Thursday, December 31, 2015

Helaian Al-Quran Dibuat Trompet Kertas

Penjualan lipatan kertas menyerupai corong yang diperbuat daripada

JAKARTA 30 Dis. – Pihak berkuasa Indonesia menyiasat dalang di sebalik penjualan lipatan kertas se­perti corong menggunakan helaian naskhah al-Quran, satu tindakan yang mencetuskan kemarahan rakyat di negara yang majoriti penduduknya beragama Islam. Portal Bisnis.com melaporkan, polis daerah Garut di Jawa Barat merampas objek dikenali sebagai trompet kertas itu yang menggunakan helaian naskhah al-Quran, dipercayai dijual untuk sam­butan Tahun Baharu 2016.

“Polis Garut merampas sebanyak 10 trompet kertas daripada peniaga di bahu jalan,’’ kata jurucakap polis Jawa Barat, Sulistyo Pujo Hartono. Trompet kertas yang diperbuat daripada helaian al-Quran turut ditemukan di Kendal, Jawa Tengah dan di beberapa bandar lain di Jawa. Menteri Hal Ehwal Agama Indonesia, Lukman Hakim Saifuddin meminta polis supaya meneruskan siasatan dengan menyifatkan tindakan itu sama sekali tidak wajar.

Helaian naskhah al-Quran yang tidak lagi digunakan perlu dimusnahkan dan tidak digunakan untuk tujuan lain. “Saya harap kes ini akan selesai tidak lama lagi. Mereka yang terlibat perlu bertanggungjawab atas perbuatan itu,’’ kata Saifuddin dalam satu kenyataan. Polis Jawa Tengah pada awal minggu ini merampas kira-kira 2.3 tan kertas muka depan al-Quran daripada pembuat trompet kertas di Kendal yang didakwa mahu dijadikan objek tersebut. – DPA  sumber

Mohon Keperluan Sekolah Dikecualikan GST

TERKESAN dengan kenaikan harga barang selepas pelaksanaan GST, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta kerajaan mempertimbangkan untuk mengecualikan keperluan sekolah daripada dikenakan GST.

Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr Maamor Osman berkata, kenaikan kos sara hidup sudah cukup membebankan, kini ditambah pula dengan kenaikan harga keperluan sekolah yang pastinya membebankan lagi kewangan ibu bapa.

Katanya, saban tahun berlaku kenaikan harga barang dan perkhidmatan dan ia memberi kesan terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah dan mempunyai ramai anak bersekolah.

“Suasana sekarang ini dirasakan lebih sukar bagi ibu bapa memenuhi keperluan sekolah anak-anak, dengan kenaikan harga barang sedangkan pendapatan tidak meningkat.

“GST diketahui membebankan, ditambah pula dengan kos menyediakan keperluan sekolah,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, pelbagai cara dan alternatif diguna pakai oleh kebanyakan ibu bapa dalam menjimatkan perbelanjaan persekolahan anak, namun dengan kenaikan harga, perkara itu tidak dapat dielakkan.

“Pakai semula pakaian yang masih elok. Tiada pilihan terpaksa gunakan yang lama. Selama setahun, itulah dua pasang baju yang terpaksa digunakan. “Belanja seorang anak pun sekurang-kurangnya memerlukan anggaran RM350 untuk membeli kelengkapan pakaian dan buku. Belum dikira kos tambang bas atau van sekolah lagi,” katanya.

Justeru, beliau merasakan perlu ada satu mekanisme daripada kerajaan sebagai usaha membantu golongan ibu bapa menghadapi dilema ini.

Dalam pada itu, Dr Maamor berkata, sebagai salah satu jalan penyelesaian, koperasi sekolah perlu memainkan peranan. 

“Inilah masanya semua sekolah menyatakan sokongan dengan menawarkan harga yang lebih murah dari pasaran sebagai pilihan yang lebih jimat kepada ibu bapa,” katanya.

Katanya, dengan pembelian pukal daripada koperasi, harga pastinya lebih murah dan memberikan lebih banyak penjimatan kepada ibu bapa serta pelajar.

“Saya harapkan supaya semua sekolah menyokong pembelian melalui sekolah. Lebih baik juga bantuan RM100 daripada kerajaan itu diberikan dalam bentuk baucar dan ditebus di koperasi sekolah,” katanya.-sinar

Aktivis PPIM Cadang Saman PDRM

KUALA LUMPUR 29 Dis. – Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muhammad Yusuf Azmi, bercadang menyaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang didakwa menahannya secara salah baru-baru ini.

Dia yang merupakan Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM berkata, tindakan tersebut akan diambil jika membawa faedah dan kebaikan kepada pelbagai pihak setelah mendapat nasihat peguam persatuan berkenaan.

“Tidak dinafikan saya begitu trauma apabila ditahan lokap selama 27 jam, termasuk tiga jam diambil keterangan tetapi saman ini bukan kerana saya trauma atau malu.

“Saya berharap kejadian ini tidak melemahkan semangat para aktivis lain untuk terus memperjuangkan hak-hak pengguna,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas sidang Isu Tahanan Aktivis PPIM yang dipengerusikan Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan di sini hari ini.

Sidang akhbar tersebut bagi menjelaskan peristiwa sebenar yang berlaku apabila Muhammad Yusuf ditahan oleh polis atas tuduhan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 384/506 ugutan dan kekerasan.

Mengulas kejadian pada 14 Disember lalu, Muhammad Yusuf berkata, dia hanya memenuhi permintaan seorang pembeli, Dipres Nasution Mohd. Arifin yang ditipu oleh peniaga telefon di Kompleks Kota Raya untuk menuntut kembali bayaran sebanyak RM5,000.

“Setelah Dipres berjaya membuat tuntutan melalui Tribunal Tuntutan Pengguna dan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak dapat menemani beliau ke Kota Raya, saya sendiri menemani Dipres dan kami berjaya mendapatkan semula wang dan memulangkan kembali empat set telefon kepada peniaga tersebut,” katanya.

Katanya, 10 hari selepas itu, dia diarah datang memberikan keterangan kepada pihak polis dan ditahan selepas tiga jam memberi keterangan.

Lebih mengejutkannya, pihak polis membuat permohonan melalui Mahkamah Majistret untuk menambah tempoh tahanan lokap terhadapnya selama tujuh hari seolah-olah telah melakukan satu kesalahan dan jenayah yang sangat berat.

“Bagaimanapun, saya difahamkan lanjutan tahanan tersebut adalah untuk membuat kawad cam terhadap saya dan pegawai yang terbabit sedang bercuti.

“Mujurlah mahkamah melepaskan saya dan menyifatkan tahanan lokap terhadap saya itu adalah satu kesalahan kerana saya dipanggil polis untuk memberi keterangan semata-mata,” katanya.

Sementara itu, Dipres berkata, beliau kesal terhadap tindakan pihak polis yang menahan Muhammad Yusuf sedangkan aktivis tersebut tidak melakukan sebarang kesalahan.-utusan

Wednesday, December 30, 2015

80 Maut dalam Serangan Bom di NIGERIA

Nigeria, sekurang-ku-
rangnya 80 maut dalam kejadian berasingan dengan 30 maut di Maidu-
guri, ibu negeri Borno, manakala lebih 90 lagi ce­dera dalam insiden letupan dan berbalas tembakan. Penyelaras Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan, Muhammed Kanar pula berkata, kejadian kedua berlaku di luar sebuah masjid juga di Maiduguri, mengakibatkan 20 terkorban, dan 91 cedera dalam satu letupan berani mati di lokasi pertempuran antara tentera kerajaan dengan kumpulan militan Boko Haram sejak kelmarin.

Di Madagali, negeri Adamawa, seorang jeneral tentera, Victor Ezegwu berkata, dua wanita pengebom berani mati meletupkan diri di sebuah pasar ikan dan daging yang penuh sesak, mengakibatkan 30 banyak kematian dan kira-kira 30 orang cedera. Dalam satu lagi kejadian, dua budak perempuan meletupkan diri di kawasan perumahan Buraburin, membunuh beberapa mangsa, namun butirannya tidak dinyatakan. SUMBER

Rancangan Kampung di Bawah Air

RUSSELS 29 Dis. – Seorang arkitek Belgium mendedahkan rancangan luar biasa untuk membina bangunan boleh diduduki di dalam air, pertama di dunia yang dapat menampung sebanyak 20,000 penduduk pada satu-satu masa. Vincent Callebaut seperti lapor Mail Online berkata, rekaan bangunan itu membolehkan orang ramai tinggal di dalam struktur berkenaan, sekali gus mengurangkan penggunaan karbon dioksida di Bumi.

 Struktur mesra alam itu yang dinamakannya sebagai ‘perkampungan Aequorea’ tidak bergantung kepada minyak sebaliknya bangunan berkenaan akan menghasilkan sendiri tenaga dan haba untuk keperluan penduduk kawasan tersebut. Setiap bangunan di Aequorea mempunyai struktur seperti ­obor-obor dengan pintu masuk dan jeti boleh didapati pada permukaan dengan bangunan tersebut akan menurun ke bawah air pada kedalaman 1,000 meter.

 Struktur yang menempatkan 250 tingkat di dalam air pada kelebaran 500 meter itu akan dilengkapi rumah, pejabat, bengkel, makmal sains, dan kawasan pertanian. Air minuman pula dihasilkan dari sebuah loji kuasa yang menggunakan tekanan kuat untuk mengatasi tekanan osmosis dan memisahkan air daripada garam. Udara pula diperbaharui secara semula jadi oleh perolakan menerusi cerobong angin pada menara bangunan atau dilakukan oleh sebuah stesen oksigen.

Callebaut berkata, sumber makanan pula akan diperoleh daripada terumbu karang, kawasan pertanian, aktiviti penangkapan ikan. Tambahnya, setiap bangunan mesra alam itu dijangka memerlukan kos sebanyak 1,430 pound (RM9,143) bagi setiap meter persegi untuk dibangunkan dan boleh dibina di seluruh laut utama di dunia. -  sumber

KUWAIT Hantar Tentera ke SAUDI

Kuwait mengirim pasukan ke Arab Saudi untuk menahan serangan Houthi di perbatasan Yaman. Al Qabas, surat kabar terbitan Kuwait, Selasa (29/12) melaporkan pasukan Kuwait akan bergabung dengan tentera Uni Emirat Arab, Bahrain, dan Arab Saudi.

 “Kami memutuskan untuk mengambil bahagian dalam perang melawan Houthi, dengan mengirim batalion artileri untuk menghambat agresi Houthi ke Arab Saudi, tulis akhbar itu. Kementerian Luar Negeri Kuwait tidak memberi maklumbalas ini. Sebahagian besar negara Teluk ikut campur dalam perang saudara di Yaman, yang dimulai 26 Mac 2015. Saat itu, Houthi memaksa pemerintah Yaman mengasingkan diri dan siap merebut seluruh negara.

Hampir 6.000 orang terbunuh, dan Yaman berubah menjadi sangat miskin. Arab Saudi melihat Houthi sebagai proxy kekuatan Syiah Iran di dunia Arab. Iran dan Houthi saling menyangkal.(ts) sumber

TURKI Bantu PALESTIN US76 Juta Sepanjang 2015

erdogan-jokowi2

Seorang jurucakapKementerian Luar Negara Turki telah mengungkapkan bahawa bantuan ke Jalur Gaza sepanjang tahun 2015 ini mencapai  USD $ 75,6 juta. Dalam sepuluh tahun terakhir, Tanju Bilgic menjelaskan, total bantuan Turki ke Palestin sudah mencapai USD $ 369 juta; pada tahun 2014 saja, angka itu mencapai USD $ 76,3 juta.

Bilgic menyebutkan Turki berjanji untuk memberikan bantuan sebesar USD $ 200 juta antara tahun 2015 dan 2017.

Tuesday, December 29, 2015

'Salib' di Bumbung : Majlis Daerah Panggil Pemaju



Majlis Daerah Langkawi akan mengadakan mesyuarat dengan sebuah syarikat perumahan di Langkawi dalam usaha memperbetulkan semula struktur binaan pada bahagian bumbung rumah yang kelihatan seperti simbol salib.

Exco Perumahan, Kedah, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata mesyuarat itu, yang dijadualkan esok, akan membuat keputusan sama ada pemaju perlu menukar warna struktur itu agar sepadan dengan jubin bumbung supaya ia tidak menyerupai salib.

"Mesyuarat itu akan memberikan peluang kepada pemaju itu menjelaskan sama ada reka bentuk itu adalah satu trend.

"Saya mahu mereka duduk bersama dan menunjukkan sama ada mereka bertujuan untuk menjadikannya sebagai salib," katanya yang dipetik oleh The Star Online hari ini.

Beliau juga menafikan bahawa pihaknya telah mengarahkan bangunan itu dirobohkan.

"Selepas gambar-gambar itu tersebar di Internet, saya telah memberikan beberapa kenyataan tetapi kini saya enggan memberi mengulas lanjut kerana takut bahawa apa yang saya katakan akan diputar oleh pihak lain.
"Saya mengarahkan pegawai saya untuk memeriksa projek perumahan itu selepas gambar-gambar rumah-rumah menjadi viral.

"Jika simbol salib itu sangat jelas, nasihat saya kepada pemaju adalah untuk mengecat semula ciri-ciri itu," katanya.

Tajul berkata beliau telah bercakap dengan pemaju dan "sejauh Saya bimbang, penampilan bukan niat pemaju".

Rumah teres berhampiran Taman Sri Langkawi dan Kampung Bakau yang baru siap itu bagaimanapun, masih belum mendapatkan sijil layak menduduki.

Apabila dilihat dari laut, ciri-putih di sepanjang bumbung berjubin merah itu mewujudkan gambaran deretan salib putih menghadap ke laut.

Gambar itu viral di media sosial pada minggu lalu.

Walaupun sesetengah umat Islam meluahkan rasa kurang senang mereka, tidak kurang juga yang menolaknya sebagai suatu isu yang tidak wajar diperbesar-besarkan. - MK
  sumber

Aktivis Pengguna Sepatutnya Dihargai, Bukan Dilokap


Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata apa yang berlaku tersebut amat dikesali kerana PPIM bukanlah musuh kepada pihak polis sebaliknya membuat kerja membantu orang ramai yang ditipu sejak berpuluh-puluh tahun. - Foto TRP/Mokhsin Zamani

KUALA LUMPUR,
26 Disember: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak polis memberi penjelasan mengapakah dua orang aktivisnya ditahan dan ditempatkan di lokap tahanan sedangkan mereka membantu pengguna yang ditipu oleh penjual yang tidak bertanggungjawab.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata apa yang berlaku tersebut amat dikesali kerana PPIM bukanlah musuh kepada pihak polis sebaliknya membuat kerja membantu orang ramai yang ditipu sejak berpuluh-puluh tahun.

Menurutnya, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar perlu melihat perkara ini kerana aktivis-aktivis berkenaan yang menjadi mangsa sedangkan mereka cuba untuk membantu.

“Kejadian berkenaan memberi isyarat yang tidak baik kepada masyarakat akan merasakan sesuatu yang tak kena kerana yang nak membantu masuk ke dalam lokap tahanan.

“Jadi esok tak ada sesiapa yang nak bantu dan nanti apabila polis ada masalah pun masyarakat tak nak bantu. Kita tak nak ia terjadi kerana kita nak wujudkan masyarkat yang harmoni.

“Selalunya kalau kita menolong orang ditipu seharusnya kita diberi pujian tapi itulah harga yang kita kena bayar dan sebagai aktivis ini antara cabaran dan saya harap pengorbanan akan buka mata semua pihak,” katanya kepada The Rakyat Post di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai dua aktivis PPIM yang dipanggil polis memberi keterangan berhubung kejadian pergaduhan di Kompleks Kota Raya, Ahad lepas.

Polis kemudiannya mengambil tindakan ke atas kedua-dua mereka atas Seksyen 506 iaitu ugutan jenayah dan ditahan serta ditempatkan dalam lokap tahanan dan kemudiannya permohonan reman tambahan ke atas mereka ditolak majistret.

Tambah Nadzim lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu melihat serius ke atas perkara ini.

Jelasnya, penipuan seperti ini amat serius tatkala rakyat sudah tidak larat untuk berdepan dengan kekangan kewangan dan juga kenaikan kos sara hidup pada masa kini.

“Apabila tidak ada sesiapa yang ke hadapan dan membantu, ia akan mewujudkan masyarakat kucar-kacir dan akan tiba masanya mereka yang tertekan ambil tindakan sendiri.

“PPIM berharap mereka yang bertanggungjawab lihat dengan serius kerana kita punyai masalah dalam konteks judi, gores dan menang dan penipuan penjualan seperti ini.

“Malah saya dapat maklumat perkara seperti ini berlaku di tempat-tempat lain dan mereka yang menipu ini seolah-olah dapat laluan hijau dan KDN diharapka dapat membantu NGO seperti kami yang ingin menolong pengguna yang ditipu,” ujarnya.

Tegasnya, PPIM akan terus membantu orang ramai dan pengguna yang ditipu serta menggesa seluruh rakyat bangkit dan bersama-sama membanteras perkara ini kerana ia bukan soal satu orang tetapi ramai yang ditipu.

“Saya harap pengguna terus memberi sokongan kepada apa yang kita buat kerana kalau mereka tak sokong maka sudah pastilah kita tidak boleh tolong.

“Jadi PPIM akan terus bantu pengguna sehingga mungkin gengster akan marah akan bunuh kita kelak dan berharap mendapat perlindungan yang sepatutnya.

“Kalau kita tidak dapat perlindungan, kita akan buat apa yang kita boleh buat tetapi kita berpegang kepada prinsip pihak berkuasa seharusnya melindungi pengguna,” katanya.-therakyatpost.com  sumber

SAUDI Naikkan Harga Petrol 50 peratus

RIYADH: Arab Saudi menaikkan harga petrol sehingga lebih 50 peratus mulai hari ini susulan pemotongan subsidi selepas negara itu mencatatkan belanjawan defisit. Kenaikan harga juga membabitkan tarif elektrik, air, diesel dan minyak tanah selepas Kabinet diketuai Raja Salman memutuskan pengurusan subsidi ke atas bahan berkenaan, lapor agensi berita SPA hari ini.

Kabinet memutuskan harga petrol gred tinggi naik 0.90 Riyal (AS$0.24) seliter berbanding 0.60 Riyal sebelum ini, iaitu kenaikan 50 peratus manakala petrol gred rendah 0.75 Riyal (AS$0.20) seliter berbanding 0.45 Riyal seliter iaitu peningkatan 67 peratus. Harga petrol di Arab Saudi adalah yang termurah di negara Teluk dan terendah di dunia. - AFP sumber

Tentera IRAQ Tawan Semula Ramadi

RAMADI 28 Dis. - Tentera Iraq mencatat kejayaan terbesar dalam memerangi kumpulan militan Negara Islam (IS) sejak melancarkan operasi tersebut tahun lepas apabila berjaya mengundurkan kumpulan militan tersebut dari kubu terkuat di Ramadi, bandar kedua terbesar di negara ini, semalam. Menurut jurucakap pasukan keselamatan Iraq, Sabah al-Nukman, semua anggota IS telah berundur dan pihaknya berjaya menawan kembali bandar yang terletak di wilayah Anbar itu.

Bagaimanapun, Sabah berkata, pasukan keselamatan antikeganasan masih tidak boleh memasuki beberapa kawasan berdekatan kompleks kerajaan di sini ekoran anggota IS menempatkan bahan letupan sebelum berundur. “Anggota IS sudah berundur. Tiada lagi tentangan. Operasi ini hampir diselesaikan,’’ katanya.

Pertempuran sejak dua hari lalu tertumpu di sekitar kompleks kerajaan yang mana kejayaan dicapai apabila kompleks itu berjaya ditawan semula. Menurut sumber perubatan, sebanyak 93 anggota keselamatan mengalami kecederaan dan lima terkorban dalam pertempuran tersebut. Penduduk Iraq mengibarkan bendera negara ini bagi meraikan kemenangan selepas berjaya menawan bandar Ramadi termasuk di beberapa bandar di Baghdad dan Karbala. Speaker Parlimen, Salim al-Juburi dalam satu kenyataan mengucapkan tahniah kepada ‘wira pasukan keselamatan Iraq dengan kemenangan besar ini sekali gus membebaskan bandar Ramadi daripada keganasan’.

Tentera bersekutu yang diketuai Amerika Syarikat (AS) yang terlibat dalam memberi sokongan kepada pasukan tentera Iraq turut mengucapkan tahniah atas kejayaan merampas kembali selepas bandar itu ditawan oleh IS pada Mei lalu. “Kejayaan ini adalah hasil kerja kuat beberapa pasukan termasuk tentera Iraq, pasukan keselamatan antikeganasan dan Tentera Udara Iraq, pasukan polis tempatan serta dibantu oleh lebih 600 serangan udara sejak Julai lalu,” ujar jurucakap Kolonel Steve Warren. – AFP sumber

INDIA - Muslim Bertambah, Hindu Menurun

Jumlah warga India penganut agama Hindu mengalami penurunan, sementara penganut Muslim terus bertambah.

Jumlah emeluk Hindu turun di bawah angka 80 peratus dariada populasi. Ini adalah pertama kalinya jumlah mereka menurun sejak proklamasi kemerdekaan India.

Melalui data sensus, yang dikeluarkan Rabu (26/8) oleh Kementerian Dalam Negeri India,  jumlah penganut Hindu hanya 79.8 peratus daripada 1.2 billion orang di negara itu pada 2011.

Satu dekad sebelumnya, jumlah tersebut masih berkisar di angka 80.5 peratus. Muslim, kelompok minoriti terbesar di India, kini mencapai 14.2 peratus populasi dari negara tersebut. Angka ini naik dari 13.4 peratus pada tahun 2001.

Sementara itu pemeluk Kristian hanya berkisar di 2.3 persatus, sedangkan populasi Sikh jatuh ke 1.7 peratus dari 1.9 peratus.

Sakshi Maharaj, seorang imam Hindu yang kini menjadi ahli politik, menyebabkan kegemparan awal tahun ini ketika ia mengatakan wanita Hindu hendaklah melahirkan empat anak untuk memastikan agama mereka akan bertahan.(ts/rn) sumber

Serangan RUSIA Lebih Daksyat daripada Basyar dan ISIS

Rusia mendakwa bahawa kempen serangan udara yang mereka lakukan di Syria adalah untuk melemahkan ISIS. Namun, fakta menyatakan hal sebaliknya. Warga awam menjadi korban utama kebrutalan Rusia, yang menjadikan Syria sebagai tempat latihan militernya, seperti dikatakan Presiden Vladimir Putin.

Korban awamkembali berjatuhan dalam serangan udara Rusia yang dilakukan di Idlib, Ahad (20/12/2015). Sekitar 70 warga Syria terbunuh sementara puluhan lainnya cedera setelah jet tempur yang dipercayai milik Rusia dan rejim Bashar al-Assad mengebom wilayah tersebut.

“Kami tak pernah dibom seperti ini sebelumnya,” ujar Issa Khaled, warga Ghouta, pinggiran Aleppo, kepada The Guardian sehari pasca serangan, seperti dikutip dari Business Insider.

“Langit di atas kami sama seperti Hiroshima,” tambahnya, merujuk pada peristiwa bom atom yang dijatuhkan Amerika Syarikat di kota Hiroshima pada Perang Dunia II, yang mengorbankan lebih dari 100 ribu warga Jepun. “Selalu ada awan yang tampak seperti jamur (asap hitam yang timbul usai roket menghentam sasaran) ke manapun kami melihat. Kerosakan yang terjadi sangat teruk.”

Rusia menjadikan penembakan jatuh jet tempurnya oleh Turki sebagai alasan untuk meningkatkan intensitas serangan di wilayah utara Syria, dekat perbatasan Turki.

Penyerbuan yang dilakukan Rusia di Syria menciptakan “krisis kemanusiaan yang nyata”.

“Kami mengamati bahawa jumlah korban awam telah meningkat secara drastik. Semakin banyak orang yang menjadi korban kerana intensiti serangan jauh lebih besar dari sebelumnya,” kata Rae McGrath, direktur badan amal Mercy Corps untuk wilayah Turki dan Syria Utara, kepada The Washington Post.

“Jet tempur Bashar tak pernah mengebomkami seperti Rusia,” ujar seorang doktor di Idlib kepada The Guardian. “ISIS juga tidak pernah memburu kami seperti ini.”(ts) sumber

Monday, December 28, 2015

Penindasan CHINA Lenyapkan Identiti Warga XINJIANG

Menyebut tentang Xinjiang, pasti ramai tersentuh dengan isu penindasan etnik minoriti Islam Uighur di China yang berlanjutan sejak berpuluh-puluh tahun dahulu berikutan pelaksanaan dasar ketat oleh Beijing.

Menyingkap kembali sejarah singkat tentang etnik Uighur, masyarakat itu merupakan kumpulan etnik asli Turkik yang tinggal di kawasan pergunungan Altay di Asia Tengah kira-kira 4,000 tahun dahulu. Berdasarkan catatan sejarah, Uighur membangun sebagai masyarakat yang maju dan memainkan peranan penting dalam pertukaran budaya di sepanjang Laluan Sutera iaitu rangkaian per­dagangan purba yang menghubungkan rantau Asia, Barat dan Timur. Sebagai hab pertembungan budaya, etnik Uighur memilih Islam sebagai agama pada abad ke-10 selepas Sultan Satuq Bughra Khan menjadi pemimpin pertama dinasti Turkik memeluk agama Islam.

Malah pada abad kelapan dan kesembilan, etnik Uighur berkembang sebagai satu empayar yang mempunyai kuasa dominan di Asia Tengah, sekali gus mengundang rasa cemburu dan iri hati daripada pihak musuh terutamanya daripada China. Kejatuhan empayar Uighur bermula apabila etnik minoriti bangsa Cina, Manchu melancarkan pencerobohan pada 1800-an selain kedatangan fahaman nasionalis dan komunis dari China dan Rusia. Akibatnya, empayar Uighur berpecah ke serata Asia Timur dan Asia Tengah dan kini kebanyakan etnik itu tinggal di tanah air mereka iaitu Wilayah Autonomi Xinjiang di China, sekali gus menjadi kumpulan etnik terbesar di wilayah tersebut.

Walaupun menetap di wilayah autonomi, etnik Uighur disenaraikan antara masyarakat yang ditindas ekoran dasar tidak masuk akal yang dilaksanakan oleh kerajaan terma­suk larangan berpuasa, menghadkan jumlah masjid, mengenakan kawalan yang ketat terhadap sekolah agama, menahan secara rambang, dan mengenakan hukuman terhadap etnik minoriti itu.

Dasar Beijing disifatkan sebagai sengaja mahu menghapuskan aktiviti kebudayaan, keagamaan, dan komersial etnik Uighur secara perlahan-lahan, lebih-lebih lagi melaksanakan polisi penghijrahan dengan menempatkan etnik Han ke wilayah itu bagi memecahkan dominasi masyarakat Islam Uighur. Malah dilaporkan, etnik Han diberi lampu hijau untuk merampas pekerjaan etnik Uighur selain merampas tanah dengan alasan pembangunan semula oleh kerajaan tempatan. Penghijrahan secara beramai-ramai etnik Han ke Xinjiang menyebabkan kira-kira 15 juta etnik Uighur di wilayah itu menjadi masyarakat minoriti di tanah asal mereka selain menghakis sedikit demi sedikit identiti sebuah masyarakat yang pernah berkuasa di Asia Tengah.

Selepas insiden serangan 11 September 2001 di Amerika Syarikat, kerajaan China mengambil kesempatan melabelkan etnik Uighur sebagai kumpulan pengganas yang mempunyai hubungan dengan militan al-Qaeda dan me­nuduh masyarakat itu menerima latihan di Afghanistan untuk me­lancarkan serangan di China. Namun tiada bukti kukuh yang menunjukkan etnik Uighur terlibat dalam aktiviti keganasan.

Berdasarkan statistik, konflik antara etnik Uighur dan kerajaan China sejak 1960-an meragut kira-kira 800 nyawa, tetapi angka itu dipercayai lebih tinggi kerana Beijing melaksanakan penapisan be­rita berkaitan isu di wilayah itu. Tragedi paling besar berlaku pada 2009 apabila hampir 200 orang terbunuh, kebanyakannya etnik Uighur selepas rusuhan agama tercetus di Urumqi antara masyarakat Islam tersebut dengan etnik Han. Malah pada zaman teknologi maklumat pada hari ini, laporan perkembangan situasi umat Islam Uighur sukar didapati di Internet disebabkan kawalan ketat kerajaan China terhadap penyebaran berita. Selain mengetatkan undang-undang, kerajaan China turut menyasarkan identiti etnik Uighur dengan memusnahkan kawasan penempatan tradisional di bandar terkenal Laluan Sutera, Kashgar.

Projek Hak Asasi Uighur (UHRP) yang membela nasib etnik mino­riti itu melaporkan, tindakan memusnahkan kawasan bersejarah tersebut merupakan sebahagian pelan pihak berkuasa China untuk memindahkan hampir sejuta penduduk Islam Uighur di barat laut Xinjiang dan memberi laluan kepada penghijrahan etnik Han. Projek itu memusnahkan tapak warisan dunia dan kebudayaan bersejarah memandangkan bandar Kashgar pernah dikenali sebagai satu daripada bandar tradisional Islam paling terpelihara di dunia.

Walaupun Uighur masih majo­riti di Kashgar, wujud kebimbangan bandar itu mungkin menerima nasib seperti Urumqi yang didominasi kira-kira 75 peratus etnik Han berdasarkan bancian pada tahun 2000 berbanding hanya 20 peratus pada tahun 1949. Situasi di Xinjiang pada hari ini diibaratkan seperti bom jangka kerana rusuhan kaum dan keganasan terbaharu boleh tercetus pada bila-bila masa selagi kerajaan China terus mengamalkan dasar penindasan terhadap etnik Uighur. -  sumber

SYRIA - 32 Maut dalam Serangan Bom di Homs

BEIRUT: Sekurang-kurangnya 32 maut manakala 90 lagi cedera dalam dua letupan bom di bandar Homs, tengah Syria hari ini, lapor kumpulan pemantau hak asasi Syria.

 "Letupan pertama dari sebuah kereta manakala satu lagi oleh pengebom nekad berlaku di Daerah Zahra di tengah Homs," kata kumpulan yang berpangkalan di Britain itu.

 Ia adalah serangan kedua terbesar di bandar itu sejak gencatan senjata antara pihak bertelagah di kawasan itu awal bulan ini. - REUTERS sumber

MESIR - Hakim Kanan Maut dalam Letupan

KAHERAH: Kerajaan Mesir mengesahkan satu letupan yang berlaku di bandar berkembar Kaherah, Giza, mengorbankan tiga orang, termasuk seorang hakim kanan manakala 11 lagi cedera.

Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataannya berkata, letupan berlaku di kawasan kejiranan Giza Faisal itu dipercayai akibat kebocoran gas, bukannya disebabkan serangan pengganas.

Kenyataan itu juga menyebut, hakim berkenaan kebetulan melalui kawasan sekitar bangunan ketika letupan berlaku. - AFP  sumber

Ternyata Nabi Isa Tidak Lahir pada Musim Dingin

Da'i kenamaan Timur Tengah asal Arab Saudi, Sheikh Muhammad ‘Uraifi, menyatakan bahawa Nabi Isa Alaihi Salam dilahirkan oleh Maryam pada musim panas, bukan musim dingin seperti yang diyakini dan diperingati oleh umat Kristian.

Dalam khutbahnya pada hari Jumaat (09/10) lalu, Sheikh Muhammad ‘Uraifi mengatakan, “Al-Quran dan Alkitab telah membuktikan bahawa peringatan yang dilakukan oleh umat Kristian saat ini pada akhir bulan Disember ataupun di awal bulan Januari salah.

Sheikh Muhammad ‘Uraifi melanjutkan, “Dalam Al Qur’an Allah Subhanahu Wata’ala telah memerintahkan Maryam untuk menggoncangkan pohon kurma agar buah yang sudah matang jatuh. Ini jelas menunjukkan bahwa Maryam melahirkan Nabi Isa di musim panas, kerana kurma tidak berbuah kecuali pada musim tersebut.”

“Adapun Bible juga membenarkan Al Qur’an dengan mengatakan bahawa ketika orang-orang menyedari kelahiran Nabi Isa, para petani pergi bermalam di ladang-ladang gandum mereka. Dan gandum tumbuh di musim panas bukannya musim dingin,” lanjut Sheikh Muhammad ‘Uraifi dalam khutbahnya.

Sheikh Muhammad ‘Uraifi lahir pada tahun 1970 dan kini mengajar sebagai dosen di King Saud University. (Rassd/Ram) sumber

Rupa Jesus Ternyata Tidak Sama Rupa Orang Eropah

yesus

Pakar forensik Britain, Richard Neave, merekonstruksi wajah Jesus Kristus berdasarkan penemuan belulang di Israel serta keterangan dalam Bible. Hasilnya, sosok panutan umat Kristian itu tidak berwajah kaukasian, serta tidak berambut perang dan lurus seperti lukisan yang banyak dihasilkan gereja.

Usaha Neave dengan teknologi forensik, wajah Jesus sebenarnya lebar, mata hitam, rambut keriting, serta kulit muka cenderung gelap. Sosok ini menyerupai warga Yahudi kebanyakan yang tinggal di kawasan Galilea di Palesti.

The Daily Mail melaporkan, Selasa (15/12), Neave mengaku meragui gambaran fizikal Jesus selama ini yang lebih mirip orang Eropah. Sejarahwan menyatakan potret Jesus versi gereja masa kini didasarkan pada interpretasi seniman era Renaissans dari Itali, dan tidak melalui usaha pembuatan sketsa secara ilmiah.

pakar-forensik-mengklaim-punya-sketsa-wajah-yesus-paling-dekati-asli

Sejarawan membuktikan fizikal Jesus baru pada abad ke-6 mula digambarkan memiliki janggot di lukisan-lukisan Kekaisaran Bizantium.

Neave, mantan guru besar ilmu forensik Universiti Manchester, kemudian menggunakan metod antropologi forensik. Tulang belulang tiga pria semit di kawasan Israel dipindai dengan sinar X, lantas hasilnya dibandingkan dengan penjelasan dalam ayat-ayat Injil Matius, yang paling detail menggambarkan soal wajah Jesus ketika berada di Taman Getsemani.

“Saya meyakini, rupa Jesus yang asli tidak jauh beza dengan orang Yahudi kebanyakan yang hidup sezaman dengannya,” kata Neave.

barat
Gambaran wajah Jesus ala Barat

Neave pun berpandangan bahawa Jesus tidak mungkin berambut panjang. Merujuk pernyataan Paulus dalam Injil, lelaki berambut panjang dikecam oleh Jesus sendiri.

Hanya saja, potret Neave tetap tidak didasarkan bukti autentik kerana jasad Kristus sampai sekarang belum pernah ditemukan. Berdasarkan kepercayaan Kristian, Jesus naik ke syurga. Kendati begitu, metod yang dipakai Neave sudah biasa dilakukan untuk mencari pelaku jenayah, serta didakwa cukup akurat.(ts) sumber

Thursday, December 24, 2015

INDIA - Isu Muslim Dibunuh kerana Makan Daging Lembu

LUCKNOW: Polis India hari ini secara rasmi mendakwa 15 suspek yang terbabit dalam pembunuhan seorang lelaki Islam yang didakwa memakan daging lembu akhir September lalu, kes yang mencetuskan bantahan berkaitan toleransi agama.



Dalam kejadian itu, mangsa Mohammad Akhlaq, 50, diseret dari rumahnya di perkampungan Bisada di Uttar Pradesh dan dipukul hingga mati oleh kira-kira 100 orang susulan khabar angin dia memakan daging lembu, pantang larang di negara majoriti Hindu itu.

Ketua Pengarah Polis di Uttar Pradesh, Daljeet Chaudhary, berkata pihaknya memfailkan kertas tuduhan ke atas 15 individu. "Ia adalah kes pembunuhan," katanya sambil menambah antara yang didakwa adalah juvana berusia 17 tahun.

Kes itu menimbulkan kebimbangan bahawa sikap tiada toleransi agama mungkin meningkat di bawah pemerintahan kerajaan sayap kanan Parti Bharatiya Janata pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi. Ketika Modi menggambarkan insiden pembunuhan itu sebagai 'malang', ramai menuding pemimpin itu mengambil masa sehingga beberapa minggu untuk memberi maklum balas.  sumber

Buku Donald Trump Diboikot di SAUDI

donald-trump-jon-stewart
Pernyataan mahupun tingkahlaku Donald Trump hampir selalu memancing kontroversi. Apalagi saat dia menyatakan akan menutup pintu Amerika Syarikat kepada para muslim. Banyak kalangan memprotesnya, bahkan masyarakat AS sendiri.

Kini, giliran jaringan toko buku retail yang berpusat Arab Saudi, Jarir Bookstore yang mengambil tindakan. Dilaporkan Reuters, toko buku itu telah menurunkan semua karya yang ditulis salah seorang calon presiden AS itu.

Pengumuman itu disampaikan pada Selasa (22/12), sebagai sebahausaha gian melawan keinginan Trump. Jarir, yang merupakan bahagian dari retailer terbesar Arab Saudi, mengumumkannya melalui media sosial Twitter. Tindakan itu merupakan respons terhadap permintaan boikot dari salah satu pelanggan toko buku Jarir. sumber

Al-Quran Brimingham Dikatakan Berasal dari MESIR

PARIS 23 Dis. - Manuskrip al-Quran di Universiti Birmingham, England yang dipercayai naskhah tulisan tangan ayat suci umat Islam tertua dunia, dikenal pasti berasal dari sebuah masjid tertua di Mesir. Agensi berita BBC melaporkan, manuskrip yang berusia sekurang-kurang 1,370 tahun itu pernah disimpan di Masjid Amr ibn al-As di Fustat, Mesir. Pakar Sejarah al-Quran Kolej de France, Profesor Francois Deroche berkata, lokasi asal itu dikenal pasti kerana salinan tersebut sepadan dengan manuskrip yang terdapat di Perpustakaan Kebangsaan Perancis, Bibliotheque Nationale de France.

Perkara tersebut turut dipersetujui oleh seorang pengkaji, Alba Fedel yang merupakan individu pertama meneliti keaslian dan kesahihan manuskrip yang dijumpai di Universiti Birmingham terbabit. Manuskrip al-Quran yang berada di Perancis dibawa ke Eropah oleh Asselin de Cherville, yang ber­khidmat sebagai naib konsul di Mesir ketika negara tersebut berada di bawah penguasaan tentera Napoleon Bonaparte pada awal kurun ke-19. Deroche berkata, bekas isteri De Cherville pernah cuba untuk menjual manuskrip tersebut serta beberapa manuskrip kuno Islam yang lain kepada Perpustakaan Britain sekitar tahun 1820-an. Jelasnya, manuskrip al-Quran abad ke-19 itu kemudian dihantar ke Perpustakaan Kebangsaan Kaherah dari Masjid Amr ibn al-As di Fustat, dan ketika dalam perjalanan, beberapa helaian manuskrip telah hilang atau dijual di pasar barangan antik.

Sehinggalah pada sekitar tahun 1920-an, seorang lelaki Iraq, Alphonse Mingana yang merupakan seorang peneroka yang dibiayai oleh keluarga Cadbury membeli manuskrip tersebut dan membawanya ke Birmingham. “Sudah tentu tiada sebarang kesan rasmi tentang penjelajahan tersebut, namun perkara itu sedikit sebanyak menjelaskan kepada kita tentang bagaimana Mingana membawa barangan bernilai dari Fustat,” ujar Deroche.  SUMBER

RUSIA Bangunkan Reaktor Nuklear IRAN

reaktorXnuklir

Iran akan mulai membangun dua unit reaktor nukelar di Iran minggu depan, sesuai dengan penandatangangan kesepakatan di Moscow tahun lalu.

Laporan yang disiarkan oleh pejabat berita Mehr tidak memberi perincian lebih lanjut namun komentar dari Behrouz Kamalvandi, juru bicara dari Organisasi Energi Atom Iran merujuk pada perluasan stesen reaktor nuklear Bushehr, yang direkabentuk dan dibangun oleh Rusia.

Iran saat ini sudah mengoperasikan reaktor nuklear buatan Rusia di Bushehr. Rusia menandatangani perjanjian dengan Iran pada November tahun lalu untuk membangun lapan reaktor lagi di Iran.
 (ts/cnn) sumber

SOMALIA Larang Sambutan Krismas dan Tahun Baru

Pengarah Jeneral Kementerian Agama Somalia Muhamad Khayrow melarang perayaan Krismas dan Tahun Baru. Alasannya: ‘bertentangan dengan budaya Islam.’

Khayrouw mengatakan pasukan keamanan akan membubarkan segala bentuk perhimpunan di ibu kota Mogadishu.

“Semua acara berkaitan dengan perayaan Krismasdan Tahun Baru bertentangan dengan budaya Islam, boleh merasak akidah muslim,” katanya menurut Daily Mail, Rabu (23/12).

Media Uganda New Vision melaporkan, Wakil Ketua Dewan Keagamaan Tertinggi Nur Barud Gurhan menuturkan acara perayaan Natal boleh mengundang serangan dari kelompok militan Islam Asy Syabab.
(ts/merdeka) sumber

200 Awam Terkorban Sepanjang Serangan RUSIA di SYRIA

BEIRUT 23 Dis. – Amnesty International hari ini melaporkan sekurang-kurangnya 200 orang awam terbunuh dalam serangan udara Rusia di Syria sejak tiga bulan lalu. Pengarah Amnesty Asia Barat dan Afrika Utara, Philip Luther dalam satu kenyataan berkata, le­bih 25 serangan dilancarkan oleh Rusia di lima kawasan di Syria antara 30 September hingga 29 November lalu. Namun katanya, kebanyakan serangan yang dilakukan dalam tempoh tersebut menyasarkan kawasan perumahan dan kemudahan perubatan sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan kepada orang awam

Hasil kajian juga menunjukkan kegagalan serius oleh Rusia untuk menghormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa. “Serangan seperti ini sama seperti jenayah perang. Oleh itu, Rusia boleh disiasat secara bebas,” katanya. Kumpulan hak asasi yang beribu pejabat di London itu memberitahu, terdapat bukti yang menunjukkan bahawa pihak berkuasa Rusia mungkin telah berbohong untuk menutup kematian orang awam di sebuah masjid dan hospital dalam satu serangan udara.

“Terdapat juga bukti yang me­nunjukkan penggunaan bom berangkai oleh Rusia yang telah diha­ramkan di peringkat antarabangsa dalam beberapa serangan di kawasan perumahan penduduk orang awam,” katanya. Rusia memulakan serangan udara yang menyasarkan militan Negara Islam (IS) dan kumpulan lain pada 30 September lalu, yang dikatakan atas permintaan Pre­siden, Syria Bashar al-Assad. Moscow telah berkali-kali menafikan pernah menyebabkan kematian orang awam sebaliknya menggambarkan dakwaan tersebut sebagai sebahagian daripada ‘pe­perangan maklumat’.  sumber

Thursday, December 17, 2015

Rekod Dunia Acara Lompat Tali Terlaju

Aksi Cen Xiaolin melakukan lompat tali dalam Kejohanan Lompat

DUBAI 16 Dis. – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dari China dipilih sebagai pelompat tali paling laju di dunia, sekali gus mencatat rekod dunia selepas membuat lompatan sebanyak 108 dalam masa 30 saat, baru-baru ini. Menurut laman web Odditycentral.com, kanak-kanak berkenaan, Cen Xiaolin, dari Giangzhou di selatan China mencatat rekod tersebut ketika menyertai Kejohanan Lompat Tali Antara Sekolah Dunia yang berlangsung di Dubai, baru-baru ini.

Dalam kejohanan tersebut, kumpulan juri tidak dapat mengira bilangan lompatan yang dilakukan oleh Xiaolin menyebabkan mereka terpaksa menonton semula rakaman lompat tali berkenaan dalam gerakan perlahan. Mereka juga terpaksa menonton gerakan perlahan selama lapan kali bagi mengesahkan bilangan sebenar lompatan yang dilakukan kanak-kanak tersebut.

Dalam pusingan kedua, Xiaolin berjaya mencatat rekod terbaharu sebanyak 548 lompatan dalam masa tiga minit. Xiaolin berkata, dia mula mempelajari aktiviti lompatan tali di sekolahnya di Seven Star, yang terletak di pinggir bandar Guangzhou. Pihak sekolah memberi keizinan kepada guru-guru dan murid-murid untuk mengamalkan aktiviti lompat tali dan terlibat secara serius dalam pertandingan tersebut. Kesemua murid-murid di sekolah berkenaan dikehendaki melakukan aktiviti lompat tali selama sejam setengah setiap hari.

Seorang guru gimnasium, Lai Xuanzhi berkata, sebanyak 200 video lompatan tali dianalisis sebelum diperkemaskan dengan gaya ‘lompat separa mencangkung’. Dia juga bertanggungjawab ‘memadankan’ tarian, seni mempertahankan diri tradisional China dan gimnasium ke dalam aktiviti lompat tali bagi membantu murid-muridnya mendapatkan cara melompat yang lebih cepat.  sumber

Ikan Keli Gergasi 120 Kg Dipancing



MANTOVA, Itali 15 Dis. – Seorang lelaki berjaya menangkap seekor ikan keli gergasi seberat 120 kilogram, baru-baru ini, dipercayai ikan keli paling besar pernah ditangkap menggunakan pancing. Yuri El Diablo bergambar bersama ikan keli gergasi yang berjaya ditangkapnya ketika memancing di Sungai Po.

Menurut laman web Mirror.com, lelaki berkenaan, Yuri El Diablo Grisendi berjaya menewaskan ikan tersebut ketika memancing di Sungai Po selepas bertarung selama sejam untuk menaikkan ikan gergasi berkenaan, Lelaki berusia 38 tahun dari Renggio Nell Emilia itu, yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam dunia memancing, mengakui tidak pernah melihat ikan keli sebesar itu sebelum ini.

 “Saya berpengalaman dalam memancing selama 20 tahun lalu namun tidak pernah melihat ikan sebesar ini,” ujarnya yang terlalu teruja selepas berjaya menangkap ikan berkenaan. Grisendi berkata, pengalaman menangkap ikan keli gergasi itu sangat menakjubkan dan dia terpaksa bergelut selama sejam bersendirian di atas bot kecil miliknya sebelum berjaya membawa ikan itu ke darat.

“Walaupun berdepan dengan kepayahan ketika menangkap ikan gergasi ini, tetapi ia memberi kepuasan kepada saya,” ujarnya.  sumber

AS Undurkan Pesawat dari TURKI

Berpuluh pesawat penggempur Amerika Syarikat (AS) yang berpangkalan di Turki bagi menyokong pakatan tentera menentang kumpulan militan Negara Islam (IS) sudah diundurkan dari wilayah itu, kata Pentagon semalam. Jurucakap Pentagon, Laura Seal berkata, namun pesawat dari gabungan menentang IS itu mungkin digunakan secara maksimum di pangkalan udara Incirlik di tenggara Turki pada bulan akan datang.

Pengumuman itu dibuat sehari selepas Setiausaha Pertahanan AS, Ashton Carter melawat Incirlik, dan selepas Presiden Barack Obama memaklumkan bahawa AS akan meningkatkan serangan ke atas kumpulan IS. Sebanyak 12 pesawat F-15 Eagles dan Strike Eagles akan kembali ke pangkalan RAF Lakenheath di England. Jurucakap tentera berkata, penempatan mereka di Turki adalah bersifat sementara.

"Kempen udara kami membabitkan pelbagai pesawat dari lokasi operasi yang berbeza, dan ketibaan serta pelepasan pesawat yang digunakan diambil kira dalam proses perancangan kami," kata Seal. Beliau berkata, 12 pesawat serangan darat A-10 kekal di Incirlik, bersama dengan dron, pesawat F-16 Turki dan pesawat lain dari pakatan yang diketuai AS, yang mengebom sasaran IS di Iraq dan Syria sejak 16 bulan lalu. - AFP  sumber

Nuklear, IRAN Langgar Resolusi PBB

Iran didapati melanggar resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Oktober lalu apabila melancarkan peluru berpandu jarak sederhana yang mampu membawa peledak nuklear. Barisan panel pakar PBB dalam laporan mereka merumuskan bahawa Iran melanggar Resolusi 1929 Majlis Keselamatan dengan melancarkan peluru berpandu Emad pada 10 Oktober lalu, tiga bulan selepas perjanjian nuklear bersejarah antara Teheran dan negara kuasa besar dunia.

 “Berdasarkan analisis dan pe­nemuan kami, panel ini merumuskan pelancaran Emad merupakan satu pelanggaran oleh Iran ke atas perenggan 9 Resolusi 1929 Majlis Keselamatan,’’ menurut laporan yang dibentangkan oleh panel itu minggu lalu yang diperolehi, semalam. Diterima pakai pada 2010, Resolusi 1929 melarang Teheran daripada menjalankan sebarang pelancaran peluru berpandu balistik yang mampu membawa senjata nuklear.

 Berikutan pelancaran itu, Britain, Perancis, Jerman dan Amerika Syarikat (AS) meminta satu jawatankuasa sekatan Majlis Keselamatan PBB supaya menyiasat pelancaran peluru berpandu Emad itu pada 10 Oktober lalu. “Penilaian panel mendapati pelancaran Emad berkeupayaan mencapai jarak kurang daripada 1,000 kilometer dengan muatan sekurang-kurangnya 1,000 kilogram dan Emad dilancarkan menggunakan teknologi peluru berpandu balistik,’’ kata laporan itu. Pakar PBB mendakwa sebuah roket berkemampuan membawa muatan sebanyak 500 kilogram pada jarak sehingga 300 kilometer dan dianggap berkeupayaan membawa peledak nuklear.

Bagaimanapun, Iran menafikan pelancaran peluru berpandu itu bertentangan dengan resolusi PBB dengan Menteri Luarnya, Javad Zarif menyifatkan Emad tidak direkabentuk untuk membawa peledak nuklear. Malah Teheran menegaskan bahawa mereka tidak mempunyai rancangan untuk membangunkan senjata atom. Hasil penemuan panel PBB itu boleh menjurus kepada sekatan dikenakan ke atas Iran, walaupun keputusan tersebut masih memerlukan persetujuan dari Rusia dan China. – AFP  sumber

TURKI Sertai Gabungan 34 Negara Islam

Perdana Menteri Turki Ahmet Davutoglu mengatakan bahawa gabungan negara Islam untuk melawan ISIS dan segala bentuk teror adalah jawapan bagi dunia. Sebuah jawaban tegas bagi mereka yang selalu menganggap Islam adalah agama teror.

“Fakta bahawa negara-negara Islam bersedia untuk berkontribusi untuk memerangi terorisme adalah jawaban terbaik untuk mereka yang mencuba untuk menghubungkan Islam dengan teror,” ucap Davutoglu, seperti disiarkan Sputnik pada Selasa (15/12), dipetik sindonews.

Sementara itu, Davutoglu menyatakan pihaknya mendapat tawaran langsung dari pemerintah Arab Saudi untuk bergabung dalam koalisi tersebut. Tanpa banyak pertimbangan, Turki memutuskan untuk terlibat dalam koalisi tersebut.

“Kami telah menerima undangan untuk pertemuan yang didedikasikan untuk penciptaan koalisi Islam melawan terorisme. Turki siap untuk terlibat di dalamnya,” sambung pemimpin Turki tersebut.
Dirinya menambahkan, pembentukan koalisi tersebut adalah langkah ke arah yang benar.
Setidaknya 34 negara telah memutuskan untuk bergabung dengan koalisi yang baru saja dibentuk oleh Arab Saudi tersebut. sumber

Friday, December 11, 2015

SAUDI Beri Kata Dua kepada Assad

RIYADH: Menteri Luar Arab Saudi, Abdel Al-Jubeir, menggesa Presiden Syria, Bashar al-Assad, meletak jawatan menerusi rundingan atau digulingkan secara paksa, ketika kumpulan pembangkang Syria bertemu di ibu negara itu. Jubeir mengeluarkan kenyataan itu hari ini, ketika pemimpin pembangkang Syria berbincang untuk membentuk perikatan bersatu sebelum rundingan damai yang dicadangkan bersama kerajaan Assad di Vienna. Menteri luar Arab Saudi menambah, beliau berharap pembangkang Syria bersetuju dengan visi sama mengenai Syria dalam pertemuan itu.

Sementara itu, pemimpin kanan pembangkang Syria bersetuju menubuhkan satu badan membabitkan kumpulan politik dan bersenjata bagi mengetuai persediaan rundingan dengan kerajaan Syria. Mereka sudah memilih seorang setiausaha agung dan jurucakap baharu serta membentuk suruhanjaya agung rundingan yang membabitkan 23 ahli. Wakil Perikatan Kebangsaan Syria, Monzer Akbik, berkata beliau berhubung dengan delegasi di Arab Saudi yang menyatakan kumpulan itu mempunyai enam ahli daripada sekutu dalam buangan, enam dari kumpulan pemberontak, lima wakil pembangkang berpangkalan di Damsyik dan lapan individu bebas.

Beliau berkata, satu pasukan rundingan berasingan membabitkan 15 ahli turut dilantik. Penganalisis politik Syria, Marwan Kabalan, berkata sidang dua hari di Riyadh itu amat penting kerana kebanyakan Negara Kerjasama Teluk (GCC) terbabit secara terus atau sebaliknya dalam konflik Syria. Katanya, pembangkang Syria semakin hampir kepada visi politik bersatu untuk hala tuju keamanan di Syria. - AGENSI  sumber

SYRIA - 3 Bom Berani Mati, 12 Maut

BEIRUT: Sekurang-kurangnya 12 maut dan berpuluh lagi mengalami kecederaan akibat tiga serangan bom berani mati di wilayah Hasakeh, Syria pada Khamis, kata pemerhati.

Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata, serangan itu membabitkan bom kereta di tiga lokasi berasingan di Tal Tamr, yang dikuasai angkatan Kurdish dan menjadi sasaran serangan kumpulan Negara Islam (IS). Ketua pemerhati yang berpusat di Britain itu, Rami Abdel Rahman berkata, tidak dapat dipastikan jumlah sebenar orang awam yang terbunuh dan menyatakan bahawa salah satu letupan berlaku di hadapan pos pengawal tempatan.

Sehubungan itu, televisyen tempatan turut melaporkan kejadian berkata, sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dan berpuluh lagi mengalami kecederaan.  sumber

Majlis Ilmu Abu Zulfiqar (Satu Umat)


2 Fosil Dinosour Ditemui di Yunnan, CHINA

Imej merakamkan fosil dinosaur yang dijumpai di Yunan, China,

BEIJING 9 Dis. - Sebahagian penduduk di China gempar apabila sekumpulan pekerja binaan menemukan dua fosil haiwan prasejarah dinosaur berleher panjang yang berukuran 9.14 meter panjang di tapak projek pembinaan jalan raya di Yunan di sini, baru-baru ini. Portal berita Mail Online melaporkan, fosil dinosaur itu dipercayai milik spesies Lufengosaurus magnus dan Lufengosaurus huenei yang hidup kira-kira 180 juta tahun lalu. Fosil tersebut ditemukan pada jarak 500 meter antara satu sama lain ketika sekumpulan pekerja binaan jalan raya membersihkan tanah dan batuan bagi membina lebuh raya baru di kota Lufeng, Yunan.

Beberapa pakar palaeontologi berkata, rangka dinosaur Lufengosaurus magnus ditemukan bersama tulang belakang yang lengkap dan dua kaki belakangnya. Jumlah keseluruhan panjang fo­sil itu secara purata berukuran lima meter panjang, namun para pakar percaya haiwan tersebut mungkin berukuran sembilan meter panjang semasa hidupnya. Namun sayangnya, kepala fosil dinosaur itu hilang akibat hakisan cuaca.

Sementara itu, fosil Lufengosaurus huenei pula dijumpai dalam keadaan kurang sempurna bersama dua tulang kaki serta beberapa bahagian ekor. Pengarah Jabatan Perlindungan Warisan Geologikal, Wang Tao, di Biro Sumber Lufeng Land berkata, sebuah muzium mungkin dibina di kawasan berkenaan bagi memelihara fosil tersebut. Langkah itu bermaksud, projek pembinaan jalan raya yang dirancang sebelum ini mungkin dilencongkan bagi memelihara fosil berkenaan. -  sumber

50 Badan Amal AS Beri Sumbangan kepada Israel

warga-palestina-memprotes-pemukiman-israel-_130115095323-892

Sebuah laporan terbitan akhabr Haaretz pada hari Selasa (08/12) lalu mengungkapkan bahawa organisasi-organisasi amal asal Amerika Syarikat banyak membiayai pembanguan projek pemukiman Zionis Israel di wilayah Palestin.

Ada sekitar 50 badan amal dari Amerika Syarikat yang telah banyak mendanai projek pembangunan pemukiman baru Yahudi di Palestin sebesar US260 juta dolar AS dalam 5 tahun terakhir , tulis Haaretz dalam artikelnya.

Badan-badan amal ini mendapat hak ekslusif dari pemerintah AS untuk tidak membayar biaya apapun, termasuk cukai. sumber

TURKI Gesa Rakyatnya Keluar dari IRAQ

ANKARA 10 Dis. – Kementerian Luar Turki semalam menggesa rakyatnya yang berada di semua wilayah Iraq, selain Kurdistan segera meninggalkan negara itu berikutan peningkatan terhadap risiko keselamatan. Kementerian tersebut turut memberi amaran kepada rakyat Turki supaya tidak membuat perjalanan ke beberapa wilayah di Iraq termasuk Basra, Najaf, Anbar dan Kirkuk.

 “Kami menasihatkan rakyat Turki yang berada di sana yang tidak mempunyai urusan penting supaya meninggalkan wilayah itu secepat mungkin. “Skop amaran perjalanan ke Iraq telah diperluas merangkumi semua wilayah kecuali Dahuk, Arbil dan Sulaymaniyah yang berada di dalam kawasan utara Kurdistan Iraq,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam laman webnya. Ankara mencatatkan peningkatan ancaman yang menjadikan syarikat-syarikat Turki sebagai sasaran termasuk pengisytiharan terhadap keganasan, penculikan dan serangan.

 Kementerian Luar Turki juga menggesa rakyat Turki yang tinggal di kawasan puak Kurdis di Iraq supaya menjauhkan diri dari kawasan-kawasan berlakunya operasi ke atas kumpulan militan Negara Islam (IS) dan mematuhi segala amaran serta panduan yang dikeluarkan oleh pentadbiran puak tersebut. Amaran itu dibuat ketika ke­tegangan semakin meningkat antara Ankara dan kerajaan pusat Baghdad berikutan penempatan sehingga 300 askar Turki di wilayah Iraq yang didakwa Ankara bertujuan melatih tentera Iraq bagi merampas kembali kota Mosul da­ripada kumpulan militan IS. – AFP  sumber

Tuesday, December 8, 2015

IRAQ Beri Amaran kepada Tentera TURKI



BAGHDAD: Iraq hari ini memberi tempoh 48 jam kepada askar Turki untuk keluar selepas memasuki negara itu secara haram atau berdepan dengan semua tindakan yang sepatutnya. Baghdad yang sedang berusaha memelihara kedaulatan negara itu termasuk menerima bantuan asing bagi memerangi Kumpulan Negara Islam (IS) mendakwa askar Turki dengan kereta kebal dan artileri memasuki Iraq tanpa kebenaran.

"Kita memberi tempoh 48 jam kepada askar ini keluar atau Iraq mempunyai hak untuk menggunakan apa saja tindakan yang diperlukan termasuk bantuan dari Majlis Keselamatan," kata Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi. Tentera Turki dilaporkan memasuki Iraq tanpa kelulusan atau pengetahuan kerajaan negara itu.

Turki kini mempunyai pangkalan tenteranya di Wilayah Nineveh untuk melatih tentera sukarelawan Iraq bagi menawan semula Bandar Mosul daripada IS yang mengambil alih sejak Jun 2014. Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu pula sebaliknya berkata, tenteranya yang berada di Iraq bukannya satu penempatan kem baharu. "Ia lebih kepada mewujudkan kemudahan latihan untuk membantu tentera sukarelawan untuk melawan pengganas," katanya. - AFP  sumber

Guna Kayu Api Ganti Petrol dan Diesel

Antara pemandu di Ukraine yang mengubahsuai kenderaan mereka untuk

KIEV 6 Dis. - Harga minyak yang tidak menentu di serata dunia mendorong sekumpulan pemandu di Ukraine mencari alternatif dengan menggunakan kayu sebagai sumber kuasa menggerakkan ken­deraan mereka, sekali gus tidak bergantung lagi kepada petrol atau diesel sebagai sumber bahan api.

Menurut laporan Oddity Central, jumlah pemandu di Ukraine yang mengubah kenderaan mereka semakin meningkat walaupun teknologi itu bukan sesuatu yang baharu kerana pernah digunakan secara meluas semasa Perang Dunia Pertama. Sebagai contoh, Eugene Chernigov, 36, sanggup menukarkan kereta model Opel miliknya menjadi kenderaan yang menggunakan kuasa pembakaran kayu api sejak tahun lalu. Bekerja sebagai guru matematik, Chernigov mempelajari kaedah terbabit menerusi Internet dan menghabiskan masa selama dua bulan untuk membaca topik bagi memahami teknologi yang pernah digunakan pada tahun 1939 itu. Menurutnya, tugas untuk membina sistem minyak alternatif me­rupakan perkara mudah sekiranya konsep teknologi itu difahami.

“Saya menyambungkan alat pembakar kayu api dengan bahagian enjin dan gas yang terhasil daripada pembakaran kayu api akan terkumpul dalam bekas besi yang diletakkan di belakang kereta. “Gas yang terkumpul itu menjadi bahan api alternatif dan mampu bergerak sejauh 100 kilometer bagi pembakaran kayu seberat 18 kilogram,” katanya.

Selain kayu api, Chernigov turut menggunakan botol plastik untuk dibakar dan menyifatkan teknologi terbabit sebagai menjimatkan serta mesra alam kerana hanya mengeluarkan wap air dan karbon dioksida berbanding asap tercemar yang dikeluarkan oleh kenderaan yang menggunakan petrol atau diesel. Idea Chernigov dan beberapa pemandu lain mendapat perhatian media, sekali gus mendorong lebih ramai orang mengubah kenderaan mereka menggunakan kaedah yang sama bagi menjimatkan minyak. Namun Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Ukraine menyatakan penggunaan sistem tenaga yang tidak berdaftar merupakan satu kesalahan dan kaedah terbabit masih lagi dikaji supaya keselamatan orang ramai terjamin.sumber

Grafiti di Wilayah Termiskin di Gaza, Jom Tengok

Berada di tepi Laut Mediteranian, Mukhayyam Assyathi yang berada di sebelah barat barat kota Gaza yang dahulunya dikenal sebagai wilayah termiskin di Jalur Gaza kini berubah cantik ditangan sejumlah seniman dan pelukis grafiti.

Grafitti Gaza

Grafitti Gaza 1

Grafitti Gaza 2

Grafitti Gaza 7

Grafitti Gaza 4

Grafitti Gaza 6

Grafitti Gaza 3

Grafitti Gaza 8

Grafitti Gaza 5

sumber

Thursday, December 3, 2015

Ratusan Kesan Tapak Dinosaur di SCOTLAND?

EDINBURGH 2 Dis. – Ratusan kesan tapak kaki dinosaur pelbagai jenis termasuk haiwan gergasi Sauropod yang mempunyai ukuran panjang hampir 15 meter ditemukan di Pulau Skye, Scotland, baru-baru ini. Penemuan itu dapat membantu kajian saintis dalam membuktikan dinosaur pernah hidup di Scotland lebih 170 juta tahun lalu. Lokasi penemuan itu digelar sebagai ‘disko dinosaur’ oleh penyelidik kerana penemuan pelbagai jenis tapak kaki haiwan prasejarah dengan beberapa jejak berkenaan dilaporkan berukuran diameter sehingga 70 sentimeter. Bagaimanapun, saintis tidak mahu mendedahkan lokasi sebenar penemuan berkenaan yang merupakan lokasi tapak kaki dinosaur terbesar pernah ditemukan di negara ini bagi mengelak kunjungan orang ramai yang boleh menjejaskan tempat tersebut.

Mail Online melaporkan, pe­nemuan oleh pasukan dari Universiti Edinburgh itu dibuat semasa kerjasama lapangan dengan Muzium Staffin di Pulau Skye serta beberapa institusi Scotland lain. Ketua kajian itu, Dr. Steve Brusatte dari Universiti Edinburgh berkata, jejak baharu itu merupakan satu daripada penemuan luar biasa di Scotland. “Terlalu banyak jejak yang melintasi antara satu sama lain di celah-celah batu,’’ kata Brusatte. Penemuan itu membantu saintis dalam penyelidikan evolusi haiwan-haiwan besar, haiwan berleher panjang serta dinosaur yang diandaikan menghabiskan lebih banyak masa di pantai berbanding tanggapan sebelum ini.

Menurut saintis, mereka mengesan jejak Sauropod, haiwan prasejarah pemakan tumbuh-tumbuhan di dalam lapisan batu ketika air cetek di lagun air masin. Bagaimanapun, saintis tidak pasti jenis sebenar dinosaur di Pulau Skye, namun mengetahui haiwan berkenaan boleh membesar sehingga 15 meter panjang dan mempunyai berat lebih 10 tan.  sumber

PALESTIN Giat Kuasai Bahasa Ibrani

bahasa Ibrani

Tidak mhau kalah dari Zionis Israel, gerakan pejuang Islam Palestina “Hamas” di Jalur Gaza melancarkan kempen belajar bahasa Ibrani, sebagai cara untuk mengenali musuh dan mengalahkannya.

Seperti disiarkan koresponden Rassd dalam laporannya hari Khamis (26/11) lalu menyatakan bahawa trend belajar dan menguasai bahasa Ibrani tidak hanya meluas di kalangan pelajar sahaja, akan tetapi sampai kepada peneliti dan penganalisis urusan Zionis Israel, pengajar, media, professional dalam berbagai-bagai bidang, serta kalangan pejuang Palestin.

Tidak hanya menjamur di lembaga swasta, di tingkat kampus dan perguruan tinggi di Gaza sudah mulai memasukkan bahasa Ibrani dalam mata pelajaran di kurikulum baru tahun ajaran 2015/2016 berlangsung.
Perlu diketahui bahwa Briged Izuddin Al Qassam menerapkan syarat khusus menguasai bahasa Ibrani bagi mereka yang akan masuk elit khusus pelaksanaan operasi militer terhadap tentera Zionis Israel. (Rassd/Ram) sumber