Thursday, January 28, 2016

Lelaki PAKISTAN Ditahan Pasang Bendera INDIA

ISLAMABAD: Seorang lelaki Pakistan ditahan selepas mengibarkan bendera negara musuh, India, di atas bumbung rumahnya. Menurut polis, perbuatan itu dianggap bersifat antikerajaan, namun tertuduh mengatakan ia satu penghormatan kepada kapten pasukan kriket India, Virat Kohli.

Umar Draz, dari daerah Okara di Punjab, Pakistan timur, didakwa di bawah Kanun Keseksaan Pakistan, yang dikhaskan untuk jenayah melanggar kedaulatan Pakistan dan boleh dihukum sehingga 10 tahun penjara.

Polis berkata, mereka menerima maklumat pada Isnin lalu bahawa Draz mengibarkan bendera India. Beliau cuba lari, tetapi berjaya ditangkap polis pada keesokan harinya. "Adalah salah di sisi undang-undang untuk mengibarkan bendera negara lain," kata pegawai polis, Ismail Khan. Lelaki itu memberitahu media, beliau adalah peminat Kohli yang menang dalam perlawanan Twenty20 International menentang Australia minggu ini. Polis mengesahkan Draz menyimpan gambar pemain kriket itu di seluruh rumahnya. - AGENSI sumber

No comments: