Friday, March 4, 2016

TURKI - 2 Wanita Serang Balai Polis dengan Bom



ISTANBUL: Dua penyerang wanita membaling bom tangan dan melepaskan tembakan ke arah sebuah balai polis di ibu kota ini hari ini sebelum bersembunyi di bangunan berhampiran, mencetuskan pertempuran dengan polis, lapor media tempatan. Tiada laporan awal sesiapa yang cedera dalam serangan di kawasan kejiranan Bayrampasa.

Menurut agensi berita Dogan, kedua-dua wanita terbabit membaling beberapa bom tangan kemudian melepaskan tembakan ke arah ibu pejabat polis rusuhan. Pihak berkuasa membalas serangan, mencederakan seorang daripada penyerang.

Saluran CNN-Turk melaporkan, kedua-dua wanita terbabit bersembunyi dalam bangunan berhampiran dengan polis mengepung kawasan itu dan bersiap sedia melakukan serangan balas. Turki dalam keadaan berjaga-jaga selama beberapa bulan sejak siri serangan maut di negaranya. Bulan lalu, 29 orang maut dalam pengeboman kereta menyasarkan sebuah konvoi tentera di Ankara, didakwa dilakukan parti Kurdistan Freedom Falcons (TAK) yang dikaitkan dengan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) diharamkan. -AFP sumber

No comments: