Friday, March 4, 2016

Kanak2 Tanpa Deria Rasa Sakit

Sepasang adik-beradik di Raipur dekat Chhattisgarh, timur India menderita penyakit ganjil yang membuatkan mereka tidak merasai sebarang kesakitan walaupun mengunyah jari sendiri. Portal Mail Online melaporkan, Manisha Patel yang berusia tujuh tahun dan adik lelakinya, Dinkal, 5, menghidap penyakit genetik yang dikenali congenital analgesia, berpunca akibat mutasi pada gen SCN9A. Akibat penyakit tersebut, Manisha dan Dinkal juga mudah terdedah kepada jangkitan jika mengalami kecederaan.

Menurut bapa kanak-kanak ter­babit, Gopal Prassad, 32, dia hanya sedar tentang keadaan anak-anak­nya selepas melihat Manisha dan Dinkal berlumuran darah selepas pulang dari kerja. “Kejadian tersebut berlaku di rumah ketika mereka bermain dan isteri keluar bekerja. “Saya tidak percaya apabila melihat mereka memakan jari sendiri tanpa sebarang rasa sakit,” katanya. Adi-beradik itu kemudian dibawa ke hospital tempatan sebelum dipindahkan ke hospital pakar bagi rawatan lanjut.

Menurut ibu mereka, Anita, 28, sejak lahir, Manisha dan Dinkal tidak pernah menangis walaupun mereka mencederakan diri sendiri. “Saya tidak sanggup melihat mereka menderita lagi dan berharap ada pihak membantu merawat penyakit anak saya ini,” katanya. Pakar kanak-kanak yang me­rawat kanak-kanak tersebut, Dr. Purnendu Saxena berkata, buat masa ini Manisha dan Dinkal menerima rawatan awal, tetapi perlu dipindahkan ke hospital yang dilengkapi kemudahan canggih di kawasan bandar.  sumber

No comments: