Tuesday, June 7, 2016

Hasilkan Lukisan Guna Garam

Dino Tomic (kanan) menghasilkan lukisan potret pelakon siri Game
OSLO 6 Jun – Seorang pelukis Croatia berjaya menghasilkan lukisan dengan hanya menggunakan ga­ram makan dan kreativiti seni terbaharu itu telah menarik minat banyak laman web reka bentuk terkemuka dunia. Hasil seni garam Dino Tomic mula mendapat perhatian setelah dia memuat naik lukisan potret berwarna hitam dan putih watak siri televisyen Game of Thrones melalui Instagram miliknya.

 Pada mulanya, Tomic yang merupakan seorang guru seni dan pelukis tatu membuat lukisan garam bagi meredakan kesakitan pergelangan tangan­nya akibat terlalu banyak melukis. “Saya baru memulakan lukisan garam ini tiga minggu lalu untuk merehatkan perge­langan tangan kerana lukisan ini tidak banyak menggunakan pergerakan tangan sebaliknya lebih tertumpu kepada pergerakan bahu,’’ katanya.

Menurut laporan laman web Oddity Central, untuk menghasilkan lukisan itu, lelaki berkenaan menggunakan kanvas besar berwarna hitam dan botol plastik atau kon kertas yang diisi garam.

“Melukis menggunakan garam tidaklah susah kerana sama seperti teknik menggunakan penyembur cat,’’ ujarnya. Namun begitu, Tomic terpaksa mengambil masa selama 25 jam bagi menghasilkan sebuah lukisan geometri India corak Mandala.

“Kesabaran yang tinggi dan masa yang lama perlu untuk menghasilkan lukisan itu. Namun tiada yang lebih menyakitkan berbanding melihat lukisan tersebut ‘dimusnahkan’ hanya dalam beberapa saat setelah siap,” katanya.  sumber

No comments: