Saturday, July 2, 2016

Serangan RUSIA di SYRIA, 47 Lagi Maut

BEIRUT: Sekurang-kurangnya 47 orang terbunuh dan puluhan yang lain cedera apabila Russia dan sekutunya melancarkan serangan udara di sebuah bandar di timur Syria, lapor kumpulan pemerhati.

Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata, serangan itu disasarkan ke bandar al-Quriyah dalam wilayah Deir Ezzor yang berada di bawah tawanan militan IS. Ketua kumpulan terbabit, Rami Abdel Rahman, berkata 31 orang daripada mangsa dikenal pasti sebagai orang awam tetapi masih belum jelas lagi sama ada 16 yang lain orang awam atau anggota militan IS.

 "Militan IS kini menetapkan persempadanan keselamatan di sekitar kawasan perumahan, terutama kawasan yang mempunyai masjid," kata Abdel Rahman. - AFP  sumber

No comments: