Tuesday, May 3, 2016

AS - Muslimah Saman Polis Tanggalkan Tudungnya



LOS ANGELES: Seorang wanita Islam memfailkan saman terhadap polis di California kerana mendakwa tudungnya ditanggalkan secara paksa selepas ditangkap berikutan waran ke atasnya.

Menurut aduan terhadap bandar raya Long Beach dan jabatan polis, Kirsty Powell dan suaminya diarah berhenti oleh dua pegawai ketika memandu pulang ke rumah mereka pada Mei tahun lalu. Beliau ditangkap berikutan dua waran yang dikeluarkan ke atasnya, satu berkaitan dakwaan saudara perempuannya menggunakan identiti beliau secara salah dan satu lagi berkaitan kejadian mencuri di kedai runcit pada 2002.

Powell, warga AS berketurunan Afrika, mendakwa ketika ditahan di balai polis, salah seorang pegawai menanggalkan tudungnya secara paksa di depan pegawai dan tahanan lelaki, sambil berkata beliau 'tidak dibenarkan memakai tudung' dan anggota polis 'dibenarkan menyentuh wanita'. Saman menyatakan Powell berhadapan malu, penghinaan, penderitaan mental dan tekanan emosi berterusan berikutan kejadian itu.

 "Tindakan diambil pegawai polis Long Beach tidak wajar dan pencabulan serius terhadap maruah Powell. "Layanan oleh pegawai Jabatan Polis Long Beach terhadap Powell menunjukkan salah guna kuasa ke atas wanita berkulit gelap yang tidak mampu mempertahankan diri dan satu lagu contoh diskriminasi dihadapi wanita bertudung," kata peguam cabang Majlis Perhubungan Amerika-Islam di Los Angeles, Yalda Satar. - AFP sumber

No comments: