Tuesday, May 31, 2016

3 Kerabat Diraja KUWAIT Dihukum Penjara kerana Hina Raja

BANDARAYA KUWAIT: Sebuah mahkamah Kuwait semalam menjatuhi hukuman penjara ke atas tiga ahli keluarga pemerintah Al-Sabah dan empat yang lain kerana menghina Raja dan badan kehakiman menerusi internet.

Mahkamah menjatuhkan hukuman lima tahun penjara masing-masing ke atas tiga kerabat diraja dan dua yang lain, setahun untuk lelaki keenam dan penjara 10 tahun ke atas lelaki ketujuh secara tanpa hadir.

Kerabat Diraja itu termasuk Sheikh Athbi al-Fahad Al-Sabah, anak saudara kepada Raja di negara Teluk itu dan bekas ketua polis perkhidmatan rahsia. Beliau juga adalah adik kepada tokoh sukan antarabangsa Sheikh Ahmad al-Fahad Al-Sabah. Defendan kekal bebas dengan ikat jamin.

 Menurut mahkamah, mereka antara 13 individu yang didakwa menggunakan Whatsapp dan Twitter untuk menghina Raja dan menyiarkan berita palsu menuduh hakim menerima rasuah. Turut disabitkan adalah pengarang akhbar Al-Watan dan televisyen yang ditutup kerajaan, Sheikh Khalifa Ali Al-Sabah, kerana melanggar peraturan kewangan korporat dalam keputusan yang disahkan oleh mahkamah. Sementara itu enam lagi lelaki dibebaskan. Pendakwaan itu bagaimanapun belum muktamad kerana mereka masih boleh mencabarnya di mahkamah rayuan dan agung. - Agensi sumber

No comments: