Thursday, February 4, 2016

2 Kanak2 Berwajah Orang Tua


Anjali Kumari (pictured), seven, and her 18-month-old brother Keshav Kumar  suffer from a rare skin condition that leaves them looking like pensioners

Anjali Kumari, seven, and her 18-month-old brother Keshav Kumar (pictured) suffer from a rare skin condition that leaves them looking like pensioners

RANCHI 3 Feb. – Dua beradik di India, Anjali Kumari, 7, dan Keshav Kumar yang baru berusia 18 bulan, menggemparkan penduduk kampungnya apabila rupa paras mereka kelihatan jauh lebih tua berbanding usia sebenar. Adik beradik itu dilaporkan mengalami sindrom penyakit kulit yang jarang ditemui, iaitu Progeria yang membuatkan rupa paras seseorang yang mengalaminya kelihatan jauh lebih tua berbanding usia sebenar.

Teased: The siblings' parents are desperate for a cure, to put an end to their children's painful joints, swollen faces and sagging skin

Anjali dan Keshav menetap di Ranchi, Jharkhand, bersama ibu bapa mereka, Rinki Devi, 35, dan Shatrughan Rajak, 40. Anak sulung pasangan berkenaan, Shilpi, 11, tidak mengalami sindrom penyakit kulit tersebut. Keadaan itu, menyebabkan dua beradik terbabit sering menjadi bahan ejekan ketika berada di luar rumah.

Siblings: Anjali Kumari, 7, poses for a picture with her sister Shilpi Kumari, 11, at their home in Ranchi, India

 “Saya tahu rupa saya berbeza dengan budak-budak lain yang sebaya. Orang sering memerhatikan saya dan mengutuk rupa saya,” kata Anjali kepada Mail Online. Kanak-kanak sekolah itu berkata, dia sering dipanggil dengan gelaran ‘daadi Amma’ (nenek), ‘budhiya’ (perempuan tua), ‘bandariya’ (monyet), dan ‘hanuman’ (seekor dewa monyet Hindu) Ibu bapa kanak-kanak itu sangat berharap agar penyakit tersebut dapat dirawat, namun beberapa doktor di India memberitahu mereka agar pergi mendapatkan bantuan perubatan di luar negara.  sumber

No comments: