ACEH SELATAN - Masjid Nurul Huda atau lebih dikenali sebagai Masjid Tuo Pulo Kambing yang berusia 900 tahun di Kampung Pulo Kambing, daerah Kluet Utara, Aceh mempunyai sebuah tiang unik yang kerap mengeluarkan air.
Menurut penjaga masjid tersebut, Umar Syah, masjid berkenaan mempunyai empat tiang dengan ukiran kaligrafi di setiap tiangnya, namun salah satu tiang itu mengeluarkan air yang dianggap membawa keberkatan.
“Penduduk kampung telah membuat kolam di keliling tiang (berkenaan) bagi menakung air tersebut. Malah ramai yakin air itu mempunyai berkat tersendiri sehingga ramai penduduk Aceh termasuk dari luar Aceh berkunjung ke masjid itu untuk mendapatkan air berkenaan bagi dijadikan ubat,” katanya.
Walaupun, usianya telah melangkaui sembilan abad, Masjid Tuo Pulo Kambing masih kukuh dan digunakan untuk beribadat, malah semasa kejadian gempa bumi dan tsunami pada 2004, masjid tersebut dijadikan tempat berlindung.
Masjid setinggi tiga tingkat itu diperbuat daripada kayu yang diambil dari dalam hutan dan pembinaan awalnya tanpa menggunakan sebarang paku.
Kata Umar, masjid itu dibina oleh ulama Parsi, Syeh Muhammad Husen Al Fanjuri Muhammad Al Fajri Kautsar pada 8 Ogos 1351 Masehi dan telah beberapa kali diubah suai tanpa mengubah bentuk asalnya.
Di sekitar masjid itu, terdapat sebuah rumah kerajaan yang digunakan semasa pemerintahan kerajaan Aceh Darussalam tetapi masih tetap kukuh.
Kedua-dua bangunan itu merupakan sebahagian daripada sejarah Islam di Aceh yang perlu dipelihara. – AGENSI sumber
Saturday, April 30, 2016
Bidadari Tiruan

BANGGAI, Sulawesi Tenggara - Sekumpulan nelayan di daerah ini gempar apabila menemukan seorang gadis cantik mirip patung Barbie di tepi pantai Banggai Laut, baru-baru ini. Portal pojoksatu melaporkan, tambah menghairankan penduduk Desa Kalupapi mukim Bakurun, daerah Banggai Laut, gadis itu sama sekali berbeza dengan remaja perempuan di kampung berkenaan, malah ditemukan tanpa memakai pakaian.
Ketika ditemukan pada 19 April lalu, gadis cantik itu seperti sedang menangis dan tubuhnya hanya ditutupi selendang nipis berwarna putih. Hingga kini, penduduk kampung menganggap gadis itu adalah anak bidadari. Ini kerana, wajahnya amat mirip anak patung Barbie yang mempunyai kening yang merah, mata yang bulat dan kulit yang putih bercahaya. Gadis itu kini ditempatkan di sebuah rumah penduduk di Desa Kalupapi.
Menurut penduduk, gadis itu ditemukan mereka hanya beberapa saat selepas mereka mendengar bunyi kuat yang jatuh dari langit. “Didapati gadis itu sedang menangis tanpa memakai apa-apa, hanya selendang putih yang membalut badannya. “Selepas ditemukan, gadis itu ditempatkan di sebuah rumah penduduk kampung dan dia diberikan baju serta tudung,’’ kata Rano, nelayan yang menemukan gadis cantik itu.
Meskipun ada dalam kalangan penduduk percaya gadis itu adalah bidadari yang turun dari langit, tetapi ada juga yang tidak mempercayainya. Namun, setelah siasatan dilakukan, ternyata gadis bidadari itu hanyalah patung mirip manusia dan dipercayai digunakan bagi tujuan seks.
“Setelah diteliti dan disiasat oleh anggota Polsek di lokasi penemuan gadis itu di Desa Kalupapi, ternyata bidadari itu tidak ada, sebaliknya ia hanyalah boneka silikon yang ditemukan nelayan. “Anak patung itu dibawa pulang ke rumah nelayan, diberi pakaian dan diambil gambar sebelum ada pihak menyebarkannya dalam internet,” kata seorang anggota Polsek. -sumber
Cipta Kapal Selam dengan Modal RM3000 Sahaja
ANHUI
29 April – Seorang peladang di tenggara China mengejutkan pelbagai
pihak apabila berjaya mencipta sebuah kapal selam dalam tempoh dua bulan
dengan kos AS$772 (RM3,006).
Menurut portal People’s Daily, peladang
tersebut, Zhang Shengwu, 51, mendedahkan mendapat ilham untuk membina
kapal selam tersebut ketika terlibat dalam bidang perkapalan sebelum
ini.
Kapal itu berukuran enam meter panjang dan mampu bergerak dengan kelajuan kira-kira 12 kilometer sejam.
Tambah laporan tersebut, peladang berkenaan juga berjaya mendapatkan sijil hak cipta untuk rekaannya itu daripada Pejabat Harta Intelek Wilayah Anhui.
Beliau turut membina sebuah paip kecil bagi ruang udara kerana kapal selam itu bersaiz kecil untuk diletakkan silinder gas oksigen.
Shengwu berkata, masalah tersebut mengehadkan keupayaan kapal selam terbabit untuk menyelam pada paras lebih dalam.
Ketika ini, Shengwu dalam perancangan untuk membina sebuah bot penyelamat, pula.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/cipta-kapal-selam-dengan-kos-rm3-000-1.300206#sthash.gs2Zxp4o.dpufKapal itu berukuran enam meter panjang dan mampu bergerak dengan kelajuan kira-kira 12 kilometer sejam.
Tambah laporan tersebut, peladang berkenaan juga berjaya mendapatkan sijil hak cipta untuk rekaannya itu daripada Pejabat Harta Intelek Wilayah Anhui.
Beliau turut membina sebuah paip kecil bagi ruang udara kerana kapal selam itu bersaiz kecil untuk diletakkan silinder gas oksigen.
Shengwu berkata, masalah tersebut mengehadkan keupayaan kapal selam terbabit untuk menyelam pada paras lebih dalam.
Ketika ini, Shengwu dalam perancangan untuk membina sebuah bot penyelamat, pula.
Kapal itu berukuran enam meter panjang dan mampu bergerak dengan kelajuan kira-kira 12 kilometer sejam. Tambah laporan tersebut, peladang berkenaan juga berjaya mendapatkan sijil hak cipta untuk rekaannya itu daripada Pejabat Harta Intelek Wilayah Anhui. Beliau turut membina sebuah paip kecil bagi ruang udara kerana kapal selam itu bersaiz kecil untuk diletakkan silinder gas oksigen.
Shengwu berkata, masalah tersebut mengehadkan keupayaan kapal selam terbabit untuk menyelam pada paras lebih dalam. Ketika ini, Shengwu dalam perancangan untuk membina sebuah bot penyelamat, pula. sumber
Usia 7 Tahun Hafal 30 Juzuk Quran

NAMA Indonesia kembali menggemparkan arena antarabangsa, terutama dalam kancah menghafal Alquran. Ini setelah Musa membuat nama Indonesia semakin harum di pentas internasional. Di usianya yang masih sangat belia, dia mampu menghafal Alquran sebanyak 30 juz.
Anak lelaki berusia 7 tahun ini mulai dikenal dalam program Hafiz Indonesia 2014 yang disiarkan salah satu stesen televisyen swasta nasional. Dalam pertandingan itu, dia berhasil menduduki posisi pertama di usianya yang masih sangat muda, yakni 5 tahun. sumber
Monday, April 18, 2016
2001-2015, 7160 Roket PALESTIN Hentam Israel

Laporan Zionis menyebutkan, sebanyak 7,160 roket Palestina dilancarkan kan dari Gaza menghentam pangkalan-pangkalan militer Israel di wilayah jajahan sejak tahun 2001 hingga 2015.
Sumber televisyen Ibrani chanel2 dalam laporannya menyebutkan, roket pertama yang dilancarkan Palestina ke permukiman Israel yang berdekatan dengan Gaza seperti sekarang ini terjadi pada tahun 2001.
Peta ancaman bagi Israel sejak tahun tersebut berubah sepenuhnya, apalagi menyusul bertambahnya jarak jangkauan roket-roket Palestin tersebut, yang sebelumnya hanya beberapa kilometer saja, kini telah mencapai puluhan kilometer.
Brigade Al-Qossam kini memliki roket dengan daya jangkau 160 kilometer. Dengan jarak ini, maka roket Al-Qossam mampu menembus kota Haiva, utara Palestin wilayah jajahan.
Menurut laporan, Qubbah Besi atau Iron Dome mampu menangkal roket-roket Palestin jarak pendek, sedang dan jauh. Lebih dari 1200 roket Palestin dapat ditangkis oleh alat ini sejak tahun 2011.
Menurut mereka, roket-roket Palestin memiliki ciri mengikut siapa yang mengeluarkan. Misalnya roket Hamas berwarna hijau dan merah, sementara Jihad Islam berwarna Merah dan kuning, sementara Brigade Al-Aqsha berwarna kuning dan hitam. sumber
Sunday, April 17, 2016
Microsoft Saman AS
SAN FRANCISCO 15 April – Syarikat perisian terbesar dunia, Microsoft Corp. (Microsoft) mengemukakan saman terhadap kerajaan Amerika Syarikat (AS) berhubung hak untuk memaklumkan kepada pelanggan, sekiranya emel atau lain-lain dokumen mereka ‘dipantau’ oleh agensi persekutuan di negara ini.
Saman tersebut difailkan plaintif pada Rabu lalu di Mahkamah Persekutuan di barat Washington.
Microsoft dalam samannya berhujah bahawa kerajaan, selaku defendan melanggar Perlembagaan AS apabila melarang Microsoft daripada memaklumkan kepada pelanggannya tentang perkara itu.
Perlembagaan AS antara lain menyebut berkenaan hak orang ramai untuk dimaklumkan jika kerajaan bertindak mencari atau merampas hak mereka. Tuntutan Microsoft itu, bagaimanapun lebih terarah kepada penyimpanan data dalam pusat kawalan. “Orang ramai tidak akan berputus asa untuk mendapatkan hak mereka apabila mereka memindahkan maklumat peribadi daripada penyimpanan yang boleh dilihat kepada sebaliknya,” kata Microsoft dalam satu salinan tuntutan saman itu. Tambah Microsoft, kerajaan juga telah mengeksploitasi proses pemindahan data itu dalam menjalankan penyiasatan rahsia mereka.
Tuntutan mahkamah berkenaan merupakan pertikaian terbaharu antara syarikat teknologi maklumat itu dengan kerajaan AS, bagi melihat sejauh mana ‘perniagaan peribadi’ memerlukan pengawasan daripada pihak kerajaan. Dengan memfailkan tuntutan tersebut, Microsoft dilihat memainkan peranan lebih penting dalam pertikaian itu. Dalam tuntutannya Microsoft berkata, sejak 18 bulan lalu, pihaknya telah menerima 5,624 perintah undang-undang di bawah Akta Persendirian Komunikasi Elektronik (ECPA) yang mana 2,576 daripadanya menghalang syarikat itu daripada mendedahkan bahawa kerajaan mendapatkan data pelanggan menerusi waran atau sepina. –REUTERS sumber

Bermain Golf di Puncak Pergunungan Alps

WELLINGTON 16 April – Bagi pencinta sukan golf, anda perlu merasai pengalaman baharu untuk bermain di lapangan golf yang terletak 1,731 meter di atas pergunungan Alps di New Zealand. Lebih menarik lagi, lapangan golf tersebut dikenali sebagai Over The Top Golf hanya boleh diakses menggunakan helikopter, selain mempunyai empat tee-box berbeza yang memiliki jarak serta ketinggian berbeza dari green.
Portal Mail Online melaporkan, lapangan golf itu dibina oleh syarikat Over The Top dengan kerjasama syarikat golf, Golf Warehouse bagi memberikan pengalaman unik kepada peminat sukan itu. Jelas laporan itu, setiap pemain dikenakan bayaran sebanyak 231 pound (RM1,271) termasuk kos menaiki helikopter.
Bagi menjaga persekitaran semula jadi di kawasan tersebut, pemain disarankan untuk menggunakan bola golf yang diperbuat daripada kayu. Lapangan golf tersebut mengambil masa lebih setahun untuk disiapkan memandangkan lokasinya yang terletak di kawasan pergunungan. Malah pakar ekologi dan alam sekitar turut dipanggil untuk memantau kerja-kerja pembinaan bagi memastikan alam persekitaran di kawasan pergunungan itu tidak terjejas. sumber
Jawapan2 Tentang Zakir Naik
Dalam lebih kurang seminggu ini, bertubi-tubi datang persoalan seputar Dr. Zakir Naik sama ada secara berhadapan muka mahupun secara bertulis melalui media-media. Sebenarnya saya kurang berminat untuk memberi apa-apa tanggapan kerana sedang sibuk dengan urusan lain yang penting. Sebab itulah saya tidak menulis apa-apa pun dalam tempoh tersebut. Tetapi apabila sampai begitu banyak pertanyaan, sampaikan orang-orang yang dekat dengan kita dan anak-anak murid kita pun tertanya-tanya, mahu tak mahu nampaknya nak kena bersepatah dua kata jugalah. Harap-harapnya sekali jawab sudahlah, sekadar untuk memenuhi hajat orang, walaupun tidaklah sampai ke tahap memuaskan hati.
Pelbagai pertanyaan itu yang kebanyakannya lebih kurang sahaja isinya, saya satukan menjadi beberapa persoalan sahaja sebagaimana di bawah nanti. Saya berusaha memberi penjelasan seadil mungkin. Orang-orang yang sudah biasa dengan saya rasanya sudah boleh faham cara saya, bahawa saya jenis yang lewat/ lambat/ susah untuk menjatuhkan hukuman yang berat-berat ke atas sesama orang orang yang bersyahadah seperti kafir (yang membawa hukum terkeluar daripada Islam), murtad, ahli bid’ah (yang sesat ke neraka), bukan Islam, terbatal syahadah, syirik, sesat, pengengkar sunnah, penyembah kubur, terkeluar daripada Islam, atau sebagainya yang seangkatan. Saya berusaha mendahulukan sangka baik selagi boleh.
Antara persoalan yang diajukan :
Bukankah Dr. Zakir Naik seorang yang hafaz Quran? Sefaham saya dia bukan seorang hafiz Quran, tetapi dia memang ada menghafal ayat-ayat dan surah-surah tertentu. Wallahua’lam.
Bukankah dia berjaya mengIslamkan ribuan orang bukan Islam? Sefaham saya dia tidaklah sampai mengIslamkan ribuan orang, tetapi memang dia ada mengIslamkan beberapa orang bukan Islam. Alhamdulillah, syukur. Tahniah kita ucapkan. Wallahua’lam.
Bukankah dia ada menghafal kitab-kitab agama lain? Sefaham saya dia hanya menghafal ayat-ayat tertentu sahaja yang berkaitan dengan isi maklumat yang hendak disampaikannya kepada orang lain. Dia tidak menghafal mana-mana kitab agama lain. Kitab-kitab utama seperti Bible (walaupun sekadar Old Testament atau New Testament atau lebih kecil seperti Torah atau 4 Gospel), Veda, Tripitaka, Baghavad Gita, Avesta dan seumpamanya sudah tentu tidak dihafalnya kerana sedemikian tebalnya. Kalau kitab-kitab kecil lain yang sekadar beberapa mukasurat tak tahulah. Kitab-kitab agama dari Timur seperti Tao Te Ching, Wu Jing, La Goligo, Kojiki dan lain-lain rasanya dia banyak tidak tahu isi kandungannya. Wallahua’alam.
Bukankah dia seorang tokoh perbandingan agama? Untuk mengangkat seseorang itu sebagai tokoh dalam bidang tertentu, umumnya manusia punya penilaian yang berbeza-beza. Ada orang mengakui ketokohan seseorang berdasarkan kelulusan atau dokumen, ada yang berdasarkan jumlah pengikut, ada yang berdasarkan kemasyhuran (populariti), ada yang berasaskan pengiktirafan yang diterimanya, ada yang berdasarkan kebolehan berbahasa tertentu, ada yang berdasarkan minat dan kecenderungan, ada yang berdasarkan penampilan, ada yang berdasarkan ketaksuban, ada yang berdasarkan jasa, dan sebagainya. Dalam bidang perbandingan agama ini, saya lebih melihat dari sudut pengetahuan, pemahaman dan pengalaman seseorang itu. Jadi secara peribadi, tidaklah salah jika Zakir Naik hendak diangkat sebagai salah seorang tokoh dalam ilmu perbandingan agama kerana dia memang ada pengetahuan, pemahaman dan pengalaman yang sewajarnya (walaupun mungkin tidak setinggi yang sepatutnya) dalam juzuk ilmu perbandingan agama ini, khususnya yang berkaitan dengan agama Islam, Kristian dan Hindu. Kalau bukan tokoh elit pun, sebagai tokoh biasa dalam dunia ilmu perbandingan agama ini, saya kira dia memang layak. Wallahua’lam.
Sungguhpun begitu, mestilah diingat, dalam bidang ilmu-ilmu dalam agama Islam sendiri, Zakir Naik bukanlah tokoh. Umumnya, pandangan atau pegangannya dalam ilmu perbandingan agama bolehlah kita pakai tetapi pandangan dan pegangannya dalam ilmu-ilmu khusus agama Islam, kita mesti sangat berhati-hati kerana dia bukan orangnya. Kita ambil manfaat daripada seseorang itu berdasarkan bidang yang dimahirinya sahaja.
Dalam kes Zakir Naik, ambillah manfaat daripada ilmunya dalam perbandingan agama tetapi jangan ambil risiko untuk mudah-mudah terima pakai pandangan dan pegangannya dalam ilmu-ilmu khusus agama Islam itu sendiri. Contoh umum - dalam masalah komputer jet pejuang bertanyalah kepada tukang jet pejuang dan masalah saraf gigi bertanyalah kepada doktor gigi. Jangan minta rawatan masalah komputer jet pejuang kepada doktor gigi. Tak mustahil akan rosak habis jet pejuang jika kita berbuat demikian.
Bukankah dia berfahaman Wahabi? Untuk mengenal pasti sama ada seseorang itu berfahaman Salafi Wahhabi (Wahabi) atau tidak, mestilah dengan mengenal pasti ciri-ciri Wahabi yang ada pada seseorang itu. Jika ada banyak ciri-ciri Wahabi, maka Wahabilah dia sekalipun dia bermati-matian menafikan yang dirinya Wahabi. Jika ada sedikit sangat ciri-ciri Wahabi, maka dia bukanlah berfahaman Wahabi sekalipun dia bermati-matian mengaku dirinya Wahabi. Jika hanya ada beberapa ciri Wahabi pada pemikiran dan pengamalan seseorang itu, tidak banyak, maka kita tidak pasti sama ada benar dia berfahaman Wahabi atau tidak. Namun sebagai menjaga adab-adab dalam tasawuf, kita dahulukanlah sangka baik buat sementara waktu bahawa orang itu bukan/belum berfahaman Salafi Wahhabi, sehinggalah sampai maklumat-maklumat tambahan terkini yang boleh dijadikan sandaran untuk mengenal pasti sama ada dia berfahaman Salafi Wahhabi atau tidak. Paling kuat pun, bolehlah kita katakan dia sebagai cenderung kepada fahaman Salafi Wahhabi, tidak lebih. Mempunyai beberapa pandangan tertentu yang sama dengan pandangan-pandangan kaum Wahabi, hal itu tidaklah terus pasti menjadikan seseorang itu berfahahaman Wahabi. Boleh jadi juga orang itu bukan berfahaman Wahhabi tetapi berfahaman yang lain yang mungkin agak baik berbanding fahaman Wahhabi dan mungkin tidak mustahil juga lebih teruk daripada fahaman Wahhabi. Dalam kes Zakir Naik ini, berdasarkan pengetahuan saya tentang pemikiran dan pengamalannya (yang saya tidak tahu, hal itu adalah di luar daripada kemampuan saya untuk menilai), maka saya memandang dia memang sangat cenderung kepada fahaman Salafi Wahhabi sama ada dia menyedarinya ataupun tidak. Wallahua’lam.
Bukankah fahamannya sama dengan Syeikh Ahmad Deedat? Setahu saya Syeikh Ahmad Deedat tidak berfahaman Salafi Wahhabi (Wahabi).
Bukankah dia sering juga melakukan kesalahan maklumat dalam berhujah tentang agama-agama? Tidak kita nafikan. Apabila berbicara tentang Syeikh Ahmad Deedat, hujah-hujah beliau dulu sukar (walaupun ada juga) untuk dikesan kesalahan dan kelemahannya berbanding kesalahan dan kelemahan Dr. Zakir Naik dalam ucapan-ucapannya. Kadang-kadang, menyusahkan kita balik untuk mempertahankan hujah-hujah Zakir Naik daripada kritikan balas orang-orang bukan Islam. Namun kita mesti memahami, bahawa sangat banyak hal-hal yang benar yang diutarakannya berbanding segelitir kesalahan dan kelemahan dalam hujah-hujahnya. Wallahua’alam. Oleh itu, secara peribadi (setakat ini), sekiranya diberi kuasa untuk memilih pendebat/ pendiskusi/ pendialog bagi pihak agama Islam untuk berhadapan dengan pendebat/ pendiskusi/ pendialog agama lain (termasuklah yang tidak beragama), saya seboleh-bolehnya tidak akan memilih Zakir Naik, kecualilah kalau terpaksa atau sudah darurat yang memerlukan juga seorang pendebat ketika itu.
Bukankah dia anak murid kepada Syeikh Ahmad Deedat? Sefaham saya dia bukanlah anak murid Syeikh Ahmad Deedat. Mereka pernah bertemu tetapi rasanya bukanlah khusus sebagai murid yang khusus mengambil ilmu daripada seorang guru. Seandainyalah ada proses majlis guru-pelajar pun antara mereka, mungkin dalam konteks ilmu perbandingan agama sahaja, bukannya dalam ilmu-ilmu khusus agama Islam yang lain. Wallahua’lam.
Bukankah dia boleh bahasa Inggeris, Tamil, Urdu, Sanskrit, Arab, Latin, Ibrani......? Saya cuma tahu dia boleh berbahasa Inggeris dan salah satu bahasa India (Tamilkah, apakah, saya tidak tahu). Sefaham saya, dia tidak boleh berbahasa Arab, Sanskrit dan Ibrani. Bahasa-bahasa lain, saya tidak tahu kisahnya. Wallahua’lam.
Bukankah dia berjaya mengIslamkan ramai orang bukan Islam? Hal ini menunjukkan dia benar dan kita mesti menyokongnya. Ramai juga rasul-rasul yang hanya berjaya mengIslamkan beberapa orang sahaja walaupun mereka berdakwah puluhan atau ratusan tahun. Adakah ini membuktikan mereka tidak benar? Ada juga ulama dan pendakwah yang tidak berjaya mengIslamkan walau satu orang manusia bukan Islam pun sepanjang umur mereka. Adakah mereka termasuk golongan yang tidak benar?
Christiaan Snouk Hurgronje (berpura-pura masuk Islam sehingga diangkat oleh masyarakat Acheh sebagai ulama besar) juga dikatakan pernah mengIslamkan orang-orang bukan Islam. Adakah itu bukti dia benar? Jumlah orang bukan Islam menganut agama Islam kerana kita, itu bukan hujah atau bukti untuk menunjukkan seseorang itu mesti benar. Yang salah padanya mesti ada. Dan kita menolak hanya apa yang salah dan apa yang melemahkan agama dan umat Islam sahaja daripada seseorang itu. Apa yang benar daripadanya, tidak pernah kita tolak, malah sokong 100%.
Sesuaikah majlis-majlis Zakir Naik di negara kita ini? Pada saya, selagi isi yang mahu disampaikannya bukan perkara-perkara yang salah atau perkara-perkara yang boleh melemahakan agama dan umat Islam, tentu sahaja boleh.
Bagaimana dengan bantahan oleh sebahagian orang-orang bukan Islam? Kita selidik terlebih dahulu tentang apa yang mereka bantah untuk diambil tindakan yang sewajarnya. Tetapi jika yang mereka bantah itu ialah ilmu perbandingan agama, hal itu tidak boleh diterima kerana ilmu perbandingan agama adalah salah satu daripada juzuk ilmu dalam agama Islam juga.
Mengapa (pihak-pihak tertentulah maksudnya) nampaknya bermati-matian, seakan-akan taksub, hendak meneruskan majlis-majlis Dr Zakir Naik di negara ini? Sebenarnya saya pun kurang faham akan segelintir golongan yang dimaksudkan itu. Apakah jika kita menangguhkan atau membatalkan majlis-majlis itu maka aqidah kita orang Islam akan rosak? Adakah orang-orang Islam akan bertukar ke agama lain? Adakah agama lain akan mengambil alih negara ini? Adakah agama Islam menjadi tidak lengkap? Apakah Rukun Islam dan Rukun Imam kita tidak sempurna? Apakah jika idak melihat Zakir Naik secara ‘live’ maka akan hilang keberkatan atau berkurang pahala? Pastinya tidak berlaku hal itu semua. Pada saya, jika keadaan semakin gawat, lebih baiklah kita tanguhkan dahulu buat sementara. Ada jodoh, insya-Allah bertemu lagi. Kita sama-sama berusaha untuk tidak taksub untuk menerima, dan tidak juga juga taksub untuk menolak. Yang benar kita terima, yang salah dan yang boleh melemahkan agama dan umat Islam, kita tolak. Jangan kerana kita tidak bersetuju dengan seseorang sampaikan kita ternafi apa yang benar daripada dia. Dan jangan juga kerana kita menyukai seseorang sampaikan kita tak menafikan pula apa yang salah dan apa yang melemahkan daripada dia.
Akhirnya, dengan penjelasan ringkas ini diharap dapatlah diredakan sedikit pihak-pihak yang bertanya. Kita tumpukan balik pada hal ehwal pembinaan diri dan peningkatan hubungan dengan Allah SWT. Jangan disebabkan isu Zakir Naik ini maka terganggu pula urusan-urusan kita yang jauh lebih penting. Ada atau tidak Zakir Naik, jadi atau tidak Zakir Naik, usahakan agar urusan-urusan keagamaan kita terus lancar. Mohon maaf jika ada salah silap dan kekurangan. Wallahua’lam.
Abu Zulfiqar 12 April 2016
sumber

MESIR Serah Dua Pulau kepada SAUDI
KAHERAH 16 April – Lebih 1,000 penunjuk perasaan berarak di tengah ibu negara Mesir, semalam bagi menuntut kerajaan pimpinan Presiden Abdel Fattah al-Sisi berundur, sekali gus mencetuskan kebimbangan berulangnya tragedi berdarah ketika pemerintahan Presiden Hosni Mubarak pada 2011.
Bantahan terbesar dalam tempoh dua tahun itu, bagaimanapun berjaya dileraikan apabila pihak polis melepaskan gas pemedih mata dan sekurang-kurangnya 12 orang ditahan. Tunjuk perasaan terbabit anjuran kumpulan berhaluan kiri dan aktivis sekular diadakan sebagai bantahan terhadap tindakan Abdel Fattah menyerahkan dua pulau kepada Arab Saudi di bawah satu perjanjian semasa Raja Arab Saudi, Raja Salman mengadakan lawatan ke negara ini minggu lalu.
Bagaimanapun aktivis liberal terkemuka, Khaled Dawud berkata, kehadiran penunjuk perasan yang ramai bukan disebabkan isu pulau tersebut semata-mata tetapi ada kaitan dengan agenda lain. “Walaupun Kementerian Dalam Negeri memberi amaran keras supaya tidak mengadakan bantahan, masih ramai rakyat memberanikan diri untuk mendesak Abdel Fattah berundur, “Rakyat mahu kerajaan berundur,” antara kata-kata yang dilaungkan oleh penunjuk perasaan ketika berarak di sekitar bandar Kaherah, slogan yang sama digunakan ketika Hosni digulingkan pada 2011, tetapi ketika itu jumlah penunjuk perasaan jauh lebih ramai berbanding semalam.
Semasa revolusi menggulingkan Hosni, lebih 1,000 orang dilaporkan terbunuh dan kira-kira 12,000 orang cedera akibat tindakan ganas pasukan keselamatan menangani tunjuk perasaan. Kesilapan yang sama dilakukan oleh pasukan keselamatan Mesir pada 2013 apabila lebih 1,000 orang terbunuh ketika menyertai tunjuk perasaan membantah penggulingan Mohamed Mursi sebagai Presiden awam pertama yang dipilih rakyat secara sah. – AFP sumber

Zakir Naik Terima Cabaran Debat Ramasamy Asalkan...
KUALA LUMPUR 14 April - Pendakwah terkenal, Dr. Zakir Naik bersedia menerima cabaran debat Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Prof. P. Ramasamy yang melabelkan beliau sebagai syaitan, sekiranya wakil rakyat DAP itu berjaya mengumpulkan minimum 20,000 penonton pada program ceramahnya sendiri.
Pengarah Program Syarahan Umum Dr. Zakir Naik 2016, Abu Shariz Sarajun Hoda berkata, bukan mahu mendabik dada tetapi beliau tidak mahu Zakir ‘disalahgunakan’ untuk tujuan populariti individu tertentu seperti Ramasamy yang sebelum ini melabelkan pendakwah itu sebagai syaitan. Katanya, sekurang-kurangnya Ramasamy perlu berada pada tahap hampir sama dengan protege-protege Zakir di negara ini, sebelum mengemukakan cabaran kepada Zakir sendiri.
“Bukan saya mahu kata beliau (Ramasamy) tidak popular, semoga beliau berjaya. Tetapi kami tidak mahu pihak berdebat dengan Dr. Zakir untuk menjadi popular, Ramasamy bertanyakan soalan kepada Dr. Zakir pun boleh jadi terkenal, berdebat sudah tentu lebih terkenal. “Kalau Ramasamy mahu berdebat dengan Dr. Zakir sekurang-kurangnya perlu capai tahap protege-protege beliau terlebih dahulu. Kalau mahu debat, ada enam protege Dr. Zakir di Malaysia, mungkin beliau boleh cabar dulu, kalau ada perkara yang boleh diutara dan dipertahankan, baru boleh fikir mahu debat dengan cikgu kami,” katanya ketika ditemui selepas berkunjung ke Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ramasamy sebelum ini menimbulkan kemarahan banyak pihak kerana kerana melabelkan Zakir sebagai syaitan melalui laman sosial Facebook milik beliau. Berikutan itu, Ramasamy telah dijemput oleh penganjur untuk hadir ke program ceramah Zakir di ibu negara secara percuma, tetapi beliau bukan sahaja menolak tawaran itu, malah mencabar Zakir untuk berdebat. Dalam pada itu, mengulas mengenai program ceramah Zakir yang akan berlangsung di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu ini, Abu Shariz menasihatkan penonton yang hadir supaya berfikiran terbuka dengan niat mahu mempelajari sesuatu daripada syarahan pendakwah itu.
Katanya, penonton dalam kalangan bukan Islam juga dijemput dan pihaknya akan memberi keutamaan kepada mereka supaya ditempatkan tidak jauh dari pentas ceramah. “Ini merupakan ceramah ilmiah yang berdasarkan kepada al-Quran, sunnah, sains moden, rasional, logik dan sebagainya yang merangkumi aspek-aspek masyarakat moden pada hari ini. Jadi dinasihatkan datang dengan fikiran terbuka dan jangan takut.
“Selain itu, sebagaimana ceramah serta syarahan Dr. Zakir di seluruh dunia, keutamaan diberikan kepada bukan Islam untuk bertanyakan soalan supaya mereka mendapat penjelasan, pengesahan terhadap sebarang syak wasangka dan keraguan yang ada dalam fikiran,” katanya. sumber

Subscribe to:
Posts (Atom)