Menurut portal People’s Daily, peladang tersebut, Zhang Shengwu, 51, mendedahkan mendapat ilham untuk membina kapal selam tersebut ketika terlibat dalam bidang perkapalan sebelum ini.
Kapal itu berukuran enam meter panjang dan mampu bergerak dengan kelajuan kira-kira 12 kilometer sejam.
Tambah laporan tersebut, peladang berkenaan juga berjaya mendapatkan sijil hak cipta untuk rekaannya itu daripada Pejabat Harta Intelek Wilayah Anhui.
Beliau turut membina sebuah paip kecil bagi ruang udara kerana kapal selam itu bersaiz kecil untuk diletakkan silinder gas oksigen.
Shengwu berkata, masalah tersebut mengehadkan keupayaan kapal selam terbabit untuk menyelam pada paras lebih dalam.
Ketika ini, Shengwu dalam perancangan untuk membina sebuah bot penyelamat, pula.