Monday, August 31, 2015

JERMAN Latih Tentera Zionis

tentara elit jerman

Sebuah akhbar tempatan Jerman mengungkapkan bahawa pemerintah Berlin telah mengirimkan ratusan militernya ke ibukota Tel Aviv untuk melatih  tentera Zionis Israel memenangi perang di dalam kota.

Seperti yang dipetik akhbar Welt am Sonntag dari jururcakap Kementerian Pertahanan Jerman pada hari Ahad (30/08) lepas mengatakan, “Sebanyak 100 tentera khas tempur dalam kota telah diterbangkan ke ibukota Tel Aviv untuk melatih tentera militer Zionis Israel.”

Jurucakap yang tidak mahu dinyatakan identitinya itu menambahkan, “Mereka akan berada selama 3 minggu disana untuk melatih para tentera bagaimana menguasai dan memenangi perang dalam bandar.”
 (Almasryalyoum/Ram) sumber

Tun M dan Demonstrasi Jalanan



Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hari ini, demonstrasi jalanan merupakan satu-satunya cara untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekarang, sama keadaannya seperti yang berlaku kepada bekas presiden Ferdinand Marcos di Filipina.

"Kita nak singkir Najib saja, Barisan Nasional (BN) kekal," katanya sambil menambah, beliau berpendapat Najib tidak akan meletak jawatan kerana dia akan perlu berhadapan mahkamah dan mungkin ke penjara.

Dr Mahathir berkata demikian kepada media ketika sedang berehat dan minum petang di sebuah restoran di Pasar Seni sebelum mengunjungi peserta Bersih 4 di ibu kota hari ini.

"Kalau kerajaan dah tak peduli pasal undang-undang, kita terpaksa gunakan demonstrasi.

"Lihat presiden Marcos, ketika memerintah Filipina, mereka terpaksa jatuhkan beliau melalui demonstrasi," katanya.

Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu berkata, beliau tidak akan turun menyertai perhimpunan itu jika pasukan petugas khas yang menyiasat skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak dibubarkan.

"Jika pasukan petugas khas tidak dibubarkan, saya tidak akan turun demonstrasi semalam dan hari ini," katanya yang sekali lagi hadir bersama isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Turut mengiringi mereka ialah bekas menteri Umno Datuk Zaid Ibrahim dan isterinya Datin Suliana Alias.
Sebelum itu, mereka tiba di kawasan Pasar Seni dengan menaiki LRT.

Dr Mahathir berkata, ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) seharusnya bersama-sama mengusulkan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Ahli Parlimen Umno yang setia kepada parti perlu sokong undi tidak percaya.

"Lepas itu kerajaan Najib akan jatuh. Kerajaan selepas itu perlu BN kerana BN ada majoriti," katanya.
Dr Mahathir berkata beliau dapat tahu ada ahli Parlimen Umno yang akan mengusulkan undi tidak percaya terhadap Najib tetapi tidak tahu siapa mereka.

"Saya minta ahli Parlimen Umno sedia (undi tidak percaya). Saya melihat demonstrasi terhadap Presiden Guatemala, mereka demonstrasi berhari-hari, tapi dia tidak berundur.

"Sokong ahli Parlimen anda. Jika tidak sokong undi tak percaya, kami tidak akan undi sebagai ahli Parlimen lagi.

"Sekarang ini tugas rakyat untuk menjadikan negara ini ditadbir tanpa rasuah," katanya.

Dr Mahathir merupakan pengkritik tegar dan paling lantang Najib menggesa beliau meletakkan jawatan susulan pembabitan perdana menteri dalam beberapa isu yang tidak dapat diselesaikan terutama skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). sumber

Mengapa Lantai Masjidil Haram Tidak Panas?



Mungkin ada di antara kita pernah mengujungi Masjidil Haram sama ada bagi menunaikan ibadah haji mahupun ibadah umrah. Namun bagi yang berpengalaman ke sana, mungkin tertanya-tanya mengapakah lantai di Masjidil Haram tidak panas sedangkan cuaca pada ketika itu benar-benar panassehingga mencecah lebih 40 darjah.

Melakukan tawaf (mengelilingi Kaabah) di malam dan siang hari memang berbeza. Jika malam hari, cuaca cukup sejuk. Oleh itu, orang sekitar Mekkah jika ingin melakukan umrah biasanya dilakukan pada malam hari.
Begitu juga dengan warga di sekitar Kota Makkah seperti Jeddah. Warga di bandar yang terletak sekira satu jam perjalanan dari Mekah ini, biasanya keluar pada petang hari agar boleh sembahyang Maghrib berjamaah sekaligus melakukan umrah.
“Kebiasaan orang di sini begitu. Agak pelik kalau berangkat ke Makkah untuk umrah pada pagi hari,” kata guide MCH Jeddah, Sahe, yang sudah tinggal 23 tahun di Arab Saudi.
Memang suhu di Makkah belakangan ini cukup panas berkisar antara 40-42 darjah celsius. Bandingkan dengan Jakarta yang puncak panasnya berada di kisaran 37 darjah celcius. Puncak panas biasanya terjadi pada pukul 15.00 waktu setempat. Setelah itu, terus menurun hingga malam hari.
Memang keadaannya sangat jauh berbeza. Jika malam hari, melakukan tawaf tidak terlalu menguras tenaga.
Berbeza halnya jika tawaf dilakukan siang hari. Keringat sudah pasti bercucuran kerana panas matahari yang menyengat.
Meski demikian yang unik, meski mengelilingi Kaabah tanpa alas kaki, namun telapak tidak terasa panas sama sekali. Padahal tempat tawaf merupakan ruang terbuka, panas matahari langsung menerpa lantai marmar.
Ini berbeda dengan lantai di jalan hendak keluar dari pintu Marwah. Saat berjalan, telapak kaki berasa sangat panas tab berjalan di atas bara api. Kami berjinjit dan berlari kecil untuk mengelakkan panas tersebut.
Lalu kenapa di lantai tempat tawaf dan di luar masjidil haram berbeza 180 darjah. Ini menimbulkan rasa ingin tahu. Salah satu ummal (cleaning service) di Masjidil Haram, Udin (40), mengatakan di bawah Kaabah dan tempat tawaf memang dipasang air conditioner agar telapak kaki peziarah tidak melepuh, kepanasan.
Setelah membaca buku Sami bin Abdullah al Maghlouthm ‘Atlas Haji dan Umrah’ dan sumber lain, barulah terungkap. Awalnya, tempat tawaf tidak berubin marmar seperti saat ini. Dulu hanyalah hamparan pasir lapang. Barulah pada masa Abdullah Ibnu Zubair. Ubinnya saat itu bergaris lima meter dari Kaabah, hingga 1375 Hijrah atau 1954 M di masa Raja Abdul Aziz sumbangan marmar terus berdatangan. Kini lantai marmar untuk tawaf terbuat dari marmar high terbaik yang mampu menahan teriknya panas matahari.
Awalnya lokasi tawaf tidak seluas sekarang, terdapat bangunan di atas Maqam Ibrahim dan juga gerbang pintu masuk telaga Zamzam.
Pada masa Raja Faisal pengubahsuaian dilakukan melanjutkan tempoh Raja Saud, di antaranya adalah pembongkaran bangunan di atas Maqam Ibrahim, sehingga lokasi untuk tawaf lebih lebar dari sebelumnya.
Pada masa Raja Khalid, perluasan laman untuk tawaf kembali dikembangkan. Gerbang menuju telaga zamzam dipindahkan ke dekat serambi masjid sebelah timur. Kerana itulah area tawaf menjadi lebih luas dari 3.298 meter menjadi 8.500 meter, seluruh bahagian Masjidil Haram lama menjadi tempat tawaf.
Kemudian, pengubahsuaian dilanjutkan pada masa Raja Fahd. Dibangunlah ruangan bawah tanah. Tak hanya itu, tingkat bawah tanah juga dilengkapi dengan pengatur hawa dingin. Pusat enjin dibina di kawasan Ajyad. Air sejuk dialirkan di tingkat bawah tanah berasal dari tempat yang sama.
Jadi wajar saja, jika lantai yang digunakan untuk tempat tawaf tidak berasa panas sekalipun suhu udara sangat panas. Ini adalah bentuk perkhidmatan Kerajaan Kerajaan Arab Saudi terhadap jamaah yang setiap tahun harus meninggalkan sanak keluarga di negara mereka demi melaksanakan Rukun Islam ke-5.
  sumber

MESIR Penjarakan 3 Wartawan AlJazeera

KAHERAH: Mahkamah Mesir menjatuhi hukuman tiga tahun penjara terhadap tiga wartawan Al-Jazeera kerana didapati bersalah menyiarkan berita palsu. Keputusan terhadap wartawan berbahasa Inggeris itu disifatkan akan menyebabkan kritikan keras antarabangsa terhadap kebebasan bersuara di Mesir dan pemerintah yang diketuai Presiden, Abdel-Fattah el-Sissi. Ketiga-tiga kru penyiaran itu akan memohon pengampunan daripada El-Sissi, yang secara peribadi menyatakan kekesalannya kerana perbicaraan kes itu mengambil masa terlalu lama sehingga merosakkan imej Mesir di mata dunia.

 Al Jazeera pula bersedia untuk mengemukakan rayuan terhadap hukuman itu sebaik mahkamah memberikan keputusan penghakiman penuh dalam masa 30 hari lagi. Warga Kanada, Mohammed Fahmy, wartawan Australia, Peter Greste dan produser warga Mesir, Baher Mohammed menyiarkan laporan mengenai konflik politik yang lebih meruncing antara Mesir dan Qatar, di mana Al-Jazeera berpangkalan susulan rampasan kuasa oleh tentera untuk menggulingkan bekas Presiden, Mohammed Morsi. Hukuman itu dikeluarkan hanya seminggu selepas El-Sissi menguatkuasakan satu undang-undang baharu antipengganas yang memperluaskan lagi definisi mengenai keganasan dan bentuk hukuman termasuk wartawan. Greste, yang sudah dihantar balik memberitahu Al-Jazeera dari Sydney bahawa beliau percaya rayuan terhadap kes itu boleh menterbalikkan hukuman itu.

Fahmy dan Mohammed, kedua-duanya yang hadir di mahkamah semalam, terus dibawa oleh polis selepas pendengaran hukuman. "Kami tidak melanggar sebarang undang-undang, kami tidak langsung melanggar etika, aktiviti dilarang atau tidak bermoral," kata Greste sambil menambah kes terhadap mereka adalah jelas bermotif politik. - AP  sumber

LIBYA - 37 Pendatang Maut di Laut



TRIPOLI: Sebuah bot membawa pendatang asing karam di perairan Mediterranean, dekat Libya, mengorbankan sekurang-kurangnya 37 orang, demikian menurut pegawai tempatan hari ini. "Kami menerima laporkan pagi ini bahawa terdapat tujuh mayat pendatang haram dalam bot yang karam di pantai Khoms (timur Tripoli)...namun kami tidak mempunyai butiran berapa ramai pendatang dalam bot ketika kejadian," kata Mohamad al-Misrati, jurucakap bagi Palang Merah di Tripoli.

Nelayan tempatan kemudian menemui 30 lagi mayat di kawasan sama di Khoms, sebuah pekan yang terletak 100 kilometer di timur ibu negara Tripoli. Anggota sukarelawan dari Palang Merah cuba menyelamatkan mayat berkenaan namun masih kekurangan bot.

Khamis lalu, sebuah kapal yang sarat dengan pendatang haram yang dalam perjalanan dari Libya ke Itali, karam di perairan Zuwara, di Libya, yang mengorbankan lebih 200 orang. Semakin ramai rakyat Libya melarikan diri menggunakan laluan laut untuk ke Eropah disebabkan konflik dalam negara dan ancaman kemiskinan. Penyeludup manusia pula mengeksploitasi pelarian dengan menyeludup masuk warga Syria ke Libya menerusi Mesir atau warga negara Sahara menerusi Niger, Sudan dan Chad.

Menurut kumpulan hak asasi, pendatang dikatakan membayar ribuan dolar untuk melarikan diri menerusi laluan darat atau laut dengan penyeludup sering mendera dan memukul mereka untuk mendapatkan lebih banyak wang sebelum belayar menerusi bot. - Reuters  sumber

MYANMAR Sekat Pertukaran Agama

Gambar fail, sami-sami Buddha menghadiri pertemuan di Yangon bagi

YANGON 29 Ogos – Myanmar meluluskan undang-undang baharu yang menyekat pertukaran agama dan perkahwinan campur di negara ini, walaupun mendapat bantahan keras daripada Amerika Syarikat (AS) dan aktivis hak asasi manusia. Kementerian Penerangan Myanmar dalam satu kenyataan berkata, Rang Undang-Undang Perkahwinan Khas Wanita Buddha dan Rang Undang-Undang Pertukaran Agama yang dibuat di sebalik tekanan daripada kumpulan sami Budhha yang mempunyai agenda anti-Islam telah ditandatangani Presiden Myanmar, Thein Sein.

Kedua-dua rang undang-undang itu diluluskan oleh Parlimen minggu lalu sebelum diserahkan kepada Presiden. Undang-Undang Pertukaran Agama mengkehendaki seseorang yang memilih untuk menukar agama mereka supaya memohon dengan 'Lembaga Pendaftaran’ di peringkat daerah dan menyerahkannya untuk satu temuduga dan tempoh menunggu selama 90 hari. Undang-undang Perkahwinan Khas membenarkan pendaftar tempatan secara terbuka mempamerkan permohonan perkahwinan dalam tempoh 14 hari dengan sebarang bantahan dalam tempoh itu boleh dibawa ke mahkamah. Pasangan hanya boleh berkahwin sekiranya tiada bantahan dikemukakan. Kegagalan untuk mematuhi peraturan itu boleh membawa hukuman penjara selama 30 bulan, Wanita Buddha di bawah umur 20 tahun juga memerlukan persetujuan keluarga bagi mengahwini lelaki yang bukan daripada agama berkenaan.

Menurut pertubuhan Human Right Watch, undang-undang itu merupakan percubaan yang disengajakan untuk mengelak perkahwinan campur. Mei lalu, Thein Sein meminda Rang Undang-Undang Penjagaan Kesihatan Kawalan Penduduk yang mengkehendaki ibu daripada beberapa daerah di negara ini menjarakkan kelahiran anak mereka bagi tempoh tiga tahun. – DPA  sumber

Sunday, August 30, 2015

153 Pendatang Asing Terbunuh

TRIPOLI 28 Ogos – Krisis pendatang asing tanpa izin di Eropah semakin buruk apabila dua insiden besar berasingan semalam mengorbankan nyawa lebih 150 golongan tersebut.

 Dalam kejadian pertama di pantai Zuwara, barat Libya, sebanyak 82 mayat dijumpai selepas sebuah bot terlebih muatan karam ketika dipercayai mahu ke Malta, Itali, dan beberapa negara Eropah lain. Agensi berita Xinhua melaporkan pegawai pengawal pantai berkata, ketika kejadian, bot berkenaan membawa kira-kira 400 orang penumpang dan sehingga kini 201 orang daripadanya berjaya diselamatkan dan telah ditempatkan pusat penahanan pendatang asing berhampiran bandar Sabratha.

 “Setakat ini kami menemukan 82 mayat. Kira-kira 100 lagi masih hilang,” jelas pegawai pengawal pantai. Pegawai berkata, pendatang a­sing terbabit berasal dari selatan Sahara, Pakistan, Maghribi, Syria, dan Bangladesh.

Dalam insiden kedua pula, sebanyak 71 mayat dipercayai rakyat Syria, ditemukan di dalam sebuah trak di tepi lebuh raya di Austria, yang menghubungkan Vienna dan Budapest. Xinhua melaporkan, mangsa terdiri daripada 59 orang lelaki, lapan wanita, tiga kanak-kanak lelaki ber­usia 8-10 tahun, dan seorang bayi perempuan berumur antara satu hingga dua tahun.

Jelas polis tempatan, pihaknya turut menemukan dokumen perjalanan dari Syria dalam trak tersebut yang telah berada di tepi lebuh raya berkenaan selama 24 jam. Tiga suspek telah ditahan di Hungary. Seorang daripadanya memiliki kerakyatan Lebanon dan Bulgaria yang juga disyaki pemilik trak, sementara dua lagi masing-masing adalah rakyat Bulgaria dan Hungary. Lori itu dijumpai di tepi lebuh raya tersebut kira-kira pukul 6 pagi waktu tempatan, dan mayat-mayat dijum­pai pada pukul 11.30 pagi waktu tempatan apabila bahagian belakangnya dibuka.

Sehingga Julai tahun ini kira-kira 150,000 pendatang asing tanpa izin berjaya menyusup masuk ke Eropah melalui jalan laut. – BERNAMA/AGENSI -  sumber

Saturday, August 29, 2015

IRAN Tayang Filem Nabi Muhammad

TEHERAN 28 Ogos - Filem Iran paling mahal yang mengisahkan zaman kanak-kanak Nabi Muhammad SAW, Muhammad mula ditayangkan di seluruh dunia, semalam dan me­nerima pujian daripada penonton. Filem arahan Majid Majidi itu menelan kos AS$40 juta (RM164 juta) dan mengambil masa lebih tujuh tahun untuk disiapkan bagi menangkis persepsi buruk yang dilemparkan kepada Islam terutamanya daripada golongan Barat

Majid, filem selama 171 minit itu merupakan bahagian pertama daripada sebuah trilogi dan beliau mahu imej Islam dibersihkan daripada fahaman puak pelampau yang menyebabkan tanggapan negatif dalam kalangan agama lain. Majid menjelaskan, Islam merupakan agama yang mengajar tentang keamanan, kasih sayang serta persahabatan dan pada zaman ini, Islam dianggap sebagai agama radikal, fanatik, dan ganas walaupun persepsi sedemikian tidak betul.

 “Saya mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Islam merupakan agama yang indah menerusi filem ini. “Tindakan oleh kumpulan pengganas yang menggunakan nama Islam tidak ada kaitan dengan ajaran Islam,” kata Majid yang merujuk kepada tindakan militan Negara Islam (IS) yang melakukan pembunuhan dan memusnahkan tempat bersejarah di Syria dan Iraq. Sementara itu, rakyat Iran yang menonton tayangan perdana filem itu, Abolfazl Fatehi, 21, bersama tujuh ahli keluarganya, memuji filem berkenaan yang menonjolkan kisah sebenar tentang keindahan Islam.

“Saya rasa filem ini boleh menjadi permulaan kajian yang baik kepada mereka yang tidak mengenali Islam,” katanya. Seorang lagi penonton, Mehdi Azar, 25 berkata, filem berkenaan sangat panjang, tetapi masih mampu menarik perhatian untuk ditonton sehingga habis. – AFP  sumber

Majlis Ilmu Abu Zulfiqar (Pengasas Satu Umat)


AQAP Laksana Hukuman Sebat di YAMAN

Mujahidin AQAP jatuhkan hukuman cambuk kepada 10 warga Yaman karena menghina Allah dan mengonsumsi alkohol

Al Qaeda Semenanjung Arab (AQAP) di Yaman tenggara telah melaksanakan hukuman sebat terhadap 10 orang, menurut pernyataan seorang pegawai Yaman pada Jumaat (28/8/2015). Hukuman tersebut dilaksanakan di Al-Shihr, kota pesisir di wilayah Hadramaut. Mereka dihukum kerana telah menghina Allah dan mengonsumsi alkohol serta ubat-ubatan terlarang, lanjut pernyataan pegawai tersebut seperti yang disiarkan pejabat berita AFP.

Puluhan orang menyaksikan hukuman sebat yang diadakan di tempat terbuka dan menjadi bukti bahwa Mujahidin AQAP masih memegang kekuasaan atas beberapa wilayah di Yaman. Saksi mata mengatakan setiap orang menerima antara 80 hingga 100 sebatan.

Belum ada pernyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Mujahidin AQAP terkait laporan ini. Mujahidin AQAP menguasai beberapa wilayah di Yaman, termasuk ibu kota wilayah Mukalla yang mereka rebut sejak April lalu. Negara teroris Amerika Syarikat menganggap AQAP sebagai cabang Al-Qaeda paling berbahaya dan secara teratur mereka melancarkan serangan pesawat tanpa pemandu di wilayah Yaman dengan dakwaan mensasarkan Mujahidin AQAP yang pada faktanya banyak memakan korban dari kalangan penduduk awam. -  sumber

YAMAN Jadikan 4800 Tentera Pejuang Selatan sebagai Askar Pemerintah

tentara yaman

Jumaat 28 Ogos 2015, pegawai tinggi Angkatan Bersenjata Yaman memutuskan menjadikan 4,800 orang Tentera Populer Rakyat sebagai sebahagian dari militer Yaman yang sah.

Pernyataan ini disampaikan Kolonel Mohammed Fadel Hassan dalam sebuah acara rasmi pengangkatan milisi pejuang pembebasan Yaman, sebagai pengghargaan atas bantuan mereka dalam merebut kota Aden dari pemberontak Syiah Houthi.

Dalam keputusannya Angkatan Bersenjata Yaman, mereka yang masuk sebagai askar akan diberi hak dan kuasa seperti anggota militer lainnya.

Kolonel Mohammed Fadel memasukan para perajurit baru ini ke dalam “Briged Paket Salman,” mengacu pada bantuan Raja Arab Saudi bersama koalisi regional Arab yang telah membantu pemerintahan sah merebut kembali kota Aden dan kota-kota lainnya di selatan Yaman.

Perlu di ingat bahawa konflik di Yaman di picu pemberontakan Syiah Houthi yang merebut dan menguasai ibukota Sana’a pada akhir Januari lalu, untuk mendirikan negara Syiah di wilayah Semenanjung Arab. (Shorouk/Ram) sumber

Thursday, August 27, 2015

8 Muhaddith INDONESIA

8 Muhaddits Indonesia yang dikenal dunia
Gambar : Syeikh Yasin al-Fadani bersama para guru di Darul Ulum Makkah.

Muhaddith dari sudut bahasa ialah orang yang meriwayatkan (rawi) hadis Rasulullah ﷺ. (Mu’jam Al Wasith, hal.160). Namun, dalam ilmu Musthalah Al Hadith, ditetapkan syarat hingga seorang perawi disebut Muhaddih. Syarat mengenai mereka yang layak disebut Muhaddih itu sendiri dikembalikan kepada kriteria yang ditetapkan para huffaz dan muhadithun. Dari syarat-syarat yang ditetapkan, orang yang belum memiliki periwayatan hadis, tidak menyemak hadis dari para perawi dan muhaddithun sebelumnya, atau mungkin hanya memperoleh ijazah dalam kitab-kitab tertentu saja, belum lantas memenuhi syarat untuk disebut sebagai muhaddith.

Terdapat 8 muhaddith hebat dari Indonesia yang dikenal dunia, di mana salah seorang di antara mereka, yakni Syeikh Yasin Al Fadani, tidak menyebutkan bahawa dirinya adalah salah satu dari 7 ulama Nusantara yang banyak memiliki periwayatan. Namun para ulama dunia Islam mengakui bahawa beliau memiliki banyak periwayatan.

Berikut ulasannya, yang disiarkan Hidayatullah.com pada Jumaat (7/8/2015). Al Musnid Al Ashr Syaikh Yasin Al Fadani menyebutkan bahawa sesiapa sahaja yang meriwayatkan hadis, baik yang memiliki ilmu tentangnya atau tidak, maka dia boleh disebut sebagai musnid. Namun di kurun terakhir, tidak boleh seseorang disebut sebagai musnid kecuali memiliki periwayatan yang cukup banyak yang bersambung kepada para imam dari barat hingga timur.

Dan muhaddits yang bermakna sesuai dengan klasifikasi di atas dapat dipenuhi syaratnya oleh 130 ulama dari Nusantara, yang mencakup Indonesia, Malaysia dan Thailand. Dan dari mereka, ada 7 ulama yang memiliki periwayatan paling banyak dan semuanya berasal dari Indonesia.

Dalam komentarnya terhadap Kifayah Al Mustafid li ma ‘Ala min Al Asanid, Syeikh Yasin Al Fadani memperincikan ketujuh-tujuh ulama tersebut, antaranya adalah:

1. Al Muhaddith As Syeikh ‘Aqib bin Hasanuddn Al Falimbani. Ulama ini disebut Syeikh Yasin Al Fadani sebagai ulama yang paling banyak periwayatannya dari 7 ulama tersebut. Ulama yang wafat tahun 1182 H itu mengambil periwayatan dari Abdullah Al Bishri, Ahmad An Nakhli serta lainnya.

2. Syaikh Abdus Samad bin Abdirrahman Al Atsyi. Seorang ulama sufi yang menisbatkan diri dengan wilayah Aceh ini juga dikenal dengan penisbatan Falimbani. Syeikh Abdush Shamad ini mengambil periwayatan daripada Syeikh Yahya bin Umar Maqbul Ahdal, Sayyid Umar bin Ahmad bin Aqil As Saqqaf juga murid dari Syeikh ‘Aqib bin Hasanuddin Al Falimbani. Ulama yang wafat tahun 1211 H ini sendiri merupakan guru dari Sayyid Ulama Hijaz Syeikh Nawawi Al Bantani. Syaikh Abdus Shamad juga memiliki seorang anak perempuan yang juga menjadi ulama besar di Mekah, yakni Syaikhah Fatimah yang kumpulan periwayatannya dibukukan di Al Faharis Al Qaimah. Sedangkan Syaikh Abdus Shamad menulis periwayatannya dalam kitab An Nur Al Ahmadi.

3. Syeikh Abdul Ghani bin Shabhi Al Bimawi Syaikh Abdul Ghani bin Shabhi Al Bimawi adalah murid dari muhaddith Surabaya As Sayyid Syeikh Ahmad bin Abdillah. Sedangkan Syeikh Mahufudz At Tarmasi adalah murid dari ulama ini.

4. Syeikh Mahufdz At Tarmasi Ulama yang meninggal dunia tahun 1338 Hijriyah ini menimba ilmu dari ayahnya Syeikh Abdullah At Tarmasi, Syeikh Muhammad Shalih bin Umar As Samarani serta Sayyid Abu Bakr Syatha. Syaikh Mahfudz Termas termasuk ulama Nusantara yang produktif menulis. Sejumlah karyanya antara lain Manhaj Dzawi An Nadzar yang merupakan syarah Alfiyah hadiht Imam As Suyuthi, Mauhibah Dzi Al Fadhl kitab fiqih 4 jilid, Nail Al Ma’mul yang merupakan kitab usul fiqih dalam 3 jilid, Is’af Ath Thali’ juga mengenai usul fiqih dalam 2 jilid. Periwayatan Syeikh Mahfudz Termas dibukukan dalam Kifayah Al Mustafid li ma A’ala min Al Asanid. Sejumlah ulama besar Nusantara yang berguru kepada Syeikh Mahfudz antara lain, Kiai Hasyim Asy’ari, Kiai Wahab Chasbullah, Kiai Nawawi Pasuruan. Sedangkan dalam kalangan Arab, murid yang terkenal adalah Muhaddits Al Haramain, Syeikh Umar Hamdan Al Mahrisi.

5. Syeikh Abdul Hamid Qudus Sejumlah pihak menyebut bahawa Qudus adalah penisbatan kepada sebuah wilayah di Yaman, namun sebahagian penyebut bahwa Qudus adalah penisbatan kepada kota Kudus Jawa Tengah. Syeikh Yasin sendiri termasuk berpendapat dengan pendapat ke dua, sehingga beliau memasukkan Syeikh Abdul Hamid dalam jajaran muhaddith Nusantara. Syeikh Abdul Hamid Qudus disebut sebagai ulama mutafannin, yakni menguasai banyak disiplin ilmu. Sejumlah karya yang dihasilkan antara lain Irsyad Al Muhtadi yang membahas ilmu tauhid, Al Anwar As Saniyah yang membahas fiqih, Lathaif Isyarat tentang ushul fiqih, Kanz An Najah dalam masalah akhlak, juga beberapa karya lainnya. Syeikh Abdul Hamid Qudus berguru kepada ayahnya Syaikh Muhammad Ali Qudus. Sedangkan salah satu muridnya dari ulama Nusantara adalah Sayyid Ali bin Husain Al Aththas, Cikini Jakarta. Periwayatan Syeikh Abdul Hamid Qudus dibukukan dalam Al Mafakhir As Saniyah fi Al Asanid Al Aliyah.

6. Sayyid Muhammad Muhktar bin Athar Al Bughuri Ulama yang menisbatkan diri dengan wilayah Bogor ini juga masyhur dengan penisbatan Al Batawi. Syeikh Yasin memasukkan ulama ini ke dalam jajaran ulama Nusantara yang memiliki banyak periwayatan.

7. Sayyid Salim Jindan. Syeikh Sayyid Salim Jindan adalah seorang ahli nasab atau nassabah. Ulama ini dimasukkan ke dalam kelompok dari mereka yang memiliki banyak periwayatan kerana memiliki guru lebih daripada 100 orang.

8. Musnid Al Ashr Syeikh Yasin Al Fadani. Nama Syeikh Yasin, sebagai ulama Nusantara yang memiliki banyak periwayatan merupakan hal yang tidak asing bagi penuntut ilmu. Ulama ini telah mengambil periwayatan dari Ulama Hijaz, Yaman, Mesir, Syam, Iraq, India juga Indonesia sendiri. Gurunya mencapai labih dari 170 ulama. Periwayatan ulama ini sendiri dibukukan dalam Bulugh Al Amani yang disusun oleh muridnya Syeikh Muhammad Mukhtaruddin Al Falimbani. Juga dibukukan dalam Tashnif Al Asma’ yang dibukukan oleh muridnya dari Mesir Syeikh Mahmud Said Mamduh Al Qahiri As Syafi’i. Syeikh Yasin tidak menyebutkan bahawa dirinya adalah salah satu dari 7 ulama Nusantara yang benyak memiliki periwayatan. Namun beliau menyebutkan bahawa jumlah gurunya juga sebanyak guru Syeikh Salim Jindan, yakni lebih dari 100 orang. Dan para ulama dunia Islam juga mengakui bahwa Syeikh Yasin memiliki banyak periwayatan, sebab itu beliau digelar sebagai Al Musnid Al Ashr, yakni musnid abad ini. -  sumber

Agama Star Wars Punya Ratusan Ribu Penganut

Ulama Turki memperingatkan kemunculan ajaran "Jediisme" yang diadopsi dari flm Star Wars

Lembaga Tinggi Agama di Turki memperingatkan tentang adanya penyebaran ajaran “agama” baru yang disebut “Jediisme,”. Ajaran ini berasal dari sistem kepercayaan yang berafiliasi dengan filem Star Wars, dan ribuan orang Barat mengaku menjadi pengikut dari ajaran yang “mempromosikan perang” ini. “Jediisme saat ini menyebar dalam masyarakat Kristian. Sekitar 70.000 orang di Australia dan 390.000 orang di Britain saat ini menyebut diri mereka sebagai Jedis,” tulis Profesor Bilal Yorulmaz dari Universitas Marmara di majalah bulanan Direktorat Urusan Agama Turki (Diyanet), Hurriyet Daily News melaporkan, menurut onislam, Rabu (26/8/2016).

Yorulmaz menjelaskan tentang gerakan nonteistik dari Jeddism terutama didasarkan pada penggambaran Jedi dalam filem Star Wars. Hampir 180.000 orang mendakwa diri mereka sebagai pengikut ajaran Jedi. Bahkan pada tahun 2001 ada sekitar 400.000 orang yang mengaku menjadi pengikut ajaran ini.

Gereja Jedi menuliskan dalam websitenya iaitu “mengakui bahawa semua makhluk hidup berbahagi kekuatan hidup dan bahwa semua orang memiliki pengetahuan batin tentang apa yang benar dan salah, dan gereja Jedi merayakan ini tidak seperti agama yang lain “

Menekankan bahwa ajaran itu tidak kompatibel dengan Islam, Yorulmaz memperingatkan bahawa jediisme tumbuh di antara masyarakat Kristian. Peringatan ulama Turki itu datang empat bulan setelah ribuan mahasiswa Turki meluncurkan kempen online yang menyerukan untuk membangun tempat ibadah bagi pengikut Jedi dan Buddha di kampus. Kelompok mahasiswa itu mengutip keputusan pemerintah Turki yang akan membangun masjid di 80 kampus, termasuk sebuah masjid bersejarah di Universiti Teknik Istanbul. - sumber

INDIA - Peratus Muslim Bertambah Melebihi Hindu

NEW DELHI: Populasi penganut Hindu di India sudah turun ke bawah 80 peratus untuk kali pertama sejak kemerdekaan manakala warga Islam semakin meningkat.

Dengan pengumuman data terkini itu, kalangan media negara itu mengandaikan kerajaan mungkin sengaja menangguhkan pengumuman data itu sebelum ini kerana ia jelas menunjukkan peningkatan bilangan orang Islam.

Kalangan Ahli Parlimen parti memerintah pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi, sebelum ini sudah beberapa kali menyuarakan kebimbangan mengenai peningkatan umat Islam di India.

Bancian terkini menunjukkan penganut Hindu menurun kepada 79.8 peratus daripada keseluruhan populasi negara itu berjumlah 1.2 bilion pada 2011, daripada 80.5 peratus sedekad sebelumnya.

Bilangan warga negara beragama Islam di India meningkat kepada 14.2 peratus daripada sebelumnya 13.4 peratus pada 2001. Ia antara peningkatan terbesar dalam kalangan kumpulan agama yang menunjukkan kenaikan ketara. Penganut kristian kekal pada 2.3 peratus dan Sikh jatuh kepada 1.7 peratus daripada 1.9 peratus.

Sakshi Maharaj, seorang sami Hindu yang bertukar profesion menjadi ahli politik, mencetuskan kekecohan awal tahun ini apabila mengatakan wanita Hindu perlu melahirkan sekurang-kurangnya empat anak untuk memastikan agama mereka terus kekal.

Dalam bancian pertama yang dilaksanakan selepas Britain memisahkan India dan Pakistan pada 1947, penganut Hindu berjumlah 84.1 peratus daripada keseluruhan populasi India. Walaupun perkembangan populasi agak perlahan dalam semua kumpulan agama, India masih dianggap mampu mengatasi China untuk menjadi negara yang paling ramai penduduk menjelang 2022 seperti yang diunjurkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). - Reuters sumber

Hidup Semula Selepas Dikuburkan

Orang ramai cuba memecahkan kubur Neysi Perez selepas suaminya

LIMA 26 Ogos - Seorang remaja yang di­sahkan sudah meninggal dunia oleh doktor baru-baru ini, didakwa menjerit meminta tolong di dalam keranda sehari selepas dikebumikan. Mail Online melaporkan, Neysi Perez, 16, meninggal dunia selepas secara tiba-tiba rebah diri ketika mahu menggunakan tandas di rumahnya iaitu di La Entrada, barat Honduras.

 Dipercayai, wanita yang sudah berkahwin dan hamil tiga bulan itu tidak sedarkan diri akibat tekanan yang dihadapinya selepas terdengar bunyi tembakan dan disahkan meninggal dunia tiga jam kemudian. Sehari selepas dikebumikan di Tanah Perkuburan La Entrada, suaminya, Rudy Gonzales yang masih lagi bersedih dengan pemergian isterinya terdengar jeritan daripada keranda Perez. Gonzales dengan pantas memberitahu perkara tersebut kepada pihak pengurusan kawasan perkuburan sebelum mereka memecahkan keranda yang diperbuat daripada simen konkrit itu. “Saya pergi melawat kubur isteri saya kerana saya sangat rindukan dia.

 Tiba-tiba saya terdengar jeritan dari dalam kerandanya. Saya mula berharap akan berlaku keajaiban. “Kami membawa Perez ke hospital berdekatan selepas kerandanya dipecahkan, namun doktor memberitahu isteri saya sudah meninggal dunia kerana kekurangan kan­dungan oksigen di dalam keranda,” jelasnya kepada agensi berita Pri­mer Impacto. Doktor percaya, Perez mengalami serangan panik sehingga menyebabkan jantungnya gagal berfungsi dengan baik. - sumber

Jerebu di Riau Makin Memburuk

Gambar bertarikh 24 Jun 2013 merakamkan sebuah keluarga menaiki

JAKARTA 26 Ogos – Keadaan jerebu di wilayah Riau dan Jambi dekat Pulau Sumatera semakin buruk sejak beberapa hari lalu, sekali gus memaksa pihak berkuasa tempatan menutup sekolah dan mengarahkan pelajar agar tidak terlibat dalam aktiviti luar. Portal Jakarta Post melaporkan, berdasarkan pemantauan oleh Agensi Meteorologi, Kaji Cuaca dan Geofizik (BMKG) di Pekanbaru, tahap penglihatan di ibu wilayah Riau itu semakin menurun sehingga jarak 500 meter. Jelas laporan berkenaan yang memetik kenyataan Pengarah Jabatan Data dan Analisis BMKG, Slamet Riyadi, tahap penglihatan di bandar Rengat menurun kepada dua kilometer dan Dumai sebanyak tiga kilometer.

 “Jerebu juga memberi kesan buruk kepada kualiti udara di kebanyakan kawasan di Riau. “Buat masa ini, tahap pencemaran udara yang direkodkan antara sederhana dan tidak sihat iaitu antara 100 dan 199 mengikut bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU),” katanya.

Menurut Slamet, keadaan jerebu yang meliputi wilayah Riau datang dari selatan Sumatera di­sebabkan arah tiupan angin dari tenggara ke barat dan utara melalui Riau ekoran pengesanan 33 titik panas di Jambi dan 38 titik panas di Sumatera Selatan semalam. Jelasnya, satelit Terra dan Aqua juga mengesan enam titik panas di Aceh, dua di Lampung dan satu di Bengkulu, sekali gus dijangka memburukkan lagi keadaan je­rebu.

“Secara keseluruhannya sebanyak 85 titik panas dikesan di seluruh wilayah di selatan Sumatera,” ujar­nya. Kebakaran hutan yang mencetuskan jerebu teruk di daerah Mendahara Ulu dan Tanjungjabung Timur di wilayah Jambi masih berlaku dan pihak bomba bertungkus-lumus untuk me­madamkan api. Pihak berkuasa tempatan mengedarkan topeng muka secara percuma kepada penduduk tempatan sebagai langkah berjaga-jaga ekoran tahap kualiti udara yang semakin buruk. - sumber

Permaisuri Rania Bercakap Tentang IS



JOUY-EN-JOSAS: Permaisuri Rania dari Jordan berkata, masyarakat Islam tidak melakukan secukupnya untuk memerangi pejuang militan Kumpulan Negara Islam (IS) dan 'ideologi jahat' mereka.

Bercakap dalam satu pertemuan dengan ahli perniagaan penting Perancis, di sini, Rania berkata, usaha menentang perjuangan IS tidak akan berjaya kecuali umat Islam bersatu. "Kita berdepan dengan bahaya besar. Daesh atau IS terus menyebarkan ideologi jahat mereka. Umat Islam di dunia tidak melakukan secukupnya untuk memenangi pergelutan ideologi yang menjadi tumpuan dalam perjuangan ini. "Kita tidak secara aktif membantu Daesh, namun kita juga bukan secara aktif menghentikan mereka. Kita tidak boleh menentang mereka kecuali kita sebagai umat Islam bersatu dengan pendirian kita," katanya.

Rania berkata, setiap pihak perlu memberi perhatian kepada golongan belia di Asia Barat, yang kebanyakannya menganggur atau terpaksa melarikan diri dari negara mereka dalam usaha menentang kumpulan pelampau yang mengawal sebahagian besar kawasan di Iraq dan Syria di pintu masuk Jordan. - AFP sumber

SYRIA - Gencatan Senjata 48 Jam



BEIRUT: Kumpulan pemberontak Syria, tentera dan kumpulan Hezbollah bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata selama 48 jam di bandar Zabadani yang ditawan pemberontak di sempadan Lubnan dan dua perkampungan Syiah di Wilayah Idlib.

Sumber yang rapat dengan pelan rundingan itu berkata, gencatan bermula jam 6 pagi waktu tempatan hari ini.

Gencatan senjata sama dikuatkuasakan awal bulan ini di kawasan sama namun ia dicabuli selepas tempoh gencatan dilanjutkan 72 jam lagi, disusuli dengan pertempuran semula pihak yang bertelagah. - Reuters  sumber

Monday, August 24, 2015

Bashar Hanya Kuasai 18 Peratus SYRIA

assad

Setelah disebut hanya menguasai 20% wilayah oleh komandan pasukan revolusi Syria di kota Aleppo, Kolonel Abdul Jabbar Aqidi pada akhir Julai lalu, kini giliran akhbar The Times menyebut rejim Syiah Bashar Assad hanya menguasai seperenam wilayah Syria.

Dalam artikel pemberitaannya yang dikeluarkan pada hari Ahad (23/08) lalu, The Times menyatakan, “Sebuah laporan yang dikeluarkan lembaga khas urusan pertahanan di Britain  menyatakan bahawa rejim Syiah Assad hanya menguasai18% wilayah Syria.” sumber

Friday, August 21, 2015

Kanak2 yang Makan Pelbagai Benda

Lily Mullins dari Britain mempunyai tabiat pemakanan yang pelik,

LONDON 20 Ogos - Seorang kanak-kanak perempuan Britain mempunyai tabiat pemakanan yang pelik apabila dia didapati gemar makan benda yang tidak sepatutnya dimakan seperti tuala mandi, sofa dan berus tandas, sebaliknya menolak makanan yang biasa dimakan individu normal. Keadaan pelik yang dihadapi Lily Mullins, 2, dikenali sebagai Pica, keadaan yang disifatkan sebagai kecenderungan untuk makan objek bukan makanan dan tidak mempunyai sebarang nutrisi, lapor portal Mirror.co.uk.

Mullins tidak akan berhenti menggigit termasuk berus, tempat pancuran, pakaian dan banyak lagi benda lain, malah pernah cuba makan berus tandas. Keadaan itu membuatkan ibu Mullins, Kate Ovington, 27, perlu sentiasa memantau pergerakan anaknya itu.

“Saya sentiasa bimbang akan apa yang akan cuba dilakukan dan dimakannya selepas ini. Saya cuba memberitahu Mullins bahawa objek yang cuba dimakannya akan membuatkannya rasa sakit, namun kanak-kanak itu tidak memahaminya.

 “Dia suka mencabut rambut daripada anak patungnya dan akan memakannya, malah apabila saya melarang, Mullins akan menyorokkan rambut itu di bawah bantalnya sehingga ada kalanya saya sedar saya telah terlambat untuk menghalangnya,’’ kata ibu kepada dua anak tersebut.

berkata, anaknya mula mempunyai tabiat pemakanan pelik itu, sejak dia masih bayi lagi dan pada awalnya dia tidak mempedulikan perbuatan anaknya itu kerana menyangka ia hanya sifat ingin tahu anaknya seperti kanak-kanak lain.

Sementara itu, jurucakap bagi Challenging Behaviour Foundation berkata, Pica merujuk kepada makan objek yang tidak boleh dimakan, seperti batu, duit syiling, syampu, pakaian dan puntung rokok. Tambahnya, punca yang mengakibatkan Pica masih tidak jelas dengan kajian bagi mengenal pasti punca tabiat itu agak terhad. -  sumber

Klip Video Menari di Siling Tersebar Luas



LONDON 20 Ogos – Dua pakar sukan ekstrem berjaya mewujudkan ilusi optik luar biasa dengan menunjukkan mereka seolah-olah sedang menari di atas siling rumah menerusi satu video yang kini mula tersebar secara meluas di internet.

Menerusi video, Jason Paul dan rakannya, Pavel Petkuns bukan sahaja menari di atas siling, malah mereka turut dapat membesar dan mengecilkan badan masing-masing, dalam satu babak yang diulang-ulang dalam klip tersebut. Kemampuan Paul dan Petkuns dalam video itu membuatkan ramai orang tertanya-tanya tentang di manakah bahagian atas dan bawah rumah serta fungsi graviti yang sepatutnya menjadikan mereka terjatuh apabila berada di atas siling.

 Portal Mirror.co.uk melaporkan, Paul dan Petkuns menggunakan kemahiran gimnastik mereka yang digabungkan dengan penetapan waktu yang baik serta penyuntingan yang hebat dalam menghasilkan video itu yang mengelirukan orang ramai. Menurut syarikat Red Bull yang memaparkan video itu, bagi menghasilkan klip video Running Illusions, beberapa faktor perlu diambil kira. “Anda perlu hebat dalam larian bebas, mendekati setiap apa yang anda lakukan dari sudut pandangan gimnastik dengan penetapan masa yang baik dan kedudukan yang sempurna serta mempunyai imaginasi untuk melihat bagaimana setiap gambar, teknik dan aksi lagak ngeri berfungsi.

“Jason Paul dan Pavel Petkuns banyak memilik faktor-faktor itu,’’ kata Red Bull dalam kenyataannya. Klip diberi nama Running Illusions itu kini ditonton lebih 192,000 orang dan terus tersebar secara meluas. - sumber

Thursday, August 20, 2015

Kanak2 5 Tahun Berkebolehan Pukau Haiwan

SHANGHAI 19 Ogos – Seorang kanak-kanak di China mempunyai ‘kuasa luar biasa’ apabila berkemampuan memukau haiwan sehingga tertidur yang membuatkan ramai terpegun dengan kebolehannya.

Daily Mail melaporkan, Han Jiaying yang baru berusia lima tahun bukan sahaja mempunyai keupayaan untuk menidurkan anjing, ayam, arnab, dan katak, malah reptilia seperti iguana dengan hanya mengusap dan menggunakan suaranya sahaja. Ketika melakukan sebuah persembahan dalam satu program realiti Amazing Chinese di Shanghai baru-baru ini,

 Jiaying bukan sahaja membuatkan penonton kagum, malah rancangan itu turut dimuat naik dalam laman sosial sehingga mendapat beratus ribu ‘like’. Lebih 250,000 orang telah menonton video tersebut di seluruh dunia dengan pelbagai reaksi yang rata-ratanya melahirkan rasa kagum dengan bakat dimiliki oleh si cilik tersebut.

Dalam rancangan itu, lima ekor haiwan tertidur sejurus Jiaying mengangkat tangan selepas kesemua binatang tersebut dilihat seolah-olah dipukau. Kesemua haiwan itu tidur dengan nyenyak sebelum dikejutkan satu persatu selepas beberapa minit dengan satu jeritan oleh kanak-kanak tersebut. Pada mulanya, anjing dan iguana bangun kemudian mula berjalan-jalan di atas pentas sebelum dikawal oleh Jiaying. Menurut Jiaying, dia sedar mempunyai bakat itu apabila berjaya ‘memukau’ seekor katak di tadikanya setahun yang lalu. -  sumber

serangan Bom Kurdish, 8 Askar TURKI Maut



ISTANBUL: Lapan askar Turki terbunuh dalam serangan bom ke atas kenderaan mereka di wilayah Siirt di tenggara negara itu, menurut agensi berita rasmi Anatolia.

 Parti Pekerja Kurdistan (PKK) didakwa bertanggungjawab melancarkan serangan itu.

Serangan itu adalah yang terburuk sejak kerajaan Turki melancarkan kempen "anti-keganasan" terhadap militan Kurdis bulan lalu. - AFP

Mana Kota Paling Aman dan Paling Tidak Aman 2015?

Damaskus

Majalah ekonomi ternama Britain, The Economist, menempatkan ibukota Damsyik sebagai tempat paling buruk dan tidak aman nombor satu di dunia dalam peringkat tahunan yang dikeluarkan oleh Economist Intelligence Unit (EIU).

Dalam laporan tahun 2015 yang dikeluarkan EIU pada hari Rabu (19/08) menyatakan, “Perang saudara yang yang melanda Syria pada tahun 2011 lalu telah mengubah negara tersebut dari salah satu kota paling aman di seluruh dunia berubah menjadi kota terburuk dan tidak aman di dunia.”

Di sisi lain, EIU kembali menempatkan kota Melbourne di Australia sebagai peringkat pertama kota terbaik untuk hidup nombor satu di dunia dalam 5 tahun berturut-turut. Di ikuti kemudian oleh Wina di Austria, Vancouver di Colombia, Toronto di Amerika Serikat, dan Adelaide di selatan Australia.

EIU menjelaskan bahawa survei yang dilakukan oleh lembaganya berdasarkan penilaian sistem infrastruktur, kesihatan, dan tingkat jenayah kota-kota di dunia. (Rassd/Ram) sumber

Tuesday, August 18, 2015

Ringgit menjunam 4.1120 berbanding USD



KUALA LUMPUR: Ringgit terus susut apabila dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini kerana kurang permintaan terhadap mata wang negara, kata seorang peniaga. Pada jam 9.15 pagi, ringgit disebut harga pada 4.1120/1200 berbanding dolar AS daripada 4.1020/1110 pada penutupan semalam.

 "Sementara faktor luaran akan terus memainkan peranan menentukan hala tuju mata wang Asia, ringgit tidak menunjukkan tanda pengukuhan kerana kadar spot akan disebut harga dalam julat lebih kecil," kata peniaga itu.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain pagi ini. Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9184/9245 daripada 2.9117/9202 semalam dan turun berbanding yen kepada 3.3039/3116 daripada 3.2953/3028 semalam. Ringgit pulih sedikit berbanding pound sterling kepada 6.4073/4214 daripada 6.4200/4358 dan naik berbanding euro kepada 4.5540/5637 daripada 4.5565/5677. - BERNAMA  sumber

Letupan di Bangkok, 2 Rakyat MALAYSIA Terkorban

BANGKOK 18 Ogos - Dua rakyat Malaysia antara 16 orang yang terbunuh dalam letupan bom di bahagian tengah Bangkok malam tadi, yang turut menyebabkan berpuluh-puluh orang lagi cedera. Kematian dua rakyat Malaysia itu disahkan oleh pegawai Kedutaan Malaysia di ibu negara Thailand ini.

 Letupan pada kira-kira 7 malam (8 malam waktu Malaysia) berlaku di persimpangan Ratchaprasong, berdekatan dengan Kuil Erawan dan pusat beli-belah Bangkok. Ia turut merosakkan beberapa kereta dan motosikal.

Selain itu, laporan menyatakan beberapa penjaja jalanan dipercayai antara mangsa letupan itu. - BERNAMA - sumber

Habib Rizieq Ancam Hantar Mujahiddin ke Tolikara

Habib-Rizieq-Syihab-FPI

Imam Besar Front Pembela Islam (FPI), Al-Habib Muhammad Rizieq Syihab mendesak kepada pemerintah agar semua yang terlibat dalam tragedi serangan Aidil Fitri di Tolikara ditindak tegas. Hal itu disampaikan oleh Habib Rizieq Syihab dalam ucapanya yang berapi-api di tengah umat Islam yang mengikui Perarakan Tauhid Nasional.

“Semua yang terlibat dalam peristiwa Tolikara mesti diseret ke mahkamah dan dihukum yang setimpal,” kata Habib Rizieq Syihab kepada ratusan ribu umat Islam di jalan pintu tujuh, Gelora Bung Karno (GBK), Jakarta Pusat pada Ahad (16/8/2015).

Kalau itu tidak dilaksanakan oleh pemerintah, maka bererti pemerintah telah melanggar Undang Undang, kerana membiarkan para pelaku teror solat Idul Fitri di Tolikara. Umat Islam tidak boleh diam atas pembiaran yang terjadi, maka Habib Rizieq pun menyerukan agar kaum Muslimin berjihad ke Papua.

“Kalau peristiwa Tolikara dibiarkan,  peraturan-peraturan di seluruh Papua yang mengintimidasi umat Islam, yang melakukan diskriminasi terhadap hak-hak umat Islam. Apalagi kalau besok, terjadi lagi peristiwa penyerangan terhadap umat Islam, saya minta kepada umat Islam, tidak usah tunggu pemerintah kita berangkat jihad ke Papua,” tegasnya.

“Eee.. pendeta-pendeta di GIDI sana, demi Allah kalau kalian ulangi lagi apa yang kalian lakukan sampai ada darah muslim yang tertetes, kita minta seluruh jihadis untuk berangkat…” ujar Habib Rizieq disambut gemuruh takbir.

Selain itu, Habib Rizieq juga akan memantau perkembangan kes Tolikara, apabila pihak berkuasa tak mampu bersikap tegas, maka layak untuk diberikan pakaian dalam wanita.

“Jadi kalau tentera dan polis tidak berupaya menegakkan undang-undang di sana, tidak berani menangkap para pelaku, suruh mereka pakai pakaian dalam wanita saja!” tandasnya.(rz/panjimas) sumber

Monday, August 17, 2015

MALAYSIA - Komplot Sasar 37 Ahli Parlimen BN

Ahmad Zahid Hamidi diiringi Ketua UMNO Bahagian Jempol, Senator

JEMPOL 16 Ogos - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau mempunyai bukti mengenai komplot menggulingkan kerajaan iaitu dokumen akuan bersumpah yang menyasarkan 37 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN). Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri menjelaskan, dokumen itu juga disiapkan untuk ditandatangani oleh 87 Ahli Parlimen pembangkang dan satu daripada Bebas.

“Bukti yang ada pada saya adalah bukti surat aku janji (akuan bersumpah) disiapkan untuk ditandatangani, bukan sahaja oleh 87 Ahli Parlimen pembangkang, satu daripada Bebas dan mereka mensasarkan 37 daripada Ahli Parlimen BN. Saya tidak akan biarkan hal ini terjadi,” katanya semasa merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Jempol di sini hari ini. Dalam ucapannya itu, Zahid yang juga Naib Presiden UMNO memberi amaran kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang mendakwa beliau sengaja mereka cerita komplot menggulingkan kerajaan serta kewujudan dokumen akuan bersumpah. “Mahfuz jangan celupar. Jaga baik-baik mulut. Jangan buat analisis sendiri. Saya ada bukti, saya ada dokumen mengenai kamu (Mahfuz). Kalau saya hendak ambil tindakan, boleh. Jangan cabar saya. “Saya tahu hendak buat macam mana. Saya bukan menyalahgunakan kuasa, tetapi jangan mempertikaikan kemampuan Kementerian Dalam Negeri dalam memperoleh maklumat yang sahih dan sah. Ini bukan soal politik yang boleh dianalisis dan dipertikaikan,” tegasnya. Terdahulu semasa merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tampin di Dewan Bandaran Tampin, Zahid berkata, pemimpin UMNO yang berhasrat bergabung dengan Ahli Parlimen pembangkang untuk menggulingkan kerajaan serta menjatuhkan pemimpin negara kini telah kembali sedar daripada hasutan dahsyat itu. Katanya, pemimpin terlibat itu dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pukul 6 petang ini bagi menjelaskan pendirian mereka.

 “Saya tegaskan maklumat yang saya peroleh ini adalah sahih, bukan maklumat tepi jalan. Maklumat ini saya peroleh daripada individu yang hadir dalam mesyuarat itu sendiri,” jelasnya. Zahid berkata, jika beliau tidak timbulkan perkara itu, lebih ramai Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan ‘dibeli’ untuk tujuan tersebut. “Saya timbulkan perkara itu kerana saya ada bukti. Kalau saya tidak lakukan dari sekarang, mungkin lebih ramai Ahli Parlimen BN telah dibeli dengan menandatangani aku janji tersebut,” tegasnya. Zahid berkata, memang ada rancangan meminta Ahli Parlimen BN supaya ‘menyeberang’ dan bersama dengan pembangkang melalui cara menandatangani surat akuan bersumpah untuk menggulingkan kerajaan sedia ada.

 “Ya, saya kenal siapa peguam yang menyediakan dokumen itu dan saya tidak perlu sebut nama peguam itu, (dia) bukan peguam kita. “Saya tidak boleh sebut nama, tetapi maklumat dan rancangan jahat itu adalah betul. Ini bukan cubaan, tetapi ini adalah betul-betul,” jelasnya. Katanya lagi, beliau tidak perlu mendedahkan individu yang terlibat kerana orang berkenaan akan timbul dengan sendirinya kelak.

Sambil merujuk kepada kisah Abu Nawas yang mencuri wang dan menanamnya tetapi meletakkan tanda ‘tidak ada wang di sini,’ Zahid menjelaskan, walaupun beliau tidak pernah menyebut nama individu dalam rancangan tersebut tetapi telah ada penafian yang dibuat. “Saya tidak pernah suruh sesiapa menafikan, baguslah kalau tidak terlibat,” katanya. -  sumber

SYRIA - 82 Maut dalam Serangan Udara



BEIRUT: Sekurang-kurangnya 82 orang dilaporkan terbunuh dalam serangan udara dilakukan kerajaan Syria di timur laut Damsyik, semalam. Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR), yang berpangkalan di Britain dan Pertahanan Awam Syria berkata, sekurang-kurangnya 200 orang cedera dalam serangan di Douma iaitu kira-kira 15 kilometer dari timur laut Damsyik.

Katanya, sekurang-kurangnya sepuluh roket ditembak dalam serangan udara berkenaan dan mendakwa, pesawat perang mengebom sekali lagi selepas pekerja penyelamat tiba di tempat kejadian. "Ini adalah pembunuhan beramai-ramai," kata Pengendali SOHR, Rami Abdulrahman.

Sementara itu, sumber dari tentera Syria berkata, serangan udara ke atas Douma dan Harasta bertujuan mensasarkan ibu pejabat pemberontak kumpulan militan IS susulan tindak balas kumpulan sama yang menyerang tentera kerajaan di Harasta. - REUTERS sumber

MALAYSIA - 3 Kereta Ketua Pegawai KADA Dibakar

KOTA BHARU 17 Ogos - Tiga buah kereta milik Ketua Pegawai Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) Jajahan Tumpat musnah dibakar dengan menggunakan ‘molotov cocktail’ di Bukit Marak di sini awal pagi ini.

 Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa, Rosli Hassan, 58, bersama sembilan lagi ahli keluarga sedang tidur dan hanya tersedar apabila terdengar bunyi alat penggera kereta jenis Toyota Vios miliknya. Sebaik sahaja keluar, beliau mendapati tiga buah kenderaan miliknya termasuk kereta tersebut terbakar dari bahagian dalam.

Mangsa mengalami kerugian kira-kira RM200,000 dalam kejadian yang dipercayai akibat perbuatan khianat itu. - UTUSAN ONLINE

Bangkai Pesawat Trigana Air Dikesan



JAYAPURA, Indonesia: Sebuah pesawat mencari mengesan bangkai pesawat penumpang Indonesia yang hilang bersama 54 penumpang dan anak kapal, menurut pegawai penyelamat. Tiada laporan segera berhubung mangsa yang selamat dalam nahas ketika cuaca buruk di kawasan pergunungan di timur Papua.

 Pesawat Trigana Air Service itu dalam perjalanan dari ibu negeri Papua, Jayapura, ke bandar Oksibil apabila ia terputus hubungan dengan pihak lapangan terbang Oksibil. Jurucakap Kementerian Pengangkutan, Julius Barata, menyatakan tiada petunjuk bahawa juruterbang membuat panggilan kecemasan.

Bangkai pesawat itu dikesan kira-kira 12 kilometer dari Oksibil dan Ketua BASARNAS, Henry Bambang Soelistyo, berkata anggota penyelamat sedang bersiap sedia untuk ke lokasi pesawat terhempas menerusi udara dan darat. sumber

Latihan Tentera AS, Israel, Singapura dan Jordan

Test Flight

Khamis 13 Ogos 2015, Angkatan Udara Zionis Israel sekali lagi mengadakan latihan udara terbesar dalam sejarah mereka bersama tentera Amerika Syarikat, Singapura, dan Jordan.

Menurut  Channel II Zionis Israel dalam pemberitaannya menyatakan bahawa latihan tahun ini melibatkan pesawat tempur generasi kelima milik AS dan Israel “F-35” beserta sejumlah helikopter tempur lainnya.

Latihan gabungan kali meliputi serangan udara ke darat oleh jet tempur dan helikopter, serta latihan terbang bagi pilot-pilot Zionis Israel untuk mengemudikan pesawat F-35.

Amerika Syarikat sendiri dilaporkan menurunkan pasukan khasnya dalam latihan tahunan kali ini, untuk membantu meningkatkan kemampuan tempur pasukan Zionis Israel. (Dostor/Ram) sumber

Thursday, August 13, 2015

Al-Quran Tertua di INDIA Ditemui

India memiliki salinan Al-Qur'an abad tertua era Raja Mughal Akbar

Salah satu salinan Al-Qur’an tertua di dunia, ditemukan oleh polis di Karnataka, dan diyakini merupakan salinan Al-Aqur’an pada zaman raja Mughal, Akbar, yang ada sekurang-kurangnya empat abad yang lalu.

“Tidak ada maklumat kecuali salinan Al-Qur’an itu adalah didedikasikan untuk orang-orang suci dari zaman itu,” kata sejarahwan Prof. Sheikh Ali kepada The Hindu, sebagaimana disiarkan olej onislam, Rabu (12/8/2015).

“sungguhpun saya telah melihat banyak salinan Al-Qur’an di India, saya belum melihat yang setua ini.” Salinan Al-Quran berusia 410 tahun, diyakini sebagai yang tertua di anak benua India, ditemukan oleh polis di daerah Mysuru Karnataka. Satu pihak membeli salinan Al-Alqur’an itu dari orang yang tak dikenal di Hyderabad yang berniat untuk menjualnya dengan harga Rs. 50 juta rupee, atau sekitar $ 776.754, menurut polisi itu.

“Ketika kami menyiasat mereka yang mencuba untuk menjual buku berharga dengan berkongsi video, pasukan polis mendapatkan mereka di KR Nagar dengan menyamar sebagai calon pembeli,” ungkap Abhinav Khare, Inspektur Polis daerah Mysuru.

“Salinan Al-Qur’an ini ditulis tahun 1050 dalam kalender Hijriah, atau 1605 Masehi, iaitu sekitar zama raja Mughal mencapai kemuncaknya di India dan saat Akbar digantikan oleh Jehangir,” tambah sejarawan Ali.

Bulan lalu, fragmen yang dianggap sebagai Al-Qur’an tertua di dunia ditemukan di Universiti Birmingham, di mana para ahli mengatakan bahawa naskah itu berasal dari era Nabi Muhammad (saw), 1.370 tahun yang lalu. Pengumuman itu menyusul analisis radiokarbon yang membuktikan bahawa naskah Al-Qur’an itu ditulis pada zaman antara 568 Masehi dan 645 Masehi, dengan ketepatan 95.4%. Seminggu kemudian, ulama Saudi mengatakan bahwa Al-Qur’an yang ditemukan di Birmingham bukanlah yang tertua, dan menyangkal pernyataan bahawa penggalan itu ditulis selama era Nabi Muhammad (saw). - sumber

INDONESIA Terima Atlit Zionis Israel

jokowi

Khabar sangat tak sedap sampai ke wilayah Gaza bahawa atlit negara pembinasa, pusat teroris, pembunuh kanak-kanak, wanita dan pemerkosa Muslimah Palestin, iaitu atlit Zionis Israel mendapat visa kunjungan ke Indonesia.

“Alangkah bijak jika pemerintah Republik Indonesia menolak hehadiran atlit Zionis Israel, kerana secara langsung telah menyakiti hati Umat Islam di Indonesia dan rakyat Indonesia,” kata Onim  (12/8/2015) aktivis Indonesia untuk Palestin yang memilih untuk menetap di Jalur Gaza Palestin sejak tahun 2009 hingga saat ini.

Kediaman Onim di Graha Daqu Gaza di mana berkibar bendera republik Indonesia, juga dihancurkan oleh Militer Zionis Israel.

Kini hampir semua negara di dunia menolak kebiadaban zionis Israel, baikot produk Israel pun dikempenkan. Tapi khabar sangat buruk datang bahawa atlet bangsa Penjajah Zionis Israel mendapat visa kunjungan ke Indonesia.

“Bukankah Indonesia punya undang undang dan peraturan yang mesti dipatuhi? Yahudi garis keras dengan berleluasanya menghadiri acara di Tolikara. Apa rakyat Indonesia dan 200 juta muslim di Indonesia rela sistem dan aturan di Israel juga akan berlakukan di NKRI? Perlu saya ingatkan bahawa bangsa Yahudi Israel tidak hanya anti Islam akan tetapi juga anti agama Kristian dan agama-agama lainnya,” ungkapnya.

Onim pun mengingatkan, bahawa Indonesia pernah dipermalukan saat negara Zionis Israel itu menolak mentah-mentah Menteri Luar Negeri, Marty Natalegawa memasuki Kota Ramallah, Palestin, yang dijajah Israel, untuk mengikuti Konferens Menteri Gerakan Non-Blok.

Seperti diberitakan sebelumnya, Misha Zilberman, atlit penjajah Israel pada mulaya sempat ditolak dan tersangkut di Singapura, tak boleh masuk ke Indonesia.

Zilberman akhirnya mendapatkan visa masuk ke Indonesia setelah Persekutuan Badminton Sedunia campur tangan memasukkan atlit Israel itu. Setiausaha Jeneral BWF, Thomas Lund langsung pergi ke Singapura untuk membantu warga negara Yahudi itu masuk ke Indonesia.

Imigrasen Indonesia memberikan ketentuan bahawa orang Israel yang ingin masuk ke Indonesia mesti mendapatkan visa khusus di Bangkok atau Singapura setelah yang bersangkutan menerima surat sokongan dari pegawai Indonesia. (rz/panjimas) sumber

Donald Trump Mahu Hantar Tentera Darat AS ke SYRIA dan IRAQ

Donald Trump

Calon presiden Amerika dari Parti Republik, Donald Trump, menyatakan akan mengirimkan pasukan darat ke Iraq dalam rangka perang melawan Negara Islam (IS).

Pernyataan ini dilontarkan Donald Trump dalam sesi soal jawab yang diadakan oleh Parti Republik menjelang pemilihan Presiden AS pada tahun 2016 akan datang.

Menurut akhbar World Tribune, ucapan Donald Trump dalam terbitannya hari Isnin (10/08) menyatakan, “Saya akan mendukung pengerahan pasukan tentera darat AS untuk mensasarkan sumber minyak milik organisasi Negara Islam di Syria dan Iraq.”

Donald Trump melanjutkan, “Negara Islam (IS) memiliki banyak wang kerana minyak, dan saya akan meletakkan tangan saya untuk menutup semua sumber minyak bumi tersebut untuk dialirkan bagi kepentingan Amerika Syarikat.”

Partai Republik sendiri memiliki 11 orang calon presiden yang mesti disaring sebelum diajukan dalam pilihanraya presiden Amerika Syarikat tahun 2016 akan datang. (Dostor/Ram) sumber

Wednesday, August 12, 2015

NIGERIA - 47 Maut, Bom di Pasar Minggu



KANO: Sekurang-kurangnya 47 maut manakala berpuluh lagi cedera dalam satu serangan bom di timur laut Nigeria semalam, dipercayai dilakukan kumpulan militan Boko Haram. Letupan berlaku di sebuah pasar minggu di perkampungan Sabon Gari, kira-kira 135 kilometer di selatan Borno, ibu negeri Maiduguri.

Ketika kejadian, pasar berkenaan sedang sibuk dikunjungi orang ramai kira-kira 1.15 tengah hari waktu tempatan. "Kami sudah menerima sekurang-kurangnya 47 mayat dan lebih 50 lagi mangsa yang cedera dari pasar minggu Sabon Gari," kata seorang jururawat di Hospital Umum Biu, yang terletak kira-kira 50 kilometer dari tempat kejadian. Beliau berkata, kebanyakan mangsa yang cedera dibawa ke hospital itu mengalami kecederaan yang teruk dan ini bermakna angka kematian mungkin meningkat.

"Letupan berlaku di dalam pasar di bahagian kedai menjual telefon bimbit," kata Yuram Bura, seorang anggota kumpulan penduduk yang menentang Boko Haram. Sejurus serangan berlaku, anggota tentera dikerah ke tempat kejadian dan pasar berkenaan diarah tutup. - AFP sumber

Ikatan Ulama dan Da'i Asia Tenggara Mengatur Langkah

Ikatan Ulama Asia Tenggara ingin bentuk Majelis Ilmiah-Fatwa

Ikatan Ulama dan Da'i Asia Tenggara berkeinginan membentuk majlis ilmiah dan fatwa yang bertujuan mempersatukan negara-negara di kawasan ASEAN. “Kami berkeinginan membentuk majlis ilmiah dan fatwa demi mengukuhkan persatuan sehingga menyatukan masalah yang dialami oleh seusatu negara seperti penetapan awal Ramadhan dan dua hari raya,” kata Ketua Ikatan Ulama dan Da'i Asia Tenggara Muhammad Zaitun Rasmin di Jakarta, Selasa (11/8/2015), demikian menurut Antaranews.com

Dalam temubual wartawan di penutupan Pertemuan Ilmiah Antarabangsa Ulama dan Da'i Asia Tenggara di Balai Kartini, Jakarta, Zaitun mengatakan pembentukan majlis ilmiah dan fatwa tersebut adalah salah satu dari lima rekomendasi dari Pertemuan Ilmiah Antarabangsa Ulama dan Da'i Asia Tenggara di Lembang pada 8-11 Ogos 2015.

Selain pembentukan majlis tersebut, Ikatan Ulama dan Da'i Asia Tenggara juga menyarakankan agar mengoptimalkan peranan organisasi yang berdiri pada 29 November 2014 ini sebagai pusat dan payung koordinasi ulama di kawasan Asia Tenggara.

“Kami ingin mengoptimalkan peranan di kawasan Asia Tenggara ini sebagai pusat dan payung koordinasi dengan cara mengedepankan sikap saling mencintai, menasihati dan tolong-menolong,” ujar Zaitun yang juga Wakil Ketua Komisi Luar Negeri MUI itu.

Rekomendasi selanjutnya, kata Zaitun, adalah mengekang aliran sesat dan menyimpang dengan cara pencerahan yang dilakukan dengan pelatihan materi mazhab Syafi'i dan kerjasama dari para da'i untuk mencegah penyebarluasan ajaran menyimpang itu.

Saranan berikutnya adalah pelatihan Mazhab Syafi'i sebagai majoriti di Asia Tenggara, kata Zaitun, selain untuk langkah mengekang aliran sesat, juga untuk menaangkis faham radikal dan ekstrem.

Terakhir, kata Zaitun, Ikatan Ulama dan Da'i Asia Tenggara juga menyarankan untuk memberikan perhatian dan dukungan kepada da'i di negara-negara yang umat Islamnya minoriti. Dukungan tersebut, tambah Zaitun, adalah dukungan secara moral mahupun secara materil dalam agenda terancang dengan tujuan peningkatan kualiti dakwahnya.

“Dukungan material ini adalah untuk meningkatkan aspek ekonomi para da'i dan menghidupkan masjid untuk meningkatkan produktiviti masjid sebagai sarana dakwah,” katanya. sumber

Bayi kepada Budak 11 Tahun Meninggal Dunia

JEMPOL 12 Ogos - Bayi lelaki yang dilahirkan oleh seorang budak berusia 11 tahun, pada Rabu lalu,meninggal dunia di Hospital Tuanku Najihah, Kuala Pilah lebih kurang pukul 3 pagi tadi. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Norhayati Omar berkata, beliau dimaklumkan perkara tersebut oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyakat (JKM).

 “Saya difahamkan bayi itu meninggal dunia di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah dan telah dibawa pulang ke rumah keluarganya di Bahau,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias mengesahkan bayi tersebut meninggal dunia pukul 3 pagi tadi akibat komplikasi dalam perut. - UTUSAN ONLINE sumber

Tuesday, August 11, 2015

IRAQ - 3 Serangan Bom, 33 Terkorban

BAQUBA (Iraq): Tiga letupan, dua daripadanya membabitkan bom kereta yang dilakukan kumpulan Negara Islam (IS), menyebabkan sekurang-kurangnya 33 terbunuh di Wilayah Diyala, demikian menurut polis. Serangan bom mensasarkan kawasan Syiah dan ia serangan kedua selepas kurang sebulan serangan nekad yang mengorbankan 120 orang di Khan Bani Saad, juga di wilayah timur Diyala.

 Kejadian semalam dilaporkan di kawasan Huwaydir dan menurut sumber perubatan dan pihak keselamatan di Hospital Baquba, sekurang-kurangnya 20 orang maut di tempat kejadian manakala 45 lagi cedera. "Pengebom berani mati memandu sebuah kenderaan membawa periuk api yang kemudiannya meletupkan dirinya di tengah kawasan pasar di Huwaydir," kata seorang Lefternan Kolonel polis.

Seorang lagi pengebom nekad memandu kenderaan dan merempuh satu pusat pemeriksaan keselamatan sebelum meletupkan dirinya di Daerah Kanaan dengan sekurang-kurangnya 10 maut manakala 10 lagi cedera. Kumpulan IS kemudian mengaku bertanggungjawab dalam dua serangan bom nekad itu menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman media sosial.

Di Kanaan, IS berkata serangan itu mensasarkan satu masyarakat Syiah yang sedang berkumpul dengan pasukan tentera dan militannya dan serangan sama berlaku di Huwaydir. Satu letupan juga menggegarkan satu kawasan kejiranan antara Baquba dan Huwaydir, yang mengorbankan tiga orang manakala empat lagi cedera.

Sejak letupan bom pada 17 Julai lalu di Khan Bani Saad, pihak berkuasa mengetatkan kawalan terutama menyeberangi wilayah berkenaan terutama di sempadan Baquba, kira-kira 70 kilometer di utara Baghdad. Letupan sama di Khan Bani Saad pada penghujung Ramadan lalu yang mengejutkan seluruh Iraq. - AFP  sumber

360 Biji Batu Karang dalam Pundi Hempedu!

Sebanyak 360 biji batu karang dikeluarkan daripada pundi hempedu

MUMBAI 9 Ogos – Doktor di India yang memeriksa punca sakit perut yang dialami seorang wanita terkejut selepas menemukan sebanyak 360 biji batu karang dalam pundi hempedu wanita tersebut.

Mousumi Dam, 49, dari negeri Kolkata di timur India memberitahu bahawa dia mengalami sakit perut yang kronik dan keasidan sejak beberapa bulan lalu sehingga akhirnya wanita itu terpaksa berjumpa doktor bagi memeriksa penyakitnya. Doktor yang memeriksanya kemudian mendapati, Mousumi menderita akibat batu karang yang teruk dengan ujian mendedahkan, wanita itu mempunyai kelompok besar batu marmar bersaiz kecil di dalam pundi hem­pedunya, Portal Mirror.co.uk me­la­porkan, Mousumi kemudiannya dirujuk ke hospital di Bengal Barat yang menyaksikan doktor mengeluarkan sebanyak 360 biji batu karang dalam pembedahan yang berlangsung selama sejam.

 Dr. Makhan Lal Saha, 59, pakar bedah di hospital itu berkata, dia tidak pernah melihat batu karang dalam jumlah yang banyak dalam badan seorang penyakit sebelum ini. “Sepanjang menjadi doktor selama 37 tahun, saya tidak pernah melihat batu karang sebanyak ini dalam sebuah pundi hempedu. Ini kali pertama dalam sejarah perubatan di Bengal Barat seorang perlu menjalani pembedahan bagi mengeluarkan sebanyak 360 biji batu karang,’’ katanya.

Makhan berkata, mereka mengambil masa selama 50 minit bagi mengeluarkan batu karang berukuran lima milimeter setiap satu itu. “Malah, tangan saya terasa kebas apabila saya mengeluarkan batu yang terakhir, dan adalah mengejutkan bahawa kesemua batu karang itu mempunyai saiz dan bentuk yang sama,’’ katanya.
sumber

MESIR - Suhu Panas, 24 Maut

Suhu panas melampau di Mesir sehingga mencecah 47 darjah Celcius

KAHERAH 10 Ogos – Seramai 24 orang maut, sementara 66 yang lain terpaksa dimasukkan ke hospital berikutan cuaca panas melampau di Kaherah dan beberapa tempat lain di Mesir. Semua mangsa yang meninggal dunia dipercayai mengalami kekejangan haba ketika suhu di negara ini mencecah 47 darjah Celcius.

Seramai 15 orang maut di Kaherah, empat di Qalibiya dan dua lagi di wilayah Qena termasuk tujuh wanita yang berumur 60 ke atas. Jurucakap Kementerian Kesihatan, Hossam Abdel Ghaffar berkata, 37 orang daripada 60 yang terlantar di hospital masih dalam keadaan kritikal akibat keletihan melampau berikutan cuaca panas itu.

“Suhu pada tahun ini naik mendadak berbanding tahun-tahun sudah, namun apa yang lebih membimbangkan ialah tahap kelembapan yang memberi kesan kepada orang ramai. “Pendedahan kepada cuaca panas melampau itu yang membawa maut,” katanya.

Ketua Analisis Jabatan Meteorologi Mesir, Waheed Soudi juga mengesahkan bahawa suhu di ibu negara dan beberapa kawasan adalah lebih tinggi daripada yang sebelum ini. “Suhu kali ini jauh lebih tinggi dengan peningkatan antara empat hingga lima darjah Celcius daripada apa yang biasanya dilihat, malah tahap kelembapan juga sangat tinggi pada bulan ini,” katanya. – AFP sumber

INDONESIA Khuatir Penjana Elektrik Nuklear MALAYSIA

Media Indonesia melaporkan Malaysia bercadang untuk membina Penjana Elektrik Tenaga Nuklear di perbatasan negara berhampiran wilayah Indonesia di Kalimantan. Muncul suara-suara yang menyatakan ketidaksenangan mereka kerana mereka beranggapan Indonesia bakal mendapat kerugian, sekalipun penjana itu dibina di wilayah Malaysia.

Pengarah Jeneral Energi Terbarukan dan Konservasi Energi Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM) Rida Mulyana menyatakan yang pihaknya sedang meminta pengesahan Malaysia tentang rancangan tersebut. Menurut Rida, tidak sepatutnya Malaysia membangun penjana itu di Pulau Kalimantan, memandangkan sebahagian besar wilayah pulau tersebut menjadi hak Indonesia. - Satu Umat

3 Jurujual Telefon Low Yat Didenda RM1,800

Low LEONG SENG  (kiri) dan Eric Chan Weng (kanan) dan rakan mereka,  

KUALA LUMPUR 10 Ogos - tiga jurujual kedai telefon masing-masing didenda RM1,800 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana membelasah seorang penganggur yang dikaitkan dengan kejadian kekecohan di Plaza Low Yat, bulan lalu, sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan. Low Leong Seng, 29, Eric Chan Weng, 23, dan Soo Weng Hing, 26, dijatuhi hukuman itu oleh Majistret Muhamad Faizal Ismail selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Shahrul Anuar Abdul Aziz dalam insiden itu. Mereka didakwa bersama-sama melakukan perbuatan tersebut terhadap mangsa yang berusia 22 tahun itu di tingkat G, Plaza Low Yat, Bukit Bintang di sini pada pukul 4.47 petang, 11 Julai lalu.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama dan boleh dihukum penjara sehingga satu tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, N. Joy Jothi sementara kesemua tertuduh tidak diwakili peguam bela. Ketiga-tiga tertuduh yang duduk di kandang tertuduh dilihat tenang sepanjang prosiding.

Sebaik sahaja selesai prosiding salah seorang daripada tertuduh terbabit berkata ‘berani buat, berani tanggung’ kepada beberapa wartawan yang membuat liputan kes itu. Terdahulu, ketiga-tiga tertuduh yang tidak diwakili peguam bela memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan. Joy Jothi pula memohon mah­kamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan alasan kes itu mendapat perhatian di seluruh negara dengan mengambil kira faktor kepentingan awam.

 Mengikut fakta kes, pengadu, Mohamad Khairul Azmi Mazlan, 22, bersama rakannya, Shahrul Anuar telah pergi ke sebuah kedai telekomunikasi bagi mengesan telefon bimbitnya yang hilang pada pagi hari kejadian. Selepas puas mencari hampir satu jam setengah, Mohamad Khairul dan mangsa beredar dari tempat itu untuk ke tingkat bawah menggunakan eskalator. Tiba-tiba Mohamad Khairul terdengar suara orang menjerit ‘tahan, tahan, tangkap, tangkap ada curi telefon’ dari arah belakang dan dia menyedari Sharul Anuar tidak turun bersamanya.

Apabila Mohamad Khairul lari menuju ke tingkat atas, dia melihat rakannya itu sedang dibelasah sekumpulan lelaki dipercayai jurujual kedai telefon bimbit. Tindakan Mohamad Khairul untuk cuba membantu mangsa mendatangkan padah apabila dia turut dibelasah serta dituduh bersubahat dalam insiden itu. Kedua-dua mereka kemudian dibawa ke balai polis berhampiran untuk disoal siasat.

Bagaimanapun Mohamad Khairul dibebaskan selepas tiada bukti yang mengaitkan dirinya dengan kejadian itu, sementara rakannya dituduh di mahkamah atas pertuduhan mencuri telefon bimbit. Shahrul Anuar telah dihadapkan ke mahkamah pada 14 Julai lalu dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencuri telefon bimbit dalam kejadian itu. Kes terhadap Shahrul Anuar yang diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin, akan disebut semula pada Jumaat ini. - sumber

Saturday, August 8, 2015

Virus Mers Corona Menghilang ketika Ramadhan, Kini Kembali Menular di SAUDI

Mers Corona 1

Jumaat 7 Ogos 2015, Kementerian Kesihatan Arab Saudi kembali mengumumkan 3 kes penularan baru virus Mers Corona setelah virus itu mereda pada bulan suci Ramadan.

Dalam keterangan Kementerian Kesihatan Arab Saudi menyatakan 3 kes penularan baru terjadi di wilayah ibu kota Riyadh, dan seorang penghidap lainnya dinyatakan sembuh.

Tercatat sebanyak 1068 warga di Arab Saudi telah tertular virus yang muncul pertama kali pada bulan Jun tahun 2012 lalu, dengan 471 antaranya meninggal dunia dan 585 lainnya berhasil dinyatakan sembuh.

Hingga bulan Ogos ini pemerintah Arab Saudi dilaporkan masih merawat 11 pesakit yang tertular virus Mers Corona.

Perlu diketahui bahwa sebelumnya pemerintah Arab Saudi mengumumkan tidak adanya kes penularan baru virus Mers Corona selama bulan suci Ramadan lalu. (Almasryalyoum/Ram) sumber

Ini Dia Zubir Ali yang Mengaku Al-Mahdi

Astaghfirullah, Zubir Amir, Imam Mahdi palsu selipkan nama dan nomor rekeningnya dalam Qur'an

Sudah 240,381 Korban Perang di SYRIA

wanita suriah

Jaringan Observatorium Syria untuk Hak Asasi Manusia menyatakan sekurang-kurangnya 240,000 orang terkorban dan dari 30,000 lagi hilang, termasuklah 12,000 kanak-kanak, selama empat setengah tahun perang saudara di Syria berlangsung.

Menurut AFP dari laporan terbaru yang dikeluarkan Pengarah Observatorium, Rami Abdel Rahman, pada hari Khamis (06/08) , “Kami mendapati 240,381 orang terkorban sejak meletusnya perang di negara tersebut pada bulan Mac tahun 2011 lalu.”

Rami Abdel Rahman melanjutkan, “Dalam 2 bulan terakhir korban perang dalam perang di Syria mencapai lebih dari 10,000 orang, jumlah ini meningkat jika dibandingkan dengan tempoh yang sama.”

“Sedangkan untuk jumlah pelarian Syria hingga bulan Julai tercatat 4,000,000 orang  di luar negara, dan lebih dari 7,000,000 lainnya menjadi pelarian di dalam negeri,” ujar Rami Abdel Rahman. (Alarabiya/Ram) sumber

Friday, August 7, 2015

SAUDI - 13 Maut, Bom di Masjid



RIYADH: Letupan dipercayai berpunca daripada pengebom bunuh diri menggegarkan sebuah masjid yang biasa dikunjungi anggota polis Arab Saudi menyebabkan sekurang-kurangnya 13 terbunuh di bandar Abha, di sini, hari ini.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri berkata, sembilan lagi cedera yang mana tiga daripada mereka parah. Katanya, tiga yang terbunuh adalah kakitangan masjid yang digunakan anggota unit tindakan khas di Abha, di selatan wilayah Asir.

 "Pengganas menyerang jemaah yang sedang beribadat. Sepuluh anggota polis dan tiga kakitangan masjid terbunuh manakala sembilan cedera, tiga daripada mereka parah," katanya. Katanya, serangan itu dipercayai dilakukan pengebom bunuh diri, berdasarkan cebisan anggota badan yang di tempat kejadian serta rompi menempatkan bahan letupan.

"Setakat ini masih terlalu awal untuk tuduh siapa yang bertanggungjawab terhadap serangan ini," katanya. - AFP sumber

7 Maut, Ratusan Cedera, Bom Kereta di AFGHANISTAN



KABUL: Tujuh orang terkorban dan beratus yang lain cedera apabila bom kereta meletup awal pagi ini di sini, kata pegawai. Serangan itu adalah yang pertama terhadap ibu negara Afghan sejak pengumuman kematian ketua Taliban, Mullah Omar. Tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas serangan berkenaan pada ketika Taliban mula merangka serangan biarpun selepas berlaku pergelutan dalam peralihan kuasa di kalangan pergerakan militan itu.

Bom berkenaan yang tidak dapat dipastikan sasaran sebenar, berlaku sehari selepas Taliban membunuh sembilan orang dalam serangan terhadap polis di selatan dan timur Afghanistan. "Tujuh orang terkorban dan 198 orang yang cedera dibawa ke hospital," kata jurucakap Kementerian Kesihatan, Wahidullah Mayar.

"Mereka yang cedera termasuk kanak-kanak dikejarkan ke hospital di bandar...angka kematian dijangka meningkat." Ketua Polis Kabul, Jeneral Abdul Rahman Rahimi pula berkata, lapan orang dilaporkan terbunuh dan 128 lagi cedera.

 "Sebuah kereta yang sarat dengan bahan letupan meletup di tengah kawasan kediaman yang padat dengan penduduk di Shah Shaheed (timur Kabul). Beberapa rumah dalam kawasan ini juga rosak. "Mereka yang terkorban dan cedera termasuk wanita dan kanak-kanak. Serangan itu bertujuan untuk menyebabkan kematian yang ramai," katanya. - AFP sumber

Basikal Anti Pencuri





NEW YORK 6 Ogos – Basikal antipencuri atau ‘unstealable bike’ pertama di dunia kini sedang dalam pengeluaran dan dijangka berada dalam pasaran pada tahun ini. Portal berita Daily Mail melaporkan, basikal itu direka tiga jurutera muda dari Chile iaitu Cristobal Cabello, 22, Andres Roi Eggers, 23 and Juan Jose Monsalve, 24.

 Mereka telah menemui satu cara untuk menghalang pencuri daripada mencuri basikal dan penemuan tersebut merupakan yang pertama seumpamanya di dunia. Reka bentuk basikal unik itu yang dipanggil Yerka, kelihatan seperti basikal biasa lain, namun bahagian batang tengah kerangkanya boleh dipisahkan bagi membolehkan tempat duduk basikal tersebut dimasukkan ke dalam lubang disediakan untuk dikunci pada tiang.

 Menurut perekanya, basikal itu boleh dikunci hanya dalam tempoh 10 saat dan tidak memerlukan kunci tambahan. “Sejurus dikunci, tiada cara boleh dilakukan pencuri untuk membuka basikal itu,” ujar mereka. Rekacipta basikal itu buat pertama kali diumumkan pada bulan November tahun lalu, namun pada minggu lalu, pasukan pereka tersebut menyatakan bahawa mereka telah menerima tempahan pertama untuk menghasilkan 300 buah Yerka. Projek yang menelan belanja sebanyak AS$100,000 (RM387,745) itu dilapor menerima suntikan daripada sebuah yayasan keusahawanan, bagaimanapun sebahagian besar dana yang mereka perolehi adalah daripada laman web dana awam, Indiegogo.

Difahamkan pada masa akan datang harga basikal itu akan meningkat kepada AS$600 (RM2,326), lapor agensi berita CNN. sumber

Heli Tentera AFGHANISTAN Ditembak Jatuh, 25 Askat Terbunuh

Mujahidin IIA tembak jatuh helikopter militer di Zabul, puluhan tentara musuh tewas

Seorang pegawai boneka Afghanistan mengatakan sebuah helikopter militer jatuh di selatan negara itu, mengorbankan 17 orang termasuk lima juruterbang. Mirwais Noorzai, ketua polis di wilayah Zabul mengatakan helikopter Tentera Nasional Afghanistan (ANA) jatuh di daerah terpencil di Zabul pada Khamis (6/8/2015) pagi, tanpa memberikan maklumat lebih lanjut. Dia mendakwa penyebab “kecelakaan” itu belum diketahui dan masih diselidiki. Dia mengatakan bahawa seluruh korban adalah askar.

Namun menurut informasi yang kami dapatkan dari laman rasmi Mujahidin Imarah Islam Afghanistan, Voice of Jihad, dikatakan bahawa helikopter tersebut jatuh kerana disasarkan oleh Mujahidin dengan tembakan roket di daerah Akram Qala distrik Nawbahar pada Khamis pagi sekitar pukul 10.00 waktu tempatan.

Helikopter terbakar setelah ditembak, lalu terjatuh dan menghentam wilayah Malkezo, di pinggiran Shinki. Voice of Jihad menambahkan bahawa jumlah25 tentera musuh termasuk 5 juruterbang maut dalam serangan itu. Sekitar dua jam kemudian, sebuah trak militer ANA tiba di lokasi jatuhnya helikopter, namun mereka disambut dengan ledakan bom ranjau yang telah ditanam oleh Mujahidin, membunuh semua orang yang berada di dalam trak. - sumber

Ledakan Besar di Gaza, 4 Maut 30 Cedera

Ledakan besar terjadi di Gaza, empat orang dilaporkan tewas dan puluhan luka-luka

Ledakan besar meletupkan sebuah rumah di selatan Jalur Gaza pada Khamis (6/8/2015), mengorbankan empat orang dan puluhan lainnya cedera, ujar seorang pegawai yang mengatakan bahawa penyebab ledakan itu masih belum jelas.

“Empat warga Palestin terbunuh dan 30 lainnya cedera dalam ledakan di dalam sebuah rumah di kem pelarian Shabura, dekat Rafah,” ujar jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf Al-Qudra seperti dilaporkan AFP. Qudra menambahkan bahawa empat orang yang cedera berada dalam keadaan kritikal. Menurut Ma’an, korban semuanya merupakan anggota keluarga yang sama, yang diidentifikasi sebagai Bakar Hasan Abu Naqira, Abdul-Rahman Abu Naqira, Ahmad Hasan Abu Naquira, dan Hassan Ahmad Abu Naqira.

Para pegawai di wilayah Palestin mengatakan penyelidikan sedang dilakukan untuk menemukan penyebab ledakan. Briged Izzudin Al-Qassam, sayap militer Hamas, mengumumkan belasungkawa dalam sebuah pernyataan atas kematian anggotanya, Abdel Rahman Abu Naqira dalam ledakan tersebut.

Laporan lainnya mengatakan bahawa ledakan tersebut berasal dari bom yang tidak meletup (UXO), sisa serangan pasukan Zionis “Israel” di Jalur Gaza.

Menurut laporan Koordinator Kemanusiaan untuk Wilayah Palestina (OCHA) PBB, terdapat lebih dari 7,000 UXO yang tersisa di seluruh Jalur Gaza setelah perang musim panas lalu antara “Israel” dan pejuang di Gaza.

Sebuah laporan yang diterbitkan oleh Kantor Komisaris untuk Hak Asasi Manusia mengatakan bahawa 111 warga awam, 64 di antaranya kanak-kanak, menjadi korban UXO antara tahun 2009 dan 2012. sumber

Thursday, August 6, 2015

Bangkai Ikan Pelik di England



LONDON 5 Ogos – Penemuan bangkai seekor ikan pelik sepanjang kira-kira 1.52 meter di Tasik Hollingworth di Rochadale, Greater Manchester pada awal minggu ini menggemparkan penduduk dan media sosial. Bangkai ikan yang ditemukan di sebuah tasik di Greater Manchester, England yang menggemparkan penduduk dan media sosial. Agensi Portal Daily Mail melaporkan, ikan tersebut yang mempunyai gigi tajam dan penuh mengejut mereka yang beriadah di tasik tersebut.

Gambar-gambar yang disiarkan di media sosial oleh mereka yang melihat bangkai ikan tersebut mecetuskan perdebatan, sama ada ikan itu merupakan sejenis haiwan purba atau ikan pike.

Seorang jurujual, Jonny Beckett, 32, berkata, dia terkejut apabila melihat bangkai ikan tersebut ketika bersiar-siar dengan kekasihnya, Suzanne. “Saya ingat bangkai itu seekor buaya atau haiwan purba dan saya terus mengambil gambarnya.

“Bangkai itu sangat besar. Sekumpulan kanak-kanak melihat saya mengambil gambar bangkai ikan itu dan mereka menjadi takut,’’ katanya.

Seorang lagi saksi, Myron Szymanskyj berkata, giginya lengkap dan mulutnya sebesar penumbuk tangan. “Tetapi bangkai itu berbau sangat busuk,’’ katanya. - sumber

TURKI Akan Mula Perangi IS di SYRIA



KUALA LUMPUR: Turki akan mula memerangi kumpulan IS dalam wilayah utara Syria, kata Menteri Luarnya, Mevlut Cavusoglu, ketika menemui Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry di Malaysia. "Kini kami sedang melatih dan memperlengkapkan pihak pembangkang (Syria) sederhana bersama AS dan kami akan mula memerangi puak Daesh tidak lama lagi," kata Cavusoglu kepada pemberita pada permulaan mesyuarat dengan Kerry, menggunakan akronim Arab bagi merujuk kumpulan IS.

 "Selepas itu keadaan akan menjadi lebih selamat untuk pembangkang sederhana yang memerangi Daesh," katanya. Kedua-dua mereka bertemu di sebuah hotel di sini di luar mesyuarat keselamatan serantau yang dihoskan ASEAN.

Washington sudah lama menggesa sekutunya Turki untuk meningkatkan peperangan terhadap IS, iaitu sesuatu yang Ankara keberatan melakukan sehinggalah baru-baru ini. Pendirian itu bagaimanapun berubah apabila serangan maut di wilayah Turki yang dikatakan dilakukan oleh IS. Sejak itu, Turki melancarkan beberapa siri serangan udara yang didakwa menyasarkan kedudukan militan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) di utara Iraq serta militan IS. - AFP sumber

Sedikit Serpihan Pesawat Sah MH370

NAJIB TUN RAZAK pada sidang akhbar khas di PWTC, Kuala Lumpur,

KUALA LUMPUR 5 Ogos - Misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 akhirnya terjawab selepas 515 hari apabila penemuan serpihan sayap kapal terbang berukuran dua meter di Pulau Reunion minggu lalu disahkan milik pesawat itu. Pengesahan tersebut sekali gus merungkai persoalan mengenai nasib sebenar yang menimpa pesawat MH370 berkenaan di mana Lautan Hindi menjadi ‘destinasi’ akhir sebelum pesawat yang membawa 239 penumpang berserta anak kapal itu terhempas.

 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengesahkan berita sedih itu berkata, bukti fizikal tersebut disahkan sepadan dengan pesawat MH370 oleh pasukan penyiasat penerbangan antarabangsa di Toulouse Perancis.

“Hari ini selepas 515 hari pesawat tersebut hilang, dengan hati yang berat, saya ingin menyatakan bahawa pasukan penyiasat penerbangan antarabangsa telah mengesahkan bahawa serpihan sayap pesawat yang ditemui di Pulau Reunion adalah milik MH370.

“Bebanan yang dihadapi ahli keluarga tidak dapat digambarkan, tapi menjadi harapan saya dengan pengesahan ini dapat memberi jawapan kepada mereka walaupun ia menyakitkan,” katanya dalam sidang akhbar tergempar pada pukul 2 pagi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. Yang turut hadir Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai serta Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari.

Pulau Reunion adalah sebuah kepulauan yang terletak di Lautan Hindi, dengan jarak kira-kira 175 kilometer (km) dari barat daya Mauritius atau 900km dari Madagascar. Pesawat MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 pagi 8 Mac 2014 dan sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama, tetapi dilaporkan hilang. Kehilangan itu mencetuskan misteri penerbangan abad ini dengan pelbagai teori diperkatakan hingga akhirnya pada Januari lalu, pihak berkuasa mengisytiharkan semua penumpang berserta anak kapal MH370 maut.

Dalam pada itu, Perdana Menteri memberi jaminan kepada semua pihak yang terkesan dengan tragedi itu bahawa mereka bukan sahaja akan dibela, tetapi kerajaan komited untuk terus melakukan apa sahaja termampu bagi menyiasat apa sebenarnya yang berlaku ke atas MH370. “Kehilangan pesawat MH370 menyatukan kita sebagai sebuah negara dan kita juga akan meratapi tragedi ini juga sebagai sebuah negara. Saya berjanji Malaysia bukan sahaja akan sentiasa memperingati malah menghormati mereka yang terkorban,” katanya. - sumber