beberapa laman web di seluruh dunia sejak akhir tahun lalu. - AFP sumber

SYRIA - Pesawat Bom Sekolah di Aleppo, 9 Maut



BEIRUT: Satu serangan udara tentera rejim Syria menyasarkan sebuah sekolah di Aleppo, bandar di tengah negara itu, menyebabkan sekurang-kurangnya lima kanak-kanak dan empat orang awam terbunuh.

Ketua Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Karim, berkata pesawat tentera Syria mengebom sebuah sekolah di timur bandar Aleppo. "Lima kanak-kanak, tiga guru wanita dan seorang lelaki terkorban," katanya.

Katanya, beberapa orang cedera parah dan angka kematian mungkin meningkat. Serangan berlaku sehari selepas tentera kerajaan dan kumpulan penentang berbalas tembakan di bandar utara itu, mengakibatkan sekurang-kurangnya 35 orang awam mati. - AFP sumber

Friday, April 10, 2015

Polis Tebing Barat Adakan Kerjasama dengan ISRAEL

Polis Palestin melakukan rondaan bersenjata pertama kalinya di Jerusalem Rabu (8/4). Mereka melakukan kawalan keamanan di beberapa wilayah Tebing Barat setelah melakukan kesepakatan dengan Zionis-Israel.

Jurucakap Polis Palestin Louy Izriqat mengatakan, 90 petugas telah dikerahkan di Abu Dis, A Ram dan Biddu. Tiga kota tersebut sebelumnya di bawah kekuasaan Zionis-Israel sejak 1993.

Izriqat mengakui negosiasi telah gagal untuk mengamankan kesepakatan abadi. Tetapi mereka memiliki kemajuan kecil dengan memperluas kuasa polis Palestin di beberapa daerah.
Petugas yang berjaga dilengkapi dengan senapang dan pistol. Mereka bertanggung jawab untuk memerangi jenayah.

Militer Zionis-Israel telah mengeluarkan pernyataan bahwa seorang jeneral baru telah bergabung dengan pasukan Zionis di Tebing Barat. Mereka memutuskan untuk membuka pejabat polis di wilayah tersebut untuk mengatasi masalah jenayah serta menjaga ketertiban bagi warga Palestin. Ini  hanya berlaku di Tebing Barat yang dipimpin Mahmoud Abbas, bukan di Jalur Gaza yang dikuasai HAMAS.(rz) sumber

SYRIA - Assad Jatuhkan 8,000 Bom Sejak Januari

bom barel 1

Jaringan Observatorium Syria untuk Hak Asasi Manusia dalam laporan terbarunya pada hari Rabu (08/04) menyatakan sekurang-kurangnya 8 ribu bom dan rudal telah dijatuhkan oleh tentera Bashar Al Assad sejak awal Januari 2015 lalu.

Dalam laporannya Jaringan Observatorium menjelaskan bahawa sebanyak 425 bom barel dijatuhkan tentera Bashar Al Assad di Damsyik, Hama, Daraa, Latakia, Aleppo, Hasaka, Kenitra, Suwaida, Deir ez-Zor, Homs dan Idlib.

Sekurang-kurangnya 1,126 warga awam terbunuh, termasuk 231 kanak-kanak dan 718 laki-laki, serta sekitar 8 ribu warga awam lainnya terluka akibat bom barel yang dijatuhkan tentera pemerintah.

Sementara itu Jaringan Observatorium mencatat sedikitnya 304 pejuang revolusi dari berbagai faksi terbunuh akibat serangan udara tersebut.

Bom barel adalah sebuah bom berbentuk drum, di mana di dalamnya berisi bahan peledak dan projektil logam untuk meningkatkan kekuatan hancur destruktif yang biasa dijatuhkan melalui pesawat dan helikopter tempur pemerintah Syiah Syria.

Perlu diketahui bahwa setiap bom barel diperkirakan mempunyai berat sekitar setengah tan dan boleh menghancurkan wilayah seluas 250 meter persegi. (Dostor/Ram) sumber

BANGLADESH - Bas Masuk Sungai, 24 Maut 22 Cedera

DHAKA: Sekurang-kurangnya 24 terbunuh dan lebih 22 orang lagi cedera apabila sebuah bas penumpang terjunam ke dalam sungai di Faridpur, Bangladesh, hari ini.

Jurucakap polis berkata, bas hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam sungai dengan 15 penumpang terbunuh di tempat kejadian manakala sembilan lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital tempatan.

Bangladesh adalah negara yang mempunyai kadar kematian akibat kemalangan jalan raya tertinggi di dunia disebabkan pembinaan jalan raya yang kurang bermutu, kenderaan tidak diselenggarakan dengan baik, melanggar peraturan lalu lintas dan pemantauan yang lemah oleh pihak berkuasa.

Satu kajian oleh Pusat Penyelidikan Kemalangan, Universiti Teknologi Kejuruteraan Bangladesh menunjukkan 12000 orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Bangladesh setiap tahun. - BERNAMA sumber

IS Bebaskan 227 Etnik Yazidi, 8 Bulan Jadi Tebusan


Militia Kurdis membantu seorang wanita etnik Yazidi yang dibebaskan

BAGHDAD 9 April – Lebih 200 orang penduduk etnik minoriti Yazidi yang kebanyakan mereka warga emas dibebaskan oleh kumpulan militan Negara Islam (IS), hari ini selepas lapan bulan dijadikan tebusan, di utara negara ini.

Menurut pihak berkuasa kumpulan bersenjata Kurdis, Mejar Jeneral Westa Rasul, pihaknya menerima 227 orang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak di Kirkuk, wilayah utara Iraq, semalam. “Kami telah berunding dengan sheikh-sheikh kabilah di Hawijah supaya membebaskan mereka yang diculik,” ujar Westa merujuk kepada militan IS yang menguasai bandar Kirkuk.Kumpulan etnik Yazidi dibebaskan Isnin lalu di wilayah Nineveh, barat laut Kirkuk tetapi mereka tidak dapat meneruskan perjalanan ke wilayah yang dikuasai Kurdis sehingga dua hari lalu.

Pembebasan beramai-beramai penduduk etnik Yazidi yang diculik di Nineveh pada tahun lalu itu adalah kumpulan kedua selepas 200 orang kebanyakan warga emas dibebaskan pada Januari lalu.Kumpulan militan IS melancarkan serangan dan menguasai wilayah yang luas di utara dan barat Baghdad sejak Jun lalu.

Kumpulan militan IS melancarkan gelombang serangan kedua pada Ogos lalu yang menjadikan wilayah di utara yang merupakan kawasan penduduk minoriti Iraq sebagai sasaran. Kumpulan penduduk Yazidi yang dibebaskan itu, semalam kebanyakan mereka terdiri daripada warga emas dan golongan kurang upaya yang dibawa pulang ke bandar Dohuk selepas berhenti rehat di bandar Lalish.

Seorang daripada mangsa itu, Ghazal Khalaf, 25, merupakan wanita kurang upaya yang terpisah dengan anak perempuannya berusia tujuh tahun semasa dijadikan tawanan.“Mereka memberitahu saya supaya tinggalkan anak-anak saya tetapi saya tidak mahu pergi tanpa kedua-dua anak saya,” ujarnya, sambil memangku anak kecilnya berusia dua tahun. Seorang lagi mangsa ialah seorang ibu berusia 35 tahun, Ahlam Qassem yang mempunyai enam orang anak, tetapi kini hanya bersama dengan anak bongsunya. – AFP -sumber

Thursday, April 9, 2015

IRAN Hantar 2 Kapal Perang Dekat YAMAN

Gambar fail bertarikh 9 Mac 2010, menunjukkan kapal perang Iran,

DUBAI 8 April - Iran menghantar dua buah kapal perang ke Teluk Aden, hari ini bagi mengukuhkan kehadiran tentera negara itu di perairan Yemen, ketika tentera Arab Saudi dan negara pakatan melancarkan kempen serangan udara terhadap pemberontak Houthi, yang merupakan sekutu kuat Iran.

Rangkaian televisyen Press TV memetik kenyataan Ketua Turus Tentera Laut Iran, Habibollah Sayyari sebagai berkata, kapal pemusnah Alborz dan kapal sokongan Bushehr belayar dari bandar Abbas bagi melindungi kapal-kapal Iran daripada sera­ngan lanun. Iran mengutuk serangan itu dan menggesa supaya diadakan dialog, sementara Arab Saudi menuduh Iran membekalkan so­kongan ketenteraan kepada pem­berontak Houthi, dakwaan yang dinafikan oleh Teheran.

“Kapal-kapal perang Iran berkenaan akan ditugaskan untuk mengawal perairan Teluk Aden, selatan Yemen dan Laut Merah,” kata Habibollah, sambil menambah kata, perairan ber­kenaan merupakan satu daripada laluan perkapalan utama dunia yang menghubungkan Asia Barat de­ngan Eropah.Menurut laporan, kapal ber­kenaan akan berkawal di laluan ma­ritim berkenaan selama tiga bulan.

Semalam, Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan, sejak 19 Mac lalu konflik politik yang berlaku di Yemen meng­akibatkan lebih 560 orang awam terbunuh, manakala 1,700 lagi ce­dera. – REUTERS sumber

SAUDI Rancang Musnahkan 96 Kampung di YAMAN

RIYADH: Arab Saudi merancang memusnahkan 96 perkampungan padang pasir di sempadannya dengan Yaman bagi mengelak ia digunakan sebagai laluan oleh penduduk negara jiran itu untuk menyusup masuk.

Akhbar tempatan, Al-Hayat, melaporkan sebanyak 10 perkampungan terbabit dimusnahkan sejak Arab Saudi mengetuai kempen serangan udara ke atas pemberontak Syiah Houthi pada 26 Mac lalu. - AFP sumber

AS Bantu Penuh SAUDI dalam Perang YAMAN

RIYADH 8 April – Amerika Sya­rikat (AS) dilapor akan membekalkan maklumat perisikan dan mempercepatkan peng­hantaran bekalan senjata kepada tentera pakatan yang diketuai Arab Saudi bagi me­numpaskan pemberontak Hou­thi di Yemen. Timbalan Setiausaha Negara AS, Tony Blinken memberitahu pemberita di sini semalam, Arab Saudi menghantar ‘mesej yang kuat’ kepada kumpulan pemberontak Houthi dan sekutunya bahawa mereka tidak boleh mentadbir Yemen melalui kekerasan.

“Bagi membantu Arab Saudi dalam usaha itu, kami akan mempercepatkan penghantaran senjata, meningkatkan perkongsian risikan, dan mewujudkan satu sel penyela­rasan perancangan di pusat operasi kami di Arab Saudi,’’ kata Blinken seperti yang dilaporkan portal berita Al Jazeera.

Di Washington, jurucakap Pentagon, Kolonel Steve Warren pula berkata, AS sedang menimbangkan untuk membekalkan senjata kepada sekutunya termasuk mempercepatkan pesanan sedia ada. Kenyataan Blinken dibuat beberapa jam selepas Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) menghantar pasukan perubatan ke Aden, yang pertama selepas situasi kemanusiaan di situ semakin meruncing.

Pertempuran sengit antara pemberontak Houthi dan tentera yang menyokong Presiden Yemen, Abdrabbuh Mansour Hadi di bandar pelabuhan itu telah berlanjutan selama beberapa hari, yang kini tertumpu di daerah Mualla. Sekurang-kurangnya 11 orang maut di Aden, malam tadi dalam pertempuran antara kedua-dua pihak ketika jet pejuang Saudi terus mengebom kedudukan pemberontak Houthi, serangan tentera pakatan terhadap kumpulan itu di Yemen yang masuk minggu ketiga. Sebanyak lapan anggota pemberontak dan tiga askar yang setia dengan Abdrabbuh terbunuh dalam pertempuran di kawasan perumahan Dar Saad, kata sumber.

Pangkalan Udara Al-Anad di utara bandar itu yang menjadi pusat pemantauan utama dalam perang Amerika terhadap militan al-Qaeda pada bulan lalu yang kini dikuasai pemberontak Houthi, turut menjadi sasaran serangan tentera pakatan. Dalam perkembangan ber­a­singan, negara-negara Teluk dan Jordan mahu Majlis Ke­selamatan Pertubuhan Bang­sa-Bangsa Bersatu (PBB) membekukan aset dan mengenakan sekatan perjalanan kepada Ahmed Saleh, bekas ketua Pengawal Republikan elit Yemen yang merupakan anak bekas Pre­siden Yemen, Ali Abdullah Saleh dan Abdulmalik al-Houthi, ketua kumpulan pemberontak Houthi, selain menguatkuasakan sekatan senjata kepada kumpulan pembe­rontak tersebut. – AGENSI/AFP sumber

SYRIA Cuba Pujuk Pejuang PALESTIN

Timbalan Menteri Luar Syria, Faisal Meqdad (tiga dari kanan) mengadakan

DAMSYIK 8 April – Kerajaan Syria cuba meraih sokongan baharu apabila menawarkan bantuan senjata kepada kumpulan Palestin yang berlindung di kem pelarian di negara ini untuk memerangi ancaman militan Negara Islam (IS). Tawaran itu dikemukakan apabila Timbalan Menteri Luar Syria, Faisal Meqdad mengadakan pertemuan dengan delegasi dari Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang diketuai oleh Ahmad Majdalani di Dasmyik.

Menurut Faisal, kerajaan Syria dan PLO mempunyai tekad yang sama untuk memerangi keganasan militan IS yang kini menular di kem pelarian Palestin di negara ini terutamanya di Yarmuk. “Selain itu, kerajaan telah menggunakan segala usaha bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan dan perubatan kepada pelarian Pa­lestin selepas mengeluarkan mereka dari kem Yarmuk dengan selamat. “Pihak berkuasa Syria juga sedia menyokong pejuang Palestin de­ngan cara tertentu termasuk kekuatan tentera bagi mengusir militan IS dari kem terbabit,” jelasnya.

 Mengulas tentang pertemuan dengan Faisal, Ahmad berkata, kedua-dua pihak bersetuju tentang keperluan satu pasukan bersekutu melibatkan pejuang Palestin dan kerajaan Syria. Jelasnya, kerjasama pe­mimpin Syria dan Palestin akan diteruskan bagi memastikan keganasan militan IS dapat dihentikan di Yarmuk. Satu pertemuan membabitkan kumpulan Palestin di Syria berlangsung hari ini bagi membincangkan perkara itu dengan lebih lanjut.

Sebarang persetujuan yang dicapai bakal memulihkan hubungan Damsyik dan kumpulan Palestin di Yarmuk selepas pertempuran sengit yang tercetus di kawasan itu sejak hujung 2012 membabitkan tentera kerajaan dan kumpulan penentang kerajaan yang disokong pejuang Palestin.– AFP sumber

KANADA Sertai Serangan ke atas IS di SYRIA



OTTAWA: Kanada melancarkan serangan udara sulungnya ke atas Syria hari ini sekali gus melebarkan komitmennya dalam membantu tentera bersekutu yang diketuai Amerika Syarikat (AS) memerangi militan Negara Islam (IS).

Jurucakap tentera Kanada berkata, dua pesawat pejuang F-18 dengan kemudahan bom kawalan jauh, menggempur lokasi IS berdekatan bandar Raqqa, sebelum berpatah semula ke pangkalan.
Sebelum ini, serangan tentera udara Kanada hanya terhad di wilayah Iraq sahaja. - AFP sumber