Thursday, January 14, 2016

MALAYSIA Kutuk Serangan di Istanbul

PUTRAJAYA 13 Jan. – Malaysia me­ngutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas yang berlaku di Sultanahmet, Istanbul semalam yang telah meragut sekurang-kurangnya 10 nyawa tidak berdosa dan mencederakan 15 orang yang lain. Kementerian Luar dalam ken­yataannya berkata, kerajaan Malaysia merakamkan ucapan simpati dan takziah kepada kerajaan, rakyat Turki, keluarga dan mangsa yang terlibat dalam serangan tersebut.

Pada masa sama, menurut kenya­taan tersebut, tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam kejadian itu. “Kedutaan juga akan terus berhubung dengan rakyat Malaysia di sana termasuklah para pelajar yang menuntut di Istanbul,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya, pihak kementerian turut mengingatkan rakyat Malaysia yang bermastautin atau pun yang melawat Istanbul hendaklah sentiasa mengutamakan keselamatan dan memantau suasana sekeliling serta mematuhi nasihat yang dikeluarkan kerajaan Turki. Tambahnya, Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Ankara akan terus memantau situasi itu dari semasa ke semasa.  sumber

No comments: