Monday, July 11, 2016

Anak Osama Laden Ugut Balas Dendam

DUBAI, 10 Julai – Salah seorang anak lelaki bekas pemimpin rangkaian militan al-Qaeda, Osama bin Laden mengugut akan membalas dendam terhadap tindakan Amerika Syarikat (AS) membunuh bapanya, demikian menurut mesej audio yang dipos melalui dalam talian. Hamza bin Laden berjanji akan meneruskan perjuangan rangkaian militan itu untuk menentang AS dan sekutunya, dalam ucapan selama 21 minit bertajuk “Kita Semua Adalah Osama” (We Are All Osama), menurut Kumpulan Perisikan SITE.

 “Kami akan meneruskan serangan dan sasaran ke atas kamu di negara kamu dan di luar negara, sebagai tindakan balas terhadap penindasan kamu ke atas penduduk Palestin, Afghanistan, Syria, Iraq, Yemen, Somalia dan di bumi Islam lain yang tidak terlepas daripada penindasan kamu.

“Tindakan balas dendam bagi pihak negara Islam dan Sheikh Osama, semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya, ia bukan tindakan membalas dendam bagi membela Osama sebagai seorang individu, tetapi tindakan bagi membela mereka yang mempertahankan Islam,” kata Hamza.

 Osama bin Laden dibunuh di kawasan persembunyiannya di Abbottabad di Pakistan oleh komando AS pada 2011, sekali gus melumpuhkan rangkaian militan itu yang didakwa bertanggungjawab melancarkan serangan 11 September, 2001. Dokumen-dokumen yang ditemui di tempat persembunyian Osama dan diterbitkan oleh AS pada tahun lalu didakwa menyatakan bahawa pembantu-pembantunya cuba menyatukan semula pemimpin rangkaian militan itu dengan Hamza, yang telah diletakkan di bawah tahanan di rumah di Iran. Hamza, kini berusia dalam pertengahan 20-an, berada di sisi bapanya di Afghanistan sebelum serangan 9/11 dan menghabiskan masa bersama Osama di Pakistan selepas penaklukan AS di Afghanistan, menurut Institut Brookings. Hamza diketengahkan oleh pemimpin baharu al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri melalui satu mesej audio pada tahun lepas. – REUTERS  sumber

No comments: