Thursday, May 5, 2016

3 Lelaki Israel Bakar Remaja PALESTIN Dipenjara Seumur Hidup

BAITULMAQDIS 4 Mei – Tiga lelaki Israel termasuk seorang ketua kumpulan samseng yang terlibat dalam kes pembunuhan seorang remaja Palestin yang dibakar sehingga mati pada tahun 2014, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup, semalam.

 Menurut laporan portal BBC, Yosef Haim Ben David, 31, yang suspek utama dijatuhi hukuman tersebut setelah didapati bersalah membunuh Mohammad Abu Khdair, 16, selepas hakim menolak ra­yuannya pada bulan lalu. Selain itu, Mahkamah Daerah Baitulmaqdis turut mengarahkan ketua samseng itu membayar wang pampasan sebanyak AS$40,000 (RM159,214) kepada keluarga mangsa.

 Dua lagi yang dijatuhi hukuman itu ialah remaja yang masing-masing berusia 17 dan 16 tahun ketika kejadian, namun identiti mereka tidak didedahkan.

November lalu, Ben David didapati bersalah mengetuai penculikan dan pembunuhan Mohammad, tetapi mahkamah menangguhkan sementara perbicaraan apabila peguam bela menyerahkan laporan psikiatri yang menyatakan dia tidak bertanggungjawab atas perbuatannya itu, namun rayuannya ditolak.

 Mohammad dibunuh rentetan kes pembunuhan tiga pemuda Israel di Tebing Barat. Mayatnya ditemukan di sebuah hutan di Baitulmaqdis Barat pada 2 Julai 2014, dua hari selepas mayat tiga pemuda Israel tersebut dijumpai. Sementara itu, bapa kepada Mohammad, Hussein berkata, dia mahu mereka yang terlibat dalam pembunuhan anaknya mati di penjara. – AGENSI  sumber

No comments: