Saturday, July 2, 2016

IRAQ - 2 Pemimpin Kanan IS Maut dalam Serangan Udara

WASHINGTON: Serangan udara pasukan tentera pakatan berhampiran kubu IS di Mosul, meragut nyawa dua tokoh kanan pergerakan militan itu. Setiausaha akhbar Pentagon, Peter Cook, dalam satu kenyataan mengesahkan serangan itu membunuh Timbalan Menteri Perang IS, Basim Muhammad Ahmad Sultan al-Bajari dan Komander IS di Mosul, Hatim Talib al-Hamduni.

Cook berkata, al-Bajari adalan bekas anggota al-Qaeda yang menyertai IS dan memantau serangan pada Jun 2014 untuk menawan Mosul. Beliau juga mengetuai batalion Jaysh al-Dabiq IS dikenali kerana menggunakan bom tangan buatan sendiri, pengebom bunuh diri dan gas mustard dalam serangan.

Al-Hamduni adalah komander tentera di Mosul dan ketua polis tentera di wilayah itu, Mosul adalah bandar raya kedua terbesar di Iraq dan dijadikan ibu negara oleh kumpulan militan itu. - AFP  sumber

No comments: