Sunday, May 31, 2015

Usaha Keluarkan Israel dari FIFA Gagal

netanyahu

Jurucakap Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menyatakan bahawa kegagalan Pihak Berkuasa Palestin untuk mengeluarkan Zionis Isael dari keanggotaan Federasi Internasional Sepak Bola “FIFA” adalah kemenangan politik bagi negara Yahudi.

Dalam komentarnya mengenai keputusan FIFA pada hari Jumaat (29/05), PM Benjamin Netanyahu mengatakan, “Saya berterima kasih kepada semua orang yang bekerjasama untuk menggagalkan misi Pihak Berkuasa Palestina di FIFA, terutama usaha Ketuaa Asosiasi Bolasepak Israel, Mr. Ofer Eini, di Swiss.”

Netanyahu menyebut langkah Palestina untuk mengucilkan Israel dari dunia sepak bola adalah bukti provokasi dari  Palestina yang tidak menginginkan jalan damai untuk mengakhiri konflik antara kedua negara yang telah berlangsung sejak awal abad 19 lalu.

“Zionis Israel adalah negara yang tertarik dengan perdamaian dan menjamin keamanan warganya. Akan tetapi ini semua tidak akan tercapai dengan cara paksa dan mendistorsi kebenaran,” ujarnya.

Menurutnya, satu-satunya cara untuk mencapai perdamaian antar Israel-Palestina adalah memulai kembali negosiasi langsung antara kedua pemerintahan. (Akhbarak/Ram) sumber

Bunyi Tromper Sangkakala Hanya Mainan Yahudi

Barack Obama, Michelle Obama, Ali Mustafa Yaqub

Isu suara terompet sangkalala yang terdengar dari langit di beberapa negara Eropah didakwa sengaja disebar untuk membuat resah umat Islam. Suara tersebut sengaja dibuat untuk menciptakan isu yang kemudian hangat dibicarakan di seluruh dunia.

Begitu kata Imam Besar Masjid Istiqlal, Ali Mustafa Yaqub saat dtemui wartawan di Bandara Soekarno-Hatta, Tangerang, Jakarta (Jumat, 29/5).

“Itu tujuannya untuk meresahkan umat. Sekarang itu dia tahu ada keterangan soal terompet, tidak ada itu, itu tujuan untuk mengacau,” katanya. Menurut Mustafa, pengembus isu tersebut adalah kaum zionis yang ingin menciptakan kekecohan di tengah-tengah masyarakat.

“Itu zionis, tertulis dalam protokol nombor 7 (milik mereka),” ungkapnya.

Isu suara terompet sangkakala itu, lanjutnya, mirip dengan wacana pembongkaran makam Nabi Muhammad di Madinah. Rancangan tersebut sempat membuat umat Islam di seluruh dunia bergejolak.

“Di semua wilayah Eropah dan benua-benua lain itu mereka menciptakan konflik dan api permusuhan, termasuk makam Nabi mahu dibongkar,” tegasnya.

Lebih lanjut, Mustafa berharap agar masyarakat tidak terpengaruh dengan isu-isu aneh yang dihembuskan, termasuk soal suara terompet sangkakala ini.  “Tidak usah terpengaruh dengan isu-isu tersebut,” tegasnya.
Bunyi “sangkakala” yang selama ini beredar di youtube diduga kuat merupakan salah satu hasil kerja HAARP, fasiliti rekayara cuaca milik AS yang ada di Gurun Gakona, dekat dengan Kutub Utara. Jadi sama sekali bukan sangkakala menjelang akhir dunia.(rz) sumber

MESIR Larang Iktikaf Ramadhan Selain di Masjid Besar

masjid al azhar

Pemerintah kudeta militer Mesir kembali menetapkan peraturan kontroversial bagi mereka yang ingin beriktikaf pada bulan Ramadhan mendatang, dengan menetapkan beriktikaf hanya boleh dilakukan di masjid besar dan menyerahkan maklumat diri kepada pengurus masjid.

Dalam peraturan yang diterbitkan Kementerian Wakaf pada hari Jumaat (29/05) lalu menyatakan bahawa iktikaf dan solat Jum’at hanya boleh dilakukan di masjid besar. Sedangkan masjid kecil dan musolla hanya digunakan untuk menyelenggarakan solat 5 waktu.

Menteri Wakaf Mesir, Mahlab, menyatakan bahawa ini adalah sesuai apa yang diajarkan dalam sunnah.

Sementara itu professor Hukum Islam di Universiti Al Azhar, Dr Mohamed Gouda, mengatakan bahawa peraturan yang dikeluarkan Mahlab mengenai tempat iktikaf adalah bidaah, “Dan mereka tidak memiliki hak untuk mengatur ibadah dan usaha seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wata’ala,” ujarnya.

Menurutnya larangan I’tikaf di masjid-masjid kecil dan musolla menjadikan rumah ibadah umat Islam sebagai kuburan.

Perlu diketahui bahwa sejak zaman diktator Mubarak hingga Sisi, kecuali era Presiden Mursi, pemerintah Mesir mewajibkan pendaftaran mereka yang akan beriktikaf di bulan Ramadhan, untuk diserahkan kepada badan intelejen daerah setempat. (Rassd/Ram) sumber

Muslim AUSTRALIA Menyumbang untuk Rohinya

asma_wideweb__470x3132-e1298463671891

Aussi Relief, sebuah lembaga sosial dari Australia menyatakan akan menyalurkan bantuan kemanusian dalam jumlah besar kepada seluruh imigran Rohingya yang berada di Aceh. Bantuan itu akan diberikan dalam waktu terdekat. Sementara sumber dana berasal dari sumbangan masyarakat muslim Negara Kanggaru tersebut.

“Ini kunjungan pertama ke Aceh Utara. Tahap awal kami akan melakukan pendataan keperluan para pelarian, selanjutnya kami akan datang kembali dengan bantuan yang lebih besar,” ungkap Thomas Taufik, pekerja Aussi Relief dalam sidang media di Masjid Baiturrahman, Lhokseumawe.

Bersama rakan sepasukannya Fuad Barhum dan pengurus Aussi Relief Indonesia, Thomas menjelaskan, kedatangan mereka ke Aceh Utara tidak semata-mata memberikan bantuan, tetapi juga membawa misi kemanusian yang lebih besar yakni untuk meyakinkan pemerintah Australia untuk menerima Imigran Rohingya yang ingin mencari suaka ke sana.  sumber

SAUDI - Masjid Syiah Diserang, 4 Maut

seorang penduduk Arab Saudi memeriksa mayat seorang lelaki yang

RIYADH 29 Mei – Empat orang terkorban selepas sebuah kereta yang disarat dengan bahan peledak meletup di luar sebuah masjid pengikut Syiah, di sini hari ini dalam serangan yang disifatkan oleh pihak berkuasa sebagai tindakan `bodoh’.

Agensi berita Arab Saudi memetik kenyataan jurucakap Kementerian Dalam sebagai berkata, pihak berkuasa berjaya menggagalkan serangan pengganas yang menjadikan orang awam sebagai sasaran ketika sedang berlangsungnya solat Jummat di Masjid Al-Anoud dekat Dammam. Katanya, letupan berlaku sejurus selepas pengawal keselamatan menghampiri kereta yang sedang dipandu menuju ke kawasan tempat letak kereta.

“Kenderaan meletup ketika pengawal keselamatan cuba menghampiri kereta berkenaan, empat terkorban dalam kejadian itu termasuk pemandu kereta tersebut.“Siasatan sedang giat dijalankan bagi mengetahui motif sebenar kejadian dan siapa yang bertanggungjawab,” jelas jurucakap tersebut.

Saksi kejadian, Nassima al-Sada berkata, kenderaan yang dipandu penyerang berani mati itu meletup selepas pasukan keselamatan cuba menghalangnya daripada memasuki kawasan yang dikhaskan untuk kaum wanita di masjid berkenaan. Dalam perkembangan lain, kumpulan militan Negara Islam (IS) mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan itu – AFP/REUTERS sumber

FILIPINA - 15 Cedera, Masjid Jolo Diserang

gambar merakamkan seorang mangsa yang cedera dalam letupan bom

JOLO, Filipina 30 Mei. – Seramai 15 orang termasuk 10 orang anggota polis cedera dalam satu serangan di sebuah masjid di kawasan terpencil di kepulauan Jolo, selatan Filipina yang dipercayai dilakukan kumpulan militan Abu Sayyaf, semalam.

Menurut pihak berkuasa tempatan, serangan itu dengan serangan bom tangan ke atas masjid berkenaan diikuti dengan serangan bom yang disasarkan kepada pegawai polis yang membuat pemeriksaan di kawasan tersebut.

“Letupan pertama dibuat sebagai tindak balas kepada kumpulan sasaran,” ujar Ketua Polis wilayah Jolo, Supritenden Abraham Orbita. Tiga orang awam cedera dalam letupan pertama, manakala 10 pegawai polis cedera dalam letupan seterusnya yang diletupkan kurang 10 minit daripada letupan pertama.

Bagaimanapun tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan serangan tersebut. Pulau tersebut merupakan kubu kuat kumpulan militan Abu Sayyaf, sebuah kumpulan kecil militan yang ditubuhkan pada 1990.  sumber

YAMAN - Presiden Sudah Tidak Punya Tempat

ABU DHABI 30 Mei –Presiden Yemen yang hidup dalam buangan, Abdrabbuh Mansour Hadi didakwa tidak lagi mempunyai tempat dalam politik negara itu, kata bekas Presiden negara itu, semalam.

Dalam satu temubual dengan televisyen al Mayadeen, Ali Abdullah Saleh berkata, hubungan Hadi dengan politik Yemen berakhir apabila kumpulan pemberontak Houthi menguasai ibu negara Sanaa, mendorong Abdrabbuh melarikan diri.

"Kedudukan beliau (Abdrabbuh) sebagai Presiden berakhir sepenuhnya apabila beliau (Abdrabbuh) melarikan diri ke Sanaa dan Aden sebelum beliau melarikan diri ke Riyadh,’’ kata Ali. Abdrabbuh melarikan diri dari Sanaa pada Mac lalu berikutan penguasaan pemberontak Houthi yang mendapat sokongan Iran ke atas ibu negara Yemen itu sejak September lalu sebelum meningkatkan kemaraannya di tengah dan selatan Yemen.

Tindakan pembe­rontak Houthi itu mendorong kempen serangan udara diketuai Arab Saudi dalam usaha mengembalikan kuasa Abdrabbuh, manakala tentera yang setia kepada Ali berjuang bersama pemberontak Houthi. Ali dalam pada itu berkata, pihak-pihak yang menghadiri rundingan di Riyadh melakukan pengkhianatan kerana mereka bersetuju membenarkan Arab Saudi melancarkan serangan ke atas Yemen.

"Mereka yang menghadiri persidangan di Riyadh telah menghina diri sendiri, untuk tidak kembali ke Yemen ketika mereka merestui serangan,’’ kata Ali merujuk kepada rundingan di Riyadh antara puak-puak di Yemen awal bulan ini yang dipulaukan pemberontak Houthi. Riyadh menganjurkan rundingan antara puak-puak di Yemen awal bulan ini yang dipulaukan pemberontak Houthi. Ali berkata, beliau tidak dijemput untuk mengambil bahagian dalam rundingan terbaharu yang berlangsung di Oman dan dihadiri kumpulan Houthi."Kami adalah yang tera­khir tahu tentang (rundingan di) Oman. Ansarullah (Houthi) tidak memaklumkan kepada kami mengenainya,’’ tambahnya.

Oman, yang merupakan jiran Yemen, merupakan satu-satunya negara Teluk dalam kalangan enam negara anggota yang membentuk Majlis Kerjasama Teluk yang tidak menyertai kempen ketenteraan di Yemen yang diketuai Arab Saudi. Ali mendakwa rundingan di Oman juga adalah lakonan AS dan Iran. “Saya sangat pasti AS dan Iran mahu Oman mengadakan run­dingan itu antara Houthi dan Arab Saudi,” katanya. sumber

MYANMAR Tahan Pemilik Bot Bawa Pelarian



Pihak berkuasa Myanmar tahan seorang warga Thailand yang juga pemilik sebuah bot penuh sesak dengan 200 pelarian, lapor media tempatan hari ini. Akhbar Global New Light of Myanmar melaporkan, lelaki berusia 53 tahun itu ditahan dekat sini dan ia hasil pertukaran maklumat dengan polis Thailand.

Lelaki itu dikatakan beroperasi dengan menyamar menggunakan beberapa nama Myanmar sedangkan nama Thailand dia adalah Naingnutpatunsantun, berasal dari wilayah Ranong, Thailand. "Dia dikatakan menghubungi kumpulan pemerdagangan manusia di Bangladesh dan menyeludup masuk mereka ke Thailand dan Malaysia," kata laporan itu. Bagaimanapun, laporan itu tidak mendedahkan bila dia ditahan dan apakah dakwaan yang bakal dikenakan terhadapnya.

Awal bulan ini, tentera laut Myanmar menemui lebih daripada 200 lelaki yang tidak berbaju di dalam kapal kayu yang didaftarkan sebagai kapal nelayan. Ia adalah usaha menyelamat pertama oleh tentera laut Myanmar sejak berdepan tekanan agar menyelamatkan etnik Islam Rohingya daripada kawasan perairan mereka selepas Thailand berjaya membongkar sindiket penyeludupan di wilayah selatan negara itu. - AFP sumber

Saturday, May 30, 2015

Rohinya, TURKI Sanggup Keluar Duit untuk MALAYSIA

turki armw

Menteri Luar Negeri Turki, Mevlut Cavusoglo, menyatakan bahawa negaranya  bersedia memberikan bantuan moral dan material kepada pemerintah Indonesia dan Malaysia, jika bersedia membangun tempat pelarian bagi pelarian Rohingya.

Pernyataan ini dilontarkan Menteri Luar Mevlut Cavusoglo setelah bertemu Menteri Luar Indonesia dan Malaysia, pasca berakhirnya KTT Dewan Menteri Luar Negeri OKI di Kuwait pada hari Khamis (28/05) lalu.

Dalam pernyataannya kepada wartawan, Mevlut Cavusoglo mengutarakan bahawa negaranya sanggup mendanai kehidupan Muslim Rohingya di Indonesia dan Malaysia, setelah diusir pemerintah Myanmar dan terombang-ambing dilaut selama 3 bulan.

Sementara itu menanggapi konflik di Yaman, Mevlut Cavusoglo menyatakan apresiasi negaranya atas forum OKI, dan mendukung forum tersebut untuk segera dapat menyelesaikan konflik di Yaman melalui dialog yang komprehensif. (Rassd/Ram) sumber

INDONESIA - Kos Naik Haji Turun RM1800



JAKARTA: Kerajaan Indonesia mengumumkan penurunan kos biaya ibadah haji bagi tahun ini sebanyak AS$502 (RM1,800). Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo, berkata berikutan penurunan itu, kos untuk menunaikan ibadah haji tahun ini adalah sebanyak AS$2,717 (RM9,500) sahaja berbanding AS$3,219 (RM11,267) pada tahun lepas.

Beliau dipetik media tempatan sebagai berkata penurunan kos itu disebabkan kajian semula dan pemotongan kos operasi. "Kita telah berhasil dan besaran biaya penyelenggaraan haji 2015 mengalami penurunan signifikan dibanding tahun lalu," katanya. Jokowi telah menandatangani Peraturan Presiden mengenai Pembiayaan Haji 2015 untuk dilaksanakan oleh Kementerian Agama republik itu. Katanya penurunan kos itu juga disebabkan kejayaan langkah penjimatan, kecekapan penerbangan dan pengangkutan darat serta penempatan jemaah haji di Makkah.

Sementara itu, Menteri Agama Lukman Hakim Saifuddin dipetik sebagai berkata kuota jemaah haji republik itu pada tahun ini adalah 168,800 orang. Katanya walaupun kos biaya ibadah haji itu diturunkan, pihaknya akan terus meningkatkan perkhidmatan untuk jemaah haji bagi keselesaan mereka di Tanah Suci. Beliau berkata antara peningkatan kemudahan itu termasuklah jemaah akan diberi makan sekali setiap hari bagi tempoh 15 hari di Makkah.

Lukman berkata selain itu, semua jemaah haji dari Indonesia berpeluang mendarat terus di Madinah berbanding sebelumnya terpaksa menaiki pengangkutan darat ke Madinah dari lapangan terbang di Jeddah. Penerbangan pertama berlepas ke tanah suci dari negara ini dijadual pada 21 Ogos manakala penerbangan pertama balik ke tanah air dijadual pada 28 September. - BERNAMA  sumber

IRAQ - Bom Kereta, 5 Maut



BAGHDAD: Sekurang-kurangnya lima maut dalam letupan bom kereta di tempat letak kenderaan di dua hotel berprofil tinggi Baghdad, hari ini yang pernah diserang di sasaran sama lima tahun sebelum ini. Polis berkata, letupan berlaku sebelum tengah malam waktu tempatan dan letupan kedengaran di seluruh pusat bandar raya.

Menurut polis dan sumber Kementerian Dalam Negeri, sekurang-kurangnya 13 orang turut cedera dalam kejadian itu. Salah satu bom meletup di Ishtar, menyebabkan tingkap pecah di hotel yang baru diubah suai, selain mengakibatkan satu barisan kereta dan SUV rosak teruk terkena serpihan besi. Orang ramai yang panik lari keluar dari hotel sebaik letupan berlaku dengan sesetengahnya bergegas menyelamatkan mangsa serta mengalihkan kenderaan.

Hotel Ishtar adalah tempat popular untuk majlis keraian, perkahwinan dan kawasan itu turut menempatkan sebuah kelab manakala Hotel Palestine sering dibanjiri pengunjung pada malam Khamis. Satu lagi letupan berlaku di tempat letak kenderaan di Hotel Babylon hotel, satu tempat kunjungan popular dan baru diubah suai, hotel yang menghadap Sungai Tigris di kejiranan Jadriya. Polis berkata, pengawal keselamatan bagaimanapun berjaya menemui satu bom kereta di Hotel Babylon sebelum dimatikan. - AFP  sumber

YAMAN - 40 Penentang Maut



ADEN: Serangan udara pakatan negara Arab ke atas pemberontak Houthi di Aden dan pertempuran di darat semalam menyebabkan sekurang-kurangnya 40 anggota militan itu terbunuh, menurut timbalan gabenor bandar itu.

Penduduk Aden melaporkan serangan udara tanpa henti ke atas pemberontak dan pasukan tentera yang setia dengan bekas presiden di seluruh bandar itu.

Serangan udara yang diketuai Arab Saudi ke atas pasukan tentera yang setia kepada bekas Presiden, Ali Abdullah Saleh bermula pada 26 Mac dalam usaha mengembalikan kuasa Presiden Abedrabbo Mansour Hadi yang mendapat sokongan PBB. "Tentera pakatan melancarkan serangan ke atas pemberontak di Aden...," menurut Timbalan Gabenor, Naef al-Bakri. Bakri tidak memberikan butiran operasi itu tetapi berkata pesawat perang memusnahkan beberapa kenderaan pemberontak dan pos kawalan di utara dan timur laut Aden. "Sekurang-kurangnya 40 pemberontak terbunuh manakala berpuluh lagi cedera," katanya. - AFP  sumber

Thursday, May 28, 2015

MYANMAR : Sami Teroris Buddha Buat Demonstrasi Jalanan

biksu
Wajah-wajah sami Buddha teroris.

Tiga ratus orang turut serta dalam demonstasi di jalanan Yangon, Myanmar, Rabu (27/5). Mereka mengkritik pandangan dunia tentang pemerintah Myanmar dalam memperlakukan Muslim Rohingya.

Demo tersebut dipimpin oleh sekitar 30 sami Buddha teroris. Mereka berteriak melawan pendirian PBB dan media barat. Mereka menyebutnya tidak adil kerana menyalahkan Myanmar dalam krisis manusia perahu.

 Demonstran juga membawa sepanduk bertuliskan migran, maksudnya Muslim Rohingya, adalah teroris dan haiwan buas.

”Jika komuniti antarabangsa mendesak pemerintah Myanmar untuk menerima manusia perahu dari Bangladesh, maka kami mendesak pemerintah untuk menolaknya keras,” kata pemimpin protes, Thar War dari organisasi nasionalis, Habyelsaw Tadaban.

Penunjuk perasaan ini mendesak pemerintah Myanmar memanfaatkan pertemuan di Bangkok, Thailand untuk menolak memberikan hak lebih baik pada Rohingya.

”Orang-orang Bengali tidak menghormati Buddha sehingga mereka bukan warga Myanmar, sesederhana itu,” kata sami dari organisasi sayap kanan Buddham Ma Ba Tha, Thu Dammyra.(rz) sumber

SATU UMAT : Apabila penganut agama lain berada di bawah pemerintahan umat Islam, umumnya mereka selamat sejahtera. Tetapi apabila penganut agama Islam berada di bawah pemerintahan penganut agama lain, umumnya umat Islam akan ditindas.

Hawa Panas di INDIA Korbankan 1,100 Jiwa

HYDERABAD,India 27 Mei – Lebih 1,100 orang dilaporkan meninggal dunia sepanjang minggu ini berikutan fenomena gelombang haba melampau dan pakar kaji cuaca memberi amaran cuaca panas melampau akan berterusan sehingga minggu depan. Selatan negara ini merupakan kawasan paling teruk terjejas berikutan keadaan kering dan kebanyakan mangsa adalah pekerja pembinaan, warga emas atau golongan gelandangan yang tidak mempedulikan amaran supaya berada di dalam rumah.

Di New Delhi, keadaan jalan raya yang berturap menjadi cair berikutan cuaca panas melampau dan pakar berkata, keadaan berterusan sehingga minggu depan. Pengarah Jabatan Meteorologi, Brahma Prakash Yadav berkata, suhu paling tinggi dicatat di bandar ini ialah pada 45 darjah Celsius.

“Suhu maksimum tidak akan menurun sehingga hujan dijangka turun pada 2 Jun ini kerana terdapat tanda-tanda hujan akan turun,” ujarnya.

 Pihak berkuasa menasihati penduduk supaya kekal berada di dalam rumah dan mengambil minuman dalam kuantiti yang banyak. Pihak berkuasa negeri Andra Pradesh di selatan negara ini yang paling terjejas berkata, kira-kira 900 meninggal dunia sejak 18 Mei lalu dan menggesa supaya ditubuhkan pasukan bantuan bagi mengedarkan air kepada penduduk.

Di negeri Telangana, suhu mencecah sehingga 48 darjah Celsius menyebabkan lebih 200 orang meninggal dunia pada minggu lalu. Di negeri Orissa di barat negara ini, pula seramai 11 orang meninggal dunia akibat cuaca panas melampau manakala 13 orang lagi terkorban di Bengal. – AFP -  sumber

MYANMAR Sembunyikan Pelarian Rohinya

YANGON 26 Mei - Pihak berkuasa Myanmar dipercayai menyembunyikan pelarian etnik Islam Rohingya yang diselamatkan bersama-sama beratus-ratus pendatang Bangladesh pada minggu lalu. Portal Burma Times yang memetik kenyataan sumber yang ditemui di Hashurata, selatan Maungdaw melaporkan tentera laut Myanmar menyelamatkan kira-kira 300 pendatang asing di laut dan membawa mereka ke darat ke tempat yang tidak diketahui dalam kejadian pada Jumaat lalu.

Jelas sumber itu, pada masa tersebut, pegawai perisikan dan jabatan imigresen mengiringi ke­semua pendatang itu ke sebuah sekolah agama untuk penganut Islam di kawasan yang sama bagi menjalani sesi siasatan.

 “Kemudian mereka memasukkan kira-kira 70 lelaki dan 30 wanita, dipercayai etnik Rohingya ke dalam beberapa trak dan beredar dari situ. “Selepas itu, kerajaan mengumumkan seramai 208 pendatang dari Bangladesh diselamatkan dari sebuah bot, tetapi tidak melaporkan tentang nasib kira-kira 100 etnik Rohingya yang diasingkan sebelumnya,” kata sumber tersebut.

Kerajaan Myanmar mendakwa kesemua orang hanyut yang diselamatkan merupakan rakyat Bangladesh yang menyamar sebagai etnik Rohingya untuk mendapatkan bantuan antarabangsa. Dalam pada itu, sumber yang sama menjelaskan terdapat etnik Rohingya dalam kalangan pendatang yang ditahan mengaku datang dari kawasan Chittagong, Bangladesh bagi menyelamatkan diri daripada dikenakan tindakan oleh kerajaan Myanmar. Malah ada penduduk tempatan mendakwa pihak tentera menyelamatkan sebuah lagi kapal kecil pada hari yang sama, tetapi mengiringi bot berkenaan ke lokasi yang tidak diketahui. Bagaimanapun dakwaan tersebut tidak dapat disahkan. -  sumber

YAMAN - Pelabuhan Tentera Terbesar Dibom

Seorang pegawai perubatan merawat penduduk yang cedera akibat

KAHERAH 27 Mei – Jet pejuang dan kapal perang tentera perikatan diketuai Arab Saudi, hari ini mengebom pelabuhan tentera terbesar Yemen di bandar Hodaida di Laut Merah, mengakibatkan kerosakan teruk ke atas kemudahan di pelabuhan itu termasuk dua kapal perang musnah. Satu daripada kapal itu yang diberi nama Bilqis musnah dan tenggelam, manakala lima bot bersenjata mengebom bangunan pentadbiran di pangkalan itu, kata pegawai tempatan ketika dihubungi dari sini. Bandar dan pangkalan tentera di bandar itu dilapor dikuasai pemberontak Houthi.

Dalam perkembangan berasingan, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon meminta utusan khasnya ke Yemen supaya menangguh rundingan damai Geneva yang dijadual diadakan pada 28 Mei ini. “Setiausaha Agung agak kecewa kerana agak mustahil untuk melaksanakan sebarang inisiatif penting pada waktu terdekat ini dan mengulangi permintaannya kepada semua pihak supaya menyertai rundingan anjuran PBB tanpa menetapkan sebarang syarat,’’ kata jurucakap PBB, Stephane Dujarric. – REUTERS  sumber

Tentera Udara SYRIA Bunuh 140 ISIS



BEIRUT: Tentera udara Syria membunuh sekurang-kurangnya 140 anggota kumpulan Negara Islam (IS) dalam serangan udara ke atas pangkalan ketenteraan dikuasai mereka di utara negara berkenaan, menurut agensi berita SANA, hari ini.

Sumber pihak tentera berkata, serangan itu di pangkalan udara Tabqa di wilayah Raqqa turut mencederakan beberapa dozen pejuang IS.

IS merampas pangkalan berkenaan, Ogos tahun lalu selepas pertempuran besar dan membunuh ramai anggota tentera. - Reuters sumber

Tuesday, May 26, 2015

HAMAS : Pemerintah MESIR dan Israel Adalah Sama


Hamas pejuang utama

Gerakan Pejuang Islam Palestin, Hamas, menyebut kurangnya perhatian kehakiman Mesir atas gugatan yang menuntut Israel sebagai negara teroris, membuktikan bahawa pemerintah Kaherah adalah sebagian dari penjajah Palestin.

Seperti yang disiarkan pejabat berita Anatollia dalam pernyataan rasmi Hamas menyatakan, “Keengganan Kehakiman Kaherah untuk menindak lanjuti tuntutan Zionis Israel sebagai negara teroris adalah bukti pemerintahan saat ini adalah sebahagian dari mereka, dan bertentangan dengan hati nurani rakyat Mesir.”

Hamas menekankan bahawa tidak perlu keputusan pengadilan Mesir atau yang lain untuk mengecap Israel sebagai bangsa teroris. Menurut Hamas, jenayah Israel yang terjadi di depan media serta di hadapan mata dan telinga kita membuktikan bahawa mereka kini menguasai media dan dunia.

Isnin 25 Mei 2015, pengadilan mendesak Mesir memutuskan untuk tidak meneruskan tuntutan undang-undang yang meminta pemerintah memasukkan Zionis Israel dalam organisasi teroris, kerana dianggap kurangnya bukti dan fakta yang diajukan.

Ini adalah keputusan kontroversial kedua yang dikeluarkan, setelah pada 28 Februari lalu pengadilan yang sama memvonis Hamas sebagai organisasi teroris di Mesir. (Rassd/Ram) sumber

Assad Mungkin Setuju SYRIA Dibelah Dua

assad45

Seorang sumber politik yang dekat dengan pemerintah Damsyik mengatakan bahawa pembahagian Syria menjadi 2 negara adalah suatu hal yang mungkin jadi kenyataan, di tenga-tengahh terdesaknya pasukan Bashar Al Assad di Syria.

Sumber tersebut melanjutkan, “Pasukan pemerintah kini lebih bersifat defensif untuk menjaga penjaga dan melindungi daerah yang dikendalikan, paska kegagalan pasukan Assad dan milisi Syiah Iran untuk merebut di Daraa dan Aleppo.”

“Mungkin saja Assad menginginkan wilayah pinggiran pantai Syria beserta kota Homs dan Hama, serta Syria Tengah dengan ibukota Damsyik, dan akan membiarkan wilayah utara, timur dan selatan di negara tersebut dikuasai oleh kelompok ekstrimis,” ujar sumber tersebut.

Senada dengan ahli politik Syria, seorang peneliti Barat menyatakan bahawa Assad mungkin menemukan dirinya untuk cukup memperkuat kawalan atas wilayah yang membentang dari Damsyik hingga ke pantai Syria di sebelah barat, di mana Assad memiliki pengaruh yang kuat.

Menurutnya setelah meletusnya revolusi di Syria pada 4 tahun lalu, negara ini telah dibagi menjadi 4 bahagian dengan Negara Islam menguasai antara 10 sampai 15 peratus wilayah Syria, pasukan pemerintah mengendalikan antara 50 sampai 60 peratus wilayah, Front dan faksi penentang mengendalikan 20 sampai 25 peratus, dan Kurdistan Syria antara 5 sampai 10 peratus wilayah. (Alarabiya/Ram) sumber

Al-Azhar Seru Dunia Halang IS

Kumpulan militan IS mengibarkan bendera hitam selepas menawan

KAHERAH 25 Mei – Pusat pengajian tinggi Islam terkemuka di dunia, Al-Azhar berkata, dunia perlu bersatu dalam ‘perang seluruh umat manusia’ bagi menghalang kumpulan militan Negara Islam (IS) daripada memusnahkan bandar purba Palmyra di Syria. Rayuan itu dibuat sehari selepas Pengarah Jabatan Antikuiti Syria menyatakan militan IS telah menceroboh muzium di bandar Palmyra dan mengibarkan bendera hitam mereka di atas kubu purba yang menghadap tapak sejarah.

“Melindungi tapak arkeologi daripada kemusnahan dan rampasan adalah menjadi perang bagi semua umat manusia,’’ kata institusi itu yang berpangkalan di Kaherah dalam satu kenyataan. “Kita perlu bersatu untuk melindungi sebuah daripada bandar purba paling penting di Asia Barat daripada dimusnahkan oleh Daesh (merujuk kepada militan IS),” katanya. Al-Azhar berkata, masyarakat dunia perlu mengambil tindakan segera untuk menghalang militan IS daripada memusnahkan kebudayaan dan tapak arkeologi di bandar itu, seperti yang mereka lakukan di Iraq dan di bahagian-bahagian lain di Syria.

Kumpulan militan IS menawan Palmyra pada Khamis lalu, membangkitkan kebimbangan masyarakat dunia terhadap keselamatan tapak-tapak bersejarah berusia 2,000 tahun di bandar itu yang diisytiharkan sebagai Warisan Dunia oleh UNESCO. Kumpulan militan IS pada tahun ini memusnahkan bandar purba Assyria kerajaan Nimrud dan memusnahkan artifak-artifak di Muzium Mosul, kedua-duanya di Iraq. Menurut Al-Azhar, Islam menghalang perbuatan memusnahkan warisan dunia dan artifak-artifak bersejarah.

Sementara itu, kumpulan militan IS telah membunuh sekurang-kurangnya 217 orang, termasuk orang awam, di dalam dan sekitar bandar purba Palmyra dalam tempoh sembilan hari lalu. Pengarah Pemerhati Hak Asasi Manusia bagi Syria, Rami Abdel Rahman berkata, mereka telah merekodkan pembunuhan 67 orang awam, termasuk 14 kanak-kanak, 12 wanita di Sukhnah dan Al-Amiriyah di Palmyra serta 150 askar Syria di beberapa tempat di wilayah Homs sejak 16 Mei lalu. “Kebanyakan mereka yang mati di Palmyra adalah akibat ditembak, ditikam atau dipenggal kepala,’’ katanya.

Berita tentang jumlah korban itu diterima beberapa jam selepas media rasmi kerajaan Syria melaporkan kumpulan militan IS sedang melaksanakan pembunuhan beramai-ramai di Palmyra, dengan membunuh kira-kira 400 orang awam, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. Kumpulan militan IS menawan bandar strategik Sukhnah pada 13 Mei, dan menawan Palmyra kira-kira 24 jam kemudian. Badan pemerhati itu berkata, sebanyak 600 orang lagi dijadikan tawanan oleh kumpulan militan IS kerana didakwa menjadi tali barut kerajaan. -  sumber

Menteri Pertahanan IS Maut di Ramadi

Menhan al mamun dalam penyamaran

Organisasi Negara Islam kembali berduka setelah Menteri Pertahanan mereka, Abu Mamun Al Maghribi, dinyatakan terbunuh dalam pertempuran yang berlangsung pada hari Isnin (25/05) semalam.

Menurut keterangan sumber terpercaya menyatakan bahwa Menteri Pertahanan Abu Mamun Al Maghribi dinyatakan terbunuh dalam pertempuran terakhir di kota Ramadi, seperti disiarkan salah satu pejabat berita Kurdistan Iraq.

Abu Mamun Al Maghribi 65 tahun dikenal sebagai jeneral tempur Negara Islam dengan segudang pengalaman seperti anggota Jihad al-Qaeda di Afghanistan, berjihad melawan invasi AS tahun 2003 bersama organisasi Tauhid dan Jihad pimpinan Abu Musab al-Zarqawi di Iraq, sebelum akhirnya bergabung dengan Negara Islam.
  (Akhbarak/Ram) sumber

PAKISTAN - Serangan Sasar Anak Presiden, 3 Maut



QUETTA, Pakistan: Tiga maut manakala empat lagi cedera apabila puak pemisah Baluchistan menyasarkan konvoi membawa anak Presiden Pakistan, Mamnoon Hussain, di wilayah Baluchistan lewat malam tadi, menurut polis.

"Satu motosikal yang sarat dengan bahan letupan dan diletakkan di tepi jalan diletupkan dengan alat kawalan jauh apabila konvoi anak presiden, Salman Mamnoon, melalui Zon Hab Industri berhampiran sempadan Karachi lewat malam tadi," kata pegawai polis, Ghulam Mustafa Shah.

Beliau berkata, Salman tidak cedera dan kenderaan beliau sudah berlalu lokasi itu apabila bom itu meletup dan mengena sebuah beca dan kenderaan terakhir dalam konvoi itu.

"Penarik beca itu, kanak-kanak berusia 12 tahun, dan seorang pejalan kaki, terbunuh di tempat kejadian manakala empat anggota polis cedera ringan," katanya.

Zahid Ullah, seorang pegawai kanan polis, mengesahkan kejadian itu dan berkata anak presiden itu memiliki ladang tenusu di kawasan itu dan sering ke sana.

"Anak presiden jelas sasaran serangan itu," katanya.

Meerak Baluch, jurucakap Baluch Liberation Army (BLA) mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan itu. - AFP sumber

Monday, May 25, 2015

AS Dakwa Tentera IRAQ Tidak Berani Berperang


Ashton Carter
Menteri Pertahanan Amerika Syarikat, Ashton Carter, menyebut pasukan pemerintah Iraq adalah tentera yang lemah dan enggan untuk memerangi pejuang Negara Islam, dalam sebuah wawancara ekslusif dengan saluran berita CNN pada hari Ahad (24/05) lalu.

Dalam wawancara tersebut Ashton Carter mengatakan, “Bagaimana mungkin jumlah pasukan Iraq yang lebih besar dari pejuang Negara Islam gagal mengalahkan mereka dalam pertempuran di Ramadi. Jelas ini menunjukan keengganan mereka untuk berperang melawan Negara Islam.”

Ashton Carter menambahkan, “Masalah yang sebenarnya di Iraq adalah seberapa besar keinginan kehendak rakyat Iraq untuk melawan dan membela diri dari serangan Negara Islam.”

“Kami dapat menawarkan pelatihan dan menyediakan peralatan bagi mereka, akan tetapi kami tentu tidak dapat memberi mereka semangat untuk melawan,” ujar Ashton Carter.

Menteri Pertahanan AS ini melanjutkan, “Akan tetapi jika kita terus membantu mereka dengan pelatihan, menyediakan mereka peralatan dan memberi mereka beberapa waktu, saya fikir harapan untuk melawan Negara Islam tidak akan musnah dari negeri Iraq.”

Perlu diketahui bahawa Pentagon memutuskan mengirim 2000 roket anti-tank ke Iraq pada awal bulan Jun akan datang, pasca jatuhnya kota Ramadi ditangan Negara Islam pada 15 Mei lalu. (Rassd/Ram) sumber

Tentera IRAQ Gempur IS di Ramadi

RAMADI 24 Mei – Tentera Iraq dengan bantuan anggota militia Syiah bertindak melancarkan serangan besar-besar ke atas kedudukan kumpulan militan Negara Islam (IS) berhampiran bandar Ramadi, semalam.

Laman web al-Jazeera melaporkan, tentera Iraq yang turut mendapat sokongan daripada tentera udara Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan tersebut bagi menawan semula bandar itu daripada IS yang berjaya menawan bandar berkenaan pada minggu lalu, kekalahan yang memalukan bagi pihak kerajaan dan sekutunya. Tentera kerajaan turut dikerah untuk mempertahankan bandar Khalidiya, yang terletak beberapa kilometer dari pangkalan tentera Habbaniyah, lokasi di mana berlakunya pertempuran hebat, semalam.

“Kumpulan militan IS mahu menguasai pangkalan tentera berkenaan yang merupakan lokasi strategik bagi pasukan keselamatan Iraq dan militia Syiah melancarkan serangan balas ke atas mereka,” lapor wartawan al-Jazeera, Zeina Khodr dari Baghdad. Jurucakap Angkatan Mobilisasi berkata, beribu-ribu anggota tentera terlibat dalam serangan balas yang dijalankan ke atas IS di Ramadi, semalam.

Dalam perkembangan lain, Timbalan Presiden Iraq, Ayad Allawi berkata, pendekatan melancarkan serangan udara ke atas kumpulan militan IS, bukanlah jalan penyelesaian terbaik bagi menghapuskan kumpulan berkenaan. “Ini bukanlah satu berita baik buat negara-negara pakatan, sebenarnya kita tiada strategi untuk memerangi mereka, jadi saya meminta ketua-ketua kabilah untuk mencari idea untuk menghapuskan IS,” jelas Ayad.  sumber

Myanmar Cuba Sekat Kelahiran Anak2 Muslim

Gambar bertarikh 19 Mei merakamkan Shahira Bibi, seorang kanak-kanak

YANGON 24 Mei – Presiden Myanmar, Thein Sein dilaporkan telah menandatangani satu undang-undang menghendaki golongan ibu di negara ini supaya menjarakkan kelahiran anak mereka dalam tempoh tiga tahun, langkah yang dilihat menjadikan etnik minoriti Rohingya sebagai sasaran.

Rang Undang-Undang Penjagaan Kesihatan Kawalan Penduduk itu digubal ekoran tekanan daripada sami-sami Buddha yang dilihat mempunyai agenda anti-Islam dan diluluskan di Parlimen pada bulan lalu, langkah yang mengundang kecaman Amerika Syarikat (AS) dan aktivis hak asasi manusia.

Menurut media tempatan Myanmar, Thein Sein menandatangani undang-undang itu, semalam beberapa jam selepas Timbalan Setiausaga Negara AS, Anthony Blinken memberi amaran tentang potensi bahaya pelaksanaan langkah itu semasa pertemuan dua hala antara beliau dan wakil Yangon. Langkah itu didakwa bukan sahaja untuk menindas kaum wanita malah turut mempunyai kesan kepada agama dan etnik-etnik minoriti.

 “Undang-undang itu mengandungi peruntukan yang boleh dikuatkuasakan dengan cara yang akan menjejaskan hak pembiakan, hak-hak wanita dan kebebasan beragama,’’ kata BlinKen kepada media, kelmarin.

“Tindakan itu amat mengecewakan. Sekiranya kerajaan mahu melindungi wanita, mereka sepatutnya mengukuhkan undang-undang sedia ada,’’ kata seorang aktivis has asasi wanita, Khin Lay.

 Ketika Myanmar yang majoriti penduduknya beragama Buddha berubah daripada era diktator kepada demokrasi empat tahun lalu, kebebasan bersuara baharu mengundang kebencian terhadap etnik minoriti Islam termasuk Rohingya yang kini menjadi orang hanyut dalam usaha mereka melarikan diri ke negara yang dihuni umat Islam seperti Malaysia. Ini berikutan mereka ditindas dan diletakkan di kem pelarian sempit dengan akses kepada pendidikan dan perubatan yang terhad hingga menyaksikan sebanyak 280 penduduk Rohingya maut dan memaksa 140,000 lagi melarikan diri dari rumah mereka di negeri Rakhine. – AGENSI  sumber

INDIA - Panas Melampau, 355 Maut

NEW DELHI 24 Mei – Seramai 335 orang penduduk dilaporkan terkorban sejak tiga hari lalu, selepas berlakunya fenomena cuaca panas melampau di beberapa buah negeri di kawasan selatan negara ini.


Seorang kanak-kanak mandi di luar rumahnya untuk menyejukkan badan selepas berlakunya fenomena panas melampau di India. 

Menurut Jabatan Metereologi India (IMD), daerah Khammam di negeri Andra Pradesh merekodkan bacaan suhu tertinggi iaitu 48 darjah Celcius, melepasi rekod sebelum ini iaitu 47.2 darjah Celcius pada 1947.

Menurut sumber, sebanyak 75 kematian dilaporkan di negeri Andra Pradesh, manakala 60 lagi di negeri Telangana. Pegawai di kedua-dua negeri itu berkata, kebanyakan mereka yang meninggal dunia akibat cuaca panas melampau itu merupakan buruh.

Susulan kejadian itu, orang ramai diarah supaya berada di dalam rumah dan tidak menjalankan banyak aktiviti luar. IMD meramalkan cuaca di beberapa buah negeri seperti di Madhya Pradesh, Vidarbha, Bihar dan Jharkhand akan bertambah buruk dalam beberapa hari lagi.

Akhbar tempatan Times of India melaporkan, suhu persekitaran mencecah 45 darjah Celcius di beberapa buah tempat, terutamanya di Rajasthan serta Jaipur, dan penduduk kini berhadapan dengan masalah kekurangan air. – BERNAMA  sumber

Raja Salman Sedih Masjid Syiah Dibom

DUBAI 25 Mei - Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman melahirkan rasa dukacita berhubung kejadian pengeboman berani mati di sebuah masjid Syiah, di timur negara itu, yang mengorbankan 21 orang, kelmarin. Raja Salman berkata, mereka yang terlibat dalam serangan itu akan diheret ke muka pengadilan.

 “Kami bersedih dengan kekejaman yang dilakukan pengganas yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam dan kemanusiaan,” ujarnya dalam satu perutusan kepada Menteri Dalam Negeri, Putera Mahkota, Mohammed bin Nayef. Arab Saudi, kelmarin mengesahkan serangan itu mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Negara Islam (IS), dalam apa yang disifatkan oleh Kementerian Dalam Negeri sebagai cubaan untuk mewujudkan perpecahan.

 Ia merupakan serangan terburuk di negara ini pada tahun ini dan merupakan kali pertama kumpulan militan IS melancarkan serangan ke atas Arab Saudi. “Namanya (penyerang) ialah Salih bin Abdulrahman Salih al-Ghishaami, seorang warga Arab Saudi,” kata Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan. “Dia (Salih) dikehendaki oleh pasukan keselamatan kerana terlibat dalam sebuah pertubuhan pengganas dan menerima arahan daripada Daesh di luar negara,’’ merujuk kepada nama IS dalam bahasa Arab.

Kumpulan militan IS mengaku melakukan serangan itu di Masjid al-Qadeeh, ketika jemaah mengerjakan solat Jumaat di bandar Qatif, wilayah Timur Arab Saudi Jumaat lalu, tetapi ia mendedahkan nama penyerang itu sebagai Abu Amer al-Najdi.

 “Pertubuhan itu dibongkar pada bulan lalu, dan setakat ini 26 anggotanya, kesemua warga Arab Saudi telah ditahan,” kata Kementerian Dalam Negeri dengan menyatakan bahawa jumlah mereka yang cedera dalam serangan itu meningkat daripada 81 kepada 101. - REUTERS -  sumber

YAMAN - Rundingan Damai Ditangguhkan

ADEN: Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) yang dirancang bagi mengembalikan keamanan di Yaman yang dilanda peperangan ditangguh, menurut seorang pegawai badan dunia itu hanya empat hari sebelum ia bermula. Timbul ketidaktentuan berhubung pihak bertelagah mana dari Yaman yang akan menghadiri persidangan yang dirancang di Geneva Khamis ini.

Penangguhan persidangan itu satu lagi halangan kepada usaha PBB untuk mengembalikan keamanan di negara di mana lebih 2,000 orang terbunuh sejak Mac lalu.

 "Saya boleh mengesahkan bahawa mesyuarat itu sudah ditangguhkan," menurut pegawai PBB itu tanpa memberikan penjelasan. Selain kesukaran untuk membawa pihak yang bertelagah ke meja rundingan, Presiden Yaman, Abedrabbo Mansour Hadi yang berada dalam buangan, menyatakan tuntutan kerajaannya dalam surat kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, bahawa pemberontak Huthi perlu berundur dari wilayah yang ditawan.

Hadi melarikan diri ke ibu negara Arab Saudi, Riyadh bersama kerajaannya pada lewat Mac lalu apabila puak pemberontak yang disokong Iran mara ke bandar pelabuhan Aden di selatan Yaman yang menjadi kubu kuat kerajaannya. Beliau juga menuntut pelaksanaan Resolusi PBB 2216 yang dibuat April lalu. Ia antara lain menggesa puak Huthi mengembalikan wilayah yang ditawan dan menyerahkan senjata yang mereka ambil daripada pihak tentera dan pasukan keselamatan lain. - AFP sumber

IS Hukum Bunuh 217 Orang di Palmyra


BEIRUT: Kumpulan IS melaksanakan hukuman bunuh terhadap sekurang-kurangnya 217 orang, termasuk orang awam, di dan sekitar bandar purba Syria, Palmyra, sejak sembilan hari lalu, menurut sebuah pertubuhan pemantau.

Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia menyatakan ia merekodkan pelaksanaan hukuman bunuh ke atas 67 orang awam, termasuk kanak-kanak, dan 150 anggota tentera Syria di beberapa kawasan berbeza di wilayah Homs sejak 16 Mei lalu.

 "Pihak pemantau mengesahkan IS membunuh 67 orang awam termasuk 14 kanak-kanak dan 12 wanita di Sukhnah, Al-Amiriyah, di pinggir Palmyra," menurut kumpulan yang berpangkalan di Britain itu merujuk kepada beberapa kawasan di timur wilayah Homs.

"IS juga membunuh lebih 150 anggota tentera, pasukan keselamatan dan Jawatankuasa Popular (militia pro-kerajaan) dan beberapa yang lain yang dituduh 'mereka yang setia kepada rejim'," menurutnya. Pelaksanaan hukuman bunuh itu berlaku beberapa hari selepas IS memasuki Homs dari wilayah Deir Ezzor. - AFP  sumber

Thursday, May 21, 2015

IRAQ - Tentera Hanya Mampu Kepung Bandar Ramadi

Penduduk Sunnah yang melarikan diri daripada keganasan di bandar

BAGHDAD 20 Mei – Tentera Iraq semalam mengepung bandar Ramadi dan mengerahkan kereta kebal serta meriam ke bandar itu bagi menawan semula Ramadi daripada kumpulan militan Negara Islam (IS). Kumpulan militan IS menawan bandar Ramadi dan mengusir tentera Iraq dari ibu negeri wilayah Anbar itu, kelmarin dalam kekalahan terbesar tentera Iraq di tangan kumpulan militan itu.

 Selepas kejatuhan Ramadi, kumpulan militia Syiah yang bersekutu dengan tentera Iraq mara menghampiri sebuah pangkalan sebagai persediaan untuk melancarkan serangan balas dan menawan semula bandar itu yang terletak kira-kira 110 kilometer ke barat laut Baghdad. Seorang pegawai tempatan menggesa penduduk Ramadi menyertai pasukan polis dan tentera Iraq untuk menumpaskan kumpulan militian IS dalam perang yang militia Syiah panggil sebagai ‘Perang Anbar’ Sementara itu, kumpulan militan IS mengukuhkan kedudukan pertahanan mereka dan menanam periuk api, kata seorang saksi. Mereka turut pergi dari rumah ke rumah untuk mencari anggota polis dan tentera Iraq. Malah kumpulan militan itu berjanji untuk menubuhkan mah­kamah Syariah seperti yang mereka lakukan di bandar-bandar lain yang mereka tawan. Kumpulan militan IS turut membebaskan kira-kira 100 banduan dari pusat tahanan di bandar itu. Seorang guru sekolah, Saed Hammad al-Dulaimi, 37, yang masih berada di bandar itu berkata, kumpulan militan IS menggunakan pembesar suara menggesa orang ramai yang mempunyai saudara-mara yang ditahan di penjara itu, supaya berkumpul di kawasan masjid utama di bandar itu bagi mengambil banduan-banduan tersebut.

Seorang pemilik restoran, Sami Abed Sahed berkata, kumpulan mi­litan IS menemui 30 orang wanita dan 71 orang lelaki yang ditahan di pusat tahanan itu. Kesemua mereka ditembak di kaki bagi mengelak mereka melarikan diri. Saksi berkata, bendera kupulan militan IS berwarna hitam turut dikibarkan di masjid utama itu, pejabat-pejabat kerajaan dan beberapa bangunan utama lain di bandar itu.

 Seorang penduduk, Jasim Mohammed, 49, yang memiliki kedai pakaian di bandar itu berkata, anggota kumpulan militan IS membe­ritahunya bahawa dia hanya boleh menjual pakaian tradisi Islam. Kumpulan militan IS juga menjanjikan makanan, ubat-ubatan dan doktor secepat mungkin. “Saya rasa mereka (kumpulan militan IS) cuba memenangi simpati daripada penduduk Ramadi dan memberi peluang penduduk bandar itu mengecapi sementara kebebasan dan keamanan,” katanya. - sumber

Gajah Pandai Rakam Selfie

Christian LeBlanc bergambar selfie dengan gajah sebelum binatang

BANGKOK 20 Mei – Seekor gajah mencetuskan fenomena apabila imejnya ‘merakam’ gambar selfie menggunakan belalai ketika diberi makan oleh seorang pelancong, tersebar di Internet.

Pelancong dari Kanada itu, Christian LeBlanc memberitahu akhbar Daily Mail, ketika itu dia sedang memberi makan haiwan berkenaan di sebuah pusat perlindungan gajah di Koh Phangan, wilayah Surat Thani, baru-baru ini. LeBlanc, 22 berkata, gajah itu kemudian terus merampas kamera GoPro miliknya yang telah diletakkan dalam mode ‘timer’ sebelum merakamkan beberapa keping gambar dengan menggunakan belalainya.

Dia yang merupakan pelajar di Bangkok berkata, selfie itu dirakam ketika dia cuba memberikan pisang kepada gajah tersebut. “Saya memberikan gajah tersebut sebiji pisang, tetapi haiwan itu merampas kamera saya. “Saya rasa sangat bertuah kerana dapat merakam detik manis bersama gajah ini. Ini adalah selfie terbaik dalam hidup saya,” katanya. LeBlance berkata, dia dan teman wanitanya akan ke Filipina dan berharap dapat merakam gambar selfie bersama ikan paus yang merupakan ikan paling besar di dunia.sumber

IS Ancam Serang HAMAS di Gaza

hamas4

Meskipun kelihatan aktif di media sosial, IS nyata tidak memiliki basis dukungan di Jalur Gaza, Palestin. Begitu ditegaskan jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri sebagaimana dipetikVoanews (Jumaat, 15/5).

Zuhri menjelaskan, pelbagai pernyataan yang diletakkan dengan tanda tangan pendukung IS telah muncul di Twitter dan beberapa website. Pernyataan ini menuduh kelompok Hamas telah menahan puluhan jihadis dan mengancam akan menyerang Gaza jika tidak membebaskan tahanan IS.

Sementara pihak Hamas mengklarifikasi hanya menahan para pelanggar undang-undang yang terlibat dalam insiden ledakan awal bulan ini. Ledakan itu terjadi di dekat markas keamanan Hamas dan sebuah ledakan lainnya di luar pejabat sebuah lembaga bantuan PBB.

“Kami tidak berkelahi dengan orang kerana sesuatu yang ada di fikiran mereka. Tapi pada saat yang sama, kami tidak memperkenankan pelanggaran keamanan, baik oleh kelompok maupun individu,” kata Zuhri.
Lebih lanjut, Zuhri menegaskan baahwa Hamas menganggap mudah ancaman dari simpatisan ISIS tersebut. Menurutnya, keberadaan IS Gaza hanya ada sebatas dalam dunia maya.

“Tidak ada yang namanya IS di Jalur Gaza. IS di Gaza hanya ada di internet,” ujarnya.(rz) sumber

Buddha BURMA Takut Kebenaran Islam Ratusan Tahun

wirathu

Pernyataan konyol Samia Wirathu yang menyatakan bahwa dirinya khuatir Myanmar akan jadi sebuah negara Muslim seperti Indonesia jika kelompok Muslim Rohingya (sebahagian orang menyebutnya sebagai Muslim Arakan, sesuai dengan istilah demografik di mana komuniti ini tinggal), sungguh-sungguh  menunjukkan jika Biksu Wirathu tidak paham sejarah bangsanya sendiri.

Muslim Arakan atau Rohingya ini sudah ada di wilayah Burma (sekarang berganti menjadi Myanmar) sejak abad 7 Masehi, namun kerajaan Arakan baru berdiri sejak tahun 1430 sampai 1784 Masehi. Mereka ini meninggalkan peninggalan sejarah Islam berupa masjid-masjid dan madrasah madrasah, di antaranya adalah masjid Badr yang terkenal berada di Arakan. Nama masjid serupa juga dipakai di masjid daerah-daerah pantai di India, Bangladesh, Thailand, Burma dan Malaysia. Dan juga masjid yang terkenal bernama masjid Sandy Khan yang didirikan pada tahun 1430 H.

Arakan ketika itu menjadi negeri merdeka dan berdaulat selama 3 setengah abad dan dipimpin 48 pemerintah Muslim secara berturut-turut. Pada tahun 1784 M, Arakan diserbu dan dijajah oleh Raja Buddha Burma (Budabay). Dia memasukkan Arakan ke wilayah Burma kerana takut penyebaran Islam. Dia pun melakukan perosakan di muka bumi, di mana raja ini menghancurkan peninggalan sejarah umat Islam berupa masjid dan madrasah, membunuh ulama dan para da’i. Orang-orang Buddha pun terus melakukan tekanan terhadap muslimin dan menjarah harta mereka. Mereka pun menghasut Buddha Almag untuk menekan muslimin selama 40 tahun.

Tidak sampai di situ penderitaan muslimin, pada tahun 1824 M Inggeris menjajah dan memasukkan Burma dalam pemerintahan Kolonial Inggeris Hindia. Ketika Inggeris memerdekakan Burma, penindasan terhadap Muslim Rohingya terus berlangsung. Penguasa Buddha di Burma ini berusaha keras mengusir Muslim Rohingya, penduduk asli Burma alias Myanmar, keluar tanah kelahiran mereka sendiri. Sejarah pengusiran dan penindasan Muslim Rohingya yang dilakukan penguasa rasis Budha Burma sama persis dengan sejarah penindasan dan pengusiran terhadap Muslim Palestin yang dilakukan Zionis-Israel. Inilah sejarah yang benar. (rz) sumber

AS Hantar Senjata Anti Kereta Kebal Bulan Depan



WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) merancang menghantar lebih 1,000 unit senjata antikereta kebal ke Iraq bulan depan untuk memerangi kumpulan Negara Islam (IS) yang sudah merampas bandar Ramadi, kata seorang pegawai kanan Jabatan Pertahanan AS.

Mengikut pegawai itu, antara penyumbang kejayaan IS menawan Ramadi, ibu negeri Anbar ialah taktik digunakan IS dengan melaksanakan lebih 30 misi bunuh diri menggunakan kenderaan setiap hari. Setiap kenderaan berkenaan katanya, sebesar lori sarat bom yang menyebabkan 168 orang terbunuh dalam serangan keganasan di Oklahoma City pada 1995.

Justeru, AS memutuskan untuk membekalkan Iraq sistem senjata antikereta kebal, AT4 apabila Perdana Menteri Iraq melawat Washington bulan lalu dan penghantaran 1,000 unit senjata berat berkenaan akan dibuat bulan depan.

Keupayaan IS menawan Ramadi adalah tamparan besar kepada tentera Iraq sekali gus membayangkan serangan udara diterajui AS tidak dapat membendung kemaraan kumpulan militan itu. Dalam pada itu, pegawai berkata tentera Iraq belum tewas sepenuhnya di Ramadi sebaliknya sedang mengumpul kekuatan untuk kembali bertindak balas. Tentera Iraq yang dibantu militia Syiah percaya mereka akan merampas kembali bandar itu seperti yang mereka buat di Mosul. - Reuters  sumber

Wednesday, May 20, 2015

YAMAN - 1,849 Maut, 7,394 Cedera, 500,000 Jadi Pelarian




GENEVA: Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), hari ini menyebut kira-kira 1,850 orang terbunuh manakala lebih 500,000 lagi dipindahkan selepas konflik yang mengganas di Yaman sejak Mac lalu.

 Menurut agensi kemanusiaan UN, 1,849 orang terbunuh dan 7,394 lagi tercedera sehingga 15 Mac ini.sumber

AS Digesa Hantar Tentera Darat ke IRAQ

Akhbar Washington Times menyatakan sudah waktunya Presiden Obama untuk mengirimkan pasukan darat AS ke Iraq, pasca jatuhnya kota Ramadi ke tangan mujahidin Negara Islam pada Jumaat (15/05) minggu lalu.

Seperti dipetik Washington Times dari analis militer AS mengatakan, “Kekalahan pasukan Iraq di Ramadi setelah beberapa bulan pelatihan intensif di tangan pasukan koalisi menunjukan keperluan akan kehadiran tentera AS di negara tersebut.”’

Jeneral Jack McCain menambahkan, “Sementara pasukan koalisi berhasil membunuh Menteri Petroleum Negara Islam, Abu Sayyaf, di sisi lain organisasi tersebut berhasil mengalahkan pasukan keamanan Iraq di kota Ramadi. In adalah tanda-tanda jelas mengenai perlunta pasukan AS di Iraq.”

Menurutnya penggunaan kekuatan pasukan darat dan pasukan khusus AS di Iraq akan sangat efektif seperti yang telah terbukti di Iraq dan Afghanistan. sumber

YAMAN - Sana'a Diserang Semula

KAHERAH: Serangan udara yang diketuai Arab Saudi ke atas ibu negara Yaman, Sanaa, malam tadi menyasarkan pasukan tentera yang setia kepada bekas Presiden, Ali Abdullah Saleh, di timur dan selatan bandaraya itu, menurut penduduk.

Serangan berkenaan adalah yang pertama terhadap ibu negara itu selepas gencatan senjata kemanusiaan lima hari berakhir Ahad lalu biarpun operasi ketenteraan bersambung semalam di utara wilayah Saada dan bandaraya Aden di selatan.

Arab Saudi dan sekutunya melancarkan serangan ke atas pemberontak Houthi dan unit tentera yang setia kepada Saleh sejak lebih tujuh minggu lalu sebagai sebahagian daripada kempen untuk meletakkan semula Presiden President Abd-Rabbu Mansour Hadi di tampuk kuasa. sumber

Gencatan senjata kemanusiaan itu ditamatkan biarpun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan kumpulan bantuan merayu diberikan lebih masa untuk membolehkan bantuan kemanusiaan dihantar kepada 25 juta rakyat negara itu. Sumber Houthi menyatakan mereka juga menembak peluru mortar ke beberapa kawasan wilayah Najran di selatan Arab Saudi dan bertempur dengan tentera Arab Saudi berhampiran kawasan sempadan. - Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/55881

Rupa Sebenar Shakespeare Diketahui



LONDON: Seorang sejarawan British pada Selasa mengumumkan beliau sudah menemui satu-satunya potret William Shakespeare yang dihasilkan ketika penulis tersohor itu masih hidup. Potret itu yang menunjukkan seorang anak muda tampan dengan susuk tubuh sasa, ditemui seorang ahli botani dan sejarawan Mark Griffiths dalam sebuah buku setebal 1,484 halaman mengenai tumbuhan 'The Herball' daripada abad ke-16.

 "Inilah kali pertama kita temui potretnya dan dikenal pasti sebagai beliau yang dihasilkan ketika hayatnya," kata Mark Hedges, pengarang majalah Country Life yang akan menyiarkan rencana mengenai penemuan itu dalam terbitan pada Rabu. "Dua lagi potret tulen Shakespeare dibuat selepas ketiadaannya. Jadi, ini sesungguhnya suatu penemuan besar yang mana kita dapat tahu rupa sebenar penulis tersohor itu," katanya.

Dalam buku itu yang mana mengikut Griffiths menunjukkan Shakespeare ketika berusia 33 tahun, memaparkan empat orang yang sebelum ini dianggap sebagai susuk bayangan sahaja. Tegas Griffiths susuk berkenaan adalah orang sebenar, yang mana bunga dan tumbuhan di sekeliling mereka adalah kod untuk mendedahkan identiti sebenar mereka, satu bentuk teka-teki yang popular ketika zaman Ratu Elizabeth I. Shakespeare dikenal pasti kerana berpakaian sebagai seorang penyair dan memegang rama-rama fritillary dan jagung manis yang mana mengikut Griffiths merujuk kepada puisi "Venus and Adonis" dan teater "Titus Andronicus". Lingkaran daun laurel yang dipakai Shakespeare menujukkan puisi klasik yang memberi inspirasi kepadanya dan teks latin sifer di bawah potret itu tertera perkataan "William Shakespeare" selepas kod itu dipecahkan, kata Griffith.

Beliau mengenal pasti tiga lagi individu dalam potret itu sebagai pengarang buku John Gerard, ahli botani terkemuka Rembert Dodoens dan Bendahari Ratu Elizabeth, Lord Burghley. Bagaimanapun, beberapa pakar lain masih ragu dengan dakwaan Griffith itu. - AFP sumber

Isu MESIR, Pemimpin Dunia Jadi Syaitan Bisu


mursi sholat

Presiden Persatuan Ahli Akademik dan Penulis Dunia Islam, Yusuf Balji, menyebut keheningan dunia Islam dan masyarakat antarabangsa atas vonis hukuman mati yang dijatuhkan kepada Presiden Muhammad Mursi dan lainnya seperti syaitan bisu dan bodoh.

Dalam pernyataannya hari Selasa (19/05), Yusuf Balji mengatakan, “Keheningan dunia Islam dan Barat atas apa yang terjadi di Mesir adalah bentuk dukungan syaitan bisu yang bodoh kepada pemerintah kudeta.”

Presiden organisasi yang berpusat di ibukota Ankara menambahkan, “Mereka yang mentodorkan hukuman mati terhadap 122 orang warga Mesir, termasuk Mursi dan sejumlah pemimpin lainnya, adalah pihak yang bertanggung jawab atas pembantaian warga sipil Mesir pada Ogos 2013 lalu.”

Perlu diketahui bahawa Presiden Federasi Ulama Muslim Internasional, Dr. Yusuf al-Qaradawi menjadi salah seorang ulama yang termasuk dalam daftar tahanan politik yang mendapat vonis mati pada 16 Mac lalu. (Rassd/Ram) sumber

Tuesday, May 19, 2015

Kezaliman MESIR Terus Dikutuk

Gambar fail bertarikh 29 Jun 2012, menunjukkan Muhammad Mursi

KAHERAH 17 Mei – Hukuman mati yang dikenakan terhadap bekas Presiden Mesir, Mohammed Mursi dikecam banyak pihak yang menyifatkannya sebagai bermotifkan politik. Mendahului kecaman adalah jurucakap pergerakan Islam, Ikhwanul Muslimin, Amr Darrag yang menyatakan bahawa keputusan berkenaan adalah satu jenayah pembunuhan yang ‘dibenarkan’.

“Keputusan mahkamah itu bermotifkan politik dan perlu dihentikan masyarakat antarabangsa. Parti pemerintah sewenang-wenangnya menggunakan kuasa untuk menghapuskan semua pemimpin kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengkritik Mesir dan sekutu-sekutu Baratnya sebagai ‘hipokrit’ berhubung hukuman mati terhadap Mursi. “Ketika Barat memansuhkan hukuman mati, sekutu Barat Mesir pula hanya melihat keputusan itu dilaksanakan di negara ini. Mereka tidak pula berbuat apa-apa,” katanya seperti yang dipetik agensi berita Anatolia.

Dalam pada itu, kumpulan hak asasi manusia Amnesty International menerusi jurucakapnya, Said Boumedouha berkata, keputusan tersebut memperlihatkan tindakan tidak mengendahkan hak kemanusiaan.

“Mursi telah menjalani proses perbicaraan yang tidak adil. Beliau ditahan berbulan-bulan tanpa sebarang akses guaman dan tidak diwakili peguam. Ini menunjukkan keputusan itu tidak sah,” katanya.

Said menambah, Mursi dan pemimpin-pemimpin Ikhwanul Muslimin sepatutnya dibebaskan atau dibicarakan di mahkamah awam. Amnesty International menyifatkan, hukuman mati telah menjadi ‘alat paling digemari’ oleh kerajaan Mesir yang kini dipimpin Presiden, Abdel Fattah al-Sisi sejak menggulingkan Mursi pada 2013. – AGENSI/REUTERS -  sumber

MISTERI - Mata dan Lidah Berdarah Setiap Kali Tidur

HAWAII 17 Mei - Seorang gadis terpaksa melalui mimpi ngeri saban hari apabila mata dan lidahnya berdarah ketika tidur selain anggota badannya sering kali lebam secara tiba-tiba sejak tahun 2008.

 Linne Ikeda, 24, dari Waikele, Hawaii, disahkan menghidap Sindrom Gardner Diamond yang menyebabkan lebam secara rawak yang berlaku kerana tekanan perasaan. Pada mulanya, Ikeda hanya lebam-lebam badan sebelum menjadi lebih kronik selepas dua tahun apabila lidahnya terbelah sendiri dan berdarah kemudian berjangkit ke mata.

Jelas gadis itu, dia telah berjumpa dengan lebih 30 orang doktor selain berikhtiar mengubati penyakit ganjil itu, namun sia-sia kerana rata-rata pengamal perubatan buntu mengubatnya. “Saya tidak merasa sakit apabila berlaku pendarahan. Saya sudah menjalani 11 pembedahan, namun tidak dapat mengubati sepenuhnya penyakit saya ini.

 “Mata saya akan berdarah dari pukul dua pagi sehingga jam lima ketika tidur. Apabila bangun, tilam dan bantal akan penuh dengan kesan darah. Kadang-kadang darah banyak sehingga kena rambut,” katanya kepada Hawaii News Now baru-baru ini.

 Menurut bapa Ikeda, Miles, anak perempuannya seorang yang tabah dalam menghadapi situasi tersebut kerana jarang sekali mengadu atau berputus asa sebaliknya menjadi sumber inspirasi kepada adiknya. “Dia tidak pernah putus asa atau bertindak diluar dugaan, sebaliknya menerima keadaan dengan tabah. Dia hanya mahu menjadi normal seperti orang lain,” ujarnya. - sumber

Bagaimana BELANDA Jadi Negara Paling Membahagiakan?

Purata waktu kerja yang pendek kira-kira lima jam sehari membolehkan
AMSTERDAM 18 Mei - Jika anda mencari kehidupan yang menggembirakan, Belanda adalah destinasi yang sesuai kerana kedudukannya yang terletak di ranking paling atas sebagai negara paling membahagiakan di dunia.

Baru-baru ini, akhbar mingguan The Economist melaporkan, rahsia di sebalik kejayaan Belanda sebagai negara paling gembira di dunia dipercayai disebabkan struktur pekerjaan di negara itu yang lebih fleksibel dan tidak membebankan.

Laporan berkenaan menyebut, berdasarkan statistik, sebanyak 26.8 peratus lelaki dan 76.6 peratus wanita Belanda menghabiskan waktu bekerja kurang daripada 36 jam seminggu atau secara purata­nya kira-kira lima jam sehari. Jelas laporan itu, keadaan terbabit menunjukkan bahawa jumlah pendapatan isi rumah bukan faktor utama kebahagiaan rakyat Belanda sebaliknya, struktur pekerjaan mereka selain mengekalkan tradisi untuk lebih meluangkan masa di rumah bersama keluarga.

“Undang-undang Belanda juga menetapkan bahawa wanita mempunyai hak untuk mengurangkan waktu bekerja tanpa memerlukan kelulusan daripada majikan,” tambah laporan itu. Belanda turut menduduki carta teratas 28 negara Eropah dalam ranking penduduk yang mempunyai lebih masa untuk melakukan senaman fizikal, sekali gus dipercayai mempunyai kaitan dengan peningkatan tahap kegembiraan mereka. Statistik berkenaan dikeluarkan oleh Yayasan Jantung Britain yang menunjukkan peratusan tinggi penduduk Belanda melakukan se­naman iaitu secara purata sekurang-kurangnya empat hari dalam tempoh seminggu. Walaupun disebut sebagai spekulasi bahawa penduduk Belanda mempunyai lebih masa untuk bersenam disebabkan waktu kerja yang kurang, negara berkenaan secara konsisten dipilih sebagai negara paling gembira berdasarkan kajian dan statistik.  sumber

Buddha MYANMAR Terus Angkuh dan Sombong

budha-di-myanmar

Pemerintah Myanmar mengatakan tidak bertanggung-jawab atas krisis manusia perahu di Asia Tenggara, dan tidak akan datang dalam pertemuan kecemasan di Bangkok.

“Kami tidak mengabaikan masalah migran, tapi kami tidak akan menerima tuduhan Myanmar sumber masalah,” ujar Zaq Htay, Ketua Pejabat Presiden Myanmar.

Bangkok akan menjadi tuan rumah pertemuan yang dihadiri 15 negara untuk membahas krisis pelarian Muslim Rohingya dan migran Bangladesh pada 29 Mei.

Myanmar diharapkan hadir, tapi banyak pihak ragu negara yang puluhan tahun berusaha mengusir Muslim Rohingya dari tanahnya bersedia hadir. Menurut Htay, Myanmar tidak akan hadir jika kata Muslim Rohingya masih digunakan pada pertemuan itu.

“Kuburan migran juga bukan masalah Myanmar, tapi akibat kelemahan pencegahan perdagangan manusia dan aturan undang-undang di Thailand,” ujar Htay kepada AFP.

Muslim Rohingya adalah etnik minoriti paling teraniaya di dunia. Mereka terkonsentrasi di negara bahagian Rakhine, Myanmar, dan terus-menerus menjadi sasaran pembantaian majoriti pemeluk Buddha yang ekstrem dan sama sekali jauh dari ajaran-ajaran Sang Budha Gautama yang mengutamakan cinta kasih dan solidariti antara manusia.

Muslim Rohingya menjadi kata yang ‘haram’ digunakan. Pemerintah Myanmar lebih suka menyebut mereka ‘Bengali’. Muslim Rohingya menolak menerima kata itu, kerana bermakna ‘pengusiran’.

Jika menerima kata ‘Bengali’, Muslim Rohingya terpaksa menerima status pelarian dan tinggal di kem-kem yang tidak layak huni dengan risiko mati kelaparan. Mereka akan dikeluarkan dari desa-desa yang dibangun nenek moyang mereka 600 tahun lalu.

Tidak ada pilihan bagi Muslim Rohingya selain meninggalkan Myanmar. Tidak ada jalan kembali. Pilihan mereka hanya dua; menemukan kehidupan baru, atau tenggelam di tengah laut.

Terakhir, Jumaat (15/5), nelayan Aceh menyelamatkan 700 Muslim Rohingya dan mendaratkan mereka di Langsa, Aceh Timur, setelah kapal migran asal Myanmar itu hancur. Aceh kini menampung lebih 1.500 Muslim Rohingya. – (rz) sumber

IRAQ - Bandar Ramadi Ditawan IS



BAGHDAD: Kumpulan Negara Islam (IS) mendakwa pejuangnya sudah merampas Ramadi pada Ahad selepas tentera berundur daripada bandar itu di barat Iraq. Dalam kenyataannya di internet, IS mendakwa merampas kereta kebal dan menewaskan pasukan Briged ke-8 serta membunuh golongan murtad, rujukan terhadap tentera Iraq.

Bagaimanapun, IS dikatakan tidak dapat menawan bandar bersejarah Palmyra berikutan tentangan hebat daripada tentera Syria. Perdana Menteri Iraq Haider al-Abadi menggesa tentera negara itu untuk terus mempertahankan Ramadi dengan berjanji untuk terus memberi bantuan serangan udara dan pasukan bantuan daripada kumpulan militia Shiah.

Kejatuhan Ramadi, ibu negeri Anbar iaitu wilayah terbesar di Iraq adalah tamparan paling hebat kepada kerajaan negara itu sejak memulakan serangan besar-besaran untuk merampas kembali kawasan yang ditawan kumpulan militan sejak Jun 2014. Dalam pada itu, Pentagon berkata IS setakat ini mempunyai kelebihan dalam pertempuran di Ramadi tetapi berjanji tentera AS dan sekutunya akan memberi bantuan kepada tentera Iraq menawan kembali bandar itu. Walaupun tidak menyatakan secara langsung IS sudah menawan Ramadi, Pentagon seperti sudah mengakui kemungkinan itu sekali gus menandakan kekalahan besar kepada kerajaan Iraq.

"Ramadi sudah digempur IS sejak Jun tahun lalu dan kini mereka ada kelebihan," kata jurucakap Pentagon Elisa Smith. Katanya, jika Ramadi jatuh kepada IS, ia tidak bermakna keseluruhan gerakan ketenteraan Iraq sudah kecundang tetapi mengakui IS ada modal besar untuk kempen propagandanya. "Ini bermakna pihak bersekutu perlu terus membantu tentera Iraq untuk merampasnya kembali," kata Smith sambil menambah AS akan terus memberi sokongan serangan udara serta khidmat nasihat. - Reuters sumber

AFGHANISTAN - Bom Berani Mati, 3 Maut



KABUL: Seorang pengebom berani mati dalam sebuah kereta merempuh konvoi tentera asing berhampiran lapangan terbang utama di sini pagi ini, menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang awam terbunuh dalam serangan terbaru di bandar bergolak itu, kata polis dan saksi.

 Pasukan tentera NATO di Afghanistan tidak dapat mengesahkan sama ada kenderaan mereka terbabit dalam serangan itu. Tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab walaupun pemberontak Taliban melancarkan serangan di seluruh negara sejak tentera asing berundur dari negara itu tahun lalu.

Jurucakap polis, Ebadullah Karimi, berkata pengebom berani mati itu memandu sebuah Toyota Corolla dan merempuh konvoi tentera asing di jalan utama menuju lapangan terbang, kira-kira 200 meter dari pangkalan tentera NATO. Anggota penyelamat membawa orang awam yang cedera keluar dari tempat kejadian yang dikawal polis. Peniaga, Fraidon Khan, berkata beliau melihat kereta berkenaan merempuh konvoi tentera asing. "Saya melihat tiga mayat. Seorang daripada mereka adalah kanak-kanak dan dua wanita," katanya. - Reuters  sumber

SYRIA - 300 Maut di Palmyra



BEIRUT: Hampir 300 orang terbunuh dalam pertempuran sejak beberapa hari lalu apabila kumpulan IS melancarkan serangan terhadap bandar purba Syria, Palmyra.

Menurut Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di Britain, angka korban itu membabitkan 123 askar dan militia yang setia dengan kerajaan, 115 anggota IS dan 57 orang awam. - AFP

SYRIA - Tentera Bunuh 5 Pemimpin IS

BEIRUT: Tentera Syria membunuh lima pemimpin IS dalam serangan di timur negara itu, menurut TV Syria. Paparan tajuk berita yang memetik laporan wakil televisyen itu di Deir al-Zor menyatakan mereka ialah warga Arab Saudi, Turki, Chechnya, Jordan dan Iraq.

Amerika Syarikat sebelum ini menyatakan pasukan khasnya melancarkan serangan yang membunuh seorang warga Tunisia yang dikenal pasti sebagai pemimpin IS di wilayah sama. - Reuters sumber

Perang di YAMAN Disambung Semula

RIYADH: Tentera bersekutu diterajui Arab Saudi kembali membedil kumpulan pemberontak Houthi di Aden, Yaman malam tadi beberapa jam selepas tamatnya gencatan senjata untuk memudahkan penyaluran bantuan kemanusiaan. Saksi berkata, letupan jelas kedengaran berhampiran lapangan terbang bandar raya itu dan di daerah Khor Maksar dan Crater selepas gencatan senjata tamat pada jam 2 pagi Ahad.

Lewat malam tadi, jurucakap tentera yang bersekongkol dengan Houthi, berkata pihaknya menyambut baik permintaan Duta PBB ke Yaman untuk memanjangkan tempoh gencatan senjata bagi membolehkan lebih banyak bantuan kemanusiaan disalurkan. "Kami sambut baik permintaan duta itu, ...berhubung menyambung gencatan senjata dan keperluan untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk setempat," lapor agensi berita SABA yang dikawal Houthi dengan memetik Jeneral Sharaf Luqman.

Sejak Selasa minggu lalu, pasukan bersekutu dan militia Houthi patuh kepada gencatan senjata untuk memberi bantuan kepada penduduk Yaman yang terperangkap dengan serangan udara sejak 26 Mac. Bagaimanapun beberapa pertempuran kecil tetap terjadi dengan sekurang-kurangnya 15 terbunuh di bandar Taiz dan Dhalea pada malam Ahad lalu, kata penduduk.

Pertubuhan kebajikan dalam pada itu membangkitkan mengenai kesuntukan masa untuk mengagihkan bantuan kepada 25 juta penduduk negara itu kerana lima hari tempoh gencatan senjata terlalu singkat. Sebelum ini Arab Saudi menyatakan tempoh gencatan senjata bergantung kepada tindakan Houthi dan sekutunya bekas Presiden Ali Abdullah Salleh. Naib Presiden Yaman, Khaled Bahah yang juga ketua kerajaan dalam buangan, berkata pihaknya berharap gencatan senjata diteruskan tetapi keputusan muktamad bergantung kepada keadaan di negara itu. - Reuters sumber

Sunday, May 17, 2015

MESIR - 3 Hakim Ditembak Mati, 3 Lagi Cedera

mesir-israel

Sekelompok lelaki bersenjata yang tidak dikenali menembak mati tiga hakim Mesir pada Sabtu (16/5/2015) di wilayah Semenanjung Sinai yang bergolak di mana pasukan junta Mesir memerangi pejuang Islam.

Serangan itu mencederakan tiga hakim lainnya di ibukota daerah El-Arish dan terjadi beberapa jam setelah sebuah mahkamah di Kaherah menjatuhkan hukuman mati terhadap presiden yang digulingkan Muhammad Mursi, siar AFP.

Polis mengatakan para hakim diserang saat mereka bergerak menggunakan kereta dari kota Ismailiya menuju El Arish untuk menghadiri sidang pengadilan.

Setelah serangan, Kementerian Dalam negeri Mesir menempatkan polis di seluruh negeri dalam keadaan berhaga-jaga peringkat tinggi.

Tidak jelas apakah serangan tersebut berkait dengan kemarahan atas hukuman mati yang dijatuhkan terhadap Muhammad Mursi dan sejauh ini belum ada kelompok yang mengaku bertanggung jawab atas serangan itu.

Parti pendukung Mursi, Ikhwanul Muslimin, telah dilarang oleh pihak berkuasa junta Mesir dan dinyatakan sebagai organisasi “teroris”. Ratusan anggota dan para pendukungnya ditangkap dan dipenjara sejak pertengahan tahun 2013 di mana kudeta militer dilancarkan dan menggulingkan Mursi dari kekuasaan.(rz) sumber

Friday, May 15, 2015

MESIR - Kes Bunuh Diri Meningkat 35 Peratus Selepas Kudeta

bunuhXdiri

Organisasi Hak dan Kebebasan Mesir menyatakan bahawa kemerosotan ekonomi dan sosial telah menyebabkan peningkatan kes bunuh diri di masyarakat pada suku pertama tahun 2015 meningkat 35% dibandingkan dengan suku terakhir pada tahun 2014 lalu.

Dalam laporan yang dikeluarkan oleh organisasi non-pemerintah yang menyoroti bidang kebebasan berpendapat di Mesir pada hari Khamis (14/05) lalu mencatat bahawa ada sekitar 114 kes bunuh diri yang telah direkodkan dari 1 Januari hingga 30 April 2015, atau meningkat dari 91 kes di suku terakhir tahun 2014.

Organisasi tersebut mendakwa pemerintah kudeta militer bertanggung jawab penuh atas banyaknya kes bunuh diri yang diakibatkan semakin merosotnya ekonomi negara dan tangan besi pemerintah sejak penggulingan Presiden Muhammad Mursi pada 3 Julai 2013 lalu.

Organisasi Hak dan Kebebasan Mesir meminta para tokoh politik dan agamawan untuk segera turun tangan menghentikan kes bunuh diri yang menjadi ancaman baru setelah krisis ekonomi dan tangan besi pemerintah kudeta militer. (Rassd/Ram) sumber

YAMAN - Gencatan Senjata 5 Hari Berlangsung

beberapa orang penduduk Yemen menumpang sebuah van ketika melarikan

SANAA 13 Mei – Gencatan senjata kelolaan Arab Saudi berkuat kuasa lewat semalam selepas 24 jam aktiviti pengeboman dilancarkan ke atas kubu pemberontak Houthi di Yemen. Gencatan senjata selama lima hari itu membolehkan penghantaran bekalan makanan dilakukan, walaupun pasukan-pasukan bantuan telah memberi amaran kepada tentera perikatan yang diketuai Arab Saudi mereka memerlukan lebih banyak masa.

 “Kami komited menghormati gencatan senjata ini,” ujar Brigadier Jeneral Ahmed al-Assiri, yang memberi amaran kepada pembe­rontak Houthi untuk melakukan perkara yang sama. Menurutnya, pihaknya bersedia untuk bertindak balas terhadap pemberontak Houthi jika melanggar gencatan senjata.

Sejak semalam, seramai 69 orang terkorban manakala 250 orang lagi cedera, kebanyakannya orang awam dalam serangan tentera perikatan ke atas kubu pemberontak Houthi. Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Jeneral Irina Bokova mengutuk ‘kerosakan teruk’ di tapak warisan di negara ini termasuk di bandar tua Sanaa, ketika serangan udara dilancarkan oleh tentera perikatan. Beliau menggesa semua pihak yang terlibat dalam konflik di Ye­men memastikan warisan sejarah di Yemen terpelihara.

Sementara itu, Duta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Yemen, Ismail Ould Cheikh Ahmed tiba di Sanaa untuk menyambung semula rundingan damai antara pihak-pihak yang bertelagah selepas rundingan sebelum ini gagal. – AFP  sumber

3 Terkorban di Kandahar

KANDAHAR, Afghanistan 13 Mei - Sekurang-kurangnya tiga orang maut hari ini apabila satu drama tembak-menembak tercetus di antara pasukan polis Afghanistan dan kumpulan militan yang bersembunyi di dalam sebuah masjid di selatan Afghanistan.

Adalah tidak jelas sama ada anggota militan bersenjata itu menahan tebusan di dalam masjid kerana pertempuran masih berlaku di Lashkar Gah. “Dua penyerang yang bersenjatakan bom pelancar roket (RPG) dan pistol cuba memasuki bangunan kerajaan di Lashkar Gah, namun berjaya dihalang pasukan polis. “Mereka dipaksa memasuki sebuah masjid dan kini berbalas tembakan dengan pasukan polis yang telah mengepong mereka,” kata seorang pegawai keselamatan Afghanistan kepada AFP.

Seorang lagi penguat kuasa keselamatan yang enggan dikenali berkata, seramai tiga orang terlibat termasuk ketua Majlis Ulama Helmand, telah terbunuh. - AFP  sumber

Bayi Ditanam 8 Hari masih Hidup

Seorang bayi masih bernyawa walaupun ditanam oleh ibu bapanya

BEIJING 13 Mei – Seorang wanita menemui seorang bayi lelaki yang ‘ditanam hidup-hidup’ oleh ibu bapanya di kawasan pergunungan di wilayah Guangxi, selatan China, baru-baru ini dan didapati masih bernyawa. Menurut portal Mail Online, ibu bapa bayi itu ‘menyimpan’ anak mereka itu di kawasan perkuburan di pergunungan itu kerana dia dilahirkan dalam keadaan sumbing, sebelum dikesan oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Lu Fenglian selepas mendengar tangisan kuat kanak-kanak itu di kawasan perkuburan tersebut.

Fenglian berkata, dia terdengar tangisan kuat itu ketika melalui kawasan perkuburan untuk mengutip herba bagi dijadikan ubat-ubatan.Dia kemudian menghubungi polis dan polis kemudian menggali lubang sedalam 0.5 meter di kawasan perkuburan itu ketika hujan dan mengeluarkan seorang bayi yang diletakkan di dalam sebuah kotak sebelum dihantar ke Hospital Tian Dong untuk diberi rawatan. Polis percaya bayi itu ditanam di situ sejak lapan hari lalu.

Menurut polis, bayi itu masih bernyawa dengan bergantung kepada air hujan yang memasuki kotak tersebut, walaupun kotak itu ditanam di dalam tanah. Polis berjaya mengesan kedua-dua ibu bapa bayi itu di Kampung Siping di bandar Ping Ma dan pasangan itu mengaku menanam anak mereka dua hari selepas bayi itu dilahirkan pada 24 April lalu kerana menyangka anaknya telah meninggal dunia. - sumber

PAKISTAN - 43 Penganut Syiah Maut, 13 Cedera

KARACHI 13 Mei – Sekurang-kurangnya 43 pengikut Syiah terbunuh, manakala 13 lagi cedera selepas sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sebuah bas yang mereka naik, di sini, hari ini. Ketua Polis Wilayah Sindh, Ghulam Haider Jamali berkata, enam orang lelaki yang menunggang tiga buah motosikal bertindak melepaskan tembakan ke arah bas berkenaan menggunakan pistol.

“Suspek dipercayai menggunakan pistol jenis 9mm. “Suspek berjaya melarikan diri dan usaha memburu mereka sedang giat dijalankan,” jelas Ghulam. Stesen televisyen yang membuat liputan berkenaan serangan itu, memaparkan bagaimana sebuah bas berwarna merah jambu musnah terkena tembakan, dengan terdapat kesan darah di beberapa bahagian bas itu.

Rakaman turut memaparkan bagaimana ahli keluarga mangsa tidak dapat menahan kesedihan dan menangis apabila melihat mayat orang tersayang diusung keluar dari bas berkenaan. Sehingga kini, tiada pihak tampil mengaku bertanggungjawab me­lakukan serangan tersebut, dengan kumpulan pengganas Taliban dijadikan sebagai suspek utama selepas sering melancarkan serangan ganas di negara ini. – AFP  sumber

Penduduk THAI Bantah Kem Pelarian Rohinya

Sebahagian daripada pelarian Rohingya berkumpul menunggu giliran

BANGKOK 14 Mei - Penduduk wilayah selatan Thailand menentang rancangan kerajaan untuk membuka kem pelarian untuk menempatkan penduduk Rohingya yang diseludup dari Myanmar dan Bangladesh. Laman web Bangkok Post melaporkan, mereka melahirkan rasa tidak puas hati tersebut selepas Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha, semalam mengumumkan kerajaan sedang menimbangkan untuk membina pusat tahanan untuk Rohingya dan pelarian terbabit.

Datuk Bandar Cha-uat, Nakhon Si Thammarat; Prin Panjin berkata, pihaknya kini mengenal pasti lokasi bagi kem tersebut jika rancangan itu diluluskan. ‘‘Penduduk tempatan marah apabila timbul cadangan kem tersebut akan dibuka di pasar pusat dan kuil. ‘‘Kesan pembukaan kem tersebut tidak diketahui, namun penduduk tempatan akan menanggung kesannya. Masalah mungkin melibatkan penyebaran penyakit, kesan kepada sistem kesihatan awam sehinggalah keadaan huru-hara,’’ katanya. -SUMBER

Vatican Iktiraf PALESTIN

Kanak-kanak Palestin mengulang kaji pelajaran di dalam khemah

VATICAN CITY 14 Mei – Pihak berkuasa Vatican dilapor mengikat perjanjian dengan Palestin, yang pertama sejak Israel menawan Palestin, sekali gus mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara, satu langkah yang membolehkan badan perundangan Gereja Katolik, Holy See mengiktiraf Palestin secara rasmi. Perkembangan itu, sekali gus mengundang kemarahan penyokong Israel.

Perjanjian itu yang menurut Vatican dibuat bagi `meningkatkan kehidupan dan aktiviti Gereja Katolik di wilayah itu dan pengiktirafan pada peringkat kehakiman’ dibuat menjelang pertemuan pemimpin Vatican, Pope Francis dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, sekali gus mengukuhkan hubungan antara Vatican dan Palestin. Teks perjanjian itu meliputi aktiviti Gereja Katolik di kawasan yang dikuasai Pihak Berkuasa Palestin (PA) telah dirumuskan dan akan secara rasmi ditandatangani oleh pihak berkuasa masing-masing ‘dalam masa terdekat’, kata satu kenyataan bersama yang dikeluarkan Vatican.Mahmoud dijangka menghadiri satu majlis agama di Vatican pada Ahad ini bagi memperingati dua pemimpin agama itu kelahiran Palestin. Pegawai Vatican menegaskan bahawa Holy See telah memberikan pengiktirafan rasmi kepada Negara Palestin sejak 2012.

Timbalan Menteri Luar Vatican, Monsignor Antoine Camilleri dalam satu temubual dengan akhbar rasmi majlis perundangan itu berkata, beliau berharap perjanjian itu secara tidak langsung membantu Palestin dalam hubungannya dengan Israel. “Pengiktirafan itu akan menjadi positif jika perjanjian itu dapat membantu penubuhan dan pengiktirafan sebuah negara Palestin yang berdaulat dan demokratik yang hidup dengan aman dan selamat bersama Israel dan negara berjiran,’’ katanya kepada l’Osservatore Romano.

Bagaimanapun, Presiden Kongres Yahudi Eropah, Moshe Kantor menyifatkan langkah itu ‘agak malang’ dan menambah kata, pengiktirafan itu akan ‘menyukarkan peluang satu resolusi konflik secara aman dan membuka peluang kepada pelampau’. -SUMBER

Taliban Akui Serang Rumah Tamu di Kabul



KABUL: Kumpulan Taliban, hari ini berkata mereka adalah pihak yang bertanggungjawab ke atas serangan ke atas sebuah rumah tetamu di Kabul ketika majlis konsert di Kabul yang menyebabkan lima orang terkorban, termasuk dua rakyat India dan Amerika Syarikat.

"Ia satu misi bunuh diri dijalankan oleh salah seorang Mujahideen kami dari Logar. Serangan ini dirancang baik dengan sasaran ke atas orang penting dan rakyat AS yang menghadiri majlis berkenaan," menurut kumpulan militan berkenaan dalam kenyataan.

Kedutaan Amerika Syarikat di Kabul sebelum itu mengesahkan bahawa seorang rakyat Amerika terbunuh, manakala Duta India dalam Twitternya berkata terdapat beberapa rakyat India cedera atau kehilangan nyawa dalam serangan itu. - AFP sumber

Tuesday, May 12, 2015

Makhluk Asing di Rosewell

Gambar makhluk asing yang dirakam oleh Bernard Ray sekitar tahun

NEW MEXICO 11 Mei - Dua keping gambar yang diambil oleh seorang ahli geologi, menjadi bahan bukti penting menyatakan bahawa objek terbang tidak dikenali (UFO) yang terhempas di Roswell, di sini pada tahun 1940-an, dinaiki oleh makhluk asing.

Laman web Inquisitr melaporkan, gambar yang memaparkan sebahagian daripada bentuk badan makhluk asing itu diambil oleh Bernard Ray sekitar tahun 1947 hingga 1949 dengan menggunakan filem Kodachrome. Pakar UFO mengesahkan, gambar tersebut tulen dan tidak wujud sebarang unsur penipuan selepas menjalankan kajian selama lima tahun.

“Kami percaya gambar ber­kenaan adalah tulen kerana pada masa itu lakaran makhluk asing masih belum wujud dan tidak mungkin manusia boleh memikirkan cara menghasilkan model sedemikian. “Ini jelas menunjukkan memang wujud perhubungan antara makhluk asing dengan Bumi sejak dahulu lagi,” kata pakar UFO Mexico, Jaime Maussan ketika menjadi pengacara dalam rancangan Be A Witness, yang memaparkan imej makhluk asing berkenaan kepada umum buat pertama kali di National Auditorium, baru-baru ini. Kata Maussan, gambar tersebut dijumpai di dalam kotak yang dipenuhi dengan gambar-gambar lama di rumah loteng milik Ray di Arizona, Amerika Syarikat. Bagaimanapun, pengkaji dan penulis buku UFO terkenal, Richard Dolan tidak setuju dengan keputusan kajian berkenaan dengan berkata, foto tersebut perlu dianalisis dengan lebih mendalam kerana bukti bergambar tidak memberi maklumat yang jelas.sumber

Khalifah IS Cedera Parah

IRQ01. Mosul (Iraq), 05/07/2014.- A photograph made from a video released on 05 July 2014 by the jihadist affiliated group Furqan Media via their twitter account allegedly showing Islamic State (IS) leader Abu Bakr al-Baghdadi delivering a sermon during Friday prayers at a mosque in Mosul, Iraq, 04 July 2014. Abu Bakr al-Baghdadi, the ruler of the self-styled caliphate recently proclaimed by the jihadist Islamic State in Iraq and the Levant (ISIL), appears in a video said to be filmed inside a mosque in Mosul where he is delivering a sermon. Abu Bakr al-Baghdadi declared an Islamist caliphate in the territory under the group's control in Iraq and Syria earlier this week. (Siria) EFE/EPA/FURQAN MEDIA / HANDOUT BEST QUALITY AVAILABLE. EPA IS USING AN IMAGE FROM AN ALTERNATIVE SOURCE AND CANNOT PROVIDE CONFIRMATION OF CONTENT, AUTHENTICITY, PLACE, DATE AND SOURCE. HANDOUT EDITORIAL USE ONLY/NO SALES

Setelah diberitakan meninggal oleh sejumlah akhbar Barat, kali ini giliran akhbar terkenal Amerika Syarikat menyatakan bahawa pemimpin tertinggi mujahidin Negara Islam cedera parah akibat terkena serangan udara koalisi internasional 2 bulan lalu.

Seperti dipetik akhbar Daily Beast dari seorang sumber terpercaya pemimpin tinggi Negara Islam yang telah keluar mengatakan, “Sampai saat ini Abu Bakr al-Baghdadi masih dalam keadaan hidup, akan tetapi dia menderita luka parah akibat terkena serangan udara koalisi internasional.”

Sumber yang tidak mahu disebutkan namanya tersebut menambahkan, “Negara Islam telah memindahkan al-Baghdadi sejak 2 bulan lalu dari Iraq ke utara kota Raqqa di Syria. Pasukan perubatan memperkirakan dirinya akan mengalami kelumpuhan akibat kerosakan tulang belakang yang dideritanya.”

Sumber tersebut melanjutkan, “Ada 9 doktor ahli termasuk doktorpakar  di Hospital Umum Mosul yang dibayar oleh organisasi untuk merawat al-Baghdadi. Mereka dipindahkan dalam konvoi terpisah untuk menghindari pemantauan dari satelit risikan AS.”

Menurutnya memang al-Baghdadi masih cukup sedar untuk mengeluarkan perintah organisasi, akan tetapi kecederaan fizikal yang dideritanya akan memaksa Syura Dewan Negara Islam untuk memilih pemimpin baru yang dapat bergerak di Syria dan Iraq,” tambahnya. (Dostor/Ram) sumber

Jet Pejuang MAGHRIBI Hilang di YAMAN



RABAT: Sebuah jet pejuang F-16 milik tentera udara Maghribi yang menyertai serangan tentera pakatan di Yaman yang diketuai Arab Saudi, dilaporkan hilang hari ini. Angkatan Tentera Diraja Maghribi dalam kenyataannya berkata, juruterbang pesawat kedua dalam skuadron yang sama gagal melihat sama ada juruterbang jet berkenaan sempat menekan kerusi anjal. Kejadian dilaporkan berlaku jam 6 petang waktu tempatan, demikian kenyataan yang disiarkan agensi berita rasmi Maghribi, MAP.sumber

INDONESIA Usir Bot Pendatang BANGLADESH dan BURMA



JAKARTA: Sebuah bot yang membawa ratusan warga Myanmar dan Bangladesh ditarik keluar dari perairan Indonesia sehari selepas ia tiba di pantai timur Aceh, menurut jurucakap angkatan laut republik itu.

"Ia ditarik keluar dari wilayah Indonesia. Kami tidak memaksa mereka pergi ke Malaysia atau Australia. Ia bukan urusan kami. Urusan kami ialah mereka tidak memasuki Indonesia kerana Indonesia bukan destinasinya," kata jurucakap TNI-AL, Manahan Simorangkir. Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan destinasi kapal berkenaan.  sumber

SUDAN - Puluhan Terbunuh dalam Pertempuran Antara Puak

KHARTOUM: Puluhan orang terbunuh dalam pertempuran antara dua puak Arab di Darfur Timur, menurut seorang Ahli Parlimen. Pertempuran antara puak Rezeigat dan Maaliya di sekitar kawasan Abu Karinka di Darfur Timur itu adalah siri terbaru konflik berdarah antara etnik di wilayah itu.

 "Puak Rezeigat membunuh 60 orang dalam serangan di Maaliya," kata Hamdan Tirab, wakil bagi kawasan Abu Karinka. Akses ke Darfur amat terhad, sekali gus sukar untuk mengesahkan angka korban.

"Pertempuran itu bermula pada jam 11 pagi 0900 GMT) dan berlanjutan hingga senja. Senjata berat dan kenderaan kerajaan digunakan," katanya. Seorang pemimpin puak Rezeigat berkata: "Kami kehilangan 40 pejuang dalam pertempuran di kawasan Abu Karinka hari ini tetapi tidak tahu berapa ramai yang terbunuh di pihak lawan." - AFP sumber