Sunday, July 3, 2016

IRAQ - 18 Maut, 45 Cedera, Letupan Bom Kereta

BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh dan 45 lagi cedera dalam satu letupan bom kereta di pusat bandar Baghdad. Menurut polis Iraq dan pegawai, letupan itu menggegarkan daerah Karada di bandar ini di luar sebuah restoran tempatan awal pagi tadi.

Setakat ini tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu tetapi militan IS biasanya menyasarkan kedudukan tentera dan orang awam. Sering berdepan operasi tentera ke atas kubu kuat utamanya di Iraq, militan IS sering menyasarkan pelbagai kawasan di Baghdad, terutamanya yang dihuni oleh penduduk Syiah bagi melemahkan usaha kerajaan bagi mengekalkan keselamatan. B

aghdad menjadi lokasi sasaran siri kejadian pengeboman yang didakwa dilakukan IS bulan lalu apabila hampir 200 orang terkorban di dan berhampiran bandar dalam tempoh hanya seminggu. - Agensi sumber

No comments: