Sunday, April 17, 2016

Bermain Golf di Puncak Pergunungan Alps

Lapangan golf Over The Top di kawasan pergunungan Alps, New Zealand

WELLINGTON 16 April – Bagi pen­cinta sukan golf, anda perlu me­rasai pengalaman baharu untuk bermain di lapangan golf yang terletak 1,731 meter di atas pergunungan Alps di New Zealand. Lebih menarik lagi, lapangan golf tersebut dikenali sebagai Over The Top Golf hanya boleh diakses menggunakan helikopter, selain mempunyai empat tee-box berbeza yang memiliki jarak serta ketinggian berbeza dari green.

Portal Mail Online melaporkan, lapangan golf itu dibina oleh syarikat Over The Top dengan kerjasama syarikat golf, Golf Warehouse bagi memberikan pengalaman unik kepada peminat sukan itu. Jelas laporan itu, setiap pemain dikenakan bayaran sebanyak 231 pound (RM1,271) termasuk kos menaiki helikopter.

 Bagi menjaga persekitaran semula jadi di kawasan tersebut, pemain di­sarankan untuk menggunakan bola golf yang diperbuat daripada kayu. Lapangan golf tersebut mengambil masa lebih setahun untuk di­siapkan memandangkan lokasi­nya yang terletak di kawasan pergunung­an. Malah pakar ekologi dan alam sekitar turut dipanggil untuk memantau kerja-kerja pembinaan bagi memastikan alam persekitaran di kawasan pergunungan itu tidak terjejas. sumber

No comments: