Wednesday, January 27, 2016

Rekod 100m MALAYSIA Masih Kekal yang Lama

KUALA LUMPUR 27 Jan. – Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) hari ini mengumumkan catatan masa 10.29 saat yang dilakukan oleh atlet pecut 100 meter negara Badrul Hisyam Abdul Manap dalam kejohanan Sukan Sekolah-sekolah ASEAN tidak diiktiraf sebagai rekod kebangsaan yang baharu. 


Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim berkata, keputusan tersebut dibuat menerusi Mesyuarat Mengejut Majlis KOM yang berakhir sebentar tadi. 
Menurut Karim, faktor teknikal menjadi salah satu punca catatan masa Badrul Hisyam, yang dilakukan di Brunei pada November lalu, tidak diiktiraf.

Pengumuman itu bermakna rekod kebangsaan masih dipegang oleh bekas jaguh negara Watson Nyambek dengan catatan 10.30 saat yang dilakukan dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia pada 1998. – UTUSAN ONLINE

No comments: