Tuesday, May 3, 2016

Binladin Group Buang 77000 Pekerja Asing

RIYADH: Salah sebuah syarikat paling berkuasa di Arab Saudi, Binladin Group membuang 77,000 pekerja asing, menurut laporan sebuah akhbar harian negara itu, hari ini memetik sumber syarikat yang tidak didedahkan.

Saudi Binladin Group mengesahkan bahawa sebahagian daripada kakitangannya terpaksa diberhentikan tetapi tidak memberikan sebarang jumlah pekerja terbabit. Laporan dalam akhbar Al-Watan itu adalah perkembangan terbaharu mendakwa berpuluh-puluh ribu pekerja diberhentikan, tidak dibayar gaji dan insiden protes pekerja firma yang membina beberapa mercu tanda di beberapa negara Teluk.

Sumber pada Mac lalu memaklumkan, penangguhan bayaran daripada kerajaan yang terjejas akibat penurunan pendapatan minyak sejak dua tahun lalu menyebabkan pekerja gergasi pembinaan Arab Saudi itu berdepan kesukaran untuk mengekalkan kelangsungan hidup, sementara menunggu gaji mereka.

Bagaimanapun, Saudi Binladin Group turut disekat kerajaan selepas satu kemalangan kren berdarah di Makkah, pada September lalu. - AFP sumber

No comments: