Saturday, July 16, 2016

Pembangkang TURKI Turut Kutuk Cubaan Kudeta

Ketua Parti Nasionalis Turki (MHP) Devlet Bahceli menghubungi Perdana Menteri Turki Binali Yildirim melalui telefon pada hari Jumaat dan menegaskan bahawa usaha kudeta tidak dapat diterima oleh akal sihat. Bahceli mengatakan, walau bertentangan pandangan dalam beberapa ehwal politik, pihaknya mendukung pemerintahan yang sah yang terpilih secara demokratik.

Dalam keterangan bertulisnya, Bahceli juga mengatakan bahawa cubaan kudeta merupakan kesalahan besar dan anti demokrasi.

Selain itu,pembangkang utama pemerintahan Erdogan, Ketua Republik Rakyat Partai (CHP), Kemal Kilicdaroglu, mengatakan pada hari Sabtu bahawa rakyat mesti bersatu melawan cubaan kudeta terhadap pemimpin yang sah.

Berbicara kepada saluran berita swasta Turki NTV, Kilicidaroglu mengatakan hal itu, “Rakyat Turki mesti bersatu melawan tindakan anti demokrasi dalam bentuk apa pun!”

“Jadi, siapapun yang melakukan, di mana pun ia datang, kita mesti mengambil sikap bersama terhadap kudeta seperti yang kita mengambil sikap bersama melawan terorisme” tambahnya.(ts/anadolu) sumber

No comments: