Thursday, March 31, 2016

Haramkan Masjid di JERMAN, Desak Antipendatang

BERLIN: Parti antipendatang, Alternatif for Germany (AfP) menuntut pembinaan dan fungsi masjid dihentikan atas alasan Islam bukan untuk negara itu. Cabang parti itu di Lower Bavaria merangka dokumen dasar baru yang mencadangkan penutupan semua masjid yang beroperasi atau dalam pembinaan di Jerman, lapor kumpulan media Redaktionsnetzwerk Deutschland (RND). 

Dalam dokumen setebal 45 muka surat itu, 'The Courage to take Responsibility', menjelaskan keperluan pengharaman itu dengan berkata Islam melanggar Perlembagaan dan bukan untuk Jerman, menambah kebebasan beragama di Jerman perlu ada had munasabah. Apabila Artikel 4 yang menggariskan kebebasan itu, tiada siapa menyangka ada agama yang menggalakkan keganasan dan mahu menguasai dunia, menurut dokumen berkenaan. 

"Masjid bukan saja mempromosikan solat wajib tetapi menyebarkan ajaran Islam bertujuan menepis arahan perundangan," dakwa dokumen itu. Pada masa sama, dokumen kontroversi itu mendakwa al-Quran dipenuhi dengan 'pembohongan dan penipuan' dan Islam sudah menguasai 57 daripada 190 negara di dunia. Pemimpin AfD di Bavaria, Petr Bystron, memberitahu kumpulan penerbitan RND, ia tidak menyokong manifesto itu walaupun sedar rang berkenaan bertembung dengan banyak cadangan balas dalam parti berkenaan.

sumber

No comments: