Saturday, March 5, 2016

16 Maut di Aden, YAMAN

ADEN: Sekurang-kurangnya 16 orang termasuk empat jururawat India terbunuh apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah rumah jagaan orang tua di di sini, menurut pihak berkuasa keselamatan Yaman.

Pegawai keselamatan berkata, empat lelaki bersenjata menyerbu kemudahan yang menempatkan puluhan orang tua di daerah Sheikh Othman itu dan membunuh seorang pengawal sebelum mengikat dan menembak petugas di situ.

Saksi berkata, jeritan penghuni warga tua kedengaran dari rumah jagaan itu ketika insiden itu. Mereka melihat mayat pekerja dengan tangan diikat di belakang bergelimpangan di atas lantai. Pihak berkuasa berkata, jururawat yang maut adalah biarawati warga India, manakala mangsa lain terbunuh adalah rakyat tempatan yang bekerja di rumah itu.

Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab ke atas serangan hari ini, yang pertama seumpamanya di Yaman, di mana kerajaan diiktiraf antarabangsa bergelut menentang pemberontak disokong Iran dan kumpulan militan lain. sumber

No comments: