Tuesday, June 7, 2016

YAMAN - 8 Maut dalam Serangan Houthi



ADEN: Sekurang-kurangnya lapan orang awam termasuk lima sekeluarga terbunuh dalam tempoh 24 jam serangan pemberontak Houthi di kawasan kediaman di bandar Taez, kata pihak berkuasa tempatan, hari ini.

Sumber berkata, tiga kanak-kanak adalah antara mangsa yang terbunuh dalam pertempuran yang berterusan walaupun gencatan senjata dan rundingan damai sedang berlangsung di Kuwait antara pemberontak Houthi dan wakil kerajaan.

Seramai 13 orang awam lagi cedera dalam serangan itu dan pemberontak dipersalahkan kerana melepaskan bedilan meriam serta tembakan senjata api di sekitar kawasan kediaman.

Wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ismail Ould Cheikh Ahmed, mengecam tindakan pemberontak menyerang tentera kerajaan di Taez hingga membunuh 11 orang awam Sabtu lalu. Ismail mengarahkan kedua-dua pihak menghormati gencatan senjata yang berkuat kuasa 11 April lalu. - AFP sumber

No comments: