Thursday, February 25, 2016

Tiada Rakyat MALAYSIA dalam Rusuhan di Haryana INDIA

PUTRAJAYA 21 Feb. - Tiada rakyat Malaysia setakat ini terlibat dalam insiden rusuhan di Haryana, India semalam yang mengakibatkan lima kematian dan 78 kecederaan. Kementerian Luar dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi akan terus memantau situasi tersebut dari semasa ke semasa.

 “Kementerian Luar menasihati semua rakyat Malaysia (di India) untuk sentiasa berhati-hati dan mematuhi nasihat pihak berkuasa tempatan,” kata kenyataan itu di sini hari ini. Tambah kenyataan itu, protes yang disebabkan oleh isu kuota dalam perkhidmatan awam dan institusi pendidikan itu telah menyebabkan pihak berkuasa India mengeluarkan perintah berkurung di lima buah bandar.

 Jelas kenyataan tersebut, bandar itu termasuk Sonipat, Gohana, Rohtak, Bhiwani dan Jhajjar. “Protes itu juga telah merebak ke Gurgaon (30 kilometer dari New Delhi) dan terbaharu di New Delhi,’’ kata kenyataan berkenaan.- UTUSAN ONLINE - sumber

No comments: