Thursday, May 5, 2016

Datuk Bandar London Seorang Muslim?


Sadiq Khan

LONDON 5 Mei - Anggota Parlimen pembangkang Britain dari Parti Buruh, Sadiq Khan dijangka dipilih sebagai Datuk Bandar London yang baharu sekali gus pemimpin Islam pertama di sebuah negara Kesatuan Eropah. Jangkaan itu berdasarkan tinjauan pendapat akhir semalam yang menyatakan Khan, anak pemandu bas yang juga pendatang dari Pakistan sedang mendahului pencabarnya, Zac Goldsmith dengan kelebihan 12 atau 14 mata di sebalik usaha mengaitkan beliau dengan pelampau.

 Dalam kempen akhirnya di sebuah pasar di daerah selatan London, Khan bergurau bersama peniaga dan pelanggan mereka serta mengambil gambar selfie bersama mereka. Khan turut mengecam perjalanan kempen lawan yang bersifat memecahbelahkan yang memaksanya berulang kali mempertahankan diri daripada dakwaan bahawa beliau gagal mengecam pelampau Islam.

 "Saya kecewa apabila Parti Konservatif dan Zac Goldsmith memutuskan untuk melakukan kempen negatif, memecahbelahkan yang bersifat terdesak. "Saya berharap saya menang, saya akan menjadi datuk bandar yang menyatukan bandar ini semula dan membawa masyarakat di sini bersama-sama," katanya. - AFP  sumber

No comments: