Wednesday, September 30, 2015

Tentera Zionis Diizinkan Bertindak Keras terhadap Pelontar Batu

polisi zionis israel

Pihak berkuasa haram Israel teleh menetapkan dengan sebulat suara tentang serangkaian tindakan dan saksi yang juga telah disepakati oleh pemerintah Israel, iaitu penggunaan senjata sniper jenis “Roger” dan mengizinkan polis untuk melepaskan tembakan dengan peluru hidup ke arah para pelempar batu dan bom molotov yang dapat membahayakab nyawa pasukan pendudukan dan pemukim Yahudi.

Pemerintah Israel mungkin telah gerah melihat tindakan para pejuang Palestin yang selalu dianggap membahayakan bagi pasukan Israel. Sehingga pemerintah akhirnya menetapkan sanksi keras terhadap para pelempar batu iaitu berupa hukuman penjara minima 4 tahun dan denda bagi pelempar batu di bawah umur. sumber

SAUDI Nafikan Berita2 palsu Tentang Tragedi Mina

Musibah Mina, Pemerintah Saudi: Tidak benar ada hukuman mati 28 askar

Pemerintah Arab Saudi menegaskan bahwa tidak benar kononnya 28 orang petugas Arab Saudi (askar) yang akan menjalani hukuman pancung terkait musibah Mina pada Khamis (24/9/2015). “Ghairu Shahih, (Itu tidak benar)” kata Mustafa bin Ibrahim Al Mubarak Duta Besar Arab Saudi untuk Indonesia kepada para wartawan pada acara perayaan hari nasional Arab Saudi yang diadakan di Dian Ballroom Ciputra World 1, Jakarta Selatan, Selasa (29/9/2015).

Pada kesempatan itu juga Duta Besar juga menafikan pemberitaan yang menyebut penyebab musibah Mina karena adanya iring-iringan rombongan Putera Raja yang akan melintas di jalur 204. “Tidak benar, itu hanya berita di BBC,” tegas Mustafa  sumber

160,000 Khemah di Mina Mula Diturunkan

Musim haji tahun 2015 berakhir, lebih dari 160,000 tenda di Mina telah dibongkar. Tenda-tenda ini telah menampung hampir dua juta peziarah selama sekitar 144 jam. Dengan air mata berlinang, sekitar 500.000 jamaah meningalkan Mina menuju Makkah pada Ahad (27/9/2015), yang merupakan hari terakhir Tashriq.

Sebahagian dari mereka menuju Madinah untuk mengunjungi Masjid Nabawi dan solat di masjid itu, sebagaimana disiarkan oleh Saudi Gazette, Senin (28/9/2015). Mina, yang sebelumnya penuh sesak dengan jutaan jemaah yang menghabiskan sekitar lima hari di kota penuh khemah itu, sekarang terlihat sepi dan terlihat seperti sebuah kota mati. sumber

Muslimah MALAWI Mahu Undang2 Perlindungan Hijab

Muslim Malawi menginginkan hukum untuk melindungi Muslimah berhijab

Muslim Malawi mendesak pemerintah untuk melaksanakan undang-undang untuk melindungi Muslimah yang mengenakan hijab yang menjadi korban di tempat umum dan tempat kerja di negara Afrika bagian selatan tersebut.

“Ada kes yang dilaporkan mengenai mangsa pelecehan terhadap Muslimah di tempat umum dan tempat kerja, kerana tidak ada undang-undang yang melindungi kami, para pelaku boleh pergi dengan bebas, sementara mangsa terus menderita dalam diam,” ujar Fatima Ndaila, Ketua Organisasi Wanita Muslim Nasional (MWO), mengatakan kepada OnIslam. sumber

INDONESIA Tak Akan Mohon Maaf kepada Keluarga Anggota PKI

Pemerintah tidak akan minta maaf kepada keluarga PKI

Pemerintah Indonesia tidak akan mengajukan permohonan maaf kepada keluarga anggota PKI yang menjadi mangsa pelanggaran hak asasi manusia (HAM) berat pada masa lalu. Menteri Koordinator Bidang Politik Hukum dan Keamanan, Luhut Binsar Panjaitan, mengatakan pemerintah tidak pernah memiliki rancangan untuk meminta maaf kepada keluarga anggota PKI yang menjadi mangsa pelanggaran HAM berat.

“Tidak ada pikiran untuk meminta maaf. Lagi pula mesti meminta maaf kepada siapa, dan memaafkan siapa, kerana kedua-dua pihak menjadi mangsa,” katanya di Kompleks Istana Kepresidenan, Jakarta, Rabu (30/9/2015), siar Solopos.

Luhut menuturkan pemerintah tidak ingin menjadikan Indonesia sebagai bangsa yang pendendam. Untuk itu, pemerintah akan mencari format yang tepat untuk melakukan rekonsiliasi terhadap kes pelanggaran HAM berat di masa lalu.  sumber

Bendera PALESTIN Dinaikkan di PBB



PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Palestin bakal melakar sejarah apabila buat pertama kali bendera negara bergolak itu akan dinaikkan dan dikibarkan di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, esok. Ia sekali gus memberikan sinar baru kepada negara itu dalam membawa mesej mereka untuk mencapai kemerdekaan dan negara berdaulat, sekali gus menghentikan sengketa dengan rejim Zionis.

Acara menaikkan bendera selama 15 minit itu dijadual turut dihadiri Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas pada jam 1 tengah hari (waktu tempatan New York - kira-kira 1 pagi Malaysia), selepas kedua-duanya menyampaikan ucapan sempena Perhimpunan Agung PBB. Abbas membayangkan ini adalah harapan baru kepada rakyat Palestin untuk menjadi negara merdeka dan sokongan PBB sebagai simbolik bagi menyokong aspirasi penubuhan negara itu.

"Ia satu lagi langkah untuk mengukuhkan negara Palestin di arena antarabangsa," katanya. Pada Perhimpunan Agung PBB 10 September lalu, satu draf resolusi telah dibentangkan mengenai pengiktirafan Palestin sebagai sebuah negara yang mendapat sokongan 119 negara, lapan menentang termasuk Israel dan Amerika Syarikat, manakala 45 lagi berkecuali. Resolusi itu membolehkan bendera Palestin yang memiliki status pemerhati, dikibarkan bersama-sama bendera negara anggota PBB yang lain. - AFP  sumber

Snowden Muncul di Twitter



WASHINGTON: Edward Snowden kini muncul daripada persembunyian - di Twitter. Snowden, bekas kontraktor Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) yang mendedahkan butiran program pengintipan Amerika Syarikat, membuka akaun Twitter dari tempat persembunyiannya di Russia dengan menggunakan nama mudah - @Snowden. Beliau menarik lebih 171,000 pengikut selepas kira-kira sejam dan meningkat kepada 740,000 pengikut menjelang petang. Namun Snowden hanya mengikuti satu akaun Twitter, iaitu bekas majikannya.

 "Sementara itu, ribuan orang di Fort Meade baru membuka Twitter," kata Snowden, merujuk Pangkalan Tentera Darat AS di Maryland yang menjadi ibu pejabat NSA. Mesej pertama Snowden di Twitter ialah: "Bolehkah anda mendengar saya sekarang?" Mesej itu yang meminjam kata-kata dalam iklan televisyen sebuah syarikat pengendali rangkaian telefon, dikongsi semula 25,000 kali dalam tempoh sejam.

Dalam profil akaun Twitter, Snowden menggambarkan dirinya sebagai "Saya pernah bekerja dengan kerajaan. Sekarang saya bekerja untuk orang awam." Penyokong beliau melihat Snowden sebagai pendedah perbuatan keterlaluan kerajaan tetapi kerajaan AS memfailkan dakwaan pengintipan terhadap beliau kerana membocorkan maklumat risikan. - Reuters  sumber

RUSIA Lancar Serangan Udara Pertama di SYRIA



WASHINGTON: Russia semalam melancarkan serangan udara pertama di Syria, dekat bandar Homs, kata pegawai pertahanan Amerika Syarikat, menandakan permulaan rasmi campur tangan ketenteraan Moscow ke dalam konflik hampir lima tahun itu.

Bercakap tanpa mendedahkan identiti, pegawai pertahanan itu berkata seorang jeneral Russia yang mengendalikan pusat risikan di Baghdad datang ke kedutaan Amerika Syarikat dan memberikan maklumat lisan bahawa serangan akan dijalankan.

"Mereka memberikan maklumat bahawa mereka akan mula melakukan serangan di Syria, menyatakan Russia memberikan amaran kira-kira sejam sebelum menyerang. "Ia dilakukan di kawasan Homs." - AFP  sumber

Tentera Zionis Sasarkan Ambulan

Tentara Zionis serang ambulans dan menangkap warga Palestina yang terluka

Tentera Zionis “Israel” pada Selasa (29/9/2015) menyerang beberapa ambulan Palestin ketika mengangkut warga Palestin yang cedera dikejarkan ke hospital di Ramallah. Seorang warga Palestin yang cedera diculik dan diseret keluar dari ambulan.

Sumber-sumber medik mengatakan puluhan orang menderita kesan gas air mata setelah tentera Zionis menyerang ratusan warga Palestin yang mengadakan tunjuk perasaan untuk memprotes invasi “Israel” ke Masjid Al-Aqsa, siar IMEMC.  sumber

SAUDI Mahu Pendatang Haram Yahudi Dilabel Pengganas

GENEVA 29 Sept. – Arab Saudi menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengisytiharkan kumpulan pendatang haram Yahudi yang menceroboh wilayah Palestin sebagai pertubuhan pengganas. Wakil Tetap ke PBB, Faisal Hassan Trad (gambar) dalam ucapannya di Majlis Hak Asasi Manusia berkata, Riyadh mengutuk keras penjajahan pasukan keselamatan Israel dan kumpulan pelampau Yahudi yang menyerbu dan mencemari Masjid al-Aqsa selain menghalang umat Islam memasuki kawasan tersebut.

Menurut portal Saudi Gazette, Faisal turut memberi amaran bahawa tindakan provokasi rejim Zionis itu hanya menyebabkan konflik yang lebih teruk selain mengundang kesan yang lebih serius. “Masyarakat antarabangsa perlu memandang serius dan melaksanakan segera langkah-langkah ter­tentu bagi menghalang penjajahan Israel serta pendatang haram Yahudi daripada terus menyerang penduduk Palestin dan menceroboh kawasan suci umat Islam.

Sementara itu, enam penduduk Palestin yang datang ke Washington untuk meraih sokongan bagi menentang pelan Israel merobohkan perkampungan mereka di Susiya, Tebing Barat, menerima bantuan daripada Senator Amerika Syarikat (AS), Dianne Feinstein. Kampung Susiya yang sebelum ini telah dimusnahkan, merupakan antara sejumlah kampung yang diancam pencerobohan tentera Israel dan menjadi simbol penjajahan rejim Zionis di Tebing Barat.

 Jabatan Negara AS turut mengeluarkan amaran terhadap sebarang tindakan merobohkan rumah penduduk Palestin di kampung itu akan memberi kesan buruk dan dianggap sebagai satu provokasi melampau. Seorang penduduk Susiya, Fatma Nawajaa berkata, dia telah penat dengan tindakan provokasi Israel dan sanggup datang ke AS untuk meraih sokongan menentang pelan rejim Zionis itu.

Fatma tiba di Washington bersama anak lelakinya berusia empat tahun, seorang sepupu, dan sepasang suami isteri dan anak mereka dari kampung berhampiran, Um Al Kheir dengan bantuan pertubuhan bukan kerajaan AS, Rebuilding Alliance. Kira-kira 300 penduduk mendiami Susiya yang terletak di kawasan bukit berdekatan Hebron dan mereka tidak memiliki kemudahan asas termasuk air dan elektrik sejak diusir 30 tahun lalu dari kawasan asal perkampungan mereka. – AFP  sumber

Obama Mahu Assad Berundur



PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, berkata Presiden Syria, Bashar al-Assad perlu berundur jika kumpulan IS mahu dikalahkan ketika beliau mengajak pemimpin dunia bagi memantapkan semula kempen pakatan negara sekutu terhadap kumpulan militan itu.
Sehari selepas bertikai dengan Presiden Russia, Vladimir Putin, mengenai cara menangani krisis di Syria, Obama menjadi hos sidang kemuncak menangani keganasan di PBB untuk membincangkan serangan udara ke atas pejuang IS di Syria dan Iraq yang sudah berlarutan selama setahun.

"Di Syria...mengalahkan ISIL memerlukan, saya percaya, pemimpin baharu," kata Obama pada pertemuan itu yang diadakan di sisi Perhimpunan Agung PBB.

Russia memperlekeh mesyuarat yang disertai hampir 100 pemimpin itu dengan menghantar diplomat peringkat rendah selepas Putin mencuri perhatian dengan ucapannya di PBB yang mengajak diwujudkan pakatan lebih luas bagi memerangi IS, termasuk penyertaan tentera Syria.

Kedudukan Assad adalah pertikaian utama antara Washington dan sekutu Syria iaitu Russia dan Iran ketika usaha diplomasi ditingkatkan bagi menamatkan peperangan empat tahun itu yang sudah mengorbankan lebih 240,000 nyawa.

Pada sidang kemuncak itu, Obama berkata AS sedia bekerjasama dengan Russia dan Iran untuk "mencari mekanisme politik yang memungkinkan proses peralihan kuasa dimulakan".

AS sudah sekian lama mahu Assad melepaskan jawatan tetapi Obama tidak menyatakan sama ada pemimpin Syria itu boleh mengambil bahagian dalam proses peralihan kuasa itu.

Cadangan supaya Assad berundur dalam proses peralihan kuasa dua fasa itu adalah pilihan yang sedang dibincangkan antara diplomat AS, Russia dan negara Arab Teluk.

Hari ini, Russia akan mengadakan mesyuarat khas Majlis Keselamatan PBB bagi menangani ancaman pengganas. - AFP sumber

Jerebu IPU 1,800 di Kalimantan

JAKARTA 29 Sept. - Keadaan jerebu di Indonesia hari ini bertambah buruk apabila mencecah bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 1,800 di Palangkaraya, Kalimantan Tengah, tertinggi di negara ini setakat ini. Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia melaporkan, bacaan itu direkod pada pukul 5 petang ini waktu tempatan (4.55 petang waktu Malaysia) dan indeksnya dilaporkan terus meningkat.

Palangkaraya merupakan kawasan paling teruk dilanda jerebu di negara ini sejak beberapa hari lalu. Media tempatan melaporkan, jerebu yang teruk mengakibatkan aktiviti harian penduduk di Palangkaraya terganggu, dengan semua sekolah ditutup semalam selepas kerajaan mengeluarkan perintah darurat.

Di Riau, Agensi Kaji Cuaca dan Geofizik Pekanbaru menyatakan jerebu akan terus menyelubungi wilayah itu, berpotensi mengurangkan had penglihatan kepada kira-kira 100 meter. Agensi berita Antara melaporkan pengarah agensi tersebut, Sugarin berkata, angin kini dilihat bergerak ke arah Riau. “Angin yang melalui Riau, menyebabkan sukar untuk kita mengelak asap tebal dari Jambi dan Sumatera Selatan,’’ katanya. Beliau berkata, berdasarkan data agensi, kira-kira pukul 7 pagi waktu tempatan (8 pagi waktu Malaysia) ini, asap tebal menyelubungi empat kawasan termasuk Dumai, Pelalawan, Pekanbaru, dan Rengat.

“Di Pekanbaru, jarak penglihatan berkurangan kepada 200 meter, manakala jarak penglihatan di Pelalawan dan Rengat di Indragiri Hulu adalah 100 meter. Had penglihatan lebih baik di Dumai, mence­cah 1,000 meter,’’ katanya. Berdasarkan data imej satelit Terra and Aqua, sebanyak 190 titik panas dikesan di sekitar Sumatera. Kebanyakan titik panas bertumpu di Sumatera Selatan dengan sebanyak 178 titik panas dikesan, Jambi (11), dan Bangka Belitung (1).

Dalam pada itu, kerajaan Indonesia mengerah sebanyak 21,000 kakitangan termasuk anggota polis dan tentera untuk memadam kebakaran di utara negara ini, yang mengakibatkan jerebu teruk di negara jiran terutama di Singapura dan Malaysia. Bernama pula melaporkan, kea­daan jerebu di Singapura bertambah buruk hari ini, mencecah tahap ‘amat tidak sihat, berikutan tiupan angin dari selatan-barat daya, membawa jerebu lebih tebal dari Sumatera ke negara itu. Setakat pukul 9 malam ini, IPU di republik itu mencatatkan bacaan 162 hingga 214 iaitu paras antara tidak sihat dan amat tidak sihat. -sumber

PERANCHIS Siasat Jenayah Perang Rejim Assad

PARIS: Pihak berkuasa Perancis memulakan siasatan terhadap rejim Presiden Syria, Bashar al-Assad berhubung dakwaan jenayah perang yang dilakukan antara tahun 2011 dan 2013, menurut sumber.

Menurut sumber yang rapat dengan kes itu, pihak pendakwa raya Paris membuka siasatan jenayah perang itu pada 15 September.

Siasatan itu tertumpu kepada bukti yang diberikan bekas jurugambar tentera Syria yang dikenali dengan nama 'Caesar'. Beliau berpaling tadah dan meninggalkan negara itu pada 2013 dan membawa bersama kira-kira 55,000 gambar suasana konflik kejam itu. - AFP  sumber

INDONESIA Akan Dakwa 40 Individu

Badrodin Hai ti

KUALA LUMPUR 29 Sept. - Kerajaan Indonesia akan mendakwa 40 individu dipercayai terbabit dengan pembakaran terbuka yang mengakibatkan jerebu di beberapa negara di Asia Tenggara. Ketua Polis Indonesia, Jeneral Badrodin Haiti berkata, individu tersebut akan didakwa di mahkamah Sumatera dan Kalimantan dalam masa terdekat. Katanya, mereka bakal didakwa mengikut Undang-Undang Lingkungan Hidup dan Perhutanan.

 “Selain itu, kerajaan juga berjaya mengesan kira-kira 210 kes kebakaran hutan secara terbuka yang melibatkan individu dan syarikat korporat tempatan serta luar negara. “Malah, siasatan masih diteruskan untuk mengesan dalang di sebalik kegiatan pembakaran terbuka itu,” katanya ketika ditemui di majlis perasmian Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) Ke-10 di sini hari ini. Perasmian mesyuarat tersebut disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Mengulas lanjut, Badrodin berkata, isu pembakaran secara terbuka tidak akan dibincangkan dalam mesyuarat AMMTC Ke-10 kerana disifatkan sebagai bukan jenayah rentas sempadan. Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai tindakan saman Singapura ke atas Indonesia, beliau berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang notis berkenaan. Katanya, perkara itu di bawah bidang kuasa Kementerian Luar Indonesia dan pihaknya akan memberi kerjasama penuh untuk menangani masalah tersebut secara efektif.

 “Kami sedang siasat beberapa syarikat asing kerana kebiasaannya mereka akan menggunakan nama rakyat Indonesia untuk menjalankan perniagaan. Jadi kami mahu mengenal pasti pemilik sebenar syarikat terlibat,” katanya. Sementara itu, dalam perkara berasingan, Badrodin berkata, kerajaan Indonesia turut memberi tumpuan mengenai ancaman jenayah maritim dalam mesyuarat tersebut. Katanya, perkara berkenaan antaranya melibatkan isu keganasan, perubahan iklim dan aktiviti menangkap ikan secara haram yang tidak dilaporkan serta tidak mengikut peraturan (IUU) di perairan rantau ASEAN.

 “Justeru, kami berharap kerjasama dengan negara anggota lain dalam sektor ini akan dipertingkatkan terutamanya Malaysia, Filipina dan Thailand,” katanya.  sumber

Tuesday, September 29, 2015

YAMAN - 40 Pengunjung Perkahwinan Maut Dibedil Tentera Bersekutu

SANAA: Sekurang-kurangnya 40 orang, termasuk kanak-kanak yang menghadiri majlis perkahwinan terkorban manakala berpuluh-puluh lagi cedera selepas serangan udara tentera sekutu diterajui Arab Saudi, semalam. Bagaimanapun, pihak yang menyerang itu mengakui tersilap membedil majlis berkenaan di al-Wahga ketika sasaran mereka adalah ke arah markas pemberontak Houthi.

"Mayat 38 mangsa, termasuk kanak-kanak sudah dibawa ke sebuah hospital di bandar Al-Mokha," kata sumber perubatan terbabit sambil menambah berpuluh-puluh mangsa lain cedera dalam insiden pengeboman itu di bandar Laut Merah itu. Seorang penduduk tempatan berkata, 12 wanita, lapan kanak-kanak dan tujuh lelaki maut dalam serangan yang mensasarkan dua khemah di kampung al-Wahijah, dekat pelabuhan Al-Mokha, di Laut Merah.

Majlis itu adalah untuk meraikan perkahwinan seorang lelaki tempatan yang dikaitkan dengan kumpulan majoriti Houthi. Penduduk berkata, mayat hancur bertaburan di tempat kejadian dan mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital berdekatan. Seorang jurucakap sekutu diterajui Arab Saudi gagal dihubungi untuk ulasan. Serangan semalam berlaku sehari selepas sekutu sama menyerang sebuah rumah di sebuah kampung di utara Yaman kelmarin. Serangan itu mengorbankan sekurang-kurangnya 30 orang, kebanyakannya orang awam.

Pakatan diterajui Arab Saudi itu sudah melakukan serangan udara ke atas kumpulan Houthi yang bersekutu dengan Iran selama enam bulan dalam percubaan untuk menghalau mereka daripada ibu negara yang tumpas, setahun lalu dan mengembalikan kuasa presiden buangan Abd-Rabbu Mansour Hadi. Bagaimanapun, jurucakap pakatan diterajui Arab Saudi menafikan sebarang serangan itu. Brigadier Jeneral Ahmed al-Asseri berkata: "Tiada operasi udara pakatan berkenaan di kawasan terbabit selama tiga hari. Ini adalah berita palsu." - AFP/Reuters  sumber

Taliban Gempur Bandar Kunduz

Anggota tentera Afghanistan berkawal di Kunduz ketika pertempuran

Beratus-ratus anggota mi­litan Taliban hari ini menggempur bandar Kunduz, di utara Afghanistan dari tiga penjuru selain turut menawan sebuah hospital. Jurucakap polis, Sayed Sarwar Hussaini berkata, serangan dilakukan dari tiga pintu masuk ke bandar berkenaan iaitu di Khanabad, Chardara dan Imam Sahed.

“Pertempuran sengit masih berlaku. Sebanyak 50 kematian dan kecederaan dilaporkan, namun butiran lanjut masih belum diperoleh,” jelasnya seperti laporan Al Jazeera. Tambahnya, serangan kali ini antara yang terbesar dilakukan oleh militan Taliban. Koresponden Al Jazeera, Abdullah Shahood yang berada di Kabul melaporkan, pertempuran terus berlaku di Kunduz antara Taliban dengan tentera kerajaan. Jelasnya, jalan-jalan ditutup dan ada di antara balai polis dan majlis daerah turut ditawan kumpulan militan berkenaan.

Kunduz menjadi sasaran Taliban yang melakukan beberapa siri serangan dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini yang menyaksikan kumpulan militan tersebut bergabung dengan kumpulan pemberontak lain. Rangkaian televisyen BBC me­laporkan, Kunduz merupakan daerah penting yang menjadi penghubung untuk jalan besar ke utara dan selatan Afganistan.

Semalam, sebuah kumpulan pemberontak menyerang hari sukan di wilayah Paktika yang menyebabkan sembilan orang awam terbunuh selain berpuluh orang cedera parah. Pada masa yang sama, lebih 300 anggota kumpulan militan Negara Islam (IS) melakukan serangan di pintu masuk Nangarhar dan menyebabkan dua anggota polis terbunuh, manakala lebih 60 orang cedera.  sumber

Presiden MALDIVES Terselamat dari Letupan

MALE 28 Sept. – Presiden Maldives, Abdulla Yameen terselamat selepas satu letupan berlaku di dalam bot yang dinaikinya semasa pulang menunaikan haji, hari ini. Saluran berita BBC melaporkan, isteri beliau, Fathimath Ibrahim dan dua orang pembantunya cedera dalam kejadian tersebut.

 Letupan besar itu berlaku ketika bot berkenaan berlabuh di Male selepas merentasi Lautan Hindi. Menteri Kabinet, Mohamed Shareef berkata, bunyi letupan kedengaran sejauh beratus-ratus meter. “Mereka yang cedera adalah pegawai keselamatan Presiden dan seorang kakitangan protokol. “Polis tidak mengetepikan sebarang kemungkinan. Siasatan sedang dilakukan bagi memastikan sama ada serangan memang disasarkan terhadap Presiden,” katanya.

Abdulla mengiringi isterinya yang cedera ringan ke hospital. Wartawan kebetulan berada di jeti tersebut bagi menyambut kepulangan Abdulla selepas melawat Arab Saudi dan mengerjakan haji. Saksi berkata, mereka melihat ambulans dikejarkan ke jeti berkenaan dan polis segera menutup kawasan tersebut. – AFP  sumber

Kutip Sampah Terjumpa 868 Syiling Emas

WELLINGTON 28 Sept. – Sekumpulan penyelam di New Zealand yang menjalankan kerja-kerja pembersihan tapak pelupusan sampah di sebuah pelabuhan di sini, terkejut apabila menemukan sejumlah harta karun termasuk 868 keping syiling emas. Portal berita Daily Mail melaporkan, seramai lima anggota dari 99 Crew Dive Team yang melakukan kerja-kerja pembersihan sampah sarap di Wellington Harbour, New Zealand, tidak menyangka mereka akan menjumpai barangan berharga itu di kawasan operasi yang mereka jalankan.

Stuff.co.nz melaporkan, ketika kejadian, anggota penyelam menjalankan operasi mengutip sampah di sekitar dermaga tersebut, namun tidak pula memberi nilai sebenar syiling emas ber­kenaan. Seorang anggo­ta kumpulan penyelam itu menjelaskan, apa sahaja benda bernilai yang dijumpai akan dijual, dan hasilnya akan digunakan untuk menampung kerja-kerja pembersihan tersebut yang pada awalnya menggunakan duit poket para penyelam sendiri.

Beberapa imej rakaman yang di­muat naik di Internet memaparkan pasukan penyelam itu menunjukkan kesungguhan mereka menarik naik sejumlah barangan dari dalam laut ke darat. Kumpulan penyelam itu merupakan yang kedua melakukan kerja-kerja pembersihan dalam tempoh dua minggu. Pasukan penye­lam tersebut menganjurkan kerja pembersihan laut secara berkala bagi membantu membersihkan kawasan pelabuhan.  sumber

Snowden : Usamah Laden Masih Hidup di Bahamas

snowden

Bekas kontraktor pemerintah dan karyawan Badan Intelejen Amerika Syarikat “CIA”, Edward Snowden, mengungkapkan bahawa mantan pemimpin Al Qaeda Usamah bin Laden kini masih hidup dan berada di Bahamas.

Seperti disiarkan Al Jazeera dari keterangan terbaru Snowden kepada Moscow Tribune pada akhir minggu lalu mengatakan, “Saya memiliki bukti yang menyatakan bahawa Usamah bin Laden kini masih hidup dan berada di salah satu kepulauan Bahamas.”

Snowden melanjutkan, “Hingga kini CIA dan AS masih terus menjaga ketat kepulauan tersebut,” dan bersumpah bahawa dirinya akan mengungkapkan lebih banyak fakta dalam dokumen-dokumen yang akan diterbitkan.

Sementara itu menanggapi berita baru tersebut, seorang jeneral Rusia, Leonid Grigoryevich Ivashov, mengatakan bahawa dirinya tidak terkejut dengan maklumat yang baru saja dilakukan oleh Snowden.
Menurutnya boleh saja apa yang diungkap oleh Snowden adalah suatu kebenaran, dan apa yang dilakukan oleh militer rahsia AS di kota Abbottabad, Pakistan, pada 2 Mei tahun 2011 lalu adalah sebuah drama tingkat tinggi.

Edward Snowden kini tinggal di Rusia atas jaminan keamanan dari pemerintah Moscow, setelah pada tahun 2013 lalu mulai membocorkan fail-fail rahsia dan sejumlah skandal yang dilakukan CIA dan NSA Amerika Syarikat. (Rassd/Ram) sumber

Tentera RUSIA Belum Bertempur di SYRIA, Hanya Membantu Assad

putin-glasses-_2638080b

Presiden Rusia Vladimir Putin menegaskan bahawa negaranya saat ini belum berniat untuk mengirimkan tentera darat mereka untuk ikut berperang membantu pasukan rejim Bashar Al Assad di Syria.
Pernyataan ini dikatakan Putin dalam wawancaranya dengan stesen televisyen CBS dan BBC di Amerika Syarikat pada hari Ahad (27/09) lalu, menanggapi ratusan personel militer Rusia yang kini telah berada di ibu kota Damsyik dan sekitarnya.

“Tujuan kehadiran militer Rusia adalah untuk mendukung pemerintah Presiden Bashar al-Assad melawan kelompok pejuang Islam bukannya turut berperang di Syria, ” ujar Putin menjelang pertemuannya dengan Obama di sela sidang umum Majlis PBB pada hari Isnin (28/09).

Vladimir Putin melanjutkan, “Saat ini kami tidak merancang untuk ikut terjun berperang digaris depan bersama tentera pemerintah untuk melawan kelompok pejuang Islam.”

Perlu di ingat bahawa sejak 2 bulan terakhir Rusia gencar mengirimkan persenjatan baru ke Syria, setelah sejumlah survei dan pernyataan pemimpin revolusi yang menyebut Assad kini hanya menguasai 18% dari wilayah seluruh Syria. (Almasryalyoum/Ram) sumber

Monday, September 28, 2015

IRAN Desak SAUDI Minta Maaf, Isu Rempuhan Maut



TEHRAN: Pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei menuntut permohonan maaf daripada kerajaan Arab Saudi susulan rempuhan di Mina yang mengorbankan seramai 769 jemaah pada musim haji tahun ini, dengan sekurang-kurangnya 140 daripadanya adalah rakyat Iran.

"Daripada melepaskan tanggungjawab dan menyalahkan pihak lain, Arab Saudi harus menerima tanggungjawab mereka dan meminta maaf kepada umat Islam di dunia dan keluarga mangsa," kata Khamenei ketika dipetik dalam laporan agensi berita rasmi IRNA, hari ini. - AFP  sumber

Duta CHINA Digesa Minta Maaf kepada MALAYSIA

KUALA LUMPUR 27 Sept. – Duta Besar China ke Malaysia, Dr. Huang Huikang digesa meminta maaf atas kebiadaban mencampuri urusan domestik negara ini. Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Hasan Basri Muhammad berkata, beliau sepatutnya memahami bidang tugas sebagai duta dan tidak mencampuri urusan domestik dalam sebuah negara berdaulat sebagaimana negara lain yang tidak pernah campur tangan dalam hal ehwal negara itu. Katanya, adalah lebih baik Huikang memberi tumpuan tentang masalah lambakan warga China di Malaysia dalam industri pelacuran, rumah urut serta perjudian haram yang banyak menyumbang kepada masalah gejala sosial dalam negara ini.

“Negara-negara lain tidak pernah mencampuri urusan domestik negara itu khususnya yang sangat menggores hati umat Islam dengan tindakan diskriminasi melampau terhadap etnik Uighur sehingga diharamkan umat Islam di sana melaksanakan ibadat puasa di bulan Ramadan. “Oleh itu, kami menyokong dan meminta ketegasan Wisma Putra untuk memberi amaran keras kepada Duta China itu supaya menjaga tingkah laku dan tahu batas polisi sebuah negara berdaulat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Huikang ketika dalam sidang akhbar sejurus mengadakan lawatan ke Jalan Petaling semalam berkata, kerajaan China menentang pihak yang cuba mewujudkan segala bentuk keganasan yang bertujuan mengganggu ketenteraman awam. Ujar beliau, pihak­nya turut menentang diskriminasi yang menyasarkan satu kaum tertentu di Jalan Petaling sekali gus memberi amaran bahawa Beijing berani dan tidak takut untuk menyuarakan pandangan terhadap insiden yang boleh menjejaskan kepentingan para peniaga di Jalan Petaling serta hubungan dua hala antara Malaysia dan China.

Dalam pada itu, Hasan Basri berkata, kebiadaban Huikang yang membuat kenyataan sedemikian jelas memperlihatkan seolah-olah kerajaan menindas dan tidak berlaku adil terhadap rakyat Malaysia berketurunan Cina. Sedangkan katanya, kaum itu paling beruntung malah diberi jaminan hak bersama dalam sebuah masyarakat majmuk seperti pendidikan, politik, sosial, ekonomi, kesihatan dan sebagainya. “Sebagai contoh dalam penguasaan ekonomi dibuktikan bahawa jumlah majoriti jutawan di Malaysia dikuasai oleh kaum Cina.

 “Perkasa amat kesal dan menentang keras tindakan Huikang itu yang mencampuri urusan hal ehwal dalaman negara ini,” katanya. Sementara itu, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menyifatkan tindakan Huikang itu sebagai kesalahan di peringkat diplomasi. “Duta asing tidak perlu campur tangan hal ehwal negara orang. Saya berharap pihak Wisma Putra mendesak kerajaan China supaya mengambil tindakan terhadap duta mereka ini sama ada dalam bentuk permohonan maaf atau tarik semula kenyataan beliau.

“Atau gantikan sahaja dengan duta lain yang lebih memahami peranan duta asing di mana-mana negara,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis korban Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) daerah Kampung Gajah di Sungai Jejawi, Pasir Salak. sumber

Israel Mesti Dihukum



NEW YORK 27 Sept. – Israel tidak boleh dibiarkan bebas tanpa hukuman berhubung tindakannya berterusan melakukan serangan dan pencerobohan di Al-Quds Al-Sharif, termasuk serangan baru-baru ini ke atas Masjid Al-Aqsa yang menyedihkan rakyat Palestin dan umat Islam di seluruh dunia. Anifah Aman Menegaskan tindakan pelanggaran hak secara provokatif dan terang-terangan oleh Israel itu langsung tidak boleh diterima, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, tindakan itu jelas melanggar pelbagai undang-undang antarabangsa, undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

“Namun, pihak Israel terus me­lakukannya dan bebas daripada hukuman. Kita tidak boleh membiarkan ini berterusan tanpa sebarang tindakan undang-undang terhadap mereka,” katanya. Anifah berkata demikian semasa menyampaikan kenyataan Malaysia pada mesyuarat kedua Kumpulan Hubungan mengenai Mempertahankan Perjuangan Palestin dan Al-Quds Al-Sharif, Peringkat Menteri Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di sini hari ini. Malaysia, katanya mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan oleh Israel ke atas masjid itu dan serangan terhadap umat Islam.

 “Adalah jelas bahawa tindakan tidak bertanggungjawab Israel itu merupakan kesinambungan daripada strategi jangka panjang mereka untuk memisahkan Masjid Al-Aqsa kepada bahagian dan waktu. “Ia juga merupakan cubaan untuk mengubah ciri-ciri Islam Arab dan struktur demografi Al-Quds Al-Sharif,” kata Anifah. Menteri Luar berkata, provokasi serius seumpama itu berpotensi mencetuskan keganasan sehingga di luar kawasan Baitulmaqdis berikutan ketegangan akibat isu-isu keselamatan lain kian memuncak. Beliau menegaskan, masyarakat antarabangsa perlu tahu impak serius daripada serangan dan pencerobohan berterusan oleh Israel ke atas Al-Quds Al-Sharif. “Mereka perlu sedar bahawa tindakan yang dilakukan oleh rejim Israel itu boleh mencetuskan lebih banyak keganasan dan berpotensi menjadi konflik agama.

 “Ini tidak disangsikan boleh mengancam keamanan dan keselamatan serantau dan antarabangsa,” kata Anifah. Dipengerusikan Maghribi, anggota Kumpulan Hubungan terdiri daripada Palestin, Arab Saudi, Jordan, Mesir, Guinea, Malaysia, Turki, Azerbaijan dan Setiausaha Agung OIC, dengan penyertaan Qatar.

Selepas berakhirnya mesyuarat itu yang diadakan di luar Sesi Ke-70 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu, menteri-menteri berkenaan mengeluarkan kenya­taan mengutuk pencabulan secara berterusan, sistematik dan berskala besar oleh Israel ke atas wilayah Palestin. Mereka menggesa masyarakat antarabangsa, khususnya Majlis Keselamatan PBB, agar melaksanakan tanggungjawab untuk campur tangan dan mengambil tindakan tegas terhadap Israel yang menceroboh Al-Quds Al-Sharif. 
– BERNAMA  sumber

Majlis Abu Zulfiqar (Satu Umat)


Thursday, September 24, 2015

Putin Rasmikan Masjid Terbesar di RUSIA

masjid rusia

Umat Muslim Rusia mendapat hadiah berupa perasmian masjid terbesar di Rusia, Masjid Agung Moscow atau Moskovskiy Soborniy Mecet. Masjid ini langsung dirasmikan Presiden Vladimir Putin menjelang hari raya Aidil Adha. Turut hadir Presiden Turki Recep Erdogan dan Presiden Palestin Mahmud Abbas. Dari Indonesia diwakili oleh Duta Besar RI Djauhari Oratmangun.

Dalam ucapan pembukaan yang disiarkan langsung jaringan televisyen tempatan, sebagaimana disiarkan KBRI di Moscow (24/9), Putin mengucapkan selamat kepada seluruh umat Muslim Rusia atas pembukaan masjid yang telah lama direkonstruksi. Beliau juga menyatakan keyakinan bahawa masjid tersebut akan menjadi pusat kerohanian penting dan menjadi sumber penyebarluasan idea-idea kemanusiaan.

“Ini merupakan peristiwa penting bagi umat Muslim Rusia. Masjid ini merupakan salah satu masjid tertua di Moscow dan setelah direkonstruksi menjadi salah satu yang terbesar di Eropah dengan penampilan yang sangat moden dan menjadi kebanggaan bangsa Rusia yang multi etnik dan multi agama di mana Islam merupakan salah satu agama tradisional di Rusia,” ujar Putin.

Masjid Agung Moscow dengan kubah setinggi 46 meter dan menara 72 meter, pada bahagian tengahnya memiliki kubah berlapis emas dengan bingkai ukiran ayat-ayat Al-Quran. Masjid dilengkapi tujuh lif, pendingin udara, dan fasiliti bagi penyandang cacat. Setelah direstorasi, masjid yang didirikan tahun 1904 dan direstorasi mulai tahun 2005 ini, kini memiliki luas 19.000 m2 dan dapat menampung 10,000 jemaah.

Pembiayaan renovasi masjid Agung Moscow sekitar 170 juta dolar AS dibiayai sepenuhnya oleh penderma. Penderma utama adalah anggota dari Dewan Federasi dari Dagestan Suleiman Kerimov yang menyumbangan lebih dari 100 juta dolar AS, bantuan dari Turki berupa mimbar dan mihrab, sumbangan dari Presiden Palestin Mahmoud Abbas sebesar 25 ribu dolar AS atas nama anak-anak Palestin, dan juga sumbangan dari umat dari pelbagai agama.(ts) sumber

Putin Jangka IS Akan Kuasai Makkah, Madinah dan Jerusalem

vladimir-putin-fights-tiger-saves-family-at-kruger-park2

Vladimir Putin merupakan salah seorang pemimpin berkaliber dunia yang memiliki hobi memelihara haiwan-haiwan buas seperti harimau dan sebagainya. Berbeza dengan Jokowi yang malah gemar memelihara kodok. Sebagai orang yang berani dan cerdas, Putin meramalkan yang pergerakan pejuang-pejuang Islamic State (IS) pada masa akan datang tidak akan dapat dibendung lagi. Pejuang-pejuang IS telah lama merancang untuk menguasai kota-kota suci Makkah, Madinah, dan Jerusalem. Tak hanya itu, IS juga mengancam Eropah dan Rusia, serta menyebarkan pengaruhnya di Asia.

Seperti disiarkan Russian Today (15/9), Putin mengaku memandnag serius akan para pejuang IS yang kembali ke Eropah, negara bekas Soviet serta Rusia. Dalam ucapannya di hadapan hadirin Collective Security Treaty Organization (Organisasi Pakta Pertahan Kolektif/CSTO) di Dushanbe, Tajikistan, Putin menyatakan kekhuatirannya akan perkembangan perancangan yang dimiliki IS terhadap kota-kota suci tersebut.

“Pejuang IS dari banyak negara di dunia, termasuk negara Eropah, Rusia, negara bekas Soviet, melakukan pelatihan ideologis dan militer bersama IS. Ini tentu membimbangkan jika mereka kembali,” ujar Putin saat berucapa di Konferensi Tingkat Tinggi Organisasi Perjanjian Keamanan Bersama (CSTO) di Dushanbe, Tajikistan.

Putin mengatakan, untuk memerangi IS perlu menyingkirkan ambisi geopolitik. Dunia antarabangsa mesti menggunakan akal seihat untuk keselamatan global dan regional.

“Tanggung jawab bagi keamanan global dan regional membutuhkan usaha bersama dari komuniti antarabangsa untuk melawan ancaman seperti ini. Sangat penting untuk mengesampingkan ambisi geopolitik, hilangkan double standard, dan langkah-langkah secara langsung mahupun tidak langsung kelompok pemisah untuk mencapai tujuan sendiri, seperti menjatuhkan pemerintahan dan rejim,” ujar Putin.

Komunitasantarabangsa perlu bersatu melawan ancaman tersebut. Namun Rusia malah mendukung Rejim Syiah Syria, Bashar Assad. “Kami memberikan bantuan teknik militer ke Damsyik dan akan terus melakukannya. Kami menyerukan negara lain untuk bergabung dengan kami dalam hal ini,” ujarnya.

Rusia mengakui memberi bantuan militer untuk pasukan Assad guna melenyapkan ancaman IS di Syria. Namun, keterlibatan Rusia itu dikecam oleh Amerika Syarikat (AS) yang menganggap rejim Assad mesti ditumbangkan kerana telah banyak melanggar hak asasi manusia (HAM).(rd) sumber

Sunday, September 20, 2015

To Scale the Solar System

MESIR - Kabinet Terbaru Angkat sumpah

Perdana Menteri baharu Mesir, Sharif Ismail mengangkat sumpah

KAHERAH 19 Sept. – Kerajaan baharu Mesir mengangkat sumpah jawatan di hadapan Presiden Mesir, Abdel-Fattah El-Sisi, hari ini, seminggu selepas Kabinet Mesir meletakkan jawatan berikutan isu rasuah. Agensi berita Xinhua melaporkan, bekas Menteri Petroleum, Sharif Ismail mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri yang baharu. Barisan Kabinet baharu Mesir iu terdiri 15 menteri baharu, dengan menteri hal ehwal luar, pertahanan, dalam negeri, keadilan dan kewangan mengekalkan jawatan masing-masing.

Pada 12 September lalu, Abdel-Fattah menerima perletakan jawatan kabinet diketuai Perdana Menteri, Ibrahim Mehleb, selepas Menteri Pertanian, Salah Helal, ditangkap kerana rasuah. Ia merupakan rombakan terbesar pertama kabinet Mesir, sejak Abdel-Fattah memenangi pilihan raya Presiden pada tahun lepas, yang dijangka membawa muka baru dalam kerajaan.

Kabinet baharu itu kini bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya Parlimen Mesir yang lama tertangguh, pada Oktober ini. Pilihan raya Parlimen, yang dijanjikan Abdel-Fattah akan diadakan akhir tahun ini, merupakan fasa ketiga dan terakhir pelan pembaharuan politik Mesir selain mengadakan pilihan raya Presiden dan melaksanakan perlembahaan baharu, dibuat selepas menyingkirkan Presiden Mohamed Mursi awal Julai, 2013. – BERNAMA  sumber

56 Askar SYRIA Terbunuh

tiga anggota kumpulan militan Barisan Nusra bergambar di atas

BEIRUT 19 Sept. – Kumpulan militan daripada Barisan Nusra dan kumpulan sekutunya membunuh sekurang-kurangnya 56 askar Syria ketika menawan lapangan terbang tentera, kata kumpulan pemantau, hari ini. Pengarah badan pemerhati itu, Rami Abdel Rahman memberitahu AFP, kumpulan militan tersebut menembak mati askar yang ditahan sebagai tawanan selepas menawan lapangan terbang Abu Duhur.

Beliau berkata, insiden pembunuhan di wilayah Idlib itu dilaporkan berlaku awal minggu ini, tetapi kumpulan pemerhati yang mengumpulkan berita daripada sumber-sumber mengesahkan kejadian itu hari ini. Kumpulan militan Barisan Nusra dan kumpulan sekutunya merupakan perikatan jihad Islam yang dikenali sebagai 'Tentera Penakluk' menawan lapangan terbang tentera di Abu Duhur itu pada 9 September lalu. Selepas mereka menawan pangkalan udara itu, mereka membunuh berpuluh-puluh tentera Syria dan menjadikan mereka sebagai tawanan.

Pakatan itu telah menawan hampir semua wilayah Idlib kecuali di Fuaa dan Kafraya, dua kawasan yang dihuni pengikut Syiah. Tentera Penakluk telah me­nggempur kedua-dua kampung itu semalam, meletupkan sekurang-kurangnya sembilan bom kereta, tujuh daripadanya merupakan pe­ngebom berani mati, kata pemerhati. – AFP  sumber

Saturday, September 19, 2015

43 Terbunuh dalam Serangan Taliban di Peshawar

Seorang mangsa yang cedera dibawa menerima rawatan di sebuah hospital

PESHAWAR 18 Sept. – Sekurang-kurangnya 43 terkorban selepas kumpulan militan Taliban Pakistan bertindak melancarkan serangan terhadap sebuah pangkalan tentera udara yang terletak di barat laut negara, hari ini. Tentera berkata, Taliban me­lancarkan serangan di kuarters di Pangkalan Tentera Udara Badaber tersebut pada waktu Subuh.

 Jurucakap tentera, Mejar Jeneral Asim Bajwa berkata, me­nyedari akan serangan itu, tentera bertindak mengepung penyerang dan berjaya membunuh sekurang-kurangnya 13 anggota militan terbabit. Katanya lagi, bagaimanapun, anggota kumpulan militan berjaya membunuh 21 orang yang sedang mengerjakan solat Subuh selepas mereka bertindak melancarkan serangan di sebuah masjid di kem berkenaan.

“Operasi mencari saki-baki anggota militan yang dipercayai masih berada di pangkalan ber­kenaan akan diteruskan. Kami turut memuji kecekapan yang dipamerkan oleh anggota tentera Pakistan,” jelas Asim. Serangan mengejut itu turut mengakibatkan sekurang-kurangnya 10 anggota tentera ce­dera. Kumpulan militan Tehreek-e-Ta­liban (TTP) dalam satu e-mel, mengaku bertanggungjawab me­lancarkan serangan yang dilakukan oleh ‘unit berani mati’ mereka. – AFP -  sumber

6 Letupan Bom di Narathiwat

NARATHIWAT 18 Sept. - Tiga terkorban, manakala lebih 14 lagi cedera selepas enam kejadian letupan bom berlaku di daerah Rangae, wilayah Narathiwat, malam semalam. Laman web Bangkok Post melaporkan, jurucakap polis Lef­tenan Jeneral, Prawut Thavornsiri dalam kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Twitter berkata, dua letupan bom berlaku berhampiran Wat Sangkhasitthitharam, semalam. Beliau berkata, letupan pertama yang berlaku menyebabkan orang ramai bergegas ke tempat kejadian sebelum letupan kedua meletus, menyebabkan banyak penduduk kampung cedera.

 Sementara itu, letupan ketiga berlaku di hadapan kilang Tanyongmas Cooperative, manakala bom keempat meletup di hadapan pejabat cawangan syarikat TOT Plc. Letupan ketiga berlaku apabila sebuah motosikal yang dilengkapi bahan peledak meletup ketika pasukan separa tentera bergerak menuju lokasi letupan pertama. “Kejadian tersebut mengakibatkan seorang tentera dan dua penduduk kampung maut. Orang awam yang maut terdiri daripada lelaki dan wanita.

“Letupan keempat yang berlaku berhampiran landasan kereta api pula, menyebabkan 14 penduduk kampung termasuk empat anggota separa tentera cederaan,” kata Prawut. Dua lagi letupan yang berlaku di Tanyongmas kira-kira pukul 9.20 malam waktu tempatan (10.20 waktu Malaysia), namun tidak mengakibatkan sebarang kecede­raan atau kematian. – AGENSI/AFP sumber

Pelarian SYRIA Jadi Jurulatih Bolasepak di SEPANYOL

Pengungsi Suriah yang ditendang kamerawati Hungaria ditawari menjadi pelatih sepakbola di Spanyol

Pelarian SYRIA yang ditendang oleh kamerawati Hungaria telah ditawarkan pekerjaan di sebuah sekolah untuk menjadi pelatih bolasepak di Sepanyol, siar NBC News pada Khamis (17/9/2015).

 “Aku mencintaimu, aku mencintai Madrid,” kata Usamah Abdul Muhsin setelah melangkah keluar dari kereta di ibu kota Sepanyol dengan anak-anaknya, Muhammad (16), dan Zaid (7).

“Terima kasih untuk semua. Ini sangat, sangat penting bagi hidup saya. Saya di sini dengan anda semua. Terima kasih banyak.”

Setelah mengetahui bahawa dia berpengalaman melatih bolasepak di Syria, anggota pusat pembinaan bolasepak Cenafe Spanyol memutuskan untuk membantunya dengan menyediakan pengangkutan serta tempat untuk tinggal sambil dia membangun kembali hidupnya. Abdul Muhsin mengatakan kepada NBC News pada Selasa (15/9) bahawa isterinya Muntaha (38), anak lelaki sulungnya Almuhannad (18), dan anak perempuan mereka Doua’a (13), telah tinggal di Mersin, Turki, di mana keluarga itu melarikan diri dari Syria pada tahun 2012.

Cenafe mengirim seorang siswa pelatihan Maroko untuk membantu Abdul Muhsin dan anak-anaknya sampai ke Spanyol. Mereka telah tinggal di sebuah hotel di Munich, Jerman -  sumber

Pengganas Kristian PAPUA Terus Buat Hal

Intoleran, umat Kristen Manokwari demo dan pasang spanduk larang pembangunan Masjid

Kaum Muslimin di Papua kembali dizalami dengan aksi intoleran sekelompok penganut agama Kristian. Sebuah sepanduk dipasang oleh sekelompok orang dipercayai dari Kristian di satu sisi bangunan masjid. Spanduk mengatasnamakan umat Kristian Papua Barat itu menolak adanya pembangunan masjid di kota Manokwari yang didakwa sebagai kota injil.

Seruan penolakan itu ditulis dengan huruf kapital berwarna merah dan di sebelah kanan dan kiri ditekkan lambang salib. “PAPUA ADALAH TANAH DAMAI, TOLONG HARGAI DAN MENGERTI KAMI UMAT KRISTEN DI TANAH PAPUA DAN BERHENTI MEMBANGUN PEMBANGUNAN MASJID YANG SEDANG DIBANGUN DI ANDAI DAN JANGAN MENAMBAH PEMBANGUNAN MASJID LAGI DI KOTA INJIL MANOKWARI PROVINSI PAPUA BARAT, UMAT KRISTEN,” demikian tulisan dalam sepanduk tersebut.

Ketua Biro Hubungan Masyarakat (Humas) Pimpinan Pusat Hidayatullah, Mahladi Murni di mana Pondok Pesantren Hidayatullah di Manokwari berdekatan dengan tempat kejadian perkara, mengesahkan adanya sepanduk tersebut.

Masjid yang sedang dibangun di Papua Barat

 “Informasi yang kita terima, ada sejumlah pemuda, sekitar 60 orang sekitar pukul 10.00 WIT, tanggal 17 (September 2015, red.), mendatangi masjid tersebut,” kata Mahladi Murni ketika dihubungi, siar Panjimas.com, Jumaat (18/9/2015). Menurut Pemred Kelompok Media Hidayatullah itu, massa melakukan tunjuk perasaan, menuntut agar pembangunan masjid dihentikan.

“Mereka melakukan demo menuntut supaya pembangunan masjid itu dihentikan, mereka juga meminta sepanduk pembangunan masjid itu diturunkan,” ujarnya. -  sumber

Mengapa RUSIA Terpaksa Campur Tangan Perang SYRIA?

rusia army

Akhbar Britain “The Guardian” mengungkapkan bahawa menjaga keberadaan pengkalan laut Rusia di pelabuhan Tartus adalah motif utama Rusia ikut serta dalam membantu rejim Bashar Al Assad di Syria.

Dalam laporannya pada hari Jumaat (18/09) lalu, The Guardian menyatakan, “Yang berkembang saat ini adalah Rusia ingin mencampuri pertempuran di Syria. Ini terbukti dari pergerakan konvoi pasukan Rusia yang telah bergerak sejak hari Rabu (16/09) lalu.”

Menurut The Guardian, kemunduran rejim pemerintah beserta milisi Syiah Iran dan Hizbullah dari pelbagai kota di Suriah sejak awal tahun 2015 menjadi sebab utama Rusia kini bergerak sendiri untuk mempertahankan wilayah Dataran Tinggi Golan hingga Latikia, di mana pengkalan laut satu-satunya milik Rusia di luar negeri berada .

Tercatat Rusia telah menjadikan pelabuhan Tartus di Syria sebagai pengkalan laut mereka di luar negeri sejak 50 tahun yang lalu. sumber

Thursday, September 17, 2015

Zionis Serbu Al-Aqsa kali ke-3 Berturut-turut

Palestinians clean up debris inside Al-Aqsa mosque in Jerusalem's Old City after clashes at the compound between Palestinians and Israeli police on September 13, 2015, just hours before the start of the Jewish New Year. The disturbances came with tensions running high after Israeli Defence Minister Moshe Yaalon last week outlawed the Murabitat (for females) and Murabitun groups which are made up of east Jerusalem Palestinians and Israeli Arabs and who confront Jewish visitors to the volatile Al-Aqsa mosque complex, considered Islam's third holiest shrine. AFP PHOTO / AHMAD GHARABLI        (Photo credit should read AHMAD GHARABLI/AFP/Getty Images)

Pertemupran tercetus lagidi kompleks Masjid Al Aqsha pada Selasa (15/09) pagi, setelah sebelumnya pasukan tentera Zionis Israel mengepung masjid ke 3 milik umat Islam selama 3 hari berturut-turut.

Menurut koresponden Sky News Arab di kota Al Quds melaporkan bahawa pertempuran di dalam kompleks Masjid Al Aqsha tidak dapat dihindarkan setelah puluhan anggota militer Zionis Israel masuk ke dalam masjid melalui Gerbang Mughrabi.

Menurut keterangan warga Palestin yang ada di dalam masjid mengatakan bahawa tiba-tiba pasukan Zionis Israel menyerbu masuk ke dalam kompleks dan menembakan gas pemedih mata, granat kejut, serta menangkapi sejumlah umat Muslim yang berada di dalam Masjid. sumber

20,000 Anggota IS Dipercayai Menyusup ke Eropah

Elias-Bou-Saab

Sekurang-kurangnya 20,000 pejuang Daulah Islam  telah menyusup dalam kem pelarian Syria dan merancang untuk masuk Eropah. Menteri Pendidikan Lebanon Elias Bou Saab mengatakan dia khuatir jihadis  Negara Islam sejumlah minimal 2% daripada 1.1 juta warga Syria telah menetap  di kem-kem pelarian di negaranya.

 “Operasi” jihad akan mencapai  seluruh wilayah timur tengah dan  Eropah.

“Firasat saya adalah mereka (IS) pasti memanfaatkan operasi tersebut untuk pergi ke Eropah dan tempat-tempat lain … Dari Turki ke Greece, “kata Bou Saab.

Lebanon merupakan salah satu negara yang menerima  program bantuan Britain setelah negara itu mengahadapi amsalaha menguruskan lebih dari satu juta pelarian Syria sejak perang saudara berdarah meletus. (LT/KH) sumber

Wednesday, September 16, 2015

7 Anggota IS Dihukum Mati, Dalang Pengeboman Masjid

KUWAIT CITY 15 Sept. – Sebuah mahkamah Kuwait hari ini mengenakan hukuman mati terhadap tujuh lelaki dipercayai anggota militan Negara Islam (IS) yang didapati bersalah terlibat dalam serangan berani mati di sebuah masjid milik golongan Syiah pada 26 Jun lalu yang mengakibatkan 26 orang maut dan 227 lagi cedera.

Hakim Mohammad al-Duaij berkata, keputusan itu dibuat bagi menunjukkan bahaya ideologi kumpulan pelampau yang boleh menjurus ke arah keganasan dan pihak berkuasa perlu mengekang fahaman tersebut daripada tersebar.

Seorang daripada pesalah, Abdulrahman Sabah Saud, mengakui memandu kereta untuk membawa pengebom berani mati ke masjid dan diberi jaminan tiada sesiapa akan cedera dalam serangan tersebut. Seorang lagi pesalah, Fahad Farraj Muhareb disebut sebagai pemimpin cawangan militan IS di Kuwait, manakala lima lagi lelaki masih diburu termasuk dua adik beradik dari Arab Saudi, Mohammad dan Majed al-Zahrani. – AFP  sumber

Al-Aqsa Diserbu, JORDAN Dipersalahkan

benterok Masjid al Aqsha tgl 26-07 - kerusakan di bag luar Masjid 1

Seorang peneliti di Markaz Arabi Research Center, Saleh Na’ami, menekankan bahawa pemerintah Zionis Israel tidak berani kurang ajar terhadap Masjid Al Aqsa kecuali telah mendapatkan persetujuan dari pemerintah Jordan yang bertanggung jawab atas kepengurusan masjid suci ke 3 milik umat Islam.

“Akhbar Haaretz menuduh pemerintah Jordan sebagai penangung jawab Al Aqsha telah memberikan persetujuan bagi pemerintah Zionis Israel untuk melakukan kekerasan kepada para jemaah di Masjid Al Aqsha, bukan penodaan terhadap masjid suci ke tiga milik umat Islam tersebut,” tulis Saleh Na’ami dalam status Facebooknya.

Menurut Saleh Na’ami, sebenarnya pemerintah Jordan boleh saja menekan pemerintah Zionis Israel untuk mencegah penyerbuan warga Yahudi ke Masjid Al Aqsha, akan tetapi kewajiban tersebut enggan dilaksanakan. sumber

Spiderboy PALESTIN Beraksi

Mohammed El-Sheikh menunjukkan kebolehannya melakukan aksi gimnastik

GENTING GAZA 15 Sept – Seorang kanak-kanak lelaki Palestin berusia 11 tahun, menjadi perhatian di media sosial apabila beberapa imej tersebar memaparkan kebolehannya melakukan aksi gimnastik dengan memakai pakaian superhero Spiderman di tengah-tengah runtuhan bangunan di Palestin. Portal berita Daily Mail melaporkan, Mohammed El-Sheikh sering kali dilihat melakukan aksi gimnastik di sekitar Genting Gaza yang menyaksikan kemusnahan besar berikutan serangan rejim Zionis tahun lalu.

 Kanak-kanak itu mampu meregangkan badan dan berdiri menggunakan sebelah tangan di celah-celah dinding bangunan yang runtuh. Kemusnahan bangunan yang menjadi latar belakang gambar Mohammed beraksi, turut menggambarkan keadaan ekonomi rakyat Palestin sejak beberapa tahun lalu selepas diserang Israel.

Seperti yang digambarkan dalam imej Mohammed, Gaza kini seperti ‘padang jarak padang tekukur’ selain terbiar dan menjadi kawasan yang tandus untuk seorang kanak-kanak untuk dijadikan sebagai tempat tingggal. Satu laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada bulan ini meramalkan, Genting Gaza yang ketika ini menjadi kediaman kepada sekitar 1.8 juta penduduk Palestin akan menjadi tempat yang tidak boleh didiami dalam tempoh masa kurang lima tahun lagi.  sumber

Charlie Hebdo Hina Islam Lagi

Aylan Kurdi

PARIS 15 Sept. – Majalah satira Perancis, Charlie Hebdo yang pernah membangkitkan kemarahan penganut Islam kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad S.A.W, sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mempersendakan kematian kanak-kanak pelarian Syria, Aylan Kurdi yang terdampar di pantai Turki kerana lemas. Aylan terkorban dan mayatnya terdampar di Pantai Bodrum di Turki selepas bot dinaiki keluarganya karam ketika dalam perjalanan menyeberangi Laut Mediterranean ke Greece.

 Kartun disiarkan Charlie Hebdo memaparkan seorang kanak-kanak memakai seluar pendek dengan muka tersembam ke pantai bersama keterangan ‘Hampir-hampir berjaya....’. Bersama kartun itu turut dipaparkan gambar muka badut dengan keterangan ‘Selamat datang pendatang. Promosi. Dua orang budak untuk satu harga’.

Satu lagi kartun memperlihatkan susuk tubuh seperti Nabi Isa berjalan di atas air ketika seorang budak lemas di sebelahnya. Kartun itu diiringi keterangan ‘Orang Kristian berjalan di atas air, dan ‘Kanak-kanak Islam pula lemas’. Penyiaran kartun itu dikutuk media seluruh dunia antaranya akhbar Toronto Sun yang menyifatkan Charlie Hebdo mempersendakan kematian Aylan. Akhbar Times of India pula melaporkan, majalah satira tersebut dikecam berhubung penyiaran kartun tersebut. – REUTERS  sumber

Billionaire MESIR Mahu Beli Pulau ITALY untuk Pelarian SYRIA

Naguib Sawiris, chief executive officer of Orascom Telecom Holding SAE, speaks during the 3GSM World Congress in Barcelona, Spain, on Tuesday, Feb. 13, 2007. Orascom Telecom Holding SAE, the biggest mobile-phone company in the Middle East, formed a joint venture with Korek Telecom to offer wireless services in Iraq after dropping out of the bidding for a license. Photographer: Xabier Mikel Laburu/Bloomberg News

Pemerintah Rom dan Athen menolak dengan tegas tawaran billionaire Mesir yang akan membeli pulau di Itali dan Greece untuk dijadikan tempat tinggal bagi pelarian Syria.

Seperti  disiarkan akhbar News Week AS dalam terbitannya hari Selasa lalu menyatakan bahawa Naguib Sawiris melontarkan idea gila kepada PM Itali, Mateo Renzi, dan PM Greece, Alexis Tsipars, pada awal September lalu.

Dalam surat yang diajukan orang ketiga terkaya di Mesir menyatakan bahawa dirinya bersedia membeli pulau yang akan digunakan untuk menampung 100 ribu pelarian Syria, jika kedua-dua pemimpin bersedia menjual sejumlah pulau di negara mereka.

“Yang saya perlukan sekarang adalah dukungan administratif dari kedua negara, jika memang mereka setuju untuk menjadi tuan rumah bagi pelarian Syria,” tulis Naguib Sawiris dalam suratnya kepada kedua-dua ketua negara.

Naguib Sawiris menekankan bahawa dirinya bersedia membeli sejumlah pulau dengan harga antara 100 hingga 200 juta dolar AS, dan setelah itu dia merancang mendirikan hospital serta tempat tinggal bagi pelarian di pulau tersebut.

“Ini adalah idea dan solusi sementara yang ada di fikiran saya. Jika mereka yang tidak suka kepada saya dan mengatakan bahawa idea saya gila, silahkan mereka mencari idea lain yang lebih masuk akal untuk mengatasi krisis pelarian Syria,” tantang Naguib Sawiris kepada mereka yang meremehkan ideanya.

Hingga saat ini belum ada tanggapan apapun dari kedua-dua pemimpin mengenai idea luar biasa dari peniaga yang mempunyai kekayaan sebesar 2.9 billion dollar AS itu. (Rassd/Ram) sumber

Tuesday, September 15, 2015

2 Didakwa Galakkan Keahlian IS di Perlis

KANGAR 15 Sept. - Dua lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan menggalakkan keahlian dalam kumpulan militan Negara Islam (IS), Ogos lalu. Tertuduh, Azlee Md. Salleh, 30, seorang pereka hiasan dalaman dan Ahmad Kamil Ghazali, 24, juru X-ray Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini tidak membuat sebarang pengakuan selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi di sini, Monica Joseph Ghasiah.

Dalam kertas pertuduhan itu, Azlee pada pukul 8.30 pagi pada 19 Ogos lalu di rumah No. 33, Jalan Dahlia 7, Taman Ira di sini didakwa atas kesalahan memiliki sebuah telefon bimbit yang mengandungi bahan berkaitan kumpulan militan IS iaitu gambar bendera kumpulan tersebut pada pukul 8.30 pagi, 19 Ogos lalu. Ahmad Kamil pula pada pukul 7.50 pagi, 19 Ogos lalu di hadapan Kompleks Pentadbiran Taman Kechor, Taman Kechor Indah Fasa 2, Jalan Abi Tok Hashim memiliki penerbitan yang berkaitan kumpulan militan IS.
Kedua-duanya didakwa melakukan kesalahan sama di bawah Seksyen 130JB (1) (a) Kanun Keseksaan (KK) yang membawa hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda atau boleh dilucut hak mana-mana item itu. - UTUSAN ONLINE  sumber

As-Sisi Akan Ubah Sistem Parlimen kepada Sistem Presiden Mutlak?

wawancara Sisi

Akhbar Alarabi Jadid mengungkapkan wujudnya rancangan presiden kudeta Abdel Fattah Sisi untuk merubah konstitusi negara dari sistem berparlimen menjadi sistem presiden mutlak, pasca pilihanraya parlimen Mesir pada 18-19 Oktober akan datang.

Seperti dipetik Alarabi Jadid dari seorang sumber yang tidak mahu diungkapkan identitinya pada hari Isnin (14/09) mengatakan, “Sisi telah membentuk unit intelejen khusus untuk memantau perjalanan pilihanraya parlimen yang akan digunakan untuk kepentingan dirinya dan militer.”

Sumber tersebut melanjutkan, “Presiden kudeta ini mempunyai agenda untuk merubah sistem parlimenter yang selama ini dianut menjadi sistem presidential yang memiliki kekuasaan mutlak dan akan mendukung dirinya berkuasa di Mesir.” sumber

12 Pelancong MEXICO Terbunuh oleh Tentera MESIR

Egyptian soldiers stand guard in the area of the Rafah Crossing border between Egypt and the Gaza Strip on May 21, 2013 as Egypt intensified efforts to secure the release of seven security personnel captured in the Sinai. Tensions remained high in the peninsula after two attacks by gunmen on or near police camps, and the kidnap last week of three policemen and four soldiers.  AFP PHOTO / STR        (Photo credit should read STR/AFP/Getty Images)

12 orang pelancong dari Mexico dilaporkan terbunuh dan 10 lainnya ceera setelah kenderaan rombongan yang sedang ditumpangi dibom oleh tentera Mesir kerana disangkakan militan bersenjata di sebelah barat yang berbatasan dengan Libya.

Dalam keterangan yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri pada hari Ahad (13/09) lalu menyatakan, “Kami meminta maaf dan turut berduka cita yang mendalam atas terbunuhnya 12 pelancong Mexico yang menjadi korban salah tembak tentera Mesir di gurun pasir Sahara.” sumber

Sunday, September 13, 2015

Kabinet MESIR Letak Jawatan

KAHERAH 12 Sept. – Perdana Menteri Mesir, Ibrahim Mahlab (gambar) mengetuai Kabinet menyerahkan peletakan jawatan kepada Presiden Abdel Fattah al-Sisi, hari ini, beberapa hari selepas seorang menteri ditahan berhubung kes rasuah.

Menurut ke­nya­taan pejabat Presiden, Abdel Fattah mene­rima peletakan jawatan tersebut dan meminta Ibrahim menyandang jawatan itu sementara, sehingga kerajaan baharu dibentuk. Presiden turut mengarahkan Bekas Menteri Petroleum, Sharif Ismail membentuk barisan Kabinet baharu. Bagaimanapun, kenyataan tersebut tidak menyatakan sebab-sebab barisan Kabinet Mesir meletak jawatan.

Pengumuman tersebut dibuat kurang seminggu selepas pihak berkuasa Mesir menahan Menteri Pertanian, Salah Helal yang dikaitkan dengan kes ra­suah. – REUTERS  sumber

Secara Rasminya Cabang IS Diwujudkan di Gaza

jaish-al-islam-in-Damascus

Salah satu kelompok jihad di Gaza, Jaish al-Islam, dilaporkan telah berjanji setia kepada  Negara Islam. Pernyataan singkat  Jaish al-Islam pada hari Rabu lalu (9/9/2015) telah meningkatkan  kehadiran IS secara rasmi di Jalur Gaza. Pernyataan yang telah dipos di  forum IS online, menyatakan Jaish al-Islam sebagai bagian tak terpisahkan dari Wilayah Sinai, cabang IS di Semenanjung Sinai Mesir, menurut Jerusalem Post.

“Kami, para perajurit dari Jaish al-Islam di Jalur Gaza dan pemimpin kami Mumtaz Dughmush, semoga Allah melindungi dia, kami menganggap diri kami untuk menjadi sebahagian integral dari Wilayat Sinai [IS di semenanjung Sinai],” kata pernyataan tersebut. “Kami membaiat Abu Bakar al-Baghdadi al-Quraisy, Khalifah untuk semua Muslim di wilayah Islam dan setiap tempat di mana umat Islam berada.”

Pernyataan itu melanjutkan: “Kami bersumpah untuk saudara-saudara kita itu, dengan kekuatan, kami tidak akan berhenti lakukan perjuangan kita melawan Yahudi dan kaum murtad di Gaza dan di Sinai sampai bendera Tauhid ditinggikan  di atas mereka,” petik Jerusalem Post.

Janji setia kelompok tersebut ke Negara Islam memberikan isyarat penyebaran pengaruh IS di wilayah yang bergolak dari Gaza hingga ke Mesir dan sepanjang pantai Mediteranian.

Jaish al-Islam, atau Tentera Islam, secara luas dianggap sebagai salah satu kelompok pemberontak yang melawan rejim Syiah Presiden Syria Bashar Assad . Kelompok pejuang ini juga membantu Hamas, yang menguasai Gaza, untuk menculik askar Israel Gilad Schalit. (TL/KH) sumber

MESIR Mungkin Letakkan Buaya di Perbatasan Gaza

Mesir berencana menempatkan buaya di sepanjang perbatasan Gaza yang diblokade "Israel"

Sebuah majalah sayap kanan AS menyatakan bahawa ada kemungkinan tentera Mesir akan melepaskan buaya di parit yang sedang mereka bangun di sepanjang perbatasan dengan Jalur Gaza, siar MEMO pada Jum’at (11/9/2015). Laman“Israel” Arutz Sheva melaporkan: “Tidak diketahui apakah Mesir merancang untuk memenuhi parit dengan buaya atau metod pencegahan alam lainnya yang sejenis.”

Parit yang tengah dibuat Mesir digambarkan sebagai “parit bergaya abad pertengahan” dan dikatakan bahawa parit itu mungkin saja akan diisi dengan buaya. Arutz Sheva mengklaim bahawa pihak berkuasa Mesir menggusur semua desa, perumahan dan peternakan masyarakat yang terletak sekitar 3-5 kilometer dari perbatasan Mesir-Gaza untuk mengelakkan wilayah itu dari penyeludup terowong atau “ancaman” yang boleh datang dari Gaza.

sumber

Saturday, September 12, 2015

Gambar2 Kongres Rakyat Shah Alam, Selangor




Para hadirin KONGRES RAKYAT membanjiri setiap ruang di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.
















sumber

MESIR - 4 Askar, 2 Awam Maut



KAHERAH: Seorang wanita Mesir dan anaknya terbunuh dalam serangan bom kereta manakala empat askar maut dalam kejadian serangan bom berasingan di Semenanjung Sinai, hari ini. Ia kejadian terbaharu ketika pihak tentera Mesir meningkatkan serangan bagi memerangi puak penentang di semenanjung berkenaan.

Tentera Mesir berkata, wanita dan anaknya itu maut dalam serangan bom kereta di Rafah, sempadan dengan Palestin di Semenanjung Gaza. Empat anggota tentera yang maut akibat serangan bom dalam pertempuran dengan kumpulan jihad di utara Sinai.

Sejak Isnin lalu, tentera Mesir meningkatkan serangan terhadap militan Negara Islam (IS) yang menguasai sempadan di Iraq dan Syria. Tentera mendakwa 232 anggota jihad terbunuh dalam operasi itu namun ia tidak dapat disahkan dengan pihak yang lain. - AFP  sumber

Bendera PALESTIN Dikibar di Ibu Pejabat PBB



NEW YORK: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebentar tadi meluluskan resolusi membenarkan Palestin mengibarkan bendera negara itu di ibu pejabat PBB, satu tanda kejayaan diplomatik dalam perjuangan kedaulatan tanah air.

Resolusi itu berkenaan diluluskan selepas 119 wakil negara bersetuju, lapan mengundi menentang - termasuk Israel dan Amerika Syarikat manakala 45 berkecuali. - AFP  sumber

Jemaah Haji MALAYSIA Kongsi Detik Pilu Runtuhan Kren

MAKKAH: Kejadian kren tumbang di Masjidil Haram yang menyebabkan lebih 100 orang terkorban dan beratus lagi cedera pada Jumaat petang, sungguh memilukan ketika hanya tinggal 11 hari lagi untuk jemaah haji berwukuf di Arafah yang dijadualkan 22 September ini. Setakat ini, Tabung Haji mengesahkan tiada jemaah haji Malaysia terkorban, hanya enam jemaah Malaysia dilaporkan cedera. Beberapa jemaah haji Malaysia yang berada di Masjidil Haram ketika kejadian itu berkata mereka amat terkejut dan panik dalam kejadian itu yang sungguh memilukan seluruh umat Islam.

Menceritakan kejadian itu, Mahzan Misni, 49, berkata ketika kejadian, beliau sedang menunaikan solat sunat di Masjidil Haram. "Tiba-tiba terdengar dentuman yang sangat kuat, saya ingatkan petir, selepas dentuman itu, suasana jadi kelam kabut, bahagian saie di tingkat satu menjadi gelap (dengan debu selepas kren tumbang), sejurus selepas itu saya lihat mayat bergelimpangan, terdapat jemaah haji yang berlumuran darah, darah mangsa yang maut terpercik mengenai pakaian mereka, " katanya. Beliau bersyukur selamat dalam kejadian itu yang hanya beberapa meter saja dari tempat kren tumbang itu. "Selepas pulang dari masjid, semua rakan sebilik ada di penginapan hotel, Alhamdulillah, sepanjang jalan pulang, saya berdoa agar semua rakan sebilik saya selamat," katanya yang menginap bersama enam jemaah lain di Maktab 88, bangunan Abaj Al-Jandriah yang terletak 750 meter dari Masjidil Haram. Pihak Tabung Haji (TH) turut membuat pemeriksaan dari bilik ke bilik di semua maktab penginapan jemaah Malaysia di Tanah Suci.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman dalam sidang akhbar jam 8.45 malam (waktu Arab Saudi semalam; 1.45 pagi tadi waktu Malaysia) berkata pihaknya membuat pemeriksaan bilik ke bilik bagi menyemak senarai jemaah Malaysia di Tanah Suci bermula selepas waktu isyak. Kebanyakan jemaah haji Malaysia menunaikan solat Isyak di Masjidil Haram sebelum pulang ke penginapan masing-masing selepas berada di masjid berkenaan sejak waktu Asar atau Zuhur. Mohd Razak Jaid, 59, jemaah haji Malaysia berasal dari Kepong berkata ketika kejadian beliau berada di tingkat dua, di kawasan saie berkenaan turut bertindak membantu jemaah haji lain yang nyata terpinga-pinga dengan kejadian itu. "Saya sempat menarik seorang jemaah haji dari Thailand ketika berlaku runtuhan batu-bata selepas kren berkenaan menghempap kawasan saie itu, keadaan menjadi kelam kabut, jemaah dari dalam kawasan saie, mahu berlari ke arah luar, manakala jemaah haji di kawasan luar, mahu masuk ke dalam," katanya.

Bekas pesara polis itu berkata dia turut melihat mayat-mayat yang bergelimpangan itu: "Saya tengok jemaah yang mati, melihat tanda atau tag yang mereka pakai, dalam keadaan kelam kabut itu, saya tak nampak mayat yang memakai tag atau pengenalan sebagai jemaah Malaysia. "Keadaan semakin tidak terkawal apabila jemaah mula berasak-asak mahu keluar dari kawasan kejadian, sungguh memilukan melihat mayat bergelimpangan," katanya.

Seorang lagi jemaah haji, Zaiton Isa, 57, berkata ketika kejadian, dia dan rakan sebiliknya Zurina Zakaria, 49, yang menetap di Abraj Al-Janadriah, sedang berada di tingkat dua di kawasan saie berkenaan. "Tiba-tiba bunyi dentuman kuat, saya ingatkan bangunan runtuh, jemaah haji mula bersesak-sesak mahu keluar dari kawasan itu," katanya yang masih terkejut dengan kejadian yang tak mampu digambarkannya itu. Zaiton berkata, dia bersesak-sesak untuk keluar dari kawasan berkenaan, dan bersyukur apabila tiba di luar masjid, rakan sebiliknya Zurina, berada di belakangnya. Mengikut pihak berkuasa Arab Saudi, setakat ini sekurang-kurangnya 107 orang meninggal dunia manakala 238 lagi cedera.

Sementara itu, Syed Saleh yang juga Pengurus Besar Kanan Tabung Haji (TH) berkata, selain membuat pemeriksaan bilik ke bilik, pihaknya juga akan melakukan pemeriksaan di hospital-hospital Arab Saudi, sekiranya terdapat jemaah haji yang telah dibawa ke sana selepas kejadian itu. Insiden kren tumbang itu dilaporkan berlaku ketika hujan dan ribut pasir di kawasan Masjidil Haram yang sedang giat menjalankan kerja-kerja pembesaran. - BERNAMA  sumber

Friday, September 11, 2015

Jarum Tertusuk di Otak

Imbasan X-ray menunjukkan sebatang jarum tajam berukuran lima

BEIJING 10 Sept. – Seorang wanita China tidak menyangka sakit kepala yang sering dialami sejak 46 tahun lalu berpunca daripada sebatang jarum yang menembusi tengkorak sehingga tertusuk ke dalam otaknya. Menurut laporan portal People’s Daily, wanita berasal dari Anhui, timur China yang hanya dikenali sebagai Liu itu menyedari perkara tersebut apabila bertemu doktor di Hospital Besar Huaibei Miners pada hujung bulan lalu bagi merawat kesakitan yang dialaminya. Jelas laporan berkenaan, hasil imbasan yang dilakukan doktor mendapati, jarum tajam sepanjang lima sentimeter tertusuk di bahagian atas tengkorak wanita berusia 48 tahun itu.

Sebelum ini, Liu sering berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan, tetapi tidak pernah mengetahui punca sebenar kesakitan kepala yang dialaminya. “Doktor percaya jarum ber­kenaan tertusuk sejak usia Liu masih bayi dan pada usia berkenaan otak wanita tersebut tidak berkembang sepenuhnya menyebabkan besi tajam itu tidak menjejaskan pertumbuhannya,” tambah laporan itu.

 Pihak hospital mencadangkan Liu menjalani pembedahan otak bagi membuang jarum itu ekoran kebimbangan objek berkenaan boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatannya. Liu mengambil keputusan untuk meneruskan pembedahan yang berlangsung semalam walaupun berdepan risiko tinggi. Bagaimanapun keputusan pembedahan itu masih belum diketahui. sumber

2 Syarikat Halal Bersalah Eksport Daging

CEDAR RAPIDS, Iowa 10 Sept. – Dua buah syarikat pengedaran dan pengeluar sijil produk makanan halal, semalam mengaku bersalah mengeksport produk daging yang didakwa sebagai halal untuk dijual di Malaysia, Indonesia dan negara-negara lain. Syarikat MIdamar Corp. dan Islamic Services of America (ISA), masing-ma­sing mengaku bersalah di Mahkamah Cedar Rapids terhadap tuduhan bersubahat membuat kenyataan palsu berhubung sijil eksport, menjual daging yang salah dilabelkan, dan melakukan penipuan serta beberapa pertuduhan lain.

Setiap syarikat ber­kenaan didenda sebanyak AS$600,000 (RM2.597 juta). Syarikat itu juga mungkin menghadapi tempoh percubaanpengawasan apabila keputusan dibuat. Hakim Mahkamah Daerah, Linda Reade menolak pertuduhan tersebut sebagai kesalahan peraturan yang sepatutnya diuruskan oleh Jabatan Pertanian AS dan memutuskan pendakwa raya Persekutuan tidak melangkaui bidang kuasa mereka untuk mengendalikan kes berkenaan. MIdamar Corp, merupakan pengedar makanan, manakala ISA memberi persijilan halal kepada MIdamar dan beberapa syarikat produk makanan lain ke Malaysia, Indonesia, Kuwait, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

 MIdamar yang dianggap peneraju ekport makanan halal dalam kenyataannya pada minggu lepas memaklumkan, perjanjian rayuan itu membatalkan semua dakwaan terhadap syarikat tersebut dan para eksekutifnya. Syarikat pengedar makanan itu kini bertanggungjawab sepenuhnya atas ke­salahan yang berlaku dari 2007 hingga 2012 dan meminta maaf atas apa yang berlaku. – AGENSI  sumber

56 Askar SYRIA Terbunuh



BEIRUT: Pemberontak Syria membunuh 56 askar kerajaan dalam satu serangan yang berakhir dengan mereka menawan sebuah pangkalan udara barat laut negara itu, menurut kumpulan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia.

 Pakatan pemberontak yang turut membabitkan sayap al-Qaeda Syria, Barisan Nusra, menawan Pangkalan Udara Abu al-Duhur apabila tentera Syria berundur dari kubu kuat terakhir mereka di wilayah Idlib itu.

Pengarah kumpulan pemantau itu, Rami Abdulrahman, berkata 56 askar dibunuh semasa pertempuran atau selepas itu. Katanya, puluhan askar kerajaan dilaporkan hilang manakala puak pemberontak menawan 40 yang lain. - Reuters sumber

Eropah Kecam Arab Isu Pelarian

Sebahagian pelarian menanti giliran untuk menyeberangi sempadan
 
BEIRUT 10 Sept. – Pengkritik mempersoalkan mengapa kerajaan Asia Barat tidak menghulurkan lebih banyak bantuan bagi membantu empat juta pelarian Syria yang merupakan sebahagian besar pelarian ke Eropah. Majalah Time melaporkan, terdapat bukti pelarian yang ke Eropah bukan sahaja melarikan diri daripada peperangan di Syria, tetapi juga penindasan oleh negara Asia Barat lain. Kebanyakan kemarahan difokuskan kepada negara-negara kaya di Teluk Parsi.

Menurut laporan Amnesty International, enam negara anggota Majlis Kerjasama Teluk tidak menawarkan slot penempatan se­mula secara rasmi kepada pela­rian Syria sejak akhir tahun lepas. Kumpulan hak asasi itu menyatakan, Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi, dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang mempunyai kekayaan hasil sumber minyak, gas, dan kewangan, secara berkumpulan mempunyai lebih banyak sumber daripada dua negara Arab yang mengambil pela­rian Syria iaitu Jordan dan Lebanon.

Negara-negara Teluk yang berturut bahasa Arab, mempunyai sejarah rapat dengan Syria dan terlibat dalam krisis ketika ini apabila menawarkan sokongan kepada kumpulan pemberontak. “Kaitan yang hilang dalam drama tragik ini adalah peranan negara-negara Arab terutama negara-negara Teluk. “Negara-negara ini melabur banyak wang, menyokong parti politik, menaja senjata dan pelbagai perkara lagi dalam konflik 
Syria,’’ kata seorang pakar hak asasi manusia, Fadi al-Qadi.

Sebagai reaksi kepada dakwaan itu, UAE dan Arab Saudi menjelaskan, pihaknya turut membantu mengambil pelarian Syria sejak 2011, sekali gus menafikan dakwaan Amnersty International. Seorang pegawai kerajaan UAE yang enggan dikenali berkata, jumlah pelarian Syria yang tinggal di negara itu kini mencecah 250,000 orang sejak perang meletus di negara terbabit. Jelasnya, sejak 2011, UAE telah menerima lebih 250,000 pelarian Syria dan sebahagian besar daripadanya telah diberi permit sebagai penduduk.

“Kerajaan UAE turut menyalurkan bantuan lebih AS$530 juta (RM2.2 bilion) dan bantuan tambahan sebanyak AS$100 juta (RM421 juta) pada Januari lalu bagi menampung kos program di bawah misi kemanusiaan membantu pelarian Syria. “Bantuan disalurkan kepada kem pelarian Mrajeeb Al-Fhood dekat Zarqa di Jordan yang me­nempatkan lebih 4,000 pelarian, manakala lebih AS$72 juta (RM303 juta) disumbangkan kepada kem pelarian Syria di Jordan, Lebanon, Iraq dan Turki sejak dua tahun lalu,” katanya. – REUTERS  sumber

Al-Qaeda Tolak Kekhalifahan Al-Baghdadi dan IS

Amir Al-Qaeda Syaikh Aiman Az-Zhawahiri tegaskan kekhalifahah ISIS tidak sah dalam pesan terbarunya

Al-Qaeda telah menyiarkan kenyataan terbaru dari Syeikh Aiman Az-Zhawahiri, yang menegur Abu Bakar Al-Baghdadi dan kelompok “Daulah Islamiyah”, atau Islamic State (IS) yang sebelumnya dikenal sebagai ISIS, dengan menyebutnya sebagai “khalifah” yang tidak sah.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu (9/11/2015) ini, Syeikh Aiman menekankan bahawa Al-Qaeda tidak mengakui Baghdadi disebut “khalifah,” menjelaskannya belum memenuhi syarat untuk memimpin umat Islam. Amir Al-Qaeda ini menyampaikan pesannya yang direkam bulan lalu dalam video serial Musim Semi Islami pertama berisi bimbingan perjuangan Islam yang disiarkan Yayasan As-Sahab Media. sumber

Tentera Bashar Diusir Sepenuhnya dari Idlib

jabhah nusrah45

Setelah 2 tahun penuh berperang dengan tentera rejim Bashar Al Assad untuk merebut wilayah Idlib, Rabu 9 September 2015 akhirnya kelompok pejuang Jabhah Nusra mengumumkan berhasil mengusir seluruh tentera pemerintah dari Idlib dan kota-kota di sekitarnya.

Dalam siaran stesen televisyen pemerintah menyatakan bahawa kelompok Jabhah Nusra berhasil merebut kota Idlib dan lapangan terbang militer dengan memanfaatkan ribut pasir untuk menyerang tentera pemerintah.

Menurut seorang sumber militer Bashar Al Assad mengatakan bahawa pihaknya terpaksa berundur dari Idlib setelah terputusnya jalur komunikasi dengan menara kawalan dalam pertempuran yang berlangsung hingga Rabu pagi.

Senada dengan stesenn televisyen milik Bashar Al Assad, akhbar Huffington Post dalam pemberitaannya menyatakan bahawa kelompok pejuang Syria berhasil menawan sejumlah besar tentera pemerintah, termasuk sejumlah pegawai tinggi militer Syria. (Rassd/Ram) sumber