Menteri Pertahanan Sergei Shoigu membenarkan adanya pengiriman
batalion polis militer Rusia ke Aleppo, Syria, pasca berakhirnya
proses evakuasi orang awam dan mujahidin Syria pada hari Khamis (23/12).
Menteri Pertahanan Sergei Shoigu menjelaskan bahawa polis militer Rusia akan
bertugas membantu tentara rejim Syiah Assad mengawal keamanan
lingkungan timur kota Aleppo pasca ditinggalkan oleh kelompok mujahidin.
Menurut Interfax dari pegawai Kementerian
Pertahanan mengatakan bahawa batalion polis militer dikirim dari
pangkalan militer Humaimam untuk membantu polis setempat memberikankawalanbagi para tentera rezim, pasukan pencegah jerangkap samar, serta
petugas medik dan kemanusiaan di wilayah tersebut.
Sebelumnya 2 batalion pasukan khas yang beroperasi di Republik
Chechnya di kirim ke Syria sejak dua minggu lalu. Dan diperkirakan
sekitar 1,600 polisi militer akan ditempatkan di Syria berkerjasama
dengan rejim Syiah Assad.
Sementara itu dalam keterangan berlainan Direktur Biro Al Jazeera di
Moskow mengatakan bahawa pasukan khusus yang dikirim Rusia ke Syria
memiliki pengalaman militer tinggi, di mana mereka pernah terlibat dalam
perang di Chechnya, serta memiliki pengalaman dalam memerangi terorisme.
Perlu diketahui bahwa Rusia telah menerjunkan unit elit dari pasukan
khususnya dalam perang perebutan lingkungan timur Aleppo.
(Aljazeera/Ram) sumber
Sunday, December 25, 2016
Transkrip Penjelasan Isu Syria oleh Presiden Parti Islam

MEDIA: Tentang kejadian di Aleppo itu macam mana?
PRESIDEN PAS: Bismillahirrahmanirrahim. Yang pertama kita perlu baca politik Aleppo ini kepada kedudukan Syria daripada awal. Perlu difahami Syria ialah negara yang termasuk dalam perjanjian Sykes-Picot, antara British, Perancis dan Russia, selepas kejatuhan Uthmaniyyah, Syria dengan Lebanon termasuk di dalam bahagian Perancis. Maka polisi dan politik Syria berlainan dengan Jordan, Iraq, negeri di bawah pembahagian British.
Yang kedua, Syria bersempadan dengan Israel, sangat rapat dengan strategi keselamatan Israel. Apa yang berlaku di Syria adalah strategi keselamatan Israel yang diatur oleh Barat. Ini mesti kita faham, bukan bumi Syria itu, tanpa mengira siapa yang memerintah Syria, yang penting kepada kuasa-kuasa Barat ialah keselamatan Israel, ini mesti kena faham.
Selepas berlaku kejatuhan Shah di Iran, kumpulan Islam Syiah memerintah Iran. Mereka mengisytiharkan putus hubungan diplomatik dengan Israel, mengisytiharkan Israel sebuah negara haram, yang pertama. Lalu, Barat menggunakan Saddam Hussein untuk menyerang Iran, semua negeri Arab menyerang Iran di masa itu, kecuali Syria, Yaman, Sudan, Algeria, Libya tidak menyokong serangan ke atas. Libya tak, Libya lain tak menyokong serangan Iraq ke atas Iran di masa itu.
Yang ketiga, Hafez al-Assad, Parti Ba'ath, Saddam Hussein Parti Ba'ath, dua ini ada krisis, krisis dalam parti Ba'ath, dan tidak bersama. Bila Syria tidak bersama dengan Iraq dalam Perang Teluk yang pertama, Iran dikepung oleh semua negeri di bawah pengaruh Barat. Maka Iran mengambil kesempatan mengadakan hubungan dengan Syria, hubungan dengan Syria. Hafez al-Assad yang walaupun kalangan (Syiah) Alawi, (Syiah) Alawi dalam 10 peratus ataupun 20 peratus sahaja, 80 peratus adalah Sunni di Syria, ini perlu dia sedar. Walaupun Barat mengatur supaya Hafez al-Assad menguasai Syria, tapi dalam masa yang sama mereka mesti meraikan 80 peratus Sunni di Syria.
Dalam masa yang sama, Hafez al-Assad mengadakan hubungan dengan Iran. Iran mengambil peluang, Syria menjadi pintu untuk keluar ke dunia lain dalam Perang Teluk yang pertama, ini kita kena faham. Dalam masa yang sama, Syria termasuk kalangan negeri yang menolak perjanjian Madrid dan Oslo yang mengiktiraf Israel. Mereka menolak penyelesaian dua negara Palestin, satu untuk Yahudi dan satu untuk Israel.
Sama dengan Yaman, Sudan, Libya, Iraq juga sama, termasuk Algeria. Negara-negara ini dianggap sebagai ancaman kepada Israel. Maka menjadi sasaran kepada Arab Spring, Arab Spring, jadi sasaran semua negara ini. Mesir juga jadi sasaran kerana Mesir, kedudukan Terusan Suez yang menjadi penghubung kepada laluan dunia Barat, bekalan tenaga minyak petroleum daripada negeri Teluk. Mesir juga menjadi perhatian mereka dalam masa yang sama, pengaruh Islam juga kuat di Mesir.
Maka Arab Spring dijadikan satu cara untuk membentuk peta baru Asia Barat, peta baru Asia Barat yang dirangka oleh Barat, demi keselamatan Israel. Kita melihat, semua negeri Arab Spring ini kumpulan Islam gagal walaupun kumpulan Islam yang paling ramai turun ke padang, Arab Spring, kerana dicaturkan oleh Barat untuk menyelamatkan Israel.
Syria yang mengambil kesempatan daripada strategi kedudukan dia, dengan hubungan yang rapat dengan Iran, dalam masa yang sama membenarkan semua kumpulan Palestin yang dianggap ekstrem, Hamas, Tanzim al-Jihad, kumpulan ...., dan lain-lain, berpangkalan di Syria. Dan Iran membantu kumpulan-kumpulan ini melalui Syria, melalui Syria.
Dan Iran telah mencapai kemajuan teknologi yang tinggi dalam membantu Gaza dan Selatan Lubnan. Menggagalkan serangan Israel ke atas Gaza dan Lubnan sebanyak dua kali, gagal, senjata Amerika tidak berkesan. Mereka mengetahui bahawa bantuan senjata ialah melalui Yaman dan Sudan, serta Syria. Yaman dengan Sudan pangkalan yang jauh. Kita jangan lupa, Israel pernah menyerang Sudan, 'Port' Sudan, dalam masa yang sama juga Israel menyerang Syria. Syria dianggap paling bahaya kerana di situ pangkalan, ada kumpulan Palestin yang tidak mengiktiraf Israel, mereka perlu dikacau.
Beberapa tahun yang lalu, beberapa media Barat telah menyiarkan artikel, termasuk Al Jazeera, penglibatan Arab Saudi dan Barat menghantar Daesh, menghantar kumpulan pelampau yang ditugaskan oleh Amerika di Afghanistan. Yang balik ke negeri masing-masing ditahan, dihantar ke situ, tujuan untuk mencetuskan kekacaun di Syria dianggap sebagai pangkalan di atas nama untuk menentang kezaliman Hafez al-Assad.
Mereka yang bersemangat ini pergi ke sana berperang untuk menentang Hafez al-Assad kerana dia (Syiah) Alawi. Mereka lupa bahawa di sini mereka telah digunakan untuk mencetuskan kekacauan di Syria.
Dalam hal ini kita melihat, ulama-ulama Syria sendiri berbelah bahagi, contohnya Dr Wahbah al-Zuhaili Al Marhum mengambil sikap diam, (tidak) mengkritik kerajaan Syria, diam, dan tak keluar daripada Syria, Dr Wahbah.
Syeikh Ali As-Sobuni duduk tinggal di Saudi, sebahagian tinggal di Turki. Syeikh Dr Said Ramadan Al-Bouti mengambil sikap bersama Hafez al-Assad. Kita melihat ulama-ulama di Syria pun berbelah bahagi, bagaimana nak menentukan sikap mereka dalam perkara ini.
Dalam hal ini kita mesti faham, apa yang berlaku di Aleppo pada hari ini adalah rantaian daripada semua yang saya sebut tadi. Khususnya tiga hari lepas saya baca dalam media, di Aleppo, Bangsa-Bangsa Bersatu menangguhkan genjatan senjata, minta tangguh genjatan senjata dan minta hantar pengaman. Wakil Syria di Bangsa-Bangsa Bersatu telah mendedahkan dalam sidang media di PBB, sidang sehari. Wakil Syria mendedahkan ada 12 orang agen tentera yang dikepung di situ, dan mereka senaraikan nama-nama, seorang daripada Israel, seorang daripada Amerika, seorang daripada Jordan, seorang daripada Turki, seorang daripada Morocco, seorang daripada Qatar, 6 orang daripada Saudi, yang masih duduk di Aleppo.
Apa makna ini semua? Menandakan betapa campur tangan tentera asing, rakyat menjadi mangsa. Campur tangan semata-mata untuk menyelamatkan Israel. (Agen tentera) Turki itu saya yakin, Turki yang Fethullah Gulen punya, bukan Turki yang Erdogen, yang masih lagi ada dalam tentera Turki. Saya rasa begitulah agaknya.
Dan kita melihat bagaimana Turki sudah mengubah dia punya (pendirian) ke Arab Barat, sekarang ini baik dengan Rusia dan Iran kerana mengetahui percaturan politik yang berlaku di Asia Barat. Ya?
Dato' Seri, apa, yang apa, Dato' Seri pergi hadir ke Tehran baru ini kan? So, ada banyak yang kritik la, kata Dato' Seri pergi tidak tepat pada masanya, satu lagi macam Kesatuan Ulamak, Dr Yusuf Al-Qardhawi sendiri pun kata dia tidak atas, Dato' Seri pergi atas kapasiti peribadi bukan atas (KUIS) itulah.
Saya menjadi ahli Majma' Taqrib yang ditubuhkan tahun 1980, dan saya hadir program tahunan di situ, kecuali saya uzur saya tak pergi, bukan kali pertama saya hadir. Dan saya hadir di situ dengan pandangan saya terhadap perpaduan ulama tanpa mengira Sunni dan Syiah, mereka perlu bersatu. Dan saya kritik Iran, kena baca ucapan saya di Tehran apa ucapan saya. Ucapan saya, saya tidak tunduk kepada mana-mana kerajaan dan pengaruh dengan Barat ataupun Timur, apa yang itu ialah kepentingan Islam, dan bila ada desakan ini, saya dah tulis surat kepada Kesatuan Ulamak Sedunia, bahawa itu pendirian saya. Saya tak terpengaruh dengan dasar Qatar, dengan dasar Saudi, dengan dasar Emirate.
Apa lagi saya terkilan dengan Persidangan Negara Teluk dua minggu yang lalu, disertai oleh Perdana Menteri British. Apa kedudukan Perdana Menteri British? Adakah British ini anggota Negara Teluk? Mengapa hadir dalam sidang ini? Sidang ini membuat resolusi untuk bersama menentang Iran, bukan menentang Israel, (tetapi) menentang Iran, ini apa makna? Ini satu benda yang sangat kacau di Asia Barat.
Apa lagi dengan yang saya sebut dalam perkara yang pertama tadi, dan saya ada pendirian. PAS ada pendirian PAS sendiri. Dalam Perang Teluk yang pertama dulu, tahun 1980, Iraq menyerang Iran, di masa itu PAS bersama dengan Iran dan menyokong Iran. Semua negara Arab kecuali sedikit menyokong Iraq dan beberapa kumpulan Islam menuduh PAS terpengaruh dengan Syiah. Bila Saddam Hussein berpaling tadah menyerang Kuwait, dan negara Arab menjemput Amerika, kita dijemput balik untuk ikut mereka, kita ada pendirian kita, kita adalah Sunni, tidak Syiah. Kita membaca politik antarabangsa bukan politik yang sempit, yang tengok satu masa berlaku itu sahaja, kita baca semua, ini.
Dato' Seri, macam mana dengan kunjungan ke Tehran itu mendapat kecaman Presiden KUIS sendiri, al-Qardhawi, so apa?
Saya dah tulis surat, dan saya bersedia untuk letak jawatan, dan saya pegang jawatan itu bukan saya minta, saya tak minta jawatan, dia lantik saya, saya tak hadir pun muktamar dia, saya bersedia.
Tapi kiranya dia ada berhubung secara peribadi dengan Dato' Seri?
Saya tulis surat, cukup dengan surat saya itu, beliau uzur, beliau uzur, telinga tak dengar, mata tak berapa nampak, saya tak tahu kenyataan dia itu benar ataupun tidak.
Melalui facebook pula itu kan?
Saya tak tahu, tak tahu, beliau uzur. Beliau uzur, dan telinganya tak dengar, dan guna alat pun payah, dan mata pun tak nampak, saya tak tahu adakah daripada beliau (atau) daripada orang lain.
Surat itu dihantar bila ya? Ya Dato' Seri, surat itu dihantar bila ya?
Surat saya? Surat saya 4 hari lepas.
Empat hari lepas, kali terakhir Dato' Seri?
Saya hantar kepada Setiausaha Agung Kesatuan supaya dibaca oleh mereka. Dan setahu saya, seorang sahaja yang tulis surat supaya .... saya itu. Yang lain senyap, tak kata apa. Seorang sahaja, duduk di UK, dia ini jadi Rektor kepada Universiti di Ireland, universiti dibiayai oleh Negara Teluk. Barangkali dia bekerja dengan Negara Teluklah, yang ini sahaja, yang lain senyap tak kata apa.
Dato' Seri, mengenai dengan kesihatan al-Qardhawi itu, daripada mana Dato' Seri dimaklumkan yang dia dah berapa lama dia dah tak sihat?
Saya jumpa dia, memang jumpa yang terakhir baru 2, 3 bulan lepas, memang. Dan saya terpaksa menjadi pengerusi mesyuarat, kerana beliau tidak menjadi pengerusi mesyuarat itu. Yang lain pun uzur, tua-tua semua, banyak uzur. Itu
Rasa berat hati tak dengan keputusan untuk meninggalkan KUIS?
Saya mahu supaya Kesatuan Ulamak ada pendirian dia sendiri, tidak dipengaruhi oleh Qatar, dipengaruhi oleh mana-mana negara, kena ada pendirian dia sendiri. Dan saya juga dijemput oleh ulama-ulama Sunni di Iran. Kita kena sedar bahawa 30 peratus rakyat Iran adalah Sunni. 30 peratus adalah Sunni. Berapa juta, daripada 30 peratus itu orang Sunni. Yang hadir muktamar itu banyak sebahagian besarnya adalah ulama-ulama Sunni daripada Iran. Apa kita nak letakkan kedudukan mereka?
Pasal Syria itulah, pasal ada keadaan....
Syria itu perkara, kita boleh tumpu kepada masalah-masalah Palestin, masalah-masalah Palestin, masalah budaya mengkafirkan antara satu sama lain, dan masalah isu minoriti Islam termasuk Rohingnya, itu sahaja. Ya, ya? – HARAKAHDAILY 23/12/2016
Transkrip penjelasan isu Syria oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dalam temubual bersama media pada 23 Disember 2016, di Masjid Rusila, Marang, Terengganu disediakan wartawan Harakah Izwan Abdul Halim.
sumber
Fitnah ke atas Presiden Parti Islam

Serangan kepada Presiden PAS makin menjadi-jadi. Mereka putar belit setiap kenyataan supaya melihat perkara itu salah dan buruk. Jika tak ada isu mereka mereka-reka isu. Kalau dulu cybertropper UMNO yang buat tapi kini diambil alih orang yang kononnya hendak kebaikan tentang Islam. Mengamalkan politik Machiavellian. Hilang dosa pahala sedangkan Islam mengajar kita mencari pahala.

Saturday, December 24, 2016
Bahaya China Komunis
Imam Besar FPI Habib Rizieq Syihab melalui akaun twitternya @syihabrizieq menyoroti tentang “BAHAYA CHINA KOMUNIS”.
“RRC (Repbluik Rakyat China) sudah jajah Ekonomi NKRI (Indoensia) dengan tangan 9 Naganya. Selangkah lagi RRC akan kuasai NKRI & jadikan sebagai sebahagian dari Negara Komunis RRC.”
Berikut isi lengkapnya:
1. RRC kirim tentera sebagai pekerja di TIBET, lalu menguasainya dan menjadikan TIBET sebagai bahagian Negara RRC. #BahayaChinaKomunis
2. RRC pengaruhi ANGOLA untuk Larang Islam dengan dalih tidak sesuai adat istiadat di sana. #BahayaChinaKomunis
3. RRC hapuskan Hutang ZIMBABWE dengan kompensasi mata Wang China YUAN jadi mata wang resmi ZIMBABWE. #BahayaChinaKomunis
4. RRC beri HUTANG BESAR utk Indonesia dengan kompensasi : A. Proyek Vital di Indonesia utk RRC. B. Kontraktor Utama semua proyek harus izin RRC.
5. C. Matrial Utama proyek spt Tiang Pancang dikirim dr RRC, namun disalahgunakan MAFIA RRC utk selundupkan NARKOBA di dlm Tiang Pancang.
6. D. Pekerja Proyek minimal 30% hrs warga RRC. E. Mayoritas Buruh RRC yang dikirim ke Indonesia berperawakan militer. #BahayaChinaKomunis
7. F. Warga RRC di Indonesia diberi HAK MILIK untuk rumah tinggal mahu pun perkebunan. #BahayaChinaKomunis
8. G. Proyek Apartemen di Reklamasi Jkt yg mampu tampung 25-50 juta orang, diiklankan & dijual di RRC, shhg habis terjual dibeli CHINA WNA.
9. H. Penghapusan syarat pribumi utk Presiden dlm UUD 1945, diubah hanya dg syarat WNI, agar peranakan CHINA agen RRC bisa jadi Presiden.
10. I. CHINA peranakan di Indonesia harus didukung jadi Kepala Daerah bahkan Kepala Negara dengan dalih PANCASILA dan BHINNEKA TUNGGAL IKA.
11. J. Sejarah PKI dihapus dari Kurikulum krn ada keterlibatan RRC. Presiden pernah ngotot mau minta maaf kpd PKI, walau akhirnya dibatalkan.
12. K. Dibangun Monumen LASKAR CHINA di TMII utk beri kesan bhw CHINA berjasa dlm perjuangan. Padahal, Laskar POH AN TUI adlh PENGKHIANAT.
13. L. Distorsi sejarah dengan membuat cerita BOHONG bahwa Islam di Indonesia datang dari CHINA dan bahwa Wali Songo adalah keturunan CHINA.
14. M. Kerjasama Pemerintah Indonesia dg PARTAI KOMUNIS CHINA (PKC). Byk Kader Partai Rezim Penguasa dikirim & dididik PKC di Beijing.
15. N. Presiden Jokowi sudah menyerukan agar mata uang China YUAN dijadikan patok ukur nilai rupiah. #BahayaChinaKomunis
16. KESIMPULAN, RRC sdh jajah Ekonomi NKRI dg tangan 9 Naganya. Selangkah lg RRC akan kuasai NKRI & jadikan sbg bagian dr Negara Komunis RRC. (ol/ppy) sumber

RUSIA Bantu Pemberontak di LIBYA
Setelah berhasil mendukung rejim Syiah Bashar al-Assad tetap berkuasa
di Syria, Rusia kembali bergerak di kawasan Dunia Arab dengan
menawarkan bantuan militer kepada pasukan pemberontak Libya yang
dipimpin Mayjen Khalifa Haftar.
Ambisius Vladimir Putin selanjutnya adalah mendukung Mayjen Khalifa Haftar dan menggugat pemerintahan nasional Libya yang telah diakui dunia internasional, termasuk di dukung PBB, tulis Bloomberg dalam laporan terbarunya.
Dalam 2 kali kunjungannya ke ibukota Moscow 6 bulan lalu, Khalifa Haftar telah bertemu dengan Menteri Pertahanan dan Menteri Luar serta kepala Dewan Keamanan Nasional Rusia, dalam rangka bantuan dana dan keahlian militer.
Analisi dari kelompok Eurasia di ibukota London, Riccardo Fabiani, mengatakan, “Semakin lama kita menunggu, semakin besar kemungkinan Mayjen Khalifa Haftar untuk menang. Sudah jelas Haftar mendapat dukungan militer, kewangan dan diplomatik.”
Riccardo Fabiani melanjutkan, “Dengan mendukung Haftar dalam pemberontakan melawan Perdana Menteri Fayez al-Sarraj, Rusia dapat memperkuat perannya di kawasan Dunia Arab, mendapat keuntungan billion dollar dari Libya hasil penjualan senjata serta kontrak lainnya, serta mencetuskan konflik lebih lanjut di Libya.
Perlu diketahui bahwa Rusia telah kehilangan sekitar 4 billion dolar AS dalam bentuk kontrak tenaga dan pengangkutan setelah penggulingan Muammar Gaddafi 2011 lalu. (Rassd/Ram) sumber

Friday, December 23, 2016
SYRIA - Kisah Sebenar Ramadhan Al-Buti
*Nasihat ini telah lama diperkatakan, bahkan orang tidak mahu mendengar. Kesannya yang berpanjangan, Kita terpaksa terima. Apa yang terjadi di Syria sekarang ialah menggunakan nama Islam tetapi untuk ‘menyembelih’ agama ini.
Dr Taufiq Ramadan al-Buti yang merupakan anak ulama terkemuka Syria, As-Syahid Syeikh Ramadan al-Buti menceritakan detik-detik akhir kematian ayahnya di tangan puak radikal.
Pelbagai tuduhan serong ditujukan kepada As-Syahid sehingga beliau dibunuh dan buku-bukunya dibakar. Padahal menurut Taufiq, sikap ayahnya sangat neutral dalam konflik Syria. Tidak cenderung kepada mana-mana pihak lantaran krisis yang melanda Syria.
“Ada agenda besar tersembunyi di sebalik fitnah di Syria,” katanya.
Wartawan portal Indonesia Republika Online, Nashih Nashrullah, berkesempatan berbincang dengan Beliau, sewaktu kunjungannya ke Indonesia menghadiri International Conference of Islamic Scholars (ICIS). Berikut petikan temu bual tersebut:
1. Apakah sebenarnya yang terjadi pada detik-detik akhir menjelang kematian Syeikh Ramadan Al-Buti?
Pada 21 Mac 2013, selepas solat Maghrib, seorang pemuda lingkungan usia 18 tahun datang masuk ke Masjid al-Iman, Damsyik. Dia pada mulanya duduk di belakang dua minit, lalu beranjak mendekati posisi ayah yang sedang menyampaikan kajian tafsir. Jarak antara pemuda dengan posisi beliau duduk kira-kira 6 meter. Lalu pemuda itu meledakkan dirinya. 45 orang jemaah meninggal dunia di tempat kejadian.
Jumlah kematian sebenarnya 53 orang. Letupan itu tidak terlalu memberi kesan teruk kepada ayah, hanya luka ringan di bahagian bibir. Bahan letupan C-4 itu di dalamnya terdapat potongan-potongan material kecil. Letupan itu begitu dahsyat. Dalam keadaan penuh berdarah, Ahmad (anak saya) cuba membantu datuknya tetapi tidak berjaya. Ahmad terjatuh dan akhirnya syahid di hospital.
Melalui telefon, kami mendapat maklumat bahawa ayah hanya luka di bahagian kening dan kaki, tetapi Allah SWT mempunyai rancangannya. Ketika tiba di hospital, saya dimaklumkan bahawa beliau telah meninggal dunia. Saya akhirnya melihat jenazah, perasaan bercampur aduk, seolah tak percaya. Beliau seperti tertidur biasa. Mukanya putih, badannya masih panas, bibirnya merah, saya cium keningnya. Saya bertanya kepada doktor, bagaimana keadaan Ahmad, anak saya? Doktor menjawab dia sudah meninggal dunia.
2. Apakah ada apa-apa petunjuk sebelum peristiwa tragik ini terjadi?
Yang jelas, mereka menyedari Ramadan Al-Buti telah menyingkap keburukan di balik krisis Syria ini dan harus segera diselesaikan. Beberapa bulan sebelum ayah wafat, ketika berada dalam satu pertemuan bersama keluarga, beliau berkata,” Saya bermimpi, wallahu a’lam, apa maknanya, tapi saya berfirasat, ajal telah dekat.” Kejadian keganasan sebenarnya tidak membuatkan kami hairan, kami sudah menjangkakan ini semua bakal terjadi, kami risaukan ayah kami.
Maksud yang tersirat ialah mereka hendak menconteng wajah Islam menggunakan Ramadan Al-Buti. Kali pertama krisis Syria, ketika saya sedang berada di Brunei Darussalam, sebuah bom dijatuhkan di depan rumah kami, selepas itu, sebuah bom pernah dilempar nyaris terkena kereta saya. Jadi ini bukan kali pertama tetapi berulang kali.
Sudah beberapa kali ada pihak menulis ancaman-ancaman dengan kata-kata kasar, menjijikkan di tembok rumah kami. Begitulah mereka. Kerana itu, beliau menyarankan agar tidak pergi ke masjid, meski jarak rumah kami tak terlalu jauh kerana jalan menuju masjid tidak lagi selamat. Beberapa hari kemudian, ayah saya kembali mengumpulkan keluarga, termasuk anak-anak saya.
Beliau meminta agar anak lelakiku, Mahmud yang tengah sakit untuk tidak pergi merakam ceramah rutin beliau di Universiti al-Kuwait, dekat rumah. Namun, permintaan ini tidak didengarinya, Mahmud dan Ahmad tetap pergi merakam episod ke-17 ceramah bertajuk Fi Qadhaya as-Sa’ah ma’a Al-Buti (Isu Semasa Bersama Al-Buti) yang diajar oleh datuknya itu.
Selepas itu, Ahmad meminta izin untuk keluar daripada kesemua ahli keluarga, seakan hendak pergi jauh. Mendekati Maghrib, dia bergegas menuju rumah atukya seolah-olah ada janji. Keduanya lantas solat Maghrib di Masjid al-Iman. Sementara Mahmud tetap berada di rumah.
Selepas solat saya terkejut mendapat berita bahawa berlaku letupan besar di Masjid Al-Iman. Saya bergegas menuju masjid. Kami cuba untuk kekal tenang dan ingin mengetahui apa yang sedang berlaku, meskipun berita itu menggoncang perasaan kami. Kami kemudian bergerak menuju ke hospital bersama keluarga, termasuk isteri Ahmad.
3. Apakah sebenarnya pendirian Syeikh Ramadan dalam isu Syria?
Berkenaan krisis Syria, almarhum ayah memiliki sikap yang berlandaskan kaedah syarak. Bagaimanapun sikap itu tidak bermakna cenderung kepada hanya satu pihak, atau menyokong pihak lainnya, akan tetapi berpegang pada dua perkara :
Pertama - Hukum syariat menentang ulil amri (pemerintah) merujuk hadis dan pendapat ulama berkait dengan masalah ini.
Kedua - Fitnah ini adalah rancangan pihak luar terutama Zionis yang menginginkan pertumpahan darah di Syria dan juga kehancuran dan perpecahan negara ini.
Jelas di hadapan kami, agenda besar memecah-belahkan Syria berdasarkan mazhab dan puak-puak hingga menjadi negara-negara kecil yang saling berseteru. Kami mempunyai bukti. Keadaan ini membuatkan almarhum ayah saya sangat neutral, tidak memuji pemerintah dan tidak pula mencelanya, justeru menjelaskan hukum syaraknya dan memperingatkan kesan daripada fitnah ini.
Anda boleh semak sikap beliau dalam video dokumentari pendek di Youtube dari awal krisis ini bangkit hingga menjelang hari syahidnya dengan tajuk “Wathaiqi Haula Mauqif Al-Allamah Al-Buti min Al-Azmah As-Suriyah.”
Faktanya, ‘serangan’ bertubi-tubi ditujukan kepada beliau dari stesen tv yang berpihak kepada puak yang menyebarkan fitnah dan menggelarnya dengan bermacam-macam gelaran. Padahal begitu jelas, ayah saya tak pernah sehari pun memuji Basyar al-Asad. Tiap kali bertemu Asad, Ramadan Al-Buti menasihatinya secara langsung, tidak menyanjung. Berbeza dengan ulama lainnya yang bermulut manis di depan Asad, lalu mereka menyebarkan fitnah tatkala berada di belakang Presiden itu. Unsur penakutan dan ancaman yang ditujukan kepada ayah saya pun mula timbul.
4. Apakah sebenarnya yang berlaku di Syria?
Konflik di negara kami bukan konflik mazhab dan agama, antara Sunni dan Syiah, atau Muslim dan bukan Muslim.
Ada tiga sasaran utama daripada krisis yang melanda Syria sekarang :
Pertama - Menghancurkan Syria.
Kedua - Menghapuskan umat Islam di Eropah.
Ketiga - Memburukkan dan menconteng wajah Islam di mata dunia, sebagai agama yang menyeramkan sekaligus menakutkan agar mereka menjauhi risalah ini.
Kita ada bukti. Misalnya, perang Syria sekarang hakikatnya tidak melibatkan sesama warga Syria asal sama sekali. Tetapi, konflik ini direncanakan agar melibatkan warga sesama Syria. Kita lihat sekarang IS, tak semuanya orang Syria, begitu juga Jubha el-Nusra, mereka gabungan ‘mujahid’ dari pelbagai negara.
Apakah mereka datang hanya untuk Asad? Tidak.
Mudah saja, jika masalahnya adalah Asad, maka lihatlah apa yang terjadi di Libya. Adakah ketika Gaddafi berjaya digulingkan dan dibunuh, masalah selesai? Tidak! Jadi itulah puncanya. Selain itu, ketika Saddam Husein mati di tali gantung, adakah masalah Iraq selesai? Tidak. Mereka ingin Syria porak poranda kerana negara ini dianggap sukar untuk ditakluki. Syria hingga sekarang tidak mahu menyerahkan kedaulatannya kepada mereka.
5. Apakah ada bukti lain yang menunjukkan krisis Syria ini lebih besar daripada setakat isu dalaman negara?
Sekarang saya tunjukkan bukti lagi. Ramai para ‘mujahid’ yang berasal dari Perancis, Inggeris, ratusan hingga ribuan datang ke Syria bersama dengan isteri mereka bahkan melibatkan media dan beranggapan, bahawa pintu syurga terbuka melalui Syria. Mereka datang bukannya tanpa pengetahuan negara-negara Barat, jelas Barat tahu.
Mustahil pasukan penyiasat mereka tak mampu mengesan gerak-geri para ‘mujahid’ itu. Kita mempunyai rakaman bagaimana aktiviti mereka. Lihat saja, bagaimana seorang ‘mujahid’ membunuh tentera Syria, mengeluarkan jantung lalu memakannya. Apakah maksudnya? Tak lain tak bukan ingin menunjukkan kepada Barat, inilah imej buruk Islam jika kalian memeluk agama ini, pada penghujungnya akan jadi seperti ini. Jadi, apa yang terjadi di Syria sekarang, ialah menggunakan nama Islam tetapi untuk ‘menyembelih’ agama ini.
6. Tetapi mereka melandaskan doktrin mereka dengan agama?
Untuk perkara ini, saya meragui keIslaman mereka. Kalaupun Islam, mereka adalah kalangan yang tidak mengerti hukum-hukum syariat. Islam masuk ke Eropah hanya kulitnya, permukaan saja. Dalam keyakinan para ‘mujahid’ itu, pintu syurga terbuka luas di Syria. Memang tidak semua termakan dengan propaganda negatif Islam itu, 20 peratus mungkin bersikap bijak bahawa aksi teror di Syria ini bukan mewajahkan Islam, tapi 80 peratus tak banyak yang tahu.
Situasi ini jelas turut dimanfaatkan oleh Barat. Inilah tujuan daripada krisis Syria, iaitu menghapuskan umat Islam di Eropah. Biarkan Muslim Eropah berjihad ke Syria, ratusan bahkan ribuan, dan biar mereka meninggal di sana. Ini pula tujuan ketika Barat membiarkan Muslim Eropah berjihad ke Afghanistan dan Iraq. Kita sudah dalam tahap sasaran ini. Barat tak takut dengan Islam di timur, tetapi yang mereka takuti adalah kebangkitan Islam di Barat. Jika mereka takut Islam di Timur pasti mereka akan menghapuskan para ‘mujahid’ sejak diimigrasi.
7. Mengapa sekali lagi IS dan para ‘mujahid’ mendasari doktrin itu dengan agama?
Ideologi radikal dan ekstrem itu tidak berdiri sendiri. Ada senario besar di belakangnya. Saya tak perlu sebut, semua orang tahu. Anda boleh lihat sendiri, mengapakah IS tak memerangi Israel, tetapi berperang dengan saudara sesama Islam? Dan lihatlah bagaimana Jubha el-Nusra boleh mendapatkan logistik bahkan hingga peralatan perang dari Israel? Rudal Hawn berasal dari Israel. Luka el-Nusra juga ternyata diubati di Israel.
Saya rasa, para ‘mujahid’ itu tidak sepenuhnya menyedari senario besar ini. Pemahaman Islam mereka hanya di permukaan. Buktinya, fatwa-fatwa yang mereka keluarkan sangat dangkal dan jauh daripada prinsip Islam, seperti jihad nikah, atau penggunaan dadah. Mereka bersembunyi di balik ayat-ayat perang, padahal jelas Rasulullah SAW tidaklah diutus kecuali menjadi rahmat bagi alam semesta.
IS merosakkan fasiliti umum, memutuskan elektrik, menghancurkan stesen bahan bakar gas, mereka jual murah minyak mentah. Belum lagi cara mereka berselindung di balik masyarakat awam. Salah jika Syria dituding kerana yang menggunakan orang awam sebagai benteng hidup, adalah mereka. Tentera Syria kini mendekati mereka head to head. Inilah bukti bahawa radikalisme dan ekstremisme mereka diangkat daripada doktrin percakapan kosong.
8. Di tengah-tengah kehangatan konflik Syria ini, adakah anda yakin krisis ini akan berakhir?
Dalam konteks Syria, saya tidak melihat secara fizikal. Saya hanya melihat prinsip-prinsip ketuhanan yang agung. Rasulullah SAW dalam hadis sahihnya mengatakan, bahawa Allah SWT akan menjaga Syam dan penduduknya. Kita sangat yakin itu. Syria yang diramal jatuh dalam kiraan minggu atau beberapa bulan, ternyata Alhamdulillah, memasuki tahun kelima, Allah masih melindungi negara kami.
Meskipun demikian, kita tidak menafikan kesalahan adalah berpunca daripada sebahagian kita. Tetapi, yang kita bicarakan adalah persoalan politik dan dinamika yang berkembang. Saya kembalikan lagi kepada bimbingan Allah SWT dalam Al-Quran yang mengatakan “Dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri.” (QS an-Nisaa 4: 79).
Saya yakin, krisis ini akan berakhir di bawah kemenangan Syria. Tetapi marilah kita berdoa agar orang yang melakukan dosa tidak menjadi penghalang kemenangan ini terwujud. Krisis ini adalah ujian dan pendidikan bagi kita.
*****Dr Said Ramadhan Al Buthi telah difitnah dan dicemuh oleh kebanyakan saudara kita yang tidak mendapat maklumat yang jelas mengenai beliau yang dikatakan bersetuju dengan Presiden Syria Assad Basyar.
Sebelum kita menghujum/melontarkan fitnah dan kebencian kepada ulamak. Marilah sama-sama kita menyelidikinya oleh pelajar yang berada di sana apa, dan mengapa di sebalik tindakan beliau. Aku tetap menghormati ijtihad beliau.
> Cuaca politik Syria adalah yang paling susah dalam sejarah kali ini kerana Syria dikuasai oleh golongan kecil syiah nusiriah yang melihat darah ahli sunnah suatu yang halal ditumpahkan.
> Maka Syaikh Said Ramadhan alBouti telah mengambil langkah politik pelik dari ulama lain dengan cara tahalluf siasi bersama syiah nusairiah yang diketuai keluarga al asad untuk menjaga kepentingan ahli sunnah wal jamaah setelah berlaku pembunuhan beramai-ramai di bandar Hamah.
> Dari usaha Syaikh Said Ramadhan al Bouti ini maka telah mencapai beberapa kejayaan di dalam menjaga kepentingan ahli sunnah wal jamaah.
> Di antaranya :
1. Ramai dari kalangan ulama yang dibebaskan dari penjara yang mana mereka adalah pejuang ikhwan dahulu.
2. Kepulangan para ulama yang lari keluar negara ke kampung halaman masing2 seperti Syaikh Abdul Fattah Abu Ghuddah.
3. Kemasukan ulama luar negara ke dalam Syria untuk menyampaikan dakwah seperti Syaikh Yusuf Qaradawi.
Jika seseorang tidak teliti dengan apa yang dilakukan Syaikh al Bouti maka dia akan mengatakan Syaikh alBouti seorang yang munafiq dan telah tersilap didalam melakukan apa yang dia (Dr Bouti) lakukan sekarang. Tapi hakikatnya beliau seorang yang mantiqi tinggi dan perkara yang beliau lakukan jumhur ulama syria menyokongnya.
> Kita tidak akan lihat seorang pun dari kalangan ulama syria (ikhwanji&bebas) mencemuh cara pembawakan beliau kerana mereka tahu peribadi Dr Bouti yg tidak menyalahi sunnah.
> Lihat penduduk kurdi kuat melawan kerajaan asad tetapi mereka tidak mencemuh Dr Bouti, bukan kerana dr Bouti seorang kurdi tapi kerana banyak cara beliau bawakan bersama kerajaan asad membantu kaum kurdi di syria.
> Aku nak bawa satu cerita bagaimana anak Dr. Bouti iaitu Dr taufiq pernah berpesan kepada salah seorang pelajar syria yang ingin pulang ke malaysia semasa revolusi di lakukan dengan berkata:
''APABILA KAMU PULANG KE MALAYSIA KAMU PERTAHANKANLAH BAPAKU KERANA SEBENARNYA DIA BUKAN INGIN BERSENGKOKOL DENGAN KERAJAAN ASAD TAPI INGIN BERJIHAD MEMBANTU AHLI SUNNAH SECARA YANG DIA MAMPU''
Sumber
http://wabillahagro.blogspot.my
MDSB Roboh Resort Jamal
PETALING JAYA: Sebuah resort milik pemimpin baju merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos dirobohkan oleh Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) di Sekinchan pada Khamis.
Menurut notis MDSB, resort itu beroperasi tanpa lesen yang sah di bawah Undang-undang Kecil Hotel (Majlis Perbandaran Sabak Bernam) 2013.
Sementara itu Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar membuat dakwaan di Facebook bahawa kerja-kerja merobohkan premis berkenaan dijalankan atas arahan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.
"Pada waktu pagi mereka ditampal notis (di resort) dan pada waktu petang mereka merobohkannya.
"Ini adalah satu tindakan membalas dendam oleh kerajaan negeri kerana kritikan saya terhadap kepimpinan Azmin," katanya.
Jamal mendakwa bahawa apa yang dilakukannya selama ini adalah untuk kepentingan rakyat Selangor yang mengalami gangguan bekalan air.
Pada Rabu, Jamal mencetuskan kontroversi apabila hadir di hadapan pejabat SUK di Shah Alam dengan hanya bertuala.

sumber
Program Kebajikan Masjid Lama Sura
Program TABARRU' تبرع ( DERMA KEBAJIKAN) makanan asasi telah bermula di Masjid Lama Sura Dungun. Program ini mengikut pihak pengurusan Masjid Lama Kampung Sura dan PAS Cawangan Sura Tengah telah menyediakan almari untuk meletakkan barangan keperluan asas untuk keluarga yang kurang kemampuan.
Manakala kepada dermawan bolehlah penuhkan rak2 di masjid. Kepada sesiapa yg berhajat , fakir miskin di sekitar Kg Sura Tengah ( berdwkatan dengan Masjid) bolehlah dapatkan bahan2 asas.
Ambillah sekadar keperluan anda. Jangan tamak! Sama2 lah kita saling bantu membantu.....jazakumullah kepada semua dermawan.
Beberapa hari lalu saya datang ke sini dan dapati bukan sahaja makanan tetapi pakaian terpakai juga disediakan kepada mereka yang tak mampu.
Tahniah kepada AJK Masjid dan PAS Cawangan kerana inisiatif dalam usaha membantu mereka yang miskin.
Bila lagi Masjid lain di Terengganu nak ikut program ini?
Masjid Sura Lama adalah masjid 100% sumbangan orang ramai. Sangat cantik dan kemudahan sangat baik. Tahniah sekali lagi kepada mereka yang terbabit.
Sila lawat lama saya
http://lensahandphone.blogspot.com"
Friday, December 9, 2016
Kekejaman Pengganas MYANMAR Berterusan
RAKHINE 7 Dis. - Episod kezaliman dilakukan tentera Myanmar terhadap penduduk Islam Rohingya berterusan apabila sekumpulan kanak-kanak dan bayi bersama keluarga mereka yang menyeberangi sungai untuk ke Bangladesh ditembak oleh Polis Pengawal Sempadan Myanmar (BGP).
Menurut laporan portal Arakan News Agency, dalam kejadian pada Ahad lalu itu, lebih 15 penduduk Rohingya termasuk kanak-kanak dan bayi terbunuh manakala ramai lagi yang masih hilang. Kejadian berlaku apabila seorang anggota BGP melepaskan tembakan ke arah beberapa bot dinaiki etnik Rohingya, mengakibatkannya tenggelam pada waktu malam kejadian.
Mayat penduduk Rohingya termasuk bayi dilihat terapung-apung di sungai, malah ada yang terdampar di tepi sungai dalam keadaan menyayat hati. Semua mangsa terkandas di tebing sungai berhampiran Bora Shidda Fara dan beberapa kampung Rohingya. Lebih menyedihkan, Arakan News Agency turut menyiarkan gambar mangsa yang terbunuh. Sementara itu, penduduk Rohingya mengadu ada antara mereka ditahan manakala wanita dan kanak-kanak dipukul selepas bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kofi Annan melawat Kampung Kyatyoepyin di utara bandar Maungdaw kelmarin.
Jelas penduduk itu kepada seorang anggota Suruhanjaya Penasihat Negeri Arakan diketuai Annan, kunjungan pemimpin dunia tersebut diiringi pegawai tentera Myanmar, namun kebanyakan tentera lain berkawal seperti biasa di kawasan kampung.
“Sejurus delegasi itu meninggalkan kampung, beberapa penduduk ditahan. Wanita dan kanak-kanak pula dipukul oleh tentera,” katanya. sumber

Wanita MESIR Seberat 500kg, Terberat di Dunia
KAHERAH 8 Dis. – Seorang wanita Mesir akan diterbangkan ke India bagi menjalani pembedahan mengurangkan kegemukan selepas berat badan wanita itu mencecah 500 kilogram.
BBC News melaporkan, Eman Ahmed Abd. El Aty, 36, akan diterbangkan ke Mumbai dengan pesawat khas dan pembedahan itu dikendalikan oleh pakar bedah bariatrik, Dr. L. Muffazal.
Bagaimanapun, Kedutaan India di Kaherah pada mulanya menolak permohonan visa wanita itu yang tidak dibenarkan untuk ke Mumbai secara berseorangan. Namun, permohonan itu diluluskan selepas pakar bedah tersebut memuat naik status dalam laman Twitter mengenai hal berkenaan yang ditujukan kepada Menteri Hal Ehwal Luar India, S. Sushma. Menteri terbabit memberi maklum balas segera walaupun berada di hospital untuk menjalani proses pemindahan buah pinggang.
Dalam pada itu, keluarga Eman memberitahu, disebabkan terlalu berat, wanita itu tidak pernah keluar rumah sejak 25 tahun yang lalu. Menurut mereka, berat wanita itu mula bertambah dengan mendadak ketika berusia 11 tahun hingga tidak mampu berdiri dengan baik. Eman kini dikatakan memegang rekod sebagai wanita paling berat di dunia. Rekod itu sebelum ini dipegang oleh Pauline Potter dari Amerika Syarikat (AS) dengan berat kira-kira 292 kilogram pada tahun 2010. SUMBER

INDONESIA - 6 Remaja Ditahan Persenda Solat

HANYA kerana mahukan perhatian dan popular, enam remaja dari Jepara, Jawa Tengah Indonesia ini sanggup mempersendakan solat dengan memuat naik gambar sedang solat di atas motosikal di laman Facebook.
Gambar sekumpulan remaja beraksi seperti bersolat di atas jalan raya dan seorang lagi menjadi imam berdiri di atas dua motosikal itu mencetuskan kemarahan orang ramai.
Susulan itu, polis tempatan menjalankan siasatan terhadap gambar yang dimuat naik Isnin lalu dan berjaya menahan enam remaja lelaki berusia 15 dan 16 tahun.
Detiknews melaporkan, Ketua Polis Daerah Jepara, Samsu Arifin berkata, hasil laporan orang ramai, keenam-enam remaja berkenaan ditahan sehari selepas gambar tersebut menjadi viral di laman sosial.
Menurutnya, ketika disoal siasat semua remaja itu mengaku sengaja memuat naik gambar berkenaan kerana mahu menarik perhatian penguna laman sosial sekaligus menjadi terkenal.
“Mereka mengaku hanya mahu terkenal dan tiada niat untuk mempersendakan agama kerana mereka sendiri beragama Islam.
“Orang ramai kini perlu tahu yang mereka ini tidak mempunyai tujuan jahat dan tidak perlu resah lagi,” katanya.
Polis juga menyita dua motosikal yang digunakan dalam gambar berkenaan sebagai bahan bukti. – MYNEWSHUB.CC sumber
PGA vs Abu Sayyaf - 3 Terkorban
TAWAU 9 Dis. - Sekurang-kurangnya tiga penjenayah dipercayai militan Abu Sayyaf maut dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan daripada Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA), Tawau yang menyamar sebagai nelayan di perairan negara berhampiran Pulau Gaya malam tadi.
Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam, dipercayai tiga lagi anggota militan berkenaan berjaya ditangkap selepas cuba menculik kesemua individu di dalam bot berkenaan tanpa menyedari mereka adalah anggota polis yang melakukan penyamaran.
Katanya, ketika kejadian, kesemua anggota polis berkenaan sedang melakukan Op Coral dan menyamar sebagai nelayan dalam usaha membendung jenayah di perairan negara terutama insiden penculikan yang didalangi oleh militan dari selatan Filipina itu.
"Ketika sedang bertugas melakukan penyamaran, sebuah bot dinaiki militan berkenaan datang rapat dan cuba menculik kesemua anak kapal. "Anggota PGA yang sudah bersiap sedia kemudiannya segera melepaskan tembakan dan berjaya membunuh sekurang-kurangnya tiga orang manakala yang selebihnya ditangkap," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi.
Sementara itu, sumber tersebut berkata, kumpulan pejenayah berkenaan yang lengkap bersenjata turut melepaskan tembakan dan mencederakan seorang anggota keselamatan di bahagian kaki, namun mangsa telah dihantar ke Hospital Semporna untuk menerima rawatan. Op Coral yang dilancarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan operasi khas untuk membendung jenayah di perairan negara manakala kawalan keselamatan di pulau-pulau dikenali sebagai Op Taring.
Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun dijangka mengadakan sidang akhbar di Semporna pada pukul 10 pagi ini. - sumber

Mari LIhat "Istana" Habib Rizieq
AS Jual Senjata kepada Saudi, UAE, QATAR dan MOROCCO
Pemerintah Presiden Barack Obama lagi berhasil menjual senjata dan
peralatan militer bernilai 7 billion dollar AS kepada 4 negara Arab,
di tengah-tengah memanasnya situasi di Dunia Arab akibat konflik Syria, Iraq
dan Yaman.
Pembeliani tu meliputi penyediaan helikopter militer, pesawat dan rudal untuk empat negara Arab yang menjadi sekutu pemerintah, ujar Kementerian Luar Negeri AS dalam keterangannya hari Khamis (8/12).
Berikut info keempat negara Arab tersebut dengan jumlah pembeliannya:
1. Ditempat pertama ada Arab Saudi dengan pembelian senjata mencapai angka 3.51 billion dollar AS untuk membeli 48 helikopter tempur angkut Boeing CH-47 Chinook lengkap dengan persenjataan dan mesin cadangannya.
Perusahaan “Boeing” dan “Honeywell Aerospace” sebagai pemenang tender akan membuat heli-heli tersebut di Arab Saudi berkerjasama dengan pihak swasta.
2. Ditempat kedua ada Uni Emirat Arab dengan total pembelian mencapai 3.5 billion dolar AS untuk 27 helikopter serang Apache IH-64A produksi “Boeing” dan “Lockheed Martin” lengkap dengan persenjataan dan peralatan pendukung.
3. Ditempat ketiga ada Qatar dengan pesanan 8 pesawat delapan kargo Model “C-17” serta mesin cadangan dengan nilai kontrak pembelian mencapai 781 juta dolar AS.
4. Sedangkan Morocco berada di urutan keempat dengan nilai pembelian mencapai 108 juta dolar AS untuk 1.200 rudal anti-tank TOW 2A yang diproduksi oleh perusahaan Amerika “Raytheon”. (Arabicsputnik/Ram) sumber

Labels:
Info AMERIKA,
Info ARAB SAUDI,
Info MAGHRIBI,
Info QATAR,
Info UAE
Thursday, December 8, 2016
Wednesday, December 7, 2016
Gempa di Acheh, 1 Maut, Puluhan Terperangkap
BANDA ACHEH: Sekurang-kurangnya seorang terbunuh manakala berpuluh lagi dikhuatiri terperangkap dalam runtuhan selepas gempa bumi kuat melanda wilayah Aceh di Sumatera, Indonesia hari ini, kata pihak berkuasa.
Gegaran pada kedalaman cetek dengan catatan rekod terkini 6.5 magnitud itu menggegarkan utara bandar kecil Reuleuet, lapor Agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS). Setakat ini tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Menurut pegawai tempatan gegaran berlaku sekitar awal pagi, ketika majoriti penduduk wilayah Islam itu sedang bersedia untuk solat subuh. Pegawai Daerah, Apriadi Achmad berkata, seorang lelaki tua dilaporkan meninggal dunia, berkemungkinan akibat serangan jantung dan dikhuatiri berpuluh-puluh lagi dipercayai terperangkap di dalam runtuhan rumah. sumber

Banjir Selatan THAI, 11 Maut
BANGKOK 5 Dis. – Banjir besar yang melumpuhkan 11 buah wilayah di selatan Thailand, meragut sekurang-kurangnya 11 nyawa sejak bermula Khamis lalu, manakala dua lagi dilaporkan hilang semalam.
Ketua Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pengawalan Bencana (DDPM), Chatchai Phromlert memaklumkan, dua lagi mangsa dilaporkan cedera selepas dihanyutkan arus deras di Surat Thani.
Jelas beliau, daripada 11 kematian, tiga berlaku di Nakhon Si Thammarat dan masing-masing dua korban di Surat Thani, Songkhla, Phatthalung dan Pattani.
Tambah Chatchai seperti yang dilaporkan portal Bangkok Post, wilayah lain yang terjejas akibat banjir adalah Chumphon, Krabi, Trang, Yala dan Narathiwat, keseluruhannya membabitkan lebih 366,000 penduduk di 68 daerah. Hujan berterusan berlaku semalam di kebanyakan wilayah terjejas, memaksa perkhidmatan kereta api di empat laluan tergendala.
Sejumlah 2,400 hektar kawasan pertanian turut musnah selain beberapa kejadian tanah runtuh dilaporkan di beberapa kawasan. Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha telah mengarahkan agensi-agensi kerajaan tempatan menyelaras usaha bantuan bagi membantu mangsa banjir dengan berkesan. Kerajaan juga telah mengarahkan semua pusat pencegahan bencana memantau keadaan dan pasukan mencari dan menyelamat pula diminta sentiasa bersiap siaga sekiranya diperlukan. – BERNAMA - sumber

Meteor Lintas Angkasa RUSIA
MOSCOW: Penduduk sekitar Khakassia, Russia semalam menyaksikan satu fenomena luar biasa apabila sebutir meteor melintasi ruang udaranya menyebabkan malam bertukar siang untuk seketika. Dalam rakaman yang disiarkan semalam, meteor itu dilihat terbang melintasi bandar Sayanogorsk. Menurut pihak berkuasa tempatan sebahagian daripadanya mendarat di lembah berdekatan Babik. Meteorit adalah zarah debu dan batu yang berjaya melalui atmosfera dan jatuh ke permukaan bumi. - sumber
UZBEKISTAN Dapat Presiden Baru
BISHKEK, Kyrgyzstan 5 Dis. - Pemangku Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev dilaporkan menang besar dalam pilihan raya Presiden negara itu selepas memperoleh 88.6 peratus undi, kata Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat hari ini.
Kemenangan itu bermakna, Mirziyoyev akan menjadi Presiden kedua dalam sejarah Uzbekistan selepas kematian satu-satunya Presiden negara itu sebelum ini, Islam Karimov. - AFP sumber

PAS Lebih Awal Bawa Isu Rohinya di Parlimen
Ada yang menyebar cereka bahawa PAS hanya mahu
bersandiwara politik dalam isu Rohingya apabila turut bersama PM dalam
Himpunan Solidariti di Stadium Tertutup Titiwangsa pada Ahad lepas.
Mereka bising kerana usul isu Rohingya oleh YB PAN Kuala Terengganu
ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat pada hari terakhir sidang, 24
November 2016. Mereka menjaja berita di alam maya bahawa ketika usul
itu ditolak, tidak ada YB PAS yang bangun pertahankan usul PAN
tersebut.
Mudah bukan? Sebar sahaja berita tanpa tahu apa yang sebenarnya berlaku pada hari kejadian?
Saya meneliti kembali rakaman video dan hansard penyata rasmi Dewan Rakyat yang bertarikh 24 November 2016. Isu penolakan usul YB PAN Kuala Terengganu dibangkitkan sejurus sahaja YB Marang selesai membaca pindaan usul RUU 355.
Tuan Guru Presiden PAS bersama para Ahli Parlimen PAS mengadakan sidang media di Lobi Parlimen ketika para YB PAN, PKR dan DAP bangkit mengenai penolakan usul mereka.
Jadi, adakah adil membuat tuduhan sedemikian rupa dek kerana PAS tidak bangkit membela usul PAN yang ditolak.
Cereka itu disebar meluas oleh juak mereka untuk dijadikan modal serangan menggambarkan kononnya Ahli Parlimen PAS ini bisu, tidak berperanan, hanya Ahli Parlimen PH sahajalah yang menjadi jaguh juara membela isu rakyat.
Kita jawab kembali dengan hujah bukan fitnah.
Untuk rekod, Ahli Parlimen PAS sudah pun menyuarakan isu Rohingya 10 hari lebih awal sebelum usul tergempar YB PAN Kuala Terengganu. Sila semak penyata rasmi (handsard) Dewan Rakyat bertarikh 14 November 2016, bahkan rakaman video pun ada di Channel Youtube TV PAS.
Naib Presiden PAS, YB Ustaz Idris Ahmad yang merupakan Ahli Parlimen Bukit Gantang telah menyentuh isu Rohingya dalam perbahasan Bajet 2017 peringkat Jawatankuasa Kementerian Luar Negeri.
Begitu juga dengan seorang lagi Ahli Parlimen PAS, YB Pasir Puteh, Dato' Dr. Nik Mazian Nik Mohamad turut membahaskan isu yang sama ketika perbahasan tersebut.
YB PAS sudah sebut isu Rohingya dalam Dewan 10 hari lebih awal daripada usul YB PAN. Bahkan, Tuan Guru Presiden PAS berucap isu Rohingya di dalam Parlimen sudah bertahun-tahun lamanya.
Mereka yang terlewat sebenarnya, tetapi masih berbangga mendabik dada seolah hanya merekalah pejuang sejati lagi tulen.
Saya petik sebahagian ucapan perbahasan YB Bukit Gantang daripada handsard:
Tuan Idris bin Haji Ahmad [Bukit Gantang]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat malam, terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya hendak ambil sedikit masa sahaja iaitu berkenaan dengan Butiran 040000 – Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia iaitu berkenaan dengan Rohingya yang kita harapkan perkara ini perlu diambil perhatian oleh kerajaan Malaysia selaku negara yang agak dekat dengan negeri yang dianggap sebagai Gaza di sebelah Asia Tenggara pada hari ini yang disebut oleh —
Menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Rohingya ini adalah salah satu minoriti dunia yang paling teruk ditindas. Maka dengan sebab itu kita mengharapkan supaya tindakan drastik yang diambil oleh Kerajaan Malaysia ini perlu sama ada dengan cara diplomasi yang agak proaktif dan lebih agresif. Ini kerana Rohingya kalau kita lihat banyak perkara yang amat menyayat hati kita kerana dia tidak diiktiraf oleh Kerajaan Myanmar sana. Dianggap macam bukan bangsa dia ataupun rakyat dia. Ini satu perkara yang amat menyedihkan.
Kedua, kita lihat Bangladesh pun juga sama. Kadang-kadang mereka hendak pergi minta pertolongan di sana, dihalau, ditembak dan sebagainya. Ini perkara yang amat menyedihkan. Ketiga, kalau kita lihat juga dari segi hak asasi manusia. Mereka dinafikan. Malahan kita tengok bantuan-bantuan yang hendak dihantar ke tempat mereka dinafikan.
Bukan sahaja kerajaan mereka tidak hendak bantu malahan kalau ada NGO dari negeri-negeri lain yang hendak pergi bantu, mereka tidak benarkan. Ini adalah pengalaman-pengalaman daripada NGO Malaysia yang pergi ke sana yang tidak dibenarkan untuk menghulurkan bantuan.
(Pencelahan oleh YB PKR Kuala Kedah)
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Memang pada abad ketujuh dahulu memang Arakan ini telah menjadi salah satu daripada kesultanan Islam selama 350 tahun sebenarnya yang ketika itu Sultan Mahmud, seorang sultan daripada Rohingya. Memang masuk apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Kedah tadi.
Keempatnya, kita lihat bagaimana keadaan buta huruf yang begitu tinggi di kalangan masyarakat Rohingya di sana. Yang amat kita sedih kalau dalam suasana dunia yang pada hari ini, kadar buta huruf yang cukup tinggi. Maka dengan sebab itu kita mengharapkan supaya Malaysia sama ada melalui OIC ataupun melalui ASEAN dan boleh untuk bertindak dengan secara agresif untuk memastikan keadaan Rohingya ini. Ini kerana apa yang berlaku di Rohingya sekarang ini telah pun mendatangkan masalah sosial juga kepada kita seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sungai Petani tadi, kita bertembung antara dua kepentingan. Satu, kemanusiaan. Keduanya, ialah soal kedaulatan yang ada di dalam negara kita."
Ini pula sebahagian ucapan perbahasan YB Pasir Puteh:
Dato' Dr. Nik Mazian Nik Mohamad [Pasir Puteh]: Perkara yang kedua ialah tentang kita tahu masalah antarabangsa ini ialah suatu yang amat menggusarkan kita kerana kita melihat betapa ramainya manusia di dunia ini dalam keadaan yang susah dan lebih teruk daripada kita. Ini juga sepatut menjadi iktibar kepada kita bahawa kita patut bersyukur kepada Allah SWT kerana kita boleh hidup dalam keadaan aman, tenteram, dalam sistem demokrasi yang berperlembagaan dan kita boleh bersuara di sini dengan bebas, agak bebaslah jika kita lihat. Kebebasan ini agak banyak jika dibandingkan dengan banyak negara lain yang kita lihat di sana itu penindasan yang dilakukan kepada sesama manusia ini begitu teruk sekali.
Kalau kita lihat kepada jiran tetangga kita yang di ASEAN, maka kita lihat akan penindasan yang berlaku misalnya di Myanmar. Maka ini suatu yang menyayat hati kita kerana kita lihat di sana itu segolongan rakyat mereka sendiri tidak diiktiraf kerakyatannya, kemudian ditindas dan berbagai-bagai lagi yang kita dengar khabar berita yang menyedihkan. Sehingga ada ramai bilangan mereka itu terpaksa melarikan diri sampai ke negara kita dan mencari perlindungan di sini. Banyak kita lihat bilangan mereka di Malaysia ini begitu banyak sekali. Masalah ini berpanjangan.
Jadi peranan yang kita mainkan setakat ini saya ingin ucapkan tahniah. Sekadar yang kita mampu tetapi saya rasa kita boleh mainkan peranan yang lebih lagi untuk membantu menyelesaikan masalah masyarakat Rohingya di Burma ini atau di Myanmar ini. Ini kerana kita tahu bahawa mereka ini adalah golongan yang tertindas, golongan minoriti dan juga mereka ini kalau kita lihat mereka ini beragama Islam. Kita lihat bagaimana disebabkan perbezaan agama sahaja boleh menyebabkan mereka ini ditindas. Walaupun kita tahu juga ada penindasan kepada sesama bangsa mereka sendiri. Kaum Cham misalnya mereka terpaksa lari juga ke Malaysia ini dengan bilangan begitu ramai ke Malaysia walaupun mereka ini seagama dengan pemerintah. Akan tetapi kerana berbeza kabilah atau berbeza kaum menyebabkan mereka ini juga ditindas.
Jadi, penindasan ini banyak sebab menyebabkan penindasan kepada sesama manusia ini. Kita tahu kita sebagai seorang mukmin kita kena ambil tahu tentang masalah sesama Islam khususnya dan kepada umat manusia umumnya. Ini kerana kita tidak boleh mengatakan bahawa kita terselamat apabila kita tidak memikirkan masalah bangsa-bangsa yang lain. Bahkan bangsa yang membezakan di antara bangsa yang bertamadun dengan bangsa yang kurang tamadun ialah keprihatinan mereka kepada masalah manusia sejagat.
Jadi manusia bertamadun, kita harap kita ini tergolong daripada manusia yang bertamadun maka kita mesti peka dengan apa yang berlaku di sekeliling kita khususnya kepada manusia seagama dengan kita dan juga manusia yang tertindas di tempat lain. Maka kita mesti mempunyai sifat kemanusiaan dan mesti menenangkan keadaan supaya mereka ini tidak ditindas dan menegur sesiapa yang menindas ini.
Jadi siapa - kalau kita melihat suatu kemungkaran itu maka kita mesti usaha sedaya upaya kita untuk mencegah kemungkaran itu. [Berucap dalam bahasa Arab]
Apabila kita melihat kemungkaran, kita mesti mencegah. Kita sebagai suatu negara yang berdaulat dan kita pula bersahabat dengan negara-negara yang kita maksudkan ini, maka kita mesti menegur mereka, mesti menasihati mereka dalam forum-forum yang ada dan juga hubungan peribadi dan juga hubungan kepimpinan kita dengan mereka itu mesti berhubung. Sama ada dengan telefon atau melawat ke sana untuk bertanya masalah mereka yang tertindas ini dan meminta pertolongan supaya jangan dianiayai sesama manusia walaupun mereka ini bukanlah rakyat Malaysia. Ini adalah keprihatinan yang kena ada kepada kita jika kita tergolong kepada satu bangsa atau satu negara yang bertamadun. Ini tanggungjawab kita."
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS
06 Disember 2016 - HARAKAHDAILY

YAMAN - 60 Dikhuatiri Lemas
SANAA: Kerajaan Yaman berkata 60 rakyatnya dikhuatiri lemas di Laut Arab selepas bot yang mereka naiki hilang sejak beberapa hari lalu.
Dalam satu kenyataan, kerajaan negara itu berkata bot berkenaan hilang kira-kira 40 kilometer dari Pulau Socotra yang terpencil, lima hari lalu. Mereka dikatakan dalam pelayaran menuju wilayah selatan Hadramawt, dengan bot berkenaan turut membawa wanita dan kanak-kanak.
Dalam satu lagi kenyataan dikeluarkan Governor Hadramawt, Ahmed ben-Break, berkata dua dapat diselamatkan dengan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan. - AFP sumber

PDRM Patahkan 14 Cubaan Serangan Daesh
AMMAN (Jordan) 6 Dis.- Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mematahkan 14 cubaan serangan keganasan oleh kumpulan militan Daesh di Malaysia.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata orang ramai hanya mengetahui serangan militan Daesh adalah di sebuah pusat hiburan di Puchong, Selangor pada 28 Jun lalu, sedangkan banyak cubaan kumpulan itu berjaya ditangani oleh polis.
"Ramai yang tidak percaya ancaman Daesh ini jelas dan wujud. Saya sudah bercakap tentang Daesh sejak 2013 tetapi lepas kes pengeboman di Puchong baru ramai percaya," katanya. Beliau berkata demikian semasa membentangkan kertas kerja mengenai 'Krisis Fahaman ISIS: Kesan, Pengaruh dan Pendekatan Pihak Berkuasa Malaysia' semasa Seminar Menangani Keganasan Ekstremisme di Universiti of Jordan di sini baru-baru ini.
Ayob Khan bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci berkenaan cubaan serangan yang lain. Beliau berkata Daesh banyak menggunakan media sosial semaksimum mungkin dalam merekrut anggota baharu dan menyebarkan ideologi mereka.
"Mereka ada beribu-ribu cybertroopers...selalu membalas apa yang kita uar-uarkan. Kumpulan ini ada televisyen dalam talian yang beroperasi 24 jam. Mereka juga ada laman web dan Twitter yang telah disekat. Sejak pertengahan tahun 2015 sehingga sekarang, sejumlah 360,000 akaun telah disekat," katanya. Katanya kumpulan itu juga menerbitkan majalah dalam talian 'DABIQ', dan semua ini menyebabkan pihak berkuasa juga perlu menekankan kepada media sosial untuk menanganinya.
"Mereka juga ada lima kumpulan penggodam. Ada seorang warga Kosovo yang menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Malaysia telah menggodam laman web sebuah syarikat dan mencuri maklumat mengenai butir-butir peribadi tentera Amerika Syarikat dan menyalurkannya kepada kumpulan IS.
"Kita tangkap dan ekstradisi ke Amerika Syarikat dan dia telah pun dibicarakan dan dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara," katanya. Ayob Khan berkata kumpulan Daesh juga menggunakan 23 bahasa untuk menyebarkan ideologi mereka. "Bagi statistik rakyat Malaysia di Syria pula adalah 27 orang lelaki, wanita (12), kanak-kanak lelaki sembilan orang, lapan kanak-kanak perempuan. Yang telah meninggal dunia 27 orang dan yang balik ke Malaysia lapan orang," katanya.
Ayob Khan berkata polis tidak akan bertolak ansur dengan aktiviti militan dan akan terus menjalankan operasi terhadap mana-mana individu, kumpulan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan mereka yang melangkaui garisan keselamatan akan ditangkap tanpa mengira latar belakang.
"Kita telah menahan 260 orang dari pelbagai negara kerana penglibatan dalam kumpulan militan bermula dengan empat orang pada 2013, 59 orang pada 2014, 82 (2015) dan 115 (2016). "Bagi rakyat Malaysia yang ditahan kerana penglibatan dalam kumpulan Daesh, 14 adalah tentera dengan empat daripadanya adalah komando. Tiga anggota polis kita tangkap...juga ditangkap imam masjid, pensyarah universiti dan pegawai kerajaan yang ada gelaran Datuk," katanya. - BERNAMA sumber

Tuesday, December 6, 2016
Gambar2 - Apa Ada dalam Kaabah

Dengan luas ruangan tidak melebihi 180 meter persegi, tidak ramai umat Islam di dunia ini apa sebenarnya isi dari bangunan Ka’bah yang telah dibangun oleh bapa para nabi, Ibrahim Alaihi Salam.
Di dalam Ka’bah kita akan menemukan sebuah pintu yang terkenal dengan nama pintu taubat. Pintu ini terdapat tangga yang akan membawa kita ke atap Ka’bah.
Selain terdapat 3 buah tiang Ka’bah yang terbuat dari kayu terbaik dan disepuh dengan emas murni, ada pula beberapa tempat lampu kecil, tempat pengasapan kayu gaharu, dan pelbagai perabut untuk membersihkan Ka’bah yang merupakan hadiah pemberian dari para raja, khalifah, sultan, amir dan para pembesar Islam sepanjang sejarah.
Ingin tahu apa isi bangunan dalam Ka’bah? berikut sejumlah dokumentasi dalam Ka’bah yang diperoleh Al Arabiya:

Gencatan di SYRIA - CHINA dan RUSIA Guna Veto
Rusia dan Cina sekali lagi membatalkan rancangan resolusi gencatan
senjata damai di kota Aleppo, Syria, setelah pada hari Isnin (5/12)
kelmarin menggunakan hak veto menolak rancangan resolusi gencatan senjata
yang diajukan New Zealand, Sepanyol dan Mesir.
Ini adalah keenam kalinya Rusia dan kelima kalinya bagi Cina menentang resolusi Dewan Keamanan PBB terkait konflik bersenjata di Syria dari 12 rancangan resolusi yang sejak 2012 hingga tahun 2016 untuk kepentingan rejim Syiah Bashar al-Assad.
Selain Rusia dan Cina, Venezuela yang menjadi anggota tidak tetap DK PBB mendukung penolakan kedua negara komunis tersebut. Sedangkan Angola abstain, dan bakinya sebanyak 11 negara mendukung resolusi gencatan senjata kemanusiaan selama 7 hari di kota Aleppo.
Sebenarnya pihak Rusia merancang untuk menunda pemungutan suara rancangan resolusi ke 12 terkait konflik di Syria hingga hari Selasa (6/12) ini, di mana Moscow berniat melakukan pertemuan dengan Washington di Geneva, Swiss, membahas penarikan mundur mujahidin Syria dari timur Aleppo.
Tercatat hingga akhir minggu lpas tentara Syiah Bashar al-Assad dan sekutunya telah berhasil menguasai 70% dari lingkungan timur Aleppo. Sekitar 100 ribu orang lebih dilaporkan terjebak akibat blokade kemanusiaan yang dilakukan tentara rejim. (Bbcarabic/Ram) sumber

Monday, December 5, 2016
SYRIA - 46 Terbunuh dalam Serangan Udara RUSIA
BEIRUT 5 Dis. - Sekurang-kurangnya 46 orang terbunuh dalam serangan udara dipercayai dilakukan tentera Rusia di beberapa kawasan di wilayah Idlib di barat laut Syria, semalam.
Badan Pemantau Hak Asasi Kemanusiaan Syria berkata, serangan di lokasi itu membunuh banyak penduduk awam termasuk 26 orang yang terbunuh di bandar Kafr Nabal manakala 18 lagi maut di bandar Maaret al-Numan.
Selain itu, dalam satu serangan bom tong di bandar Al-Tamanah, selatan Idlib, sebanyak enam awam terbunuh termasuk empat kanak-kanak. - AFP sumber

Banjir di Perak, Penduduk Terjejas
IPOH 5 Dis.- Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Perak terus meningkat kepada 109 orang setakat 7 pagi ini, berbanding 88 orang malam tadi.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Perak, 71 orang adalah dari Kampung Padang Serai, Manjung dan mereka ditempatkan di Sekolah Rendah Agama Rakyat Kampung Padang Serai.
Sementara itu, 38 lagi dari Kampung Pengkalan Ara dekat Sungai Manik daerah Hilir Perak ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Ara. Banjir di kedua-dua kampung itu adalah akibat hujan berterusan sejak beberapa hari lalu sehingga menyebabkan air bertakung dan ketika ini cuaca mendung. - BERNAMA sumber

Aksi Damai 212 Ternyata Lebih 7 Juta Orang
Gerakan Nasional Pengawal Fatwa MUI (GNPF-MUI) memaparkhan hasil
evaluasi aksi damai 212 di Markaz Syariah, Petamburan, Jakarta, Ahad
(4/12). Dari hasil pemaparan tersebut, jumlah peserta yang mengikuti
aksi damai pada Jumaat (2/12) itu diperkirakan mencapai 7.5 juta orang.
Dengan hitungan menggunakan GoogleMap, jumlah peserta aksi bela Islam jilid III (Aksi 212) diperkirakan dua kali lipat dari jumlah peserta aksi bela Islam jilid II (Aksi 411). Hitungan GoogleMap memperlihatkan jumlah peserta Aksi 411 sebanyak 3.2 juta orang, sehingga jumlah peserta Aksi 212 mencapai 6.4 juta orang.
Dari hitungan berdasarkan data pengguna KRL, angkanya pun mendekati. Pada tanggal 4 November saat aksi 411 berlangsung, jumlah pengguna KRL meningkat empat kali lipat menjadi tiga juta orang. Sebanyak 2,250 juta orang adalah peserta aksi 411.
Jumlah tersebut belum termasuk peserta aksi yang menggunakan bas, kenderaan sendiri, teksi, motor dan lain-lain. Jika dijumlahkan, jumlah peserta aksi 411 mencapai sekitar tiga jutaan orang lebih.
”Hitungan itu logis dan ilmiah. Aksi Bela Islam III (Aksi 212) itu lebih dari dua kali lipat Aksi Bela Islam II (Aksi 411),” kata Habib Rizieq dalam evaluasi Aksi Bela Islam III di Markaz Syariah, Petamburan, Jakarta yang disiarkan kanal streaming Habib Muhammadi Rizieq, Ahad (4/12).
”Dan, jumlahnya (Aksi 212) diprediksi pesertanya mencapai 7.5 juta orang,” kata Habib Rizieq. Beliau menyatakan tidak ada seorang habib, kiai, ulama, ormas, atau parpol manapun yang mampu mengumpulkan orang sebanyak itu untuk satu tujuan. Itu semua pertolongan Allah SWT.(ts/rol) sumber

Dunia Tertipu dengan Demokrasi Myanmar
Oleh Zin Mahmud
Perbuatan pembunuhan secara besar-besaran ke atas sekumpulan manusia yang terdiri daripada sesuatu kaum, bangsa atau etnik tertentu dinamakan genosid. Gen daripada perkataan gene atau baka.

Sementara
sid atau cide bermaksud pembunuhan. Maka Rohingya sedang mengalami
genosid yang dilakukan oleh kerajaan Myanmar pimpinan pemenang Hadiah
Nobel bagi Keamanan, Aung San Suu Kyi. Itulah ironinya.
Orang
Rohingya dibunuh kerana kaum atau etniknya. Mereka dianggap tidak
wujud. Kerajaan Myanmar tidak mahu mengiktiraf adanya orang Rohingya.
Mereka dianggap sebagai pendatang Bangla yang tidak bernegara. Mereka
bukan saja dihalau tetapi dibunuh, dibakar dan dirogol. Pihak tentera
menghalang liputan wartawan ke wilayah Rakhine di mana berlaku genosid
itu dan maklumat mengenainya sukar untuk diketahui. Namun gambar-gambar
yang dikeluarkan oleh agensi pemantau hak asasi manusia, Human Rights
Watch, antaranya melalui satelit sukar untuk dinafikan.
Tetapi Suu Kyi enggan menyifatkan pembunuhan yang, berlaku ke atas kaum Rohingya itu sebagai genosid. Pemimpin de facto Myanmar itu malah tidak pun menyebut nama Rohingya dalam ucapannya di sebuah forum perniagaan di Singapura dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke republik itu. Inilah pertama kali beliau bercakap yang isinya boleh dikaitkan dengan masalah Rohingya. Selama ini beliau membisu seribu bahasa. Tetapi apabila beliau bersuara, ia menghampakan banyak penyokong perjuangan pro-demokrasi beliau di seluruh dunia.
Suu Kyi hanya berkata bahawa perdamaian dan pemulihan hubungan baik dalam Myanmar adalah penting baginya. Pemulihan hubungan baik atau rekonsiliasi merujuk kepada pengakhiran perseteruan pelbagai pihak bukan saja antara kaum, malah dalam bentuk lain. Apa yang difahamkan bahawa di Myanmar ialah antara pihak prodemokrasi dan golongan tentera.
Namun begitu, beliau menyatakan perkara ini dalam kerangka bahawa pelabur tidak akan mahu mencurahkan dana mereka masuk ke Myanmar jika negara itu tidak stabil. Maka apa yang dikatakan beliau adalah semata-mata kerana soal kepentingan ekonomi tanpa sedikit pun merujuk kepada nyawa orang Rohingya yang sedang terbang dalam suasana berlakunya genosid, iaitu kaum itu sedang dipupuskan.
Pihak agensi hak asasi manusia yang menyebut berlakunya genosid dan pempupusan etnik telah menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melakukan siasatan. Buat masa ini suruhanjaya penasihat Pertubuhan PBB diketuai oleh bekas Setiausaha Agungnya iaitu Kofi Annan. Lantikan beliau dibuat sendiri oleh Suu Kyi. Kofi Annan seperti juga Suu Kyi adalah juga pemenang Hadiah Nobel bagi Keamanan.
Kofi Annan meraih hadiah itu pada tahun 2001. Beliau adalah pemenang bersama dengan PBB sendiri. Kemenangan beliau adalah kerana kejayaannya menggagahkan semula PBB dengan komitmennya terhadap hak asasi manusia.
Suu Kyi pernah bekerja dengan PBB selama tiga tahun dan memperjuangkan demokrasi sejak kebangkitan rakyat Myanmar pada tahun 1988. Hanya pada tahun ini barulah parti pimpinannya Liga Nasional untuk Demokrasi (NLD) menubuhkan kerajaan di Myanmar. Tetapi sistem demokrasi di Myanmar walaupun diterima oleh dunia dan pejuang prodemokrasi NLD adalah sesuatu yang tidak normal. Ini kerana ia masih dikuasai secara besar oleh pihak tentera. Dalam parlimennya, telah ditetapkan bilangan tertentu untuk pihak tentera. Ia bukanlah demokrasi yang biasa diamalkan pada dunia hari ini. Namun keadaan ini dikompromi oleh dunia kerana ia diharapkan dapat menjamin kestabilan, keamanan dan pembaikan untuk masa depan.
Malah perlembagaan Myanmar yang sebelum ini digubal oleh pihak tentera tidak membenarkan Suu Kyi menjadi presiden walaupun beliau adalah pemimpin de facto negara itu. Maka beliau terpaksa berpuas hati bergerak sebagai Menteri Luar.
Kehadiran beliau di Singapura adalah atas tujuan mendapatkan pelaburan. Singapura pula merupakan negara yang paling banyak menanam modal di Myanmar. Bagaimanapun sejak Suu Kyi memegang kuasa, banyak negara Barat yang datang untuk melabur.
Kalau mengikut jadual, Suu Kyi sepatutnya mengadakan lawatan ke Indonesia selepas Singapura tetapi dibatalkan kerana kebimbangan terhadap kemarahan yang timbul oleh orang Islam di sana berhubung dengan genosid Rohingya itu. Kedutaan Myanmar di Jakarta juga terancam dengan serangan bom.
Dalam ucapannya di forum perniagaan itu, beliau menyatakan bahawa Myanmar telah melalui keadaan tidak stabil pada masa lalu tanpa sedikit pun menyebut mengenai isu Rohingya itu. Sebagai seorang yang mendokong demokrasi dan kuat berpegang pada agama Buddha Theravada tentunya beliau sedar mengenai kesengsaraan manusia dalam soal Rohingya. Ketika di bawah tahanan pihak tentera dahulu, beliau dilaporkan kuat melakukan meditasi dengan menekankan soal nilai kasih sayang pada manusia.
Namun ada sesuatu yang sukar beliau hadapi berhubung dengan orang Islam. Ketika diwawancara bila baru saja menjadi kerajaan, beliau berasa tidak selesa apabila mendapat tahu wartawan yang menemu bual itu beragama Islam.
Langkah beliau melantik Kofi Annan untuk mengetuai suruhanjaya untuk isu Rohingya itu menunjukkan pemimpin Myanmar itu sedar mengenai perkara itu. Namun tidak diketahui sikap peribadinya mengenai perkara itu atau kemungkinan beliau sedang berpolitik pragmatik kerana pihak tentera menganggap isu Rohingya adalah soal keselamatan dan integrasi nasional yang terletak dalam bidang kuasa mereka.
Isu Rohingya menjadi bertambah rumit kerana ia tidak segera diselesaikan dengan baik. Ini adalah kegagalan kerajaan-kerajaan tentera Myanmar sebelum ini sejak ia mencapai kemerdekaan pada tahun 1948. Sememangnya konflik di Myanmar adalah kompleks dan masalah mereka juga unik. Lebih-lebih lagi Myanmar berjiran dengan Bangladesh dan India. Tetapi negara-negara ASEAN juga memiliki masalah yang kritikal sejak selepas Perang Dunia Kedua berhubung dengan etnik, integrasi nasional dan kestabilan. Tetapi setelah 50 tahun lebih banyak perkara dapat diselesaikan. Tidak ada penduduk yang dihalau atau tidak diiktiraf kewarganegaraannya. Walaupun antara mereka adalah keturunan pendatang. Akhirnya semua diterima untuk berada dalam negara-negara ASEAN untuk hidup aman dan makmur. sumber

Kawasan Orang Asli Kelantan Cukup dan Sesuai
KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan tidak pernah
menganaktirikan masyarakat Orang Asli malah tetap membela nasib mereka,
kata Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.
Menurutnya kerajaan negeri sebelum ini telah mewartakan 973 hektar tanah sebagai rizab untuk Orang Asli serta 19,000 hektar lagi untuk kawasan rayau masyarakat itu di negeri ini.
"Sepatutnya isu ini tidak berbangkit. Komuniti Orang Asli di Kelantan hanyalah berjumlah kira-kira 10,000 orang sahaja dan sepatutnya kawasan itu sudah mencukupi serta tidak perlu dibangkitkan lagi.
"Kerajaan negeri sudah berbincang dengan penghulu-penghulu yang dilantik dan mereka sendiri menyatakan rasa tidak senang hati dengan sekatan laluan balak yang diadakan sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Islam di Balai Islam Lundang, pada Ahad.
Selasa lepas, 47 Orang Asli yang membuat sekatan di Simpang Petei dan jalan masuk ke Pos Bihai, Gua Musang ditahan polis selepas enggan berganjak dan tidak beredar daripada kawasan sekatan ketika operasi dijalankan Jabatan Perhutanan Kelantan.
Bagaimanapun, mereka yang direman antara dua dan tiga hari itu dibebaskan dengan jaminan polis pada Khamis lepas.
Mengenai penyebaran gambar keadaan banjir yang tidak benar, Ahmad berkata tindakan itu tidak wajar dilakukan kerana boleh mengundang kerisauan kepada masyarakat.
Beliau turut menasihatkan penduduk di negeri ini agar sentiasa berwaspada bagi mengelak kemalangan yang boleh meragut jiwa terutama sepanjang musim tengkujuh ini.
-- BERNAMA sumber

500 Klinik Berhenti Merokok Seluruh Negara
MELAKA: Kementerian Kesihatan menganggarkan seramai
lima juta perokok di seluruh negara berdepan risiko masalah pergigian
dan mulut.Timbalan Menteri Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata ini
berdasarkan penyelidikan kementeriannya melalui Tinjauan Kesihatan dan
Morbiditi Kebangsaan tahun lepas.
Beliau berkata tabiat merokok berkait
rapat dengan kesihatan pergigian dan penyelidikan NHMS setiap lima tahun
itu menunjukkan jumlah perokok di negara ini semakin meningkat.
Katanya, meskipun pelbagai kempen dijalankan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya merokok, namun jumlah perokok masih tidak menunjukkan penurunan malah semakin membimbangkan.
"Terdapat peningkatan ketara dalam penggunaan produk tembakau, tanpa asap termasuk menghidu dan mengunyah tembakau atau rokok elektronik, iaitu daripada 0.7 peratus pada tahun 2011 kepada 10.9 peratus pada 2015.
"Justeru, kerajaan mengambil inisiatif menyediakan lebih 500 klinik berhenti merokok di seluruh negara bagi menawarkan perkhidmatan kepada golongan perokok tegar," katanya.
Dr. Hilmi bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Ikon Gigi (iGG) peringkat Kebangsaan di Ayer Keroh, di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman dan Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian) Malaysia Dr Noor Aliyah Ismail.
Program iGG menekankan penglibatan sukarelawan dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang bertindak sebagai pemudah cara untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang penjagaan kesihatan pergigian.
Sementara itu, Dr Hilmim berkata hasil penyelidikan kementerian melalui Tinjauan Kesihatan Mulut Orang Dewasa Kebangsaan pada 2010 mendapati sembilan daripada 10 orang dewasa mengalami penyakit gusi.
"Tujuh daripada 10 orang dewasa pernah mengalami penyakit pergigian dan lapan daripada 10 orang dewasa tidak mengetahui bahawa mereka mempunyai penyakit pergigian," katanya. Dalam pada itu, beliau berkata, Melaka merupakan negeri perintis melahirkan seramai 30 sukarelawan iGG diikuti Terengganu yang turut melahirkan 30 sukarelawan iGG.
Kelantan sedang giat melatih kohort ketiga kumpulan iGG bagi menyebarkan promosi kesihatan pergigian. -- Bernama sumber

Saturday, December 3, 2016
Tentera TURKI BUnuh 20 Tentera Kurdis
ANKARA: Tentera Turki membunuh 20 pengganas Parti Pekerja Kurdistan (PKK) selepas mereka cuba menyerang pangkalan tentera di wilayah Hakkari tenggara negara itu, hari ini.
Menurut tentera, pengganas merentas Turki dari utara Iraq dan cuba melancarkan serangan ke atas pangkalan tentera di kawasan sempadan pergunungan. Wilayah tenggara yang menjadi kawasan majoriti puak Kurdis Turki sering bergolak sejak pencabulan gencatan senjata antara kerajaan dan PKK pada Julai tahun lalu.
PKK sebuah pertubuhan diisytiharkan pertubuhan pengganas oleh Turki, Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat, mula mengangkat senjata pada tahun 1984. Sejak pertempuran itu, lebih daripada 40,000 kebanyakan puak Kurdis terkorban. - REUTERS sumber

RUU355 - Jangan Terpengaruh Dakyah DAP
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak terpengaruh dakyah pembangkang khususnya DAP yang menolak Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU355.
Sehubungan itu, Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden menyeru semua parti komponen memainkan peranan lebih positif dengan membantu orang bukan Melayu supaya tidak terus ditipu DAP dalam isu itu.
"RUU 355 ini tidak terpakai kepada orang bukan Islam dan mereka tidak boleh dibicarakan di bawah Mahkamah Syariah kerana Perlembagaan Persekutuan menetapkan bidang kuasa mahkamah itu hanya untuk orang Islam.
"Ingin saya tegaskan RUU355 bukan Hudud. Ramai sahabat saya yang bukan Islam bimbang rang undang-undang memberi kesan secara tidak langsung kepada mereka," katanya ketika ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini. Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau sebagai Ketua Whip BN akan mengadakan pertemuan dengan semua Ahli Parlimen bukan Islam segera bagi memberi penjelasan mengenai RUU355.
"Ahli Parlimen pembangkang Islam yang tegar memulau usaha murni ini, biarlah mereka dengan dunia mereka," katanya. sumber

Keajaiban 30 Minit Selepas 212
Gerakan Nasional Pengawal Fatwa (GNPF) MUI menyiarkanjumlah peserta
yang hadir sekitar 6 sampai 7 juta, meskipun masih ada media Nasional yang
menyebutkan angka lima ribu atau ribuan.
Dalam pengamatan Tarbawia, ada keajaiban yang tidak disedari dan mustahil dimuat oleh media-media berkelas terkait aksi 212 ini. Keajaiban ini terjadi kurang dari 30 minit setelah para peserta membubarkan diri, pulang ke daerahnya masing-masing.

Bukankah ini sebuah keajaiban nyata yang ditampilkan oleh orang Islam dengan akhlak mulianya? Jutaan orang berkumpul, tapi Monas langsung bersih, kurang dari 30 minit setelah massa pulang dengan damai ke daerah masing-masing. [tarbawia] sumber

Friday, December 2, 2016
Thursday, December 1, 2016
P. Pinang - 3 Maut 2 Cedera dalam Tembakan
GEORGETOWN - Jurukamera sambilan RTM, Mohamad Amirul Amin Amir, 27 cedera dipercayai ditembak di susur masuk Jambatan Pulau Pinang, sebentar tadi.
Dalam kejadian terbabit, dua lelaki termasuk Mohamad Amirul dan seorang wanita cedera manakala tiga lagi meninggal dunia.
Suspek melepaskan tembakan dan terkena bahu kiri mangsa kira-kira jam 7.30 malam.
Ketika kejadian mangsa dipercayai sedang menaiki motosikal bersama seorang rakannya yang juga wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Kedua-duanya menghentikan motosikal berhampiran Pusat Komersial E-Gate kerana mahu melihat kemalangan, sebelum mangsa ditembak seorang individu tidak dikenali.
Mangsa dilaporkan stabil dan kini dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan.
Difahamkan, mangsa dalam perjalanan ke Majlis Perasmian Pesta Pulau Pinang di Sungai Nibong.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan kejadian terbabit. sumber
Subscribe to:
Posts (Atom)