Tuesday, June 7, 2016

14 Maut di TURKI, Bas Terhumban ke Tali Air

ANKARA 6 Jun – Seramai 14 orang termasuk enam kanak-kanak maut manakala 26 yang lain cedera selepas bas yang dinaiki terhumban ke dalam tali air di selatan Turki, semalam.

Kejadian berlaku di Lebuh Raya Osmaniye-Kozan dekat Kampung Cevdetiye dengan bas yang membawa rombongan terdiri daripada kanak-kanak sekolah, ibu bapa serta para guru itu dikatakan bertembung de­ngan sebuah kereta.

Menurut laporan Daily Sabah, bas tersebut kemudiannya hilang kawalan lalu terhumban ke dalam tali air berkenaan. Difahamkan, bas tersebut dalam perjalanan pulang selepas membawa rombongan terbabit melawat sebuah muzium dan taman negara di Osmaniye.

Pasukan penyelamat dan beberapa buah ambulans dikejarkan ke tempat kejadian dan mangsa yang cedera dihantar ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut. “Seorang mangsa berada dalam keadaan kritikal,” kata Gabenor Osmaniye, Kerem Al kepada sa­luran berita Turki NTV.

Sementara itu, pasukan penyelamat memulakan operasi mencari penumpang di kawasan tali air tersebut yang mungkin hilang.  sumber

No comments: