Friday, July 1, 2016

Kerajaan LIBYA Pecat 4 Menteri Selepas 3 Bulan Ditubuhkan

TRIPOLI 1 Julai - Kerajaan Perpaduan Negara (GNA) yang menerima sokongan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Libya dilaporkan telah memecat empat orang menterinya selepas tiga bulan ia ditubuhkan.

 Pemecatan itu dianggap sebagai tamparan baharu dalam usaha untuk menyatukan negara-negara di Afrika Utara.

 “Kesemua menteri yang dipecat itu tidak datang kerja dan enggan menjalankan tugas mereka bersama GNA untuk satu tempoh yang melebihi 30 hari,” kata GNA dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam laman web miliknya. -AFP  sumber

No comments: