Saturday, July 2, 2016

Serang Restoran,20 Jadi Tebusan di BANGLADESH

DHAKA: Penyerang bersenjata menyerbu sebuah restoran yang popular dengan warga asing di ibu kota Bangladesh, malam tadi dan menahan kira-kira 20 pengunjung serta berbalas tembakan dengan polis.

Antara yang dijadikan tebusan adalah tujuh warga Itali. Militan IS mendakwa bertanggungjawab menyerang restoran Holey Artisan Bakery di wilayah diplomatik Gulshan di Dhaka itu, yang menyaksikan dua pegawai polis maut.

 Polis berkata, penyerang menyerbu sambil melaungkan 'Allahu Akbar' ketika pengunjung menikmati makan malam kira-kira jam 9.20 malam waktu tempatan dan menghidupkan peranti letupan. Beberapa pengunjung berjaya melarikan diri, termasuk chef Argentina dan lelaki Bangladesh, yang berlindung di bangunan bersambung.

Ketua Unit Menangani Keganasan dan Jenayah Transnasional, Monirul Islam, berkata pengunjung turut diugut dengan pistol. - AFP  sumber

No comments: