Sunday, July 17, 2016

AS Cuba Tumbangkan Erdogan

15 Julai 2016, ketika tentera-tentera Pengkhianat sudah mulai beraksi, Kedutaan Besar Amerika di Ankara langsung mengeluarkan pernyataan bahawa aksi people power malam ini adalah “Turkish Uprising” (Pemberontakan Rakyat Turki atau Intifadhah rakyat Turki).

Tapi sejurus selepas kudeta benar-benar gagal, Amerika langsung menarik kenyataannya. Bahkan Obama terus mengatakan: “Rakyat mesti mendukung pemerintahan yang sah”! ‪

Bahkan bukan cuma Obama yang berkicau, Ban Ki-Moon pun tak mahu kalah, dengan tanpa malu dia berkata: “PBB menolak usaha kudeta militer di Turki”.

Jangan tanyakan kenapa waktu Kudeta berdarah di Mesir, Ban Ki-Moon mendiamkan diri.
Jangan heran dengan kepicikan dan kelicikan Amerika. Saya YAKIN salah satu cita-cita Obama yang belum tercapai adalah menjatuhkan Erdogan.

Bahkan mantan pegawai Pentagon, Michael Robin, pada 24 Mac 2016 sudah membuat “permaidani merah” untuk laluan kudeta di Turki melalui tulisan di majalah ternama NEWSWEEK dengan judul “Will There Be a Coup Against Erdogan in Turkey?

Mantan pegawai Pentagon ini mengopinikan dunia mesti menerima kudeta untuk kebaikan Turki. (http://www.newsweek.com/will-there-be-coup-against-erdogan-turkey-439181)

Perdana Menteri Turki, Binali Yildirim, dalam pernyataan beliau hari ini dengan tegas mengatakan: “Kami minta agar Amerika mahu menyerahkan Gulen kepada kami!”

Fethullah Gulen (75), diduga master mind kudeta di Turki, tinggal di AS.

Binali Yildirim menegaskan bahawa Turki menganggap negaranya berperang dengan negara yang melindungi Fethullah Gulen.

“Setiap negara yang melindungi Fethullah Gulen akan menjadi musuh bagi Turki,” kata Yildirin, Sabtu (16/7), dikutip Daily Express.

Kerana Amerika bukan negara yang menjunjung tinggi Demokrasi maka mustahil Amerika mahu menyerahkan Gulen kepada Turki.

sumber

No comments: