Tuesday, January 5, 2016

Tukang Ramal BULGARIA Ramal Militan Kuasai Eropah 2016



SOFIA 2 Jan. - Seorang ahli psikik buta berasal dari Bulgaria meramalkan ketibaan tahun 2016 bakal menyaksikan kejatuhan benua Eropah ke tangan kumpulan pelampau dan militan. Baba Vanga Baba Vanga menerusi ramalannya sebelum meninggal dunia pada 1996, mempunyai peratusan ramalan yang tinggi iaitu sebanyak 85 peratus selepas mendedahkan tentang serangan pengganas di Amerika Syarikat (AS) pada 11 September 2001.

Selain itu, Vanga pernah menyentuh tentang bencana tsunami pada 2004 dan kebangkitan kumpulan militan Negara Islam (IS) juga menepati ramalannya. Kini menurut laporan portal Daily Mirror, berdasarkan ramalan wanita tersebut sebelum dia me­ninggal dunia pada usia 85 tahun, dia mendakwa kumpulan pelampau akan menceroboh seluruh Eropah pada 2016. Malah ramalannya menyebut tentang penggunaan senjata kimia oleh kumpulan militan terhadap penduduk Eropah.

 Selain itu, Vanga memberi amaran tentang perubahan iklim dan Kutub Utara akan cair secara mendadak. Menurut dakwaan pengikutnya, Vanga atau nama sebenarnya Vangelia Pandeva Dimitrova memiliki keupayaan untuk melihat masa depan apabila dia menjadi buta dalam bencana ribut ketika berusia 12 tahun.

Antara ramalannya yang betul setakat ini adalah tragedi kapal selam nuklear Kursk milik Rusia, tarikh kematian pemimpin Kesatuan Soviet, Joseph Stalin, peperangan di Syria, konflik Crimea dan pelantikan Presiden Amerika Syarikat ke-44 merupakan orang berkulit hitam. Bagaimanapun tidak semua ramalannya tepat kerana Vanga meramalkan Perang Dunia Nuklear akan meletus antara November 2010 dan Oktober 2014. -  SUMBER

No comments: