Tuesday, January 5, 2016

BAHRAIN dan SUDAN Juga Putuskan Hubungan dengan IRAN

MANAMA 4 Jan. - Bahrain dan Sudan menyatakan kedua-dua negara itu juga memutuskan hubungan diplomatik dengan Teheran dan menggesa diplomat-diplomat Iran untuk meninggalkan negara ini dalam tempoh 48 jam. Portal al-Jazeera melaporkan, Menteri Hal Hubungan Media Bahrain, Isa al-Hamadi membuat pengumuman tersebut hari ini ketika ketegangan hubungan antara Arab Saudi dan Iran meningkat selepas serangan kumpulan perusuh ke atas kedutaan Arab Saudi di Teheran. Bahrain sebelum ini sering menuduh Iran mendalangi protes-protes yang dianjurkan oleh penduduk fahaman Syiah di negara ini.

Dalam pada itu, Kementerian Luar Sudan berkata, kerajaan negara itu turut memutuskan semua hubungan diplomatik dengan Iran serta-merta. “Keputusan itu dibuat ekoran serangan teruk ke atas kedutaan Arab Saudi di Teheran dan konsulat negara itu di Mashhad yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa,’’ kata kementerian itu dalam satu kenyataan. Emeriyah Arab Bersatu (UAE) turut menurunkan status hubungan negara itu dengan Iran. -  sumber

No comments: