Friday, January 1, 2016

TURKI Bunuh 3,100 Militan Kurdish Sepanjang 2015



ISTANBUL: Pasukan keselamatan Turki membunuh 3,100 militan Kurdish pada tahun 2015, kata Presiden Recep Tayyip Erdogan, hari ini. Beliau berikrar akan melancarkan serangan besar-besaran untuk mengusir pemberontak dari bandar dan pergunungan di tenggara negara itu.

Kenyataannya sempena perutusan Tahun Baru disiarkan di televisyen, muncul ketika amaran meningkat ke atas kesan kemanusiaan berikutan perintah berkurung bagi menyokong kempen ketenteraan terbaru memerangi Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang diharamkan bermula awal bulan ini.

"Pada tahun 2015, seramai 3,100 pengganas berjaya ditewaskan dalam operasi di dalam negara dan luar negara. "Pihak keselamatan berjaya menghapuskan pengganas dari setiap inci kawasan pergunungan dan bandar serta akan terus berbuat demikian," katanya merujuk kepada operasi ketenteraan terhadap kubu kuat PKK di tenggara Turki dan utara Iraq.

Katanya, kerajaan akan berjuang sehingga PKK dihapuskan. Setakat ini kira-kira 200 anggota tentera terbunuh selain sejumlah penduduk awam tidak dikenal pasti. -AFP  sumber

No comments: