Saturday, July 2, 2016

SYRIA - 70 Maut dalam Pertempuran

Sekurang-kurangnya 70 anggota bersenjata rejim dan pemberontak terbunuh akibat satu serangan kerajaan di utara Syria, sepanjang tempoh 24 jam lalu. Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) memaklumkan 30 pejuang rejim dan 39 militan pemberontak terbunuh dalam beberapa pertempuran di sekitar kawasan Al-Maleh, utara Aleppo sejak tengah hari semalam.

Menurut Ketua SOHR, Rami Abdel Rahman, turut terbunuh adalah sejumlah militan Al-Nusra iaitu cabang Al-Qaeda di Syria, namun beliau tidak menyatakan angka sebenar.

Sejak dua tahun lalu, kerajaan Presiden Bashar al-Assad cuba menawan kawasan Al-Maleh. Selama berbulan-bulan tentera beliau cuba mengepung Aleppo dengan memutuskan laluan bekalan di beberapa daerah pemberontak di bandar itu serta kawasan berhampiran Turki yang menyokong angkatan pembangkang. - AFP  sumber

No comments: