Tuesday, June 30, 2015

THAILAND Perkenal Aplikasi Tarik Pelancong Muslim



BANGKOK: Thailand memperkenalkan aplikasi telefon pintar untuk menarik pelancong Islam bagi menyemarakkan kembali industri pelancongan negara itu yang terjejas selepas rampasan kuasa tentera pada Mei tahun lalu. Lembaga Pelancongan Thailand (TAT) berharap aplikasi itu akan membantu menarik kedatangan pelawat sekali gus memulihkan sektor itu yang menyumbang 10 peratus kepada ekonomi.

Usaha mengalu-alukan kedatangan pelancong Islam ke Thailand juga dibuat berikutan sentimen anti-Islam yang semakin membara di beberapa negara barat. Aplikasi baharu itu kini boleh dimuat turun di telefon pintar sama ada yang menggunakan sistem operasi Android keluaran Google Inc dan iOS, Apple Inc. Pemangku Gabenor TAT, Juthaporn Rerngronasa, berkata menerusi paparan carian dan navigasi, ia membantu pelancong mencari hotel dan pusat beli-belah dilengkapi bilik solat serta tempat mendapatkan makanan atau restoran halal.

Dalam kalangan negara bukan anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Thailand diberi kedudukan kedua popular buat pengunjung Islam untuk dilawati di dunia selepas Singapura oleh Indeks Pelancongan Islam Global 2015. "Kami percaya ini kerana kami memiliki pelbagai produk dan perkhidmatan sesuai buat pelancong Islam," kata Juthaporn.

Aplikasi itu boleh diperoleh dalam bahasa Inggeris dan Thailand namun akan dikembangkan kepada bahasa Arab dan Indonesia. Thailand mengunjurkan kedatangan 29.5 juta pelancong tahun ini, meningkat 19 peratus berbanding tahun 2014. - Reuters  sumber

Lembah Kashmir Digegar Gempa



NEW DELHI: Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter melanda Lembah Kashmir awal pagi ini, 48 jam selepas gempa bumi berukuran 5.6 melanda negeri Assam, di timur laut India, Ahad lalu.

"Satu gempa bumi sederhana berlaku pada jam 3.40 awal pagi ini," kata seorang pegawai daripada Jabatan Meteorologi India dalam satu kenyataan media. Menurut kenyataan itu, pusat gempa ialah di banjaran gunung Hindu Kush, Afghanistan. Times of India melaporkan gegaran dapat dirasai sebaik sahaja penganut agama Islam selesai bersahur.

Setakat ini, tiada kehilangan nyawa atau kerosakan harta benda dilaporkan. Pada Oktober 2005, lebih 40,000 orang maut selepas gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter menggegarkan Lembah Kashmir. Ahad lalu, semasa gempa bumi di Assam, gegaran turut dirasai sejauh Bhutan, Bangladesh, Nepal dan bahagian timur India. - BERNAMA sumber

Pelarian SYRIA Turut Berpuasa Walau Serba Kekurangan

Sebahagian pelarian Syria berbuka puasa di sebuah kompleks di

SIDON, Lebanon 29 Jun – Pelarian Syria di Lebanon, terpaksa bergantung sepenuhnya kepada sumbangan orang ramai untuk berbuka puasa sepanjang Ramadan ini. Portal Lebanon, Daily Star me­laporkan, pelarian Syria itu bernasib baik kerana mereka menerima sumbangan daripada pelbagai pihak sepanjang bulan mulia ini.

Di sebuah dewan kompleks di Sidon yang menempatkan sejumlah pelarian Syria, air mata seorang wanita, Amani al-Afifi berlinangan kerana sedih mengenang nasib yang menimpa mereka. Amani yang bekerja sebagai tukang jahit di Qusair, Syria sebelum konflik berkata, kehidupannya sekeluarga kini sudah berubah.

“Sebelum konflik Syria, semua­nya cantik. Kami selalu memberi makanan kepada penduduk miskin dan membantu anak-anak yatim. Kini situasinya sudah berubah, kami pula yang memerlukan bantuan,’’ katanya. Wanita itu berkata, hidup mereka sudah musnah. - sumber

TUNISIA Buru Suspek Secara Besar-besaran

Anggota pasukan keselamatan Tunisia memeriksa sebuah kenderaan

TUNIS 29 Jun – Polis Tunisia semalam melancarkan gerakan besar-besaran memburu suspek yang dipercayai terlibat dalam serangan berdarah di kawasan pelancongan popular Sousse, selatan negara ini pada Jumaat lalu. Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Mohamed Ali Aroui dalam kenyataannya berkata, operasi terbabit dilancarkan berdasarkan sumber risikan yang percaya pen­yerang, Seifeddine Rezgui, 23, mempunyai rakan subahat dalam serangan yang meragut 38 nyawa.

 Jelas Ali, bapa dan tiga rakan sebilik Seifeddine telah ditahan dan disiasat di Tunis bagi membantu siasatan berhubung tragedi berdarah itu. “Kami percaya Seifeddine yang merupakan pelajar jurusan penerbangan di Universiti Kairouan, dibantu oleh orang lain yang tidak terlibat secara langsung dalam serangan itu. “Hasil siasatan awal juga me­nunjukkan suspek memberikan senapang jenis Kalashnikov kepada Seifeddine dan membantunya tiba ke lokasi serangan,” kata Ali seperti yang dilaporkan portal Al Jazeera.

Militan Negara Islam (IS) mengaku bertanggungjawab dalam serangan itu, tetapi kerajaan Tunisia mempertikaikan kesahihan laporan berkenaan. Dalam kejadian Jumaat lalu, seramai 38 orang terbunuh, kebanyakannya pelancong Britain apabila Seifeddine yang bersenjatakan Kalashnikov melepaskan tembakan secara rambang ke arah kumpulan pelancong di tepi pantai Sousse sebelum pihak polis menembak mati suspek. -sumber

Israel Tahan Kapal Flotilal III

Kapal Marianne Gothenburg semasa berlepas dari Palermo, Itali,

BAITULMAQDIS 29 Jun - Tentera Laut Israel, hari ini bertindak menggeledah sebuah kapal aktivis pro-Palestin sebelum mengambil alih kapal itu dan mengarahkannya ke pelabuhan Ashdod di Israel, ketika kapal tersebut menyertai flotila kemanusiaan belayar ke Genting Gaza, dalam percubaannya untuk memecah sekatan Israel di wilayah Palestin itu.

Tentera Israel dalam satu ken­yataan berkata, selaras dengan undang-undang antarabangsa, tentera laut Israel telah beberapa kali menasihati kapal tersebut supaya mengubah laluan. “Setelah mereka enggan menukar laluan, Tentera Laut Israel telah menaiki dan menggeledah kapal tersebut di perairan antarabangsa bagi memastikan mereka tidak melanggar sekatan maritim terhadap Gaza,” tambah kenyataan itu.

Pihak berkuasa Israel melaporkan, setakat ini tiada tindakan kekerasan diambil dan proses menahan kapal tersebut berjalan lancar. Kapal itu kini diiringi ke Pelabuhan Ashdod dan dijangka tiba di pelabuhan itu dalam tempoh 12 hingga 24 jam lagi. Seorang jurucakap tentera mengesahkan Kapal Marianne Gothenburg dari Sweden itu merupakan sebuah daripada empat kapal yang menyertai Flotila Kebebasan III, yang membawa aktivis pro-­Pa­lestin termasuk anggota Parlimen Arab-Israel, Basel Ghattas, bekas Presiden Tunisia, Moncef Marzouki dan juga seorang anggota Parlimen Eropah ke Gaza.

 Setakat ini tiada laporan tentang tiga buah lagi kapal yang menyertai flotila itu, namun seorang pembe­rita yang menaiki Kapal Marianne Gothenburg memberitahu, kapal-kapal tersebut mengekori dari belakang. “Pelayaran flotila ini tidak lain dan tidak bukan hanya satu demonstrasi hipokrit dan pembohongan untuk membantu Hamas, sebuah pertubuhan pengganas dan mengetepikan semua penderitaan di rantau ini.

“Langkah menghalang kapal itu masuk ke Gaza melalui jalan laut dibuat mengikut undang-undang antarabangsa, malahan kami juga menerima sokongan daripada sebuah jawatankuasa daripada pejabat Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” dakwa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang mengutuk flotila itu dan mengucapkan tahniah kepada tentera Israel yang menahan kapal tersebut. – AFP sumber

Dunia Mesti Tolak Perkahwinan Sejenis

Konstitusi Indonesia tegas menolak perkawinan sejenis

Baru-baru ini pernikahan sesama jenis kembali menjadi pembicaraan yang hangat baik di media cetak maupun elektronik. Pro kontra terhadap pernikahan sesama jenis memang sejak lama dibicarakan khalayak ramai. Namun tepatnya minggu lepas media massa kembali mem'blow-up' berita terkait pernikahan sesama jenis.

Pasalnya pada hari Jumaat (26/6) Mahkamah Agung Amerika Syarikat memutuskan untuk dibenarkan aturan secara nasional (sebanyak 50 Negeri Bahagian) pernikahan sesama jenis, di mana sebelumnya hanya 37 Negara Bahagian pernikahan sesama jenis ini secara sah dibenarkan.

Di Indonesia, beberapa orang termasuk artis mendukung dan bergembira atas putusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat ini. Mereka seakan menanti aturan tersebut juga dijalankan di Indonesia. Namun, sebahagian besar juga menolak dan ada yang anti terhadap pernikahan sesama jenis ini. Advokat yang juga aktivis Hak Asasi Manusia dari SNH Advocacy Center, Sylviani Abdul Hamid menolak dan keberatan apabila aturan tersebut dijalankan di Indonesia. Dia menegaskan bahawa Indonesia tidak dapat memberlakukan pernikahan sesama jenis ke dalam bentuk peraturan, sebab menurutnya pernikahan sesama jenis sangat bertentangan dengan Konstitusi Indonesia.

Konstitusi (UUD 1945-red.) menurutnya menganut asas Ketuhanan Yang Maha Esa, di mana di sana tercermin bahawa Bangsa Indonesia merupakan bangsa yang beragama. Sebagai bangsa yang beragama, maka sudah sepantasnya menolak pernikahan sesama jenis yang merupakan perilaku menyimpang.

“Sebagai Bangsa yang beradab tentu bangsa Indonesia dan juga agama-agama yang ada di Indonesia menolak penyimpangan seksual sebagian kaum hedon ini,” tegas Sylvi “Undang-undang yang ada pun telah tegas menutup celah bagi pernikahan sesama jenis ini,” sambung Direktur Eksekuti SNH Advocacy Center ini.

Dia mencontohkan aturan tentang Perkahwinan misalnya Pasal 1 telah dengan tegas mengatakan bahawa perkahwinan adalah ikatan zahir batin antara seorang lelaki dengan seorang wanita sebagai suami isteri dengan tujuan membentuk keluarga (rumah tangga) yang bahagia dan kekal berdasarkan Ketuhanan Yang Maha Esa.

Ungkap Sylvi seraya mengutip Pasal 1 dalam Undang-undang Nomor 1 Tahun 1974 tentang Perkawinan. “Undang-undang ini merupakan perwujudan dan bentuk komitmen dari segenap Bangsa Indonesia dalam rangka membangun Negara Kesatuan Republik Indonesia yang mengedepankan nilai-nilai Ketuhanan Yang Maha Esa sebagaimana dimuat dalam Konstitusi kita,” lanjutnya. Menurutnya budaya dan agama-agama di Indonesia juga sepakat bahwa perkawinan sesama jenis merupakan sebuah aib dan perbuatan tak bermoral yang mesti ditolak bahkan dikategorikan sebagai perbuatan dosa.konstitusi

 “Indonesia memang bukan Negara agama, tapi menganut asas Ketuhanan Yang Maha Esa di mana nilai-nilai keagamaan mesti dikedepankan, disamping itu Budaya Timur kita juga menjunjung tinggi etika dan moraliti Bangsa oleh keranaya sudah sepantasnya Indonesia melarang pernikahan sesama jenis ini,” tutup Sylvi.  sumber

Pesawat Tentera INDONESIA Jatuh, 43 Maut

Pesawat militer milik Tentara Nasional Indonesia jenis hercules C130 jatuh persis di pemukiman warga di Jalan Jamin Ginting, Medan, Sumatera Utara, Selasa (30/6/2015). Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un.
Penyebab jatuhnya pesawat itu belum diketahui sebabnya. “Jatuhnya pukul 12.08 WIB,” kata Kapuspen TNI Mayor Jenderal TNI Fuad Basya, mengutip CNN Indonesia.
Kepala Staf Angkatan Udara (KSAU) Marsekal Agus Supriyatna membenarkan peristiwa jatuhnya pesawat militer itu.
Berdasarkan pantauan siaran breaking news TVone, korban tewas hingga berita ini dipublikasikan, sudah 43 jenazah dievakuasi ke intalasi jenazah Rumah Sakit Umum Pusat Haji Adam Malik Medan.
Korban diperkirakan masih terus bertambah, karena pesawat jatuh persis di pemukiman padat dan area spa, mandi uap.
- See more at: http://www.arrahmah.com/news/2015/06/30/hercules-tni-jatuh-di-pemukiman-warga-43-jenazah-sudah-di-evakuasi.html#sthash.ZiGoBM2n.dpuf
 Pesawat militer milik Tentera Nasional Indonesia jenis Hercules C130 jatuh di pemukiman warga di Jalan Jamin Ginting, Medan, Sumatera Utara, Selasa (30/6/2015). Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un.

Penyebab jatuhnya pesawat itu belum diketahui sebabnya. “Jatuhnya pukul 12.08 WIB,” kata Kapuspen TNI Mejar Jeneral TNI Fuad Basya, memetik CNN Indonesia. Ketua Staf Angkatan Udara (KSAU) Marsekal Agus Supriyatna membenarkan peristiwa jatuhnya pesawat militer itu.

Berdasarkan pantauan siaran breaking news TVone, korban hingga berita ini disiarkan, sudah 43 jenazah dievakuasi ke intalasi jenazah Hospital Umum Pusat Haji Adam Malik Medan. Korban diperkirakan akan terus bertambah, kerana pesawat jatuh persis di pemukiman padat dan area spa, mandi wap. - sumber

MALAYSIA Gesa Hentikan Perang di SUDAN



KUALA LUMPUR: Malaysia menggesa semua pihak di Sudan untuk segera menghentikan semua serangan ke atas orang awam dan anggota pasukan pengaman dan kemanusiaan di Darfur. Timbalan Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Siti Hajjar Adnin, berkata Malaysia amat bimbang dengan keadaan keselamatan di Darfur, seperti yang ditunjukkan oleh peningkatan dalam pertempuran antara pasukan bersenjata Sudan dan kumpulan bersenjata, konflik antara kaum dan kejadian kegiatan merompak dan jenayah.

Beliau berkata, menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), konflik yang bertambah buruk menyebabkan peningkatan sebanyak 130,000 orang pelarian dalam negara yang baharu terutamanya di kawasan Jebel Marra. "Kami ingin mengingatkan semua pihak dalam konflik itu berhubung tanggungjawab mereka di bawah hak asasi manusia antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan. Kami berpegang kepada pandangan bahawa pelaku jenayah sedemikian mesti bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan pada taklimat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu tentang Sudan dan Selatan Sudan di New York, semalam. Kenyataan beliau difakskan kepada Bernama di sini, hari ini. Siti Hajjar berkata, Malaysia juga bimbang bahawa Misi Pertubuhan Bangsa Bersatu-Kesatuan Afrika di Darfur (UNAMID) terus menghadapi sekatan pergerakan, penafian akses dan serangan terhadap kakitangannya. Beliau berkata, Malaysia juga menggesa kerajaan Sudan untuk segera menyiasat dan bertindak sewajarnya berhubung laporan beberapa pelanggaran Status Pasukan (SOFA). "Kami memuji UNAMID, berdasarkan cabaran-cabaran ini, menjadi teguh dan tegas dalam berusaha untuk mencapai objektifnya yang strategik," kata beliau.


Beliau berkata, Malaysia yakin bahawa tidak ada penyelesaian tentera kepada konflik di Darfur dan mengutuk sebarang tindakan yang bertujuan menggulingkan kerajaan Sudan secara paksa. "Kami menggalakkan kerajaan Sudan untuk melancarkan semula rundingan langsung dengan pihak-pihak yang berkonflik dan seterusnya menggalakkan pihak-pihak terbabit untuk kembali ke meja rundingan dan untuk melibatkan diri secara membina.

Berkenaan dengan konflik antara kaum, dan konfik antara puak, kami menggalakkan kerajaan Sudan untuk melihat ke dalam dan menangani punca pertikaian dengan berkesan," katanya. Siti Hajjar berkata, Malaysia berpendapat bahawa usaha oleh kerajaan Sudan untuk menunjukkan pematuhan kepada resolusi Majlis Keselamatan yang berkaitan dan komitmen mereka untuk menangkap mereka yang bertanggungjawab melanggar hak asasi manusia antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, akan menyumbang secara positif ke arah membina kepercayaan dan keyakinan. - BERNAMA SUMBER

IS Penggal Kepala Dua Wanita



Kumpulan IS memenggal dua wanita di Syria yang dituduh sebagai ahli sihir, iaitu kali pertama dilaksanakan ke atas wanita di negara itu, menurut Syrian Observatory for Human Rights (SOHR).

 "Kumpulan IS menghukum dua wanita dengan memenggal mereka di wilayah Deir Ezzor dan ini adalah kali pertama SOHR merekodkan wanita dibunuh secara sedemikian," menurut Ketua SOHR, Rami Abdel Rahman. - AFP sumber

BELGIUM - Islam Bukan Musuh Barat

belgia

Dunia Islam bukanlah musuh bagi Barat, itulah ungkapan Menteri Dalam Negeri Belgium, Jan Jambon, menanggapi tuduhan masyarakat Barat terhadap Islam atas serangan berdarah ditiga tempat berbeza pada minggu lepas.

Dalam pernyataannya pada hari Isnin (29/06) lalu, Mendagri Jan Jampon mengatakan, “Saat ini pertanyaan yang mesti ditanyakan adalah bila dan di mana para teroris akan melancarkan aksinya kembali.

“Dunia Islam bukanlah musuh bagi Barat,” ujar Jan Jampon dalam komentar negaranya terhadap serangan berdarah di kilang gas Perancis, tempat pelancongan di Tunisia, dan sebuah masjid di Kuwait pada hari Jumaat (26/06).

Jan Jampon menambahkan, “Yang paling penting saat ini adalah tidak membiarkan serangan serupa terjadi di masa akan datang, akan tetapi kita tidak memiliki tanda-tanda ataupun petunjuk bila serangan selanjutnya akan dilakukan. Kita harus siap dan waspada menghadapi aksi seperti ini.” (Almasryalyoum/Ram) sumber

Kali Pertama SAUDI Kritik Israel

delegasi saudi

Untuk pertama kalinya setelah wafatnya Raja Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud pada bulan akhir Januari lalu, pemerintah Arab Saudi menyebut Zionis Israel sebagai negara pelanggar terbesar hak asasi manusia di dunia.
Pernyataan ini disampaikan Duta Besar sekaligus Wakil Tetap Arab Saudi untuk PBB di Geneva, Swiss, Faisal Trad, dalam laporan Komisi Pencari Fakta Internasional terhadap agresi Gaza pada hari Isnin (29/06).

Dalam ucapannya, Faisal Trad mengatakan, “Zionis Israel adalah pelanggar terbesar hak asasi manusia di dunia. Dewan Hak Asasi Manusia memiliki tanggung jawab internasionalis untuk segera menghentikan pelanggaran ini dengan cara mengembalikan hak-hak rakyat Palestin dan mengakhiri pendudukan brutal mereka di sana.”

Faisal Trad menambahkan, “Apa yang dunia lihat dalam agresi di Jalur Gaza adalah sebuah fakta kebrutalan negara penjajah Israel yang melampaui semua batas kemanusiaan.”

Sebelumnya dalam laporan yang dibacakan ketua komite Komisi Pencari Fakta Internasional yang juga seorang Hakim independen di kota New York, Mary McGowan Davis, mengatakan, “Tingkat kemusnahan dan penderitaan yang diderita warga Gaza setelah agresi tahun 2014 lalu adalah yang terparah dibanding dengan agresi sebelumnya, dan akan mempengaruhi generasi akan datang”

Tercatat 2 ribu orang terkorban, termasuk sekitar 1.066 orang terbunuh di dalam rumah mereka serta 370 kanak-kanak dan 241 wanita, dalam agresi Zionis Israel selama 51 hari pada Julai tahun 2014. (Rassd/Ram) sumber

YAMAN - Tradisi Lelaki Bercelak pada Ramadhan

A Yemeni man applies Kohl to the eyes of a youth in line with local tradition during the Muslim fasting month of Ramadan on June 21, 2015, at the Great Mosque in the old city of the capital Sanaa. AFP PHOTO / MOHAMMED HUWAIS        (Photo credit should read MOHAMMED HUWAIS/AFP/Getty Images)

Eyeliner atau yang dikenal dengan celak adalah hiasan mata yang kebanyakan dipakai oleh kaum wanita dibelaham bumi manapun. Akan tetapi hal tersebut tidak berlaku di Yaman, dimana kaum lelakinya pun memakai celak.

Hal ini bukan bererti para kaum lelaki di Yaman ingin tampil cantik seperti sejumlah orang yang tidak lazim. Akan tetapi memakai celak bagi lelaki Yaman di bulan suci Ramadhan adalah sebuah adat yang telah diwarisis dari nenek moyang mereka selama puluhan tahun.

Seperti disiarkan koresponden Sky News Arab dari Yaman mengatakan bahawa menurut cerita masyarakat tempatan, kebiasaan kaum lelaki memaka celak sepanjang bulan Ramadhan adalah sebuah tradisi bagi warga di sini.

Sumber tersebut menambahkan bahawa pada bulan lain para lelaki jarang sekali memakai hiasan mata ini. (Skynewsarab/Ram) sumber

Israel Ada Penangkis Lebih Baik daripada Iron Dome

Untuk pertama kalinya Kementerian Pertahanan Zionis Israel menerbitkan video latihan sistem pertahanan peluru berpandu/roket bersama “Magic Wand” dengan Dephan AS, yang akan digunakan nantinya untuk melengkapi kekurangan sistem Iron Dome Israel.

Seperti yang disiarkan Channel ke 7 Israel “Shiva” dari keterangan yang diperoleh menyatakan bahawa Magic Wand adalah sistem pertahanan rudal terbaru yang dibuat oleh Kementerian Pertahanan Israel bersama dengan Badan Pertahanan Rudal AS (MDA), dan perusahaan Rafael Israel.

Shiva menjelaskan bahawa Magic Wand adalah sistem pertahanan rudal untuk melengkapi Iron Dome yang sebelumnya telah digunakan oleh militer Israel, dengan sasaran roket dan rudal dengan jarak pendek serta pertengahan.

Menurut Shiva, sistem ini memiliki ketepatan jarak tembak jatuh rudal jarak pendek dan pertengahan lebih dari 95%. (Dostor/Ram) sumber

Monday, June 29, 2015

Ramai Masuk Islam di SAUDI pada Ramadhan

220 warga Filipina memeluk Islam di Arab Saudi

Termotivasi oleh keindahan dan keunikan ajaran Islam, sekitar 220 orang warga Filipina di Arab Saudi menyatakan memeluk Islam beberapa hari setelah melakukan buka puasa bersama dengan Pejabat Bimbingan Islam (KBI) di Mekkah.

 “Mereka menghadiri majlis buka puasa bersama dengan kami selama beberapa hari, kami kemudian memutuskan untuk mengajak mereka ke Islam dan mereka semua sepakat untuk memeluk agama (Islam),” ujar Direktur KBI Syaikh Salim Al-Maabadi mengatakan kepada Sabq Daily, seperti disiarkan OnIslam pada Ahad (28/6/2015).

Sangat umum di seluruh Arab Saudi, individu atau pihak yang menyediakan buka puasa percuma untuk orang-orang yang berpuasa termasuk non-Muslim. Kebaikan ini memotivasi beberapa tamu non-Muslim untuk mengambil keputusan kembali ke Islam.

Sepanjang Ramadhan, tingkat presentase non-Muslim yang memeluk Islam di Arab Saudi meningkat. Minggu lalu dua puluh pekerja asing asal Filipina telah mengucapkan dua kalimah syahadat di sebuah masjid di Riyadh setelah jemaah menyelesaikan solat terawih. sumber

Ular Jadi Senjata Pejuang PALESTIN

snake

Menangkap ular, hobi yang popular dalam kalangan beberapa pemuda Palestin, telah berubah menjadi taktik baru untuk melawan pasukan pendudukan Israel sepanjang pertempuran mingguan yang pecah di Kota Silwad, timur Ramallah di Tebing Barat yang diduduki.

Dengan serangan berulang dan pertempuran pada Jumaat, aktivis lokal dan pemuda telah menjadi lebih inovatif dalam mengundurkan tentera. Ular yang ditangkap dari daerah setempat diletakkan di lokasi tentera Israel dan penembak tepat sering berada.

“Ini semua dimulai tanpa perancangan saat sejumlah pemuda menangkap ular dan bersenang-senang dengan mereka. Setelah bingung memikirkan lokasi menyimpan ular-ular itu, mereka memutuskan untuk menempatkan mereka di blok konkrit lokasi tentera Israel dan penembak tepat bersandar, atau di tanah dekat daerah yang sama,” ujar seorang aktivis dari Silwad yang tidak ingin disebut namanya, dipetik dari Anadolu, Sabtu (27/6).

Dia menambahkan setelah melihat reaksi para perajurit yang syok dan ketakutan mereka akan ular, para pemuda merasa gembira dan semangat mereka meningkat.

Pertempuran di Kota Silwad dimulai sekitar 18 bulan yang lalu, setelah seorang petani diserang dan dipukul oleh sekelompok pemukim Zionis. Penduduk setempat menanggapi dengan membakar salah satu kios pemukim dekat kota.

(rz) sumber

TURKI Mahu Bina Dinding Konkrit Sempadan SYRIA

tembok pembatas'

Akhbar Miliyet Turki mengungkapkan bahawa pemerintah Ankara merancang membangun dinding konkrit di sepanjang perbatasan dengan Syria, untuk mencegah penyeludupan dan infiltrasi operasi bersenjata.

Dalam berita hari Sabtu (27/06), akhbar Milliyet mengatakan bahawa dinding tersebut dibangun dengan ketinggian 3.5 meter meliputi wilayah Hatay , Kilis, Gaziantep dan Şanlıurfa dengan kamera pengawasan dan kawat berduri.

Akhbar Milliyet memperkirakan bahawa pembangunan tersebut akan menelan dana sekitar 20 juta lira Turki ($ 10 juta).

Sementara itu ketika dihubungi secara terpisah oleh reporter Sky News Arab, walikota Sorotc di wilayah Şanlıurfa mengatakan bahawa dirinya belum mendapat keterangan rasmi dari pemerintah pusat mengenai rancangan pembangunan tembok tersebut.

Perlu diketahui bahawa perbatasan Turki-Syria memiliki panjang sekitar 911 km yang dijadikan militan asing sebagai tempat untuk menyebrang ke Syria bergabung dengan faksi perjuangan revolusi. (Skynewsarab/Ram) sumber

Perjanjian Vatican-PALESTIN

Paul Richard Gallagher (kanan) bertukar dokumen perjanjian pertama

VATICAN CITY 28 Jun – Pihak berkuasa Vatican menandatangani perjanjian pertama dengan ‘Negara Palestin’ kelmarin, yang menggesa satu `keputusan berani’ perlu dibuat bagi menamatkan konflik Palestin-Israel dan menyokong pembentukan dua buah negara. Perjanjian itu merupakan pengiktirafan rasmi Vatican terhadap Negara Palestin, selepas mengiktiraf Palestin pada 2012 yang menimbulkan kemarahan Israel.

Menteri Luar Vatican, Ketua Biskop Paul Richard Gallagher berharap perjanjian itu akan menjadi pencetus dalam membuat keputusan yang berani bagi menamatkan konflik Palestin-Israel yang telah berlarutan sejak sekian lama dan menyebabkan penderitaan kepada kedua-dua pihak yang bertelagah.

 “Rundingan damai secara langsung antara pihak Palestin dan Israel perlu disambung semula dan membawa kepada penyelesaian penubuhan dua buah negara. “Keadaan ini memerlukan satu keputusan berani tetapi akan menyumbang kepada keamanan dan kestabilan di rantau berkenaan,’’ katanya pada majlis menandatangani perjanjian berkenaan.

Beliau berkata, perjanjian berkenaan juga boleh menjadi model berhubung kebebasan beragama dan nilai moral untuk negara Arab dan negara Islam lain. Menteri Luar Palestin, Riad al-Malki berkata, perjanjian itu diharap dapat membantu membawa kepada pengiktirafan hak rakyat Palestin untuk menubuhkan negara sendiri yang bebas dan bermaruah serta bebas daripada penjajahan.

Vatican telah mengiktiraf Palestin sejak 2012 yang menimbulkan kemarahan Israel. Perjanjian itu yang melibatkan aktiviti Gereja Katholik di kawasan yang dikawal Pihak Berkuasa Palestin, merupakan antara polisi luar Vatican di bawah pimpinan Pope Francis. Vatican mahu memainkan lebih banyak peranan diplomatik di Asia Barat yang menyaksikan penduduk Kristian terpaksa melarikan diri dari kediaman masing-masing ekoran konflik di Syria, Iraq dan beberapa negara Islam lain. – REUTERS -  sumber

Pengebom Masjid KUWAIT Warga SAUDI



DUBAI 28 Jun – Kuwait berkata, pengebom berani mati yang meletupkan dirinya di sebuah masjid milik puak Syiah di Kuwait City yang menyaksikan 27 orang maut, merupakan rakyat Arab Saudi, lapor media Kuwait, hari ini. Fahd Abdul-Muhsen al-Qabaa Kementerian Dalam Negeri mengenal pasti pengebom berani mati itu sebagai Fahd Abdul-Muhsen al-Qabaa yang tiba di Kuwait pada subuh kelmarin selepas menaiki penerbangan, beberapa jam sebelum serangan tersebut.

Polis Kuwait turut menangkap pemandu yang membawa Fahd ke masjid berkenaan, selain menahan pemilik rumah di mana pengebom berani mati itu tinggal sementara. “Pemandu itu dikenal pasti sebagai Abdulrahman Sabah Eidan Saud yang merupakan penduduk haram Kuwait dan dilahirkan pada 1989,’’ kata kementerian tersebut.

Kumpulan militan Negara Islam (IS) mengaku mendalangi serangan tersebut. Kementerian Kesihatan Kuwait berkata, 227 mangsa cedera dalam insiden itu dengan 40 daripada mereka masih dirawat di hospital. – AFP/REUTERS - sumber

OIC Bimbang Hak Muslim Xinjiang Dicabul

JEDDAH 28 Jun – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyuarakan kebimbangan terhadap laporan media dan pertubuhan antarabangsa berhubung dakwaan pelanggaran hak asasi terhadap masyarakat minoriti Islam di wilayah Xinjiang, China, ketika umat Islam di seluruh dunia menunaikan ibadah puasa bulan Ramadan.

 Portal berita Arab News yang memetik kenyataan OIC berkata, kerajaan tempatan Xinjiang dilapor tidak membenarkan umat Islam di wilayah berkenaan menjalankan ibadah puasa dan ibadah lain sepanjang bulan suci tersebut. “Hak asasi masyarakat minoriti Islam di Xinjiang perlu dilindungi dan mereka perlu dibenarkan mengamalkan hak kebebasan beragama tanpa diganggu menerusi arahan langsung atau tidak langsung,” tambah kenyataan itu, semalam.

Dalam perkembangan sama, Setiausaha Agung OIC, Iyad Madani turut menggesa kerajaan pusat China menyiasat perkara tersebut dan memastikan keselamatan penduduk minoriti Islam untuk mengamalkan kebebasan agama berdasarkan undang-undang antarabangsa yang ditetapkan.

 China mengharamkan penduduk Islam di wilayah Xinjiang terutamanya penjawat awam, pelajar dan guru berpuasa pada bulan Ramadan dan mengarahkan restoran dibuka seperti biasa. “Perkhidmatan penyediaan makanan di tempat kerja akan beroperasi seperti biasa pada bulan Ramadan,” lapor satu notis yang disiarkan menerusi laman web Pentadbiran Makanan dan Dadah di daerah Jinghe, Xinjiang. Pegawai kerajaan di daerah Bole juga menerima arahan supaya tidak berpuasa atau melakukan aktiviti keagamaan sepanjang bulan Ramadan. sumber

Am - Rambut Kembar Terlilit dengan Ular Sawa

Pasangan adik beradik kembar seiras terpaksa melalui detik paling

SUMMERDALE, Amerika Syarikat 28 Jun – Sepasang adik beradik kembar seiras melalui detik mencemaskan apabila seekor ular sawa besar yang melingkar di kepala mereka menyebabkan rambut mereka tersimpul, baru-baru ini.

Menurut laporan Telegraph, kembar tersebut, Scarlet dan Fiona Mallory, 5, yang melawat sebuah taman buaya di sini cuba berjinak-jinak dengan ular yang juga menjadi tarikan di taman tersebut. Ular tersebut pada awalnya melingkar di atas kepala kedua-dua pasangan kembar itu apabila tiba-tiba menyebabkan rambut pasangan itu tersimpul, sekali gus membuatkan mereka menjerit dan menangis ketakutan.

Pelatih ular tersebut kemudian membantu mereka meleraikan rambut mereka yang kusut mengakibatkan reptilia itu tersekat bersama dalam simpulan rambut kembar itu. Sebuah video dimuat naik oleh ibu pasangan kembar itu, Stephanie Mallory merakamkan detik cemas yang dilalui anak mereka itu. - sumber

Am - Nyamuk Tertarik Pada Bau Badan



LONDON: Mengikut satu kajian ke atas pasangan kembar, DNA seseorang adalah faktor utama menjadikan mereka lebih disukai serangga kecil. Kajian itu mengenal pasti gen terbabit dan mampu membantu saintis menghasilkan racun nyamuk. Saintis sudah menemui mengapa nyamuk lebih tertarik kepada individu tertentu berbanding individu lain dan mereka percaya seseorang yang diserang itu patut menyalahkan ibu bapa sendiri.

Buat kali pertama, saintis menemui sebab genetik mengapa segelintir daripada kita seolah-olah menjadi 'magnet' kepada nyamuk, mengikut kajian perintis oleh Fakulti Kebersihan dan Perubatan Tropika London. Ia diterbitkan dalam edisi terbaru majalah sains, PLOS ONE. Untuk mengenal pasti punca itu, saintis melepaskan nyamuk Aedes dalam tiub yang terbahagi kepada dua bahagian. Serangga itu diberikan pilihan untuk memilih bahagian mereka. Pada hujung setiap tiub adalah sepasang kembar manusia. Lapan belas kembar seiras dan 19 kembar tak seiras menawarkan diri secara sukarela sebagai habuan nyamuk. Saintis terbabit memerhatikan, pasangan kembar seiras memiliki tarikan sama daripada nyamuk, sementara kembar tak seiras mempunyai tarikan berbeza.

Mereka mengatakan wujud komponen magnetik yang menarik perhatian serangga itu. Kembar seiras mempunyai gen sama. Namun kembar tak seiras memiliki gen berbeza. Gen terbabit menjadikan manusia menjadi daya penarik kepada nyamuk menerusi bau mereka terhadap serangga itu. Kajian itu menyokong kajian terdahulu yang menunjukkan bau badan memainkan peranan. Ia mendapati mereka yang mempunyai lebih banyak bakteria tertentu pada kulit akan menjadi sasaran.

Sama seperti mereka dengan darah jenis O, dikaitkan dengan bauan tertentu pada peluh mereka. Hal ini juga ditemui dalam kes wanita hamil, apabila suhu purata tubuh meningkat kepada 1.26 darjah Celsius menyebabkan wanita itu lebih mudah berpeluh. Begitu juga individu yang mempunyai berat badan berlebihan, mereka menjadi faktor tarikan kepada nyamuk. - Agensi

sumber

Selfie di Masjidil Haram Mendatangkan Masalah



MANAMA: Media sosial di Arab Saudi berdebat mengenai kegilaan terhadap perbuatan selfie yang disifatkan sudah melampau.

Ini berikutan aduan orang ramai bahawa mereka yang mengerjakan umrah di Masjidil Haram, Makkah menimbulkan masalah serius setiap kali berhenti mengambil selfie sehingga menyekat pergerakan jemaah yang lain.

"Saya menunggu 10 tahun untuk merakam detik istimewa ini sebaik dapat melihat Kaabah dan menunaikan umrah," kata seorang warga Pakistan, Abdul Rahman Yaseen. Nur Eddeen Husain berkata, dia tidak berniat menyusahkan jemaah yang lain sebaliknya hanya mahu merakam semua aktivitinya sepanjang umrah. "Ia peluang sekali seumur hidup dan saya mahu menyimpan kenangan berkenaan," katanya yang dipetik oleh laman berita Arab, Sabq.

Bagaimanapun, sebahagian warga Saudi beranggapan trend selfie sudah berubah daripada wadah ekspresi diri kepada satu godaan yang sukar dikawal serta menyusahkan jemaah lain. Seorang blogger yang dikenali Citizen berkata: "Orang pergi ke Masjidil Haram mencari ketenangan dan memanfaat setiap detik untuk menyembah Allah, bukan untuk mengambil gambar." - Agensi sumber

TUNISIA - Mungkin 30 Warga BRITAIN maut

LONDON: Bilangan mangsa dalam kalangan warga Britain dalam kejadian serangan pengganas di Tunisia mungkin meningkat kepada 30 orang, kata laporan dalam media negara itu hari ini. Mengikut Kementerian Luar, angka rasmi kematian warga British setakat ini ialah 15 orang, tetapi tidak menolak kemungkinan angka itu mungkin meningkat.

Seorang jurucakap kementerian yang dihubungi enggan mengulas lanjut. Sekurang-kurangnya 38 terbunuh termasuk tiga warga Ireland, Belgium (seorang) dan masing-masing seorang dari Portugal dan Jerman apabila seorang lelaki membuat tembakan rambang terhadap pelancong di sebuah resort pantai di Sousse, Tunisia pada Jumaat lalu.

Serangan di Tunisia adalah antara kejadian terburuk membabitkan kehilangan nyawa warga Britain selepas serangan pengganas menerusi pengembom bunuh diri pada Julai 2005 yang menyebabkan 52 terbunuh.

Dalam pada itu di TUNIS, kerajaan Tunisia mengumumkan 1,000 polis bantuan dikerahkan ke kawasan pelancongan dan pantai di negara utara Afrika itu. Menteri Dalam Negeri, Najem Gharsalli, berkata ia adalah langkah berwaspada selepas serangan pengganas paling teruk negara itu Jumaat lalu. Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan tidak mahu menjadikan kawasan pelancongan seperti markas tentera, namun perlu bertindak untuk menjamin keselamatan sektor pelancongan negara itu.

Beribu-ribu pelancong sudah keluar dari Tunisia, sejak kelmarin selepas insiden serangan itu manakala beratus-ratus lagi pulang, semalam. Serangan terhadap pelancong dijangka menjadi tamparan hebat sektor pelancongan Tunisia, yang mewakili hampir 15 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu pada 2014.

Perdana Menteri Tunisia, Habib Essid sebelum itu berkata 'kebanyakan' mangsa yang terkorban adalah warga British, diikuti warga Jerman, Belgium dan beberapa negara lain. Seorang pelajar penerbangan berusia 23 tahun dikatakan bertanggungjawab terhadap serangan itu. - Agensi sumber

Sunday, June 28, 2015

Gempa Bumi Gegar Israel

gempa israel

Satu gempa bumi berkekuatan besar baru sahaja melanda wilayah Palestin dan sekitarnya.

Seperti yang disiarkan akhbar Yediot Ahronot dalam webnya menyatakan bahawa gempa yang belum diketahui titik pusat dan skala kekuatannya baru saja menggegar wilayah Palestin yang diduduki Zionis Israel.

Hingga saat ini belum ada laporan mengenai kerosakan ataupun korban jiwa akibat gempa tersebut.

Sementara itu pejabat berita Rassd Mesir menyatakan bahawa gegaran gempa yang melanda wilayah yang dijajah Zionis Israel juga turut dirasakan penduduk Kaherah dan Giza.

Warga Kaherah dan Giza yang merasakan kuatnya getaran gempa segera berhamburan keluar kerana takut bangunan yang mereka tempati roboh akibat gempa. (Dostor/Rassd/Ram) sumber

ISIS Bunuh 40 Askar SYRIA

BEIRUT: Militan IS membunuh sekurang-kurangnya 40 tentera Syria dalam serangan berturut-turut di tiga pos pemeriksaan di tengah Syria, menurut Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia (SOHR).

Dalam pertempuran kurang dua jam semalam, militan IS menawan pos pemeriksaan berhampiran Sheikh Hilal, sebuah perkampungan di wilayah Hama.

"Pertempuran itu membunuh 40 tentera kerajaan termasuk militia tempatan," kata Ketua SOHR, Rami Abdel Rahman.

Beliau berkata, militan IS kemudian berundur selepas mendapati tentera kerajaan meminta pasukan bantuan. - AFP  sumber

Houthi Serang Loji Tapis Minyak Aden



ADEN: Pemberontak Houthi menembak peluru berpandu ke tangki simpanan di loji penapisan minyak di Aden hari ini, menurut saksi di bandar pelabuhan selatan Yaman.

Menurut mereka, asap hitam berkepul ke udara di kawasan Buraiqah itu. - Reuters sumber

Gumpalan Rambut 1.5 Meter dalam Usus

NEW DELHI 26 Jun – Tabiat seorang remaja di India yang suka mengunyah rambut sejak setahun lalu, membawa padah apabila dia terpaksa menjalani pembedahan un­­tuk mengeluarkan gumpalan ram­­but sepanjang 1.5 meter yang menyebabkan dia sukar menelan air. Menurut laporan portal Mail Online, mangsa yang dikenali sebagai Kavita Kumari, 15, bukan sahaja mengunyah rambut sendiri, tetapi juga rambut rakan-rakan­nya di sekolah. Ketagihan remaja berkenaan itu turut menyebabkan dia hilang selera makan, dan muntah apabila dipaksa untuk makan selain sering mengadu mengalami sakit abdomen serta lemah badan.

 Bapa Kumari, Bechan Ram, 34, berkata, keadaan membimbangkan itu membuatkan dia membawa anaknya ke Pusat Kajian dan Hospital Pakar Siddhart di Uttar Pradesh untuk menjalani pemeriksaan. Jelasnya, hasil ujian imbasan mendapati segumpal rambut berada di dalam badan Kumari selain kesan luka yang besar di bahagian perut dan usus kecil. “Doktor memberitahu Kumari menghidap Sindrom Rapunzel, penyakit jarang berlaku melibatkan gumpalan rambut terkumpul di dalam perut dan kebiasaannya berlaku kepada wanita muda. “Saya juga dimaklumkan bahawa keadaan kesihatan Kumari sangat membimbangkan dan berdepan risiko tidak terselamat ketika menjalani pembedahan membuang gumpalan rambut itu,” katanya.

Bagaimanapun, Kumari berjaya mengharungi pembedahan selama dua jam tersebut untuk mengeluarkan gumpalan rambut sepanjang 1.5 meter. Pakar yang mengetuai pembedahan terbabit, Dr. Lal Bahadur Sidharth berkata, beliau tidak menyangka akan mengeluarkan gumpalan rambut yang begitu besar
dan panjang. “Saya tidak pernah berdepan kes sebegini dan Kumari perlu menjalani sesi kaunseling bagi menghilangkan tabiat mengunyah rambut yang boleh menjejaskan kesihatannya. “Dia kini sedang menjalani proses pemulihan dan boleh menikmati semula makanan tidak lama lagi,” katanya. sumber

KUWAIT - 27 Maut dalam Serangan di Masjid

Ahli keluarga mangsa serangan bom di Masjid al-Sadiq tidak dapat

KUWAIT CITY 27 Jun - Pemimpin dunia, mengutuk serangan berani mati di Masjid Al-Sadiq di sini yang mengorbankan sekurang-kurangnya 27 nyawa, ketika ahli keluarga hari ini melaksanakan upacara pengebumian buat mangsa. Presiden Rusia, Vladimir Putin dalam satu kenyataan, mengucapkan takziah kepada Amir Kuwait, Sheikh Sabah al-Ahmad al-Jaber Al-Sabah serta ahli keluarga mangsa. “Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan itu dan menyatakan sokongan terhadap kepemimpinan Kuwait serta rakyatnya dalam menangani ancaman pengganas,” jelas kenyataan tersebut.

Perdana Menteri Lebanon, Tammam Salam pula berkata, rakyat negaranya turut berdukacita dengan kejadian itu. Pada masa sama, pergerakan Hezbollah di Lebanon turut mengecam serangan itu yang disifatkan kejam kerana dilancarkan di rumah Allah dan mencemarkan kesucian bulan Ramadan. “Kejadian ini menjejaskan semua penganut Islam tanpa mengira puak,” jelas Hezbollah seperti yang dilaporkan Press TV. Di Mesir,

Presiden Abdel Fattah al-Sisi turut mengutuk serangan berkenaan, sekali gus menegaskan pendirian Kaherah yang menolak semua bentuk keganasan. Serangan itu turut mendapat kecaman Bahrain, Jordan, dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC). Pihak berkuasa Kuwait memaklumkan, beberapa suspek dipercayai mempunyai kaitan dengan penyerang telah ditahan. Sekurang-kurangnya 27 orang terkorban, sementara 227 yang lain cedera apabila seorang pengebom nekad meletupkan dirinya di dalam masjid berkenaan ketika jemaah berkumpul untuk menunaikan solat Jumaat. – AGENSI sumber

IS Mengaku Serang Pusat Peranginan, 40 Maut

TUNIS 27 Jun – Kumpulan militan Negara Islam (IS) hari ini mengaku bertangungjawab terhadap pembunuhan beramai-ramai di sebuah pusat percutian popular di Tunisia yang menyaksikan hampir 40 orang terbunuh dalam satu kejadian dekat bandar Sousse, semalam. Terdahulu, kumpulan itu turut mengaku bertanggungjawab mengebom sebuah masjid Syiah di Kuwait yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 27 orang terbunuh dan lebih 200 lagi cedera termasuk serangan di sebuah kilang gas di Perancis yang mengakibatkan seorang mangsa dipenggal.

Dalam serangan di Tunisia, IS menamakan penyerang ber­kenaan sebagai Abu Yahya al-Qirawani dan mendakwa suspek berjaya menyelinap ke dalam Hotel Riu Imperial Marhaba di bandar tepi pantai Sousse. IS turut memuat naik gambar penyerang itu, namun saksi yang berada di tempat kejadian mendakwa, mereka tidak dapat mengesahkan sama ada lelaki bersenjata yang mereka lihat sama dengan imej yang diedarkan kumpulan tersebut.

 Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Tunisia, Mohammed Ali Aroui berkata, penyerang merupakan seorang pelajar tempatan yang akan menerima sarjana kejuruteraan dari bandar Kairouan. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Tunisia, kebanyakan mangsa yang terkorban merupakan pelancong dari Britain, Jerman, dan Belgium. Bagaimanapun, pihak berkuasa Tunisia tidak menamakan suspek tersebut, lapor portal berita CNN.

Dalam perkembangan berkaitan, Tunisia dalam langkah pencegahan bercadang untuk menutup sebanyak 80 buah masjid yang berada di luar pengawasan pihak berkuasa negara itu. Perdana Menteri, Habib Essid berkata, tindakan itu dibuat selepas masjid terbabit didapati menghasut keganasan kepada umat Islam.

Sementara itu di Sousse, kebanyakan pelancong didapati telah mengemas bagasi mereka untuk keluar dari lokasi tersebut, sehari selepas serangan berlaku, lapor portal Al Jazeera. Sebuah syarikat perkhidmatan pelancongan Jerman, TUI menyatakan, pihaknya sedang menguruskan penerbangan kepada pelancong yang mahu keluar dari Tunisia dan mereka yang telah menempah percutian untuk musim panas ini boleh membuat tempahan semula atau membatalkan trip percutian berkenaan tanpa sebarang caj.

 Sousse yang terletak bandar Hammamet dan Kepulauan Djerba merupakan pusat percutian yang menjadi tumpuan pelancong khasnya dari Eropah dan negara Afrika Utara. sumber

Friday, June 26, 2015

SYRIA - 35 Maut Dibunuh IS



BEIRUT: Sekurang-kurangnya 35 orang maut dalam satu serangan oleh kumpulan IS di Kobani, Syria berhampiran sempadan Turki tiga hari lalu, menurut kumpulan pemantau di negara itu.

Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia menyatakan pertempuran itu masih berlanjutan di bandar sempadan itu yang juga dikenali sebagai Ayn al-Arab.

Serangan kumpulan IS bermula Isnin lalu dengan bom kereta berhampiran pintu sempadan antara Kobani dan Turki, disusuli pertempuran dengan militia Kurdis tempatan. - Reuters sumber

BELANDA - Nabi Muhammad Dihina di Televisyen

THE HAGUE 25 Jun – Seorang ahli politik Belanda sengaja mencetuskan kemarahan umat Islam apabila menyiarkan kartun Nabi Muhammad SAW menerusi siaran televisyen tempatan dan mendakwa kebebasan bersuara perlu mengatasi keganasan.

Geert Wilders yang merupakan seorang anggota parti berhaluan kanan, Parti Kebebasan, menyiarkan kira-kira 10 kartun menghina Nabi Muhammad dalam slot dua minit mengenai isu politik melalui rangkaian televisyen NOS. Wilders mendakwa tindakannya itu sebagai mempertahankan amalan kebebasan bersuara ekoran kes dua militan yang ditembak mati di Texas, Amerika Syarikat (AS) pada bulan lalu membantah pertandingan melukis karikatur Nabi Muhammad.

Ekoran kontroversi yang dicetuskan ahli politik terbabit, jurucakap Majlis Rakyat Maghribi di Belanda, Aissa Zanzen berkata, tindakan Wilders itu dilihat sengaja membangkitkan kemarahan umat Islam, terutamanya pada bulan Ramadan ini.

 “Tindakannya itu hanya lebih kepada mencari publisiti murahan, dan umat Islam perlu mengabaikannya,” kata beliau. Sebelum ini, Wilders pernah mencetuskan kontroversi apabila mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dan kebencian, apabila beliau sanggup berbuat apa sahaja untuk memastikan jumlah rakyat Maghribi di Belanda dikurangkan.

Susulan kontroversi terbaharu yang dicetuskan Wilders itu, Kedutaan Belanda di luar negara dinasihatkan mengambil langkah keselamatan ekoran bimbang bantahan umat Islam berhubung penyiaran kartun tersebut.

Seorang jurucakap pejabat pendakwa raya Belanda yang enggan dikenali berkata, pihaknya akan menyiasat insiden berkenaan jika menerima laporan tentang tindakan Wilders menghina Nabi Muhammad dan menyinggung perasaan Umat Islam. – AFP  sumber

Boleh Berbuka Jika Cuaca Memudaratkan

Sebahagian remaja, menyejukkan diri dengan mandi air paip yang

KARACHI 25 Jun – Seorang ulama kanan di Pakistan hari ini mengeluarkan fatwa yang membenarkan umat Islam di negara ini untuk berbuka puasa ekoran fenomena gelombang panas melampau yang meragut lebih 1,000 nyawa setakat ini. Mufti Mohammad Naeem yang juga pemimpin tertinggi di sebuah madrasah terbesar di sini berkata, cuaca panas mencecah 45 darjah Celsius sehingga boleh mengancam nyawa, membolehkan penganut Islam berbuka puasa terutama mereka yang mempunyai masalah kesihatan.

Jika doktor menyatakan nyawa anda dalam bahaya ekoran cuaca panas atau keadaan anda akan menjadi lebih teruk kerana berpuasa, maka anda dibenarkan berbuka. “Keadaan ini bergantung kepada keadaan kesihatan seseorang dan bagaimana tubuh anda memberi reaksi kepada panas. Fatwa ini tidak terbuka kepada semua,” kata Naeem kepada NBC News dalam satu laporan kelmarin yang turut disokong beberapa ulama lain di Pakistan.

Kewajipan berpuasa hanya kepada umat Islam yang sihat tubuh badan, namun pengecualian diberikan kepada mereka yang sakit, tua, mengandung atau bermusafir. Naeem turut menolak pandangan bahawa fatwanya itu akan mengundang kontroversi.

Selain Karachi terdapat 50 kawasan turut terjejas dengan gelombang haba yang melanda. Seorang pegawai di Hospital Jinnah melaporkan, lebih 40,000 orang mengalami strok haba dan lebih 8,000 kini dirawat di hospital tersebut. - sumber

XINJIANG - 15 Muslim Terbunuh

china uighur

Polis Xinjiang menyerang warga Muslim Uighur dengan brutal di selatan Kota Kashgar, Rabu (24/6). Serangan ini dilakukan dengan alasan balas dendam atas dakwaan serangan bom di pos pemeriksaan. Mereka didakwa membunuh sejumlah polis dengan pisau dan bom di pos pemeriksaan. Polis membunuh sekurang-kurangnyanya 15 Muslim Uighur. Balas dendam ini dilakukan pada awal bulan suci Ramadhan.

Seperti diketahui, kekerasan terhadap Muslim Uighur terus terjadi selama beberapa tahun terakhir. Insiden ini sering diberitakan sejumlah media. Namun, Pemerintah Cina tak pernah merespons insiden ini. Kelompok Muslim Uighur dan Aktivis HAM mengatakan, kerusuhan di Xinjiang ini dicetuskan kerana pembatasan terlalu ketat terhadap ibadah umat Islam di sana.

Memetik ibtimes, jumlah kematian akibat serangan polis Xinjiang mungkin lebih daripada 28 orang termasuk pejalan kaki. Serangan ini sebagai protes pembatasan aktiviti agama Muslim Uighur di Cina yang berlangsung sejak lama. Pembatasan paling baru adalah larangan bagi umat Muslim tertentu untuk berpuasa Ramadhan.

Pemerintah Cina memberikan pemberitahuan rasmi bahawa anggota parti, PNS, siswa, dan guru dilarang berpuasa. Larangan ini dikuatkuasakan sejak tahun lalu. Mereka juga memerintahkan restoran halal tetap dibuka pada siang hari. Jurucakap Muslim Uighur, Dilxat Raxit, mengatakan perintah ini merupakan bentuk politisasi pemerintah.

Disiarkan dari TheGuardian, Presiden Xi Jinping menilai agama yang ada di Cina tidak boleh dipengaruhi asing. Seluruh warga dan agama mana pun mesti berjanji hanya setia untuk negara.

Cina dengan majoriti ateis berusaha mengendalikan pelbagai agama dan penyebarannya. “Kita mesti mengelola urusan agama sesuai dengan keinginan kami. Agama mesti tunduk pada kepentingan kami,” ujar Xi Jinping. Inilah presiden Cina yang digandeng Jokowi dengan mesra dan akan memasukkan puluhan juta warga komunisnya ke Indonesia. (rz) sumber

10 Negara Internet Paling Laju

jaringan internet duni

Sebuah perusahaan teknologi asal Amerika Syarikat, Akamai Technologies, Inc. menyatakan bahawa negara Gingseng “Korea Selatan” sebagai negara dengan kecepatan internet tertinggi di dunia mengalahkan AS dan Jepun.

Dalam daftar 10 negara dengan kecepatan internet tertinggi di dunia yang baru-baru ini dikeluarkan Akamai Technologies, Korea Selatan menempati peringkat pertama dengan kecepatan internet selaju 26.3 megabait per saat.

Peringkat kedua ditempati oleh Ireland dengan kecepatan internet 17.4 megabit per saat, diikuti Hong ditempat ketiga dengan cepat mencapai rata-rata 16.7 megabit per saat.

Peringkat keempat, kelima dan keenam ada Sweden, Belanda dan Jepun, dengan masing-masing negara memiliki kecepatan rata-rata lebih dari 15 megabit per saat.

Sedangkan Norway dan Swiss menempati peringkat ketujuh dan kelapan dengan kecepatan rata-rata 14 megabit per saat, dan ditempat kesembilan dan kesepuluh diduduki oleh kemudian Latvia serta Finland dengan kecepatan mencapai lebih dari 13 megabit per saat.

Menurut Akamai Technologies, Inc. saat ini rata-rata kecepatan internet di dunia mengalami kenaikan 10% jika dibandingkan dengan kuartal pertama tahun 2014. (Skynewsarabia/Ram) sumber

Thursday, June 25, 2015

Sami Pengganas Buddha Gesa Haramkan Tudung dan Qurban

1 atusan-biksu-budha-myanmar-menggelar-demontrasi-menolak-keberadaan-muslim-rohingya-_120903111809-946

Ma Ba Tha Sayadaw, kelompok sami radikal anti-Muslim, mendesak pemerintah Myanmar melarang Muslimah di sekolah-sekolah memakai tudung. Tudung menurut pernyataan rasmi Ma Ba Tha Sayadaw, tidak selaras dengan disiplin sekolah.

Bersama ratusan samipengganas lainnya, Ma Ba Tha baru saja mengadakan konferens di Yangon. Konferensi berlangsung seminggu, dan diikuti 1.300 sami dari seluruh negara.

Para sami membicarakan agenda nasional menjelang pilihanraya umum paling krusial di Myanmar tahun ini.
Guardian melaporkan Ma Ba Tha menyiapkan daftar rekomendasi dan telah menginformasikan kepada anggotanya untuk melobi pemerintah agar menekan keras minoriti Muslim di Myanmar secara terus-menerus. Salah satunya, melarang pemakaian tudung di sekolah-sekolah dan jalan-jalan.

“Kami serius menuntut pemerintah melarang siswa Muslim mengenakan hijab di sekolah-sekolah,” demikian pernyataan rasmi Ma Ba Tha.

“Kami juga akan melarang pembunuhan haiwan tak berdosa saat Aidl Fitri dan Aidil Adha,” lanjut pernyataan itu tanpa bercermin jika kelompoknya malah telah membunuhi ribuan Muslim tak berdosa di Myanmar.

U Pamaukkha, pemimpin tinggi Ma Ba Tha, mengatakan; “Muslim yang tinggal di Myanmar mesti mematuhi hukum dan peraturan negara ini. Kami tidak sedang mensasarkan atau menyerang agama mereka.”
Larangan ini dipastikan akan memberi kesan serius bagi semua Muslim di Myanmar, dan kemungkinan akan menimbulkan penentangan. Myanmar juga akan menjadi sasaran tekanan diplomatik negara negara-negara ASEAN.(rz) sumber

42 Ditembak mati Boko Haram

KANO: Sekurang-kurangnya 42 ditembak mati disyaki oleh kumpulan bersenjata Boko Haram dalam serangan di dua perkampungan di daerah Biu dan Hawul di Wilayah Borno, timur laut Nigeria.

Polis berkata, mereka menerima laporan mengenai serangan itu dengan 42 orang maut.
Seorang penduduk di Biu mengesahkan mengenai serangan di perkampungan itu. - AFP sumber

Israel Bedil Gaza. Balas Serangan Roket

BAITULMAQDIS: Tentera udara Israel dilaporkan melancarkan serangan ke atas sasaran militan di Semenanjung Gaza pada awal pagi, beberapa jam selepas pejuang Palestin menembak roket ke selatan Israel. "Sebagai tindakan balas serangan ini, Angkatan Pertahanan Israel melancarkan roket daripada apa yang ditembak ke arah Israel sebelum itu," kata kenyataan tentera Israel.

Roket yang dibedil ke arah kawasan Israel itu jatuh di kawasan terbuka di Yad Mordechai yang berdekatan sempadan Israel-Gaza. Tiada kecederaan dilaporkan dalam kedua-dua serangan roket itu. Ia adalah serangan kelima dalam tempoh sebulan. Roket terakhir Palestin dilepaskan ke arah Israel pada 6 Jun lalu dan beberapa jam selepas itu, Israel membalasnya dengan serangan udara di Semenanjung Gaza. - AFP sumber

Maklumat Sulit MH17 Dilelong

Sebuah laman web Rusia, mendakwa mempunyai semua maklumat peribadi

LONDON 24 Jun - Sebuah laman web Rusia bertindak luar batasan apabila mendakwa mereka mempunyai semua maklumat peribadi serta sulit mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 dan mahu menjualnya dengan harga 1.5 juta pound (RM8.8 juta).

Portal Mail Online mendedahkan, laman yang tidak dinamakan itu mendakwa, semua maklumat tersebut akan dijual secara rahsia kepada mana-mana pihak yang berminat dengan menggunakan Pay-Pal. Maklumat serta dokumen lain berkaitan dengan MH17 itu dipercayai dimiliki oleh agensi penyiasatan yang kemudian bertindak cuba mengaut keuntungan dengan menjualnya kepada orang awam.

Antara maklumat yang dipercayai cuba dijual adalah keterangan peribadi penumpang sebelum dan selepas tragedi itu, gambar serta video, selain daripada dokumen tentang hasil siasatan patologi selepas bedah siasat. Tawaran di laman web itu disiarkan dalam bahasa Inggeris dan Rusia.

Tindakan tersebut turut mengundang rasa marah dan menambahkan kesedihan dalam kalangan ahli keluarga mangsa yang telah kehilangan insan tersayang dalam tragedi berkenaan. Pesawat Boeing 777 itu sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu, sekali gus mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal pesawat berkenaan. Ukraine dan Amerika Syarikat menuduh kumpulan pemisah pro-Rusia menembak jatuh pesawat tersebut, namun dakwaan itu dinafikan oleh Moscow.

Dalam pada itu, Belanda dipercayai sedang mengadakan perbincangan dengan sekutunya agar sebuah tribunal antarabangsa ditubuhkan untuk mendakwa dalang yang terlibat menembak jatuh pesawat MH17 kerana dua pertiga penumpang maut adalah rakyatnya. -  sumber

Banduan Teramai di Dunia

BRASILIA: Jumlah rakyat Brazil yang melanggar melakukan kesalahan melonjak hampir dua kali ganda dalam satu dekad lalu menjadikan negara Amerika Selatan itu menduduki tangga keempat dunia mempunyai jumlah banduan teramai.

Untuk tempoh suku pertama tahun 2014 - statistik terbaharu yang dikeluarkan - terdapat 607,700 orang di penjara Brazil, demikian menurut satu kajian oleh Kementerian Keadilan Brazil yang menguruskan semua penjara di negara itu.

Laporan itu menyebut berbanding pada tahun 2004 jumlah penghuni penjara di Brazil adalah seramai 336,400. Jumlah terbesar penghuni penjara di dunia masih di Amerika Syarikat dengan 2.2 juta penghuni, China (1.6 juta) dan Russia (673,000).

Laporan itu dikeluarkan ketika Ahli Parlimen Brazil sedang berdebat untuk mengurangkan angka golongan muda berusia 18 dan 16 yang terbabit dengan jenayah berat. Ini boleh menyebabkan bebanan kepada sistem penjara yang sudah pun berdepan dengan masalah limpahan banduan di penjara sehingga lebih 50 peratus. - AFP sumber

Bunuh Yahudi dan Bunuh Moor nama Desa di SEPANYOL

Sepanyol mempunyai sebuah desa bernama Castrillo Matajudios, atau Benteng Bunuh Yahudi. Kini, setelah melalui referendum, desa itu bertukar nama.

Laman bbc.co.uk melaporkan desa itu kembali ke nama asalnya, iaitu Castrillo de Mota Judios, atau Benteng Bukit Yahudi. Adalah 50 warga desa yang mengubah nama desa itu.

Nama kontroversial itu kemungkinan muncul di abad pertengahan saat rejim Inkuisisi berkuasa, dan diberikan warga Yahudi yang memeluk Katolik sebagai simbol kesetiaan terhadap agama baru dan negara.

Castrillo de Mota Judios adalah desa Yahudi dengan sejarah panjang. Desa ini dibangun tahun 1035 oleh orang Yahudi yang melarikan diri dari penganiayaan, setelah kejatuhan penguasa Muslim.

“Ungkapan Matajudios, atau bunuh Yahudi, tidak sesuai dengan cara berfikir dan penduduk desa saat ini,” ujar Lorenzo Rodriguez, sang kepala desa, kepada The Independent.

“Kini kami memiliki bendera dengan Bintang Daud di atasnya,” lanjut Rodriguez.

Associated Press melaporkan pengubahan nama desa itu telah disetujui Castilla y Leon. Pemerintah Spanyol juga telah berbaik-baik dengan Israel, dengan memberi kewarga-negaraan kepada anak cucu Yahudi yang pernah tinggal di selatan Sepanyol saat masih di bawah kekuasaan Bangsa Moor.

Sepanyol masih punya satu desa yang bernama Valle de Matamoros, atau Lembah Bunuh Moor — mengacu pada kebencian orang Sepanyol terhadap Bangsa Moor yang menguasai Spanyol selama 500 tahun. Sejauh ini penduduk desa tak merancang mengganti nama desa itu.(rz) sumber

Hujan di PAKISTAN Selepas 838 Kematian

KARACHI: Bayu dingin dari laut dan hujan pra-monsun menurunkan suhu di selatan Pakistan selepas gelombang haba melampau menyebabkan 838 kematian. Suhu di bandar raya ini, yang paling banyak mencatatkan kematian akibat gelombang haba, turun kepada 34 darjah selsius, kata pegawai di Jabatan Meteorologi, Abdul Rasheed.

 Penurunan suhu mungkin menandakan berakhirnya fasa gelombang haba yang bermula Ahad lalu. Pegawai di hospital berkata kemasukan pesakit juga semakin berkurangan.

Karachi adalah pusat gelombang haba melampau, dikatakan terburuk dalam dekad ini dengan suhu mencecah 45 darjah selsius. Bekalan elektrik yang sering terputus memburukkan lagi keadaan. Dengan lebih 20 juta penduduk di bandar raya ini, Karachi sering berhadapan gangguan bekalan elektrik dan keadaan itu turut menjejaskan bekalan air.

Pengerusi Lembaga Pengurusan Bencana Kebangsaan, Mejar Jeneral Asghar Nawaz, berkata di Karachi sahaja, 800 kematian dicatatkan akibat gelombang haba. "Pihak berkuasa nampaknya tidak sedia untuk mengendalikan bencana ini, yang dianggap sebagai terburuk sejak 1979," katanya. - AP  sumber

Tuesday, June 23, 2015

Pengganas Buddha Terus Buat Angkara

Anggota pergerakan nasionalis dan sami-sami Buddha daripada pergerakan

RAKHINE 21 Jun - Anggota pergerakan nasio­nalis dan sami-sami Buddha daripada pergerakan pe­­lampau 969 mendesak kerajaan Myanmar supaya membatalkan ku­asa mengundi yang diberikan kepada etnik Islam Rohingya. Portal Burma Times melaporkan, kumpulan itu juga menggesa kerajaan tidak memberikan kerakyatan kepada penduduk minoriti Rohingya.

Dalam satu pertemuan yang diadakan di Kuil Bogo Shantai, di sini semalam, pergerakan 969 memutuskan untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran di Maungdaw, Buthidaung dan Rathedaung bagi mendesak kerajaan mengambil tindakan tersebut.

 Demonstrasi lain juga dijangka diadakan di seluruh negara. Terdahulu, satu demonstrasi membantah keputusan kerajaan untuk membenarkan Rohingya me­ngundi dalam satu pungutan suara dibatalkan ekoran demonstrasi bantahan oleh kumpulan nasionalis.

Kumpulan nasionalis juga menggesa kerajaan tidak mengeluarkan kad hijau kepada Rohingya. Kad hijau merupakan kad pengenalan yang diberikan kepada warga asing yang tinggal di Myanmar. Kad hijau boleh dibatalkan tanpa sebarang notis, namun kad untuk Rohingya hanya sah dalam tempoh dua tahun. Rohingya juga menentang pemberian kad hijau tersebut kerana mereka bukan warga asing di negara ini.  sumber

Gelombang Panas, 140 Maut di PAKISTAN

Sukarelawan dan anggota keluarga, mengusung jenazah ke hospital

KARACHI 22 Jun – Gelombang panas yang melanda bandar raya Karachi serta tiga buah daerah di wilayah Sindh, selatan negara ini sejak kelmarin, mengakibatkan sekurang-kurangnya 140 orang terkorban. “Sejak hari Sabtu lalu, seramai 114 orang terkorban di Karachi, manakala lapan lagi terkorban di tiga buah daerah di wilayah Sindh,” kata Setiausaha Kesihatan Wilayah, Saeed Mangnejo, semalam. Saeed berkata, ekoran itu pihak berkuasa tempatan mengarahkan semua hospital mengambil langkah berjaga-jaga, selain membatalkan cuti bagi setiap doktor dan kakitangan perubatan serta memperbanyakkan stok simpanan ubat.

Karachi mencatatkan suhu tinggi mencecah 45 darjah Celcius kelmarin, tidak jauh daripada catatan suhu paling panas pernah dicatatkan di bandar raya ini iaitu 47 darjah Celcius pada Jun 1979. Ketua Jabatan Kecemasan Hospital Jinnah, Dr. Seemin Jamali berkata, lebih 100 orang meninggal dunia di hospital berkenaan selepas mengalami kekejangan haba.

Menurut seorang pegawai, semua mangsa terkorban kelmarin. Jabatan Metereologi Pakistan dalam satu kenyataan memaklumkan, suhu panas akan reda dalam tempoh beberapa hari lagi, namun doktor menasihatkan orang ramai supaya tidak terlalu terdedah kepada cahaya matahari. – AFP sumber

SYRIA - 20 Maut dalam Serangan di Aleppo



BEIRUT: Sekurang-kurangnya 10 orang awam terbunuh, termasuk dua kanak-kanak apabila tentera rejim kerajaan melancarkan serangan bom ke atas sebuah masjid di Aleppo, utara Syria, hari ini.

"Serangan berlaku ketika jemaah sedang sembahyang Maghrib di sebuah masjid di daerah Ansari yang dikuasai puak pemberontak," demikian menurut Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria.

Badan pemerhati itu berkata, serangan itu turut menyebabkan kira-kira 20 yang lain cedera. - AFP  sumber

CHINA Cemari XINJIANG dengan Pesta Arak

Penduduk Islam China terutamanya yang tinggal di wilayah Xinjiang,

BEIJING 22 Jun – Satu festival bir yang diadakan beberapa hari sebelum permulaan Ramadan di wilayah Xinjiang yang dihuni etnik Uighur Islam, mencetuskan kemarahan kumpulan penduduknya yang kini tinggal dalam buangan. Laman web kerajaan Niya melaporkan, pertandingan bir yang diadakan pada awal minggu lepas sebelum permulaan Ramadan, dihadiri lebih 60 petani dan penternak muda. Gambar yang disiarkan juga memaparkan wanita menari di atas pentas dan sekumpulan lelaki meminum bir sebanyak mungkin dalam satu minit.

 “Terdapat pelbagai pertandingan bir yang menarik. Hadiah berbentuk wang tunai sebanyak 1,000 yuan (RM600),’’ jelas laman web berkenaan. Jelas web itu, pertandingan tersebut diadakan bagi menceriakan kehidupan penduduk kampung dan menjamin keharmonian serta kestabilan kampung.

Dalam pada itu, jurucakap Kongres Uigher Dunia, Dilxat Raxit mengutuk pertandingan tersebut. “Pertandingan itu merupakan provokasi terbuka terhadap Islam,’’ katanya dalam kenyataan. Media rasmi dan laman web kerajaan Xinjiang mengeluarkan berita dan notis rasmi pada tahun ini yang menggesa anggota Parti Komunis, kakitangan awam, pelajar, dan guru tidak berpuasa. – Reuters sumber

Taliban Serang Parlimen AFGHANISTAN

KABUL 22 Jun - Seorang wanita dan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun maut apabila tujuh anggota militan Taliban, menyerang bangunan Parlimen Afghanistan hari ini, sehingga mengakibatkan ahli Parlimen bertempiaran lari menyelamatkan diri. Insiden tersebut turut disiarkan secara langsung, menunjukkan keadaan huru-hara ketika kejadian berlaku. Bagaimanapun, semua suspek berjaya dibunuh pihak berkuasa.

 Laman web International Bussiness Times melaporkan, semua anggota militan termasuk seorang pengebom berani mati maut dalam serangan itu yang turut mengakibatkan sekurang-kurangnya 31 orang awam cedera.

Serangan bermula apabila pengebom berani mati yang menaiki sebuah kereta, merempuh pintu pagar bangunan Parlimen.Baki enam lagi anggota militan yang berada di dalam sebuah bangunan berhampiran Parlimen, dibunuh selepas berbalas tembakan selama hampir dua jam dengan pasukan keselamatan. Menurut sumber, serangan dilancarkan ketika Presiden, Mohammad Ashraf Ghani memperkenalkan calon untuk jawatan Menteri Pertahanan kepada anggota Parlimen.

“Serangan ini jelas menunjukkan bagaimana pasukan perisik dan jabatan keselamatan gagal melaksanakan tugas dengan berkesan,” kata anggota Parlimen, Farhad Sediqi.

Menurut sumber, serangan merupakan sebahagian daripada tindakan ganas Taliban yang dikenali sebagai ‘peperangan mengejut’, ketika kumpulan militan itu terus mengorak langkah menawan beberapa kawasan di utara negara ini seperti di daerah Dasht-e-Archi dan Chardara. Ketua Polis Kabul, Ebadullah Karimi berkata, Senator dan anggota Dewan Negara selamat daripada serangan tersebut. – AFP/AGENS sumber

Sunday, June 21, 2015

Sijil Mati Osama Laden Dituntut

Abdullah bin Laden

RIYADH 20 Jun – Seorang anak lelaki Osama bin Laden, meminta Amerika Syarikat (AS) menyerahkan sijil kematian ayahnya selepas anggota komando elit negara tersebut membunuhnya, menurut sepucuk surat yang didedahkan oleh laman web WikiLeaks, kelmarin. Surat itu yang didakwa dikeluarkan Kedutaan AS di Riyadh, merupakan antara 70,000 dokumen bocor yang digelar ‘Saudi Cables’, lapor laman web antikerahsiaan, WikiLeaks.

Dokumen itu adalah antara lebih setengah juta dokumen yang diperolehi dari Kementerian Luar Arab Saudi dan institusi-institsui lain di negara ini yang menurut laman web berkenaan akan didedahkan dalam masa terdekat. Surat itu ditandatangani oleh Konsul Jeneral AS di Riyadh, Glen Keiser, dan dialamatkan kepada Abdullah bin Laden pada 9 September 2011, kira-kira empat bulan selepas AS menyerbu kediaman bapanya di Pakistan.

 “Saya menerima permintaan anda yang mahu melihat sijil kematian ayah anda, Osama bin Laden,’’ tulis Keiser. Katanya, pakar perundangan di Jabatan Negara AS menasihatkan supaya dokumen seperti itu tidak dikeluarkan. “Perkara ini selari dengan amalan kebiasaan bagi individu yang dibunuh dalam operasi tentera,’’ katanya.

Sebaliknya Keiser menyediakan Abdullah bin Laden dengan rekod mahkamah AS yang mengesahkan kematian bapanya, sekali gus menggugurkan kes jenayah terhadapnya. “Saya berharap bahawa dokumen kerajaan AS ini membantu anda dan keluarga anda,’’ kata Keiser. – AFP sumber

JEPUN Tawar AS3.5 Juta Bantu Rohinya



TOKYO: Jepun menawarkan bantuan AS$3.5 juta (RM13.05 juta) untuk membantu pelarian Rohingya yang meninggalkan Myanmar kerana ditindas dan menjadi mangsa diskriminasi. Menteri Luar, Fumio Kishida, berkata Jepun kekal komited untuk terus membantu pelbagai usaha perdamaian di Asia termasuk antara kerajaan Myanmar dan kumpulan etnik minoriti.

 "Bagi kumpulan ini yang bukannya imigran biasa tetapi terpaksa menggadai nyawa merentas Lautan Hindi, Jepun memutuskan menghulur AS$3.5 juta yang akan diagihkan menerusi pelbagai pertubuhan global termasuk UNHCR," katanya di sini, hari ini. Dana berkenaan akan digunakan untuk menyediakan makanan dan tempat tinggal serta membiayai analisis data berhubung pergerakan maritim mereka, kata Kishida.

Penderitaan suku kaum Rohingya yang ditindas dan hidup terpinggir mendapat perhatian antarabangsa kerana mereka sanggup bersesak dalam bot sempit merentas lautan untuk mencari penghidupan lebih baik di negara lain termasuk Malaysia. Warga Muslim Rohingya dikatakan berdepan layan buruk dan diskriminasi sistematik daripada kerajaan Myanmar yang majoritinya beragama Budha, sehingga tidak mengiktiraf etnik itu sebagai warga negara. - AFP sumber

Gunung Kea Lebih Tinggi daripada Gunung Everest



KATHMANDU: Ada dua gunung dianggap tertinggi di dunia, Gunung Everest di Nepal lebih tinggi dari aras laut berbanding puncak mana-mana gunung lain, namun Gunung Kea di Hawaii tertinggi apabila diukur dari bahagian dasar ke puncak.

Apabila mengukur puncak gunung mengikut aras laut, Gunung Everest adalah yang tertinggi di dunia. Berada pada ketinggian 8,850 meter, ia raja dalam kalangan gunung berukuran '8000 meter', membabitkan 14 gunung di dunia. Terletak di sempadan Nepal dan Tibet di banjaran Himalaya, puncak Everest kali pertama didaki Edmund Hillary dan Tenzing Norgay dalam satu misi penerokaan British. Walaupun nama asal Everest adalah Chomolangma, gunung itu diberikan nama rasmi Inggeris pada tahun 1865 oleh Andrew Waugh, seorang Ketua Juru Ukur British daripada Persatuan Geografi Diraja tanpa mengetahui nama tempatan, berikutan Nepal dan Tibet ditutup kepada orang luar ketika itu.

Dalam pada itu, gempa bumi dahsyat yang menggegarkan Nepal April lalu mengakibatkan Everest beralih tiga sentimeter ke arah barat daya, namun ketinggiannya tidak berubah. Sementara itu, Gunung Kea, gunung berapi tidak aktif di Honolulu adalah gunung tertinggi di dunia jika dikira dari dasarnya, amat dalam di Lautan Pasifik hingga ke puncak.

Penentuan gunung tertinggi di dunia mengambil kira bahawa sebahagian besar Gunung Kea berada di bawah air, justeru mengukurnya dari aras laut tidak adil berdasarkan saiznya. Ukuran oleh Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS) mendapati puncak Gunung Kea adalah 4,205 meter dari aras laut, namun jika diukur dalam air, ketinggiannya adalah 6,000 meter, menjadikan jumlah ketinggiannya 10,210 meter, 1.6 kilometer (km) lebih tinggi daripada Everest.

Dalam bahasa Hawaii, Gunung Kea atau Mauna Kea bermaksud 'Gunung Putih' dan puncaknya yang bersalji menarik peminat sukan ski. Kawasan lereng yang rendah popular untuk tujuan berburu, mendaki, pemandangan dan memerhati burung. Lokasinya berhampiran garisan Khatulistiwa menjadikan Gunung Kea sebagai lokasi pemerhatian astronomi yang baik. Kadar kelembapan rendah dan langit cerah menjadikan keadaan cuaca dekat puncak gunung berapi itu sempurna sebagai tempat balai cerap utama dunia. - Agensi  sumber

Saintis Jalani Simulasi di Mars 8 Bulan



HONOLULU: Enam saintis yang tinggal dalam sebuah kubah di cerun gunung berapi tidak aktif di Hawaii selama lapan bulan bagi membiasakan dengan kehidupan di Mars, keluar daripada pemencilan itu untuk nikmati kehidupan biasa. Kru simulasi itu yang tinggal dalam kubah terletak kira-kira 2,400 meter di puncak gunung berapi Mauna Loa, menikmati semula udara dan hembusan biasa secara insan biasa buat kali pertama selepas lapan bulan, pada Sabtu. Itulah kali pertama dalam tempoh itu mereka keluar tanpa memakai pakaian angkasa lepas.

 Saintis berkenaan adalah sebahagian daripada kajian NASA untuk menilai prestasi manusia bekerja sebagai satu pasukan dalam keadaan yang terpencil dan mencabar. Sepanjang berada dalam kubah itu, saintis berkenaan dipantau menerusi kamera serta dipasang pelbagai peranti termasuk pengesan pergerakan badan dan pelbagai peranti elektronik.

Anggota kru, Jocelyn Dunn berkata, merasai hembusan bayu terus pada kulit adalah suatu perasaan yang menakjubkan. "Kali pertama kami di luar, agak menakutkan tanpa pakaian angkasawan," kata Dunn, 27, seorang pelajar ijazah doktor falsafah di Universiti Purdue, West Lafayette, Indiana. Kubah tempat mereka menjalani simulasi di kawasan gunung berapi terpencil itu sangat sunyi manakala keadaan kedap udara mewujudkan persekitaran atmosfera sama seperti angkasa lepas.

Penyelaras kajian itu, Prof Kim Binsted dari Universiti Hawaii berkata, semua saintis hanya dapat menatap padang lahar dan gunung berapi pendam ketika pandangan mereka terarah ke luar tingkap kecil kubah itu. Mengesan emosi dan prestasi kru dalam kawasan terasing mungkin membantu kru darat ketika misi masa depan untuk menentukan jika seseorang itu menjadi tertekan atau jika pasukan itu berdepan masalah komunikasi.

Menghabiskan tempoh lapan bulan dalam ruang tertutup bersama enam individu mempunyai cabaran tersendiri, namun anggota kru menghilangkan tekanan dengan melakukan senaman kumpulan atau yoga. Mereka juga menggunakan mesin senaman yang dijana tenaga suria untuk berlari dan basikal pegun, namun hanya pada tengah hari serta ketika keadaan cerah.

"Apabila anda dalam keadaan baik, ia menyeronokkan. Anda memiliki rakan untuk berkongsi keriangan. "Namun jika anda mengalami hari malang, ia sukar dalam kawasan terkurung. Anda tidak boleh keluar atau bersiar-siar," kata Dunn.

Perkara pertama yang dilakukan kru selepas keluar dari kubah terbabit adalah menikmati makanan yang diidamkan - jus tembikai, telur, buah peach dan roti croissant, jauh lebih baik daripada cili kering beku yang menjadi makanan mereka selama ini. - AP

sumber

NORWAY - Umat Islam di Kutub Puasa Ikut Mekah

Penduduk Islam di Artik berpuasa mengikut waktu Mekah berikutan

OSLO 20 Jun – Penduduk Islam yang tinggal di Lingkaran Kutub Artik menemui kaedah untuk berpuasa sepanjang Ramadan ini selepas matahari di wilayah berkenaan terbit sepanjang hari. Takrif berpuasa mengikut Islam adalah menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat.

Seorang penduduk yang juga pekerja di Pusat Islam Norway Utara, Hassan Ahmed berkata, sepanjang 24 jam, matahari tidak terbenam di Tromso dan umat Islam di bandar itu mencari alternatif bagi menentukan waktu berbuka puasa. “Fatwa menyatakan, kami boleh mengikut waktu berpuasa negara Islam terdekat atau waktu Mekah,’’ katanya seperti lapor portal SBS. Penduduk yang baru memeluk Islam, Sandra Maryam Moe bersetuju dengan kenyataan Hassan.

“Oleh kerana kita mempunyai matahari pada waktu malam semasa Ramadan tahun ini, kami memilih untuk menggunakan waktu berpuasa Mekah,’’ katanya yang juga pengurus pusat masyarakat Islam Tromso dan Masjid Alnor, masjid paling utara di dunia. Maryam menambah, waktu berpuasa Mekah juga menjadikan ibadah sembahyang dan berpuasa mereka agak seimbang. Norway, Sweden dan Finland merupakan antara negara yang mengalami siang sepanjang tempoh 24 jam pada Ramadan kali ini, fenomena yang dilapor berlaku setiap akhir Mei hingga penghujung Julai. Tromso dihuni kira-kira 1,000 penduduk Islam yang kebanyakannya pendatang dari Somalia, Pakistan, dan Iraq.

 Kali terakhir penduduk Tromso mengalami fenomena siang sepanjang 24 jam adalah sekitar tahun 1980-an. -  sumber

Friday, June 19, 2015

YAMAN - 31 Maut dalam 5 Serangan Bom Serentak oleh IS

Sebuah kereta rentung dalam satu daripada serangan letupan terhadap

SANAA 18 Jun - Sekurang-kurangnya 31 orang terbunuh, dan berpuluh-puluh yang lain cedera semalam, dalam lima serangan pengeboman serentak yang dilakukan oleh militan Negara Islam (IS) di beberapa buah masjid dan pejabat di bandar ini. Kumpulan militan IS memaklumkan, serangan tersebut merupakan tindakan balas dendam terhadap kumpulan pemberontak Houthi yang menawan Sanaa dan beberapa bandar lain di negara ini.

 Menurut saksi dan pegawai keselamatan, dua buah kereta menyasarkan masjid, sementara kenderaan ketiga pula merempuh kediaman pemimpin politburo Houthi, Saleh al-Sammad. Sebuah rumah milik pemimpin Houthi, Taha al-Mutawakel yang terletak berhampiran Masjid Al-Hashush turut menjadi sasaran IS.

Dalam kejadian berasingan, sebuah kereta dipenuhi bahan letupan merempuh Masjid Al-Quba Al-Khadra di daerah Hayel, sementara dua lagi letupan berlaku di Masjid Al-Kibssi dan Al-Tayssir di daerah Al-Ziraa.

Saksi memberitahu, bom-bom berkenaan ditanam berdekatan di pintu masjid terlibat ketika para jemaah berkumpul untuk menunaikan solat Maghrib, semalam. Serangan itu berlaku ketika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berusaha melaksanakan rundingan damai antara kerajaan Yemen dan wakil Houthi di Geneva. Tiga bulan lalu, militan IS me­lancarkan serangan bom terhadap beberapa masjid Syiah dan mengorbankan 142 orang. – AFP  sumber

Sekolah Yahudi Ajar Hadis Pohon Gharqad

Hadits Nabi tentang Pohon Gharqad masuk kurikulum sekolah Yahudi

Kaum Muslimin yang tertindas oleh Zionis “Israel” di Palestin saat ini masih berada dalam keadaan yang tidak memungkinkan bagi mereka untuk memerangi Yahudi dan merebut kembali tanah mereka yang dirampas. Namun demikian, tidak bererti bahwa keadaan ini akan terus-menerus berlangsung hingga akhir masa, melainkan keadaan pasti akan berubah.

Antara dalil tentang hal itu bahkan telah dikhabarkan oleh Nabi ﷺ kepada umat Islam yang dikuatkan dengan wahyu bahwa beliau tidak pernah berbicara dengan hawa nafsu. Semua ucapannya tidak lain kecuali petunjuk yang diwahyukan Allah kepadanya.

Dua orang penulis Inggeris berusaha mengupas tuntas tentang dalil yang disampaikan oleh Rasulullah ﷺ tersebut. Mereka menyelidik tentang keadaan kaum Muslimin dan bangsa Yahudi pada akhir zaman berdasarkan hadits yang disabdakan Rasullah ﷺ itu dengan mengunjungi tokoh Islam di tanah Palestin.

Berikut ulasan catatan mereka berdua yang bermuara pada sejumlah informasi penting mengenai pohon Gharqad, pohon umat Yahudi pada akhir zaman, sebagaimana disiarkan Republika Online pada Khamis (18/6/2015). “Jika saatnya telah dekat, pasukan cahaya akhirnya akan menang, dan semua makhluk akan melawan Yahudi, bahkan tanah yang mereka duduki sekalipun. Mereka hanya punya pohon Gharqad sebagai sekutu.” Kalimat di atas merupakan catatan yang ditulis Anne Marie Oliver dan Paul F Steinberg, dalam buku berjudul The Road to Martyrs’ Square: A Journey into the World of the Suicide Bomber, yang di terbitkan Oxford Universiy Press, pada 2006 lalu.

Kalimat tersebut, merupakan hasil wawancara kedua penulis kepada sejumlah syeikh Hamas. Pernyataan para syeikh Hamas dalam wawancara Anne Marie Oliver dan Paul F Steinberg di atas, bersumber dari sejumlah hadits Nabi. Salah satunya adalah hadits berikut: Abu Hurairah radhiyallahu anhu (RA) meriwayatkan bahwa Rasulullah ﷺ bersabda, “Hari kiamat belum akan terjadi sampai kaum Muslimin memerangi bangsa Yahudi.” Mereka diserang oleh kaum Muslimin hingga bersembunyi di balik batu dan pohon. Namun, batu mahupun tumbuhan akan berkata, ‘Wahai Muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ada orang Yahudi. Kemari dan bunuhlah dia!’ kecuali pohon Gharqad. Sebab, pohon Gharqad adalah pohon orang Yahudi.” (HR Muslim).

Kepada seorang syaikh, Anne Marie Oliver dan Paul F Steinberg bertanya, “Pohon apa gerangan Gharqad itu?” Sang syeikh yang tidak disebutkan namanya di buku itu, justru meminta keduanya untuk menanyakan hal ehwal pohon tersebut kepada orang-orang Yahudi. Syeikh tersebut mengatakan orang-orang Yahudi menyimpan pohon tersebut di rumahnya. Anne Marie Oliver dan Paul F Steinberg pun kemudian mencari di mana pohon—yang menurut keduanya pohon magis—tersebut berada. Mereka menanyai setiap orang kalau-kalau pernah mendengar tentang pohon yang dapat berbicara itu. Tapi, kata keduanya, “Orang-orang malah tersenyum semisterius senyuman Mona Lisa, dan mata mereka terbuka lebar seperti halnya saat kita menyentuh sebuah rahsia fantastik, dan kami diberitahu untuk ke sana dan ke sini, untuk menemukan pohon tersebut.”

Beberapa di antaranya, tulis Anne Marie Oliver dan Paul F Steinberg, mengatakan bahawa “Israel” menanam pohon tersebut di sekeliling pemukiman mereka di Tebing Barat dan Gaza, untuk menciptakan mandala magis yang melindungi mereka dari serangan; sebahagian lainnya menyatakan bahaawa pohon tersebut ditanam di sekeliling bangunan penting “Israel”, seperti Knesset (Parlemen “Israel”) dan Muzium “Israel”. Sebagian lainnya menyatakan pohon tersebut ditanam di Gerbang Herodus; lainnya mendakwa bahawa pohon tersebut sebenarnya bukanlah sebuah pohon, tapi semak-semak yang bisa ditemukan di luar Gerbang Jaffa, Jerusalem. Kawasan ini, tulis keduanya, dipercaya oleh Muslim kelak akan menjadi tempat pertarungan Nabi Isa dengan Dajjal yang didukung orang-orang Yahudi. Di sana lah Nabi Isa akan membunuh Messiah palsu yang mengaku tuhan, sampai orang-orang Yahudi berkata, “Tuhan kita telah mati.”

Sebahagian lainnya, tulis keduanya, menganggap Gharqad merupakan sebuah simbol. Anne Marie Oliver dan Paul F Steinberg mengutip dari Syeikh Ismail Jamal, Imam Masjid Jericho, dan pendukung Fatah, tentang penggunaan Gharqad sebagai kiasan, saat bangkitnya gerakan pennetangan rakyat(Intifada) di Palestin. Gharqad saat itu merupakan reprsentasi “kolaborator yang tidak mengatakan ‘Ini Yahudi’. Dan, “Tentu saja, pohon Gharqad pun menyimbolkan semua kekuatan dunia yang berkonspirasi dengan Yahudi untuk melawan Muslim,” tulis keduanya.

Alhasil, pohon Gharqad, tulis Anne Marie Oliver dan Paul F Steinberg, menjadi sebuah kiasan yang kuat dalam perjuangan Muslim-Israel dan Palestin-Israel, merebut Jerusalem dan Tanah Suci. Muslim di seluruh dunia, tulis ke duanya, secara umum merefer ke pohon tersebut secara eksklusif, dalam hal-hal yang berkaitan dengan Jerusalem dan Palestin. Persoalannya, tulis Anne Marie Oliver dan Paul F Steinberg, pohon Gharqad pun sangat dikenal di kalangan Yahudi “Israel”, khususnya kalangan Nasionalis Orthodox. Bahkan, “Mereka memasukkan hadits-hadits [tentang Gharqad] tersebut dalam kurikulum sekolah mereka, yang kemudian diinterpretasi oleh kalangan Islam sebagai bukti bahwa orang-orang Yahudi mengakui kebenaran hadits Nabi yang menubuatkan akhir nasib orang-orang Yahudi.”

Anne Marie Oliver dan Paul F Steinberg menyatakan, “Bagi keduanya, orang ‘Israel’ mahupun orang Palestina, Gharqad berduri telah terangkat dari sebuah referensi yang samar dari sebuah hadits menjadi pemain utama dalam pertempuran untuk Jerusalem dan Tanah Suci, termasuk nasib dunia.” Gharqad sebagai metafora, juga digunakan pada pendukung Yahudi, antara lain David Solway, dalam buku kumpulan esainya yang berjudul The Boxthorn Tree. Dia mengatakan, Muslim melihat Yahudi sebagai orang-orang Gharqad. Dan, hadits tentang Gharqad—yang disebutnya sebagai genocidal hadits—tersebut pun muncul dalam dokumen-dokumen milik Hamas bahkan Ikhwanul Muslimin. Alhasil, dia menyatakan, orang-orang Yahudi hidup dalam bayangan genosid yang konstan.

David Solway menulis bahawa orang-orang Yahudi selalu berada di bawah ancaman takdir Gharqad dan setiap pepohonan di gurun. “Selalu ada seseorang yang mencari untuk mengoyak mereka dari sekeping tanahnya yang baik,” tulisnya. Beberapa tahun setelah mewawancara Syeikh Yasin, Anne Marie Oliver dan Paul F Steinberg, akhirnya dapat melihat pohon tersebut. Itu bermula dari undangan Syeikh Riqb dari Hamas, untuk mendiskusikan beberapa tradisi eskatologi (ilmu akhir zaman) dalam Islam. Di rumah sang syaikh, mereka berbincang tentang banyak hal, mulai kisah Al-Jassasah, turunnya Nabi Isa, orang-orang Yahudi yang menjadi pendukung Dajjal, tentang agama Kristian dan hilangnya Injil Barnabas (Injil yang berisi nubuat tentang kedatangan Nabi Muhammad) di Vatikan, dan lain-lain. Usai makan siang, sang Syeikh mengundang keduanya ke belakang rumahnya, untuk menunjukkan pohon Gharqad.

“Pohonnya lebat dan berduri,” tulis Anne Marie Oliver dan Paul F Steinberg. Tentang maraknya penanaman Gharqad yang dilakukan oleh orang Yahudi, diungkapkan pula oleh Mufti Besar Palestin, Syeikh Muhammad Husein, saat berucap dalam sebuah perayaan yang diadakan Fatah di Jerusalem Timur, 9 Januari 2012 lalu. Sang Syeikh mengatakan bahawa sudah 47 tahun berlalu sejak Fatah melancarkan revolusi. Dan, revolusi tersebut, kata dia, merupakan revolusi moden dalam sejarah Palestin. Dia menegaskan revolusi itu berlangsung sejak Umar bin Khattab menaklukkan Jerusalem pada tahun 637 dan akan terus berlangsung hingga akhir zaman kelak. Setelah mengutip hadits sahih Bukhari dan Muslim tentang peperangan akhir zaman antara Muslim dan Yahudi, di mana hanya pohon Gharqad yang tak menunjukkan di mana lokasi orang Yahudi, sang syeikh mengatakan, “Kerana itulah anda tak perlu hairan jika menyaksikan Gharqad mengepung pemukiman ‘Israel’ dan koloninya. [Pohon Gharqad] mengepung, mengepung, mengepung… Itulah Palestina yang kita bicarakan, yang dimulai dengan jihad, dan akan berlanjut dengan jihad, dengan pertempuran dan syahid.

"Ucapan yang ditayangkan oleh televisyen milik Pihak Berkuasa Palestin ini, kemudian disebarkan oleh Palestin Media Watch (Palwatch), sebuah LSM Israel, yang memonitor media-media Palestin. Video berisi ucapan itu disebarkan, antara lain ke Youtube, dan diberi judul bahawa Muslim akan memusnahkan orang Yahudi. Mereka mencuba menggiring pandangandunia bahawa Muslim merencanakan genosid kepada Yahudi. Palwatch pun mencatat pernyataan-pernyataan Syeikh Muhammad Husein sebelumnya, seperti menyatakan Yahudi musuh Allah, menolak keberadaan kuil Yahudi di halaman Al-Aqsa, menyebut Nabi Isa (Yesus) sebagai orang Palestin yang mendakwahkan Islam, dan lain-lain.

“Sangat jelas, dakwah antisemitik dan ideologi genosid dari sang Mufti akan menghancurkan semua peluang perdamaian. Selama orang Yahudi digambarkan sebagai musuh Allah yang mesti dimusnahkan, maka pembicaraan damai menjadi tidak relevan,” tulis Palwatch. Palwatch mencantumkan kliping kecaman pemimpin dunia atas pernyataan Mufti Palestin tersebut. Antara lain dari Menteri Britain untuk Urusan Timur Tengah, Alistair Burt, yang mengatakan, “Saya mengecam kata-kata yang memanas dari Mufti Besar Jerusalem… Mengatakan orang Yahudi dengan cara demikian, untuk membunuh Yahudi, adalah sikap antisemit, jelas dan sederhana.”

Palwatch juga mencantumkan pernyatan PM “Israel” Benjamin Netanyahu yang mengatakan, “Israel mengutuk ulama besar Palestin yang mengutip naskah suci yang menyeru Muslim untuk membunuh Yahudi… Ini merupakan serangan serius dan seluruh negara di dunia mesti mengutuknya.” Tapi, betapa pun orang Yahudi menentang isi hadis tersebut, dan kerap menyebutnya sebagai hadis genosid, dakwah mengutip hadis ini terus berjalan.

Di laman Jihad Watch, Robert Spencer juga menulis tentang pernyataan senada yang disampaikan oleh bekas Mufti Besar Mesir, Ali Gomaa. Dalam wawancara dengan CBC TV, tulis Robert Spencer, Sang Mufti mengatakan “Israel” giat menanam pohon Gharqad untuk bersembunyi dari Muslim. Dalam wawancara yang mulai disiarkan di internet sejak 23 Disember 2014 lalu. Mufti Ali Gomaa mengutip tentang berbicaranya batu dan pohon, kecuali pohon Gharqad. Meski demikian, dia menyarankan kepada Muslim untuk tidak asal menyerang. “Kita adalah yang sedang diserang. Nabi Muhammad benar ketika menubuatkan kejadian ini, bahawa entiti Zionis akan mengokupasi tanah kita, membunuh anak-anak kita, melecehkan kehormatan wanita-wanita kita, dan mencuri uang kita,” katanya. Sang Mufti melanjutkan, “Suatu hari mukjizat ini akan terjadi, ketika bangsa Palestin dan semua Muslim akan memerangi Yahudi, sampai batu dan pohon berbicara, kecuali pohon Gharqad. Begitulah kata hadits. Di Mesir, kita telah mengubahnya menjadi Ghardaqa. Sebuah kota dinamai Ghardaqa setelah pohon Gharqad ditanam di sana. Mereka mencuba mengubah penyebutannya, tapi sama saja. Mufti Ali Gomaa mengatakan, sejumlah orang mempertanyakan kekuatan hadis tersebut. “Hadits itu seratus persen sahih dan akan terjadi. Lihatlah sekarang bagaimana orang-orang Yahudi menanam pohon Gharqad di seantero Tebing Barat. Mereka tahu bahawa pohon itulah yang akan melindungi mereka saat mereka bersembunyi di belakangnya. Mereka mempercayai teks-teks suci ini, ketika sejumlah Muslim justru meragukannya. Tapi, kebanyakan Muslim mempercayainya,” katanya. Ya, pohon Gharqad dalam hadits tersebut memang bukan sekadar sebuah metafora. Dia adalah sebahagian dari takdir akhir zaman yang tak akan tercegah. Itu hanya masalah waktu.  sumber

Thursday, June 18, 2015

IS Dakwa Jatuhkan Pesawat IRAQ



BAGHDAD: Kumpulan IS hari ini menyatakan ia menembak jatuh sebuah pesawat pejuang Iraq di utara bandar Ramadi di wilayah Anbar.

Bagaimanapun, tidak dapat disahkan sama ada dakwaan yang dibuat di akaun Twitter kumpulan itu adalah benar atau tidak.

Seorang anggota kumpulan Sahwa yang anti-IS berkata, sebuah pesawat pejuang Iraq, iaitu Su-25, kelihatan terbakar ketika ia jatuh selepas ditembak di utara Ramadi. - AP sumber

INDONESIA Akan Serang Jika MALAYSIA Menceroboh


image5
Tentera Nasional Indonesia (TNI) telah mendesak pemerintah RI segera mengajukan nota protes ke Malaysia terkait pelanggaran udara yang kerap dilakukan pesawat tempur negeri jiran itu.

Pelanggaran wilayah udara yang dimaksud khususnya terjadi di ruang udara Ambalat, sisi timur pantai Kalimantan.

TNI khuatir Blok Ambalat akan mengalami nasib serupa dengan Pulau Sipadan dan Ligitan yang lepas dari RI dan jatuh ke tangan Malaysia.

Menurut Menteri Pertahanan RI, Ryamizard Ryacudu, Malaysia hanya berani masuk Indonesia jika wilayah udara Kalimantan dan Sulawesi tak dijaga.

“Sekarang kita sudah letakkan pesawat di Makassar,” kata Ryamizard usai penyerahan Kapal KRI Teluk Bintuni-520 di Galangan Kapal PT Daya Radar Utama (DRU), Pelabuhan Panjang, Lampung, Rabu (17/6).

Walau Ryamizard mengaku itu menjadi urusan Menteri Luar Negeri, namun katanya manuver Malaysia di Ambalat merupakan masalah kecil. Masyarakat diminta tak perlu risau, kerana pemerintah sudah mengambil langkah waspada terhadap wilayah udara yang kerap disusupi Malaysia.

“Kalau (Malaysia) masih menceroboh baru kita serang. Saya sudah pantau ke sana. Kita tahu bagaimana jaga rumah kita,” tegas Ryamizard.

Untuk diketahui, sejak dekad 1960-an, Indonesia dan Malaysia kerap bertelagah terkait Blok Ambalat. Puncak perseteruan terjadi pada 2002 ketika Mahkamah Internasional memenangkan Malaysia pada sengketa kepemilikan Pulau Sipadan dan Ligitan yang berada di Blok Ambalat.

Blok Laut Ambalat memiliki luas wilayah sekitar 15 kilometer persegi dan terletak di Laut Sulawesi atau Selat Makassar, dekat perbatasan antara Sabah, Malaysia, dengan Kalimantan Timor. Blok Ambalat menyimpan kekayaan galian bawah laut terutamanya minyak, meski tidak semua wilayah di blok ini kaya akan minyak mentah.

Untuk mencegah Malysia kembali bermanuver di Ambalat, TNI Angkatan Laut dan Angkatan Udara saat ini menurut Ryamizard sudah mengadakan Operasi Sakti di sekitar Blok Ambalat. Kedua matra TNI itu menurunkan alat utama sistem persenjataan  mereka seperti tiga kapal perang (KRI), dua pesawat Sukhoi Su-27 dan Su-30, dan tiga F-16 Fighting Falcon.(rz) sumber