Thursday, October 29, 2015

350 Maut dalam Gempa di AFGHANISTAN dan PAKISTAN

ISLAMABAD: Jumlah kematian gempa bumi 7.5 magnitud di Afghanistan dan Pakistan terus meningkat kepada sekurang-kurangnya 350 orang, dengan pasukan penyelamat kini sudah mula memasuki kawasan pedalaman. Pihak berkuasa pengurusan bencana Pakistan melaporkan 241 orang terbunuh dan lebih 1,600 yang lain cedera.

Sementara itu, pegawai Afghanistan mengesahkan sekurang-kurangnya 115 orang mati dan beratus-ratus lagi cedera. Jumlah yang maut di Afghanistan itu termasuk 12 pelajar perempuan, selepas dipijak sehingga mati dalam rempuhan ketika cuba melarikan diri keluar dari kelas mereka di wilayah Takhar, apabila gempa tiba-tiba melanda. Manakala 35 mangsa yang lain turut cedera di sekolah berkenaan.

Pecahan jumlah kematian yang sah setakat ini di Afghanistan termasuk 30 orang di wilayah Kunar; 12 di Takhar; sembilan di Badakhshan, wilayah berhampiran pusat gempa; lapan di Nangarhar, daerah bersempadan dengan Pakistan, dan sekurang-kurangnya dua di wilayah utara Baghlan.

Di Pakistan pula, sekurang-kurangnya 30 orang disahkan maut di kawasan utara; 185 orang di barat laut; sembilan di Gilgit-Baltistan dan satu di Kashmir. Pusat gempa terletak di wilayah Badakhshan yang dihuni hampir satu juta penduduk, yang kini di bawah kawalan militan Taliban. Afghanistan sering dilanda gempa terutamanya di kawasan pergunungan Hindu Kush, yang terletak berhampiran persimpangan Eurasia dan India. Gempa bumi 7.5 magnitud semalam itu turut dirasai di India, Tajikistan, Kyrgyzstan dan Uzbekistan. -AFP  sumber

Perkampungan Ahli Sunnah wal Jamaah


Perkampungan Ahli Sunnah wal Jamaah.

100 Rabbi Larang Yahudi ke Masjidil Aqsa

Rabbi Yahudi

Seramai 100 Rabbi Yahudi dilaporkan mengeluarkan "fatwa" haram untuk orang Yahudi berkunjung Masjid Al Aqsa , di tengah-tengah ketakutan yang terus menghinggapi warga Zionis Israel akibat gerakan Intifadah jilid III Palestin yang meletus sejak awal bulan Oktober lalu.

Seperti disiarkan Channel 7 Zionis Israel dalam pemberitaanya pada hari Jumaat (23/10) lalu menyatakan bahawa sebanyak 100 Rabbi Yahudi Zionis Israel telah menandatangani kesepakatan pelarangan berkunjung ke Masjid Al Aqsa untuk sementara waktu.

Tercatat 2 Rabbi senior dan terkemuka Zionis Israel yang dilaporkan ikut menandatangani "fatwa" haram berkunjung ke Masjid Al Aqsa ialah Rabbi Essar Yehuda Unterman dan Rabbi Rishon Lezion Yitzhak.

Tidak ada keterangan lebih lanjut mengapa 100 Rabbi Zionis Israel tiba-tiba mengeluarkan larangan tersebut. Akan tetapi sejumlah pihak memprediksi bahawa ini adalah langkah sementara yang dilakukan kelompok pemuka agama Yahudi untuk dapat meredakan kemarahan Muslim Palestin atas penodaan Masjid Al Aqsa. (Rassd/Ram) sumber

Demonstrasi Tolak Netanyahu di Israel

epa04643700 Activists with the organization Code Pink block the doors of the Washington D.C. Convention Center during the annual American Israel Public Affairs Committee (AIPAC), in Washington, DC, USA 01 March 2015. CODEPINK claims the protest is in response to Israel’s policies towards Palestinians and what they say is AIPAC’s collusion in implementing those policies. Hosted by the American Israel Public Affairs Committee, AIPAC is said to be the largest gathering of America's pro-Israel community.  EPA/PETE MAROVICH

Ribuan orang Zionis Israel melakukan tunjuk perasaan pada Sabtu (24/10) malam di Tel Aiv, wilayah Palestin terjajah tahun 1948, memprotes tidak adanya keamanan di dalam entiti Zionis, di tengah-tengah berlanjutnya intifadhah al Quds di hari yang ke-24 secara berturut-turut.

Ribuan orang yang turut dalam aksi demo yang diserukan oleh gerakan “Peace Now” Israel ini meminta kepada Perdana Menteri Benjamin Netanyahu untuk berundur. Mereka membentangkan sejumlah slogan yang menegaskan kegagalan Netanyahu dan memintanya pulang sahaja ke rumahnya.

Para pendemo berkumpul di Robin Square dengan mengusung slogan utama “Tak Ada Keamanan Tanpa Solusi Politik. Mereka mengatakan, “Kami ingin perdamaian dan kesejahteraan. Bukan agresi dan perang.”
Mereka menyebut pemerintah Netanyahu adalah pemerintahan “rasis”. Pemeritah kali ini tidak mendatangkan keamanan dan juga perubahan. Mereka mengatakan, “Kita mesti berusaha untuk mewujudkan solusi politik yang dapat menghentikan penguasaan Israel atas jutaan orang Palestin dan menghentikan konflik berdarah.

Ketua Parti Miretz Zionis yang menjadi anggota Knesset, Rahava Galon, dalam aksi demo tersebut mengatakan, “Dari sini saya katakan bahawa PM telah gagal memberikan keamanan peribadi kepada warga Israel. Sekarang adalah waktunya untuk menyingkir dan bertanggung jawab, dia telah merugikan semua orang di seluruh penjuru negeri.” sumber

Intifadah III - Sudah 61 Terkorban, 2,120 Cedera

syuhada intifadah

Kementerian Palestin menyatakan sebanyak 61 orang syahid dan 2,120 lainnya cedera sejak meletusnya gerakan Intifadah jilid III Palestin pada awal bulan Oktober lalu.

Dalam update data terbaru yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Palestin mendapati bahawa dari 61 korban syahid, 14 orang antaranya adalah kanak-kanak dari Jalur Gaza dan wilayah tepi Barat Palestin.

Sedangkan jumlah yang tercedera sejak meletusnya gelombang Intifadah pada 26 hari yang lalu mencapai 2,120 orang.  (Dostor/Ram) sumber

Tuesday, October 27, 2015

Assad Berjaya Terbang ke RUSIA Tanpa Disedari Dunia

Presiden Syiah Bashar Al Assad baru sahaja melakukan kunjungan ke luar negeri untuk pertama kalinya sejak meletusnya revolusi tahun 2011 lalu, untuk bertemu dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Akan tetapi yang menjadi pernyataan bagaimana buruan nombor satu tersebut dapat melepasi ruang udara antarabangsa tanpa dapat dikesan oleh Interpol? Berikut penelusuran berbahaya yang dilakukan Alex Ivanov, seorang juru terbang antarabangsa, tentang rute perjalanan Assad.

“Saya berhasil mengesan jalur rahsia penerbangan dari Latakia ke Moscow yang berhasil dilaksanakan oleh intelejen Rusia,” ujar Alex Ivanov seperti disiarkan akhbar Le Temps, Swiss.

Alex Ivanov melanjutkan, “Tanggal 20 Oktober intelejen Rusia membawa Bashar Al Assad ke pangkalan udara Latikia, dan kemudian diterbangkan dengan Ilyushin Il-62 dibawah pengawasan ketat pasukan intelejen melalui layar PC mereka.”

Menurut informasi yang didapat Alex Ivanov menyatakan bahawa pesawat Ilyushin Il-62 telah tiba di Syria dari lapangan terbang Chacalovski Airport, yang terletak di pinggiran kota Moscow, pada 19 Oktober 2015.

Alex Ivanov menjelaskan bahawa rute penerbangan yang diambil Assad adalah wilayah udara Iraq, kemudian Iran, sebelum terbang di atas Laut Kaspia, dan masuk wilayah Rusia melalui zon di selatan, lalu mendarat di lapangan terbang Chacalovski pada pukul dua petang waktu Rusia. (Rassd/Ram) sumber

Ulama2 Bogor Mahu Syiah Disekat

Bogor-Surat-Edaran-Wali-Kota-Bogor-jpeg.image_

Ulama Bogor, KH. Khaerul Yunus mengapresiasi serta mendukung adanya surat edaran yang dikeluarkan Wali Kota Bogor, Bima Arya, berhubung pelarangan perayaan As-Syura bagi kelompok Syiah di Bogor.
“Bahkan sangat mendukung lagi kalau suratnya itu lebih kepada pelarangan Syiah di kota Bogor, dan tidak sekadar pelarangan As-Syuro,” kata Kiai Yunus kepada hidayatullah.com (25/10).

Kiai Yunus menyesali beberapa wilayah yang telah dilangsungkan perayaan as-Syura yang diadakan Syiah seperti di BSD Tangerang, Samarinda dan lainnya.

Kiai Yunus menambahkan masalah Syiah sebetulnya tidak hanya selesai secara parsial dengan pelarangan di daerah-daerah tetapi semua daerah sebetulnya menunggu keputusan dari MUI supaya menfatwakan kesesatan kelompok Syiah.

“Kelompok Ahmadiyah yang dipimpin Ahmad Gulam saja difatwakan sesat. Kenapa Syiah yang jauh lebih bahaya dibandingkan dengan Ahmadiyah tidak difatwakan sesat juga,” cetusnya.

Dalam catatan sejarah, kata Kiai Yunus bahawa meskipun sesat tapi Ahmadiyah tidak pernah sama sekali melakukan tindakan anarkis dan menyerang umat Islam, berbezaa dengan syiah yang ciptaannya Yahudi ini.
“Nah, kalau Syiah itu di mana-mana terjadi. Contohnya kaes penyerangan di Majelis az-Zikra, Sentul dan juga di Sampang. Syiah ini lebih berbahaya dibandingkan dengan Ahmadiyah,” demikian tegasnya.(ts/hidayatullah) sumber

Wednesday, October 21, 2015

SEMESTA - Bintang Misteri Cetus Kontroversi


Gambaran artis.

WASHINGTON: Satu bintang misteri kira-kira 1,500 tahun cahaya dari Bumi mencetuskan kontroversi berikutan pergerakan cahaya yang luar biasa, menyebabkan ramai yang beranggapan suatu ketamadunan makhluk asing sudah ditemui.

Tapi bagi NASA tidak secepat itu untuk tampil dengan tanggapan sedemikian. "Bintang misteri itu yang dikenali KIC 8462852 memang mempunyai keluk cahaya yang agak pelik," kata Steve Howell, saintis NASA yang mengendalikan teleskop pencerap planet, Kepler yang dilancarkan pada 2009 tapi hilang orientasi konsepsinya pada 2013.

"Ia memang kelihatan seperti planet biasa atau titik pendua keluk cahaya bintang. Bagaimanapun, mengatakannya ada kaitan dengan makhluk asing adalah kenyataan yang agak berlebih-lebihan," katanya menerusi e-mel.

Satu laporan akhbar sebelum ini yang memetik sekumpulan saintis dan pelajar doktor falsafah di Yale University, menggambarkan planet itu mempunyai corak cahaya yang luar biasa dan membayangkan ada sesuatu yang kelihatan berpusing di sekitar planet itu. - AFP sumber

Klon Bandar Venice Ada di CHINA

BEIJING 20 Okt. - Anda tidak lagi perlu berkunjung ke Itali untuk menikmati keindahan reka bentuk bangunan Eropah, kecantikan lukisan Renaissance dan menyusuri terusan seperti yang terdapat di bandar Venice. Ini kerana sebuah bandar di timur laut China, Dalian membina Venice versi China yang menyerupai bandar popular Itali itu sebagai tarikan pelancong yang baharu di negara ini.

Menurut portal People’s Daily Online, bandar klon tersebut dibuka secara rasmi sejak Mei lalu selepas dibina kira-kira empat tahun lepas dengan menelan kos sebanyak lima bilion yuan (RM3.3 bilion). Malah lebih menariknya, bandar itu direka oleh sepasukan arkitek Perancis yang menggunakan cetak biru sebenar Venice. Jelas laporan tersebut, bandar replika itu turut dilengkapi terusan sepanjang empat kilometer yang mengelilingi lebih 200 bangunan yang mempunyai reka bentuk Eropah selain terdapat sebuah gondola besar yang diletakkan di tengah-tengah bandar.

 Media tempatan melaporkan, terusan sedalam 1.2 meter dan selebar 15 meter itu boleh menampung jumlah air menyamai terusan Grand Canal yang terdapat di Itali. Bagaimanapun terusan tersebut ditutup kepada pengunjung pada musim sejuk bermula daripada pertengahan bulan November ini sebelum dibuka semula pada Mei tahun depan. - SUMBER

PAKISTAN - 11 Maut dalam Letupan Bom



QUETTA: Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dan ramai lagi cedera, apabila sebutir bom meletup dan memusnahkan bas penumpang di wilayah Baluchistan, barat daya Pakistan, kelmarin, kata pegawai tempatan.

Seorang pegawai pemusnah bom berkata, bahan letupan yang besar itu diletakkan di bahagian belakang bas yang membawa pekerja dari pusat bandar Quetta ke rumah mereka di pinggir bandar. Letupan itu mengakhiri suasana reda daripada serangan, baru-baru ini di ibu negara wilayah itu, selepas lama menjadi sasaran kumpulan Islam dan pemberontak pemisah.

Setiausaha Dalam Negeri Wilayah Baluchistan, Akbar Hussain Durrani, berkata angka kematian akibat letupan bas mencecah 11, manakala 22 orang cedera. Seorang pegawai kanan polis dan doktor di hospital utama di bandar ini mengesahkan angka korban itu. Komander Abdul Razzaq dari skuad pemusnah bom berkata bom itu diletakkan di belakang kenderaan. "Peranti letupan seberat enam kilogram disembunyikan di bahagian belakang bas. Kemungkinan besar ia adalah peranti masa," katanya. - AFP sumber

4,000 Askar RUSIA Kini di SYRIA

rusia army

Sebuah akhbar Lebanon yang dekat dengan kelompok Syiah Hizbullah dan pemerintah Assad mengungkapkan bahawa jumlah pasukan militer Rusia yang kini berada di Syria mencapai 4 ribu anggota.
Dari informasi yang diperoleh Akhbar “Assafar” menyatakan bahawa tentera Rusia yang berada di Syria terdiri dari 1,000 pasukan elit dan personel militer lainnya, termasuk ahli dan juruteknik peralatan.

“Selain untuk membantu dan melatih pasukan Bashar Al Assad, para tentera elit Rusia ini dikerahkan untuk menjaga pengkalan militer Rusia yang berada di sebelah barat Syria,” tulis Assafar dalam terbitannya hari Selasa (19/10) lalu.

Assafar melanjutkan bahawa campurtangan Rusia di Syria merupakan bentuk serangan balasan yang dilakukan oleh Moscow atas tindakan AS dan sekutunya yang ikut campur dalam konflik di Ukraine.

 Perlu diketahui bahawa Rusia mengerahkan lebih dari 50 pesawat tempur berbagai jenis untuk mendukung serangan udara yang dilancarkan terhadap mujahidin Syria sejak awal bulan Oktober lalu. sumber

Mujahid Kenit di SYRIA

al1

Seorang lelaki kerdil turut bergabung dengan kelompok Mujahidin Jabhat Al-Nusra, yang masih berafiliasi dengan Al Qaidah. Tinggi badannya kurang dari 90 cm sehingga digelar oleh teman-temannya Abu Ahmad Al-Chihuahua. Julukan Chihuahua itu diberikan, lantaran secara fizikal mirip anjing ras bertubuh mini tapi lasak dari Mexico.

The Daily Mail melaporkan, Selasa (20/10), Abu Ahmad tidak jelas status kewarganegaraan mahupun usianya. Foto-fotonya diperolehi Abou Fadel, wartawan Al Masdar, dari seorang informan di dalam Jabhat Al-Nusra.

“Kami hanya berhasil mendapatkan gelaran dan foto-fotonya saja,” kata Fadel.
Sosok Al-Chihuahua sangat mencolok.Tubuhnya bahkan lebih rendah daripada dari senapang AK-47 yang disandangnya.

al2

Pada salah satu foto berbeza, Al-Chihuahua terlihat bersantai di sofa, mengenakan kacamata hitam, sambil mempamerkan AK-47.

Jabhat al-Nusra dikenal sebagai salah satu faksi mujahidin Syria anti rejim syiah Assad. Markas Jabhat al-Nusra terletak di Idlib, kota yang dalam minggu terakhir ini dihujani roket oleh militer Rusia.(ts) sumber

SYRIA - 3 Askar Elit RUSIA Dipercayai Terbunuh

rusia army

Sumber tinggi militer pro-pemerintah mengatakan, tiga anggota tentera Rusia terbunuh dalam serangan roket yang mensasarkan pengkalan mereka di Latakia. Jika disahkan, terbunuhnya askar Rusia itu  merupakan kejadian pertama sejak Moscow melancarkan serangan kepada penentang Syria sejak 30 September lalu.

Kementerian Pertahanan Syria juga belum mengesahkan laporan tersebut.  Namun Rami Abdulrahman, ketua Observatorium Syria untuk Hak Asasi Manusia membenarkan khabar tersebut. Walau demikian dia tidak memberikan info lebih detail.

Sumber propemerintah menambahkan, sekurang-kurangnya ada 20 orang Rusia yang berada di lokasi di Nabi Younis ketika roket meletup. sumber

Monday, October 19, 2015

Bandaraya Terapung Muncul di CHINA!

Antara imej bandar terapung yang sempat dirakam penduduk di China,

JIANGXI 18 Okt. - Ribuan penduduk di China gempar apabila mendakwa melihat sebuah bandar terapung di ruang langit di bandar Jiangxi dan Foshan. Portal berita Mail Online melaporkan, fenomena itu turut dirakam sebahagian penduduk dan dimuat naik di laman web perkongsian video YouTube serta menerima pelbagai reaksi orang ramai dan pakar sains.

Penduduk yang menyaksikan fenomena itu terkejut selepas menyaksikan bangunan pencakar langit menjulang tinggi muncul secara tiba-tiba di celah-celah kepulan awan di ruang angkasa bandar berkenaan selama beberapa saat sebelum hilang.

 Ekoran kejadian itu, ramai penduduk pecaya mereka telah melihat satu alam lain, manakala pakar cuaca menyatakan bahawa feno­mena itu merupakan satu ilusi optikal yang dikenali sebagai fata morgana. Fata morgana merupakan sejenis ilusi yang terbentuk dari objek tertentu pada jarak jauh dan boleh dilihat di atas tanah dan laut apabila matahari mula memanaskan atmosfera serta membentuk satu kejatuhan suhu.

Bagaimanapun, fenomena itu mencetuskan perdebatan menarik daripada beberapa kumpulan yang berminat. Saluran Paranormal Crucible di YouTube menyatakan, feno­mena itu kemungkinan adalah satu teknologi holografi rahsia ciptaan China yang sengaja diuji di kawasan yang padat dengan penduduk bagi melihat reaksi mereka.

Tambah saluran itu, bayangan bandar itu juga kemungkinan adalah ujian Project Blue Beam, iaitu satu teori konspirasi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) tentang simulasi makhluk asing akan menyerang Bumi.  sumber

Rakyat MESIR Mengundi Parlimen

KAHERAH 18 Okt. – Rakyat Mesir hari ini mengundi untuk memi­lih Parlimen baharu negara ini, kali pertama selepas pasukan tentera menyingkirkan bekas Pre­siden, Mohammed Mursi lebih dua tahun lalu. Pusat pengundian dibuka di 14 daripada 27 kawasan pentadbiran gabenor menerusi fasa pertama pengundian yang akan berjalan sehingga Disember ini.

Kira-kira 27.4 juta warga Mesir layak mengundi dalam fasa pertama pilihan raya yang diadakan selama dua hari. Seramai 2,573 calon bertan­ding bagi merebut 286 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya fasa pertama tersebut.

Pusat pengundian dibuka selama 12 jam bermula pukul 9.00 pagi waktu tempatan dan keputusan bagi pengundian fasa pertama itu dijangka diumumkan pada 30 Oktober ini. Dua fasa pengundian bagi pilihan raya tersebut merupakan langkah ketiga dan terakhir selepas mewujudkan Perlembagaan baharu serta mengadakan pilihan raya Presiden dalam pelan peralihan yang disokong pihak tentera berikutan penggulingan Mursi pada Julai 2013.

Di bawah Perlembagaan 2014, Parlimen mempunyai kuasa yang luas termasuk hak untuk mencabar presiden dan mengadakan pilihan raya presiden lebih awal. Bagaimanapun, Parlimen akan datang dijangka tidak memberi cabaran serius kepada Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi kerana sebilangan besar anggota secara terbuka menyokong bekas ketua tentera Mesir itu. Parlimen baharu itu juga me­rupakan yang pertama di Mesir selepas lebih tiga tahun.

Pada tahun 2012, mahkamah tinggi Mesir membubarkan Parlimen dikuasai golongan Islam atas alasan dipilih berdasarkan peraturan dan kaedah yang salah. – DPA  sumber

Himpunan Syiah di ARAB SAUDI Dicemari Keganasan



RIYADH: Seorang lelaki menembak mati lima orang di satu perhimpunan Syiah di timur Arab Saudi semalam sebelum polis menembak mati penyerang terbabit, menurut Kementerian Dalam Negeri.

Satu kumpulan yang mendakwa sekutu kumpulan IS mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu, yang terbaru dalam siri pengeboman dan tembakan yang dikaitkan dengan kumpulan itu di Arab Saudi sejak setahun lalu.

"Akibat insiden tembakan itu, lima rakyat...terbunuh, termasuk seorang wanita. Sembilan yang lain cedera," menurut jurucakap kementerian itu dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pada kira-kira 7 malam (1600 GMT) Jumaat, seorang suspek dengan senjata automatik "mula menembak secara rambang" di Dewan Al-Haidaria di kawasan Saihat di bandar Qatif. Polis bertindak dengan melepaskan tembakan lalu membunuh suspek berkenaan. "Kejadian itu sedang disiasat," katanya. - Reuters  sumber

MALAYSIA Risau Aktiviti CHINA di Laut China Selatan

Gambar bertarikh 21 Mei lalu yang dirakam pesawat peninjau Amerika

BEIJING 18 Okt. – Kerja-kerja menambak pulau-pulau buatan di Laut China Selatan oleh China sehingga menjadi pertikaian banyak negara, disifatkan sebagai satu provokasi yang tidak munasabah. Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Zulkefli Mohd. Zin berkata, China sering memberi jaminan bahawa kerja menambak itu adalah bagi kegunaan awam, penyelidikan maritim, dan memudahkan urusan pelayaran kapal.

 “Saya mahu membangkitkan isu provokasi yang tidak wajar oleh China berkaitan isu tambakan pulau di Laut China Selatan. “Jadi, masa akan menceritakan apa niat sebenar China. Pada masa yang sama, kita perlu menerima alasan yang diberikan kerajaan China untuk membangunkan pulau-pulau itu. “Saya harap pembinaan itu untuk tujuan baik,” katanya semasa Forum Keselamatan Xiangshan di Beijing, di sini hari ini.

Malaysia mengamalkan pendekatan berhati-hati dengan China berhubung tuntutan di Laut China Selatan, tidak seperti Vietnam dan Filipina yang lantang menyatakan bantahan. Awal bulan ini, China menyatakan pihaknya telah siap membina rumah api di Terumbu Cuarteron dan Terumbu Johnson South di Kepulauan Spratly yang kononnya akan membantu usaha mencari dan menyelamat maritim, keselamatan navigasi, dan usaha bantuan bencana. sumber

Wanita2 PALESTIN Bentuk Pasukan Batu dan Pisau

girl

Gadis-gadis Palestin tidak berdiam diri saja melihat para pemuda Palestin saudara-saudara mereka melawan tentera Zionis-Israel dengan senjata apa sahaja. Para gadis Palestin telah membentuk pasukan khusus bersenjatakan pisau dan batu untuk berjuang berdampingan di sisi para ikhwan.

Mereka menutup wajahnya dengan kafiyeh (kain penutup kepala yang biasa digunakan orang Arab) dan melempar tentera Israel dengan batu. Posisi mereka sama seperti posisi para pemudanya, demikian menurut Al Jazeera (13/10)

“Kerana membela negara adalah tanggung jawab seluruh warga Palestin”, kata sebagian mereka, seperti yang dipetik oleh Reuters di Tebing Barat, di mana pertelagahan antara tentaea dan rakyat Palestin semakin menegang. sumber

Demo Anti Zionis di JERMAN


jerman

Beberapa tunjuk perasaan di Jerman menuntut konselit Jerman Angela Merkel untuk menekan penjajah Israel menghentikan tindakan permusuhannya dan kekerasannya terhadap warga Palestin, menghentikan kejahatan dan pelanggarannya.

Hal itu disampaikan penunjuk perasaan di ibukota Berlin yang diadakan oleh Komuniti Palestin di Jerman. Mereka mengungkapkan kemarahan mereka terhadap serangan yang terus meningkat dari pasukan Israel dan warga pemukim haramhYahudi. Mereka meminta agar pemerintah-pemerintah Eropa segera menekan Israel.

Aksi serupa terjadi di beberapa kota di Jerman menentang tindakan pelanggaran terhadap masjid Al-Aqsa dan kekerasan warga Palestina di Tebing Barat dan Al-Quds. Di kota Aachen dan Essen, barat Jerman juga digelar demo mengecam Israe. sumber

Demo Anti Zionis di AFRIKA SELATAN



Ratusan orang di Afrika Selatan pada hari Sabtu (17/10) mengadakan tunjuk perasaan mengecam kejahatan dan pencabulan Israel terhadap warga Palestin di Tebing Barat, Al-Quds dan Jalur Gaza.

Para penunjuk perasaan mengibarkan poster menyokong Palestina sambil menari dan meneriakkan kecaman kepada Israel. Selama ini Afrika Selatan sudah melakukan sejumlah aksi mendukung Palestin dan memboikot Israel termasuk dalam bidang akademik. Sejumlah perguruan tinggi di Afrika Selatan memutuskan kerjasama dengan perguruan tinggi Israel.

sumber

Thursday, October 15, 2015

Aksi Gila Berbahaya Dirakam

LASKA 14 Okt. - Seorang lelaki Alaska mengejutkan orang ramai apabila dengan berani menyahut cabaran meniti atas tali atau slackline di atas sebuah kolam yang dipenuhi buaya. Peniti tali profesional, Josh Beaudoin, melakukan aksi ngeri tersebut dengan penuh berhati-hati tanpa menggunakan tali keselamatan ketika beberapa ekor buaya di dalam air dilihat agresif memerhatikan gerak-gerinya.

Josh Beaudoin menyahut cabaran meniti atas tali atau slackline

Menurut Mirror UK yang me­nemuramah Beaudoin, sekurang-kurangnya 10 ekor buaya kelaparan berada di dalam kolam memerhatikan pelagak negeri berusia 33 tahun itu berjalan di atas titian tali sehingga ke hujung kolam. “Ketika melakukan aksi sebegini, memikirkan apa yang bakal berlaku itu agak menghiburkan, namun adalah penting untuk me­ngakui perasaan takut yang hadir, tetapi jangan sesekali membiarkannya mengawal anda,” katanya.

Menurut Beaudoin, ramai yang berfikir bahawa aksi tersebut tidak berisiko kerana dia berada di atas air, tetapi masih tetap berbahaya terutama ketika kakinya berada terlalu dekat dengan buaya-buaya itu semasa berjalan merentasi kolam. “Pastinya kita akan mendapat perhatian buaya-buaya ini ketika meniti di atas mereka. Ada satu ketika, seekor buaya hanya beberapa beberapa sentimeter daripada kaki saya. “Mata helang mereka tidak akan terlepas apa-apa. Buaya-buaya itu cuba mengangkat kepala, seolah-olah menunggu saya tersandung,” katanya.  sumber

RUSIA Bedil 40 Sasaran IS di SYRIA



MOSCOW: Pesawat Russia membedil 40 sasaran IS di Syria dalam tempoh 24 jam lalu, memusnahkan beberapa depoh senjata dan kem latihan, menurut Kementerian Pertahanan.

"Dari Pangkalan Udara Hmeimim, kru pesawat perang Su-34, Su-24M dan Su-25SM melakukan 41 serangan terhadap 40 sasaran pengganas IS di Aleppo, Idlib, Latakia, Hama dan Deir Ezzor," kata jurucakap kementerian itu, Igor Konashenkov, dalam satu kenyataan.

 Beliau berkata, pesawat pengebom Russia juga memusnahkan kemudahan yang digunakan pejuang bagi membuat alat letupan dan bom kereta berhampiran bandaraya Aleppo.

 "Semua bom itu untuk digunakan dalam serangan keganasan di bandaraya-bandaraya Syria dan penempatan serta kedudukan tentera kerajaan," katanya. - AFP sumber

1,633 Kematian Akibat Rempuhan di Mina

Gambar bertarikh 24 September lalu menunjukkan jemaah Islam dan

DUBAI 14 Okt. – Angka kematian akibat tragedi rempuhan di Mina meningkat kepada sekurang-kurangnya 1,633 orang, menurut kiraan diberikan oleh pegawai asing. Jumlah kematian tersebut menjadikan tragedi pada 24 September lalu itu sebagai kejadian paling berdarah dalam sejarah musim haji. Arab Saudi sebelum ini menyatakan, sebanyak 769 jemaah terbunuh dalam tragedi berkenaan. Pihak berkuasa Arab Saudi juga tidak memberikan pecahan mangsa mengikut negara.

Bagaimanapun, kebanyakan kerajaan asing memberikan jumlah jemaah haji dari negara mereka yang terbunuh dalam tragedi terbabit dan kiraan AFP menunjukkan angka tersebut melebihi tragedi rempuhan di sebuah terowong di Mina pada Julai 1990 yang menyaksikan 1,426 jemaah maut. Iran menyatakan sebanyak 464 rakyatnya terbunuh, Mesir (177), Nigeria (145), Indonesia (127), India (101), Pakistan (87), Bangladesh (79), Mali (6), Senegal (54), Chad (52), Benin (34), Maghribi (33), Ethiopia (31), Sudan (30), Algeria (28) dan Niger (28). Burkina Faso turut melaporkan 22 rakyatnya maut, Cameroon (20), Ivory Coast (14), Libya (10), Somalia (8), Kenya (6), Ghana (5), Mauritius (5), Tanzania (4), Tunisia (4), dan masing-masing satu dari Burundi, Iraq, Jordan, Belanda, dan Oman. – AFP  sumber

Masjid Dibakar, Jikowi Diam. Gereja Dibakar, Terus Respon!

Ketika ratusan teroris Gereja Injili di Indonesia (GIDI) menyerang umat Islam Tolikara yang sedang menunaikan solat Aidil Fitri lalu, membakar sebuah masjid dan ratusan rumah serta kios milik umat Islam, Jokowi tidak merespon apa pun. Namun berbezareaklsinya ketika masyarakat membakar sebuah gereja ilegal, gereja yang dibina menyalahi peraturan atau tidak mendapat keizinan pembangunan rumah ibadah, di Aceh Singkil kelmarin, Jokowi terus bereaksi melalui twiternya.

Atas tragedi tersebut Presiden Joko Widodo mengeluarkan pernyataan yang disampaikan di jejaring twitter melalui akun @jokowi.

“Hentikan kekerasan di Aceh Singkil. Kekerasan berlatar apapun, apalagi agama dan keyakinan merusak kebhinekaan -Jkw” tulisnya pada Rabu (14/10).

Reaksi ini berbeza ketika terjadi Tragedi Tolikara pada Aidil Fitri 1436 H, Jumaat 17 Julai 2015 lalu. Saat Tragedi Tolikara presiden Jokowi langsung tidak membuat pernyataan di twitter.

Tak ada pernyataan Presiden Jokowi di twitter bahawa pembakaran masjid apalagi saat solat Aidil Fitri adalah merosak keharmonian. Saat itu, Presiden Jokowi hanya menulis ucapan Selamat Aidil Fitri pada malam lebaran (16/7).

“Bangsa yang besar akan selalu menjaga silaturahim demi persatuan. Selamat Idul Fitri 1436 H. Mohon maaf lahir dan batin -Jkw” Itu sahaja.

Tentu saja, kelakuan Jokowi tidak salah. Tapi tidak bijak, dan memperlihatkan siapa dia sesungguhnya, serta ke mana orientasi politik dan prioritinya.  (ts) sumber

Monday, October 5, 2015

Baghdad - 18 Maut, 60 Cedera

BAGHDAD: Serangan bom kereta bunuh diri di dua daerah penempatan warga Syiah, dekat sini membunuh sekurang-kurangnya 18 orang pada Sabtu, lapor sumber polis dan perubatan.

Serangan disasarkan terutamanya di daerah majoriti Syiah iaitu Kadhimiya dan Hurriya yang terletak di utara Baghdad. Polis berkata, sekurang-kurangnya 60 orang awam dilaporkan cedera dalam letupan itu. - Reuters. sumber

Awas Sidiket Phone Scam

KUALA LUMPUR 4 Okt. – Tidak peka serta sikap cepat percaya menjadi punca utama ramai pengguna masih tertipu dengan sindiket ‘Phone Scam’ walaupun berkali-kali Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran mengenainya menerusi laporan di pelbagai media.

Penganalisis jenayah dan keselamatan, Kamal Affendi Hashim (gambar) berkata, penipuan mirip Macau Scam yang memperdaya mangsa dengan menyamar sebagai pegawai bank itu telah banyak dilaporkan di akhbar, televisyen termasuk menjadi viral di media sosial seperti WhatsApp. Namun katanya, amat mengecewakan apabila kelalaian pengguna sendiri yang terlalu mudah mendedahkan maklumat peribadi dan membuat transaksi melulu tanpa bertanya mengenai latar belakang pemang­gil menjadi penyebab sindiket tersebut masih berleluasa.

 “Perkara ini telah banyak kali berlaku dengan modus operandi sama, tetapi masih ramai yang ‘terkena’ kerana kesilapan diri sendiri yang tidak menyelidik terlebih dahulu atau merasa sangsi dengan permintaan tidak logik sindiket itu. “Sepatutnya pengguna lebih bijak dan belajar mengatakan ‘tidak’ kepada mana-mana pemanggil yang meminta maklumat peribadi atau mahu mereka memindahkan wang ke akaun tidak dikenali sebaliknya terus sahaja melaporkan kepada pihak berkuasa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Semalam Mingguan Malaysia melaporkan, dengan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dan membuat panggilan telefon secara rambang, sebanyak RM300,000 hingga RM1 juta duit rakyat Malaysia berjaya ditipu dalam tempoh sebulan oleh sindiket ‘Phone Scam’ yang beroperasi di luar negara. Kesemua mangsa yang membuat laporan memberitahu diperdaya ahli sindiket yang menyamar sebagai pegawai bank.

Dalam pada itu, Kamal Affendi menasihatkan orang ramai agar sentiasa membuang jejak digital laman-laman web yang pernah dilawati dan elakkan daripada menggunakan kemudahan WiFi di tempat awam bagi melindungi diri menjadi mangsa penipuan pihak tidak bertanggungjawab. “Sentiasa padamkan bahagian sejarah laman web yang pernah dilawati dan tidak menggunakan kemudahan WiFi di tempat-tempat awam untuk melakukan sebarang urusan transaksi perbankan dalam talian. “Lebih selamat gunakan talian internet sendiri kerana kita ada kata laluan dan hanya kita yang gunakan kemudahan itu. Tidak digalakkan guna WiFi awam kerana penggodam dengan mudah menggodam akaun bank kita,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/tidak-peka-punca-pengguna-8232-masih-tertipu-sindiket-8216-phone-scam-8217-1.143004#sthash.WDH6Zbho.dpuf

Sunday, October 4, 2015

Presiden CHECHNYA Mahu Hantar Tentera Bantu RUSIA di SYRIA

Ramzan Kadyrov

Presiden Chechnya Ramzan Kadyrov meminta parlimen untuk menyetujui pengiriman unit militer negaranya ke Syria, untuk membantu pemerintah Rusia melawan Negara Islam (IS).

Seperti dilsiarkan Rusia Broadcasting Corporation dari keterangan Presiden Ramzan Kadyrov mengatakan, “Sebagai seorang Muslim Chechnnya dan warga negara Rusia. Saya telah bersumpah ditahun 1999 di mana para kelompok pejuang Islam itu ada di negara ini, bahawa saya akan memerangi kelompok di manapun berada selama saya masih hidup.”

“Melalui sidang media ini, saya meminta pemimpin Rusia untuk mengizinkan kami mengirimkan tentera militer Chechnnya ke Syria untuk membantu Rusia dalam operasi militer,” ujar Presiden Ramzan Kadyrov. sumber

Qardhawi Komen Serangan RUSIA di SYRIA

Dr Yusuf al-Qaradawi 1

Sheikh Yusuf al-Qaradawi, Ketua Persatuan Ulama Muslim Dunia, memberikan komennya tentang serangan yang dilakukan Rusia di beberapa lokasi di Syria.

Dia mengatakan dalam akaun “Twitter” nya : “Jika kita mempertahankan tanah air kita, rumah kita dan kehormatan kita atas nama Islam yang kita percaya, maka kita akan dituduh terorisme sementara Russia menyerang Syria dan pihak penentang maka itu disebut sebagai perang suci!”.

Beberapa negara internasional telah mengkritik operasi militer Rusia di Syria, dan menggambarkannya sebagai “eskalasi konflik dan tidak akan menghasilkan apapun kecuali hanya akan “memberi makan” gerakan ekstremisme.” Hr/islammemo) sumber

Erdogan Beri Amaran kepada Zionis

erdogan

Kelakuan Zionis-Israel yang kian memuakkan membuat Presiden Turki Erdogan memperingatkan jika mereka telah bermain api dengan terlibat dalam kekerasan dan kerusuhan di Masjid Al Aqsa. Dalam satu wawancara, Presiden Turki Recep Tayyib Erdogan mengatakan, perjuangan ke atas Masjid Al Aqsa bukan hanya milik umat Muslim, melainkan juga orang-orang Kristian.

“Jadi Zionis-Israel mestilah memahami bahawa apa yang dilakukannya adalah jenayah yang berkaitan dengan hak asasi manusia, yang diparahkan oleh ratusan jenayah yang telah dilakukan terhadap rakyat Palestin,” kata pemimpin Turki tersebut seperti disiarkan the Jerusalem Post (3/10).

Tentera dan polis Zionis Israel telah menyerang warga Palestin di Masjid Al Aqsa dalam beberapa minggu terakhir ini. Pemerintah Turki merasa para tentera dan polis Zionis Israel itu sengaja menghasut pemuda Palestin untuk menimbulkan masalah di Al Aqsa.

Erdogan juga mengaku sudah melakukan pembahasan dengan Raja Jordan dan Qatar. “Kita semua sepakat bahawa kita perlu melakukan apa yang mungkin dilakukan tentang masalah ini,” pungkas Erdogan. (ts) sumber

Saturday, October 3, 2015

Daging Korban Berkalimah Allah

kalimah ALLAH dilihat jelas kelihatan pada hirisan  daging lembu

BANDA ACEH - Penduduk Banda Aceh di Kampung Baro gempar dengan penemuan daging korban yang ditera padanya kalimah Allah baru-baru ini. Portal berita merdeka.com melaporkan, daging istimewa itu ditemui ketika penduduk kampung sedang mengagihkan daging korban kepada mereka yang berkenaan pada 25 September lalu.

Penemuan daging yang tertera kalimah Allah itu mula ditemui pemiliknya dan cerita penemuan itu hanya dimaklumkan kepada ahli keluarga serta rakan-rakan terdekat, namun ia mula tersebar setelah berita unik itu turut dikongsi beberapa daerah lain yang mengalami fenomena yang sama.

Seorang saksi, Fani menyedari daging korbannya tertera kalimah Allah ketika dia mahu memasaknya. “Ketika daging dipotong, saya terkejut melihat ada tulisan kalimah Allah pada daging itu,” katanya. Tambahnya, dia telah memotong daging itu kepada 14 potongan dan ia disimpan di dalam peti sejuk. “Orang pertama yang menemui daging berkalimah Allah itu ialah Fani, lalu dia menyimpannya dan memberitahu penemuannya itu kepada rakan-rakan. Dia kagum dengan penemuan tersebut,” kata Ketua Dusun Jeumpa, Kampung Baro, Banda Aceh yang dikenali sebagai Rasam.

 Salah seorang peserta korban, Wardiah berkata, setelah mengetahui penemuan daging kalimah Allah itu, dia bertindak menghubungi Fani dan meminta sebahagian hirisan daging tersebut untuk disimpan. “Saya diberi sekeping hirisan daging istimewa itu. Saya menjemurnya hingga kering dan saya simpan dalam plastik, manakala daging milik Fani disimpan dalam peti sejuk,” katanya yang mendakwa lembu korban kepada daging unik itu kelihatan tidak melawan dan menurut perintah sehingga ia disembelih.  sumber

28 Maut dalam Serangan RUSIA di SYRIA

Satu lubang besar terbentuk dipercayai akibat serangan udara Rusia

BEIRUT 2 Okt. – Rusia dituduh menyerang orang awam di kawasan-kawasan kawalan pemberontak yang disokong Barat, menyebabkan tujuh maut termasuk dua daripadanya kanak-kanak. Agensi berita Al Jazeera mela­porkan, Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria mendakwa, sejak melancarkan serangan kelmarin lalu, jet pejuang Rusia telah me­ngorbankan seramai 28 orang awam.

Serangan terbaharu berlaku pada 8.30 malam semalam waktu tempatan di wilayah Idlib, menyebabkan tiga orang awam termasuk seorang kanak-kanak berusia lima tahun maut, selain daripada mencederakan 12 yang lain.

“Serangan itu sangat besar sehingga menyebabkan rumah dua tingkat musnah sekelip mata,” kata seorang aktivis Hadi al-Abdullah kepada Al Jazeera. Bagaimanapun, Presiden Rusia, Vladimir Putin pula menolak dakwaan bahawa orang awam terbunuh dalam serangan Russia dan menyifatkan laporan itu sebagai ‘peperangan maklumat’.

Sejak kelmarin, Rusia telah melancarkan 18 serangan bermula di bandar Homs yang kemudian diperluaskan ke Hama dan Idlib, semalam. sumber

ALGERIA Larang Sertai Festival Filem di Israel

warga-palestina-memprotes-pemukiman-israel-_130115095323-892

Setelah mencetuskan kontroversi luas di Algeria tentang penyertaan filem Algeria dalam festival filem di Israel, akhirnya Kementerian Kebudayaan mengeluarkan keputusan baru yang memberikan hak bagi kementerian untuk mengetahui festival apa yang akan diikuti oleh filem-filem yang didanai Negara, dan juga memungkinkan bagi kementerian untuk melarang filem ini menyertai beberapa festival.

Menteri Kebudayaan Kata Ezzeddine Mihoubi dalam ucapannya mengatakan : “Setiap dana yang disediakan oleh negara untuk karya sinematografi menuntut pembuatnya mengungkapkan festival apa yang ingin ia mengambil bahagian didalamnya,” yang bererti bahawa Algeria melarang secara rasmi filemnya menyertai festival filem di Israel.
  sumber

Friday, October 2, 2015

NIGERIA - 10 Maut dalam Serangan Bom

MAIDUGURI, Nigeria: Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh manakala 39 yang lain cedera apabila empat pengebom nekad meletupkan bom dipakai mereka di bandar Maiduguri di timur laut Nigeria semalam, menurut pihak tentera.

 "Sehingga kini 14 orang sudah disahkan terkorban, termasuk empat pengebom nekad itu manakala 39 lagi cedera," menurut Ibupejabat Pertahanan di Abuja. Boko Haram yang disyaki bertanggungjawab, kini semakin giat menggunakan pengebom nekad untuk menyasarkan orang awam, termasuk di Maiduguri pada 20 September lalu apabila 117 orang maut dalam siri serangan.

 "Biarpun butiran kejadian masih samar, cukup untuk menyatakan bahawa empat pengganas Boko Haram meletupkan bom yang dipakai mereka secara serentak," menurut pihak tentera. - AFP sumber

CHINA Hantar Kapal Perang Bantu Assad

kapal induk liaoning Cina

Laman berita intelijen Zionis Israel “Debka” melaporkan bahawa pemerintah China akan ikut bergabung dengan Rusia dalam operasi militer bersama mendukung rejim Bashar Al Assad di Syria. Perang di Syria membuktikan yang Komunis dan Syiah boleh bersatu hadapi Islam (dan Barat).

Menurut Debka dari sumber intelejen yang tidak mau diungkapkan identitinya mengatakan, “China telah mengirimkan kapal induk Liaoning beserta kapal peluru berpandu penjelajah menuju pelabuhan Tartus, Syria, sehari setelah pertemuan Presiden Putin dan PM Netanyahu pada 21 September lalu.”

Sumber menambahkan, “Dalam pertemuan di ibukota Moscow, Putin sengaja tidak memberitahu Netanyahu mengenai pergerakan arah kapal induk China ke laut Mediteranian timur, dan dijadualkan akan tiba di pelabuhan Syria pada 6 minggu akan datang.”

Menurut informasi yang didapat sumber menunjukan bahawa Cina merancang akan menempatkan satu skuadron jet tempur G 15 Cina, serta helikopter Z -18F dan Z-18J, selain 1.000 Mariner China.

“Jelas bahawa kedatagan China dalam perang di Syria akan dapat mengubah perjalanan revolusi rakyat Syria yang berjalan sejak tahun 2011 lalu,” ujar sumber tersebut. (Dostor/Ram) sumber

Thursday, October 1, 2015

Gas Beracun dalam Tragedi di Mina?

mina 24 september

Dugaan terbaru sebab terjadinya insiden Mina pada 24 September kembali terkuak setelah seorang doktor y6ang berasal dari Mesir yang berkerja di Arab Saudi menemui kewujudan indikasi penggunaan gas beracun dalam insiden tersebut.

Adalah Abdul Hamid Fawzi, mantan penasihat Menteri Kesihatan dan Kependudukan di Mesir, dalam wawancaranya dengan akhbar “Ajil” pada akhir minggu lepas mengatakan, “Dalam pencarian keluarga saya yang dikhabarkan menjadi korban insiden Mina, saya mendapati kes aneh dari mereka yang menjadi mangsa kecederaan dan dirawat di hospital di Mina, Arafat dan Mekkah.”

Abdul Hamid Fawzi melanjutkan, “Tidak hanya satu, tapi lebih dari 50 orang jemaah haji yang cedera dan dirawat mengalami kehilangan memori setelah pengsan selama 2-8 jam, sehingga menyebabkan pihak hospital memberikan mereka identiti tidak diketahui kerana hilangnya kemampuan otak mengingat identiti diri.”

“Saya telah mencapai kesimpulan setelah berbincang dengan para pesakit bahaa adanya penggunaan sejenis gas beracun dalam tragedi berdarah di Mina yang menyebabkan kematian bagi mereka yang berada berhampiran sumber gas, dan rosaknya sel otak yang menyebabkan otak kehilangan fungsi penyimpan memorinya,” ujar Abdul Hamid Fawzi.

Menurutnya tidak ada jalan lain selain menurunkan pasukan doktor forensik untuk memeriksa keadaan paru-paru jemaah haji korban tragedi di Mina, untuk memastikan adanya serangan gas beracun atau tidak.
Abdul Hamid Fawzi sendiri menyatakan bahawa dirinya telah mengajukan surat permohonan penyelidikan pasukan doktor forensik kepada Raja Salman, akan tetapi sehingga kini belum ada pegawai Arab Saudi yang berbicara tentang kemungkinan tersebut. (Rassd/Ram) sumber

40 Peratus Warga RUSIA Sokong Penglibatan di SYRIA

militer rusia

Satu bancian yang dilakukan oleh stesen televisyen Rusia Today menunjukkan bahawa 40% warga Rusia menyokong tindakan pemerintah mereka untuk ikut campur dalam menyelesaikan konflik di Syria.

Dalam hasil survei yang diterbitkan Rusia Today pada hari Selasa (29/09) lalu menyatakan bahawa 39% warga Rusia menyokong tindakan pemerintah mereka di Syriua, dan hanya ada 11% yang menentang langkah tersebut.

Di sisi lain, dalam udnian yang dilakukan oleh Pusat Analisis “Levada” terhadap 2,400 responden di 134 kota-kota Rusia menyatakan bahawa 30% dari mereka percaya bahawa ikut campurnya Rusia di Syria adalah untuk melindungi kepentingannya di Timur Tengah.

Sedangkan 28% percaya bahawa ini adalah maneuver Rusia berusaha untuk memperkuat posisinya di kancah antarabangsa, sementara 22% lainnya adalah untuk memerangi Negara Islam (IS). (Rassd/Ram) sumber

5 Suspek Bom Mumbai Dihukum Mati, 7 Dipenjara Seumur Hidup

MUMBAI 30 Sept. – Mahkamah India hari ini menjatuhkan hukuman mati terhadap lima orang tertuduh yang didapati bersalah merancang siri letupan bom melibatkan sebuah kereta api di Mumbai pada tahun 2006, sehingga menyebabkan 189 orang maut. Peguam bela, Wahab Khan berkata, tujuh lagi anak guamnya yang didapati bersalah kerana bersubahat dalam serangan tersebut, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh sebuah mahkamah khas.

Katanya lagi, semua mereka akan mengemukakan rayuan. “Kami percaya semua mereka tidak bersalah dan mahkamah membuat keputusan berdasarkan pengakuan dan bukannya berdasarkan bukti yang kukuh,” kata Wahab. Semua 12 suspek kejadian tersebut dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan membunuh, mencetuskan konspirasi, dan mahu berperang dengan kerajaan dalam kejadian yang turut mengakibatkan 800 orang cedera.

 Dalam kejadian yang berlaku pada bulan Julai 2006 itu, sebanyak tujuh buah bom diletupkan di dalam kereta api pinggir bandar raya tersebut. Bom yang diletakkan di dalam periuk dan dibungkus di dalam beg itu disembunyikan di bawah helaian surat khabar dan payung di dalam kereta api berkenaan. Pendakwa raya berkata, bom berkenaan diletakkan di dalam kereta api kelas pertama ketika berada di Mumbai, dan menjadikan golongan atasan Gujarati sebagai sasaran. – AFP  sumber

Ekstremis Hindu Bunuh Orang yang Simpan Daging Lembu

sapi-di-india-_150909094852-854

Lembu adalah haiwan yang disucikan pemeluk Hindu. Bahkan kotoran sapi pun mesti dibersihkan dan disingkirkan dengan penuh rasa hormat. Bahkan bagi yang ekstrem, sapi dianggap lebih berharga berbanding nyawa manusia.

 Inilah yang terjadi di India Utara, ketika seorang Muslim India menemui ajal akibat dihakimi kelompok ekstremis Hindu gara-gara didakwa memakan daging lembu. BBC News melaporkan, Rabu (30/9), Mohammad Akhlaq (50 tahun) ditendang dan dipukul dengan batu hingga mati oleh ekstremis Hindu warga dari Dadri, Uttar Pradesh, pada Isnin (28/9) malam. Anak lelakinya yang berusia 22 tahun juga cedera parah dan telah dikejarkan ke hospitalt.

Enam orang telah ditangkap terkait insiden ini. Polisi mengatakan, penyelidikan sedang dilakukan untuk mengetahui penyebar khabar angin yang menyatakan Akhlaq menyimpan dan mengkonsumsi daging lembu. Keluarga Akhlaq mengatakan, mereka tak menyimpan daging lembu melainkan daging kambing di peti ais mereka.

Polis kini mengambil daging tersebut untuk diuji. Anak perempuan Akhlaq, Sajida, mengatakan sekitar 100 orang lebih ekstremis dari desa datang ke rumahnya. Mereka kemudian menuduh keluarganya menyimpan daging lembu. Kelompok itu pun memecahkan pintu dan mulai memukul ayah dan abangnya. (rd) sumber

INDONESIA Perlu 3 Tahun untuk Atasi Masalah Jerebu

Para pelajar dibenarkan pulang awal di Jambi, Indonesia, kelmarin, berikutan keadaan jerebu yang sem

JAKARTA 30 Sept. - Presiden Joko Widodo berkata, Indonesia memerlukan masa tiga tahun untuk mengatasi masalah jerebu yang melanda negara itu dan negara-negara jiran setiap tahun ekoran pembakaran hutan dan kawasan pertanian. Sambil menegaskan bahawa masalah jerebu tidak dapat di atasi dalam masa yang singkat, beliau berkata, tiga tahun adalah jangka masa yang diperlukan untuk melihat hasil dari usaha-usaha menamatkan masalah yang timbul setiap kali musim kemarau ini.

 “Masalah jerebu ini bukanlah suatu perkara yang dapat diselesaikan dalam masa yang singkat,” kata Joko Widodo atau Jokowi dalam wawancara dengan BBC seperti yang dipetik dari Kompas.com hari ini. Katanya, Indonesia telah melakukan yang terbaik untuk mena­ngani masalah jerebu yang turut memberi kesan kepada negara jiran seperti Singapura dan Malaysia. “Ini termasuk penghantaran 3,700 anggota tentera dan kira-kira 8,000 orang polis serta empat pesawat pengebom air untuk mema­damkan kebakaran,” ujarnya lagi. Menurut Jokowi, kaedah pembasahan tanah juga dilakukan supaya kawasan pertanian tidak kering dan mudah terbakar dengan cara pembinaan terusan seperti yang telah dilakukan di Kalimantan Tengah. Selain itu katanya, dalam usaha menangani masalah jerebu, pihak berkuasa juga menahan beberapa individu dan syarikat yang dipercayai melakukan pembakaran hutan dan kawasan pertanian untuk proses tanaman semula.

Kebakaran hutan dan kawasan pertanian kini melanda beberapa wilayah di Indonesia bermula dari Riau, Sumatera Selatan, Jambi, Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah, Kalimantan Selatan, hingga Kalimantan Timur. Pembakaran besar-besaran hutan dan tanah pertanian dilakukan sebagai satu kaedah mudah dan murah untuk membuka kawasan pertanian baharu. Ekoran itu asap dari pembakaran tersebut melanda beberapa wilayah di republik ini dan negara jiran se­perti Malaysia dan Singapura.

Dalam pada itu, Jokowi memanggil Ketua Badan Bencana Negara, Willem Rampangile ke Istana Pre­siden hari ini bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai bencana jerebu dan meminta dipercepatkan usaha menangani masalah yang sudah berlarutan berbulan-bulan itu. – UTUSAN sumber