Thursday, January 28, 2016

Lelaki Pakai Mata Bionik

LOS ANGELES 27 Jan. - Seorang penggiat filem Ame­rika Syarikat (AS) mengabdikan dirinya dalam dunia perfileman apabila sanggup menggantikan sebelah matanya dengan kamera mini. Rob Spence, seorang pengarah filem dari Toronto, yang menggelar dirinya sebagai Eyeborg, kehila­ngan mata kanannya ketika berusia sembilan tahun selepas terlibat dalam satu kemalangan ngeri apabila tersalah pegang senapang patah ketika menembak sekumpulan lembu. Akibat kerosakan yang teruk, matanya itu tidak dapat diselamatkan dan Spence terpaksa memakai bola mata palsu sejak kejadian tersebut.

Namun, baru-baru ini, lelaki berusia 43 tahun itu mendapat ilham untuk mengubahsuai mata palsu tersebut dengan meletakkan kamera mini di dalamnya, tetapi gajet terbabit tidak bersambung dengan saraf optik menyebabkan Spence tidak boleh melihat mela­luinya. Tetapi kamera itu mempunyai isyarat pemancar gelombang mikro yang bersambung dengan monitor mudah alih bagi memudahkan Spence melihat menerusi gajet tersebut.

“Saya masih ingat lagi gurauan orang lain tentang memasang ka­mera di dalam mata palsu ini. “Jadi saya merealisasikan idea itu seperti dalam filem atau kisah sains fiksyen,” katanya seperti dilaporkan portal Oddity Central. Kamera mata itu boleh merakam video selama tiga minit sebelum menjadi panas dan perlu dikeluarkan dari lubang mata Spence. Namun baginya, tempoh itu sudah mencukupi untuknya menjalani wawancara eksklusif atau sulit tanpa membawa sebarang peralatan rakaman. -  sumber

No comments: