Thursday, February 4, 2016

Proses Autonomi Selatan FILIPINA Buntu

MANILA: Pegawai kerajaan Filipina mendedahkan Kongres negara itu kesuntukan masa untuk meluluskan satu undang-undang autonomi Islam di bawah pentadbiran presiden semasa, sekali gus mencetuskan kebimbangan yang kebuntuan itu akan menyebabkan puak gerila melancarkan serangan.

Senator dan Ahli Dewan Perwakilan hanya mempunyai tempoh sehingga hari ini untuk membahaskan undang-undang itu sebelum mereka memulakan cuti tiga bulan bermula akhir minggu ini. Undang-undang yang lama tertangguh itu adalah asas perjanjian damai yang dimeterai kumpulan pemberontak terbesar Islam di selatan Filipina dan tempoh pemerintahan Presiden Beningno Aquino III bakal berakhir Jun ini.

Seramai 44 komando polis maut dalam pertempuran yang membabitkan sebahagian gerila awal tahun lalu ternyata menjejaskan kelulusan rang undang-undang autonomi seperti yang digariskan perjanjian damai pada 2014. - AP sumber

No comments: