Friday, March 4, 2016

AS Serah 8 Black Hawk kepada JORDAN Perangi IS



AMMAN: Amerika Syarikat (AS) hari ini menyerahkan lapan helikopter Black Hawk diubah suai kepada Jordan untuk digunakan dalam misi menentang militan IS di sepanjang sempadan pentadbiran diraja itu. Jordan yang pro-Barat adalah sebahagian pakatan tentera diketuai AS menentang IS, yang mengawal sebahagian besar Syria dan Iraq.

Pentadbiran diraja itu turut berdepan ancaman dalaman daripada mereka yang bersimpati dengan IS. Awal minggu ini, tentera Jordan membunuh tujuh militan disyaki ada kaitan dengan IS dalam satu serbuan di utara negara itu. Suspek didakwa berkomplot melakukan serangan di negara ini.

Duta AS ke Jordan, Alice Wells, dalam satu upacara penyerahan berkata, penghantaran helikopter Black Hawk itu adalah sebahagian sokongan ketenteraan berterusan buat Jordan, selain tambahan senjata dan peralatan pengawasan. "Ketika anda menggunakan pesawat ini dalam perjuangan menentang Daesh (IS), anda perlu tahu bahawa kami amat berbesar hati bekerjasama dengan anda," kata Wells di lapangan terbang tentera Marka di ibu kota ini. Duta itu berkata, helikopter terbabit akan membantu melindungi sempadan Jordan, yang ketika ini diawasi menggunakan sistem pengesanan elektronik dibina AS. - AP sumber

No comments: